JANGAN BAIK SANGAT. DIA TELAH MEMPORAKPERANDAKAN NEGARA. TANGKAP SUMBAT LAM JEL. LUKU SEDAIH KEPALA.TAK GUNA PUNNYA MANUSIA

 


Isu inkues Zara: Aktivis Mona Din mohon maaf kepada Peguam Negara

Aktivis Che Muna Din atau nama Facebooknya Mona Din membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Peguam Negara selepas didakwa memuat naik hantaran bersifat menghina mahkamah berhubung prosiding inkues kematian  Zara Qairina Mahathir.

Dalam satu hantaran, aktivis berkenaan berkata dia tidak pernah mempunyai maksud untuk mempertikai atau campur tangan di dalam prosiding Mahkamah Koroner yang sedang berjalan. 

Katanya, dia juga tidak mempunyai niat jahat untuk mahu mempengaruhi pandangan serta persepsi masyarakat, apatah lagi Hakim Mahkamah Koroner yang sedang menjalankan prosiding inkues.


“Saya berjanji untuk tidak lagi membuat sebarang hantaran yang boleh dianggap mengganggu sistem keadilan dan menghina mahkamah.



“Justeru itu, saya telah telah pun memadam posting berkenaan pada 13 September 2025 jam 6.18 petang,” katanya.



Terdahulu Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menyerahkan notis untuk tunjuk sebab kepada Mona Din kerana memuat naik hantaran bersifat menghina mahkamah pada 4 September lepas.

Penelitian AGC mendapati hantaran dimuat naik Mona Din, antara lain telah mempertikaikan keterangan saksi pakar iaitu Pakar Patalogi Forensik di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, Dr Jessie Hiu yang berpotensi mempengaruhi pandangan awam serta mengganggu perjalanan prosiding Inkues yang sedang dijalankan.



AGC memandang serius sebarang tindakan yang boleh menjejaskan proses keadilan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian.









Subsidi RON95: Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara Di UTC Diserbu

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa MyKad akan digunakan bagi pembelian petrol bersubsidi RON95 yang akan bermula penghujung bulan ini. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Sep – Urusan berkaitan MyKad menjadi tumpuan susulan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada semalam, mengingatkan orang ramai untuk segera memeriksa MyKad bagi memastikan cip berfungsi dengan baik bagi memudahkan urusan penyaluran subsidi RON95 yang akan bermula hujung bulan ini.

MyKad, dokumen pengenalan diri rakyat Malaysia, kini menjadi kunci utama bagi pelbagai urusan rasmi dan akses kepada sistem bantuan kerajaan termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA), justeru fungsinya perlu sentiasa dipastikan beroperasi dengan baik.

Berikutan itu, orang ramai mula menyerbu kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) sama ada memeriksa cip MyKad atau membuat penggantian terus di situ.

Orang ramai memenuhi kaunter JPN di UTC Sentul bagi membaharui MyKad seawal jam 8 pagi. Foto Bernama

Seorang akauntan, Fatimah Zahra Mohd Salleh, 34, berkata, dia memilih untuk memperbaharu MyKad selepas menghadapi masalah di klinik kesihatan apabila cip pada kad pengenalan miliknya itu gagal dibaca oleh sistem pendaftaran.

“Pegawai klinik beritahu maklumat saya tidak dapat diakses disebabkan cip MyKad saya ada kesan calar, jadi saya perlu juga untuk membaharui MyKad saya ini sebab banyak urusan yang nak dibuat menggunakan kad pengenalan.

“Mujur juga UTC dibuka pada hujung minggu, kalau hari lain kita perlu ambil cuti pula. Waktu menunggu pun lebih kurang sejam sahaja kalau buat di UTC,” katanya.

Kelihatan orang ramai mula memenuhi UTC seawal jam 8 pagi untuk urusan berkaitan dengan MyKad kerana kad pengenalan itu penting bagi melancarkan urusan harian seperti transaksi perbankan, bantuan kerajaan serta rawatan kesihatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada 23 Julai lalu bahawa subsidi RON95 akan dilaksanakan penghujung bulan ini dengan harga subsidi bagi rakyat Malaysia ialah RM1.99 seliter berbanding sekarang RM2.05 seliter.



Banjir Sabah: PM Anwar Hargai Peranan Semua Pihak Tangani Bencana

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan tinjauan ke PPS dan kawasan terjejas banjir dan tanah runtuh di Sabah pada 19 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, yang bertungkus lumus menangani bencana banjir dan tanah runtuh yang sedang melanda Sabah.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) dan kerajaan negeri yang menjalankan usaha dengan langkah segera (membantu rakyat serta menangani bencana banjir dan tanah runtuh).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan tinjauan ke PPS dan kawasan terjejas banjir dan tanah runtuh di Sabah pada 19 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya telah memberi arahan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan (untuk memberikan) kerjasama, termasuk peruntukan tambahan RM10 juta.

“Namun sekarang, kita melihat ada beberapa keperluan yang tentunya memerlukan peruntukan lebih selepas penyelesaian awal banjir ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan tinjauan ke PPS dan kawasan terjejas banjir dan tanah runtuh di Sabah pada 19 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ketika ini, kita membantu masalah (berkaitan) makan minum serta penempatan mangsa,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada petugas di pusat penempatan sementara (PPS) dan semua pihak yang membantu rakyat dari pelbagai aspek ketika musibah banjir serta tanah runtuh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan tinjauan ke PPS dan kawasan terjejas banjir dan tanah runtuh di Sabah pada 19 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam pertemuan saya (dengan petugas) di PPS, nampak mereka bersiap siaga… pengorbanan petugas termasuk (petugas yang membaik pulih) elektrik dengan tenaga dan bertungkus-lumus membantu.

“Saya hanya menekankan agar hargailah (segala bantuan) daripada Ketua Menteri, kerajaan negeri dan keseluruhan jentera hingga peringkat bawah yang meringankan beban (mangsa bencana).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan tinjauan ke PPS dan kawasan terjejas banjir dan tanah runtuh di Sabah pada 19 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Insya-Allah, kerajaan negeri akan selaraskan dengan Persekutuan untuk melihat keperluan sama ada bawah tanggungan pihak negeri ataupun Persekutuan,” katanya.

KDN USAHA HAPUSKAN DADAH DI PAHANG



 Merafak sembah menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berangkat bercemar duli ke Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Pahang Teguh Dadah Terkawal sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah peringkat Negeri Pahang 2025 di Jengka, Pahang hari ini.
















Majlis Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Pahang hari ini membuktikan komitmen padu semua pihak dalam usaha membanteras ancaman dadah yang semakin mencabar.


Tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang, MTMD, AADK Pahang dan semua rakan strategik yang telah menjayakan inisiatif ini. PTDT bukan sekadar program kesedaran, tetapi manifestasi komitmen kolektif untuk membebaskan Pahang daripada belenggu dadah.


Masalah dadah adalah ancaman serius terhadap keselamatan dan kesejahteraan negara. Sehingga Jun 2025, Malaysia mencatatkan 134,916 penyalahguna dan penagih dadah. Di Pahang sahaja, terdapat 9,452 orang yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah, dengan kadar penagihan 567 orang bagi setiap 100,000 penduduk.


Kementerian Dalam Negeri melalui AADK komited memperkukuh usaha ini melalui empat pendekatan utama:


✅ Penguatkuasaan tanpa kompromi

✅ Pencegahan berterusan

✅ Rawatan & pemulihan berperikemanusiaan

✅ Kerjasama strategik bersama semua pihak


Mari kita berganding bahu memastikan Pahang Teguh, Dadah Terkawal, sekali gus menjadi contoh negeri bebas dadah di Malaysia.


Inilah semangat Kerajaan Madani – membina masyarakat sejahtera, selamat dan berdaya tahan untuk masa depan negara. 


#MalaysiaMadani

#MadaniBekerja

#RancakkanMadani

#KementerianDalamNegeri




PN TANDING PRU16 TANPA ‘POSTER BOY’?

 


20 September 2025


Meskipun Muhyiddin Yassin minggu lalu mengatakan mesyuarat PN akan diadakan dalam waktu terdekat bagi memuktamadkan calon PM11, perkara itu kemungkinan besar tidak akan berlaku.


Kalau pun ada mesyuarat PN diadakan, tiada mana-mana pemimpin, baik daripada Bersatu mahu pun PAS, akan dinamakan sebagai calon PM11 untuk mewakili gabungan itu bagi menghadapi PRU16 akan datang.


Ini bermakna, bakal PM11 jika PN berjaya memenangi PRU16 akan datang adalah terbuka dan hanya akan diputuskan setelah kemenangan berada dalam genggaman.


PAS terutamanya, difahamkan akan kekal komited dengan kaedah untuk memastikan kemenangan diperolehi terlebih dahulu sebelum calon PM11 hendak diputuskan.


Dipercayai PAS akan cuba meyakinkan Bersatu berpendirian yang sama dan tidak berbalah terlalu awal mengenai siapa yang patut jadi Perdana Menteri.


Keadaan ini menjadikan semua calon PM11 daripada PN seperti Muhyiddin, Hamzah Zainuddin, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Sanusi Mohd Nor atau lain-lain pemimpin, masih terbuka peluang untuk dikemukakan nama mereka kepada Istana Negara sebagai bakal Perdana Menteri setelah kemenangan diperolehi nanti.


Dipercayai, langkah tidak menamakan mana-mana pemimpin sebagai “poster boy” ini adalah dipercayai untuk mengelakkan serangan awal daripada pihak lawan terhadap PN.


Dengan tiada sesiapa dinamakan sebagai calon PM11 atau “poster boy”, ini menjadikan tiada serangan lawan tertumpu secara khusus kepada calon tertentu.


Berbanding Anwar Ibrahim yang sudah tentu akan menjadi “poster boy” kerajaan madani, mahu tidak mahu, beliaulah yang dijadikan sasaran utama PN sepanjang kempen PRU nanti.


Tetapi, serangan kerajaan madani kepada PN akan menjadi serangan rambang lantaran tiada pemimpin tertentu dinamakan sebagai calon PM11.


Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada PN sepanjang tempoh berkempen.


Selain itu, dengan konsep terbuka tersebut, semua pemimpin yang berhajat jadi Perdana Menteri atau merasakan diri mereka layak, pastinya juga akan lebih bekerja keras menggerakkan jentera serta mengeluarkan belanja untuk kos kempen pilihan raya demi memastikan kemenangan dapat diperolehi.


Akhirnya, yang dapat manfaat lebih besar dengan bertambah potensi untuk menang pilihan raya ialah parti.


Dalam hal ini, walaupun Bersatu telah meluluskan usul menamakan Muhyiddin sebagai calon PM11, nama beliau dipercayai tidak akan diketengahkan sepanjang kempen PRU16 akan datang atas persetujuan semua parti dalam PN.


Mesyuarat PN akan datang dipercayai akan membuat keputusan agar semua parti komited untuk  memenangi PRU16 dengan sentiasa mengukuhkan perpaduan dan mengurangkan pergeseran sesama sendiri.


Calon PM11 bukanlah keutamaan sehinggalah kemenangan berjaya diperolehi.


Bagi PN, kemenangan PRU16 yang sekarang sudah mula dapat dirasai tidak harus digugat dengan perselisihan remeh yang memberi ruang pihak lain mengambil kesempatan. – ShahbudinHusin 20Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/pn-tanding-pru16-tanpa-poster-boy/



Keangkuhan Pas Makin Terserlah

 


Ketidak mampuan Abdul Hadi menjadi calon perdana menteri sudah dijangka atas faktor keuzuran, sama seperti Muhyiddin Yassin berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PENDAPAT, 20 Sep – Perangai Pas makin terserlah selepas selesai Muktamar Tahunan yang dilihat gagal menarik sokongan bukan Melayu kepada parti itu, lebih-lebih lagi apabila Ketua Dewan Himpunan Pas Pusat (DHPP) tanpa segan silu membaca ayat Al-Quran pada ucapan penggulungannya.

‘Normalisasi’ yang ‘diajar’ Pas nampaknya memakan diri apabila diserang bertalu-talu atas sifat ‘double standard’ sedangkan jika pihak lain yang berbuat demikian, mereka pula yang akan memaki hamun hingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya.

“Sudah terang lagi bersuluh memang Pas mahu jadi abang besar dalam Perikatan Nasional (PN) dan ini dibuktikan dengan siri-siri serangan terhadap pemimpin Bersatu terutama selepas Marzuki mendedahkan bahawa parti itu yang ‘membiayai’ jentera Pas hingga mampu menang 43 kerusi.

Muktamar Pas yang berakhir minggu lalu tidak memberi sebarang impak kepada rakyat tetapi hanya bertelagah sesama sendiri siapa calon yang layak menjadi perdana menteri.

“Tetapi apabila akaun Bersatu dibekukan ekoran skandal Jana Wibawa, Pas mula mencari pasal, atau lebih tepat ‘cari gaduh’ dengan Bersatu kerana kantung kewangan mula kehabisan dan lebih teruk lagi, mengungkit segala pemberian yang telah disalurkan ketika PRU15,” kata penganalisis.

Sementara itu, Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre melihat muktamar itu sepatutnya menjadi peluang Pas meluaskan sokongan, lebih-lebih lagi apabila ia diperhatikan rakyat berbilang kaum.

“Tetapi, apa yang ditunjukkan ialah sifat angkuh bukannya mengukuhkan kerjasama dengan Bersatu yang bersama mereka pada PRU15. Pas sebaliknya mengetepikan parti itu dan mengkritik Gerakan yang majoritinya Cina,” katanya.

Tak disangka-sangka Muhyiddin Yassin dimalukan semahu-mahunya dalam Muktamar Agung parti rakan sendiri di hadapan ribuan perwakilan parti itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial.

Manakala Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berkata, Gerakan tidak boleh dipersalahkan kerana gagal menarik pengundi Cina memandangkan pendirian keras Pas dalam isu agama dan kaum menyukarkan kerjasama politik.

“Pas bertindak seperti ‘raja’ dalam PN dan merasakan mereka boleh berkata apa sahaja, walaupun ia menjejaskan sekutunya,” katanya.

Dua analisis ini saja sudah cukup membuktikan Pas cuba menyalahkan pihak lain atas kegagalannya sendiri dan tidak mahu mengakui sifat ekstrimis dan keterlaluan menyebabkan pengundi bukan Melayu tidak mahu bersama parti itu.

Apabila Abdul Hadi ‘menempelak’ Pemuda Pas sebagai ‘gelojoh’, apa lagi maruah yang tinggal kepada geng rempit macam Afnan Hamimi?

Jauh sekali dibandingkan semasa zaman almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang memupuk persaudaraan, besederhana dan pragmatik hingga penyokong Pas juga terdiri daripada kalangan bukan Melayu yang suka kepada pendekatan bersih, amanah dan lemah lembut Tok Guru.

Walaupun kini Abdul Hadi Awang kekal memimpin Pas, namun ‘fobia’ orang bukan Melayu tetap wujud kerana tidak ada suatu tawaran yang lebih realistik boleh diberikan kepada mereka selain menyerang DAP yang kononnya ‘meminggirkan Islam’ tetapi gagal memberi hujah dan fakta.

Kendatipun, kelemahan Pas ini juga memberi rahmat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus disokong bukan Melayu selain juga mendapat sambutan di Sabah dan Sarawak, dua negeri yang terus menolak Pas dan sekutunya dalam PN.

Apalah yang boleh diharap dengan ‘Duta Khas Timur Tengah’ yang makan gaji 33 bulan kecuali memikirkan bagaimana nak menumbangkan kerajaan walaupun belum sampai masanya?

Jadi kita tinggalkan keangkuhan Pas dan kesombongannya mahu merampas 80 kerusi kononnya disebabkan Umno lemah, tetapi yang lemah sebenarnya ialah Pas kerana terus tercari-cari formula terbaik menambat minat bukan Melayu kepada parti penunggang agama itu.



PRIME DIHANTAR UNTUK KEMUDAHAN KOMINIKASI DI SABAH


 

PM ANWAR SISABAH.. IKUTI KISAH DERITA BANJIR SABAH


 

PERGI BALIK NAIK GGAB..PDRM TAK NAK SIASAT KAH DIA NI

 


KEH..KEH..KEH....AKU RASA DIA TAK SESAR DIRI NIH

 


PASANGAN SUAMI ISTERI PEGAWAI IMIGRESWN DICEKUP TERIMA RASUAN DAN BUKA KEDAI EMAS


 

PAS AMBIL JALAN PINTAS TINGGALKAN BERSATU


 

KAWAN NGAN PARTI SESAT NI JANGAN PERCAYA SANGAT.

 


AAAUUUMMM...JANGAN KATA APA..SEBAB PARTI ANA SEMUA OK.

Che Ibrahim


 Ambo setuju tidak salah orang bukan Islam baca Al Quran walau pun tello, orang Islam pun ramai yang tello @ berat lidah. 


Tapi bab tafsir sendiri, usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun haram juga.




WAHAI MAT JARGON.BILAKAH ENGKAU NAK BELAJAR JADI CERDIK ?



 Begini MP Machang...





1. Sebenarnya, cadangan nak jadikan kampung-kampung Melayu jadi tapak warisan UNESCO ni, adalah satu cadangan yang baik.


2. Dan juga cadangan yang bodoh dalam masa yang sama.


3. Sebagai seorang MP, patutnya lebih tahu dan faham, apakah syarat-syarat utama untuk sesebuah kampung tu jadi warisan UNESCO.


4. Oleh kerana UNESCO ni badan antarabangsa, bukan milik Malaysia, maka syarat dan piawaian UNESCO sangatlah ketat.


5. Antara syarat awal yang perlu dipenuhi ialah, persetujuan dari penduduk kampung tu sendiri, apakah mereka setuju kampung mereka untuk dijadikan kampung warisan UENSCO.


6. Jika majoriti penduduk kampung bersetuju, tiada masalah.


7. Dan, SYARAT UTAMA untuk jadi warisan UNESCO ni, kampung tersebut tidak boleh buat lagi pembangunan baru/moden di masa akan datang.


8. Ini bermakna, kampung tersebut tidak boleh ada bangunan baru, tak boleh tambah bangunan baru, atau tidak boleh lagi apa jua bentuk pembangunan dan pemodenan baru.


9. Jika penduduk nak buat rumah, atau tambah bahagian rumah untuk anak cucu, pun tidak boleh, selagi tidak dapat kebenaran UNESCO.


10. Hatta nak jual beli tanah, nak pecah lot tanah buat rumah untuk anak-anak pun tak boleh, selagi tak dapat kebenaran UNESCO.


11. Nak bina kedai, rumah kedai untuk bisnes orang kampung, pun tidak boleh, selagi tidak dapat kebenaran UNESCO.


12. Ya, memang rumit dan leceh. Nak buat apa pun, semua benda perlu kelulusan UNESCO.


13. Namun, jika penduduk kampung semua setuju dengan benda-benda leceh tu semua, takde masalah, boleh teruskan permohonan. Itulah pentingnya persetujuan awal penduduk.


14. Aku cadangkan, MP Machang mulakan dengan kampung-kampung Melayu dalam Parlimen Machang, Kelantan terlebih dahulu.


15. Oleh kerana Kelantan adalah negeri yang sengaja dilambatkan pembangunannya oleh PAS, maka tidak sukar bagi MP Machang memujuk dan meyakinkan penduduk kampung dalam Parlimen Machang untuk tidak mahu @ menolak pembangunan baru dalam kampung mereka.


14. MP Machang boleh tanya kepada mereka, "mu nak isle ko nak pembangune?"


15. Aku yakin mereka akan pilih 'isle' dan akan tolak pembangunan. Mudah sungguh kerja MP Machang untuk wartakan kampung-kampung Melayu di Machang sebagai warisan UNESCO.


16. Jika berjaya, MP Machang akan dikenang sebagai hero bagi penduduk kampung yang tolak pembangunan demi menjadi warisan UNESCO.


17. Cuma satu je kena jaga, kalau kantoi ada langgar syarat UNESCO, maka status tanah warisan akan ditarik balik serta-merta, dan nak dapatkan balik memang akan jadi lebih susah.


Kesimpulan.


"Bodoh penyokong PAS"

- WAF, 2019


:)



RAFIDAH BAKAL BANGRAPSI HABIS.

Fendi Apple.


 Ni dia tuan rumah yang rumahnya disewa oleh Fedah...sikalang fedah hadapi 3 saman lagi yang bakal menyusul yang jeomloh nya hampir jutaan ringgit. Bukan sahaja Fedah bakal tinggal spender..modes pon belum tentu tinggal.



1). Saman pemaju RM750,000 (telah didapati bersalah).


2). Saman Datuk Khalid 29hb September ini berjeomloh RM589,000.


3). Saman Persatuan Mejoriti Penduduk Flat Sg.Baru dalam process injuksi peguam berjeomloh RM3.8juta.


Fedah hang tak payah pakai spender lah tkda apa yang tinggal sikap sombong dan devil hang tu..silap2 Modes hang pon tkda pulok doh🤣



TAK PAYAH LAH NAK GABUNG DENGAN PAS NI.... TAK BOLEH...

 Perantau Cari Rezeki


Muhyiddin dan Hamzah tak ada darah malu dengar cakap Sanusi.. Kalau Bersatu pandai malu berpisah lah dengan PAS, PAS sombong fikir dia tu dah kuat menang 43 kerusi PRU15.PAS tidak boleh dipercayai penuh baik sama kawan.





PAS berkawan dengan DAP,PKR dan sama UMNO,PAS berbaik sekejap saja dengan DAP, PKR dan sama UMNO. PAS berpisah dari DAP, PKR dan   sama UMNO dia kutuk kritik fitnah dan hasutan orang Melayu supaya benci mereka.


Sekarang PAS bergabung dengan Bersatu belum lama dah bergaduh dengan Bersatu.PAS itu memang tidak kawan lama, dia baik sekejap saja dengan kawan lepas itu dia tikam belakang kawan. 


Apa yang Bersatu nak sangat masih bergabung dengan PAS yang tikam belakang kawan tu kekuatan Bersatu lebih kuat dari PAS.Apa yang Bersatu takut berpisah dengan PAS.




TAK PAYAH LAH RUNDING. MEREKA NFAK JAWATAN PERINGKAT NEGERI MAJLIS BAGAI. PARTI PAS NI SAMA JA BAB DUIT DAN JAWATAN.



 Sudikah UMNO kembali menikah dengan Pas jika Pas bercerai dengan Bersatu??? 



p/s Perkahwinan pertama Umno - Pas atas nama BN tahun 1974, bercerai 1977.

Perkahwinan kali kedua tahun 2018 atas nama MN, bercerai tahun 2021.




JALAN ATAS PALOH 80 TAHUN KAMU RUNTUHKAN. INI LAH PAS. PAMPASAN 1000 SATU KELUARGA


 

MENGHAPUS TANAH MELAYU DI KELANTAN TAK APA PULA.


 

DAH KO NI KENAPA? TERAJUI PEMUDA PUN PENING.

CHE Ibrahim. 


LALAT PUN PENING





 


APA KESAN PERBALAHAN PAS-BERSATU?


Mohd Yusri Ibrahim




Pemerhati politik menanti penuh minat perkembangan mesyuarat majlis presiden PN yang katanya diadakan minggu depan.


Tujuannya untuk dapat gambaran lebih jelas arah tuju gabungan politik tersebut selepas Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU dan Muktamar Tahunan (MT) PAS.


Kelulusan usul menamakan TS Muhyiddin sebagai calon PM oleh PAT dan kelulusan usul oleh MT supaya PAS ambil alih teraju PN menimbulkan polemik besar antara dua parti tersebut.


Lanjutan itu, banyak isu sampingan lain turut diungkit, termasuk agihan wang dana pilihan raya dan sebagainya, semuanya dalam konotasi tidak mesra.


Banyak implikasi daripada polemik BERSATU-PAS ini sebenarnya, paling kurang ada dua kemungkinan besar.


Pertama perlu diingat semasa pembentukan PN dahulu PAS terpecah kepada dua kem.


Satu kem menyokong penubuhan PN, manakala satu kem lagi menentang.


Yang menentang itu kerana mereka lebih cenderung kerjasama dengan UMNO melalui MN, penggeraknya ramai dalam kalangan kumpulan ustaz.


Apabila isu dengan BERSATU ini timbul sekarang, kumpulan ini kembali bersuara, termasuk mengungkit rasa tidak selesa terhadap BERSATU.


Masih belum jelas sama ada itu sekadar reaksi spontan untuk memulangkan paku buah keras, atau ada agenda lebi tersusun untuk menghangatkan lagi suasana bagi memisahkan PAS daripada BERSATU, menyelesaikan misi lama yang tertangguh.


Walau apapun tujuan, jika perkembangan ini gagal diurus dengan baik oleh kedua-dua pihak, kerjasama PAS-BERSATU berisiko terburai.


Apatah lagi ada figura kepimpinan yang dilihat pro MN dan kurang mesra penubuhan PN sebelum ini kembali ke dalam Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat pasca muktamar tempoh hari.


Kedua, jika perikatan politik tersebut masih mampu diselamatkan, risiko paling besar adalah terhadap keputusan PRU16 nanti untuk kerusi2 tertentu.


Nasib TS Muhyiddin di Pagoh sebagai contoh.


Dengan senario politik semasa, maksudnya PH-BN vs PN, Pagoh akan jadi kerusi marginal dalam PRU16 nanti.


Ini kerana campuran undi sedia ada PH-BN dalam PRU15 lalu mengatasi jumlah undi sedia ada PN.


Sebenarnya ini bukan isu besar pun bagi TS Muhyiddin jika senarionya adalah normal, beliau masih ada faktor kekuatan peribadi untuk mengekalkan kerusi tersebut.


Namun apabila polemik dengan PAS ini timbul, situasi berubah secara mendadak untuk kerusi Pagoh itu.


Katalah Mesyuarat Majlis Presiden PN minggu depan sepakat untuk tidak namakan calon PM, dengan kata lain berjaya capai kompromi untuk situasi menang-menang.


Tapi PAS sudah sedia maklum hasrat BERSATU untuk lantik TS Muhyiddin sebagai PM jika PN menang nanti.


Dalam kes sebegini, saya tidak jangka jentera dan penyokong PAS akan bagi ruang selesa untuk beliau menang di Pagoh.


Dalam observasi lapangan semasa PRU15 lepas, saya jumpa senario seperti ini di Gombak.


Jentera PAS tidak bekerja untuk DS Azmin menang.


Atau dengan kata lain, ada sebahagian lagi yang bekerja untuk DS Azmin kalah.


Dalam kes Gombak ini sebagai contoh, PAS mempunyai cukup kekuatan jentera dan sokongan akar umbi untuk memastikan projek seumpama itu berjaya.


Kes hampir sama saya jumpa dalam pemerhatian lapangan PRN 2023 di Pulau Pinang, kerusi Bayan Lepas yang ditandingi Datuk Dominic Lau.


Berdasarkan gelombang hijau yang sedang memuncak pada waktu itu, kerusi tersebut sebenarnya dalam radar kemenangan kepada PN.


Namun apabila perang besar berlaku antara PAS dan GERAKAN untuk merebut kerusi tersebut, jentera dan penyokong PAS tidak bekerja sepenuhnya untuk menangkan PN.


Atau dengan kata lain, ada yang bekerja untuk kalahkan Dominic Lau.


Akhirnya Datuk Dominic Lau kalah dengan seribu lebih majoriti.


Gombak dan Bayan Lepas ini hanyalah dua kajian kes untuk menunjukkan bagaimana PAS berupaya menterbalikkan menang kepada kalah jika mereka mahu.


Sebab itu polemik sehari dua ini berisiko memberi implikasi kepada pemimpin2 BERSATU yang kurang disenangi oleh sebahagian kem dalam PAS.


Akan ada kemungkinan untuk nama-nama besar daripada BERSATU berisiko kalah tanpa disangka-sangka.


Inilah paling kurang dua kemungkinan implikasi sedang menanti rentetan polemik PAS-BERSATU sekarang.


Kenapa isu ini penting dan signifikan?


PN adalah pembangkang dan gabungan parti kedua terkuat di Malaysia sekarang selepas PH.


Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan sistem ala Westminster, pembangkang dikenali sebagai kerajaan menunggu (waiting government).


Apa sahaja perubahan dalam politik dalaman PN berpotensi mempengaruhi landskap politik tanah air.


Sebarang kemungkinan tersebut perlu ditekuni, perlu ada jangkaan kemungkinan2.


Kerana banyak sektor dalam negara dipengaruhi oleh situasi politik, bergantung kepada unjuran2 senario politik.


Elemen geostrategik ini sangat penting untuk ekonomi, pelaburan, pasaran saham, industri, hubungan luar dan sebagainya.


Ini yang sesetengah penyokong dan pentaksub parti politik tidak faham.


Mereka cepat melenting dan marah2 apabila parti pujaan mereka disentuh dalam analisis2 dan wacana2.


Kononnya mereka yang lebih tahu parti pujaan mereka, perjuangan mereka.


Mereka tidak faham apabila sesebuah parti politik menawarkan diri dalam pasaran (open market) politik tanah air, mereka terbuka untuk dinilai dan dikritik oleh pelanggan.


Pelanggan atau pemegang taruh terbesar sesebuah parti politik yang bertanding dalam pilihan raya adalah pengundi, rakyat.


Kena faham konsep itu, jangan fanatik dan sondol mengkhinzir buta.


Saya guna istilah khinzir tu supaya nampak lembut sikit, kurang sesuai kalau tulis membabi buta.