
Zunar cartoonist fan club
1- Arifin Zakaria.
2- Abdul Hamid Embong
3- Md Raus Sharif
4- Suriyadi Halim Omar
5 -Ramly Ali.
"Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.
Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.
Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.
Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!
Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.
Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.
Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.
Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.
Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.
Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.
Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.
Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.
Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.
Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.
Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.
Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!"
*ANWAR IBRAHIM*
10 FEBRUARI 2015
Sham Ghaz
Ada sesetengah pembangkang sindir Anwar datang ke Kelantan sebab nak rasmikan projek Najib lulus untuk besarkan airport KB dulu. Anwar tidak buat macam tu, ada majlis Aidilfitri Madani Kelantan RTC Tunjong.
Anwar juga luluskan lagi bajet untuk panjangkan lagi airport Kota Bharu 400 meter tambahan supaya Airport KB boleh dijadikan Airport Antarabangsa boleh direct flight dari KB ke Jeddah!
Terima kasih DS Najib Razak dan DS Anwar Ibrahim.
Yang sembang dan tak bagi apa2 cuma Muhyiddin Yassin Perikatan Nasional.
Kemain lagi semangat 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 tempelak PMX sampaikan 𝗮𝘇𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶𝗮 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿 je. Bagus lagi 𝗟𝗶𝗺 𝗚𝘂𝗮𝗻 𝗘𝗻𝗴 yang sanggup 𝘱𝘢𝘶𝘴𝘦 sidang media untuk hormati azan.
Tapi takpe. Kita 𝗵𝘂𝘀𝗻𝘂𝗱𝘇𝗼𝗻. Mungkin dia tak dengar azan tu. Tapi mak aku kata, kalau aku kata tak dengar azan dia cakap 𝘁𝗲𝗹𝗶𝗻𝗴𝗮 𝗱𝗶𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗸 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗻. Ye kot?
Apapun, yang diisukan sangat tentang kenyataan yang kenaikan 13% tu 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗷 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵. Walaun pun ramai kata 𝗣𝗠𝗫 𝘁𝗶𝗽𝘂 sebab zaman 𝗣𝗮𝗸 𝗟𝗮𝗵 pernah naik sebanyak 35%.
Ramai kawan-kawan aku dah berhujah apa beza 35% zaman Pak Lah dengan 13 zaman PMX. Jadi aku tak nak ulas bab tu. Cuma aku nak bagi satu fakta yang tak terbantah.
Kalau betul pun 13% tu bukan paling tinggi, hakikatnya zaman PN 33 bulan, 1% pun tak naik. 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮. Kenapa nak ungkit yang 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁?
Zaman PN boleh ada 𝗝𝗮𝗻𝗮 𝗪𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮, boleh beli 𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 yang harganya 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 kemudian tak diguna sampai 𝘦𝘹𝘱𝘪𝘳𝘦𝘥. Boleh beli ratusan 𝗺𝗲𝘀𝗶𝗻 𝘃𝗲𝗻𝘁𝗶𝗹𝗮𝘁𝗼𝗿 yang lebih separuh tak boleh dipakai.
Tapi penjawat awam terabai. 𝗧𝗮𝘂𝗸𝗲 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗯𝗼𝘁 di Pagoh boleh buat duit zaman PN tapi penjawat awam dia buat tak nampak. Apa yang faedah penjawat awam dapat di zaman PN dulu?
Bila PMX buat pengumuman ni, memanglah PN rasa macam 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗺𝗽𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗹𝗶. Pedih muka Yeop! Untuk tutup kelemahan PN yang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝘀𝗮𝗺𝗽𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 penjawat awam, dia buat isu ni.
13% tu tertinggi atau tidak, bukan hal. Yang penting gaji naik. Sedangkan masa PN, dahlah gaji tak naik, ayam mahal, telur hilang, minyak masa disorok oleh anak menteri, tak boleh beraya dan banyak lagi yang penderitaan yang rakyat lalui.
33 bulan PN memerintah, penjawat awam 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗻. Tak sampai 18 bulan Kerajaan Perpaduan, nasib penjawat awam 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮.
Malulah Wan Fayhsal oi. Dah diri sendiri jahat, dia nak pertikai kebaikan orang lain buat. Di mana letaknya maruah orang macam ni? Guane boh?
Raja Gelap II
.
Tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, petang tadi dan langsung ke Masjid Alwi di Kangar, Perlis untuk menghadiri Program Perkampungan Sunnah - Jihad Memartabatkan Dakwah, Mempertahankan Ummah.
Turut bersama Menteri Komunikasi, Menteri Besar Perlis dan Mufti Perlis.
Ucaptama saya mengupas konsep jihad membawa perubahan. Saya mulakan dengan menyingkap jihad warga Palestin yang dizalimi rejim Zionis Israel secara berterusan dengan dukungan negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat (AS).
Lebih mengecewakan adalah kelesuan suara pimpinan negara Islam yang hilang upaya dan kekuatan untuk menyatakan sikap keras dan tegas bagi menuntut kezaliman ini dihentikan.
Saya kemudian tegaskan betapa umat keseluruhannya sama ada pimpinan politik, ulamak, sarjana, petani, nelayan mahupun pekerja perlu bangkit daripada kealpaan, kecuaian dan kelemahan jika mahu melihat perubahan yang sebenar.
Menelusuri sejarah khalifah dan pejuang lampau, saya percaya perubahan dan reformasi yang kukuh dan berkekalan hanya boleh dicapai sekiranya kita bermula dengan membina kekuatan dalaman dengan memperbaiki tatakelola dan menangani rasuah yang sistemik dalam negara.
Ramai yang hanya bicara soal warak dan zuhudnya Khalifah Umar bin Abdul Aziz apabila menelaah kepemimpinannya. Namun Umar Abdul Aziz juga adalah teladan yang baik dalam aspek kenegaraan, di mana beliau menekankan soal tatakelola dengan membenci dan menolak rasuah.
Begitu juga kisah keagungan Salahuddin Al-Ayyubi yang banyak tertumpu pada kejayaannya dalam perang menawan Baitulmuqaddis, namun ditinggalkan kehebatannya mengatur tatakelola, mengimarahkan masjid sebagai tempat menyuburkan wacana serta amanah dan tidak merompak harta rakyat.
Saya sambut baik pendekatan Jabatan Mufti Negeri Perlis yang menjemput saya hari ini bagi meraikan perbezaan pandangan menerusi wacana yang bebas dan segar.
Dunia Islam suatu ketika dulu menjadi agung kerana wacana yang meluas di mana Khalifah mendengar pandangan yang berbeza, di samping membenarkan perbahasan sihat oleh ulamak.
Kita perlu mencontohi semangat yang sama dengan menggalakkan pencerahan, bukan membiarkan rakyat celaru dan bergaduh. Rakyat perlu dibiasakan dengan kefahaman supaya tidak pantas menghukum akibat didorong kedangkalan ilmu.
Hanya budaya ilmu yang subur mampu memastikan kita dapat menguasai pengetahuan baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital, sekali gus memastikan negara ini berjaya dalam jihad berdepan tantangan mendatang.
#MalaysiaMADANI
Sham Ghaz
Ustaz Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas ni duk share berita 24/4/2024 dah lama ni.
Sebelum Ustaz share, ustaz baca ke tidak? Dh jadi member dan langgan bulanan ke?
Perdana Menteri dah jawab dah sebelum ini, ia berita fitnah. Ketua Polis Negara juga dah panggil pengarang portal Bloomberg tu.
Malam tadi jumpa Ustaz di Majlid Aidilfitri IPD Pasir Mas.
Turut hadir sama Ketua Polis Pekan Golok khabarnya, masa tu Ustaz dan YB Rantau Panjang ada skali.
Ustaz ada jumpa dan bincang dgn dia tak mcmana nak atasi masalah ramainya rakyat Kelantan yang pergi ke Kelab Malam Hotel Genting, Golok, Thailand?
Kelmarin dulu PMX suruh sumbat kaki fitnah di penjara Sg Buluh. Duk percaya sumber US yang mmg anti Anwar. Portal US mmg anti Anwar selepas Anwar ambil pendekatan lantang dalam isu Palestin dan menyusun gerakan Islam seluruh dunia. M
Berita tu di keluarkan pun sekitar tempoh waktu sidang ekonomi dunia Islam di Timur Tengah, Anwar berucap di majlis Bank Pembangunan Islam yang di asaskan oleh pengasasnya bersama Tunku Abdul Rahman dulu2.
Sumber berita Bloomberg pun tak sahih dan US yang pro Israhell. Kata boikot?
Sebab pakai 𝗯𝗮𝗷𝘂 𝗸𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴, lalu dilabel sebagai berlakon dan dipanggil 𝗵𝗮𝗿𝗯𝗶. Ironinya ketika hari penamaan calon tempohari, ada Cina bukan Islam yang 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸𝗯𝗶𝗿. Peliknya tak pula dikatakan sebagai berlakon bahkan disambut oleh walaun.
Paling hebat, ada lelaki yang tak beriman (bererti dia menolak kerasulan Nabi ﷺ), 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷺ. Itu tak pula dikata berlakon. Sedangkan dakwaan itu itu berkisar dengan akidah bahkan boleh dikatakan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ.
Bila dia buat, hina Islam pun tak apa. Tapi kalau orang lain buat, tak kena mengena dengan Islam pun dia akan cuba kaitkan juga. 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸!
Pertama sekali, baju kurung adalah pakaian tradisional tradisional Melayu. Ia tak berkait dengan Islam pun. Bahkan sesetengah baju kurang 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗰𝗶𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗮𝘂𝗿𝗮𝗵 seperti mana yang ditetapkan dalam Islam.
Kalau orang di bandar biasa lihat orang bukan Melayu mengenakan baju kurung ke tempat kerja terutamanya 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗺𝘂𝘀𝗶𝗺 𝗿𝗮𝘆𝗮 atau hari Jumaat. Mungkin walaun ni spesis hutan yang tak pernah ke bandar jadi otaknya terkurung dan 𝗺𝘂𝗻𝗱𝘂𝗿.
Begitu juga dengan selendang. Itu juga bukan busana muslimah. Selendang begitu boleh dikatakan pakaian tradisonal juga. Rasanya sudah dipakai sejak 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗸𝗲𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗹𝗮𝗴𝗶. Pakar sejarah boleh sahkan.
Dan kalau mereka nak pakai busana muslim pun, apa salahnya? Apa corak dakwah nak dibawa kalau orang bukan Islam 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀 mendekati Islam? Bukan nak dakwah tapi nak memencilkan Islam. Ini bukannya sikap muslim tapi 𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺!
Tapi takkanlah walaun sebodoh itu?
Mungkin. Tapi sebenarnya, yang pasti, hatinya hitam dan busuk. Niatnya hanya untuk tanamkan 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗮𝘂𝗺 kerana jika berlaku perpecahan kaum, partinya akan beroleh laba. Begitulah jika hati sudah dirasuk syaitan. 𝗠𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗺𝗿𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮.
Inilah pemikiran hasil daripada didikan lebai gila kuasa penunggang agama. Telah melahirkan pengikut yang berfahaman terroris yang membelakangkan dakwah dan hati dipenuhi kebencian. Pemimpin jenis yang 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝗷𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯. Mahukah negara ini ditadbir oleh makhluk jahat spesis ini? Guane boh?
Raja Gelap II
.
MSO
Malam tadi Perdana Menteri hadir ke perkampungan Sunnah di Perlis. Beliau dijemput memberi pidato mengenai jihad.
Ribuan yang hadir termasuk bekas MB Perlis Shahidan Kassim yang kini "mengadah" kaki ke lurah pembangkang. Majlis itu dipancar secara langsung oleh RTM disaksikan jutaan orang.
Dalam ucapan ringkas itu, Anwar mengutrakan tentang kehebatan Sallahuddin al Ayubi.
Katanya ramai pendakwah mengutra dan bercerita kehebatan Sallahuddin al Ayubi, menakluki Constantinople tetapi kurang menghayati dan memahami konteks dan konten kehebatan perwira itu.
Yang penting katanya, kita menyelami dan menghayati nilai nilai perjuangan Salahhuddin itu serta pengisiannya dan beliau yakin jika kita bersatu dalam jihad kita mampu membawa kejayaan dan kecemerlangan kita negara kita.
Syarahan mengenai nilai perjuangan atau jihad itulah yang dihidang disetiap kali ada pertemuan atau majlis di rumahnya di Segambut dulu dan ia sudah jadi azimat keramat kepada para refomis. Trims.
Nik Hasyudeen
Pada bulan Disember 2023 dahulu, Pengarah FBI datang menziarahi negara ini. Di antara orang yang dia jumpai ialah Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah SPRM.
Mengikut laporan akhbar, kali terakhir seorang Pengarah FBI menjejakkan kaki ke Malaysia ialah pada tahun 2002. Walaupun nama jawatannya Pengarah sahaja, jangan ingat ianya kecil anak dan di bawah kedudukan ketua pengarah di Malaysia 🤗.
Akhbar the Edge semalam telah melaporkan bahawa Brian Nelson, Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika berkenaan terorisma dan risikan kewangan nak berkunjung ke Malaysia dan Singapura (pautan di ruangan komen). Dilaporkan dia nak bawa isu pembiayaan keganasan berkenaan Iran dan sekutu-sekutu Iran seperti Hamas.
Bagi orang yang suka memerhati apa yang tak tertulis, lawatan-lawatan ini menarik perhatian saya. Di dalam tempoh yang pendek, 2 orang pegawai pentadbiran Amerika berkenaan risikan dan terorisma melawat negara kita yang aman damai ini.
Oleh kerana banyak transaksi kewangan kita dengan negara-negara luar menggunakan Dollar Amerika, Perbendaharaan Amerika mempunyai bidang kuasa untuk memberikan syarat-syarat mereka ke atas kita. Ingat kes 1MDB? Oleh kerana transaksi haram dan jenayah 1MDB menggunakan Dollar, Jabatan Keadilan Amerika telah menyiasat dan mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa mereka itu.
Tahun hadapan Financial Action Task Force (FATF) akan melakukan penilaian ke atas sistem anti pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas ke atas Malaysia. Ini merupakan satu perkara penting kerana hasil penilaiannya akan mempengaruhi akses kita kepada sistem kewangan dunia.
Beginilah realiti sebuah negara. Mentadbir, mengurus dan memimpinnya jauh lebih rumit dan kompleks berbanding dengan membuat pelbagai konten di FB, Tiktok dan pelbagai platfom media sosial yang lain. Ianya menjangkau naratif “Laksana Islam, semuanya selesai”. Nak laksana apa, bila, bagaimana, apa tujuannya, apa impaknya, semua itu kena diperincikan dan mengambil kira pelbagai realiti yang ada.
Walaupun di zaman Rasulullah SAW ada golongan ‘Arab yang berminda mudah, kita tentunya nak masuk ke dalam golongan Sahabat yang hebat-hebat. Ini memerlukan kepada ilmu dan kefahaman yang lebih mendalam serta kemampuan melaksana, bukannya bersyarah sahaja:
Beragaman kena ada ilmu dan kefahaman, bukannya secara romatik dan retorik sahaja.
KOMEN TERBAIK... Ini dalah komen terbaik mengenai berita Malaysiakini bertajuk "Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu". Kejadian berlau pada tahun 2012
Berita penuh https://www.malaysiakini.com/news/703987
𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗔𝗗𝗜𝗟 𝗣𝗔𝗗𝗔
Sebagai berlaku adil kpd musuh politik, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘂𝗰𝗮𝗽 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 𝗸𝗽𝗱 𝗬𝗔𝗕 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗦 𝗡𝗮𝘀𝘀𝘂𝗿𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗗𝗮𝘂𝗱 kerana menunjukkan akhlak yg baik dan menyantuni PMX yg kita sayangi.
Dalam isu ini yg spesifik, kita 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗛𝗕𝗡 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 mesti berlaku adil kpd 𝗬𝗔𝗕 𝗠𝗕 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 kerana beliau berbuat perkara baik yg wajib kita akui. 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗴𝗼𝗶𝘀 𝗺𝗰𝗺 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔 𝘆𝗴 𝗧𝗔𝗞 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗽 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗠𝗫.
Kita juga ucap tahniah kpd 𝗬𝗔𝗕 𝗠𝗕 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 yg menunjukkan 𝘁𝗮𝘂𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 kpd 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗸𝗮𝘀𝘁𝗮 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵𝗮𝗻 yg pasti enggan menurutinya. Puak degil tarak otak. Kita harap lebih ramai pemimpin PA$ menunjukkan akhlak sebegini. Ini juga adalah akhlak mulia 𝗔𝗹𝗺𝗮𝗿𝗵𝘂𝗺 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗡𝗶𝗸 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗔𝘇𝗶𝘇 (𝗔𝗧𝗚𝗡𝗔) yg kita sayang dan sanjungi.
Yg diakui sukar kita lakukan ialah sayangkan Rasulullah, contohi akhlak baginda, sayangkan Tok Guru, tiru budi bahasa beliau sebaik mungkin. InsyaAllah.
Berbanding MB Kelantan yg kita biasa lihat begitu bengis mengutuk dan menganjing PMX dalam kempen PRU / PRN, beliau berubah 180 degree dalam soal hubungan baik Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan 𝘆𝗮𝗸𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗙𝗲𝗱𝗲𝗿𝗮𝗹𝗶𝘀𝗺𝗮. 𝗗𝗦 𝗡𝗮𝘀𝘀𝘂𝗿𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗗𝗮𝘂𝗱 𝗱𝗶𝗮𝗸𝘂𝗶 𝗯𝗶𝗷𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 "𝗱𝗲𝗰𝗼𝗿𝘂𝗺". 𝗦𝘆𝗮𝗯𝗮𝘀👍
Ini akhlak yg kita mahukan dalam negara demokrasi. PMX dgn karomah insaniah dimiliki beliau, memang akan layan dengan baik jika pihak di sebelah sana pun melayan beliau dengan baik.
"𝗢𝗿𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗱𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮, 𝗼𝗿𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮".
JUJURnya saya gembira melihat 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗙𝗲𝗱𝗲𝗿𝗮𝗹𝗶𝘀𝗺𝗮 𝘆𝗴 𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗠𝗕 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻. Terima kasih buat keduanya yg mendamaikan. Ini menunjukkan perbedaan yg ketara (contrast) berbanding perasan BENCI dlm suasana Politik yg "toksik".
Alhamdulillah.
- Zus Din
03052024
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗮𝗱𝗺𝗶𝗻 : 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗛𝗕𝗡 𝘆𝗴 𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻, 𝘁𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 𝘆𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗶𝘄𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗬𝗔𝗕 𝗠𝗕 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗶. 𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵.
****************
𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝘂𝗰𝗮𝗽 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗠
Bernama
02/05/2024 23:57 MYT
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Beliau berkata Perdana Menteri juga memberi maklum balas yang sangat baik kepada perbincangan berkaitan pembangunan Kelantan dalam pertemuan tertutup hari ini.
"Satu pertemuan dengan pimpinan kerajaan negeri dan pegawai kanan telah diadakan hari ini. Dalam taklimat itu saya telah menyebut beberapa perkara untuk kepentingan rakyat.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberikan maklum balas positif terhadap semua yang dibincangkan dan melayan Kelantan sepertimana negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini, hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan seperti yang telah dilakukan kepimpinan terdahulu.
"Sejak zaman Tok Guru Nik Abdul Aziz kita menjalinkan hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan dan hubungan ini akan diteruskan pada masa saya mentadbir negeri ini.
"Bagi saya berpolitik hanya pada musim pilihan raya. Selepas mandat diberikan kita mestilah memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat yang menjadi tanggungjawab bersama," katanya.
-- BERNAMA
News link : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-kelantan-ucap-terima-kasih-kepada-pm-468904
MSO
Seorang penceramah di pirake Kuala Kubu membilang akan kehebatan pencapaiannya satu persatu.
Dia kata dia jadi Adun dalam usia 29 tahun jadi menteri dalam masa 35 tahun dan pegang empat kementerian. Empat kementerian apa sumbangannya kepada negerinya?
Kononnya tiada apa lagi yang nak dikejarnya. Dia kata dia tak boleh maki Umno sebab dia dilahir dan dibesar dalam Umno. Kini disertai Pas untuk tumpang kemenangan.
Suatu masa dulu dialah penentang Pas nombor satu di negerinya. Apa yang tidak dimaki hamu kepada Pas cukup lengkap segalanya.
Saya nak ingatkan apa dibilang hitung itu tak mencukupi sebagai sunnah seorang pejuang dia belum lengkap kerana beliau masih belum meringkuk dalam penjara.
Dua siasatan SPRM terhadapnya tak sangkut. Jadi untuk mengesahkan dia sebagai pejuang tulen elok SPRM buka semula fail bersangkutan dan siasat kenapa dia memiliki kekayaan lebih daripada had.
Sekagi tangannya tidak digari dia belum ideal sebagai pejuangan. Menyertai Pas segala dosa dan nodanya tak terhakis secara automatik. Trims.
Aspek penyelarasan dan kordinasi adalah taakul utama yang perlu diambilkira dalam menyelesaikan isu rakyat yang mendesak termasuk di Kelantan.
Perkara itu saya bangkitkan sewaktu menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Kelantan, yang buat kali pertamanya saya pengerusikan
dalam membincangkan penyelesaian isu-isu pembangunan di negeri Kelantan seraya diapit kepimpinan Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Sementelahan, isu rakyat seperti kemiskinan tegar, pembangunan infra dan kemudahan asas adalah tekad komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk diselesaikan, sebolehnya dengan kadar segera agar tidak terus membelenggu pihak terkesan.
Semasa taklimat juga, saya telah menekankan kepada kerajaan negeri dan kementerian terkait untuk memberi fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri Kelantan yang dijangka boleh diselesaikan dalam tempoh dua bulan.
Walhasil, saya berharap semua kementerian dan agensi yang berkaitan memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Kelantan ini secara berkesan.
Insya-Allah, projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Kelantan di kawasan luar bandar yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang.
#MalaysiaMADANI
Najib Bakar
Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa.
Ni adab dan budi pekerti orang Melayu yang semakin dilupakan.
Saja nak cerita sikit. Mak ayah aku, kedua-dua depa pencen penjawat awam.
Jawatan terakhir ayah, pencen sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan Kedah sekitar tahun 2006. Asalnya bertugas sebagai guru.
Jawatan terakhir arwah mak, pencen sebagai Pendaftar UUM sekitar tahun 2007. Mak aku Pendaftar UUM pertama dalam sejarah universiti.
Depa berdua sokong PMX sejak kisah 1998.
Walaupun depa sokong perjuangan PMX, tugas sebagai penjawat awam untuk government of the day tetap dipatuhi.
Masa pilihanraya, depa mengundi ikut pilihan masing-masing. Tapi bila kerajaan ditubuhkan, Peraturan Tatatertib penjawat awam itu mengikat.
Depa bekerja secara profesional, mengikut arahan dan dasar kerajaan semasa.
Benda mudah saja nak faham. Sebagai contoh.
Kalau ada seorang pekerja Microsoft, buat hantaran di media sosial tentang macam mana dia meluat kat Microsoft dan lebih suka Apple, hang rasa apa tindakan Bill Gates?
Sebab tu, kalau penjawat awam nak bangkang government of the day, pilihannya adalah letak jawatan.
Lepas tu dia bebas dari terikat dengan Peraturan Tatatertib.
Kutuk maki lah kerajaan macam mana pun. Asalkan tidak fitnah, hampa akan terlepas dari siasatan.
Sebab kerajaan sekarang tak guna Akta Hasutan, kecuali kalau hantaran itu melibatkan Istana.
Tidak perlu penjawat awam sayang cium tangan PMX sampai berlemoih pun.
Tidak perlu penjawat awam join PKR pun.
Tidak perlu penjawat awam jerit reformasi pun.
Cukup sekadar ikut peraturan sebagai penjawat awam,
dan jika anda seorang Islam, jaga akhlak,
dan jika anda seorang Melayu, sekali lagi, orang berbudi kita berbahasa.
Senang ja kan?
MSO
PM MACAM MANA LAGI YANG DIMAHU
(Pertanyaan buat rakyat Kelantan).
Semaca berucap di majlis Aidifitri Madani di RTC Kota Bharu Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi tahu beliau tidak pernah mengenepikan Kelantan dari mendapat peruntukan atau dimajukan seperti negeri negeri lain.
Sebagai buktinya setiap kali beliau mengadakan lawatan kerja ke luar negara beliau turut mempromosi sama Kelantan untuk para pelabur datang melabur ke negeri berkenaan.
Misalnya, semasa beliau ke Jepun beliau minta pembangunan fasal kedua membabitkan korporat Jepun ke Malaysia turut memberi tumpuan ke Kelantan. Demikian juga semasa beliau ke Qattar meminta negara itu turut menjadikan Kelantan sebagai destinasi pelaburannya.
Cuma dalam hal ini katanya, beliau berharap kerajaan negeri dan MB khasnya sedia memberi kemudahan seperi menyegerakan kelulusan tanah dan sebagainya.
Apa dilakukan Anwar itu bukan pun atas permintaan dan desakan MB atau mana-mana pihak tetapi ia ada atas usaha dan inisiatifnya sendiri sebagai PM. Yang dipamerkan Anwar itu adalah keperihatinan kerajaan Madani yang akan berlaku adil untuk semua.
Sesungguhnya apa dilakukan atau diusahakan Anwar itu rakyat Kelantan perlu berterima kasih banyak, kerana apa yan diperolehi kini tidak pernah dirasai dibawa perdana menteri sebelum ini.
Jadi PM yang macam mana lagi yang diingi rakyat Kelantan apakah mereka tunggu Tok Dor jadi MB? Trims.
~cerita isu² pengumuman kenaikan 15%~
****************************************************
Lagi-lagi Guru
Katanya bekerja separuh hari,
Itu tuduhan berbaur iri,
Tiada isu nak tonjolkan diri,
Lagi-lagi guru salah dicari.
Mungkin dia tak pernah sekolah,
Atau murid yang bermasalah,
Sengaja sibuk hendak mencelah,
Cetus isu agar orang berbalah.
Guru bukan sekadar mengajar,
Banyak tugas hingga tak terkejar,
Bercakap sampai bengkak kelenjar,
Menanda buku tangan pun pijar.
Malam-malam rancang pengajaran,
Bukan hanya satu mata pelajaran,
Menulis ringkasan dengan kesabaran,
Agar pengajaran capai sasaran.
Guru bekerja lebih 12 jam,
Dari bangun sampai mata pejam,
Bersangka buruk memanglah kejam,
Yang dengki itu elok kena rejam.
Ghazali Lateh
© Hak Cipta Terpelihara
3/5/24
Nak tau jawapannya! Jom sertai program pendidikan tidak formal berkonsep bual bicara santai bersama para panel yang berjaya dalam industri seni kreatif iaitu Zunar seorang pelukis dan Rizman Nordin, pereka fesyen disebalik jenama “Rizman Ruzaini”. Jom dengar perjalanan karier mereka sampai berjaya!!
Tarikh : 21 Mei 2024 (Selasa)
Masa : 7.45 mlm – 10.30 mlm
Tempat : Auditorium Dewan Sri Pinang
Penyertaan dibuka kepada semua warga muzium, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam. Tempat adalah terhad, tunggu apa lagi, jom daftar pada link dibawah!!
Link pendaftaran: https://forms.gle/sY8rAvnXBhtSyxub9
…
"Is it true that being an artistic soul isn't a walk in the park?”
Are you curious to know more about the above? Join our non-formal educational programme featuring a casual talk with successful panelists in the creative arts industry, namely Zunar, a renowned painter, and Rizman Nordin, the fashion designer behind the label 'Rizman Ruzaini'. Get ready to be inspired by their journey to the top!
Date : 21st May 2024 (Tuesday)
Time : 7.45 pm – 10.30 pm
Venue : Auditorium Dewan Sri Pinang
Participation is open to all museum personnel, higher education institution students, and members of the public. Hurry, seats are limited! Secure yours now at the link below and let's ignite your artistic passion!
Registration link: https://forms.gle/sY8rAvnXBhtSyxub9
#PenangStateMuseumBoard
#PreLaunchingHMA2024
#HMA2024Penang
#HMA2024troppers
#HMA2024commander
#MuseumsforEducation&Research
#UntukNegeriKita
#Penang2030
1. Timbalan Presiden BERSATU Faizal Azumu tidak perlu meroyan dengan membuat komen bahawa kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sebagai taktik memancing undi menjelang PRK Kuala Kubu Bharu (KKB). Ingin saya tegaskan bahawa penjawat adalah sektor penting pembangunan negara dan oleh itu tidak perlulah Faizal membuat tuduhan negatif sebegitu seolah-olah menghina penjawat awam yang selama ini telah berbakti kepada negara walaupun bekerja untuk 12 tahun tanpa kenaikan gaji.
2. Ingin saya ingatkan Faizal, PMX bukan seperti Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin yang pada bulan Ogos 2020 berjanji bantuan JKM akan dinaikkan ke RM1000 tiga minggu sebelum PRN Sabah. Namun, janji ini tidak pernah dikotakan dan akhirnya, menjadi pembohongan kepada rakyat. Kegagalan kerajaan PN ketika itu menunjukkan mereka adalah sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan hanya pandai menanam tebu di bibir.
3. Kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan baru-baru ini sebenarnya adalah susulan pengumuman PMX dalam Belanjawan 2024 pada Oktober 2023 di mana beliau berkata kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dimuktamadkan tahun ini. Ketika itu, mantan ADUN KKB belum lagi meninggal dunia dan tiada siapa tahu PRK KKB akan diadakan tahun ini. Justeru, dakwaan Faizal bahawa kerajaan gopoh mengumumkan kenaikan gaji adalah tidak masuk akal kerana perkara ini telah dikaji berbulan lamanya. Kenaikan ini adalah sikap prihatin PMX yang telah melaksanakan beberapa dasar baharu yang membela kebajikan rakyat.
4. Ironinya, Faizal pula berjanji andai kata Perikatan Nasional (PN) kembali memerintah, mereka akan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 30%. Untuk pengetahuan Faizal, kenaikan gaji penjawat awam diumumkan PMX sudahpun meliputi kenaikan sehingga 40%, terutamanya bagi pekerja berpendapatan rendah. Secara total, kenaikan ini akan menelan kos RM10 bilion bagi kerajaan persekutuan.
5. Kalau PN mahu tambah lagi 30% kenaikan gaji, kos kepada kerajaan akan melonjak ke berpuluh bilion ringgit dan akan menjadi beban kewangan yang terlalu besar. Persoalannya, dari mana PN bercadang untuk menjana duit berpuluh bilion ringgit ini? Adakah dengan cara mencetak wang, sepertimana idea "bernas" Ketua Pemuda BERSATU Wan Fayhsal? Saya mencabar Faizal untuk menjelaskan perkara ini.
FAIZ FADZIL
3 Mei 2024
W. FAUDZIN
Nun...jauh dihujung pantai timur, di bumi serambi Mekah, bersuara dua tokoh dari pusat dan negeri tentang persahabatan dan kedamaian dalam satu majlis Aidil Fitri. Di waktu yang sama lidah syaitan ini terus berbicara tentang fitnah dan permusuhan.
Itulah ujian dan mehnah yg harus ditempuhi oleh seorang manusia bernama PMX. Tidak dinaikkan gaji, dikatakan bohong dan mungkiri janji. Dinaikkan gaji, dibandingkan pula dgn pimpinan dahulu kala. Mengapa tidak dibandingkan dengan waktu mereka berkuasa? Jawapannya, langsung tiada. Waktu mereka tiada masa untuk fikirkan tentang kakitangan awam. Mereka sibuk menyakau.
Mohd Fairul Al Qasas
Azman bin Sulaiman adalah seorang guru agama KPM.
Dia sebut PMX "bahey punggung"
Kononnya dia bersandar kepada keputusan mahkamah.
Keputusan mahkamah syariah pun kita tak boleh panjangkan dalam bab qazaf ni, apatah lagi mahkamah sivil yang kaedah pendakwaan dia tak ikut syariah.
Ustaz jenis apa dia ni? Saya bukan ustaz. Saya belajar agama untuk pertamanya diri saya dan keluarga.
Kalau video penerangan Saya salah, sila betulkan.
Hari ini dia Azman Sulaiman dah minta maaf.
Tapi, kefahaman kononnya petik kes mahkamah untuk meneruskan atau memanjangkan kes Qazaf adalah tidak betul.
Saya mohon para mufti bangkit untuk nyatakan adakah boleh petik kes mahkamah untuk tuduh orang tu zina, liwat?
Para mufti kena tegas, sebab lulusan agama juga nampaknya keliru.
𝗣𝘂𝗮𝗱 𝗭𝗮𝗿𝗸𝗮𝘀𝗵𝗶 ni belum ada jawatan dalam kerajaan ke sekarang ni? Aku tengok teruk sangat dia meroyan sekarang ni. Kesian pun ada.
Aku bukan nak bela 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶𝗻𝗮 𝗦𝗶𝗱𝗲𝗸 ni. Sejujurnya aku rasa memang dia 𝘶𝘯𝘥𝘦𝘳𝘱𝘦𝘳𝘧𝘰𝘳𝘮. Tapi nak salahkan dia 100% asbab 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 soal pembelajaran murid di Malaysia tu tak kena.
Fadhlina jadi menteri tak sampai dua tahun. Untuk kita gagal seperti dalam laporan Bank Dunia ni, 𝗱𝘂𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽𝗶.
Bermakna kita dah 𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗮. Hari ini kita baru dapat hasilnya. Jadi kalau nak tuding jari, kena tuding kepada semua.
Kenapa aku kata Fadhlina gagal?
Satu kelemahan Fadhlina yang paling ketara ialah dia tak buat 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗼𝘁𝗮𝗹 dalam kementerian. Ada masa nampak macam Fadhlina terlalu menurut cakap orang kementerian.
Kita berada dalam keadaan sekarang kerana wujudnya kelompok manusia sombong dalam kementerian yang 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗻𝗴𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗮𝘄𝗮𝗺.
Jangankan cakap ibu bapa, pendapat mereka yang arif dalam bidang ini pun 𝗱𝗶𝗸𝗲𝘀𝗮𝗺𝗽𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻. Senang cerita, kementerian 𝘀𝘆𝗼𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.
Lebih parah, keadaan itu 𝗱𝗶𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗶 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 dan kemudiannya 𝗣𝗣𝗗. Yang jadi mangsa adalah guru-guru dan murid.
Aku ulang apa aku pernah tulis dalam komen di salah satu posting Fadhlina. 𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙢𝙚𝙗𝙩𝙚𝙧𝙞𝙖𝙣 𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙡𝙚𝙨𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣, 𝙙𝙖𝙝 𝙡𝙖𝙢𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙞𝙩𝙪 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙨𝙚𝙡𝙚𝙨𝙖𝙞.
Kalau Fadhlina berani tukar 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮-𝗸𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 dalam kementeriannya, barulah sistem pendidikan kita akan boleh bertambah baik.
Kalau Puad nak meroyan, jangan setakat meroyan ke Fadhlina. Meroyan sekali ke menteri-menteri zaman Najib yang mana dia sendiri ada dalam kabinet.
Puad pun 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 di tahun 2009 hingga 2013. Cemerlang sangat sistem pendidikan masa tu? Haprak juga. Tapi ada dia tidur di rumah panjang? Pemalas ke dia?
Puad ni konon nak jadi hero. Tapi akalnya tak berapa panjang. Jadi bila dia buat kenyataan, yang ternampak cuma 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮. Kesian juga. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Jamzuri Ardani
PAS bayar pada Facebook.
Facebook dimiliki oleh Zuckerberg.
Zuckerberg terang2 sokong Israel.
Facebook tak diboikot.
KFC pulak yang kena boikot.
Ribuan rakyat hilang kerja.