G25 ‘TIDAK SEBULU’ DENGAN DR M, MUHYIDDIN

HUSAM: ‘SAYA BERUBAH ATAU PAS YANG BERUBAH?’

AMANAH GENERASI KEDUA POLITIK ISLAM MALAYSIA – DR DZUL

DAP TANDING 8 KERUSI DI SELANGOR ELAK JATUH KE TANGAN BN

GAMBAR DAN VIDEO TERKINI DSAI








VIDEO PENDEDAHAN PANAS DATO HUSAM MUSA




Sidang Media YB Dato' Hj. Husam Musa Mengenai Lebuh Raya Rakyat





Perbahasan Bajet Kelantan 2015 oleh YB Dato' Hj Husam Musa






[LIVE TERTUNDA][051115] Tanda-tanda Kiamat "Siri 4" - Ust Abdullah Khairi



Sentimen pengguna negatif: Ekonomi Malaysia sedang gawat







Sentimen pengguna negatif: Ekonomi Malaysia sedang gawat

Sentimen pengguna negatif: Ekonomi Malaysia sedang gawat


Sebuah akhbar Bahasa Inggeris tempatan bertarikh 4 November 2015 dalam satu laporan bertajuk ‘Consumer confidence down’ melaporkan, satu tinjauan 541 orang warga pengguna telah menunjukkan bahawa setiap 9 orang dari 10 orang yang diwawancara berpendapat Malaysia sedang mengalami kegawatan ekonomi.
Tinjauan itu dilakukan oleh Nielsen Malaysia, sebuah organisasi yang terkenal dalam bidang tinjauan rakyat untuk pelbagai topik terutamanya topik sentimen rakyat terhadap keadaan ekonomi.
Sentimen keyakinan pengguna di Malaysia diberitakan telah jatuh dari 89 mata pada suku tahun yang kedua (April 2015-Jun 2015) ke 78 mata untuk suku tahun yang ketiga (Julai 2015-September 2015).
Sentimen pengguna di bawah paras 100 mata bererti kurang memberangsangkan iaitu sentimen yang pesimis atau negatif. Ini dibandingkan dengan sentimen pengguna di Filipina yang berada pada paras 117 mata; Indonesia 116 mata; Thailand 111 mata dan Vietnam 105 mata.

Hal ini menunjukkan bahawa sentimen pengguna Malaysia boleh dikatakan amat negatif jika dibandingkan dengan lain-lain negara di rantau ASEAN.

Ramai orang yang ditinjau kini berasa bimbang perihal isu ekonomi diikuti dengan kestabilan politik dan kestabilan kerjaya peribadi. Mereka yang bimbang mengenai situasi eokonomi ialah peratusan yang besar sekali iaitu 61%.

Pengurus bagi Nielsen Malaysia, Richard Hall berkata bahawa kejatuhan nilai matawang ringgit telah menyebabkan rakyat merasa bimbang terhadap kesihatan ekonomi negara.

Justeru itu, tidak boleh dinafikan lagi bahawa rakyat Malaysia sudah hilang keyakinan terhadap masa depan mereka selaras dengan masa depan negara.

Seterusnya, apakah langkah yang akan diambil oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk memulihkan keyakinan rakyat dan para pengguna?



Rafizi sotong kering, Umno bongkak, bacul’

HUSAM TIBAI LEBAI DERIS





Idris Penyokong Gaji Wakil Rakyat Mesti Besar?

Sinar Online menyiarkan ingatan YB Idris Ahmad kepada saya berkait kenaikan gaji MB/TMB dan Adun Kelantan.

Tak sangka beliau juga seorang yang melucukan dan sangat pro kenaikan gaji wakil rakyat.

Dasar kesederhanaan pemimpin yang dianjurkan oleh Pas nampaknya dah sirna belum sepenggal bergelar YB.

'Gaji wakil rakyat besar, senanglah rakyat' - itu logik YB Bukit Gantang.

Ya kah begitu? 

Ada sesetengah wakil rakyat, pintu pagar rumahnya pada kebanyakan masa berkunci.

Bila gaji sudah naik, pintunya akan terbuka?

Berbalik isu di Kelantan, adakah 'timing' dan 'keadaan' sekarang sesuai?

Adakah semua rumah rakyat dihanyut bah sudah terbina?

YB Idris meminta saya menyemak data mengenainya.
Siapa yang perlu menyemak? Saya atau Idris?

Sebagai Ahli Parlimen, dia patut tahu laporan menunjukkan masih banyak yang belum siap.

Tunggakan guru YIK belum berbayar sejak 16 bulan.

Bayaran pencarum Kifalah juga tertunggak. 

Peserta Ladang Rakyat belum menerima dividen. Dikhabarkan, mereka akan dibayar setakat sepuluh bulan sahaja bagi tahun ini.

Masih ada masa gaji Adun disemak. Bukan tak boleh semak.
Bulan Mac depan, Dun Kelantan akan bersidang lagi. 

Saya percaya, masa itu sebahagian besar isu yang saya bangkitkan di atas telah diselesaikan.

Lima bulan sahaja untuk bersabar berbanding sudah sepuluh bulan lebih rakyat dilanda bah menunggu.

Itulah pengorbanan, kalau pun hendak dikira sebagai berkorban.
Dengan itu, imej pejuang Islam di mata rakyat tidak rosak. 

Kewajipan langsung kerajaan kepada rakyat, seingat saya Pas mengajarnya, lebih utama untuk diutamakan.

Sudah selesai kewajipan langsung yang lebih utama, jika kemampuan kewangan mengizinkan, tidak ada salahnya keperluan terkini wakil rakyat disemak.

Mempertimbangkan 'timing' dan 'keadaan semasa' akan membolehkan wakil rakyat dipilih semula dan menikmati elaun yang telah dibesarkan itu. Jika tidak, mereka hanya akan menerima pencen saja....

Husam Musa
23 Muharam 1437
5 November 2015



VIDEO : Lagu ‘Mana hilang 2.6 bilion’ raih 80,000 tontonan


Lagu 'Mana hilang 2.6 bilion' raih 80,000 tontonan

Lagu ‘Mana hilang 2.6 bilion’ raih 80,000 tontonan


Sebuah lagu dinyanyikan seorang penulis lirik bebas tempatan, mengenai derma politik RM2.6 bilion Datuk Seri Najib Razak yang diterima daripada seorang penderma Timur Tengah, sedang meraih perhatian ramai di media sosial.

Lagu bertajuk Mana Hilang 2.6 Bintang itu digubah Amirudin Hizadin, merujuk derma dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu, sebagai “bintang hilang” yang membuatkan seluruh dunia dalam kebingungan dan kegelapan.

Video muzik lagu akustik yang dimuat naik ke Facebook itu, serta dikongsi banyak laman sesawang terkenal, sehingga kini meraih 80,000 tontonan.

“Mana Hilangnya 2.6 Bintang” ialah sebuah lagu mengisahkan seorang pemuda tertekan hidupnya dalam sebuah negara pada zaman pemerintahan yang gelap,” kata Amirudin menerangkan kisah di sebalik lagu yang ditulisnya.

Dalam lagu itu, beliau berdendang tentang kesusahan rakyat Malaysia, termasuk peningkatan kos sara hidup disebabkan harga tol, minyak, elektrik dan makanan yang semakin meningkat.
Beliau juga menyentuh tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai inisiatif kerajaan yang sepatutnya mengurangkan kesukaran kehidupan harian rakyat.

Walaupun lirik lagu itu tidak menyebut nama Najib, wujud rujukan terselindung kepada skandal berlanjutan perdana menteri itu yang menyebabkan timbul desakan untuk beliau meletak jawatan, mencetuskan kekecohan, berdasarkan komentar yang diberikan.

“Alangkah indahnya kalau Najib tidak ada… bintang pun kembali terang,” kata Ant Man di akaun Facebook Sukan Star TV, di mana video lagu itu dikongsi.

Azimah Zainul menambah:“Sedihnya lagu ini, macam ada kena mengena dengan hidup saya… T_T.”

Rini Reney berkata:“Bagus lagu ini… dalam kita troll, inilah realiti isi hati rakyat Malaysia…”

Di Youtube, Aaron Siva berkata:“Indah sampai buat saya mahu menangis.”

Najib berdepan kritikan paling lantang sepanjang kerjaya politiknya berikutan pendedahan derma RM2.6 bilion itu serta skandal cabang pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Akhbar The Wall Street Journal yang mendedahkan perkara itu pada Julai berkata, sumber dana itu tidak diketahui, tetapi wujud pergerakan wang melalui pelbagai entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai jumlah, terbesar – AS$681 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada Mac 2013, sebelum pilihan raya umum pada Mei tahun sama.


‘Rafizi ganti Tony Pua: Arul ada berani?’







'Rafizi ganti Tony Pua: Arul ada berani?'

‘Rafizi ganti Tony Pua: Arul ada berani?’


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli daripada PKR akan menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan perkara itu hari ini dan menegaskan, perdebatan itu mesti disiarkan secara langsung di televisyen dalam program yang turut disertai penonton.

“Kami berharap menteri komunikasi dan multimedia boleh teruskan slot di RTM itu untuk siaran langsung perdebatan itu,” kata Ketua Whip Parlimen DAP Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pas Kelantan bermasalah: 50% ahli sokong Amanah – Penyelidik

Pas Kelantan bermasalah: 50% ahli sokong Amanah - Penyelidik

 

 

Pas Kelantan bermasalah: 50% ahli sokong Amanah – Penyelidik


Walaupun perhimpunan raksasa PAS di Kota Baru bulan lalu menunjukkan parti Islam itu masih relevan di kawasan majoriti Melayu dan boleh berbangga dengan sokongan anak muda Islam, sebuah firma kaji selidik bebas mendakwa sebaliknya.

Menurut kajiannya, separuh ahli dan penyokong PAS di Kelantan akan menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya umum akan datang dengan kebanyakannya daripada golongan muda, profesional serta bekas penyokong Berjasa dan Hamim sebelum ini.

Kira-kira 15% ahli PAS di Kelantan pula menyertai Amanah manakala 35% lagi masih berada dalam parti yang memerintah negeri Kelantan itu kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan kerajaan negeri yang dikuasai PAS itu.

Pengerusi Eksekutif Ilham Center Mohamad Hisomuddin Bakar yang mengkaji politik di Kelantan menemui fakta ini dalam kajian mereka yang terkini.

“Kami dapati sangat ramai aktivis Berjasa dan Hamim selama ini yang menyertai Amanah apabila ia ditubuhkan, di samping profesional dan golongan remaja yang menyertai parti baharu itu di Kelantan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, ramai penyokong Amanah yang memegang jawatan di bawah kerajaan negeri Kelantan.

Mereka terdiri daripada wakil rakyat, ahli majlis kerajaan tempatan, pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC), penghulu, guru halaqat dan jawatan politik kekal dengan PAS.

Mereka diberikan gelaran “harum manis” iaitu buah mangga yang kulitnya berwarna hijau manakala isinya berwarna oren.

“Mereka tidak mahu menimbulkan masalah dengan pengisytiharan menyertai Amanah,” kata Hisomuddin mengulas kenapa fenomena ini berlaku.

Kelantan menjadi penyumbang utama keahlian Amanah apabila 8,000 daripada 30,000 ahli pertamanya semasa dilancarkan 16 September lalu berasal dari negeri itu.

Sokongan kepada Amanah ini diakui pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Bahkan Wan Rahim yakin, mereka boleh menang jika terpaksa bertanding 3 penjuru di kerusi paling kuat PAS iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit, dalam Parlimen Kubang Kerian.

“Kami yakin menang di Demit dengan calon yang kami ada di situ,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Namun, beliau tidak mahu Amanah dipersalahkan jika kerajaan negeri Kelantan, yang dibina bekas menteri besar allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak 1990 lalu, jatuh.

Sebab itu, sejak awal, beliau mahu berbincang dengan PAS agar tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, Amanah (mewakili Pakatan Harapan) dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Bahkan katanya, Amanah bersedia tidak bertanding sebarang kerusi DUN di Kelantan jika perundingan dibuat antara kedua-duanya.

“Namun, PAS tidak pernah menghiraukan bunga yang kami tawarkan,” kata Wan Rahim ketika ditemui selepas satu majlis dialog antara Amanah dan golongan profesional Kelantan di Kota Baru baru-baru ini.

Program yang diadakan di sebuah dewan milik sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) Islam itu menyasarkan hanya 70 profesional Kelantan, khasnya di kalangan doktor perubatan, ahli farmasi dan peguam.

Bagaimanapun, ia mendapat sambutan di luar dugaan apabila dewan itu dipenuhi ramai golongan profesional, terutamanya di kalangan para doktor dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, khasnya Hospital USM sendiri.

Salah seorang doktor yang ditemui, Datin Dr Salehatun Salleh berkata, beliau masih bersama PAS tetapi pada masa sama mengkaji prospek Amanah, parti serpihan PAS yang ditubuhkan susulan tewasnya pemimpin progresif parti itu pada pemilihan Jun lalu.

“Kebanyakan kawan saya sudah sertai Amanah dan mereka kempen agar saya juga menyertainya,” katanya yang saban waktu menyertai kuliah Nik Aziz ketika menteri besar, yang juga bekas mursyidul am PAS itu, masih hidup.

“Masa Tok Guru masih ada, kami orang profesional ni terasa sangat dihargai, tetapi sekarang mereka buat tak kisah sahaja,” katanya memberikan justifikasi kenapa golongan profesional di Kelantan menyertai Amanah.


‘LIKEORANGE, PENCERAHAN POLITIK MASA DEPAN’ – AMANAH PERAK

‘RAKYAT KELANTAN MASIH SUSAH, TAK PERLU NAIK GAJI YB’

YB Husam Musa Jawap Balas Wan Mutalib

Jawap Balas Wan Mutalib
Alhamdulillah, paling tidak Kanda saya Dato Wan Mutalib Embong selaku AJK Pas Pusat sudi berbicara (menerusi surat terbuka) dengan saya.
Inilah yang saya tunggukan - tindak balas.
Beliau berani meletakkan nama beliau dan bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis.
Pertama, surat beliau banyak bertanya. Menunjukkan bagi beliau banyak perkara belum jelas kedudukannya.
Mengapa saya tidak menegur amalan kelulusan hutan simpan tebang habis untuk tujuan perladangan dengan jumlah yang semakin luas dari masa ke semasa sewaktu saya dalam kerajaan?
Adakah saya tidak menegur selama ini?
Saya berpendapat lebih baik untuk Dato Wan bertanya kepada MB Kelantan sekarang, atau anggota Dewan Harian (DH) di masa lalu dan anggota J Kuasa Kecil Perhutanan (JKKP) pada masa saya menjadi anggotanya daripada membuat pertanyaan terbuka seperti ini.
Ketika se orang Adun (sekarang telah dilantik menjadi Exco) hendak dilantik sebagai anggota tambahan JKPP, saya telah meminta DH menentukan dasar pemberian hutan simpan kekal tebang habis ini untuk diguna pakai oleh anggota JKKP.
Seingat saya, YAB MB sekarang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Beliau waktu itu adalah Timbalan Pesuruhjaya Jaya 1 dan Tok Guru tidak hadhir. Ia berlaku pada akhir 2012 atau sekitarnya.
Tidak ada polisi diputuskan.
Bila YB anggota tambahan ini pertama kali menghadiri mesyuarat JKKP, seperti biasa saya sekali lagi berhujah dalam mesyuarat tersebut menolak cadangan-cadangan kelulusan atas tajuk ini.
Hujah saya tidak dibantah. Apa yang berlaku ialah anggota baru ini membacakan senarai syarikat untuk kelulusan.
Saya memprotes secara dalaman dengan tidak lagi menghadiri mesyuarat JKKP sampai DUN dibubarkan pada tahun 2013. Tiga atau empat mesyuarat selepas itu tidak lagi saya hadhiri. Rekod mesyuarat berkenaan boleh disemak.
Tujuan?
Kalau saya ikut serta, sampai bila bila saya terperangkap dan tidak dapat bersuara.
Sejak itu, kelulusan atas tajuk ini kian bertambah.
Rekod-rekod boleh disemak dan InsyaAllah akan berbicara dengan sendirinya.
Adakah sebelum itu saya tidak berbuat apa-apa?
Saya telah melakukan apa yang terdaya dalam berbagai cara yang saya tidak bercadang memanjangkan pada peluang ini. Sebahagian darinya telah saya nyatakan dalam wawancara yang disiarkan Sinar Harian baru lalu.
Kedua, adakah kerana pernah menjadi sebahagian dari sistem itu pada masa lalu, saya hilang kebebasan saya selama-lamanya untuk menegur sesuatu yang saya fikir buruk?
Apatah lagi ia kian bertambah hari ke hari dengan kelulusan baru.
Saya yakin itu bukan prinsip Dato Wan yang saya kenal.
Prinsip itu hanya anutan Fir'aun. Fir'aun menggunakan 'kesalahan' lalu Nabi Musa a.s menyebabkan seorang pemuda terbunuh untuk menghalang Nabi Musa bersuara.
(Al Qur'an - Surah As Syua'ra, ayat 19)
Apa lagi kelulusan tebang habis adalah sentiasa berkembang dengan jumlah keluasan yang semakin bertambah.
Di manakah hadnya?
Adakah adanya tambahan-tambahan kelulusan baru sekalipun, tiada teguran boleh dibuat sampai hutan Kelantan pupus sepenuhnya?
Terbaru adalah seluas 4,500 ha hutan simpan hanya untuk satu syarikat.
Kini, giliran saya bertanya kepada Dato Wan selaku Ajk Pas Pusat.
Apa dasar Pas terhadap alam sekitar?
Apa dasar Pas terhadap pemanasan global?
Apa dasar Pas terhadap pembalakan tebang habis?
Apa dasar Pas terhadap pemberian hutan bersekala besar tanpa tender?
Apa janji Pas dalam manifesto mengenai pemeliharaan alam?
Apa dasar Pas terhadap cara pembahagian kekayaan negara/negeri yang hanya melebihkan orang yang sama?
Adakah Dato Wan tahu berapa keluasan hutan simpan di Kelantan yang telah diluluskan?
Adakah Dato Wan mengambil tahu korupsi di pelbagai peringkat yang melatari amalan ini?
(Dalam kesempatan ini saya tidak bercadang menghuraikannya)
Bukankah dulu Dato Wan atau pimpinan Pas membesar-besarkan pengurusan
( baca penyelewengan) balak oleh pimpinan Umno?
Adakah kini bila Pas melakukannya kita harus berdiam diri?
Adakah Pas Pusat pernah meminta taklimat oleh Pas Kelantan diberikan?
Saya adalah anak Kelantan. Saya bertanggungjawab membantu menjaga kepentingan negeri tanah tumpah saya lebih dari pertimbangan yang lain.
Lagi pun, apa yang ditegur mempunyai ruang diperbaiki.
Sepanjang kritikan saya, saya lebih banyak menumpukan kepada keputusan-keputusan terkini kerajaan dengan tujuan di sana ada sanubari yang masih sudi mendengarnya.
Sekalipun serangan untuk membunuh karekter dilakukan ke atas saya kiri dan kanan, apa kan daya. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, saya dayung jua teguran ini, mudah-mudahan kita semua terselamat dari azab Allah dunia dan akhirat.
Nota:
Saya menerima surat terbuka Dato Wan Mutalib pada malam Himpunan 60k (17 Oktober 2015) dari orang yang tidak dikenali.
Saya cuba menalipon dan menghantar pesanan sms kepada nombor Dato Wan memohon pengesahan beliau atas tulisan itu, tetapi tidak berjawab sampai hari ini.
Saya menyimpan jawapan balas agar tiada mudharat lebih besar berlaku.
Rasa hormat saya terhadap pemimpin yang mempunyai 'stature' seperti Dato Wan meminta saya tidak keburu dalam melepaskan peluru.
Saya beranggapan, pemimpin sehebat beliau memilih pendekatan 'diplomatik' ketimbang 'ofensif'. Melalui secawan kopi, mungkin saya boleh memberikan latar belakang kritikan saya daripada berbalas surat terbuka dengan beliau.
Malangnya, saya mendapat tahu tulisan beliau akhirnya disiarkan menerusi Harakah terbaru.
Saya tidak mempunyai pilihan melainkan menyiarkan jawapan saya.
Moga Harakah dapat berlaku adil dengan ikut menyiarkan jawapan saya ini.
Terima kasih.
Husam Musa
14 Muharram 1437/27 Oktober 2015
Like   Comment