Adakah benar soalan tersebut akan berlaku di alam barzakh..?




Jom kita buka tafsir untuk lihat fakta, samada soalan Allah itu di alam barzakh atau ketika keluar dari kubur..?


{ یَوۡمَ هُم بَـٰرِزُونَۖ لَا یَخۡفَىٰ عَلَى ٱللَّهِ مِنۡهُمۡ شَیۡءࣱۚ لِّمَنِ ٱلۡمُلۡكُ ٱلۡیَوۡمَۖ لِلَّهِ ٱلۡوَ ٰ⁠حِدِ ٱلۡقَهَّارِ }


1. Terjemahan biasa surah Ghafir ayat 16 : 


'Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya'


2. Tafsir Jalalain : keluar dari kubur.


3. Tafsir Baghawi : keluar dari kubur.


4. Tafsir Qurtubi : keluar dari kubur.


5. Kalian boleh tambah sendiri.


Jadi,


Berhati²lah dengan penunggang agama, tak pasal² sebab tak setuju cuti sabtu dan ahad, berkeras juga nak cuti hari jumaat, sehingga ayat Allah diseleweng keadaan dan maksudnya yang sebenar.


Wallahu A'lam.


Miqdad Zakaria 

Mantin, N9