NI SAJA NILAI MB DARI PAS

Norshidah Md Daud


Kalau dah muka penipu

Walau x nmpk muka sebab pakai mask, tetap bau hancing 😏


Baik ati kawan dia

Keta baru beli, sanggup bg sewa kt kawan dia yg kebulur nk naik keta tu


Bape sewa tu? 

Sape bayar sewa, sendiri ke claim? 

Mana lg untung, beli atau sewa? 


Ke beli atas nama org lain sebab takut kantoi?


Kak Ani sekadar mengeruhkan keadaan



 

MUKA AHLI UMNO YANG SUNGGUH KHIANAT

 

Hamdan Taha


Di Perak ada dua ahli parlimen yang mereka di calunkan sebagai calun kerana kehendak pemimpin tapi ahli dan pemimpin bahagian amat tidak setuju tapi akhirnya akur


Selepas menang di dua kawasan ini ahli umno dan pimpinan umno bahagian di buat seperti sampah sahaja dan ke dua dua orang ini tak hairan pun pada pimpinan bahagian dan cawangan kerana mereka sentiasa mendabik dada bahawa mereka dapat jadi calun bukan kerana umno bahagian dan cawangan tapi kerana pucuk pimpinan nak aku


Dia lupa yang menangkan dia adalah ahli umno juga


Bagi pimpinan pulak memilih mereka KONONNYA mereka ini ada X faktor yang tak ada pada pimpinan umno bahagian sebenarnya pemahaman itu tak tepat pun buktinya ada calun Menteri pun kalah sedangkan ada XXXX fektor


Tapi alangkah sedihnya dua ahli parlimen ini sebenarnya tak hormat pada umno dan pimpinan umno pun,apakah buktinya ?


1. Bagan Serai ...keluar paling awal dari umno dan masuk Bersatu ( Bukan kah orang ini cukup paling tak berguna) dan padan muka kat pemimpin umno yang pilih dia dan bermatian matian kata dia ni bagus


2. Kuala Kangsar... terbukti sekarang tak ikut pun arahan parti sedangkan beliau bukan orang kuala kangsar dan bergaduh pula dengan kepimpinan bahagian bukan sekarang je tapi dari selepas menang jadi MP kerana dia merasakan dia jadi calun tampa bantuan umno tapi kerana pimpinan nak ke dia...


Ada dua lagi ahli parlimen memang mereka ahli perniagaan bukan saja dapat banyak benda dari kerajaan umno tapi sangat kaya raya,tapi apa nak kata mereka orang kaya dan mereka kata mereka kaya tampa umno bantu pun tapi kerana kepandaian mereka sendiri. Kalah sahaja Bn pru 14 mereka terus mencari jalan salahkan umno dan serang umno,pada hal mereka berdua ni adalah sebahagian dari umno itu dan mengutip kekayaan dari hasil menjual diri itu pemimpin umno..ke dua duanya sangat dekat dengan pimpinan umno dan mereka adalah sebahagian dari pemimpin umno....


1. Hamzah Zainudin

2. Bukit Gantang


Sekarang bersama Bersatu dan hari hari serang umno dan pemimpin yang bagi mereka kekayaan


Panas! Lelaki ini dedah rahsia kenapa Ismail Sabri sokong sangat Muhyiddin

 


Panas! Lelaki ini dedah rahsia kenapa Ismail Sabri sokong sangat Muhyiddin


 

TERBONGKAR..!!!
RAHSIA KENAPA ISMAIL SABRI MENYOKONG MAHIADDIN YASSIN DAN PERIKATAN NASIONAL..!!!

100 ketua bahagian Umno mahu Zahid berundur?

 Terkini! 100 ketua bahagian Umno mahu Zahid berundur?


Lebih 100 ketua bahagian UMNO di seluruh negara didakwa bersepakat untuk meminta Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur dan ‘berehat’ pada pemilihan parti akan datang.

Perkara itu didedahkan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin pada saat pucuk kepimpinan UMNO diketuai Ahmad Zahid sedang memperhebatkan gerakan untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, Ahmad Zahid selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos lalu, menegaskan parti bersetuju mengarahkan kesemua ahli Parlimen UMNO menarik sokongan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta-merta..

Bagaimanapun, Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) kemudiannya mengeluarkan surat memaklumkan badan kerajaan itu tidak mengiktiraf keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti itu selama 18 bulan, selepas 30 Jun lalu.

Jawapan terkini RoS itu secara tidak langsung menyebabkan segala keputusan MKT selepas 30 Jun turut dianggap tidak terpakai, termasuk ketetapan ahli-ahli Parlimen parti itu menarik sokongan daripada kerajaan PN serta-merta.

Mohd Fuad berkata, persepakatan ketua-ketua UMNO bahagian itu tercetus setelah pucuk kepimpinan parti diketuai Ahmad Zahid dilihat melakukan kesilapan dengan tidak mengadakan pemilihan atau menangguhkan proses pemilihan parti sebelum tamat tempoh penggal perjawatan MKT sebelum 30 Jun.

Jelas beliau, mereka juga kecewa dengan keputusan Ahmad Zahid mengarahkan ahli-ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan PN serta-merta, pada saat rakyat berdepan kesusahan akibat krisis pandemik Covid-19.

“Ketua-ketua UMNO bahagian turut berpandangan tindakan itu akan menyebabkan pemimpin UMNO dilihat tidak bertanggungjawab terhadap rakyat pada saat kerajaan PN bertungkus-lumus mendepani krisis Covid-19 yang semakin serius.

“Bagaimanapun, persepakatan lebih 100 ketua UMNO bahagian ini bukanlah satu gerakan untuk menjatuhkan Ahmad Zahid.

“Proses ini adalah proses biasa yang akan dilaksanakan melalui pemilihan parti yang perlu dilaksanakan Ahmad Zahid secepat mungkin. Tidak timbul isu kita mahu memburukkan sesiapa,” katanya kepada Sinar Premium pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohd Fuad mengakui terdapat beberapa ketua UMNO bahagian sebelum ini menyatakan pendirian meminta Ahmad Zahid untuk berundur daripada jawatan Presiden UMNO, namun suara mereka tidak didengari Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Jelas beliau, tuntutan supaya Ahmad Zahid ‘berehat’ turut bersandarkan alasan parti keramat orang Melayu itu tidak boleh dianggap gila kuasa dengan usaha menteri-menteri UMNO yang bertungkus-lumus membantu kerajaan PN untuk menangani krisis pandemik perlu dihargai.

“Kami turut mengucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan sekitar 30 ahli Parlimen UMNO serta Barisan Nasional (BN) yang dilihat mendahulukan kepentingan negara dan rakyat dengan terus kekal bersama kerajaan PN.

“Kalau ada dalam kalangan pemimpin UMNO hendak jatuhkan kerajaan PN sangat, sepatutnya mereka kena patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang sudah memperkenankan hasrat usul undi percaya Perdana Menteri di Parlimen diadakan pada bulan September ini…Tunggulah sidang Parlimen bulan hadapan,” katanya.

Seorang lagi Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah juga senada dengan Mohd Fuad yang mahu kekal bersama dalam kerajaan PN dan menumpukan kepada usaha untuk menangani isu kebajikan rakyat dan bukannya merebut kuasa.

“Pada masa sukar ini amatlah molek dan sangat bijaksana sekiranya UMNO kekal mendukung bersama-sama kerajaan PN, mengemblen buah fikiran dan tenaga bagi sama-sama membela rakyat, raja dan negara keluar daripada krisis dan musibah yang maha mencabar ini selaras dengan matlamat tersirat dan tersurat perjuangan UMNO itu sendiri iaitu demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya dalam satu kenyataan.

Zakaria turut menyokong tindakan kira-kira 30 Ahli Parlimen BN yang membuat pendirian untuk kekal menyokong kerajaan PN.

“Malah pada hemat saya selaku pemimpin daripada strata rakyat di peringkat bahagian UMNO, sepatutnya seluruh jajaran kepimpinan UMNO mengambil pendirian dan ketetapan seperti mana yang ditunjukkan oleh 30 orang Ahli Parlimen tersebut.

“Ini kerana ketetapan dan pendirian mereka adalah secara jelas, terang dan bersuluh sangat sinonim dengan asas dan tujuan penubuhan UMNO. Semangat pembentukan UMNO adalah untuk membela rakyat, agama dan tanah air,” katanya lagi.

Untuk rekod, terdapat 66,287 mesyuarat dan pemilihan yang perlu diadakan membabitkan kehadiran seramai 3.3 juta ahli UMNO iaitu pada peringkat cawangan sebanyak 21,135 mesyuarat; Wanita (21,058 mesyuarat); Pemuda (15,496 mesyuarat); dan Puteri (8,598 mesyuarat).

Terdapat juga 764 persidangan perwakilan bahagian yang terdiri daripada 191 persidangan untuk setiap empat peringkat di UMNO bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri yang semuanya mesti dijalankan secara serentak.

Sumber | SH

KALAU ADA AKAL FIKIRLAH, JANGAN GUNA NAFSU MEMBENCI. HITAM HATI MEMBAWA RUGI!

 

KAK IDA ABDULLAH


Selepas Anwar Ibrahim berjaya mengurus Kewangan dan Ekonomi Malaysia dan mendapat keuntungan,Anwar Ibrahim mulai membayar hutang luar Malaysia sebanyak RM10 Bilion setiap tahun dan Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan #PERTAMA Malaysia membayar hutang luar.

Selepasnya semua tambah hutang adalah... Sembang la... Fitnah dah rosak negara, jadikan budaya la...

 

May be an image of 5 people and people smiling

LIVE !! WFAUZDIN NS - Jelas siapa yang mahu Umno berkubur, bukan Anwar, ...

3 MP DAP DEDAH DITAWAR JAWATAN DAN WANG

 


HAMZAH RIE NA


Retorik politik UMPAS dahulu ingat Tak apa dia? Dap nak jajah negara, DAP komunis, DAP akan tindas orang Melayu!

Ehhhh sekarang kerajaan kudeta melayooo, nak beli MP-MP DAP pula? Nampak tak mainan politik mereka utk kekal berkuasa dan terus 'kenyang'.

Memang memalukan kerajaan kudeta tebuk atap yang gagal ini.



May be an image of text that says "3 PANAS Ahli Parlimen DAP 'dedah', kerajaan PN tawar wang, jawatan"


Tauke mengaku ditahan polis untuk bantu siasatan kes pemerdagangan manusia Astro Awani

 Tauke mengaku ditahan polis untuk bantu siasatan kes pemerdagangan manusia


Pelawak terkenal, Tauke mengaku ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan polis berkaitan kes pemerdagangan manusia. - Gambar/ Facebook
KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Tauke mengaku ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks baru-baru ini.
Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 45, berkata dia telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa susulan kes berkenaan.
Namun, dia menafikan menjadi 'bapa ayam' atau mempunyai kaitan dengan aktiviti berkenaan.
“Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telahpun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” jelas Tauke yang membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya yang diulang siar isterinya, Nadia Mohd Effendi pada Sabtu.
BACA: 'Mulut orang kita tak boleh nak tahan' - Tauke terkilan nama dikait kes pemerdagangan manusia
BACA: Pelawak terkenal ditahan kes pemerdagangan manusia
Sebelum ini, Tauke dikatakan terkilan apabila namanya dikaitkan dengan kes pemerdangangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah.
Media melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.
Pelawak lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya.
Sehubungan itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.


[[LIVE]] 7.8.2021 Perpecahan UMNO - siapa bakal tumbang? atau sekadar sa...

isu semasa

Pemuda ini kata Pas dah ketepikan prinsip, kini nak balas dendam?

 

Pemuda ini kata Pas dah ketepikan prinsip, kini nak balas dendam?


 

Apa yang BERSATU/PN buat sekarang kepada UMNO sebijik cara UMNO mengenakan PAS & Pakatan Rakyat waktu sama sama jadi Pembangkang dulu.

*Sekarang PAS boleh gadai prinsip mereka dulu, bersama-sama BERSATU zalimi UMNO balik.*

Mereka pernah dizalimi, ditindas dan ditikam oleh Umno berkali-kali.

Tak sangka bila mereka berkuasa, mereka PEJAM MATA shja apa yang PN buat pada UMNO.

Agaknya mereka nak kata PADAM MUKA?

Tapi di mana sikap dan prinsip mereka dulu? Islam tak ajar macam tu

Sumber: https://www.facebook.com/10




Mujahid kata pelantikan Peja sebagai penasihat PM bazirkan duit rakyat


Panas! Mujahid kata pelantikan Peja sebagai penasihat PM bazirkan duit rakyat


Pemimpin pembangkang melihat pelantikan Ahmad Faizal Azumu sebagai penasihat khas perdana menteri sebagai habuan kepadanya untuk terus menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, tiada keperluan mendesak untuk Muhyiddin melantik seorang penasihat bertaraf menteri.

“Yang boleh difikirkan hanya ini satu lagi politik beri habuan untuk pelihara sokongan kepada perdana menteri.

“Pelantikan ini tiada kena mengena dengan kepentingan rakyat yang sedang bergelut dek pandemik Covid-19, hilang kerja dan hilang pendapatan,” katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Faizal sebagai penasihat khas PM kelmarin.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu  akan bertanggungjawab menasihati Muhyiddin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.

Pelantikan itu dibuat selepas Muhyiddin berjanji akan membawa usul undi percaya pada sidang parlimen yang dijadualkan bulan depan, susulan tekanan terus menerus berhubung keabsahan jawatannya sebagai perdana menteri.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Mujahid Yusof turut mempertikaikan pelantikan tersebut dengan menyifatkannya sebagai pembaziran duit rakyat.

Mujahid yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, tindakan tersebut merupakan “penyambung nyawa” Muhyiddin untuk terus kekal sebagai perdana menteri.

“Saya tidak faham kenapa Muhyiddin begitu meminati memberi jawatan jawatan yang tak bermanfaat kepada seseorang.

“Adakah kerana Muhyiddin diugut dan cara mendiamkan ialah dengan memberi jawatan? Ini adalah pembaziran duit rakyat dan cara perdana menteri menyambung ‘nyawanya’ dengan cara memberi jawatan,” katanya.

Bahan jenaka, memalukan

Ketua Pemuda DAP Howard Lee pula berkata pelantikan tersebut merupakan cerminan kepada kegagalan kerajaan Perikatan Nasional kerana masih memerlukan tambahan jawatan walaupun mempunyai jumlah menteri dan timbalan menteri yang banyak.

“Kenapa tidak terus dilantik menteri? Adakah kerana Muhyiddin tahu ia tidak akan diperkenankan?

“Perdana menteri bertarung nyawa politiknya hendak memberi habuan kepada timbalan presiden partinya?

“Seorang ketua kerajaan negeri yang hilang majoriti diupah menasihati perdana menteri yang diragui majoritinya semenjak pelantikannya. Bahan jenaka yang memalukan negara,” kata Adun Pasir Panji itu.

Sementara itu, bekas perdana menteri Najib Razak turut mengambil peluang menyindir pelantikan tersebut dengan membangkitkan insiden Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat di Perak dalam undian percaya pada Disember lalu, sehingga hilang jawatan sebagai menteri besar Perak.

“Baru saya faham kenapa PM8 (Muhyiddin) tiba-tiba berani buat undi percaya dalam parlimen.

“Rupanya yang hilang majoriti sudah diberi nasihat baik dari yang hilang majoriti,” kata Najib menerusi hantaran di Facebooknya kelmarin.

(LIVE) Mahfuz Omar & Ridzwan Abu Bakar: Malaysia "Negara Kartun"

KELIRUKAN AGONG DERHAKA TERTINGGI

KAH..KAH...KAH.....TAK PAYAH MUHYIDDIN ..AKU PUN BOLEH KALAU AKU PEGANG DUIT.....SEMUA RAKYAT MALAYSIA TAHU SIAPA DALAM UMNO.....

 


Panas! Pemimpin Bersatu dakwa Muhyiddin ada cara nak jinakkan Umno

 
Pemimpin Bersatu dakwa Muhyiddin ada cara nak jinakkan Umno


Berpengalaman politik lebih 40 tahun menjadi senjata bagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin “menjinakkan” Umno, kata Pengerusi Bersatu Sarawak Jaziri Alkaf A Suffian.

Katanya, Muhyiddin bukanlah seorang ahli politik yang senang dibuli, selain beliau mempunyai kredibiliti menguruskan serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“PM sendiri telah mengumumkan yang beliau tidak mahu mencampuri urusan mahkamah, itu jelas dan saya sangat kagum dengan prinsip pendiriannya. Maka, tindakan yang dipilih oleh PM bahawa biarlah Parlimen menyelesaikan masalah politik ini melalui undi percaya pada Sept depan adalah pilihan sangat tepat.

“Penyelesaian oleh Tan Sri Muhyiddin ini adalah sebagai seorang ‘gentleman’ yang tidak mahu mengheret pihak lain terutama rakyat dalam kemelut ini,” katanya kepada FMT.

Ketika ditanya berkenaan sokongan Umno diperlukan pada pilihan raya umum akan datang, Jaziri berkata, kematangan politik dan politik khidmat demi rakyat perlu menjadi asas ketika ini dan pada masa depan, bukan lagi hanya laungan retorik semata-mata.

“Saya sangat percaya pada ‘politics of service’ (politik khidmat) yang mana khidmat kita adalah untuk rakyat.

“Namun, saya berpandangan untuk PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) kita perlu menang bersama. Ini kerana proses pemulihan semua sektor sama ada ekonomi, sosial dan pendidikan perlu dilakukan secara bersama,” katanya.

Beliau turut menghargai dokongan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri dan Ahli Parlimen Umno yang tetap teguh bersama perdana menteri walaupun mereka mungkin berhadapan tekanan daripada parti sendiri.

Katanya, peletakan jawatan Shamsul Anuar Nasarah sebagai menteri tenaga dan sumber asli, disusuli Noraini Ahmad sebagai menteri pengajian tinggi, disifatkan sebagai pilihan peribadi.

“Banyak agensi kerajaan, penjawat awam, pensyarah mahupun pelajar terjejas akibat tindakan ini. Mereka melihat kepada kepimpinan menteri membantu selesaikan atau meminimumkan kemelut dalam kementerian akibat Covid-19 ini.

“Maka, jika menteri meninggalkan kementerian ia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang akhirnya mampu menjejaskan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sudah dirancang,” katanya.

Ahli parlimen Dap dakwa ditawar RM30 juta dan jawatan menteri

 


Panas! Ahli parlimen Dap dakwa ditawar RM30 juta dan jawatan menteri


Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat individu tidak dikenali cuba menyogoknya menyokong Perikatan Nasional (PN) dengan menawarkan habuan wang tunai bernilai RM30 juta serta dilantik menteri.

Kulasegaran berkata, individu berkenaan bertindak menghantar dua mesej melalui WhatsApp menerusi Setiausaha Sulitnya, Jeremy Chuah.

“Kandungan kedua-dua mesej berkenaan adalah mengenai tawaran posisi menteri, wang, peruntukan penuh kepada konstituensi Ipoh Barat dan lain-lain insentif.

“Ini sangat jelas membuktikan bahawa perbuatan ini mengandungi unsur rasuah untuk ‘membeli’ Ahli Parlimen Ipoh Barat,” katanya ketika hadir untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini, hari ini.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu berkata, individu terbabit sudah beberapa kali cuba menghubunginya dan juga Setiausaha Sulitnya itu namun tidak dilayan sehingga individu berkenaan dikatakan bertindak mahu bertemu empat mata hari ini.

“Kita ini dipilih rakyat, maka rakyatlah yang membuat keputusan dan kita di sini sebagai wakil rakyat bukan untuk dijual beli.

“Malah, kita percaya penuh bahawa dalam DAP kesemua 42 Ahli Parlimen yang sebelum ini berada dalam kerajaan dan ketika ini menjadi pembangkang tidak pernah lari dan akan berkhidmat untuk rakyat.

“Jadi, kita tidak perlu semua ganjaran ini dan kita akan kekal pada posisi ini sehinggalah mungkin nanti kita akan dilantik semula sebagai kerajaan,” katanya.

Katanya, pihaknya berharap polis membuat penyiasatan penuh terhadap kes berkenaan kerana ia adalah satu kesalahan yang besar.

DEMI MENYONDOL UNTUK JAWATAN, PAS JADI BATU API

 


Panas! Pas puji ahli parlimen Umno langgar arahan parti


Panas! Pas puji ahli parlimen Umno langgar arahan parti

PAS berkata peletakan jawatan mana-mana menteri Umno hanya akan mengganggu proses pemulihan negara.

Memuji tindakan ahli parlimen Umno yang terus kekal memegang jawatan masing-masing dan pada masa mengabaikan arahan pimpinan parti, PAS berkata langkah tersebut membuktikan menteri terbabit memberikan tumpuan untuk menstabilkan politik dan ekonomi negara sambil memerangai Covid-19.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menambah parti itu mengucapkan terima kasih kepada semua ahli parlimen Umno yang kekal memberikan sokongan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

“Kita sedia maklum sekurang-kurangnya tiga ahli Parlimen Umno iaitu Ismail Sabri Yaakob (Timbalan Perdana Menteri), Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) sedang menggalas tugasan penting dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Sekiranya berlaku peletakan jawatan, maka proses pemulihan negara akan terganggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Umno kini berdepan dengan penentangan sesetengah ahli parlimen parti itu apabila meneruskan sokongan masing-masing kepada Muhyddin dan Perikatan Nasional (PN) di sebalik arahan agar mereka meletak jawatan.

Setakat ini hanya dua daripada sembilan menteri Umno yang melepaskan jawatan mereka daripada kabinet kerana mengikut arahan parti iaitu Shamsul Anuar Nasarah dan Noraini Ahmad.

Semalam Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob bersama pemimpin kanan BN menyatakan mereka akan terus berkhidmat dalam kabinet Muhyiddin dan sebarang usaha menjatuhkan Muhyiddin mestilah melalui parlimen.

Ismail Sabri yang dilantik menjadi timbalan perdana menteri baru-baru ini juga menganggap usaha mengetepikan Muhyiddin di luar parlimen sebagai menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong.

Tidak seperti ahli parlimen Umno yang memberikan sokongan kepada Muhyiddin atas kapasiti peribadi, PAS pula kini adalah parti komponen kepada PN di sebalik piagam yang dimeterai bersama Umno sebelum ini.

Tuan Ibrahim berkata PAS menyeru agar ahli parlimen lain untuk bersama dan bersatu padu menyokong PPN yang diperkenalkan Muhyiddin.

“Keadaan sekarang bukan masa untuk berpecah belah,” katanya.


Aliran teguh bersetiakawan bersama Sarajun Hoda

 

SARAJUN HODA ADALAH AHLI  DAN BEKAS EXCO ALIRAN



Aliran kecewa dengan tindakan undang-undang yang diambil ke atas bekas ahli jawatankuasa eksekutif kami, Sarajun Hoda Abdul Hassan, yang juga pernah berkhidmat sebagai timbalan pengerusi Bersih.

Kami mengambil serius perkara ini melibatkan penyiaran kandungan Facebook oleh Sarajun pada tengah malam pada 26 April dan kemudiannya diturunkan pada keesokan paginya, ketika rakyat Malaysia sedang fokus akan beberapa perkara sejak beberapa hari yang lalu.

Antaranya beberapa peristiwa melibatkan hartal doktor kontrak, perhimpunan protes #Lawan digerakkan anak muda di Kuala Lumpur serta penggunaan kuasa melampau polis menutup jalanraya ke Parlimen – di atas arahan pemimpin Perikatan Nasional – sekaligus menghalang 107 Ahli Parlimen dari menjalankan tanggungjawab sebagai wakil yang diundi rakyat.

Juga berikutan tindakan kurang berkesan pentadbiran PN di dalam membendung Covid yang sekaligus mengakibatkan bilangan kematian meningkat serta kes positif yang menaik.

Jika pun status Facebook dibuat Sarajun boleh dikira kasar, beliau kemudian memadamnya dalam beberapa jam. Dapat dibayangkan hanya segelintir orang yang dapat melihat hantarannya yang asal. Sebenarnya, apa yang kemudiannya disebarkan adalah komen seseorang tentang hantaran Sarajun dan ia disalah tanggap kepada yang lain, mengakibatkan hantaran ini kemudiannya dilaporkan kepada polis.

Tidak dapat disangkal, tindakan undang-undang terhadap Sarajun Hoda, seperti penahanan aktivis lainnya sekarang, adalah percubaan untuk mengalihkan perhatian dari kegagalan pemimpin PN, proses parlimen yang dipinda sesuka hati serta pergulatan besar yang dilakukan mereka.

Ingatan kami bersama dengan Sarajun ketika tempoh yang mencabar ini. Kami merasakan tindakan perundangan ini adalah pencabulan kepada keadilan. Tiada keperluan untuk Sarajun digari selama enam jam ketika dalam tahanan. Apatah lagi meminta beliau untuk menyerahkan pasport dan melaporkan pada pihak berkuasa setiap bulan untuk enam bulan seterusnya.

Sarajun ke Taiping sendiri bagi mendengar perbicaraan seperti yang diminta. Apatah lagi, beliau hanya berkongsi komen di dalam Facebooknya sendiri, yang kemudiannya dipadam dalam masa beberapa jam.

Aliran bersetiakwan bersama Sarajun. Kami pasti Sarajun tidak akan membiarkan layanan sebegini membungkam semangatnya yang bergelora bagi memperjuang keadilan.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
3 Ogos 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

UMNO MAKIN KELIRU DENGAN PARTI SENDIRI

 


MKT Umno ada kuasa mutlak tangguh pemilihan parti, kata Ahmad Maslan



Ahmad Maslan berkata beliau berharap penjelasan itu menyelesaikan polemik antara Umno dan JPPM.

PETALING JAYA: Peguam Umno berpandangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mempunyai kuasa mutlak untuk menangguhkan pemilihan Umno selama 18 bulan seperti pemakluman dibuat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM).

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, ini selaras dengan Fasal 10.16 Perlembagaan Umno.

“Keputusan mesyuarat MKT pada 7 Julai 2021 yang dimaklumkan kepada JPPM melalui surat Umno bertarikh 30 Julai 2021 hanyalah untuk mengesahkan keputusan yang dibuat melalui resolusi pekeliling pada 18 Jun 2021.

“Pentafsiran yang diberikan oleh peguam cara Umno terhadap Fasal 10.16 Perlembagaan Umno dengan jelas menyatakan bahawa penangguhan pemilihan Umno adalah kuasa mutlak MKT. Oleh sebab itu, Umno hanya perlu memaklumkan kepada pihak JPPM,” katanya ketika sidang media khas menjelaskan isu penangguhan pemilihan parti antara Umno dengan JPPM.

Ahmad turut memaklumkan, isu yang dibangkitkan JPPM dalam surat bertarikh 6 Ogos 2021, bahawa tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021, tidak lagi berbangkit.

Semalam Ketua Pengarah JPPM Jasri Kasim dilaporkan berkata, keputusan MKT Umno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah kerana dibuat selepas tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.

Sehubungan itu, Jasri meminta Umno membuat permohonan penangguhan mesyuarat agung atau pemilihan, dengan mengemukakan cadangan tarikh kepada JPPM dalam tempoh terdekat.

Ahmad Maslan turut memaklumkan berdasarkan kronologi, MKT Umno mula memutuskan penangguhan pemilihan parti tahun ini pada 19 Februari lalu, sebelum merujuknya kepada ROS, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) antara 27 April dan 24 Mei.

Katanya, MKT secara bersemuka pada 25 April 2021 di Aras 39, Menara Dato Onn, membuat keputusan untuk merujuk kepada JPPM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapatkan pandangan berhubung mengadakan mesyuarat dan pemilihan parti dalam suasana pandemik Covid-19 di Malaysia.

Pada 18 Jun lalu, 52 daripada 56 ahli MKT Umno secara resolusi edaran bersetuju menangguhkan pemilihan parti kerana tidak pernah melaksanakannya secara maya.

“Pihak JPPM juga telah memperakui penerimaan surat Umno bertarikh 24 Jun 2021 melalui surat ROS bertarikh 19 Julai 2021 yang antara lain menyatakan bahawa JPPM tiada halangan terhadap penangguhan pemilihan parti Umno.

“Keputusan ini mematuhi Fasal 10.16 Perlembagaan Umno.”

Ahmad Maslan berkata, beliau berharap penjelasan berkenaan dapat menyelesaikan polemik antara Umno dan JPPM.

SULTAN BUKAN TUHAN Tamrin Tun Ghafar (ULANGSIAR DI BLOG BELIAU)

 

SULTAN  BUKAN  TUHAN

 

Tamrin Tun Ghafar

Isnin 05/03/18

(1-36)

 

1. “Jika you batalkan juga  pindaan ini , saya akan tentang you habis-habisan. You tahu kan negara ini hak siapa . Yes, hak rakyat , bukan hak mereka. 

 

2. “Mereka ini kena patuh Perlembagaan dan undang-undang . Mereka bukan Raja Mutlak  saperti  Raja-Raja Arab . Rakyat yang meletakkan mereka di situ”.

 

3. Saya tersentak melihat wajah serius dan kata-kata tegas ayah saya, Pak Ghafar ( arwah  Tun )  apabila Dr. Mahathir ( Tun ) menelefon beliau memaklumkan hasratnya tidak mahu meneruskan cadangan meminda Perlembagaan Negara berhubung kuasa Raja-Raja.

 

4. Ketika itu Pak Ghafar ialah Pengerusi Kompleks Kewangan yang juga salah seorang Naib Presiden UMNO.

 

5. Pak Ghafar minta saya rahsiakan perkara ini kerana tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap Dr. Mahathir.

 

6. Arwah pernah juga memberitahu saya sebab-sebab beliau enggan menerima Bintang-Bintang Kebesaran atas alasan beliau tidak mahu tangan beliau terikat andainya jika berlaku pertikian diantara rakyat dengan Raja.

Katanya lagi mungkin satu hari nanti  anak-anak Raja yang tak senang dengan kita , mereka akan sewenang-wenangnya tarik balik pingat yang diberi oleh bapa mereka kepada kita  . Lagi pun, sambung beliau, itu semua (Pingat dan Gelaran) bukan boleh membantu  kita di dalam kubur nanti.

 

7. Ayahanda Tun Ghafar  meninggal pada 23hb April 2006 pada umur 81 tahun. ALFATIHAH.

 

8. Rahsia ini terpaksa saya kongsikan bersama kerana kebelakangan ini saya lihat ada di kalangan Raja-Raja sama ada mungkin terlupa atau tidak tahu punca mengapa dua kali Perlembagaan Negara  TERPAKSA  dipinda, justeri mereka terus berdendam dan menyalahkan Tun Dr. Mahathir seolah-olah  beliau sesuka hati dan beria-ia sangat yang mahu kedua dua Perkara dalam Perlembagaan itu dipinda.

 

9. Perlu saya berterus terang selepas meninggalkan UMNO dan PAS dan Deklarasi Rakyat yang dipimpin sendiri oleh Tun Mahathir, saya tidak lagi menganggotai mana-mana parti politik mahu pun NGO.

Perkara ini pernah saya maklumkan juga kepada YAB Datuk Seri Najib sendiri.

 

10. Saya lebih senang begini, memberi pandangan dan teguran2 secara bebas.

 

11. Terserahlah kepada sesiapa membuat andaian dan interpretasi terhadap tulisan-tulisan saya.

 

Kita semua bukan maksum. Tegur menegur dan ingat mengingat adalah amalan baik yang dituntut oleh agama.

 

12. Niat saya hanya

mahu melihat negara kita terus maju dan dihormati oleh dunia dan rakyat hidup aman damai tanpa kira kaum dan agama.

 

13. Setelah berbincang beberapa kali, akhirnya pada 1hb Ogos 1983, Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu telah membentangkan usul meminda Perkara 66 Perlembagaan Negara.

 

14. Walaupun Parlimen telah meluluskan Pindaan tersebut tetapi Raja-Raja masih enggan memberi persetujuan kerana mengikut Perkara 38 ( 4 ) 2  Raja-Raja MESTI   bersetuju dengan mana-mana pindaan Perlembagaan yang ada kaitan dengan kedudukan mereka.

 

 

15. Rakyat jelata mula marah diatas keenganan Raja-Raja memberi persetujuan. Perhimpunan demi perhimpunan membantah sikap Raja-Raja telah diadakan.

 

16. Segala rahsia dan kelemahan Raja-Raja dan keluarga mereka ditelanjangkan. Terdapat juga suara-suara dan cadangan yang ekstrim  disuarakan. Itulah perasaan rakyat terhadap Raja-Raja ketika itu.

 

17. Di sini Dr.Mahathir telah berjaya mententeramkan   keadaan, jika tidak, mungkin  hari ini tidak ada lagi Raja-Raja seperti yang pernah berlaku pada  Negeri  Melaka sejak tahun 1699 iaitu kira-kira  320 tahun dahulu atau yang pernah berlaku di negara-negara Eropah suatu masa dulu.

 

18. Bagi mengatasi kemelut itu, Majlis Tertinggi UMNO telah melantik Pak Ghafar mengetuai rombongan UMNO bagi berbincang dengan kesemua Raja-Raja. Ia berlangsung di Istana Kayangan , Selangor. Turut dalam rombongan itu ialah Datuk Harun Idris ( bekas MB Selangor ), Datuk Kamaruddin Md. Isa ( bekas MB Perak ), Datuk Mustapha Jabar ( Setiausaha Agung ) dan Puan Marina Yusoff.

 

Raja-Raja pula dibantu oleh Raja Aziz Addrause, seorang pakar undang-undang yang terkenal.

 

19. Akhirnya mereka (Raja-Raj dan peguam  mereka) bersetuju dengan hujah Pak Ghafar bahawa TIDAK ADA terdapat mana-mana perkara  dalam Perlembagaan yang mengatakan Raja-Raja  berhak atau punyai kuasa menolak mana-mana Bill yang diluluskan oleh Parlimen, justeru  mereka ( Raja2 ) BERSETUJU dengan Pindaan Perkara 66 Perlembagaan itu.

 

20. TIDAK  ADA  RAJA  JIKA  TIDAK  ADA  RAKYAT kerana  rakyatlah

yang mengangkat seseorang itu menjadi Raja.

 

21. Saya pernah dengar  cakap-cakap  kononnya  ada terdapat  amalan di mana Raja-Raja  perlu meneliti dan meluluskan senarai calon dari parti memerintah sama ada sipolan-sipolan itu boleh bertanding atau sebaliknya . Begitu juga kononnya sama ada sesorang itu boleh dilantik sebagai EXCO  atau tidak turut ditentukan oleh  Raja berkenaan.

 

Semua amalan ini termasuk meminta mana-nana parti yang telah mendapat kepercayaan dan mandat rakyat menghantar 3 nama kepada Raja untuk dipilih sebagai Menteri Besar dan cakap-cakap kononnya ada Raja  yang TIDAK  AKAN melantik sipolan-sipolan sebagai Ketua Pentadbir Kerajaan jika parti  yang menang tidak digemarinya - ini semua adalah amalan yang terang-terang bertentangan dengan Perlembagaan dan Undang-Undang negara.

 

22. Jika amalan ini berterusan , maka Pilihanraya adalah sia-sia sahaja. Lebih baik Raja lantik sahaja sesiapa yang mereka suka sebagai Bendahara ( Ketua Kerajaan ) sepertimana yang pernah dilakukan oleh Raja-Raja di zaman Kesultanan Melaka dahulu.

 

23. Lagi pun cuba bayangkan di mana Raja-Raja nak letakan diri jika sekiranya parti yang mereka tak minat itu mendapat sokongan majoriti rakyat bagi mentadbir Negara atau Negeri.

 

24. Pindaan Perlembagaan kedua berlaku apabila seorang rakyat biasa, Douglas  Gomez  dipukul dengan teruk oleh Sultan Mahmod Iskandar dari Johor. Insiden ini berlaku di Istana Johor pada 30hb November 1992.

 

25. Usul yang dibawa oleh Pak Ghafar dan diluluskan  pada  10hb Disember 1992  adalah bagi mewujudkan Mahkamah Khas untuk membicarakan mana-mana Raja yang melanggar Perlembagaan dan Undang-Undang. Jika didapati bersalah, hukuman keatasnya adalah mengikut undang-undang yang sedia ada.

 

26. Ekoran penubuhan Mahkamah Khas itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah adalah Raja yang pertama sekali diheret ke Mahkmah. Ia berlaku pada 1995.

 

27. Adalah  tidak ruginya jika sekiranya Raja-Raja membincangkan sesama sendiri perkara-perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Negara.

 

28. Raja-Raja mestilah menunjukkan contoh dan teladan yang baik yang boleh diikuti oleh rakyat jelata.

 

29. Anak ketam tidak akan dapat berlari betul selagi bapa ketam tidak berjalan betul terlebih dahulu.

 

30. Jika sekiranya mana-mana Raja merasakan mereka boleh berkhidmat lebih hebat untuk rakyat, maka jalan yang sebaik-baiknya  ialah mereka turun takhta dan bertanding dalam pilihanraya.

 

31. Saya masih teringat kata-kata Sultan Mahmod Iskandar  dari Johor yang berbunyi -

"AKU  BUKAN  TUHAN  YANG  PATUT  DISEMBAH"

 

32. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan fakta dalam tulisan ini.

 

33. Tulisan ini akan saya serahkan kepada Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam masa terdekat ini.

 

34. Saya bertanggungjawab di atas tulisan ini.

 

35. HAK  MENGUNDI  IALAH  HAK  RAKYAT.

 

36. Mohon dikongsikan kepada mereka yang cintakan sistem Raja Berperlembagaan seperti yang kita amalkan sekarang.

 

Terima Kasih.