NORMAN RADZUAN
Kes sekitar 18-20k... kematian lebih 300
Berita gembira atau berita mengejutkan...
ADAKAH KEPUTUSAN KERAJAAN INI TEPAT?
Pasti ada yg berkata, apa sahaja keputusan kerajaan semua saya
mahu bangkang. Jujur sebagai seorang ahli peniagaan tentulah perasaan gembira
setelah kerugian yg terjejas teruk tetapi saya masih terkejut dan ragu2 adakah
keputusan ini tepat dlm keadaan kritikal skg.
Mungkin ada juga rakan2 yg tidak bersetuju dgn saya. Tak mengapa
utk kita berbeza pandangan. Saya melihat keputusan kerajaan ini atas dua
faktor. Pertama 'beli jiwa' rakyat atau popular decision dan kedua kerana
ekonomi...bukan atas faktor keselamatan/kesihatan.
Tidak lojik ketika kes sekitar 5-6k kita dikurung di dlm rumah
tetapi apabila kes melonjak 20k tiba2 kerajaan ingin melonggarkan ke fasa
pemulihan 2 atau 3. Hari ini sahaja 360 kematian angkara Covid. Hospital pula
masih tidak cukup katil, tidak cukup tong oksigen, tidak cukup bilik mayat
hingga perlukan bantuan kontena... kita boleh membebaskan rakyat ke sana ke
sini?
Lebih menakutkan kita baru sahaja diserang Viran delta yg jauh
lebih bahaya dari Covid19. Kita masih sdg belajar mengenal new variant ini.
Malah saya hairan bagaimana kerajaan hanya menggunakan alasan kes menurun di
hospital Sg Buluh utk mereka berusia 60 sebagai alasan utk kerajaan
melonggarkan walaupun mengakui keputusan ini memberi risiko akn peningkatan
jangkitan.
Jadi tentu bertanya kpd saya apa penyelesaiannya? Saya lebih
suka kita bertahan utk tempoh sebulan lagi utk menurunkan angka kes ke paras
bawah 10k dan kita mengenali Viran Delta ini bagaimana seriusnya menyerang
kita. Sambil itu dlm tempoh sebulan ini kita segerakan vaksinasi agar setiap
negeri mencapai herd immunity.
Saya setuju Perlis, Labuan dan Sarawak beralih ke Fasa 3. Tapi
melonggarkan mereka yg sudah 2 kali divaksin merentas negeri pada Selasa ini
saya rasa terlalu awal. Ini kerana terlalu byk kes mereka yg sudah divaksin
masih boleh dijangkiti dan menjangkiti.
Sewajar dlm tempoh sebulan ini guru2, pensyarah, pelajar2
Universiti divaksinasi sepenuhnya. Step by step sb kes kita skg ini masih
terlalu kritikal. Kenapa jika dine in dibolehkan, pelancongan domestik
dibenarkan tetapi Parlimen ditutup??? Ini persoalan yg masih menjadi tanda
tanya.
Masihkah kita ingat apabila sekolah2 dibuka. Tidak sampai 2
minggu Covid19 dgn pantas terus menyerang pelajar dan tenaga pengajar. Sudahkah
kerajaan mempunyai data kes Delta yg jauh lebih bahaya ini?
Sekali lagi saya tegaskan keputusan ini lebih kpd faktor membeli
jiwa rakyat dan ekonomi...bukan faktor kesihatan/keselamatan. Saya sendiri
telah mengambil keputusan utk menutup peniagaan sejak Julai, Ogos sehingga
September ini. Begitulah niat utk ke KL dari Julai saya tangguhkan sehingga
September kerana melihat kita masih dlm kritikal.
Buat rakan2 apapun kekalkan Safety anda. Saya rasa Muhyiddin
telah tersalah menerima nasihat dari penasihat barunya yg kelakar itu. Telah
ramai org terdekat atau org yg dikenali telah meninggalkan kita. Benar ajal di
tangan Tuhan tetapi kita berusaha utk mengelakkan... selepas itu kita serahkan
kpdNya.