LEBAI RAJIN RATIP DAP..DAP....
Mereka kata kjaan PH lantik Dap jadi menteri dan timbalan menteri, itu tandanya kjaan PH dikawal oleh Dap, tak mcm kjaan Umno dulu yg tak pernah lantik MCA, MIC atau parti iban, kadazan dan dayak jadi menteri, zaman umno semua menteri adalah melayu Islam. Hahahaha...
Siapa lantik Dap jadi menteri? Takkan hadi awang kot? Takkan Najib atau rosmah kot? Anwar atau Mat Sabu yg lantik? Tentulah yg lantik Dap jadi menteri atau timbalan menteri itu adalah PM. Siapa PM? Tun M lah, wahai walaun bebal.
Kalau lantik Dap jadi menteri itu satu dosa besar yg jauh lebih besar dari mengkapirkan Umno yg pernah lebai buat dulu, mengapa lebai kata akan sokong Tun M sebagai PM? Bukankah Tun M yang atur kabinet yg di dalamnya ada Dap yg kamu kata musuh Islam tu? Sokong Tun M sebagai PM bererti sokong apa yg Tun M buat. Faham, lebai?
Itulah aku kata, puak2 jual agama ni tak boleh pakai...takde prinsip langsung.
*WFAUZDIN NS*
PEMUKA PEMUKA YANG TIDAK MAHU ANWAR PM 8
Siapakah yang tidak mahu Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8 ....apakah Tun Dr M atau pun UMNO dan PAS....walaupun Tun Dr M beratus kali selama hampir dua tahun ini memberikan kenyataan bahawa PM ke 8 ada lah Dato Seri Anwar Ibrahim....
Kenapa Pas dan Umno berkerja keras cuba membentuk sebuah kerajaan baru. Siapakah dalang yang merangka kerja mengumpul SD dan gerakan menyekat Dato Seri Anwar daripada menjadi PM ke 8. Mari kita namakan mereka mereka yang bermain di belakang Kerajaan yang di katakan akan di ujudkan
1. Dato Seri Hamzah Zainuddin
Siapa kah beliau ini,Ahli Parlimen larut bekas menteri di zaman dato najib dan orang yang bertangungjawap mengatur tiga Yb dari PKR dan Dap pada tahun 2009 untuk membentuk kerajaan Bn ketika itu. Beliau ini juga rakan kongsi kepada dato Kamarudin Jaafar MP Bandar Tun Razak. Mereka berjaya menjadi kaya raya bersama ketika itu di sebabkan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Vincen Tan. Lebih penting beliau ini lah yang mengadu dan membuat kenyataan terbuka mengatakan isteri beliau telah di goda oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Beliau dan Tengku Adnan adalah pelakun utama dalam peristiwa pemecatan Dato Eeri Anwar sehingga beliau mendapat jawatan menteri.
Boleh kita faham kenapa dia sekarang orang utama menjadi dalang menyekat Dato Seri Anwar sebagai PM. Bagi beliau jika DSAI menjadi PM keselamatan beliau terancam. Harta kekayaan akan tergugat....
2. Dato Hishamudin Tun Hussin
Beliau sebenarnya anak bangsawan dan belum pernah berada dalam kehidupan yang susah. Berpuluh tahun beliau telah bersedia menjadi PM selepas Dato Najib. Nafsu dan keinginan menjadi PM menguasai diri beliau. Tiba tiba Bn kalah PRU 14,menjadikan kehidupan dan impian beliau musnah. Dari awal beliau telah mengeluarkan barget untuk menjaga beberapa ramai MP umno untuk di gunakan bila perlu. Beliau tidak mahu bertanding jawatan dalam umno. Mokzani,Azmin dan Tun M membuka sedikit ruang supaya Hisham berusaha menarik MP Umno seramai mungkin untuk di gabungkan dengan Azmin ujud kerajaan baru.
Kenapa Hishamudin begitu berhajad. Selain dari keinginan dan cita cita beliau takut beberapa kes di kemterian pertahanan terbongkar. Dua kes yang besar,satu pembelian heli yang telah di bayar 100 juta tetapi tidak ujud. Kedua pembelian kapal yang duit kerajaan sebanyak 6 bilion telah di bayar tetapi sampai hari ini tidak sampai. Kementerian telah membuat lapuran SPRM ,tetapi kerana beliau telah berkerjasama dengan Azmin Ali dan Mokzani kes melibatkan Hisham di perlahankan. Apa akan jadi jika DSAI menjadi PM....
3. Dato Seri Azmin Ali....
Timbalan Presiden PKR yang elit dan kemaruk untuk menjadi PM. Saya yakin dan percaya selepas krisis besar bersama DSAI beliau tahu jalan untuk beliau menjadi PM adalah terbatas. Beliau menyimpan perasaan marah dan dendam kepada DSAI bukan baru. Apabila 2008 kerajaan PR menang di Selangor dan PKR dengan cadangan DSAI mencadangkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB di situlah dendam kesumat beliau kepada DSAI dan Wan Azizah.
Apabila Tan Sri Khalid di gugurkan dan beliau masih tidak di namakan sebagai MB bukan saja dendam tetapi kebencian sudah ujud dalam diri beliau kepada DSAI tampa di sedari oleh ramai orang. Bagi Azmin beliau berjaya menjadi PM bukan kerana PKR dan Parti jauh sekali kerana Anwar Ibrahim. Beliau berusaha sendiri sehingga beliau sanggup jumpa Dato Najib bersendirian di rumah Dato Najib ketika itu PM ( saya di ceritakan sendiri oleh Dato Seri Najib ketika pertemuan saya bersama Dato Najib bersendirian).
Azmin merayu kepada Dato Najib dan Rosmah supaya memujuk Sultan Selangor memilih beliau sebagai MB. Akhirnya Dato Najib memberikan jaminan akan bercakap dan memujuk sultan Selangor. Azmi berkata beliau telah berjaya memujuk PAS dan Hadi.
Azmin juga pada tahun itu telah berjaya merengangkan hubungan Ustaz Hadi Awang dan DSAI . Kebetulan isu Saiful sedang berlaku,Azmin tampa di ketahui oleh sesiapa telah juga menyakinkan PAS sememangnya Anwar terlibat. Bermula dari situ hubungan Hadi dan Anwar sehingga hari ini putus dan sukar berbaik sangka.
Sekarang Azmin buat lagi dengan memujuk Tun M untuk terus kekal jadi PM dan membentuk kerajaan baru dengan usaha keras beliau dan Hisham di saksikan oleh Mokzani.
Allah maha kaya tiba tiba kes vedio beliau keluar dan tersebar. Kes vedio beliau ini lah telah membantutkan usaha menyekat Anwar. Malah sekarang Azmin dan team beliau sebenarnya sedang menuju jalan sempit...
Apa akan jadi jika Anwar berjaya menjadi PM ke 8....sudah tentu penjara Sungai Buluh sedang menanti.....
4. Hadi Awang
Beliau lebih bersifat peribadi dengan DSAI. Semua ini berlaku antaranya kejayaan Azmin Ali memecah belah kan Anwar dan Hadi. Apabila PAS tidak lagi bersama PKR maka PAS bimbang jika DSAI menjadi PM pengaruh dan gerak kerja Anwar semasa menjadi PM boleh mengagalkan usaha PAS dan Umno untuk PRU ke 15. Bagi Hadi dan PAS berdepan dengan Tun M lebih mudah tetapi berdepan dengan Anwar dalam PRU agak sukar menumbangkan PH.
5. Umno dan pemimpinnya ...Zahid dan yang lain lain. Mereka tidak mahu Anwar jadi PM kerana mereka ada masalah yang terlalu banyak. Ketahanan menjadi pembangkang tidak ada,tetapi sebenarnya mereka takut dengan tindakan dan siasatan SPRM . Semua dari mereka adalah orang yang petingkan diri mengatasi parti dan agama.....
Sekian
Hamdan Taha
MAHATHIR AKAN LEBIH DIHORMATI HINGGA AKHIR HAYAT JIKA MENGOTAKAN JANJINYA PADA MEI INI.
Semakin kita dewasa, apatah lagi kalau semakin tua, cakap seseorang biasanya lebih mudah untuk dipercayai.
Ini kerana dengan kedewasaan dan ketuaan, seseorang itu menjadi semakin matang dan banyak memikirkan perasaan orang lain berbanding ketamakan diri sendiri.
Untuk itu, mereka akan bercakap dengan berhati-hati, menyelitkan hanya fakta yang boleh dipercayai serta berjanji sesuatu yang boleh ditunai atau dilaksanakan saja.
Adalah malang sebenarnya dalam kehidupan ini jika semakin seseorang dewasa atau tua, kata-katanya semakin dicemuh dan janji tidak lagi dipercayai.
Tetapi, itulah yang mahu tidak mahu, harus kita akui sedang berlaku kepada Tun Mahathir Mohamad sekarang ini.
Berikutan hujahnya yang banyak berdalih daripada melaksanakan janji manifesto, diikuti dengan terlalu berdolak-dalik berhubung janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, Tun Mahathir kini menjadi orang yang paling tidak dipercayai kata-katanya di negara ini.
Kata-kata Tun Mahathir bahawa Buku Harapan yang mengandungi janji manifesto bukanlah sebuah kitab suci yang wajib ditunaikan, pada hakikatnya benar-benar mengguris hati rakyat setelah mereka memberi kemenangan kepada PH dan meletakkannya sebagai Perdana Menteri semula.
Lebih terluka hati rakyat dibuatnya apabila beliau juga mengatakan janji-janji itu terlalu sukar dilaksanakan kerana ia dirangka dalam keadaan PH tidak menyangka akan mencapai kemenangan dan mampu menumbangkan BN.
Adakah begitu tahap kata-kata yang sepatutnya daripada seorang yang ada pengalaman menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini?
Diburukkan lagi ialah apabila Tun Mahathir juga terus berdolak-dalik berkenaan janji peralihan kuasa, walaupun tidak pernah lupa menyelitkan ayat akan tetap mengotakan janjinya itu.
Kepada rakyat, jika benar akur kepada janji, mengapa cakap Tun Mahathir tidak pernah konsisten dan berubah-ubah serta sentiasa membuka ruang kepada elemen yang boleh menggagalkan peralihan kuasa itu?
Sebab itu, selain orang-orang Melayu sendiri mula menolak dan mempertikaikan Tun Mahathir, orang bukan Melayu juga secara terbuka tidak lagi suka kepadanya.
Pengundi dan peniaga Cina yang sebelum ini rata-rata menyanjung tinggi Tun Mahathir, sekarang ini boleh dikata 90 peratus sudah jadi benci kepadanya.
Hujah kebencian mereka itu tidak lain ialah kerana dalam tempoh 20 bulan ini beliau didapati lebih banyak bermain politik dan mencatur politik daripada menguruskan soal ekonomi serta menyelamatkan negara.
Bagi kaum Cina, janji Tun Mahathir sebelum PRU14 lalu di mana mengatakan matlamatnya menjatuhkan Najib Razak bagi menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi hanyalah auta belaka.
Dalam isu yang peralihan kuasa yang terus berlarutan pula, daripada berjanji dua tahun, Tun Mahathir telah mengubahnya sendiri kepada November iaitu sehingga selesai Sidang Apec 2020.
Sekali lagi, janjinya ini juga tidak dipercayai oleh rakyat jelata dan ini adalah sesuatu yang malang bagi seseorang yang setua 95 tahun usianya.
Di mana-mana terdengar rakyat bersuara bahawa ini hanyalah helahnya untuk terus berkuasa dengan lebih lama atau sementara muncul muslihat baru untuk mengelakkan peralihan kuasa itu.
Untuk itu, sementara ada yang mendesak agar tarikh khusus serah kuasa segera dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Februari ini, tidak kurang yang mahukan janji itu tetap ditunaikan pada Mei dan bukannya November.
Tetapi, dalam keadaan kepercayaan rakyat kepadanya kian merosot dan cakapnya lebih banyak tidak dipercayai, Tun Mahathir setidak-tidaknya dapat menjadikan dirinya dihargai semula jika sedia kembali kepada janji asal iaitu Mei sebagai muktamadnya beliau berundur dan melakukan peralihan kuasa.
Bukankah penghargaaan sesuatu yang lebih penting untuk ditinggalkan selepas kematian? (ShahbudinHusin 20/02/2020)
KITA SEKOLAHKAN WALAUN'S TENTANG URUSTADBIR.
Soh sekolah dulu tak mau belajaq...tu malas membaca dan mengkaji sikit....
Semalam bila aku menulis tentang UJSB ( Urus Jamaah Sdn Bhd) yang menguruskan aset dan saham Tabung Haji untuk dipulihkan.. ada sahabat PAS kononnya berlagak pandai menunjukkan bukti syarikat UJSB ini didaftarkan dibawah Kementerian Kewangan..
Pada mereka ia telah diletakkan dibawah Lim Guan Eng.. Punyalah nak mainkan sentimen kaum dan Agama..sampai tunjukkan kejahilan diri sendiri...
Ni nak habaq mai.. Siapapun jadi Menteri Kewangan hatta nama dia Najib, Hatta Samy Vellu.. Segala urusan Syarikat, terbitan Hutang ,Sukuk atau Bon ianya diletak dibawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.. bukan bermakna ia jadi urusan Menteri Kewangan.. dalam bahasa arab kena beza antara istilah Wazir dan Wizarah.. Menteri dan Kementerian..
Samalah kedudukan Prokhas, Khazanah termasuk Danaharta dulu yang diletakkan dibawah Kementerian Kewangan untuk memulihkan GLC bermasalah seperti Bank Islam.. Antara syarikat SPV seperti UJSB syarikat seperti Prokhas dan Danaharta..
Ni contoh mudah faham bagi Walaun's yang jahil tentang urusan ekonomi.. Bila MB dan Kerajaan Kelantan tak mampu bayaq gaji Kakitangan Awam.. Depa nak pinjam duit.. Dia tulis surat mohon bantuan pada siapa ? Bukan Kementerian dan Menteri Kewangan.. ?
Jadi apakah duit yang diterima..Gaji yang dibayar diperoleh menunjukkan Walaun's2 PAS bekerja,melutut dengan DAP ? dengan Lim Guan Eng.. Sudah tentu tidak.. segala urusan tatacara kewangan dibawah bidang Kementerian Kewangan..
Hatta Duit Wang ehsan, royalty dan bantuan One Off rm 400 juta itu pun dibawah urusan Kementerian Kewangan..Bukan maksud korang tunduk dan mengemis dengan Menteri Kewangan atau DAP..
Syarikat Menteri Kewangan Yang Di Perbadankan(MKD) bukan hanya UJSB.. hatta Institut Jantung Negara (IJN)Syarikat yg diperbadankan bawah MKD.. Bank Pertanian dibawah MKD.. KTMB, Dan rangkaian Hotel Seri Malaysia bawah MKD, Dibawah perbadanan MOF.. Jadi urusan jantung ummat Islam, Pertanian dan Petani dibawah Agro bank dah dikuasai DAP dan Lim Guan Eng.. ? itu pada fahaman kelompok ruwaibidhah dikalangan Walaun's..
Itu belum masuk MKD( Menteri Kewangan Yang diperbadankan) memiliki Saham Khas, atau Kuasa Khas terhadap Syarikat dan Aset seperti PNB.. apalagi syarikat FELDA seperti FGV.. Apakah Peneroka sekarang dan duduk dibawah Lim Guan Eng..bawah DAP....? tidak...Begitu juga Pelaburan ASB,ASN.. apakah kini dibawah DAP ? tidak.. ia tetap jadi urusan Pengurusan PNB,FGV dan FELDA...
Jadi bagi geng berlagak pandai..Yang duduk datang dari puak Undi Rosak.. Puak Sosialis.. Sebelum tunjuk pandai.. Sebelum nak main sentimen kaum dan Agama.. Bagi faham dulu apa itu MKD.. apakah bidang kuasa MOF..
Kalau ikut Logik hangpa.. Bajet peruntukan Khas dibawah Unit Kementerian kewangan(EPU) yang memperuntukan peruntukan Khas, Sekolah Pondok, tahfiz, Sekolah Agama sebanyak RM 250 Juta.. Apakah Pelajar Pondok.. Guru KAFA, Pelajar tahfiz sekarang dah jadi hamba dan duduk dibawah Lim Guan eng dan DAP...
Itulah Jahil dan Jahatnya Walaun's PAS mainkan sentimen kaum dan Agama.. tujuan depa nak mainkan sentimen kebencian kaum dan Agama..Inilah gambaran Kelompok Khawarij.. dan kelompok Ruwaibidhah.. :
Ipohmali
KAH..KAH..KAH....BARU GEMPAK NAK REPORT...MACAMANA NAK JIHAD?
Bercakap sebelum otak berfungsi dan malas membaca dan memikir..nilah akibatnya..
Menyebar fitnah amat mudah bila hati ada penyakit, deme tak fikir kesan fitnah pada ampunya diri,.pada deme bila buat fitnah boleh di tutup dengan sekodar mintak maaf...tampa deme sedari bahawa ini adalah fitnah melalui alam maya...dalam sesaat berapa ramai yang follow,..jawab ler kome nanti..
NAMA RAFIZI MASIH DISEBUT DI MERATA-RATA
Apabila Sdr Rafizi mengumumkan untuk 'berehat' dari politik, ramai yang tidak bersetuju termasuk saya sendiri. Sesiapa pun yang mengikuti perjuangan anak muda Pengasas INVOKE ini sebelum PRU14 sudah pastinya sependapat dengan saya.
Setelah menghabskan banyak masa, idea, tenaga dan wang ringgit bagi membenamkan rejim Umno/Bn, Alhamdulillah, akhirnya kerajaan Kleptokrasi tumbang tanpa disangka2 pada Mei 2018. Kerajaan kleptokrasi itu tumbang bukan kerana "Deklarasi Rakyat" tetapi momentum reformasi yang berterusan semenjak 1998 yang terus dinyalakan oleh Sdr Rafizi dan dibawa ke pelusuk tanahair. Memang benar, bukan beliau seorang sahaja yang berjasa kepada kemenangan PH tetapi aturcara, strategi dan perancangannya yang begitu sistematik dan profesional telah menjadi salah satu penyumbang besar kepada kemenangan PH. Bayangkan , di kawasan felda atau pendalaman yang tidak terfikir oleh kita untuk menang, jelajah INVOKE telah memberikan kesan di situ. Di mana Umno/Bn kuat, di situ lah INVOKE bersama Rafizi akan bertandang.
Malangnya, setelah kita menang dan menguasai Putrajaya, Sdr Rafizi mengambil keputusan untuk 'berehat' dari politik. Kita terpaksa juga akur walaupun amat berat untuk melepaskannya. Bagi Rafizi, tugasnya telah selesai iaitu Umno/Bn telah tercampak keluar dari Putrajaya. Beliau perlu meneruskan kehidupannya untuk mencari sesuap nasi menyara keluarganya. Beliau bukan Wakil Rakyat lagi jauh sekali seorang Menteri atau Timbalan Menteri yang kini dapat merasa duduk di kerusi empuk dengan gaji dan elaun puluhan ribu sebulan. Kita harus terima hakikat itu.
Apakah beliau terus melupakan rakyat apabila 'berehat' dari politik? Tidak. Meskipun beliau kini beralih ke arah kerjaya yang tiada kaitan dengan politik, namun beliau mewujudkan satu syarikat bagi membantu warga Malaysia yang sedang mencari kerja di mana beliau sendiri sebagai CEO Adnexio. Ikuti website di http://www.adnexio.jobs Ertinya, bukan dibidang politik sahaja kita boleh berkhidmat kepada rakyat.
Walaupun hampir dua tahun kita tidak lagi mendengar pidato politiknya, namun nama Rafizi Ramli masih segar di mana2. Di dalam ucapan pimpinan2 yang pro Anwar Ibrahim, mereka tidak boleh lari dari menyebut nama tokoh muda ini. Meskipun Sdr Rafizi Ramli dikenali sebagai pro Anwar, namun beliau bukan penyokong tegar kepada bakal PM ke 8 itu. Beliau sering tidak sependapat dengan Anwar di dalam beberapa perkara tetapi beliau tidak sampai ke tahap 'menderhaka' atau "biadab" dengan tokoh reformasi itu. Banyak juga teguran dari Sdr Rafizi kepada Anwar itu akhirnya benar. Buktinya, kita lihat sekarang apa yang telah berlaku di dalam Keadilan di mana yang telah menumpang nama Anwar untuk naik ke atas, kini menjadi penentang kepada Anwar.
Sewajarnya, apabila Rafizi berehat dari politik, akan ada tokoh lain menggantikannya. Malangnya, tiada. Mungkin kerana telah menjadi kerajaan maka tidak perlu lagi bekerja kuat seperti yang Rafizi lakukan dulu. Salah satu sebab Rafizi berehat adalah untuk memberi peluang tokoh muda lain untuk menonjol, malangnya harapan ini tidak menjadi kenyataan. Sebab itulah, rakyat di bawah masih menyebut nama Rafizi dan merinduinya.
Saya, dan mungkin ramai di luar sana masih mengharap Sdr Rafizi akan kembali ke persada politik negara ini. Anwar sudah berusia dan beliau perlu kepada penggantinya suatu hari kelak. Tiada tokoh lain yang hebat dan mempunyai aura seperti Anwar, melainkan Rafizi. Kita merayu beliau kembali dan kita yakin darah pejuang yang mengalir dalam tubuh anak muda ini tidak akan terhenti di sini.
WFAUZDIN NS
Aset Tabung Haji & Tabung Haji Hotel Residence
Miqdad zakaria
Bab 1 - Mula-mula kita kena fahami "Istilah".
1. Aset - Bangunan Hotel
2. Operator Hotel - Tabung Haji Hotel Residence (THHR)
Dalam bahasa mudahnya Aset merujuk kepada Kenderaan (kereta Ferrari), Operator merujuk kepada Pemandu Kenderaan (Micheal Schumacer).
Dalam isu Tabung Haji, yang dipindah milik kepada SPV tahun lepas (2019) ialah Aset iaitu Bangunan Hotel manakala Operator Bangunan Hotel masih dikekalkan kepada Tabung Haji Hotel Residence (THHR).
Nak lebih mudah paham..?
Aku jual Kenderaan (Kereta Ferrari) aku dekat Ustaz Abu Mishkat tapi Micheal Schumacer kekal sebagai Pemandu Kenderaan tadi.
Bab 2 - Kenapa jual Aset padahal Operator buat untung..?
Yang ni kena baca, faham & hadam betul-betul.
Aset (Bangunan Hotel) disewa oleh Operator (Tabung Haji Hotel Residence - THHR) daripada Tabung Haji dengan kadar minima dan keuntungan yang diperolehi Tabung Haji atas penyewaan Aset (Bangunan Hotel) hanya pada kadar sekitar 2% SAHAJA berbanding nilai Kos Projek Aset (Bangunan Hotel).
Kalau Tabung Haji kenakan sewa Bangunan Hotel ikut harga Komersial kepada THHR maka THHR pula akan menanggung kerugian.
Jadi dalam isu ni, THHR sebagai Operator Hotel memang mencatat keuntungan tapi dalam masa sama keuntungan yang diperolehi Tabung Haji yang juga Pemilik Bangunan tidak seperti yang diharapkan.
Dalam bahasa mudahnya - Modal RM1000, untung cuma 2 hengget (Modal besar, untung ciput).
Bab 3 - Tutup Hotel vs Penamatan Operasi
Ada yang cakap Tutup Hotel dengan Penamatan Operasi adalah perkara yang sama.
Dalam sesetengah kes, istilah "Tutup" dengan "Penamatan Operasi" (Shut down) adalah perkara yang sama.
Contoh - Kedai Bijan akan ditutup pada jam 12:00 tengah malam setiap hari. Boleh jugak disebut - Operasi Perniagaan di Kedai Bijan akan ditamatkan pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Tapi dalam kes Tabung Haji, penggunaan istilah ini adalah berbeza kerana Hotel berkenaan masih terus beroperasi TETAPI Syarikat yang sekarang menguruskan Bangunan Hotel berkenaan TIDAK LAGI bertindak sebagai PENYEWA BANGUNAN HOTEL dan TIDAK LAGI MENGENDALIKAN OPERASI BANGUNAN HOTEL berkenaan.
Perkara -perkara yang kita kena faham dan hadam dalam isu ni:
1. Aset (Bangunan Hotel) sudah bertukar Hak milik kepada SPV
2. Operator Bangunan Hotel sudah bertukar dari Tabung Haji Hotel Residence (THHR) kepada Urusniaga Jemaah Sdn Bhd (UJSB).
4. Hotel TIDAK DITUTUP, Operasi Hotel masih diteruskan cuma menjalani Penjenamaan semula dibawah Operator baru (UJSB)
5. Tabung Haji Hotel Residence (THHR) masih kekal sebagai Anak Syarikat Tabung Haji.
Kena baca banyak kali baru faham..
SERAH KUASA SELEPAS NOVEMBER 2020 MENGECEWAKAN – PELABUR
Serah kuasa selepas November 2020 mengecewakan – Pelabur
Biar pun tarikh 21 Februari dijadualkan berlangsungnya mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) namun agenda utama, penyerahan kuasa daripada PM Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim telah pun diketahui keputusannya.
Hal ini berikutan Tun Mahathir semalam mengumumkan beliau hanya akan menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas persidangan APEC (Pacific Economic Conference) pada November depan
Bagi pemerhati ekonomi, Jameson Tan, ketegasan Tun mempertahankan keputusannya bersara selepas November adalah perkembangan kurang baik buat ekonomi Malaysia kerana pentadbiran PH sebelum ini tidak diyakini mampu melaksanakan dasar menarik minat pelabur asing menanam modal.
“Ini satu perkembangan yang mengecewakan. Kami golongan usahawan berharap isu tarikh peralihan kuasa akan ditetapkan pada bulan Mei 2020 sebab semua pihak dalam Pakatan Harapan telah mengumumkan Tun Dr. Mahathir hanya akan memegang jawatan PM selama 2 tahun dari tarikh Mei 2018.
“Kalau peralihan kuasa selepas APEC, ini bermakna sudah lebih dua setengah tahun. Adakah Kerajaan PH dilihat menepati janji dengan langkah sebegini?” tanyanya.
Menurut beliau, golongan usahawan semakin hilang keyakinan jika Kerajaan PH meremehkan isu tarikh peralihan kuasa dan cuba melambat-lambatkan perlaksanaannya.
“Dengan virus Covid-19 yang telah mengakibatkan industri pelancongan mengalami penurunan dari segi pendapatan, Malaysia akan terpaksa bergantung lebih kepada sektor pengilangan dan pembinaan.
“Untuk sektor pengilangan, pelabur asing diperlukan menanam modal dan memulakan kilang di sini di mana ramai perkerja diperlukan. Oleh itu, kepastian dalam senario politik adalah perkara utama yang akan diberi fokus apabila pelabur asing hendak membuat pelaburan.
“Tanpa tarikh peralihan kuasa yang tetap, pelabur asing tidak akan berani bertindak melaburkan modal. Kenyataan peralihan kuasa ‘selepas APEC’ adalah satu perkara yang kabur.
“Ia boleh bermaksud semua tarikh selepas November 2020. Adakah ia bermakna tahun 2021 atau 2022? Itu pun ‘selepas APEC’ juga. Kami pelabur asing tidak gemar mendengar kenyataan yang tidak tentu dan tiada halatuju seperti itu,” tambah Jameson.
RENTASAN BERITA 643 | PANAS!!! TAKIYUDDIN BONGKAR KESALAHAN PERJANJIAN TUN MAHATHIR DAN ANWAR?
BANTU BLOG INI DENGAN HANYA MENGKLIK IKLAN. ADMIN TIDAK MEMOHON SEBARANG BANTUAN KEWANGAN DARI MANA-MANA PIHAK.PEMBACA YANG BUDIMAN, ANDA BOLEH MEMBANTU DENGAN MENGKLIK IKLAN DI BLOG INI. TERIMA KASIH.
EZAM GESA IGP BUKA SEMULA SIASATAN TERHADAP AZMIN
1. Saya ulangi gesaan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador agar siasatan kes video seks songsang yang membabitkan Menteri Ekonomi dibuka semula dan dilakukan secara profesional dan telus.
2. Saya merujuk kepada ucapan-ucapan saya di Shah Alam pada 14 Feb, Seremban pada 15Feb dan Kuantan pada 16 Feb 2020.
3. Saya menggesa KPN untuk membuka semula siasatan berdasarkan bukti baru yang khabarnya diterima oleh IbuPejabat Polis Bukit Aman beberapa minggu lalu.
4. Sebelum ini dakwaan terbuka telah dilakukan seorang bernama Haziq membabitkan seorang menteri kanan bernama Mohamed Azmin Ali yang merupakan Menteri Ekonomi. Ianya dakwaan serius dan sehingga hari ini tiada tindakan terhadap pendakwa dan/ataupun yang didakwa.
5. Menteri Ekonomi ini banyak melakukan sabotaj ekonomi dengan secara terbuka menggagalkan pelan peralihan kuasa PM yang memberi kesan kepada ekonomi negara.
6. Menteri Ekonomi ini juga dikaitkan dengan beberapa komplot kerajaan pintu belakang yang juga mengakibatkan kesan negatif kepada ekonomi negara dan merosakkan imej dan keyakinan pelabur kepada Malaysia.
7. Kesannya amat jelas.Ekonomi Malaysia ditahap terburuk dengan KDNK paling rendah suku akhir 2019. Rakyat semua peringkat merasai keperitan yang semakin berpanjangan.
8. Justeru ,alasan kukuh untuk mempercayai Menteri Ekonomi yang terpalit dakwaan skandal seks songsang bersama bukti video ini hilang fokus dari menjalankan tanggungjawab selamatkan ekonomi negara kepada selamatkan dirinya sendiri.
9. Tan Sri Hamid punya rekod meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan lain sewaktu ketika dahulu dengan berani meletakkan jawatan dalam isu 1MDB yang melanda negara ketika itu.
10. Saya harap beliau kekal dengan sikap meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik mana-mana kelompok dan individu.
11. Makanya saya sekali lagi menggesa beliau melakukan tindakan segera tanpa kompromi. Kes ini soal negara. Ia membabitkan seorang menteri ekonomi dan memberi kesan langsung kepada ekonomi negara dan rakyat.
Mohamad Ezam Mohd Nor
19 Feb 2020/ 25 Jamadil akhir 1441H
GAMBAR-GAMBAR KETIKA ANWAR DI DUBAI
Lawatan saya ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu diteruskan hari ini dengan melawat ruang pameran di Gulfood Exhibition yang berlangsung di Dubai World Trade Centre.


Sebelum itu saya juga menerima taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Dubai Islamic Economy Development Centre, Abdullah Mohammad Al Awar.


Saya turut menghadiri perjumpaan tertutup bersama beberapa pimpinan tertinggi di sini.
ANWAR IBRAHIM


PERSIDANGAN APEC WAJAR DIKETUAI OLEH ANWAR, BEKAS MENTERI KEWANGAN TERBAIK ASIA
Persidangan APEC (Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik) merupakan satu forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan Lautan Pasifik. Antara isu yang dibincangkan ialah ekonomi serantau, kerjasama, perdagangan dan pelaburan. Dijangkakan Malaysia menjadi tuan rumah persidangan kali ini yang akan diadakan pada bulan November tahun ini.
Sebagai tuan rumah, kita harus menampilkan tokoh kita yang hebat dan berpengaruh dan tiada rekod kepimpinan kediktatoran. Justeru itu, sekiranya peralihan kuasa PM di antara Tun M kepada Anwar ditetapkan pada Mei tahun ini sebagaimana yang dijanjikan, maka kita berpeluang untuk melihat Persidangan APEC di sini akan diketuai oleh Anwar Ibrahim. Sudah tentu persidangan kali ini menjadi tumpuan dunia kerana ketokohan Anwar itu sendiri sudah cukup untuk mempromosikan negara.
Pada Persidangan APEC November nanti, ianya wajar dipimpin oleh PM yang baru iaitu Anwar Ibrahim, seorang tokoh bekas Menteri Kewangan Terbaik Asia. Majalah ekonomi utama dunia, Asia Money, memberi pengiktirafan itu kepada Anwar pada tahun 1996. Pada tahun 1998, Majalah News Week pula menganugerahkan gelaran " Asean Of The Year" kepada tokoh reformasi ini. Pada tahun itu juga, Anwar Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa.
Sebelum beliau dilantik menjadi Menteri Kewangan dulu, beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan dan pernah menjadi Presiden Persidangan Umum UNESCO pada tahun 1989-91. Bahkan, selepas beliau dipecat dari Umno dan disingkirkan dari kabinet kerajaan pada tahun 1998, difitnah, diaib dan dipenjarakan, nama anak Cerok To'Kon, P.Pinang ini tidak mampu dipadamkan dari sejarah tokoh terbilang. Pada tahun 2008, Majalah Time menyenaraikan Anwar Ibrahim sebagai 100 orang paling berpengaruh di dunia.
Tidak mampu saya menulis lagi tentang kehebatan bakal PM ke 8 ini. Saya yakin semua kepimpinan dari PH lebih mengenali Anwar Ibrahim. Adakah tokoh ini tidak mampu mengendalikan APEC? Sewajarnya Anwar diberikan peluang untuk mengetuai persidangan kali ini untuk membuktikan rakyat tidak salah kerana memilih beliau sebagai PM ke 8. Jika Tun M masih tidak yakin dengan Anwar, mengapa beliau sanggup untuk bertemu dengan Anwar di penjara untuk mohon restu dari Anwar untuk menjadi PM?
WFAUZDIN NS
DULU MASA JADI PEMBANGKANG NAMPAK CERDIK,BERFAKTA DAN BERANI...BILA JADI KERAJAAN RUPANYA TAK CERDIK PENAKUT DAN JAGA JUGA JAWATAN...HARAM SUNGGUH AIHH
Minta Maaf kalau aku kata Kerajaan PH hari ini mandul..Pondan dalam menghadapi Fitnah Pembangkag.. Sudah lah Pondan.. takda keupayaan berfikir melawan dakyah depa... padan lah Tun Daim kata ramai Menteri berlagak..Depa bongkak dan berlagak tanpa sedar...
Kalau aku jadi Kerajaan..Jadi Menteri.. Hari ini jugak aku tawarkan Perdebatan di Media,Di TV melibatkan isu Tabung Haji... aku akan buat rancangan meja bulat seperti Indonesia.. seperti Metro dan Kompas TV.. Panggil semua Pemuka Fitnah Berhujjah secara terbuka..
Orang yang pertama korang kena cabar.. Tuan Ibrahim dan Anak haji Hadi.. Orang ni kena diajak Berhujjah... jawab lah fakta mcm mana pun.. Walaun bukan jenis Baca...
Dengan cabaran mcm ni jer layak untuk Depa.. Tengok Sebelum ini bila dibangkitkan isu penjualan saham syarikat perladangan TH... Mula mula Asyraf Wajdi garang sangat nak ajak Mujahid berdebat.. Bila aku suruh PH sambut debat di media.. Rasanya Faiz fazil noor dah cabar Asyraf Wajdi..Bila nak sahut cabaran, Asyraf senyap sampai hari ni..
Letak kan Dr Khalid, Dr Zaharuddin Abd rahman, Faiz Fadzil atau Khalid Samad.. dan Bawakan Tuan Ibrahim..Khalil Hadi dan Asyraf Wajdi.. Buat debat meja bulat lawan penipuan dan dakyah depa..
Kita kena faham..Depa ni bukan ada Hujjah sangat.. tujuan depa nak main persepsi untuk sebaran di media sosial..Whatsaap untuk mainkan Sentimen kaum dan Agama.. masa Wanji cabar Ulama PAS.. Ulama PAS lari jugak.. bagi macam macam alasan..
Jadi Bagi pemimpin PH..tolong jangan jadi Pondan.. dan jangan jadi mandul untuk berfikir.. Dah jadi Kerajaan dok main FB dan Twitter mcm Pembangkang.. lepas tu dok cakap sorang2 dalam Jom Channel..Sapa yg nak tengok..Syok sendiri..Berani lah Sikit.. :)
Ipohmali
ANTARA SETAN DAN PAK SETAN
Ibrahim Mat Isa
Aku nak cakap terus terang sajalah. Nak terasa hati, mampoih pi kat hangpa.
Sebenarnya, walaun dan cai pembangkang memang setan. Mereka buat status fitnah di media sosial terutama FB, dalam tulisan penuh dengan unsur kebencian dan kecaman kesat, maki hamun.
Bila kawan-kawan sempat screen shot dan viralkan, dan kita terbaca viral itu tentu kita nak check dulu.. Cari punya cari dah tak ada. Setan tu dah delete rupa-rupanya.
Aku tak tau kenapa dia delete, adakah kerana takut jadi kes polis dan bakal dikutip dan kena sumbat lokap satu malam, aku tak pasti. Bab kutip tu tak pe, itu prosidur soal siasat polis.
Yang setan sangat tu, bila tulisan mereka itu naik, kawan-kawannya pun akan share merata tempat dan mereka berseronok dapat maki kerajaan atau menteri PH.
Aku agak, setan seperti ini akan tetap jadi setan, malah pemimpin pembangkang yang kononnya beragama macam pak haji dalam Pas buat diam, dan mereka pun tumpang selit sekaki buat fitnah atau pun buat statement yang berunsur fitnah.. mereka tidak ada prihatin langsung nak nasihatkan penyokong supaya jangan menyebar fitnah atau lakukan sesuatu supaya lantera setan itu cepat dipadamkan.
Pemimpin pembangkang, dengan penyokong yang main dan bergelumang dengan fitnah memang SETAN!
Semoga setan-setan itu sedar kembali bahawa dosa mereka perlu disucikan oleh orang yang difitnah..
RAKYAT AKAN MENILAI JIKA MAHATHIR MELANGGAR KONSESUS 21 FEBRUARI NANTI
Semua keputusan dalam Majlis Presiden PH, sebagaimana yang kita sedia maklum, adalah berasaskan konsensus atau persetujuan sebulat suara wakil empat parti yang menjadi anggotanya.
Majlis itu tidak menerima keputusan berasaskan majoriti dan jika sesuatu perkara gagal diputuskan secara konsensus, ia biasanya akan ditangguhkan untuk dibawa ke mesyuarat berikutnya sehinggalah persetujuan sebulat suara dapat dicapai.
Dalam keputusan yang dicapai sebelum PRU14 iaitu Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri ke-8, semuanya diputuskan secara konsensus atau persetujuan sebulat suara Majlis Presiden.
Dua perkara lain yang turut dipersetujui jika setelah PH menjadi kerajaan ialah membebaskan Anwar daripada penjara dan memohon pengampunan penuh untuknya daripada Yang Dipertuan Agong, juga dipersetujui oleh Majlis Presiden secara sebulat suara.
Pada awalnya, pencalonan nama Tun Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri misalnya, tidak mendapat persetujuan sebulat suara dan perkara itu terus diperbincangkan dalam beberapa mesyuarat Majlis Presiden PH sehinggalah akhirnya persetujuan secara konsensus dapat dicapai.
Begitulah cara Majlis Presiden PH bekerja dan menjalankan tanggungjawabnya.
Sekarang ini, berikutan PH sudah menjadi kerajaan, keputusan konsensus berkaitan kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Dr. Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri sudah pun dilaksanakan.
Begitu juga dengan persetujuan membebaskan Anwar daripada penjara dan memohon pengampunan penuh daripada Yang Dipertuan Agong turut sudah dilaksanakan.
Hanya yang belum dilaksanakan ialah menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 bagi menggantikan Tun Mahathir.
Dalam perkembangan terbaru, walaupun Tun Mahathir menyatakan sedia berundur pada bila-bila masa jika Majlis Presiden mahukan beliau berbuat demikian, tetapi beliau juga menegaskan hanya akan berundur selepas Sidang Apec pada November nanti.
Dalam erti kata lain, Tun Mahathir sudah memanjangkan sendiri tempohnya memegang jawatan Perdana Menteri sementara daripada dua tahun kepada dua setengah tahun.
Dalam hal ini, meskipun jika Majlis Presiden berpendirian selari dengan kehendak majoriti rakyat yang mahukan peralihan kuasa berlaku pada Mei, Tun Mahathir jelas sudah memberi bayangan beliau hanya akan sedia berundur selepas Sidang Apec pada November.
Apakah dalam keadaan tersebut yang mungkin berlaku pada mesyuarat Majlis Presiden 21 Februari nanti, maka Tun Mahathir sendiri akan bertindak menggagalkan konsensus peralihan kuasa daripada berlaku pada Mei dengan menyatakan bantahannya secara terbuka?
Atau beliau akan meminta orang suruhannya, Azmin Ali untuk melakukan bantahan dan menggagalkan konsensus?
Jika begitu, apakah penilaian selayaknya kita berikan terhadap Tun Mahathir yang sudah menuju usia 95?
(ShahbudinHusin 19/02/2020)
TH AKAN BERTAMBAH KUKUH DENGAN PENSTRUKTURAN SEMULA
~ dari FB Prof Dr Zaharuddin Abd Rahman
Saya berpandangan agar tidak tidak wajar berlebihan berpolitik dalam hal Lembaga Tabung Haji (TH) ini kerana institusi itu menuntut tadbir urus yang professional lagi kemas, melangkaui kepentingan politik kepartian.
TH adalah untuk semua umat Islam di Malaysia malah menjadi suri teladan (role model) di peringkat antarabangsa.
Meletakkan TH di bawah pemantauan dan seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak sama sekali patut dilihat negatif, apatah lagi mengaitkannya dengan sentimen perkauman dan agama.
Atau kononnya untuk melemahkan TH. Bahkan sebenarnya langkah itu adalah untuk meningkatkan daya saing, integriti dan ketelusan, malah menguatkan TH.
BNM sudah lama berfungsi dan berpengalaman meregulasi, memantau dan memastikan keutuhan sesebuah institusi kewangan yang beroperasi di Malaysia.
Ia mengamalkan tadbir urus dan perakaunan yang memenuhi syarat, malah pemilihan ketua pegawai eksekutif (CEO) dan lembaga pengarah setiap bank juga perlu kelulusan dan tapisan kelayakan oleh BNM.
Justeru BNM sangat berpengalaman dan pakar sejak sekian lama menjaga seluruh institusi kewangan iaitu bank, insuran dan takaful.
Bertanggungjawab dan profesional
Sangat banyak syarat ketat - tapi perlu - dilaksanakan,. Contohnya memastikan institusi perbankan untuk "maintain high-quality loss-absorbing capital" yang terdiri daripada Common Equity Tier 1 (CET1), which comprises paid-up capital, retained earnings and disclosed reserves, iaitu mesti mencecah 7 peratus daripada keseluruhan banking institution’s risk-weighted assets.
Ia adalah peningkatan berbanding 2 peratus sebelumnya.
Ini semua penting bagi menjaga kelangsungan sesebuah bank.
Berdasarkan kenyataan wakil TH, bukanlah keseluruhan agensi itu diletakkan di bawah BNM seperti bank-bank komersial, sebaliknya hanya untuk sebahagian aspek penting.
BNM diyakini sangat berpengalaman dan pakar dalam urus tadbir dan audit kewangan (governance and financial audit). Audit BNM ini kelak mungkin bakal merangkumi:
1. Amalan perniagaan adil, bertanggungjawab dan profesional
2. Dasar berhemah, pengurus dan5 penyeliaan risiko
3. Peralatan untuk pengurusan krisis dan pencegahan
4. Rangkaian keselamatan kewangan
5. Pasaran kewangan yang teratur
6. Patuh syariah
Justeru tidak perlu risau sama sekali akan campur tangan orang bukan Muslim ke atas TH kerana BNM bekerja dengan profesional berdasarkan Akta Bank Pusat 2009 serta sudah seakan mempunyai autonomi daripada Kementerian Kewangan dalam melaksanakan tugasnya.
Ia juga melangkaui politik kepartian. BNM sendiri mempunyai Majlis Penasihat Syariah. TH pula - sebagaimana dalam Akta Tabung Haji - tidak terikat dengan BNM seperti bank-bank komersial.
Dikompromi orang politik
Lembaga Pengarah TH adalah pihak yang mesti menentukan hala tuju dan strategi terbaru badan itu. Mereka semua beragama Islam. Merekalah juga yang mempunyai kuasa menentukan pelaksanaan bersama pengurusan kanan TH yang lain, bukannya BNM.
BNM hanya bertindak sebagai auditor bagi sebahagian bidang yang diserahkan oleh TH.
Justeru, Muslim dan semua pencarum TH patut lebih gembira apabila agensi itu diletakan di bawah pemantauan BNM kerana ia bakal menjamin:
° Tiada - atau sekurang-kurangkan minimum - isu salah tadbir urus berlaku pada masa akan datang, khususnya yang melibatkan kepentingan politik kepartian
° Sebarang perubahan polisi tertentu yang menyalahi amalan pentadbiran kewangan sihat dan perakaunan yang betul akan cepat dapat dikenal pasti
° Pengurusan risiko yang kemas lagi ketat bagi menjaga jangka hayat TH serta menghalang TH daripada melabur ke tempat berisiko tinggi. Sebelum ini aspek berkenaan mungkin telah dikompromikan dengan arahan ‘orang politik’.
Kesimpulannya, adalah bagus TH diletak di bawah kawal selia BNM yang professional dan juga ketat bagi aspek audit dan tadbir urus.
Menurut sumber berautoriti yang saya saya perolehi, TH tetap di bawah kuasa langsung perdana menteri dan menteri hal ehwal agama, bukannya BNM atau Kementerian Kewangan.
DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN ialah presiden Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid), pakar kewangan Islam dan profesor adjunct Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Unisel.
PEMFITNAH KEPANASAN, NAMUN SUDAH TERLAMBAT.LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT.
Ini posting beliau yang menggunakan nama Amy Ameida. Laporan polis telah dibuat keatas beliau..tengok dia mula gelabah dan mohon maaf...
Kita boleh berbeza pendapat.Tetapi fakta tidak boleh diubah dan difitnah...tetapi nak buat macamana, kerana pimpinan mereka juga telah membuat benda yang sama..iaitu memamparkan benda yang sama tetapi tidak tahu fakta dan kebenaran.
Sahih tak lelap mata ya kerana kesalahan yang disengajakan...tapi anda perlulah tabah kerana anda pejuang fisabilillah dan berjihad ...itu maknanya berjihad...alahhh...sikit ja tu...mohon maaf...atau dituntut dimahkamah...minta dibicarakan....denda..kalau Guan Eng minta kau 2 juta sebab fitnah dia...alah..bayar ja la..
Kita boleh berbeza pendapat.Tetapi fakta tidak boleh diubah dan difitnah...tetapi nak buat macamana, kerana pimpinan mereka juga telah membuat benda yang sama..iaitu memamparkan benda yang sama tetapi tidak tahu fakta dan kebenaran.
Sahih tak lelap mata ya kerana kesalahan yang disengajakan...tapi anda perlulah tabah kerana anda pejuang fisabilillah dan berjihad ...itu maknanya berjihad...alahhh...sikit ja tu...mohon maaf...atau dituntut dimahkamah...minta dibicarakan....denda..kalau Guan Eng minta kau 2 juta sebab fitnah dia...alah..bayar ja la..
HOTEL TH TAK TUTUP, PEKERJA TAK DIBUANG
Hotel TH tak tutup, pekerja tak dibuang
Oleh: Redzuan
Pembangkang yang kehilangan modal menuduh kononnya Tabung Haji mentup 4 hotel milik mereka dan kakitangannya kehilangan kerja.
Bagaimanapun pihak kerajaan Pakatan Harapan menjelaskan tidak berlaku penutupan hotel sebagaimana didakwa, sebaliknya dialbil alih syarikat lain.
Sehubungan itu, pembuangan pekerja juga tidak berlaku apabila hotel-hotel berkenaan diambilalih oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) dan akan diberi nama baru, rangkaian Raia Hotel mulai 1 April 2020.
TH dalam kenyataan semalam memaklumkan, semua kakitangan membabitkan TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Penang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu yang sebelum ini diuruskan oleh TH Hotel and Residence Sdn Bhd (THHR) akan dikekalkan perkhidmatan mereka.
“Untuk makluman, tiada kakitangan THHR akan diberhentikan. Seramai 90% daripada kakitangan THHR akan terus bekerja di rangkaian Raia Hotel.
“Manakala 10% kakitangan hotel akan diserap oleh THHR Kelana Jaya. Selain itu, 90% kakitangan yang terlibat juga akan menerima saguhati berdasarkan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di THHR.
“TH akan sentiasa menjaga kebajikan kakitangan yang terlibat demi kelangsungan karier mereka di masa hadapan,” ujar kenyataan itu.
UJPM akan mengambil alih operasi keempat-empat hotel tersebut yang sebelum ini di bawah seliaan THHR bermula 1 April 2020.
“Kesemua hotel ini adalah sebahagian daripada pemindahan aset yang terdiri daripada 29 aset hartanah, satu (1) syarikat tidak tersenarai dan pegangan ekuiti yang mempunyai nilai semasa sebanyak RM9.63 billion pada hari pemindahan. UJ telah menerbitkan sukuk sejumlah RM19.6 billion dan membayar RM300 juta tunai bagi melengkapkan transaksi ini,” ujar kenyataan itu.
Penubuhan UJPM ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memastikan kesinambungan pekerjaan serta operasi hotel memandangkan aset-aset hotel di bawah milikan TH telah berpindah milik kepada UJ pada Disember 2018 tanpa berlakunya perpindahan pengurusan dan kakitangan hotel.
Kenyataan menyebut, operasi hotel di bawah pengurusan baharu ini akan beroperasi seperti sedia kala dan kekal sebagai hotel patuh syariah dengan nama baharu iaitu Raia Hotel mulai 1 April 2020.
“UJ juga telah menyediakan dana bagi menambahbaik kemudahan dan fasiliti hotel untuk memberi manfaat kepada pengunjung. UJ juga ingin meyakinkan orang ramai bahawa hotel-hotel ini boleh digunakan seperti mana yang telah dipraktikkan dulu semasa musim operasi haji.
Pengambilalihan operasi dan perkhidmatan rangkaian hotel oleh UJPM merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Semula dan Penstrukturan TH.
Langkah pengambilalihan operasi hotel-hotel ini daripada THHR adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh UJ bagi memenuhi mandat yang telah diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan komitmen kerajaan.
UJ memainkan peranan penting untuk memastikan objektif ini tercapai dan akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan nilai asetaset di bawah portfolio UJ.
“TH dan UJ berharap rakyat Malaysia akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pihak pengurusan baharu yang akan menjadi operator di empat hotel tersebut.
“Ini kerana, dari segi asasnya, pihak UJ akan meningkatkan imej hotel-hotel tersebut dari segi penjenamaan semula, menaik-taraf fasiliti dan mengoptimumkan tahap kecekapan.
MENTERI RUJUK SAJJAD KE SKMM
Menteri rujuk Sajjad ke SKMM
Oleh: Nauza
Tindakan ahli perniagaan, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang berkongsi hantaran di media sosial dengan berpakaian wanita ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci baru-baru ini diambil tindakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, kes berkaitan Muhammad Sajjad kini dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). berikutan bidang kuasa membabitkan media sosial di bawah suruhanjaya berkenaan.
Menurutnya, beliau sudah mengambil inisiatif membuat aduan rasmi dan berbincang dengan SKMM mengenai tindakan terhadap Muhammad Sajjad.
“Masih ada yang bertanya apa tindakan saya, namun perlu difahami bidang kuasa membabitkan media sosial dan berkaitannya adalah di bawah SKMM.
“Kita kena lihat keadaan dan bagaimana perbuatan itu dibuat. Muhammad Sajjad memakai pakaian wanita, berlagak seperti wanita dan perbuatan itu adalah salah di sisi agama.
“Bagaimanapun, perbuatan itu dilakukan di luar negara, dia tidak terikat dengan undang-undang di negara kita,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Terdahulu, Mujahid dilaporkan berkata, pihaknya akan membuat penilaian terlebih dahulu sebelum menentukan sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang atau memberi nasihat terhadap Muhammad Sajjad.
Terdapat tiga perkara asas yang akan dinilai sebelum sebarang tindakan diambil terhadap Muhammad Sajjad iaitu mengurangkan kerisauan orang ramai, isi kandungan yang dimuat naik di media sosial dan ia perlu menghormati landasan budaya syariat.
Subscribe to:
Posts (Atom)






