Dasar mini 'Aparteid' di tanahair ku
NORMAN RADZUAN
HANYA VIP
BOLEH SOLAT JUMAAT DI MASJID?
Hingga
hendak menunaikan solat Jumaat pun layanan manusia ke atas manusia
(marhaen-kayangan) di tanah air ku berbeza. Rumah ini dipanggil rumah Allah
tidak dipanggil rumah manusia atau rumah Mail, rumah Din atau rumah Zuraida.
Rumah Allah bermaksud disisiNya manusia adalah sama tanpa mengira pangkat,
keturunan, harta dan warna kulit.
Video
viral ini bila melihatnya kita berasa sgt terhina dan marah. Kita tidak kisah
jika golongan konon perasan kayangan ini dtg awal dan dibenarkan masuk tetapi
mengapa rakyat marhaen yg dtg awal dan sudah berminggu minggu gagal solat
Jumaat dinafikan utk berbuat demikian.
Saya
mengajak pemuja2 kerajaan Melayu bertepuk tangan ramai2. Ini yg kalian mahukan. Dah
lama saya menyampah kebanyakkan Jawatankuasa Masjid letakkan papan tanda
parking kereta utk Pengerusi, Timbalan dan AJK Masjid. Kita suruh jaga rumah
Allah dan fungsinya bukan nak tunjuk lagak dkt org ramai kononya depa ini VIP
Masjid.
Rakyat
miskin hanya curi petai, curi sardin, curi susu dipenjarakan. Tapi jika
golongan lagak kayangan jika curi RM 1 billion boleh pulangkan separuh utk
dibebaskan Kes
boleh dibuang begitu sahaja.
Rakyat
marhaen pelbagai SOP dibuat menghalang mereka ziarah ibu bapa yg nazak. Tapi
kayangan boleh makan durian beramai ramai. Rakyat marhaen jika mask jatuh di
bawah hidung disaman tapi kayangan tak pakai mask pun tak mengapa.
Skg
hingga nak beribadat pun layanan berbeza... rosak dah negara kita ini. Mari
kita ketawa ramai2. Ini dasar aparteid di tanahair ku...adakah ini Islam ala
parti lebai
Kadang2
saya terfikir kenapa golongan kayangan ini bila mati rakyat marhaen suruh je
geng2 kayangan mereka uruskan mandikan jenazah, usung keranda, korekkan lubang
kubur dan talkin mereka. Kenapa bila mati org yg dihalang masuk ke masjid
inilah yg dipanggil utk membantu oleh pihak keluarga.