[koyak] ABAHCOW ANGKUH BAKAL KALAH SAMAN! PENGAKUAN BEKAS SETIAUSAHA SULIT!
Nurul Izzah beralih angin ke Kuala Terengganu?
Nurul Izzah
beralih angin ke Kuala Terengganu?
Spekulasi itu turut dikaitkan dengan Amanah menyerahkan
kerusi DUN Tepoh kepada calon BN.
FMT Reporters - 22 Jul 2023, 2:20pm
Pengarah Pilihan Raya PKR Terengganu
Ahmad Sabri Ali berkata timbul spekulasi Nurul Izzah Anwar bertanding Parlimen
Kuala Terengganu susulan cadangan seorang pemimpin BN.
PETALING JAYA: Anak
sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah disebut-sebut akan bertanding
dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.
Spekulasi itu turut
dikaitkan dengan Amanah menyerahkan kerusi DUN Tepoh kepada calon Barisan
Nasional (BN).
Pengarah Pilihan Raya PKR Terengganu, Ahmad Sabri Ali,
mengakui timbul spekulasi itu dan menjadi perbualan pengundi susulan cadangan
seorang pemimpin BN.
“Pemimpin BN itu mencadangkan nama Nurul Izzah sebagai calon
BN Kuala Terengganu ketika minum selepas program parti Rabu lalu.
“Kita sudah bertanyakan isu Nurul Izzah kepada pimpinan
tertinggi PKR semalam dan mereka mengatakan spekulasi disebarkan melalui
pelbagai laman sosial itu sebagai gurauan,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, tidak masuk akal dakwaan mengatakan Nurul
Izzah akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu.
“Setakat ini, Badan Pimpinan PKR negeri belum menerima
sebarang maklumat, tetapi sentiasa bersiap siaga bersama jentera pilihan raya
BN jika dakwaan itu betul,” katanya.
PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan selepas kemenangan
calon PAS, Ahmad Amzad Hashim dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya negeri susulan
pihak pempetisyen berjaya membuktikan wujud unsur rasuah ketika kempen PRU15.
Pada PRU15 lalu, Amzad mempertahankan kerusi Parlimen itu
yang dimenangi pada PRU14 dengan majoriti 40,907 undi menewaskan tiga calon
lain.
PRK Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan serentak dengan PRN enam negeri pada 12 Ogos ini, dengan penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
KAMU CERCA RAJA, ITU NASIB KAMULAH – ANWAR
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan terlibat dalam kes menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang sedang menghadapi pertuduhan mahkamah.
Menurutnya, pembangkang telah hilang modal sehingga mengaitkan dirinya dengan kes Sanusi
“Hari-hari perdana menteri dicerca, dimaki dan dihina. Saya tidak ambil tindakan. Tidak suruh polis ambil tindakan.
“Tapi, cerca dan singgung Raja, itu nasib kamulah. Jadi, yang buat laporan polis Dewan Diraja Selangor. Bolehkah Dewan Diraja Selangor membuat laporan polis tanpa perkenaan Sultan? Tidak.
“Kemudian pesuruhjaya PAS Selangor pergi jumpa Sultan Selangor minta ampun. Tuanku titah kes belum selesai. Maka, ketua polis negara buat kenyataan, dia (Sanusi) ditangkap dan didakwa.
“Apa pula salah perdana menteri pula ini? (Pembangkang) dah tak ada modal. Kamu ini cakap, tangggunglah, hebat sangat,” katanya selepas merasmikan ‘Majlis Sentuhan Kasih Desa Selangor & Mini Karnival Usahawan Desa di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, pagi tadi.
Sanusi dituduh di mahkamah pada 18 Julai lalu atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, Sanusi didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan terbabit di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara – Kampung Bendahara, Gombak dekat Kuala Lumpur pada 11 malam, 11 Julai lepas.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sanusi bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.
Kedua-dua hakim membenarkan Muhammad Sanusi diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan tertuduh tidak membuat sebarang komen berhubung kes sehingga kes berkenaan selesai serta menetapkan 4 Okt untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.
FELDA LUPUS AKAUN PENEROKA, HUTANG KERAJAAN TANGGUNG
AMIRUDDIN AHMAD
Penghapusan hutang peneroka Felda menjadi kontroversi ketika ini kerana sengaja disalahtafsirkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menjadi isu besar antara Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas PM Mahiaddin Yassin yang mengumumkan penghapusan hutang pada 2021 lalu.
Menurut kenyataan Felda, penghapusan hutang tersebut bukan sahaja melibatkan dihapus kira dalam akaun Felda tetapi juga hutang berkenaan perlu ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan, memandangkan Felda tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk menyerap hutang RM8.3 bilion.
Penyerapan hutang itu dilakukan oleh Perdana Menteri ke 10 melalui perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) yang ditandatangani antara Felda dan Kerajaan Persekutuan pada Jun lalu.
“PM semasa Sambutan Hari Peneroka Felda pada 7 Julai 2023 mengumumkan bermula tahun ini, Kerajaan Perpaduan telah meluluskan peruntukan sehingga RM990 juta setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk Felda yang antara lainnya bagi membiayai hapus kira hutang peneroka Felda. Secara keseluruhan inisiatif ini melibatkan bantuan kewangan kepada Felda sebanyak RM9.9 bilion bagi tempoh 10 tahun.
“Walau bagaimanapun, kenyataan Perdana Menteri telah disalah tafsir sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dengan janji kerajaan terdahulu untuk menghapuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.
“Penghapusan sejumlah hutang peneroka ini telah dilaksanakan di peringkat Felda tanpa penyaluran peruntukan geran dari Kerajaan Persekutuan pada tahun 2021 dan 2022. Jumlah pelupusan hutang ini telah memberikan impak yang besar kepada aliran tunai dan prestasi Felda,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.
Menurut Felda lagi, FSRA adalah tanggungjawab yang telah ditunaikan Kerajaan pada tahun ini berikutan usaha Felda meminjam wang daripada pasaran kewangan dengan menerbitkan sukuk bagi perlupusan hutang dan pengambilalihan Felda Global Ventures Holdding (FGV) beberapa tahun lalu.
Kata kenyataan itu lagi, penerimaan sejumlah RM900 juta setahun untuk tempoh 10 tahun akan membolehkan Felda membayar kembali pinjaman sukuk selepas tidak lagi mengutip hutang daripada peneroka.
“Sebagai langkah membantu dan menjamin kelangsungan Felda, Perdana Menteri pada 26 Jun 2023 telah menandatangani perjanjian FSRA bagi penerimaan pertama geran RM990 juta dari Kerajaan Persekutuan untuk penebusan sukuk Felda.
“Perjanjian itu antara lain memberikan ruang kepada Felda menstruktur semula komitmen kewangan terhadap kadar faedah yang dikenakan serta pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion.
“Felda menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan atas komitmen bagi menyempurnakan proses pemulihan Felda demi menjamin kelangsungan sebagai satu institusi gergasi yang menaungi 112,638 keluarga peneroka di seluruh negara,” kata kenyataan itu lagi.
HANYA ANWAR BERI BANTUAN KEWANGAN TANGGUNG HUTANG FELDA
RIDUAN SHAMSUDIN
Hutang peneroka Felda didakwa dihapuskan oleh bekas Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin pada 2021 hanya berupa penghapusan kira kira dalam akaun peneroka, namun beban kewangan terpaksa dipikul oleh Felda sebanyak RM8.3 bilion.
Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil, penghapusan hutang tersebut telah mengganggu aliran kewangan Felda sehinggalah Kerajaan Persekutuan menunaikan janji memberi bantuan kewangan pada 2023.
“Pada 2021 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjanji untuk hapuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.
“Hutang ini (memang) telah dihapuskan (di penyata akaun peneroka) oleh Felda, dan bukannya (oleh) Kerajaan Persekutuan,” kata Fahmi dalam satu siaran media.
Sebaliknya, menurut Menteri Komunikasi dan Digital itu, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan pada 2023 menandatangani perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) antara Kerajaaan Persekutuan dan Felda bagi tujuan menyuntik dana kepada Felda
Dengan dana tersebut maka Felda berupaya meneruskan tanggungjawabnya membayar sukuk yang dipinjam di pasaran kewangan pada 2022 lalu untuk urusan menyerap hutang peneroka dan pengambilalihan FGV.
“Pada 26 Jun 2023, Datuk Seri Anwar telah tandatangan FSRA
“Apa itu FSRA? Ia adalah Assignment for Financial Service Reserve Account yang melibatkan bantuan kewangan kepada Felda sebanyak RM9.9 bilion bagi tempoh 10 tahun.
“Kesimpulannya hutang Felda tidak dibayar oleh Kerajaan Persekutuan hanya sehingga 26 Jun 2023 (selepas FSRA ditandatangani) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya lagi.
PAS SELALU DI TIPU MAHATHIR
Politikus ini bila bercakap mereka akan all out. Labelkan lawan penipu, penyamun, diktator, firaun, tak pun Hoi ya Hoi. Standard dah tu.
Maka, penyokong pun sama naik, benci ya amat, si lawan tadi.
Tapi bila matlamat menghalalkan cara. Demi kuasa, mereka boleh baik semula. Siap puji2 dah belaka. Maka taksuber pun bergembira. Pergi serang yang lain pula.
Politikus di Malaysia ni dah lengkap. Pusing2 lawan jadi kawan. Kawan jadi lawan. In future, tak tahu lagi.
Saya dapat cerita little bird, ada cubaan nak jumpa kan dua bekas PM. Satu yang paling tua dan satu yang dalam penjara. Tapi tak kesampaian lagi. Who knows untuk PRU16, mereka boleh buddy2 😅
Bagi yang pajak otak, mereka nak malu apa. Ikut saja berhala. Bila dia maki, kita maki. Bila dia puji, kita puji. Kawan dan lawan boleh di recycle kembali.
Tapi bagi set JPO, kita gelak sahaja. Orang politik ni, perjuangan ke mana, prinsip ke mana. Yang mereka nak hanya kuasa. Kalau boleh selamanya.
Makanya, untuk GAP takyah la berpolitik sampai hilang kawan hilang sedara. Sampai emo sepanjang masa. Korang pun bukan dapat apa. Yang untung tetap mereka.
~LM~
PH LENA LAGI ?
Ketika Mahathir tinggalkan UMNO dan tubuhkan Bersatu, dia mula hilang nilai di mata penyokong tegar UMNO. Sebab itu Bersatu cuma menang 13 kerusi dalam PRU14.
TAPI Mahathir masih bernafas dalam politik kerana sokongan daripada penyokong PH. Malangnya di bulan Februari tahun 2020, Mahathir mengkhianati PH pula hingga runtuhnya sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
PRU15, Mahathir ditolak secara total. Semua kerusi yang ditandingi oleh partinya hilang deposit meski dia turut memainkan irama perkauman yang jadi senjata utama PN waktu itu.
Setelah mengkhianati UMNO, Mahathir terselamat dengan bantuan PH. Tapi bila dia khanati PH pula, maka tiada apa yang tinggal padanya lagi. Hanya debu yang bakal ditiup angin.
Mahathir sedar keranda politiknya sedang diusung. Tapi demi dendam kesumat, dia belum mahu undur. Malah rela gadai maruah untuk bersama parti yang pernah dia hina dahulu.
Sementara bagi PAS, mereka sendiri boleh rasakan penolakan rakyat terhadap agenda perkauman yang dibawa selain perangai busuk sebahagian besar pemimpin mereka.
PAS sudah tak punya senjata ampuh. Begitu juga, PAS ketandusan pemimpin berwibawa. Dah terbukti ketika PAS dalam kerajaan, tidak ada seorang pun menteri dari PAS yang berjaya menjalankan tugas dengan baik.
Meminjam saki baki aura Mahathir adalah langkah terakhir yang PAS boleh lakukan waktu ini bagi menampung lompong kepimpinan dalam parti itu setelah semua pemimpin berkaliber telah mereka singkir sebelum ini.
Jadi kenalah tu bila loser bergabung dengan loser. Ibarat sirih pulang ke gagang.
Tapi awas. Lepas ni hasutan dan fitnah perkauman pasti akan berkali ganda lebih hebat dimainkan. Dan pasti Mahathir akan reka cerita begitu begini yang kononnya berlaku waktu 22 bulan dia jadi PM atas ihsan PH dulu.
PH kena ambil langkah proaktif dan aktifkan perisai sebelum diserang dengan lebih banyak fitnah dari PAS + Mahathir. Kalau pemimpin PH nak terus lena, maaf, kami tak mampu buat apa-apa. Guane boh?
Raja Gelap
Untuk penyokong² PN dan Ahli² PAS
1. DS Anwar tak pernah kata, PAS parti ajaran sesat. Tapi hat kata mcm tu, sudah berdampingan dgn PAS.
2. DS Anwar tak pernah kata, tragedi berdarah Memali, semuanya mati katak. Tapi hat kata mcm tu, sudah semeja dgn PAS.
3. DS Anwar tidak pernah menyekat bantuan sekolah agama rakyat, bahkan masa DS Anwar jd PM bantuan sekolah agama rakyat diteruskan dan ditambah. Tapi yg menyekat bantuan sekolah agama rakyat itu, sudah bersama dgn PAS.
4. DS Anwar tidak pernah menyekat peruntukkan kepada negeri Kelantan, bahkan masa DS Anwar jd PM peruntukan ditambah. Tapi hat mengaku sekat peruntukan pembangunan Kelantan satu ketika dulu, sudah sepentas dgn PAS.
Orang yg membela Melayu dan Islam, dihina. Orang yg khianati kamu, disanjung.
Jadi penyokong PN dan ahli PAS, buat lah keputusan dan pertimbangan seadilnya dlm PRN tanpa sebarang sentimen perkauman dan taksub..
#cp
𝗧𝗔𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔, 𝗠𝗔𝗜𝗞
W.Faudzin
Kami, pihak Ustaz Muhaizad telah memohon penyambungan semula tauliah kebenaran mengajar daripada MAIK pada beberapa tempoh yang lalu.
Namun dukacita dimaklumkan, pihak MAIK memaklumkan bahawa penyambungan tauliah untuk Ustaz Muhaizad Mohamed '𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻'. Sebelum kami sebarkan makluman ini, kami pastikan dulu isi kandungan surat ini adalah benar daripada MAIK dengan menghubungi pihak yang terlibat dan dimaklumkan ianya betul daripada MAIK.
Setelah ditanya atas alasan apa tauliah untuk Ustaz Muhaizad tidak diteruskan lagi, jawab pihak MAIK adalah kerana ianya 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁. 𝗜𝘁𝘂 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮.
Oleh itu, kami pihak Ustaz Muhaizad memohon maaf kepada semua masjid yang menjemput al Fadhil Ustaz Muhaizad untuk berkuliah kerana tidak dapat tunaikan hajat pihak tuan puan buat masa ini.
Doakan yang terbaik buat semua. Mudah mudahan dakwah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah tetap meluas di tanah serambi Mekah ini, Kelantan Darul Naim.
KISAH FELDA
Aku tak ulas isu Felda sebelum ni sebab aku ambil masa nak faham. Isu ni di luar kemahiran aku. Dna aku bukan walaun jenis dengar terus percaya. Aku scuba fahami setiap kenyataan yang dikeluarkan.
Dan kenyataan terbaharu daripada Marzuki ini yang merupakan mantan Ketua Setiausaha Sulit Mantan Perdana Menteri itu secara rasminya mengiyakan bahawa hutang peneroka Felda belum dilupuskan.
Apa yang Mahiaddin buat tu umpamanya macam orang berhutang di kedai Acheh yang merupakan kawan Mahiaddin. Mahiaddin minta pemilik kedai Acheh tu lupuskan hutang semua orang kerana dia akan bayar hutang-hutang tersebut.
Tapi lepas 2 tahun, Mahiaddin tak bayar juga. Jadi macamana pemilik kedai Acheh tu nak teruskan bisnes? Kalau tak dapat juga duit dari Mahiaddin, mungkin dia terpaksa juga tuntut dari orang yang berhutang tu. Kiranya hutang tu masih lagi ada dan masih belum dilupuskan.
Begitu juga Felda, tak dapat nak lupuskan hutang peneroka sampailah baru-baru ini apabila DS Anwar tandatangani penerbitan sukuk untuk Felda. Bab sukuk ini aku tak berapa tahu sebenarnya.
Alasan Marzuki bayaran belum buat kerana belum sampai masa untuk pemberian geran tahunan Felda itu terlalu dangkal. Takkan tak boleh tandatangan hari ini tapi dikuatkuasakan tahun berikutnya?
Macam buat standing instruction di bank. Kan kita benarkan bank buat potongan sekian tarikh setiap bulan. Sampai tarikhnya, duit kita akan dipindah ke akaun yang ditetapkan secara automatik. Takkan rakyat boleh buat, tapi PM tak boleh?
Apa pun, bila Marzuki buat kenyataan begini, maka sahihlah DS Anwar tak menipu. Dan janji hapuskan hutang Felda itu hanyalah lakonan. Sekadar beri harapan palsu kepada peneroka saja. Guane boh?
Raja Gelap
.
CAP AYAM
Pagi tadi melintas posting Sardin Cap Ayam dalam timeline saya. Katanya dulu RM10.80 sekarang dah naik RM13.30. Woahhhh… melampau naiknya kalau macam tu?!!
Sebab saya bukan geng pajak otak. Makanya lunch tadi saya terjah.
Saya pergi 99 Speedmart di Neocyber, Cyberjaya. Nak check betul ke harga RM13.30?
To my surprise. Bukan saja harga tak naik. Malah lagi murah dari RM10.
Hanya RM9.40. Pakat turun pulak dah.
Tuan/ Puan, jangan pajak otak pada saya pula. Boleh la pergi check sendiri.
Yang di Cyberjaya, kalau rajin pergi lah singgah. 99 Speedmart corner lot yang sebelah Elewsmart.
Dalam dunia penuh fitnah, harus kita lebih bijak, jangan jadi pengundi cap ayam pulak! ✌🏼
~LM~
cc KPDN Laman Rasmi
Ini gambar hari ni ya, gigih cari sardin 😊
STATUS TERKINI KESIHATAN YB DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB
ALOR SETAR, 22 JULAI 2023 – Dukacita dimaklumkan bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
2. Beliau kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
3. Terdahulu, beliau dikejarkan ke wad kecemasan pada sekitar jam 10.15 malam Jumaat, dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah.
4. Pihak Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa.
5. Pihak Pejabat Menteri juga memanjangkan ucapan terima kasih daripada pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub atas semua doa, sokongan, dan ingatan kepada beliau.
SYAKIRIN HUSNAL
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA MENTERI KPDN,
ALOR SETAR, KEDAH,
SABTU, 22 JULAI 2023,
8.00 PAGI.
TESLA MULA MENGANCAM
Nazz Abdullah.
TESLA: Kalau korang ada budget nak beli SUV harga ala-ala CRV, adakah korang akan beli CRV atau Tesla Model Y?
Buat pertama kalinya TESLA bertapak secara rasmi di Malaysia, serta merta diorang lakukan kejutan ganas! Move pertama ialah buatkan semua jenama lain terkedu dan tanya diri sendiri, "adakah kita jual kereta selama ni mahal sangat?"
Hari ni Tesla launch Model Y (SUV saiz mcm X70 atau CRV) Tapi di luar negara Tesla bersaing dengan jenama premium mcm BMW MERC dll..
Sebelum ni recon dealer jual Model Y ni antara RM340K ke 490K (hampir half million). Orang ttp beli sbb brand dia TESLA.
But now.. Baru:
Standard: RM199K
Long Range AWD: RM246K
Performance AWD: RM288K
Gilerr.. Ini belum masuk Model 3 lagi. Confirm dah dekat harga Civic.
Kita tak tau apa yg PMX dah deal dgn Elon Musk.. Apa trick diorang sampaikan harga Tesla Malaysia antara harga Tesla paling murah kat dunia.
But apa kita dapat predict.. kalau Tesla laku keras, banyak model lain akan terjejas, baik EV atau kereta biasa, dan mungkin banyak pengeluar kereta akan kaji balik harga diorang.
Banyak lagi saya nak cerita pasal Tesla & harga kereta yang semakin tak masuk akal lepas pandemic ni.. Insyaallah video malam esok.. Subscribe youtube channel Nazz Abdullah.
#teslamalaysia #hargatesla #tesla #modely #teslaprice
Aduh... Kacau SPRM ni. Terengganu pula kena...
Teringat dialog filem Seniman Bujang Lapok. Sudin cakap dekat wak tauke warung tu. "Wak, lain kali kalau kitorang minum, kira saja sudah la. Tak payah la ambil duit." Wak tu jawab "tak payah ambil duit ye? Ko ingat ni kedai bapak ko?" Hahaha...
Sama la dengan ni. Lain kali kalau kes lebai SPRM siasat je la. Tak payah dakwa. Kalau dakwa nanti dia kata pendakwaan terpilih. Walaupun diberi bukti berderet-deret. Tetap dia kata konspirasi. Tapi yang bahagian wak tu jawab aku ambik la. "Ko ingat ni negara bapak ko?" Guane boh?
Raja Gelap
TEO WEE CHENG
Adrian Lim
Secara kebetulan, dia berketurunan Cina.
Secara kebetulan, dia terkait dalam kes rasuah Jana Wibawa yang dikhususkan untuk memperkasakan kontraktor Bumiputera.
Secara kebetulan, dia merupakan Pengarah Urusan dan pemegang saham kedua terbesar syarikat SHH Resources Holdings Bhd.
Secara kebetulan, Abang Muhyiddin Yassin, iaitu Allahyarham Abdul Aziz Yassin merupakan bekas Pengerusi SHH Resources Holdings Berhad.
Secara kebetulan, dia punya company terletak di Pagoh.
Secara kebetulan, Ahli Parlimen Pagoh ialah Muhyiddin Yassin.
Ini semua kebetulan je.
PN masih komited membela nasib orang Melayu 👍🏻
ABAH GAGAL SEDIAKAN GERAN FELDA kerana...
Adrian Lim
1. ABAH TEBUK ATAP
Orang jadi PM ikut penggal dan pilihan raya. Abah jadi PM cara jatuhkan satu kerajaan, kemudian salahkan orang lain sebab jatuhkan balik kerajaan dia.
2. ABAH BAPAK PENGUMUMAN
Orang buat pengumuman selepas bersedia melaksanakan sesuatu. Abah umum dulu, nanti barulah fikir macam mana nak laksanakan. Contohnya cirit birit dulu, ada air basuh ke tak nanti check.
REPORT CARD
Semalam saya ulas report card N9. Ramai la netizen Nismilan komen rata2 happy dengan MB mereka.
Saya check juga, ni geng cytro fake account ke. Tak juga, banyak real accounts sebenarnya. Katanya mereka nampak bukti N9 dah makin best, kat Kuala Pilah pun dah ada Starbucks 👍🏼 hehe… itu barometer nya pulak 😅
Yelah tak mungkin semua orang suka MB Amin ni. Ada jugak kot geng lain nak Peja atau Cikgu Bard ganti jadi MB. Itu terpulang… kuasa undi masing2 😅✌🏼
Ok, next.
Saya dapat Report Card negeri Kelantan. Dari FB Exco Belia Negeri.
TBH, saya tak tahu nak pengsan ke nak ulas 😅
Tak agak2 dia punya claim tu. 99.07% dah capai semua Manifesto. Tapi tiada langsung data diberi.
KPI pula “Mendaulatkan Agama” terus dapat 100%. Macam mana nak ukur tu? KPI “Suburkan ekonomi” tak dapat Full Mark pula, mungkin sebab masalah air tak selesai.
Saya bukan la nak troll atau kuang asam. Tapi memang macam mana nak ulas pun tak tahu. Serupa, depa set kertas soalan, depa ambil exam, depa jugak la letak markah suka suki. Syok sendiri.
Kita boleh gelakkan lah. Seronok kan mengutuk?
Tapi cuba kita bayangkan, takkan la takde seorang pun EXCO atau pegawai yang cerdik nak buat Report Card yang baik di Kelantan tu?
Saya selalu je jumpa think tank parti PAS. Yang pernah kerja dengan TG Nik Aziz. They’re super smart people. Very good strategists. Datang dari Ivy League Uni di Timur Tengah.
Tapi kenapa perlu act dumb? Dumb down rakyat sebegini.
Jawapannya “they’re playing it to the gallery”. They only appeal to their pengundi. “Ini yang pengundi nakkan, ini yang kami beri”.
Seorang Otai pernah cakap dengan saya, strategi politik PAS Kelantan ialah kekalkan rakyat dalam kemiskinan. Kerana selalunya orang miskin yang dekat dengan Tuhan. Bolehlah parti politik agama cari makan.
Mungkin pada golongan JPO dan GAP, poster ini doesn’t make sense.
Tapi percayalah, di suatu ceruk di Kelantan, despite the silliness it represents, poster ini pastinya disambut dengan laungan “Allah huakbar”…
“Nak Isle ke nak kemajuan?” Maka kekallah mereka sedemikian.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
SANUSI BERPOTENSI DIDAPATI BERSALAH, MEMBERINYA KEMENANGAN SUATU PEMBAZIRAN
Walaupun telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan, selain bakal disiasat pula oleh SPRM berhubung isu nadir bumi, Pas dilaporkan tetap akan meletakkan Sanusi Md Nor sebagai calon pada PRN akan datang ini.
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik berkata, Sanusi akan tetap diturunkan sebagai calon dalam PRN Kedah.
Bahkan, kata beliau, Menteri Besar sementara itu setakat ini kekal sebagai taruhan utama dalam usaha PN mempertahankan Kedah daripada dirampas pihak lawan.
“Insya-Allah, sehingga kini beliau masih calon utama. PAS akan kekalkan beliau,” katanya.
Mengikut fakta, kes mahkamah yang dihadapi Sanusi adalah amat serius kerana menyentuh hal paling sensitif dalam isu 3R iaitu memperlekeh dan mempertikaikan kebijaksanaan Raja-Raja Melayu.
Yang diperlekeh dan dipertikai itu pula bukan setakat seorang Raja, tetapi dua Raja iaitu Sultan Selangor dalam hal melantik Menteri Besar dan Yang Dipertuan Agong berkaitan titah penubuhan kerajaan perpaduan.
Tidak pernah ada mana-mana pemimpin Melayu, hanya didorong oleh kepentingan politik, sanggup bersikap celupar serta biadap kepada dua Raja sebagaimana Sanusi lakukan ini.
Berdasarkan serius dan sentisifnya isu yang disentuh Sanusi, selain berdasarkan fakta dan logik akal, agak sukar sebenarnya untuk Sanusi terlepas daripada dikenakan hukuman atas kesalahan yang telah dilakukannya.
Kedua-dua pertuduhan dikenakan terhadapnya ialah mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam hal ini, jika Pas menunjunjung penghormatan yang tinggi kepada Raja, langkah terbaik ialah mereka tidak meletakkan Sanusi sebagai calon dalam mana-mana pilihan raya sehingga kesnya selesai.
Membenarkan lagi Sanusi bertanding hanya mengundang risiko lebih tinggi kerana jika menang dan kemudian didapati bersalah dan didenda melebihi RM2000 oleh mahkamah, kedudukannya sebagai Adun tergugur secara automatik.
Selepas tergugur kedudukan sebagai Adun, beliau sekaligus perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
Pilihan selepas itu, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan semula.
Tidakkah ini suatu pembaziran namanya?
Untuk mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan wang berikutan pendirian Pas tetap juga mahu mengekalkan lagi Sanusi bertanding, kebijaksanaan kini terletak di tangan pengundi-pengundi Kedah.
Amat terpuji jika Sanusi tidak lagi diberikan undi kemenangan – sama ada dengan memberi peluang kepada parti lain pula memerintah Kedah atau mengalahkannya sebagai Adun tetapi kekal memenangkan Pas, maka rakyat negeri itu akan beroleh Menteri Besar lain yang lebih berwibawa, tidak merapu dan tidak mencemar institusi Raja seperti perlakuannya yang memalukan itu. – ShahbudinHusin 21/07/2023.
























