Rakyat Selangor akan meyakini kata-kata MB Selangor Khalid Ibrahim
bahawa beliau kedekut untuk membelanjakan wang rakyat. Sebab itu
simpanan tunai Selangor meningkat dari RM400 juta ketika BN terlungkup 5
tahun lalu kepada RM2.5 bilion hari ini. Komen
Khalid itu ditujukan kepada puak yang tidak berpuas hati cara Khalid
menyumbang kepada gerakan politik di Selangor. Khususnya suara kritikan
dari ahli parlimen Gombak Azmin Ali dan ahli parlimen Ampang Zuraida
Kamarudin.
Banyak penyokong Pakatan Rakyat terutama dari parti
PAS tidak senang dengan kritikan Azmin kepada Khalid. Sedangkan mereka
sendiri tidak pernah rapat dengan Khalid mahu pun dua setiausahanya
Faekah dan Arfah. Atau pun tidak pernah meminta dana dari kerajaan
negeri.
Khalid tangkai jering
Sesiapa
yang pernah melalui pengalaman perit meminta dana dari kerajaan Selangor
akan mengetahui betapa kedekutnya Khalid. Tetapi dalam perkara lain
beliau tidak pula berkira.
Ambil contoh media Selangorku.
Peruntukan kepada media milik kerajaan negeri ini sejak mula ditubuhkan
pada 2008 telah pun melepasi RM4 juta. Gaji editor dan wartawannya bukan
kecil malah hampir menyamai gaji editorial akhbar arus perdana seperti
Sinar Harian walaupun keupayaan media ini terbatas. Dibanding dengan
penerbitan pembangkang lain seperti Harakah dan Suara Keadilan,
Selangorku menikmati ganjaran lumayan.
Bagaimanapun, bagi jentera
pengedaran akhbar Selangorkini di peringkat bawahan misalnya, kerajaan
Selangor tidak pula memberikan sedikit insentif kepada jentera parti
bagi melancarkan edaran. Edaran terhad di masjid dan pusat khidmat.
Selebihnya dilakukan oleh tenaga sukarela. Tidak salah memberi ganjaran
duit minyak kepada pekerja parti untuk mengedar rumah ke rumah, terutama
di kawasan Melayu yang tertutup minda untuk mengundi selain BN.
Contoh
lain lebih banyak. Projek-projek yang boleh menggerakkan dana kepada
gerakan politik tidak dibenarkan. Akibatnya, parti-parti politik PR
terpaksa mencari derma orang ramai untuk bergerak. Kerajaan negeri boleh
menggerakkan sebarang projek dan memberi modal awal kepada rakyat untuk
berniaga dan dana boleh disumbangkan kepada gerak kerja kemasyarakatan.
Walaupun ia melibatkan kader-kader politik namun mereka juga adalah
rakyat Selangor dan tidak salah di sisi undang-undang.
Apabila
sumbangan orang ramai tetap diperlukan selepas dua penggal PR mentadbir
maka akan menghasilkan tanggapan tidak baik. Kebanyakan penyumbang telah
menyumbang wang sejak 15 tahun lalu ketika Anwar Ibrahim ditahan oleh
rejim Mahathir. Mereka menyumbang wang paling banyak pada 2008 untuk
memastikan BN Selangor tumbang.
Selepas BN tumbang, mereka hanya
menikmati air percuma dan sedikit bantuan kebajikan. Tentulah apabila
diminta menyumbang kewangan akan timbul persoalan sampai bilakah mereka
perlu membiayai parti-parti dalam PR di Selangor?
2013 momentum Putrajaya
Lebih
buruk lagi jika Khalid atau exco yang dilantik mempercayai rakyat
Selangor berpuas hati dengan perkhidmatan mereka kerana itu diberi
majoriti besar. Memang bagi kaum Melayu, Cina dan India bandar mereka
berpuas hati dengan kerajaan pentadbiran Khalid kerana mudah berurusan
dengan jabatan di bawah kerajaan negeri tanpa rasuah.
Tetapi bagi
pengundi Melayu sub bandar majoriti besar yang diberi adalah kerana
momentum Putrajaya. Selepas mereka menjatuhkan BN di Selangor mereka
ingin melihat Anwar menjadi PM. Suasana akan berlainan jika pada PRU
lalu Khalid berkempen untuk mempertahankan Selangor. Berkemungkinan pada
6 Mei yang memisahkan PR dan BN hanya dua kerusi DUN sahaja atau pun
kalah terus.
Oleh itu teguran Azmin dan Zuraida ada benarnya.
Setiausaha Khalid seperti Faekah dan Arfah menapis banyak program juga
ada benarnya. Malah telah menjadi rahsia umum media Selangorku menyekat
beberapa tokoh politik PKR dari diberi ruang penyiaran dalam media milik
kerajaan negeri itu.
Khalid yang masuk penggal kedua
pentadbirannya wajar meneliti kelemahan dan kekurangan yang beliau
lakukan dalam penggal pertama. Teguran Azmin dan Zuraida serta beberapa
ADUN lain tidak sepatutnya dipandang sepi.
PRU 14 tidak sama.
Dengan persempadanan baru kawasan pilihan raya Selangor dijangka
tumbang. Jika Khalid meneruskan kedegilannya maka pecahan kawasan yang
banyak mengutamakan kaum Melayu akan menguburkan PR Selangor.
Khalid
perlu lebih terbuka. Terutama dalam mengambil hati orang Melayu. Media
Selangorku tidak berjaya di kawasan Melayu yang menyaksikan kawasan
seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Sungai Besar, Tanjung Karang, Hulu
Selangor terus menjadi kubu kebal BN.
Kawasan itu pastinya
dipecahkan menjadi lebih banyak DUN untuk memenangkan BN pada PRU 14.
Jadi janganlah kedekut dengan kawasan seperti itu dan jangan terlalu
tertutup dengan cadangan pembaharuan, lebih-lebih lagi dari puak Azmin -
Zuraida.
Pentadbiran Khalid perlu diperbaiki untuk menjanjikan kemenangan berterusan PR pada PRU akan datang.
Tidak banyak yang dapat dirumuskan dalam beberapa minggu awal selepas pencalonan jawatan tertinggi PKR dibuat pada 29 Mac lalu. Selain
menerima pencalonan terbanyak bagi kerusi Timbalan Presiden, pencalonan
kali ini juga menyaksikan beberapa puak dalam PKR cuba menentukan hala
tuju parti itu selepas Mahkamah Persekutuan bersidang memutuskan nasib
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, seawal bulan Jun depan.
Kali
terakhir kerusi timbalan presiden dipertandingkan dengan calon melebihi
dua orang adalah pada 2010 lalu, apabila Naib Presiden ketika itu
Mustafa Kamil Ayub dan bintang baharu PKR Zaid Ibrahim mencabar Azmin
Ali.
Pemilihan dimenangi Azmin selepas dua bulan kempen yang
memenatkan. Namun kali ini kerusi timbalan dicabar oleh lima pemimpin.
Sesuatu yang asing dalam parti politik tanah air. Umno tidak membenarkan
kerusi Presiden dan Timbalannya dipertandingkan. MCA yang agak bebas
hanya membenarkan satu lawan satu. PAS paling hebat pun tiga penjuru.
Belum ada parti membenarkan pertandingan enam penjuru bagi jawatan
sepenting itu.
Strategi belakang tabir
Tentu
sekali pemilihan kali ini mempunyai strategi belakang tabir yang
kompleks. Secara umumnya mungkin kelihatan demokrasi berkembang biak
dalam PKR namun secara halusnya terdapat perancangan tertentu untuk
meletakkan pemimpin yang disukai menerajui parti.
Terdapat
dakwaan beberapa pemerhati politik pemilihan kali ini dirancang agar
Azmin Ali tidak berkuasa sekiranya Anwar didapati bersalah dan
dimasukkan semula ke dalam penjara. Dakwa sumber tertentu Azmin dilihat
tidak memainkan peranan k politk sebagaimana Anwar yang disenangi oleh
sekalian ahli parti.
Corak politik Azmin lebih kepada puak yang
rapat dengannya dan kurang mesra dengan ahli-ahli biasa. Azmin juga
didakwa mengamalkan kepimpinan yang kurang toleran terhadap pelbagai
rencam kerenah ahli dan tidak senang dikritik. PKR akan menjadi parti
yang elit sekiranya Azmin memegang jawatan Presiden.
Barangkali
itu juga sebabnya Anwar dan Azizah bertanding jawatan presiden. Azmin
tidak akan mencabar Anwar tetapi akan mencabar Wan Azizah. Anwar
menghantar borang pencalonan terlebih dahulu agar Azmin berundur.
Kemudian Azizah menghantar pencalonan.
Akta pertubuhan
Pada
ketika yang sesuai Anwar yang sukar melepaskan diri daripada Akta
Pertubuhan yang melarang seseorang disabitkan hukuman penjara lebih
setahun memimpin sesebuah parti akan menarik diri dan mengekalkan Wan
Azizah sebagai presiden.
Banyak penganalisis politik meramalkan
taktik menarik diri juga akan berlaku dalam persaingan kerusi Timbalan.
Sekurang-kurangnya dua calon yang tidak dikenali diramal menarik diri
ketika kempen bermula. Selepas itu, proses penarikan diri akan
melibatkan YB Batu Tian Chua, satu-satunya pencabar Azmin dari era
Reformasi.
Kemasukan mengejut setiausaha agung PKR Saifudin
Nasution memang merancakkan persaingan tetapi sebenarnya beliau adalah
pemain utama dalam pemilihan kali ini. Pada hari pengundian persaingan
hanya akan berlegar di sekitar Azmin, Saifudin dan Khalid Ibrahim.
Saifudin
didakwa adalah orang pilihan Anwar sekiranya tokoh itu kembali mendekam
di penjara. Bagaimanapun, langkah Saifudin agak sukar apabila Khalid
turut bertanding. Sekurang-kurangnya undi PKR selangor tidak akan
memihak kepadanya. Selangor mencatat 20 peratus keahlian PKR dan
tertinggi di seluruh negara.
Khalid Ibrahim dijangka akan
mendapat undi terbanyak dari Selangor sekiranya beliau mampu
menyenangkan hati ahli parti dan tidak kedekut meluluskan dana kerajaan
negeri dalam tempoh dua bulan ini.
Azmin pula mempunyai
simpanan tetap, PKR Sabah banyak memberi sokongan kepadanya pada 2010.
Namun agak rumit apabila bekas sekutu Anwar dalam BN Datuk Lajim Ukin
menjadi MPP Sabah. Kemungkinan undi Sabah akan berpecah kepada Saifudin
atas arahan Anwar.
Pengaruh saifudin
Kekuatan
Saifudin di sebelah utara Semenanjung; Kedah, Perlis dan Perak. Ketika
ini persaingan dilihat seimbang antara Saifudin dan Azmin. Bagaimanapun
Azmin yang telah lama memimpin PKR dan mempunyai banyak sokongan akar
umbi dilihat mempunyai kelebihan mempertahankan jawatan biar pun dengan
majoriti yang kecil.
Namun semua itu akan berubah jika Anwar
memberi isyarat untuk memilih Saifudin menggantikan Azmin. Perancangan
untuk meletakkan Saifudin bukanlah diatur secara spontan tetapi setelah
melihat tahap sokongan di negeri-negeri.
Tokoh yang dijangka
kalah teruk adalah Khalid Ibrahim yang tidak mempunyai sokongan
menyeluruh kecuali di Selangor. Sekiranya Khalid kalah teruk dalam
pemilihan kali ini maka jalan terbuka lebih luas untuk menyingkirkannya
dari kerusi MB Selangor.
Seseorang yang tidak popular dalam parti
pasti akan digantikan. Azmin pula tidak berupaya mendesak jawatan MB
diberikan kepadanya sebagaimana sebelum ini sekiranya tewas dalam
pemilihan. Maka Wan Azizah akan mudah mengisi kekosongan.
Bagaimanapun
keadaan akan lebih rumit jika Azmin berjaya mempertahankan jawatan dan
inginkan kerusi MB. Kini, terdapat pemikiran jalan tengah yang menolak
Azmin dan Khalid dalam PKR dan menaikkan muka baharu, Saifudin. Hanya
dengan Saifudin krisis yang berlarukan sejak 2010 akan selesai.
Pemikiran Jalan Tengah ini semakin menguasai ahli PKR terutama di
Semenanjung.
Penamaan calon PKR yang berakhir 5
petang tadi di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya mencatat
sejarah apabila jawatan Timbalan Presiden dicabar oleh 6 calon selain
azmin Ali yang mempertahankan kedudukan. Sama
ada parti itu mempraktikan demokrasi terbuka atau pun mula wujud
perpecahan di peringkat bawahan, tiada siapa yang pasti apabila
nama-nama yang tidak terkenal juga turut mencalonkan diri, seolah-olah
senario pilihan raya umum yang meletakkan calon bebas untuk mengacau
undi parti-parti besar yang bertanding.
Bagaimanapun diramal Azmin Ali akan mempertahankan kedudukan pada
pemilihan kali ini berdasarkan pengaruh kuat beliau di Selangor dan
Sabah, dua negeri mencatat keanggotaan PKR paling banyak.
Saifudin Nasution yang didakwa banyak pihak merupakan calon pilihan
Anwar dalam misi menyingkir Azmin dijangka menghadapi laluan sukar
apabila Khalid Ibrahim turut mengambil undi PKR Selangor.
Sementara Khalid Ibrahim mungkin hanya sekadar memanaskan suasana pemilihan ketika tidak jelas sokongan yang memihak kepadanya.
Manakala Tian Chua mungkin menarik diri selepas beberapa hari dan
menumpukan kepada kerusi Naib Presiden yang lebih selamat untuknya.
Bagi kerusi Naib Presiden pula kemunculan semula Mustafa Kamil Ayub
yang pernah menjadi orang kuat Anwar mungkin membawa semula sentimen
reformasi ke dalam parti. Beliau yang pernah menjawat Naib Presiden
sebelum tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden pada 2010 lalu dijangka
akan menjadi tumpuan ketika PKR melancarkan Reformasi 2.0 yang membawa
kembali kenangan ahli ke era kegemilangan reformasi 1.0 lalu.
Presiden PKR (2 calon)
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan Presiden (6 calon)
1) Mohamed Azmin Ali
2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
3) Tian Chua
4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail
5) Datuk K Rama
6) Ganusegaran
Naib Presiden (16 calon)
1) Fuziah Salleh
2) N Surendran
3) Rafizi Ramli
4) Nurul Izzah Anwar
5) Mustafa Kamal Ayub
6) Baru Bian
7) Mansor Osman
8) Suresh Kumar
9) Elizabeth Wong
10) Dr Shamugan
11) Sresram
12) Mohd Yahya Sahri
13) Lee Chin Cheh
14) Dr Sritaram
15) Dr Xavier Jayakumar
16) Tian Chua
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (78 calon)
Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Ketua AMK (3 calon)
1) Amiruddin Shaari
2) Nik Nazmi Nik Ahmad
3) Mohd Nazree Yunus
Timbalan AMK (4 calon)
1. Chang Lih Kang
2. Dr Afif Bahardin
3. Ramesh
4. Sarman
Naib Ketua AMK (9 calon)
Exco AMK (62 calon)
Wanita Pusat
Ketua Wanita Pusat (2 calon)
1) Rodziah Ismail
2) Zuraida Kamaruddin
Timbalan Ketua Wanita Pusat (3 calon)
1. Haniza Talha
2. Tengku Intan Tengku Abdul Hamid
3. Prof Madya Dr Rosnah Azraai
1. Altantuya diletup guna C4, tanpa sebab dia diletupkan, tanpa motif.Masuk tapi tak keluar... 2. Kapal selam tak boleh menyelam dan injin pesawat hilang.Jumpa pulak di Brazil. 3. Kejadian Liwat melalui "bluetooth". 4. Dakwat kekal yg tidak kekal. 5. Beng Hock dan Sarbini mati dalam bangunan Kerajaan 'secara misteri". 6. Rekod Altantuya hilang dalam sistem komputer di Imegresen. 7. Cincin 24 Juta dibawa masuk untuk 'dipamirkan' tapi lokasi pameran rahsia. 8. Ayah Pin diburu berpuluh tahun, tak jumpa-jumpa, tanpa dapat dikesan oleh 'radar'. 9. Pertahan Kalimah Allah tapi tak suka hukum Allah. 10. Pesawat "ended' di tengah lautan Hindi, tapi tak terhempas atau mengorbankan sesiapa dan tak dijumpai. 11. Ada PC (Press Conference) tapi tak boleh soal jawab. 12. Budak yang gagal belajar jumpa PM minta biasiswa.
Penyandang jawatan Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berdepan lima pencabar dalam
pemilihan kali ini iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selain empat
lagi calon iaitu Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, Setiausaha Agung
PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandran dan Murali
Subramaniam.
Tolak terus K Ramachandran dan Murali
dari senarai kegemaran untuk memudahkan analisis ini. Ramai terkejut
apabila Saifuddin Nasution juga bertanding. Seperti ada usaha belakang
tabir meminta Saifuddin masuk untuk menyekat Azmin setelah jawatan
Presiden dikepung rapat Anwar. Meskipun tiada salahnya Azmin bertanding
Presiden (atau mungkin tidak berhajat pun) tetapi tidak manislah kerana
senario politik Malaysia tidak nampak pertandingan melawan presiden
parti sesuatu yang diraikan malah ia akan dibenci baik di dalam Umno,
PAS mahu pun parti lain. Abdul Rahman Othman dipandang bagai musuh
nombor satu parti sewaktu beliau mencalon diri bertanding jawatan
Presiden PKR pada 2007 sebelum menarik diri bersama Anwar untuk
memberikan kemenangan percuma kepada Wan Azizah. Tian Chua yang dilihat sebagai simbol
garis politik awal PKR mewakili kumpulan reformis dijangka akan menarik
diri untuk memberi laluan kepada Saifuddin. Umum juga melihat Tian tidak
serius, hanya mahu uji pasaran kerana pada masa yang sama turut
mempertahankan kerusi Naib. Mana satu fokus beliau? Timbalan atau Naib?
Undi anggota (ahli) kaum Cina juga tidak menjamin kedudukan Tian. Jika
tidak menarik diri pun, pengundi masih boleh mengundi Tian untuk Naib.
Maka senarai semakin pendek antara Azmin, Khalid dan Saifuddin. Selain
faktor peribadi mereka yang dikenali ramai bersertakan persepsi yang
mengikut belakang mereka, faktor penting pemilihan kali ini ialah jika:- 1) Anwar menarik diri kerana berdepan hukuman penjara dan Wan Azizah menjadi presiden 2) Anwar tidak menarik diri dan menang kerusi presiden Khalid Ibrahim Khalid, rekod minat dalam kerja-kerja
parti amat buruk. Kita bercakap soal parti bukan Menteri Besar dan
pentadbiran negeri. Dalam menggerakkan parti termasuk kerja-kerja
propaganda, menyebar idealisme parti; Khalid jauh ketinggalan berbanding
Azmin. Tidak faham mengapa Khalid menawarkan diri menjadi timbalan.
Jadi jika mengambil dua faktor yang disebutkan tadi sekiranya:- 1) Wan Azizah presiden dan Khalid
Ibrahim timbalan maka PKR akan berhadapan kepimpinan yang lemah dan
tidak tegas. Wan Azizah kita tahu lembut sifatnya seperti ibu kepada
semua dan gerak kerja parti lebih banyak dijayakan timbalan, jadi sukar
untuk berdepan dengan musuh politik yang tidak pernah berhenti
menyerang. Khalid selalu dikritik kerana masih terus membiarkan
juak-juak Umno bermaharajalela di pentadbiran Selangor. 2) Anwar presiden, nampak seperti
gandingan yang mantap bersama Khalid Ibrahim tetapi itu di atas kertas
sahaja kerana kedua-duanya sama keras kepala. Amat sukar mengawal Khalid
yang memang tidak berminat dalam organisasi parti. Banyak keputusan
Khalid buat tanpa perbincangan bersama. Ini bahaya dalam struktur
organisasi parti. Jadi, Khalid yang cenderung dengan
kerja pengurusan korporat tidak sesuai duduk memimpin sebuah parti
politik seperti PKR yang terdiri dari berbagai latarbelakang sama ada
ahli politik, aktivis hak asasi, kesatuan sekerja, profesional,
agamawan, seniman dan kaum pekerja. Menjadi Menteri Besar berbanding
calon lain adalah suatu tajuk lain yang boleh didebatkan di meja
berasingan, bukan pada tajuk ini. Azmin Ali Tidak dinafikan menjadi penggerak awal
parti sejak penubuhannya. Pegawai kanan Anwar Ibrahim yang dikenali
paling setia ketika ramai rakan (bekas) sudah keluar meninggalkan Anwar
dan parti. Azmin juga turut menerima nasib buruk difitnah Umno sejak era
reformasi 1998 melibatkan maruah diri dan keluarga. Sama seperti Anwar.
Kejayaan menyusun strategi sehingga parti mencapai keputusan cemerlang
dalam pilihanraya umum 1999-2008 tidak perlu dipertikai. Menjaga baik
penyokong-penyokongnya. Di atas kertas, Azmin dilihat kuat. Jika
dibandingkan antara Khalid Ibrahim dan Saifuddin, Azmin lebih 'dekat'
dengan anggota bawahan. Mesra dan murah senyuman. Jika dua faktor
disebutkan awal tadi diambilkira dan Azmin menjadi timbalan:- 1) dengan Wan Azizah sebagai presiden,
parti jadi statik seperti sebelum ini. Tidak berubah. Pemerhati politik
tahu hubungan Wan Azizah-Azmin tidak baik. Keadaan menjadi seperti
biasa. Imej Azmin mahu jadi Menteri Besar yang dipaparkan di media dan
dikepohkan di kedai kopi menyulitkan keadaan. Tugas berat juga untuk
digalas ketika hendak bekerjasama dengan PAS dan DAP. Apatah lagi PKR
gagal menang banyak kerusi di Selangor berbanding PAS dan DAP pada PRU13
yang lalu. Beban ini diletakkan di bahu Azmin. 2) dan jika Anwar presiden juga sekali
lihat gandingan dengan Azmin sangat mantap. Tetapi sama ada Khalid jadi
timbalan mahu pun Azmin, pergeseran antara kedua mereka tidak akan
berhenti. Ini membuat anggota parti PKR dan rakan di dalam Pakatan
Rakyat muak, bosan, benci. Mendepani penggal hadapan yang lebih
mencabar, ramai tidak mahu melihat Khalid dan Azmin menimbulkan masalah.
Kerja-kerja membela rakyat perlu diteruskan selari dengan memacu agenda
reformasi. Kesimpulannya, Azmin berpotensi untuk menang tetapi masalah lama tetap akan berlaku. Pergeseran Azmin-Khalid. Saifuddin Nasution Jika Azmin diukur kesetiaannya,
Saifuddin juga tidak kurang hebat. Terus meninggalkan jawatan Setiausaha
Pemuda Umno dan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional untuk bersama Anwar
Ibrahim pada 1999. Pernah merajuk sekejap dengan PKR dan membuat kerja
membantu kerajaan PAS di Kelantan tetapi dipanggil semula ke dalam PKR
selepas Anwar keluar penjara. Menjawat Pengarah Strategi PKR dan
berpengalaman menjadi Setiausaha Agung, Saifuddin dikatakan sosok yang
layak. Meskipun kedengaran ada krisis dengan Khalid ketika masuk sekejap
di pentadbiran Selangor, itu tidaklah berapa ketara sebaliknya dilihat
bersifat dalaman, tidak dibawa menjadi masalah negeri seperti kes
Khalid-Azmin. Kecekapan gerak kerja politik Saifuddin dipuji kerana
sangat tersusun. Dua faktor tadi, jika :- 1) Wan Azizah presiden, Saifuddin
selaku timbalan yang berpengalaman sebagai pengarah strategi dan
setiausaha agung ketika di dalam PKR, PAS dan Umno bijak merangka
strategi menangkis serangan musuh. 2) Jika Anwar presiden, ia meringankan
kerja kerana selaku timbalan, Saifuddin mudah berurusan dan berunding
dengan rakan di dalam Pakatan Rakyat. Tetapi Saifuddin dilihat 'jauh' dengan
penyokong parti. Sering kelihatan sibuk, bergegas hendak pulang dari
majlis, hanya bergaul sesama rakan pimpinan di ruang khas sahaja.
Kesimpulannya dan rumusan dari
analisis ini, anggota parti wajar melihat apakah calon-calon ini
berupaya memberikan helaan nafas baru kepada PKR.Masalah baru mungkin
muncul tetapi anggota parti yang muak dengan drama-drama lama
mengharapkan suatu perubahan demi kebaikan parti dan juga rakyat
khususnya dapat dilakukan. Agenda reformasi mesti dijayakan dan anggota
parti termasuk barisan kepimpinanlah yang patut duduk di garis paling
hadapan berani melakukan perubahan. Reformasi!
10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor | Pada tahun yang
lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida
nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM 748,000.00 dan diletakkan
pada Proton Suprima S.
Di sebalik ‘keghairahan’ Sultan Johor membida nombor-nombor istimewa
itu, pastinya baginda memiliki koleksi kereta-kereta mewah yang menarik.
Di bawah adalah antara kereta kepunyaan baginda antaranya Bentley,
Hummer, dan Bugatti Veyron merupakan kereta paling laju di dunia setakat
ini (pengiktirafan daripada Guinness Of World Record). Jom tengok
kereta-kereta mahal di bawah :
'Good night Malaysian three seven zero'. Ucapan itu disahkah oleh Jabatan
Penerbangan Awam (DCA) sebagai perbualan terakhir di dalam transkrip
antara menara kawalan trafik udara dan kokpit MH370.
Siapakah yang menuturkan ucapan tersebut? Jika dirujuk kepada
jawapan sebelum ini, komunikasi terakhir antara kokpit MH370 dan menara
kawalan trafik datangnya dari pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid,
27 dan berbunyi 'Allright good night'.
Namun, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan lewat malam ini
memberitahu, perbualan terakhir antara kokpit dan menara kawalan
direkodkan pada pukul 1.19 pagi waktu Malaysia adalah 'Good night
Malaysian three seven zero' dan penuturnya masih disiasat.
"Pihak berkuasa masih lagi menjalankan penyiasatan forensik untuk
memastikan penutur ucapan selamat malam dari kokpit itu sama ada dibuat
oleh juruterbang atau pembantunya.
"Menteri telah mengarahkan pasukan penyiasat untuk mengeluarkan
transkrip penuh perbualan antara menara kawalan dan kokpit pada taklimat
ahli keluarga yang akan diadakan dalam masa terdekat ini," kata
kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan ekoran soalan yang dibangkitkan semasa
sidang media petang tadi mengenai komunikasi terakhir antara kokpit dan
menara kawalan trafik udara di Kuala Lumpur.
Kakitangan Awam Buat Bisnes Online @ Perniagaan Internet? Ini Surat Amaran “Keras” JPA!
byStaff Berita Semasa
Kakitangan Awam Buat Bisnes Online @
Perniagaan Internet? Ini Surat Amaran “Keras” JPA : Kenaikan kos sara
hidup terus melambung tinggi. Baik kepada penjawat awam mahupun
kakitangan swasta. Suka atau tidak, mereka tiada pilihan lain. Mereka
perlu mencari alternatif bagi mendapatkan pendapatan sampingan bagi
menampung perbelanjaan bulanan mereka.
Termasuklah menyertai bisnes MLM (SEPERTI DI SINI), perniagaan Internet atau bisnes online…..dengan harapan ada “rezeki” disebalik usaha mereka….
Melihatkan senario ini, Jabatan
Perkhidmatan Awam mula memerhatikan senario melibatkan kakitangan awam
sehingga dilihat mula mengabaikan tugas hakiki yang tidak boleh
diabaikan dan pelru dilaksanakan dnegan penuh tanggungjawab :
Atas alasan ini Jabatan Perkhdimatan
Awam (JPA) mula mengambil langkah yang lebih drastik bagi mengelakkan
kakitangan awam menyalahgunakan kemudahan yang disediakan di sektor
awam, satu surat khas telah pun dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan
masing-masing bagi memantau kakitangan awam yang melakukan pernigaaan
internet @ bisnes online ketika waktu pejabat. INi adalah surat amaran
yang dikeluarkan oleh JPA
Punca Surat Amaran JPA Kepada Kakitangan Awam?
JPA mendapati terdapat kakitangan awam yang menggunakan media sosial dan Internet untuk perniagaan Internet atau bisnes online
Tindakan kakitangan awam yang
menyalahgunakan tanggugjawab dan amanah yang diberikan boleh menjejaskan
imej kakitangan awam dan kerajaan
Perbuatan kakitangan awam melakukan perniagaan Internet atau bisnes online menyalahi peraturan
Jika kakitangan awam ingin melakukan bisnes online atau perniagaan Internet mereka perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu
P/S : Apa respon balas kakitangan awam
mengenai tindakan JPA terhadap mana-mana daripada anda yang terlibat
dengan perniagaan online tanpa pengetahuan mereka?
Peguam : Anwar layak pegang jawatan Presiden KEADILAN
KUALA LUMPUR 31 Mac : Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mememang jawatan
Presiden KEADILAN walaupun dijatuhkan hukuman dalam kes fitnah II
baru-baru ini. Dalam
satu kenyataan seorang peguam, Radzlan Jalaludin memaklumkan spekulasi
bahawa Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran
Pertubuhan ekoran sabitannya dalam kes Fitnah 2 adalah tidak tepat.
“Biarpun disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan
sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Dato’ Seri
Anwar Ibrahim masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden KEADILAN
selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan
beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted
from the application of such disqualification),” kenyataan itu dipetik.
Malah tegas Radzlan, tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk
Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Anwar daripada
menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku
Presiden.
Penantian rakyat khususnya anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim
mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN dalam
Pemilihan KEADILAN 2014.
Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan.
Rakyat dan anggota KEADILAN khususnya yakin dan percaya bahawa
kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan memperkukuh KEADILAN dan
menguatkan muafakat dalam Pakatan Rakyat serta menyemarakkan lagi
perjuangan reformasi demi masa depan Malaysia
Tiga aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370- Saifuddin
KUALA LUMPUR 30 MAC: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail berkata terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam
menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS)
MH370.
Pertama
katanya, dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera
dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.
“Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala
besar, yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengendalikan
bantuan dari negara asing.
“Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera
dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang
mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas,” ujarnya kepada
Keadilandaily.
Beliau merujuk percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan
pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat
(SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.
Katanya lagi, aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan
anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.
“Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak
membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya
dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis
negara,” ujarnya.
Kritikan media antarabangsa
Menurut Saifuddin, tumpuan awal sepatutnya diberi kepada penumpang
yang dikesan menggunakan pasport palsu dan latar belakang mereka serta
muatan kargo dalam pesawat berkenaan.
“Sebaliknya media kawalan kerajaan membuat berbagai spekulasi
terhadap pilot dan pembantu juruterbang tanpa menjaga perasaan keluarga
penumpang dan anak kapal,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, apa yang jelas, cara kerajaan Malaysia mengendalikan
tragedi MH370 menerima kritikan hebat dari media serantau dan
antarabangsa
“Kerajaan Malaysia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi tumpuan
dunia. CNN, Bloomberg, Wall Street Journal dan sebagainya senada
mengecam cara kerajaan Malaysia mengendalikan isu itu,” ujarnya.
“Sekarang baru mereka (kerajaan) buka mata, walau berapa kuatpun
berusaha untuk kawal media, tapi tak boleh menutup kelemahan kerajaan.
Imej Malaysia rosak teruk dan ini diakibatkan oleh kepimpinan yang
lemah,” kata Saifuddin.
Presiden (2 calon)
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan Presiden (6 calon)
1) Mohamed Azmin Ali
2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
3) Tian Chua
4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail
5) Datuk K Rama
6) Ganusegaran
Naib Presiden (16 calon)
1) Fuziah Salleh
2) N Surendran
3) Rafizi Ramli
4) Nurul Izzah Anwar
5) Mustafa Kamil Ayub
6) Baru Bian
7) Mansor Osman
8) Suresh Kumar
9) Elizabeth Wong
10) Dr Shamugan
11) Shamsul Iskandar Mohd Akin
12) Mohd Yahya Sahri
13) Lee Chin Cheh
14) Dr Sritaram
15) Dr Xavier Jayakumar
16) Tian Chua
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (78 calon)
Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Ketua AMK (3 calon)
1) Amiruddin Shaari
2) Nik Nazmi Nik Ahmad
3) Mohd Nazree Yunus
Timbalan AMK (4 calon)
1. Chang Lih Kang
2. Dr Afif Bahardin
3. Ramesh
4. Sarman
Naib Ketua AMK (9 calon)
Exco AMK (62 calon)
Wanita Pusat
Ketua Wanita Pusat (2 calon)
1) Rodziah Ismail
2) Zuraida Kamaruddin
Timbalan Ketua Wanita Pusat (3 calon)
1. Haniza Talha
2. Tengku Intan Tengku Abdul Hamid
3. Prof Madya Dr Rosnah Azraai
Naib Ketua Wanita Pusat (6 calon)
AJK Wanita Pusat (14 calon) Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60408
Jika Khalid kalah, barangkali kedudukannya sebagai menteri besar akan tergugat.
PETALING
JAYA: Penyertaan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
menentang suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertandingan Presiden
PKR tidak mengejutkan. Ini adalah kerana beliau standby jika Anwar tidak
boleh bertanding kerana hukuman penjara yang dijalaninya.
Justru itu apabila Pendaftar Pertubuhan mengesahkan Anwar tidak boleh
bertanding, maka Wan Azizah secara automatik menjadi Presiden PKR
menang tanpa bertanding.
Oleh itu kemungkinan Wan Azizah menang tanpa bertanding adalah lebih besar daripada beliau melawan suaminya sendiri.
Dalam pertandingan ini, nampaknya jawatan Timbalan Presiden PKR yang
menjadi perhatian kerana lima calon telah mengesahkan untuk menentang
ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.
Mereka ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ahli
parlimen Batu, Tian Chua; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution
Ismail dan dua calon yang tidak dikenali, Datuk K Rama dan Ganusegaran.
Mampukah Azmin mengekalkan kerusinya? Dapatkah Khalid menundukkan
musuh politiknya itu? Azmin dan Khalid tidak ngam memang sudah diketahui
umum. Maka pertandingan di antara Azmin dan Khalid Ini adalah
pertandingan kalah mati.
Mungkin cabaran Khalid yang lebih kuat daripada Tian Chua dan
Saifudin kerana sebagai Menteri Besar, beliau boleh menjanjikan sesuatu
kepada para penyokongnya. Jika pertandingan berlaku di antara dua
penjuru, Khalid mungkin dapat mengatasi undi Azmin tetapi apabila
berlaku pertandingan enam penjuru ini maka undi akan berpecah dan ia
menguntungkan Azmin.
Wan Azizah dikatakan lebih memihak kepada Khalid Ibrahim manakala
Anwar pula dikatakan lebih memihak kepada Azmin. Jika Azmin menang, ini
bermakna percubaan Khalid yang berjawatan gagal menundukkan Azmin yang
tiada jawatan. Barangkali undi simpati yang dapat dipungut oleh Azmin
apabila beliau dipecat dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS daripada
Khalid.
Jika Khalid kalah, apakah Khalid akan kekal sebagai menteri besar?
Barangkali dengan kekalahan Khalid nanti, Anwar ada alasan untuk
menyingkirkan Khalid daripada jawatan menteri besar kerana perwakilan
tidak mahu beliau kekal di situ.
Sebaliknya jika Khalid menang, kedudukannya sebagai menteri besar tidak akan tergugat.
13 calon pula merebut kerusi naib presiden iaitu Fuziah Salleh,N
Surendran,Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Mustafa Kamal Ayub, Baru
Bian, Mansor Osman, Suresh Kumar,Elizabeth Wong, Dr Shamugan,
Sresram, Mohd Yahya Shaari dan Lee Chin Cheh.
Pertandingan Naib Presiden juga menarik kerana ramai yang bertanding.
Yang disebut-sebut akan menang ialah Fuziah salleh, N Surendran, Rafizi
Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Keempat-empat calon ini lebih menonjol
daripada 13 calon.
Pendek kata pertandingan PKR kali Ini agak menarik walaupun ada yang
menganggap perlawanan Anwar dengan Wan Azizah sebagai gimik politik
semata-mata. Selagi ada Anwar, selahi itu peranan PKR dalam Pakatan
Rakyat masih kuat. Andainya PKR tanpa Anwar, PKR tidak akan menonjol
seperti DAP dan PAS lagi.
KES BERLAKU 28 MAC...BERITA TERTUNDA..RAMAI YANG MENYANGKA BAHAWA PAHANG YANG MEMPUNYAI HUTAN YANG TEBAL BAIK UNTUK KEHIDUPAN, NAMUN IANYA MEMBAWA MASAALAH APABILA DI KUANTAN ADANYA LOJI LYNAS, SEMENTARA DI RAUB PULA ADANYA CYNIDE.....DI GENTING ADANYA PUSAT JUDI TERBESAR DI ASIA....DAN INILAH PAHANG....
TEMERLOH - Satu
kemalangan yang membabitkan sebuah lori yang membawa produk nadir bumi
Lynas, mengakibatkan ia bertabur atas jalan persekutuan Kuala
Lumpur-Kuantan di Lanchang, Pahang, pagi ini dan ditutup kepada
lalulintas. Ketua Polis Daerah Temerloh, Abdul Aziz Salleh berkata pihak berkuasa menerima laporan mengenainya pada jam 9 pagi ini dan ia berlaku di kilometer 149 jalan tersebut berhampiran Lanchang.
Bercakap hari
ini, beliau berkata lori itu membawa 15 bekas berisi cecair kimia,
iaitu PrND Chloride, dan 13 daripadanya bertaburan di atas jalan raya.
Beliau berkata, empat daripadanya pecah dan menyebabkan cecair kimia tumpah ke atas tanah.Apabila
ditanya sama ada cecair kimia itu dianggap berbahaya, Abdul Aziz
berkata ia adalah "tidak begitu berbahaya" tetapi akan berasa gatal jika
menyentuhnya.
Katanya
lagi, cecair itu tidak boleh masuk ke dalam air dan jika ia masuk ke
dalam sungai, ikan di dalamnya mungkin mati, tetapi menurutnya tidak ada
sungai di situ.
Beliau
berkata tempat itu dineutralkan oleh sepasukan pakar dari Lynas dan
juga Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART).
Abdul
Aziz berkata, kemalangan itu mungkin disebabkan oleh kecuaian pemandu
yang tidak mengikat dengan baik barang-barang tersebut.
Katanya,
pihak polis akan menyiasat kes itu mengikut peraturan 19 Peraturan
Lalulintas 1959 (barang muatan jatuh dari kenderaan).Bagaimanapun, pengurus besar perhubungan awam komunikasi Lynas Malaysia, Amin Abdullah menegaskan bahawa produk nadir bumi itu selamat dan tiada radioaktif.
"Kami
tidak tahu sama ada pemandu itu memandu laju atau sebab-sebab lain,"
katanya sambil menambah kemalangan yang berlaku pagi ini tidak
mengakibat kecederaan atau maut.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang
ini, Amin berkata, produk tersebut tidak berbahaya dan ianya disahkan
selamat untuk diangkut ke luar negara dan semua sijil ada.
Ketika
diminta mengulas kenyataan polis bahawa cecair itu boleh membunuh ikan,
Amin enggan mengulas kerana beliau mendakwa tidak mempunyai maklumat
tersebut.
"Jika
anda berkata produk ini akan menyebabkan kegatalan pada kulit manusia,
maka seseorang yang sensitif juga akan berasa gatal selepas mereka makan
udang," katanya.
Menurut
Amin, lori itu membawa produk tersebut dari loji Lynas di zon
perindustrian Gebeng, dekat Kuantan, ke Pelabuhan Klang untuk dieksport
kepada pelanggan luar negeri.
Beliau juga menerangkan bahawa ia bukan merupakan hasil akhir kerana pelanggan mereka perlu memprosesnya semula.
Tambahnya,
lori itu bukan milik Lynas tetapi dari sebuah syarikat pengangkutan dan
pasukan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar telah dihantar ke
tempat kejadian untuk membersihkan cecair tersebut. #sumber
Pendidikan negara: Apa yang tidak kena? – Nazil Ismail
March 30, 2014
Tersentap seketika membaca komen daripada pakar ekonomi Bank Dunia Dr
Frederico Gil Sander di dalam satu majlis anjuran Pemandu di Damansara
yang memberitahu mutu pendidikan di Malaysia jatuh merudum berdasarkan
Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) lebih membimbangkan
daripada kejatuhan kewangan. Tambah beliau, mutu pendidikan di Malaysia
lebih teruk daripada Vietnam dengan menduduki tangga ke-52 daripada 65
negara yang terlibat.
Apa yang berlaku kepada pendidikan kita sehingga dikritik tajam dan
pedas oleh masyarakat luar? Adakah ini satu persepsi buruk yang direka
atau fakta yang nyata? Pelbagai persoalan menerjah kotak fikiran yang
menunggu jawapan segera.
Memetik kata-kata Nelson Mandela:“Education is the most powerful weapon which you can use to change the world”.
Tamadun manusia masa depan ditentukan oleh pendidikan hari ini. Apa
yang kita didik generasi hari ini akan menentukan generasi masa depan.
Sebuah negara perlu generasi mampan untuk meneruskan kecemerlangan
pencapaian kemajuan. Masa depan negara terletak di tangan generasi kini,
dan acuan bentuk generasi kini ditentukan oleh warna pendidikan.
Dasar pendidikan di Malaysia bermula selepas tarikh kemerdekaan.
Bermula dengan laporan Barnes yang mensasarkan pendidikan Malaysia
menjadi alat perpaduan kaum dengan mengangkat Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Selepas itu dasar pendidikan terus mengalami evolusi
dan transformasi sejajar dengan kehendak semasa.
Pada 1983, antara perubahan penting pendidikan negara dengan
pelaksanaan KBSR bermatlamat perpaduan dan peningkatan penguasaan 3M
(menulis, membaca dan mengira) di kalangan pelajar. Diikuti dengan dasar
KBSM yang menggabungkan antara ilmu dan sahsiah diri pelajar di samping
pendidikan kemahiran terus diperkasakan. Ini untuk memenuhi keperluan
semasa perancangan kemajuan negara.
Namun, beberapa permasalahan timbul melanda pendidikan negara.
Pengenalan Dasar Penswastaan yang tidak terkawal mengakibatkan tumbuhnya
kolej dan sekolah pendidikan yang lebih bermatlamatkan keuntungan
daripada pembinaan insan. Sekolah dan universiti tumbuh begitu subur
bagaikan cendawan selepas hujan. Sehinggakan graduan lepasan institusi
melebihi keperluan dan membuka masalah pengangguran di kalangan
siswazah. Seolah-olah pembinaan sekolah ini dibuat tanpa kajian kehendak
pasaran, dibina untuk mengaut kekayaan hasil dari pada yuran pengajian
pelajar.
Bertambah derita pelajar apabila terpaksa "mengongkong biawak" hutang
selepas graduasi. Sudahlah tiada pekerjaan yang diharapkan, dikejar pula
oleh pengutip hutang tanpa kasihan. Betapa ramai graduan pelbagai
bidang khususnya guru menjadi siswazah penganggur. Inilah akibat
daripada ketamakan pihak pembuat dasar yang meletakkan keuntungan
mengatasi kebajikan rakyat.
Pengenalan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris
merupakan satu lagi malapetaka kepada sistem pendidikan negara. Bahasa
Malaysia yang diangkat menjadi instrumen penyatu rakyat negara Malaysia
ini seolah diketepikan. Tanpa sebab yang konkrit, dasar ini ingin
diteruskan walaupun mendapat tentangan daripada cendekiawan bahasa, guru
dan NGO yang melihat nasib bangsa Malaysia menjadi taruhan disebabkan
oleh keras kepala pemerintah dan kedegilan mereka. Ini mengundang
demostrasi jalanan yang bersaiz mega menempelak pelaksanaan dasar ini.
Jutaan wang pembayar cukai dibazirkan untuk persediaan dasar pengajaran
bahasa Inggeris ini. Apa hasilnya sekarang? Generasi hari ini terpaksa
mencuci kotoran yang ditinggalkan oleh orang terdahulu.
Kini heboh pula program baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS).
Sepintas lalu nampak matlamatnya murni, meningkatkan sistem pendidikan
Malaysia setaraf dunia. Penilaian pencapaian murid berdasarkan
pemerhatian guru kepada murid tanpa lagi merujuk kepada markah
peperiksaan. Lebih melihat bakat dan penguasaan pelajaran pelajar.
Di peringkat pelaksanaan PBS mendapat tentangan hebat daripada warga
pendidik. Guru dikatakan dibebani oleh kerja-kerja "pejabat" sehingga
mengabai kerja hakiki guru iaitu mendidik generasi muda. Sehingga kini,
perdebatan pelaksanaan PBS ini panas diforumkan. Sang menteri mengatakan
guru tidak terbeban, dibuat penambahbaikan sehingga 80% kerja
dikurangkan. Di kalangan guru, menyuarakan hanya guru sahaja yang
memahami beban PBS ini.
Melihat konflik yang melanda pendidikan negara, kita amat khuatir dan
bimbang tentang generasi masa depan negara. Masa terus berlalu tanpa
menunggu kita. Pencapaian pendidikan yang terus merosot amat merisaukan.
Generasi bagaimanakah yang akan menggantikan kepimpinan negara di masa
depan?
Kita amat mengharapkan golongan pemerintah dan cendeakawan pendidik
dapat berbincang dan duduk bersama untuk merangka pelan pendidikan
terbaik negara. Bukannya hendak menunjuk kuasa dan ego keras kepala.
Demi kebaikan negara dan anak cucu kita. Sudah-sudahlah bercakaran, ini
bukan masa untuk berkata nista. Ini masa untuk bermuhasabah dan mengatur
kerja demi negara tercinta. – 30 Mac, 2014.
* Dr Nazil Nuhairi Ismail ialah Pengerusi Persatuan Profesional Islam (Promis). * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Pengajaran & Iktibar Disebalik Tragedi
MH370 : Gantikan Pakaian Menjolok Mata & Hidangan Arak. MAS Tonjol
Malaysia Sebagai Negara…
Pengajaran & Iktibar Disebalik
Tragedi MH370 : Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Setiap musibah
yang Tuhan berikan, Tuhan akan bukakan 2 pintu hikmah kepada kita.
Insyaallah.
Realitinya, acapkali ramai yang tersedar
& mengakui kesilapan seterusnya mahu berubah selepas ditimpa
kecelakaan atau musibah. Contohnya…..
Apabila ada runtuhan bangunan buat post mortem
Apa ada runtuhan di lereng-lereng bukit, baru tersedar kemusnahan yang dilakukan selama ini tanpa pemantauan
Dan lain-lain lagi
Sebenarnya disebalik tragedi MH370 ini,
kita semua ambil iktibar selepas kehialangan pesawat Malaysia Airlines
(MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal sejak 8 Mac 2014.
Mungkin bermula daripada sekarang, perlu ada perubahan dan anjakan
pradigma untuk melakukan lebih baik daripada sebelum ini seperti :
Langkah Penambaikan Disebalik Tragedi MH370?
Tidak menghidangkan makanan dan minuman
haram untuk dihidangkan kepada penumpang di dalam pesawat. Mungkin
boleh tukarkan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti _______.
Anda ada contoh yang boleh dikongsikan?
Pramugari Malaysia Airlines boleh
mulakan daripada sekarang diberikan kelonggaran & kebenaran untuk
menutup aurat (bagi Islam) & berpakaian sopan (bagi bukan Islam)
serta membiasakan anak kapal mengingati Allah di dalam pesawat. Usahlah
kita terikut-ikut tradisi syarikat penerbangan negara lain. Kenapa
jikalau menutup aurat atau tidak menonjolkan bentuk badan dan betis
pramugari (pramugari Air Asia), penumpang semakin berkurangan? Adakah
sekarang keuntungan Malaysia Airlines semakin melonjak (HAKIKATNYA DI SINI)? Hakikatnya, amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang
Sudahlah negara ditimpa dengan tragedi
MH370, ditambah kekusutan sehingga memalukan nama Malaysia yang dicop
sebagai sebuah negara Islam selama ini, tetapi tercalar dengan munculnya
Bomoh 1Malaysia (SEPERTI DI SINI)
Suka atau tidak, disebalik tragedi
MH370 telah sedikit sebanyak “menelanjangkan” tahap keselamatan &
pertahanan Malaysia selama ini yang menunggu masa diintai oleh musuh
negara. Jadi, bersiap siagalah, jangan biarkan pertahanan negara dirogol
oleh kalangan orang-orang yang berkepentingan yang “tidak cintakan” Malaysia sepenuhnya. Perbaikilah…..
Ada nak tambah yang lain?
Bala Allah kalau nak kena, bukannya
boleh dipilih-pilih yang jahat atau baik, tetapi semua kena…contohnya
macam tsunami 2005 dahulu….Masih teringat lagi? Bukankah ada baiknya
kita berpesan-pesan dan sentiasa beringat walau di mana juga?
“Benda baik mengapa tidak kita amalkan”
Akhirnya sekali kepada pembuat dasar dan
pemimpin politik serta pemimpin negara termasuk Malaysia Airlines
amnya, sementara berkuasa ini gunakan semata-mata atas keredhaan Allah
sepertimana yang termaktub & dijamin perlembagaan negara. Kita
bimbang, apabila sudah tidak ada kuasa nanti atau ditimpa malapetaka,
baru nak menyesal.
“Jangan leka ketika berkuasa, hanya bertaubat setelah pencen“
P/S : Berita Semasa simpati terhadap apa
yang menimpa negara dan MAS berkaitan MH370. Apabila menaiki MAS ada
sekelumit rasa bangga dengan penerbangan negara kita sendiri. Cuma
Berita Semasa sedih apabila MAS menghidangkan arak dan penumpang sebelah
meminumnya sambil bersendawa. Disgusting!
PP/S : Kadang kala kita tonjolkan
promosi kita ‘cinta Allah dan Rasul’ tetapi polisi kita kadang-kala
kurang seiras. Harap ada pembaikian. This is our country, we love it so much and we want good for our people. May Allah bless us.
Anwar tidak tolak kemungkinan Wan Azizah jadi MB Selangor
OLEH DIYANA IBRAHIM March 24, 2014
Calon Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba apabila
melawat stesen mengundi di Kajang di luar Kuala Lumpur semalam. – Gambar
The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014.Datuk
Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak menolak kemungkinan berlakunya
perbincangan di peringkat pimpinan parti untuk melantik Presiden PKR,
Datuk Seri Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Walaupun tidak menyatakan secara langsung tetapi beliau mengakui
perbincangan untuk peralihan tampuk kerajaan negeri itu akan diadakan
kelak.
"Hal itu mereka akan bincangkan melalui pimpinan negeri.
"Program Wan Azizah hari ini masih di Kajang. Langkah Kajang masih
diteruskan yang mana Wan Azizah sekarang sudah menang di sana," katanya
kepada pemberita di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Semalam dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kajang calon PKR, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 undi
mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun.
Kemenangan itu sekaligus menguatkan spekulasi akan berlakunya perubahan
tampuk pentadbiran kerajaan negeri sepertimana dicanangkan selepas
bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh
mengosongkan kerusinya pada Januari.
Pada masa sama beliau mengulas mengenai kemenangan PKR dalam PRK Kajang
dan menolak kekurangan sokongan undi kaum Cina sebagai amaran kepada
parti itu.
Beliau menyifatkan sekalipun dalam PRK Kajang MCA masih dilihat sebagai
malapetaka dan memerlukan abad akan datang untuk membuat kemunculan
semula.
"Peningkatan itu bukan satu amaran. Kami mempertaruhkan calon Melayu,
yang memakai tudung dan masih menang dengan undi popular bagi semua
kaum.
"Sekiranya mereka (MCA) mahu membandingkan dengan 7% kenaikan undi kaum
Cina sebagai tanda positif maka mereka perlu menunggu abad akan datang
untuk membuat kemunculan semula," katanya.
Anwar bagaimanapun mengakui bahawa jumlah pengundi yang keluar untuk
mengundi semalam adalah lebih jauh rendah daripada apa yang dijangkakan.
Akan tetapi menurut Anwar, PKR tetap menang meraih undi popular.
"Dalam negara demokrasi, undi melebihi 60 % adalah menakjubkan," katanya. – 24 Mac, 2014.
KAJANG: PKR hari ini membidas laporan media antarabangsa The Mail yang mengaitkan kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MAS MH370 dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden PKR, Tian Chua pada sidang media memberitahu adalah tidak relevan untuk mengaitkan insiden itu dengan Anwar.
Malah, beliau mendakwa maklumat yang disiarkan itu tidak benar dan hanya bersifat tanggapan yang tiada bukti kukuh.
"Ini
isu keselamatan MAS, tidak releven langsung untuk dikaitkan dengan
Anwar atau PKR," katanya di Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Kecil (PRK)
Kajang.
Sementara itu, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah
mengakui bahawa Kapten Zaharie adalah ahli PKR, namun tidak wajar untuk
dikaitkan insiden tersebut dengan PKR.
Beliau bagaimana pun berkata bersedia untuk memberi kerjasama jika dipanggil oleh pihak polis.
"Zaharie
sama seperti ahli yang lain, beliau menyertai PKR pada Januari tahun
lalu di Cabang Subang. Isu ini tidak boleh kaitkan dengan PKR,"
tegasnya.
Fears emerged tonight that the pilot of the missing Malaysia Airlines jet may have hijacked the plane himself as an anti-government protest.
Captain
Zaharie Ahmad Shah was a fervent supporter of his country's opposition
leader who was jailed for homosexuality - illegal in Malaysia - only
hours before flight MH370 vanished with 239 passengers and crew on
board, the Sunday Mirror can reveal.
And in a new twist, it
emerged that the pilot's wife and three children moved out of the
family's home the day before the plane's disappearance. For all the latest on the disappearance of flight MH370 follow our live blog.
The
revelations came after Malaysian Prime Minister Najib Razak yesterday
confirmed the Boeing 777 jet was deliberately diverted from its planned
route between his country's capital Kuala Lumpur and Beijing.
Investigators
said trackers aboard the plane, which transmit its location to air
traffic controllers, were disabled moments after take-off last Friday.
And the airliner could have flown on for seven hours after vanishing from radar over the South China Sea.
Police raided the pilot's home in the suburbs of Kuala Lumpur on Saturday.
They spent two hours at the gated property and left carrying small bags believed to contain evidence.
They
also found that the experienced pilot, who has worked for Malaysia
Airlines since 1981, had built a Boeing 777 flight simulator inside.
But his friend Peter Chong insisted Capt Zaharie, 53, would be "the last person" to hijack the aircraft.
He
told the Sunday Mirror: "I would trust that man with my life. He loves
people and being involved in something like that would hurt people. I
would not believe he was involved in any way at all. If I went on a
plane and was allowed the choice of a pilot, I would choose Captain
Zaharie."
Mr Chong last saw his friend a week before the jet
vanished. He said the two had agreed to meet up this week and that the
pilot had been "his normal, cheerful self".
But now he has become a focus of the police investigation. Investigation: There are 634 potential runways the plane could have landed at
On Twitter and YouTube he has backed human rights groups and
campaigners for internet freedom in Malaysia, which has strict
Government controls.
Opposition leader Anwar Ibrahim called
activists on to the streets and Capt Zaharie has "liked" videos by
Ibrahim posted on YouTube.
Ibrahim was sentenced to five years in jail on gay sex charges on March 7, provoking widescale condemnation across the country.
The jet vanished in the early hours of the 8th.
Experts say it could have crossed up to 14 countries and landed safely in Kazakhstan or crashed into the Indian Ocean.
Mr
Chong, a political secretary to a Malaysian MP, described his friend as
"a very caring person who puts people ahead of himself".
He said the pilot installed a mock-up of a 777 cockpit at his home only "to share his joy of flying with friends".
Capt
Zaharie posted snaps of himself with the Boeing simulator on his
Facebook page, along with another showing him brandishing a meat cleaver
and holding a bowl of mince.
Mr Chong said Capt Zaharie would have done everything to ensure his 227 passengers were safe in the event of a hijack.
He was angry at suggestions the pilot could have "gone rogue" and hijacked his own plane.
Mr
Chong said: "I just do not believe it until there is concrete evidence
to prove otherwise. What I hope has happened is that it has been
hijacked (by a passenger), landed somewhere and negotiations are going
on."
Investigators believe someone with flying experience took the cockpit controls and steered Flight MH370 off its planned route.
A Malaysian government official said the hijacking theory was now "conclusive".
Radar
tracks show the plane climbing and descending in unusual patterns,
which should have alerted air traffic controllers that something was
wrong.
MH370 flew to 45,000ft - almost 2,000ft above what Boeing
says is its maximum recommended height - before descending to 23,000ft.
It
changed course at least twice from its scheduled route - first to fly
west back towards Malaysia and then north west into one of two air lanes
used by commercial planes.
A total of 57 ships, 48 aircraft and 13 nations are taking part in the air and sea search .
Loaded with maximum fuel, a Boeing 777 plane can fly for 7,725 miles.
But aviation experts said it was unlikely it would have that much in the tanks for its scheduled flight path.
If MH370 flew through other countries' airspaces it should have triggered national air defences.
Flight
Global's operations and safety editor David Learmount said: "If it has
flown north, why have none of the countries it has flown over said anything?
"That's
the thing that baffles me more than any other. They would have sent up
aircraft to investigate. If it's gone south there's nothing there until
you hit Antarctica."
Boeing 777s need a runway up to a mile long to land, making it unlikely it touched down safely on a remote Asian strip.
"I can't think which airfield it would be - and what would they do with the passengers?" said Mr Learmount.
Malaysian authorities have been criticised for keeping the possibility of a hijack secret for eight days.
Mr Learmount said their "total incompetence is unforgivable", and created more agony for families desperate for news.
Malaysian
PM Razak said yesterday: "We can say with a high degree of certainty
that the aircraft communications addressing and reporting system was
disabled just before it reached the east coast of peninsular Malaysia.
"Shortly afterwards the aircraft's transponder was switched off.
"From
this point onwards, the Royal Malaysian Air Force primary radar showed
an aircraft believed to be MH370 did indeed turn back. It then flew in a
westerly direction back over peninsular Malaysia before turning north
west.
"These movements are consistent with deliberate action by someone on the plane."