Jalgan salahkan PENYAMOON, kalau PENYAMOON terus MENYAMOON. Salahkan diri sendiri kalau terus UNDI PENYAMOON!
Zunar cartoonist fan club
Jalgan salahkan PENYAMOON, kalau PENYAMOON terus MENYAMOON. Salahkan diri sendiri kalau terus UNDI PENYAMOON!
Zunar cartoonist fan club

PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim takut ditolak pengundi Melayu di Gombak, menyebabkannya membuat keputusan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dakwa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Azmin Ali.
Beliau turut mendakwa, gabungan itu juga mahu mewujudkan satu lagi ‘Pulau Pinang’ di Perak.
“Tinggalkan Port Dickson nak masuk bertanding di Gombak. Akhirnya lari ke Tambun pula.
“Sebab kawasan Gombak ni majoriti Melayu. Orang Melayu tak akan terima orang yang rakus kuasa. Jadi dia (Anwar) lari ke kawasan yang kurang pengundi Melayu.
“Orang Melayu, Cina dan India kena faham kita tidak boleh terima parti perkauman sempit dan kita kena tolak PH dalam PRU15 nanti,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Prihatin PN, semalam.
Anwar sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15, yang disandang bekas timbalannya, Azmin.
Katanya, beliau juga memilih untuk bertanding kerusi ‘pengkhianat’, manakala kerusi Port Dickson disandangnya kini lebih solid (kukuh), berbanding 2018.
Bagaimanapun, Anwar pada 20 Okt lalu mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun dengan berkata, beliau tidak memilih kawasan yang mudah dimenangi untuk bertanding.
Beliau meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson yang dimenanginya dengan majoriti 23,560 undi, selepas menewaskan enam pencabarnya daripada PAS dan bebas pada pilihan raya kecil Oktober 2018.
Kerusi Parlimen Tambun kini disandang Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu, yang juga timbalan presiden Bersatu. Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,320 undi pada PRU14, menewaskan calon Barisan Nasional, Ahmad Husni Hanadzlah dan calon PAS, Ibrahim Zakaria.

Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya peka dengan keperluan pelajar untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 kali ini memandangkan usia dibenar mengundi telah turun ke 18 tahun.
Hal itu disuarakan oleh gabungan Mahasiswa HARAPAN Negara yang berkata tarikh peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) pada 19 November belum ditunda, dan akan memberi kesan kepada pelajar yang mungkin tidak dapat membuang undi.
“Kami menggesa Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk segera membuat keputusan terhadap peperiksaan MUET yang bakal berlangsung bagi memudahkan pelajar merancang perjalanan untuk pulang mengundi
“Kelewatan membuat keputusan akan menyukarkan urusan pelajar kerana terdapat pelajar mengambil peperiksaan berdekatan dengan institut pengajian mereka, dan jauh dari kediaman masing masing. Sungguh pun tarikh peperiksaan ini telah lama dirancang namun perkara seperti pilihan raya adalah lebih penting untuk didahulukan kerana ia merupakan tanggungjawab sivil warganegara,” kata mereka dalam kenyataan media.
Mahasiswa HARAPAN turut kesal dengan tindakan MPM melengah lengahkan dan membuat keputusan di saat akhir.
Hal itu kata mereka lagi, akan menghalang proses demokrasi untuk berlangsung dengan baik.
“MPM perlu sedar bagi menjalankan pilihan raya ramai guru guru akan bertugas sebagai petugas pilihan raya dan sekolah sekolah akan digunapakai sebagai pusat mengundi
“Kami yakin keputusan sudah ada namun sila percepatkan pengumuman untuk memaklumkan kepada pelajar agar mereka dapat membuat persiapan,” kata mereka.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Mahasisawa Roket dan Mahasiswa Amanah Malaysia.
80% PEMUDA PERTIKAI PRESTASI KERAJAAN, BN KALAH?

Tindakan tergesa gesa Umno-BN mengadakan Pilhan Raya Umum (PRU) ke 15 dalam musim tengkujuh kerana menjangkakan mereka akan menang besar mungkin akan bertukar sebaliknya pada 19 November ini.
Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berdasarkan tinjauan pendapat terbaharu, keadaan sebulan sebelum PRU kali ini hampir sama seperti tinjuan yang dibuat dalam sebulan terakhir sebelum PRU 14 lalu.
Katanya, jika Umno yakin selepas menang besar di Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor mereka akan menang PRU maka keadaan samalah sebagaimana mereka dahulu yakin menang PRU 14 selepas menang Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016.
“Keadaan yang ada sekarang mirip 2018. Kenapa saya kata mereka boleh berangan (sahaja) dan perkara itu tak kan berlaku? Sebabnya sebahagian besar pengundi apabila ditanya (kajian sokongan) adakah anda berpuas hati dengan ekonomi sekarang, harga barang, gaji, peluang pekerjaan.
“Keadaannya (jawapan) lebih teruk daripada sentimen rakyat berbading 2018. Dulu bila kita tanya adakah kamu berpuas hati? 60% kata tak puas hati. Tanya adakah puas hati prestasi Kerajaan Persekutuan, 50% puas hati
“Angka terbaru pagi tadi, sekarang tanya bagaimana ekonomi harian kamu? 78% rakyat kata mereka tak puas hati. Prestasi Kerajaan Persekutuan, 63% rakyat tak puas hati.
“Oleh itu kalau Umno BN yakin boleh menang beesar maka tak ada bukti mereka boleh menang dan bentuk kerajaan macam Zahid Hamidi cakap,” katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Sungai Besar, Selangor, malam tadi.
Kata Rafizi, perubahan mood rakyat itu bukanlah menunjukkan Pakatan Harapan (PH) kali ini begitu kuat, malah ianya tidak banyak bersangkut paut dengan PH.
Hujahnya, angka ketidakpuasan hati rakyat itu berakibat keadaan kehidupan yang tidak berubah, malah lebih teruk daripada 4 tahun lalu.
“Isunya ialah keadaan tak berubah. Malah makin teruk. Kalau tanya kalangan pengundi muda 18 – 24 tahun, soalan paling penting, adakah puas hati keadaan ekonomi sekarang? Adakah tahun depan keadaan lebih baik dari tahun ini? Kalau rakyat biasa menjawab tak puas hati, yang muda angkanya lebih tinggi, sekitar 84%.
“Kalau tengok semua PRU lepas, dalam keadaan begini yang mana rakyat tak puas hati, maka rekod PRU lepas boleh berulang. Pengundi akan buang undi protes terhadap kerajaan sedia ada,” katanya lagi.
Justeru, Rafizi mahu pendukung PH berkerja kuat untuk keluarkan pengundi muda dan yakinkan mereka bahawa peluang lakukan perubahan kali ini terbuka luas bagi mereka, dan ia akan menentukan nasib mereka untuk 5 tahun akan datang.
Sementara memenangi sebanyak mungkin kerusi Parlimen dan menyingkirkan pengkhianat merupakan teras perjuangan utama yang ingin dicapai PKR dalam PRU15 ini, parti itu nampaknya belum memuktamadkan lagi calonnya untuk bertanding di Gombak dan juga Ampang.
Gombak dan Ampang yang sebelum ini dimenangi oleh Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin atas tiket PKR adalah dua kerusi pengkhianat yang wajib dirampas semula oleh PKR atas nama maruah dan untuk memastikan laluan membentuk kerajaan menjadi kenyataan.
Sepatutnya, sesuai dengan pengumuman Anwar Ibrahim tidak lama sebelum ini bahawa PKR akan meletakkan pemimpin utamanya sebagai calon di kerusi-kerusi pengkhianat, siapa calon parti itu untuk berhadapan dengan Azmin dan Zuraida tidak langsung menjadi masalah, apa lagi lewat dimuktamadkan.
Memuktamadkan lebih awal siapa calon di Gombak dan Ampang adalah pendekatan paling baik untuk menuju ke arah kemenangan berbanding masih tiada ketentuan seperti sekarang.
Lihatlah bagaimana kesan positif tindakan meletakkan Anwar lebih awal sebagai calon di Tambun yang diumumkan sejak seminggu lalu.
Dalam hal ini, seharusnya Menteri Besar Selangor, Amirudin Saari telah pun diumumkan secara muktamad tanpa sebarang keraguan lagi sebagai calon PKR di Gombak untuk berhadapan dengan Azmin.
Kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri adalah paling mantap untuk berhadapan dengan Azmin yang merupakan seorang menteri di peringkat pusat.
Tidak sepatutnya, beliau di peringkat ini masih disebut sebagai “hampir pasti” untuk dinamakan sebagai calon di kerusi tersebut.
Lebih tidak patut bila mana masih ada dua nama sama ada Nurul Izzah Anwar atau Rodziah Ismail dalam pertimbangam PKR untuk diletakkan sebagai calon di Ampang bagi berhadapan dengan Zuraida.
PKR sepatutnya sedar bahawa untuk berhadapan dengan Zuraida, calon pilihan mestilah seorang “heavyweight” yang ada aura serta disukai rakyat seperti Nurul Izzah.
Rekodnya pernah menumbangkan dua menteri di Lembah Pantai, Shahrizat Jalil dan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebelum ini adalah nilai tambah yang lebih memungkinkan seorang lagi menteri seperti Zuraida mampu dikalahkannya.
Meletakkan Rodziah, seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, malah kalah dalam pertandingan jawatan Ketua Wanita PKR, sebagai calon di Ampang, tidak ubah seperti memberi kemenangan percuma kepada Zuraida.
Rodziah tidak cukup kekuatan serta aura untuk berlawan dengan Zuraida, malah dikhabarkan beliau tidak mendapat dokongan sepenuhnya daripada jentera parti di Ampang sendiri.
Berbanding Nurul Izzah, bukan saja seluruh jentera parti di Ampang sangat berharap kehadirannya dan sedia bekerja keras untuknya, tinjauan rambang dalam pelbagai lapisan rakyat atas pagar juga amat mengalu-alukan kehadirannya.
Gombak dan Ampang adalah dua kerusi kritikal yang mesti dimenangi oleh PKR pada 19 November nanti, bukan saja untuk memastikan kejayaan PH membentuk kerajaan menjadi kenyataan, malah untuk menyingkirkan pengkhianat yang telah mendurjanai parti.
Untuk memungkinkan hasrat itu dapat dicapai, tiada lain calon paling sesuai selain Amirudin dan Nurul Izzah.
Maka, diingatkan kepada Anwar dan PKR – jangan tukar-tukar lagi!!
Kalau tidak, bersedialah menerima kekalahan dan hasrat ke Putrajaya juga mungkin tak kesampaian. – ShahbudinHusin 27/10/2022.
Dari FB
Manan Razali
MUFTI PERLIS
PERLU BERTERUS TERANG DAN BERHENTI BERKIAS.
Ini adalah
sebuah rencana yang panjang. Ia merupakan reaksi saya kepada video ringkas
Mufti Perlis menjawab pertanyaan seorang hadirin di majlis ilmunya tentang
siapakah yang patut diundi oleh umat Islam negara ini.
Jika anda
bersetuju dengan rencana ini, sila share dengan meluas supaya ramai umat Islam
negara ini akan terima mesej ini dan faham kandungannya untuk dijadikan sebagai
pertimbangan ketika mengundi pada PRU-15 bulan depan, insyaa Allah.
-
Mufti Perlis
berkias dalam video ini menasihati umat Islam supaya jangan undi PH dan BN pada
PRU-15 bulan depan. Jangan undi PH kerana DAP adalah anggota komponen PH yang
menurutnya ialah anti-Islam. Dan jangan undi BN kerana sudah terang lagi
bersuluh bahawa Umno adalah parti rasuah yang terulung sekali di atas planet
bumi ini. Maka secara tersirat, beliau suruh rakyat undi Bersatu dan Pas kerana
ini sajalah pilihan yang tinggal selepas menolak PH dan BN.
Berikut
ialah komen saya..
Bismillah.
Mufti ini
memang phobia dengan DAP walaupun dalam DAP hanya ada 2 atau 3 kerat saja yang
menyalak macam anjing gila terutamanya Ramasamy. Ini tidak dinafikan. Tetapi
kalau nak lawan mereka, gunalah saluran undang2 sebagaimana mereka lakukan
untuk menuntut hak mereka yang dirasakan bertentangan dengan kepercayaan kita.
Saya bukan
kata saya setuju dengan tindakan2 Ramasamy. Masalahnya ialah walaupun dia
bising, dia bertindak melalui saluran undang2 untuk menuntut hak bagi orang
bukan Islam. Kalau kita tidak puas hati, samanlah dia. Dan kalau perlu, pinda
atau ubahlah undang2 supaya sesuai dengan apa yang diinginkan.
Tetapi
selama hampir 3 tahun negara ini diperintah oleh kerajaan Melayu-Islam yang
kononnya ingin memertabatkan kedaulatan agama dan bangsa Melayu, satu habuk pun
mereka tidak dilakukan untuk kota janji mereka. Sebaliknya, semakin bercelaru
lagi ada. Dan semakin miskin Melayu dan hancur negara mereka kerjakan.
Point saya
ialah mengapa kita ambil sikap defensif dan biarkan Ramasamy dan rakan2nya
memekak kalau kita di pihak yang benar? Sepatutnya kita yang serang dia kalau
dia menabur fitnah.
Mufti ini
memang bijak menyampaikan ajaran sunnah berkaitan persoalan ibadah. Malah saya
masih tetap mengikuti beberapa kuliah agamanya dia yang dirakam dan di-upload
di internet untuk ambil menafaat. Tapi saya berpendapat dia tidak bijak
mengaplikasi sunnah dalam persoalan politik yang lebih luas. Akibatnya, Islam
tetap terancam, bangsa Melayu semakin diperbodohkan dan negara semakin laju
menuju kehancuran.
Malangnya,
ramai pengikut2 sunnah dan peminat2 nya tidak nampak hakikat ini kerana terbuai
dengan kepetahannya berkata-kata. Dan atas sebab inilah saya menentang
pendirian politiknya secara terbuka kerana saya bimbang kesan akhirnya akan
membawa kepada kelemahan dan kekalahan umat Islam secara total apabila negara terus
dipimpin oleh pemimpin2 jahat yang korup dan hipokrit.
Saya tidak
menganggotai mana2 parti politik. Tetapi biar saya tegaskan bahawa saya adalah
pendokong sunnah Nabi (saw) yang tegar sejak 23 tahun lalu. Nak panggil saya
Wahhabi, lantaklah. Sikit pun saya tak heran. Dah 23 tahun saya begini. Melabel
saya Wahhabi ialah benda yang sangat remeh bagi saya dan saya tiada masa hendak
melayannya. Pada dasarnya, aliran pemikaran saya tidak jauh berbeza dengan
Mufti Perlis, tetapi saya amat tidak bersetuju dengan ijtihad dan pendirian
politiknya yang saya kira sempit kerana gagal mengambil kira konteks yang lebih
luas unuk negara ini.
Kefahaman
saya kepada sunnah Nabi (saw) membuat saya sangat benci kepada korupsi dan
salah-guna kuasa yang mengakibatkan kepada kezaliman serta amalan pilih kasih
(double standard) yang berleluasa oleh pemerintah. Baginda Nabi (saw) mengancam
perkara ini dengan kehancuran yang pasti berlaku ke atas mana2 kaum dan
masyarakat yang membiarkan kejelekkan ini bermaharalela dalam sesebuah
masyarakat dan negara. [Sahih Muslim, no. 1688].
Tidakkah
perjuangan menentang kezaliman ini patut dijadikan sebagai perjuangan paling
utama yang sekaligus akan memertabatkan kedudukan agama dan bangsa kita apabila
keadilan berjaya ditegakkan dan kedurjanaan rasuah serta amalan pilih kasih
dapat dibanteras?
Berdasarkan
kefahaman saya mengenai Fiqh al-Awlayyiyat, saya mengambil pendirian bahawa
keutamaan harus diberi kepada usaha bagi memastikan negara ini dipimpin oleh
barisan pemimpin yang kita yakin mereka mampu memerangi rasuah dan salah guna
kuasa dengan tegas dan berkesan, sementara masalah ektremis beberapa kerat ahli
DAP boleh diatasi melalui saluran undang2.
Jika kita
gagal meletakkan barisan pemimpin yang berani memerangi korupsi untuk
memerintah negara ini pada PRU-15 bulan depan, pasti negara ini akan hancur.
Apabila negara hancur dan tidak stabil, jangan haraplah Islam akan berjaya
dimertabatkan. Memelihara keamanan negara dari para perompak dan memastikan
kebajikan rakyat disantuni ialah kunci kepada kesejahteraan umat untuk beragama
dengan aman dan boleh dididik dengan berkesan.
Oleh itu,
saya ingin ajak umat Islam negara ini melihat pendirian Mufti Perlis
berdasarkan kepada fakta dan perspektif yang lebih luas. Jangan biarkan emosi
dan sentimen mempengaruhi perasaan benci yang meluap-luap terhadap 3 atau 4
kerat ahli parti DAP hingga menguasai akal yang rasional, apatah lagi bila
parti mereka sudah berkuasa dan memerintah untuk membolehkan kira menilainya
secara objektif. Bukti mereka berkuasa dan memerintah sudah jadi realiti. Ia
bukan andaian dan khayalan lagi.
Oleh itu,
mengapa kelakuan beberapa kerat ahli DAP yang ekstrim pula dijadikan sebagai
fokus utama dan kayu pengukur penilaian umum kita terhadap parti tersebut?
Bukankah ini sama seperti sikap golongan Islamophobia yang melihat dan menuduh
Islam secara tangkap muat sebagai agama terroris yang jahat dan tidak
bertamaddun hanya kerana tindakan segolongan kecil sahaja umat Islam yang
ekstremis membunuh orang awam secara rambang?
Hakikatnya
ialah sudah 12 tahun DAP memerintah Pulau Pinang sejak tahun 2008. Jika mereka
benar2 anti-Islam, maka nilaikannya dari prestasi mereka sepanjang tempoh ini.
Ada nasib umat Islam yang dizalimi di Pulau Pinang sepanjang tempoh ini? Ada
aktiviti ibadah umat Islam yang disekat di sana? Ada ramai umat Islam yang
murtad di sana? Cubalah tanya sikit dan interview Mufti Pulau Pinang - Dr. Wan
Salim, untuk dapatkan pandangannya terhadap layanan kerajaan DAP kepada umat
Islam di sana.
Bukankah
jika mereka mahu, mereka boleh lakukan berbagai-bagai perkara buruk terhadap
Islam dan umatnya? Kuasa sudah berada di tangan mereka selama 12 tahun. Ini
bukan satu tempoh yang singkat.
Perjuangan
menentang korupsi dan kezaliman bukan sekadar perjuangan politik tetapi ia
adalah perjuangan bagi memenuhi tuntuntan agama yang tinggi keutamaannya. Kita
perlukan pemimpin2 yang tegas, jujur, beramanah serta berani untuk memikul
tanggung-jawab menanganinya. Bukannya penyamun, penyangak, kaki rasuah dan
penunggang agama.
Bagi saya PH
serius dalam perkara ini dan mereka telah membuktikannya walaupun hanya sempat
memerintah selama 22 bulan sahaja sebelum digulingkan oleh pengkhianat2 yang
langkah mereka mendapat sokongkan kuat oleh tokoh2 agama termasuk Mufti Perlis.
Ketika dia
memberi endorsement secara terbuka di media sosial kepada kerajaan pimpinan
Muhyiddin dan barisan kabinetnya, dia berjanji akan menegur dan mengkritik
kerajaan tebuk atap ini kalau ia buat benda2 pelik dan tersasar dari jalannya.
Malangnya satu suara pun tidak kedengaran darinya walaupun kerajaan Muhyiddin lakukan
bermacam2 tindakan haprak yang menyusahkan rakyat.
Sebaliknya,
pemerintahan kerajaan PH yang singkat selama 22 bulan sahaja sebelum
ditumbangkan oleh Muhyiddin telah memainkan peranan yang besar untuk bawa Najib
ke muka pengadilan hingga dia telah dihumban ke dalam penjara sementara
isterinya dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda hampir RM1 bilion dan
kini sedang melalui proses rayuan.
Zahid Hamidi
pun sedang menggelupur kerana takut dijatuhkan hukuman penjara atas amalan
rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram bagi skandal Yayasan Akalbudi.
Disebabkan ini, dia terdesak mahu adakan PRU segera dengan harapan agar Umno-BN
akan menang besar supaya dia boleh kacau sistem perundangan untuk melepaskan
dirinya dan beberapa pemimpin2 korup lain dari perlaksanaan undang2 secara
adil.
Saya akui
DAP dan PH tidak sempurna. Pasti ada ulat2 korup di kalangan mereka yang akan
cuba mengambil kesempatan mengkayakan diri dan keluarga jika mereka berkuasa.
Tetapi ini bukan budaya parti DAP dan PH. Lihatlah pada perjuangan mereka yang
bersungguh-sungguh mahu lakukan “institutional reform” dan memerangi korupsi.
Mereka telah membuktikan janji ini dalam tempoh 22 bulan saja mereka
memerintah.
Selain ini,
lebih kurang 10% dari ahli parti DAP terdiri dari orang Melayu beragama Islam.
Adakah Mufti Perlis berani kata mereka semua adalah musuh dan pembenci Islam?
Pada saya mereka jauh lebih baik dari wala'un2 Pas yang hipokrit kerana
menyokong rasuah dan korupsi tapi mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya.
Yang nyata
dari video ini ialah beliau secara berkias suruh umat Islam jangan undi Umno-BN
atas sebab rasuah dan jangan undi PH juga kerana DAP berada di dalam
gagasannya. Habis tu dia nak suruh orang pilih Bersatu dan Pas yang terang2
sokong rasuah dan korupsi dan telah merosakkan negara bersama Umno?
Muhyiddin
itu sendiri amalkan rasuah politik untuk beli sokongan ahli2 parlimen supaya
dia boleh kekalkan kuasa sebagai PM untuk kerajaan haram dia. Seluruh dunia
tahu tentang ini apabila rakaman audionya tular di internet tidak berapa lama
dahulu. Takkan Mufti Perlis tak tahu?
Projek
BestatiNet bernilai berbilion ringgit ketika dia jadi Menteri Pendidikan yang
diberi kepada YTL untuk mewujudkan akses internet bagi sekolah2 luar tetapi
telah gagal segagal gagalnya dalam perlaksanaan, bagaimana kisahnya? Ini belum
lagi masuk cerita tentang waktu dia jadi MB Johor dulu.
Yang si Hadi
tu tak payah cakaplah. Tiba2 sekarang baru dia kata Umno ialah parti rasuah
bila Zahid tidak mahu berkerjasama dengan Pas. Selama ni dia berpeluk cium
dengan Zahid dan makan gaji buta dalam kerajaan rasuah, dia terlupa kah?
Dan jangan
buat2 lupa juga bahawa Hadi beriya-iya sokong Najib waktu dia dijatuhkan
hukuman oleh Hakim Nazlan di Mahkamah Tinggi dahulu. Berkejar dia dan lagi 3
orang kuatnya ke rumah Najib pada malam hari dia dijatuhkan hukuman untuk beri
sokongan moral. Mana dia boleh nafi dan sorok gambar lawatan dia ke rumah Najib
yang di-upload oleh Najib sendiri dalam FB-nya dan telah tular dengan meluas?
Kemudian,
dia juga telah bayar RM1.4 juta kepada Clare Brohwn dari Sarawak Report untuk
selesaikan perbicaraan mereka di luar mahkamah di UK mengenai skandal Pas
menerima wang sebanyak RM90 juta dari Najib kerana dia takut segala
tembelangnya akan terbongkar.
Dasar
penunggang agama yang hipokrit! Apa yang haram bagi orang lain adalah halal
untuk dirinya dan parti dia sahaja. Saya yakin jika Zahid bersetuju untuk
berkerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU-15, Hadi tidak akan sebut bahawa
Umno parti rasuah kerana kepentingannya terpelihara.Tapi bila dia tak dapat apa
yang dia hendak, maka lancanglah mulut dia mengutuk dan mengecam pihak yang
tidak menurut kehendaknya.
Adakah Mufti
Perlis tidak nampak serta sedar semua ini dan berkata secara tersirat bahawa
pengundi2 Muslim hendaklah memilih parti Bersatu yang dipimpin oleh Muhyiddin
dan Pas oleh Hadi yang telah terang2 menipu rakyat, merosakkan agama dan
menjahanamkan negara?
Silalah
berterus terang wahai Tuan Mufti. Tidak perlu bermain dengan kata2
kiasan yang samar.
Melayu Bermaruah dan Berfakta
Bila dah hendak masuk musim PRU, tiba-tiba hangat balik isu
perkauman dan isu agama, padahal BN dan PN kedua-duanya sudah menjadi kerajaan
selama 31 bulan. Tapi sebagai seorang yang berfikir, kita kena tahu kenapa
mereka terdesak hendak memainkan isu sebegini?
Kerana mereka tak mampu berhujah dari segi ekonomi dan masa
depan depan negara.
Yang paling pelik mereka boleh recycle balik hujah UMNO tentang
DAP pada PRU13 padahal waktu PRU13 itu PAS kata DAP lebih baik dari MCA. Lagi
hina, mereka boleh angkat pula Gerakan yang sudah terang-terang saman Kerajaan
Kelantan bab hudud; peguam yang wakil saman kerajaan Kelantan pada 2015, 2
orang sudah masuk Amanah.
Tapi bila mereka bersetongkol dengan Gerakan yang tolak Hudud,
mereka sendiri pun tolak hudud. Abu Chin pun Gerakan yang nak bawa masuk tapi
kenapa salah DAP? Yang paling pelik, menteri luar waktu ICERD di ratifikasi pun
geng mereka, tapi kenapa DAP pula yang kena getah?
Padanlah mereka tak mahu bentang RUU355, sebab mereka sendiri
sudah kenal siapa yang berpura-pura. Bab komunis lagi kelakar, yang sokong
komunis itu MCA dan UMNO, DAP tak pernah sokong komunis. DAP itu sendiri adalah
socialis demokrasi, dan idealogi socialist itu berlawan dengan komunis. Dalam
DAP ada pemimpin Melayu ( yang tak kurang pun kemelayuannya), malahan
profesional macam pakar pelembagaan Dr Aziz Bari, Peguam Syahrezan Johari,
aktivis dan YB Marina Ibrahim.
Mereka hanya mampu memainkan isu perkauman dan agama sebba
mereka ini tak reti buat kerja pun.
Contoh mereka bising bab LTTE, habis masa 31 bulan, dakwalah
balik bila ada kuasa. Macam dalam PH, kami konsistant kata 1MDB itu duit curi,
Anwar sendiri ramal dari 2011 kata 1MDB akan bagi masalah pada negara. Tahun
2016, peguam negara waktu itu kata tiada bukti wang 1MDB digelapkan.
Tapi apa PH buat bila berkuasa? Betulkan balik kerosakan yang di
lakukan. Buktikan dalam 2 mahkamah yang berbeza, yang derma Pak Arab itu adalah
khayalan semata-mata. Ingat waktu ini lebai PAS jadi tongkat pada UMNO, siap
berpuas hati dengan 1MDB. Dan kini apa yang kerisauan yang PH sebut sudah jadi
kenyataan, baki hutang 1MDB RM39 billion kena bayar sampai tahun 2039, itu tak
termasuk sukuk yang matang sebanyak USD3 billion kena bayar pada March 2023.
Judi cabutan khas pun turun dari BN 22 kali ke 8 PH, tapi bila PAS berkuasa,
naik semula jadi 22 kali. Jadi siapa khadam, siapa tuan sekarang?
Bila hendak mengundi, kita lihat track rekod pemerintahan negeri
mereka. Contoh di Penang, rakyat yang kena pindah dapat rumah teres sebiji dan
pampasan tunai RM45K. Di kelantan di bawah kerajaan PAS/PN, sudahlah kena
halau, hanya dapat RM500 sahaja. Kampung Baru lagi kelakar, UMNO hasut kata
harga tanah RM3000kps waktu PH nak offer RM1000kps, bila mereka jadi kerajaan,
yang rakyat dapat hanya RM450 kaki persegi.
Kenapa mereka tak berani compare hasil negeri? Sebab tak ada apa
yang hendak di banggakan. Air karat, sumber hasil negeri dari tebang balak,
tukar Mercedis baru, dapat duit royalti 400 juta bagi bonus 50K pada diri
sendiri, lepas tu melancong ke luar negara pakai duit anak syarikat negeri.
Yang pasti banyak Rakyat dapat waktu PH jadi kerajaan. Inflasi
kurang, harga barang yang stabil, internet murah sebab sudah pecah monopoli.
Yang sekarang ini auto-pilot, bukan kata harga telur, telur pun tak ada dekat
pasaran. Harga ayam lagilah banyak tempat yang sudah cecah RM10/kg. Gaji
minimum pun tak boleh nak laksana, inikan nak memulihkan negara.
Selain dari itu, PH juga membongkar isu yang mengugat
keselamatan negara macam Kapal LCS yang tak siap. Mat Sabu boleh sahaja makan
gaji buta tak buat apa-apa, tapi dia risau dengan amanah rakyat sebab itu dia
gesa Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan
(JKSTUPKK) untuk siasat. Ingat kapal LCS ini mula2 di canang akan berlayar pada
2017, tapi ikut PAT, hanya akan berlayar pada tahun 2026.
Itu belum masuk bab pemulihan tabung haji zaman PH yang mendapat
pujian jabatan audit negara. Yang pelik, PAS/BN beria-ria nak buat RCI konon
nak cari kesalahan PH, tapi kenapa laporan RCI yang patut selesai Julai lepas
tak di hebahkan pada umum? Takut rakyat tahu yang TH berjaya di pulihkan zaman
PH ke?
Itulah dia tuan-tuan, bila kita berhujah secara fakta kita tahu,
siapa yang sebenarnya berkerja untuk rakyat dan siapa yang makan gaji buta.
Lagi pelik ada yang bangga dia tebuk atap kerajaan PH dahulu, tanpa segan silu
mengaku. Tapi bila Allah izinkan mereka jadi kerajaan secara istidraj, satu apa
pun mereka tak boleh deliver.
Negara Malaysia ini akan berhadapan dengan zaman getir kalau
kerajaan yang di pilih salah. Masakan kestabilan akan datang kalau yang
memerintah tu dari parti penyamun, masakan rahmat akan turun kalau yang
memerintah itu dari pengkhianat dan penunggang agama. Tapi Malaysia akan jadi
baldatun toyyibatun warobbun ghofur, kalau pemimpin yang di pilih itu Qawwi dan
Amin.
Sebagai penutup, PH dari dulu sebut mereka ini dua-dua tak guna,
seorang kerja menyamun, seorang lagi tunggang agama. Bila mereka nak bersama
sebab ghanimah mereka kata ini semua penyatuan ummah. Bila dah tak dapat
ghanimah, mula tuduh penyamun dan penunggang agama balik, padahal itu apa yang
PH kata dari dulu. Tak mustahil kalau mereka tak cukup kerusi, mereka akan
bertaut kembali.
Betul kata Syeikh Said Ramadhan Al-Buuti:
"Hukumnya sama, dan dalilnya tetap sama.. yang berubah
adalah cita cita dan kepentingan mereka di dalam politik.. "
1. Sudah sampai waktunya dalam PRU ini pengundi memilih tidak
berdasarkan kaum dan sentimen agama sempit. Sudah sampai ketikanya pengundi
memilih berdasarkan merit, ketokohan calon, dan parti berwibawa untuk membina
Malaysia yang maju.
2. Parti berwibawa itu ialah parti yang pemimpinnya tidak korup,
tidak rasis, mampu menarik keyakinan pelabur, mempunyai idea, wawasan dan
semangat Malaysia, dan dapat mengangkat Malaysia di pentas antarabangsa.
3. Saya tidak mengharapkan hal ini kepada pengundi 40 tahun ke
atas kerana mereka sudah mempunyai pandangan politik yang stabil terhadap parti
yang hendak disokong. Tetapi bagi pengundi muda yang berumur 18-20 tahun, 21-29
tahun, dan 30-39 tahun, saya mempunyai harapan yang besar terhadap mereka.
4. Setakat bilangan pengundi yang diwartakan sehingga 16 Jun
2022, pengundi berumur 18-20 tahun adalah seramai 1,141,699 (5.4%), 21-29 tahun
seramai 4,974,627 (23.56%), dan 30-39 tahun seramai 4,705,278 (22.28%) daripada
jumlah pengundi seramai 21,115,934 orang.
5. Jika dicampurkan jumlah pengundi muda 18-39 tahun, peratusan
mereka ialah 51.24%. Peratusan ini tinggi dan sangat signifikan dalam
menentukan parti yang menang dalam pilihan raya nanti, sekali gus arah tuju
bangsa ini.
6. Pengundi muda ini cerdik, celik ICT, terdedah kepada media
sosial, dan peka kepada isu-isu semasa. Biarpun ramai yang menyatakan pengundi
18-20 tahun akan mengundi mengikut kecenderungan politik ibu bapa dan rakan
sebaya, mereka adalah pengundi bermaklumat. Mereka cerdik dalam menentukan apa
yang terbaik untuk negara dan masa depan mereka.
7. Saya berharap pengundi muda ini menolak politik perkauman dan
politik keagamaan yang sempit. Demi negara, saya harap mereka berani melakukan
introspeksi nasional tanpa dipisahkan oleh perbezaan kaum dan agama. Jangan
biarkan diri diperkotakkan katikkan oleh perbezaan ini oleh ahli-ahli politik.
Terima realiti kita negara majmuk.
8. Bagi saya, sikap orang politik yang memperdagangkan bangsa
dan agama setiap kali pilihan raya memalukan. Ini menggagalkan usaha untuk
membina Malaysia yang hebat sedangkan merekalah yang berdegar berjanji untuk
membina hubungan rakyat dengan rakyat yang harmoni.
9. Jika ada parti yang mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu,
sejauh manakah bangsa ini maju sekarang? Yang kita tahu setiap kali pilihan
raya, parti inilah yang menggunakan orang desa dengan sentimen etnisiti untuk
mendapat sokongan.
10. Begitu juga parti agama, saya melihat kata-kata pemimpinnya
penuh dengan sentimen dan emosi. Dan pembangunan negeri di bawah terajunya pun
tidak boleh dijadikan contoh. Pandangan politiknya banyak yang memecah belahkan
masyarakat, bukannya menyatukan.
11. Saya kali ini tegas menolak parti sebegini. Kerana bagi saya
parti yang hebat ialah parti yang komited menempatkan kepentingan negara
multietnik ini di atas kepentingan parti.
12. Saya harap anak muda juga begitu, melakukan introspeksi
nasional bagi membangunkan Malaysia yang hebat, berdaya saing, dan harmoni.
WIBAWA
Mana baik kita sokong. Mana salah kita bantah.
We give credit where credit is due.
PRU kali ini, PKR membuat langkah ke hadapan. Pemilihan calon
pilihanraya dibuka kepada orang ramai yang berminat dan dibuat secara dalam
talian.
Ada spesifikasi khusus dari segi pendidikan, kelayakan dan
pengalaman.
Ini satu perkara yang baik. Ia memecah tradisi biasa parti
politik di mana calon dipilih di kalangan cabang/ ranting. Bahagian atau
cawangan.
At the rate we are going, we don’t need too many politicians.
Dah terlampau ramai.
We are actually in dire need of leaders and governors. Mereka
yang boleh mentadbir dan merubah Malaysia. Tak semestinya politikus semata2.
Saya teruja kerana line up yang diumum ini mereka dari set
Melayu wibawa.
Hebat
belaka. Yang paling saya minat ialah Saudara Nik Omar. Saya
ikuti perkembangan politik beliau dari dulu. He has similarities and
resemblance of Tok Guru.
Saya dengar dia akan melawan seorang warlord di Perak. Saya
harap beliau menang. Suatu nafas baru buat Malaysia. Bila muka baru yang wibawa
tumbangkan warlord. Ini menunjukkan pengundi kita mula matang.
Tak sabar nak tengok line up Parti lain pula. Saya harapkan
lebih ramai calon yang terdiri daripada Towering Malaysians dan Melayu wibawa.
Bukan level air suam dan basuh koridor saja.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengumumkan tujuh individu berprofail tinggi daripada kalangan profesional, agamawan dan bekas pegawai kanan kerajaan sebagai calon atas kouta parti itu untuk mewakili PH pada PRU15 yang akan diadakan 19 November depan.
Pengumuman dibuat dalam sidang media khas di ibu pejabat PKR, petang tadi.
Mereka ialah:-
⁃ Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Zainal Azman Abu Seman, yang akan bertanding di Perak.
⁃ Bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan yang akan bertanding di Pahang.
⁃ Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) yang juga tokoh profesional kelainan upaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan.
⁃ Bekas Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang juga anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz, yang akan bertanding di Perak.
⁃ Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan Yusop yang akan bertanding di Selangor.
⁃ Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha yang akan bertanding di Negeri Sembilan.
⁃ Calon muda berusia 28 tahun yang juga seorang doktor falsafah di Universiti Malaya, Fathin Amelina Fazlie yang akan bertanding di Perlis.
Walaupun nama mereka telah diumumkan sebagai calon, kawasan mana yang ditandingi hanya akan dimaklumkan pada 28 Oktober nanti dalam satu majlis khas yang bakal diadakan di Taman Kosas, Ampang.
Dengan membawa tujuh individu tersebut secara sekaligus sebagai calon untuk mewakili PKR, ini bermakna PH telah membuka lembaran baru dengan memaparkan wajah yang lebih menarik kepada 32 juta rakyat di mana mesejnya ialah asas untuk seseorang itu dipilih sebagai calon tidak lagi terhad kepada orang parti semata-mata.
Mereka yang bertujuh ini akan melengkapkan kepelbagaian kelayakan untuk ditawarkan kepada pengundi, bukan saja untuk menjadi wakil rakyat, bahkan sebagai bakal pemegang jawatan dalam kerajaan, kiranya ditakdirkan PH memenangi PRU15, bagi sama-sama memulih dan membina semula negara ini.
Tidak sebagaimana banyak parti lain yang biasanya dan memang lumrah memilih pemegang jawatan utama dalam parti sebagai calon sehingga sanggup menangguhkan proses pemilihan kerana bimbang berlaku perpecahan, PKR sebaliknya memperlihatkan sikap keterbukaan, tidak jumud dan sedia untuk berkongsi.
Pemilihan tujuh individu berprofail tinggi ini adalah susulan daripada pendekatan PKR sebelum ini yang membuka penyertaan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menawarkan diri sebagai calon mewakili parti itu.
Difahamkan, hampir 2,000 orang telah menghantar nama beserta biodata dan kelayakan masing-masing sebagai tanda minat serta kesediaan mereka menawarkan diri berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Dengan itu, adalah diyakini melalui pemilihan tujuh individu berprofail tinggi ini sebagai calon akan merangsang lebih ramai rakyat untuk keluar mengundi dan memilih PH pada hari pengundian 19 November akan datang, terutama daripada kalangan pengundi atas pagar dan tidak berparti.
Ini kerana melalui keterbukaan yang ditunjukkan PKR itu adalah petunjuk bahawa siapa saja rakyat yang berkelayakan serta berkemampuan tidak akan dipinggirkan, malah sentiasa dicari, untuk sama-sama menyumbang untuk negara.
Tidaklah seperti amalan sebelum ini, bertanding dan menjadi calon, baik atas nama parti apa sekali pun, lebih merupakan monopoli pemegang-pemegang jawatan utama dalam parti.
Tiada jawatan dalam parti, usah mimpilah nak merasa jadi calon.
Dengan itu, berebut-rebutlah ramai orang bertanding untuk memenangi jawatan dalam parti semata-mata untuk dipilih sebagai calon, meski kadangkala tiada apa-apa yang istimewa pun kelebihan yang ada, melainkan kerana ada banyak wang yang dimiliki.
Kalau ada pun peluang sesekali terbuka, biasanya hanya seorang dua saja daripada kalangan bukan pemegang jawatan parti yang ditonjolkan sebagai calon dan tidak pernah sehingga tujuh orang sekaligus sebagaimana dilakukan PKR ini.
Jika berjaya menjadi kerajaan, pasti peluang yang sama akan dibuka dengan lebih luas lagi dalam PRU yang seterusnya.
Makanya, pada 19 November nanti, inilah peluang untuk rakyat membuat pilihan yang betul siapa yang sepatutnya jadi kerajaan agar lebih ramai mereka yang bukan pemegang jawatan parti dapat sama-sama memberi sumbangan dan bekerja berganding bahu memulih serta membina semula negara ini. – ShahbudinHusin 26/10/2022.
PERNAH DENGAR HJ HADI CERITA GAJI RAKYAT?

Masalah kehidupan rakyat Malaysia semakin berat akibat kos sara hidup melambung yang tidak dihadapi oleh banyak negara lain kerana kerajaan tidak mempunyai polisi menaikkan gaji rakyat.
Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, rakyat Malaysia amat malang kerana kerajaan yang memerintah tidak mahu memikirkan cara untuk memperbaiki kadar gaji rakyat biar pun setiap bulan harga barang meningkat.
“Keluar universiti gaji macam budak tak ada pendidikan, akhirnya kita lahirkan satu generasi yang tak yakin dengan pendidikan.
“Bayangkan kalau kita tak ubah keadaan ini dan selesaikan masalah gaji. Bagaimana bentuk masyarakat kita 10 – 15 tahun dari sekarang.
“Masalah manghimpit kita hari ini berpunca dari kerajaan yang gagal campurtangan soal penetapan gaji, supaya gaji untuk rakyat terbanyak naik tiap tahun.
“Kalau tanya kerajaan BN, mereka jawab gaji tak ada kena menega dengan kerajaan. Gaji ni antara majikan pekerja.
“Saya tahu nak paksa majikan naik gaji mampus majikan. Tetapi bagaimana negara lain fikir naik gaji tiap tahun? Gaji naik sikit sikit sampai peringkat gaji rakyat lebih tinggi daripada sedekad lalu,” katanya.
Mantan Ahli Parlimen Pandan itu turut membandingkan pasaran pekerjaan ketika ekonomi Malaysia dipuncaknya pada 1990an lalu. Beliau yang pulang dari United Kingdom (UK) dan bekerja dengan Petronas waktu itu dibayar gaji lebih RM3,000
Ketika itu, katanya nilai gaji tersebut cukup tinggi sehingga boleh memberi kereta dan rumah secara ansuran.
“Saya lulus universiti 1999, kerja di UK kemudian lepas 3 tahun balik Malaysia kerja di Petronas. Gaji saya RM 3,750. Ini 20 tahun lepas. Zaman harga barang, rumah rendah. Saya kerja 3 – 4 tahun boleh beli kereta, rumah.
“Sekarang keluar universiti jurutera kalau dapat kerja gaji RM2,500 dikira baik. Ada yang gaji RM2,000 balik luar negara. Hanya di Malaysia berlaku begini. Sebabnya kegagalan keajaan untuk memastikan dari setahun ke setahun gaji rakyat terus naik.
“Bila gaji naik, harga barang naik tak ada masalah,” kataya.
Oleh itu, tegas Rafizi amat penting kerajaan Malaysia memikirkan untuk membawa masuk pelaburan, menaiktaraf pendidikan dan sebagainya
Beliau tertanya tanya, adakah hal itu telah diperkatakan oleh pemimpin kerajaan hari ini.
“Berapa banyak parti politik bercakap mengenai gaji rakyat. Pernah dengar Hj Hadi cakap gaji rakyat?
“Hj Hadi cerita pasal ada iblis dalam PH. Dulu dia cerita pasal ayam, itik, buaya sekarang naik tinggi sikit cerita iblis. Umno BN pula, ada dengar cerita pasal gaji rakyat?
“BN orang sibuk pasal banjir, budak tak ada kerja, harga barang, mereka fikir pasal Rosmah rindu Najib. Panggil satu Malaysia perjumpaan tergempar penuh dewan, ‘kita rindu kepada Najib, dia tak dapat kopi yang dia suka’.
“Bagi saya siapa jadi menteri boleh tak kamu tolong buat kerja. Jadi menteri kerja dia merasmi kawasan, rasmi program. Ini tak membantu menyelesaikan masalah gaji rakyat.
“Saya nak tengok parti politik berlumba tawarkan kepada, kalau kami menang ini kami buat soal gaji. Kalau menang ini tokoh yang berwibawa akan bantu rakyat,” katanya.
Justeru itu, kata Rafizi, rakyat perlu memilih parti yang faham masalah sebenar negara dan tahu kaedah penyelesaiannya.
Mengundi parti yang tidak tahu hujung pangkal masalah adalah percuma, dan melelahkan rakyat untuk 5 tahun lagi.
“Sekarang yang cerita pasal gaji, kami dalam PH. 60 tahun Umno BN berkuasa, hasil berkuasa itu itu kita ada masalah. Sebab itu Umno BN dan Pas dalam tempoh kita kempen ini dia tak sentuh soal gaji, soal pendidikan.
“Dia akan ulang berkali kali kalau undi KEADILAN dan PH maka Cina, India akan ambil alih negara ini.
“Melayu ini hanya boneka kepada Cina dan India,” katanya lagi.