MOMOK



1. Saya pernah baca dalam Malay Dilemma. Nukilan seorang Negarawan 53 tahun dulu. Kata beliau, orang Melayu ni senang dimomokkan. Senang percaya benda tahyul dan bergantung harap kepada bomoh. 


2. Fast forward 50 tahun, sekarang anak2 kita dah susah nak percaya cerita hantu kopek, toyol dan seangkatan. Kalau sakit kita terus ke klinik jumpa doktor. Dah tak main bomoh2. Itu mind shift yang berlaku. 


3. Namun demikian, mind shift dalam politik di kalangan orang kita tak berlaku. Momokan dibuat oleh politikus kepada pengundi Melayu. Misconception dan dumb down rakyat terus dibuat dan tak dibetulkan. 


**************


4. Ini antara momokan yang saya percaya dari kecil dan dipelopori oleh politikus kita. 


MOMOK 1

Hanya perlu undi parti Melayu Islam. Sebab kalau parti lain memerintah, mereka akan tukar Perlembagaan. Buang agama Islam, tukar Bahasa Melayu dan hapuskan sistem Beraja dan hak Bumiputera. 


Fakta: Bila dah besar, baru saya sedar. Kalau nak tukar semua tu di bawah Perlembagaan, bukan hanya kena ada undi 2/3, Majlis Raja2 pun kena setuju sama. Susah nak hadam MRR akan buang agama Islam, hapus hak Bumiputera serta hapuskan sistem Beraja mereka sendiri. Makanya, saya tahu momok 1 ni tipu sekali. 


**************


MOMOK 2 

Kalau tak undi parti Melayu, Malaysia akan jadi seperti Singapura. Orang Cina akan take over dan habislah orang Melayu kita. 


Fakta: bila saya semak fakta sejarah, Singapura terlepas ke British, kerana orang kita berantakan. Masing2 nak jadi Sultan. Makanya, dicagarnya tanah dengan terma selagi ada bintang dan bulan. 


Bila dah tergadai, pendatang masuk dan menetap di Singapura beramai2. Sampai lagi ramai dari kaum peribumi. 70% lebih. Orang kita pun lari. Makanya, hilanglah kuasa politik dalam negeri. Dah tahu semua tu, saya sedar Singapura hilang, tiada kaitan dengan kuasa undi. 


**************


MOMOK 3 

Semua Bumiputera itu Melayu dan Islam. Kita penduduk majoriti. Jangan biarkan orang lain naik tocang. 


Fakta: 69% penduduk Malaysia adalah Bumiputera. Namun bukan semua Melayu islam. Di Sabah dan Sarawak ada Iban Kristian dan Kadazan Islam. Mereka bukan Melayu Islam. Mereka takkan mengaku pun mereka Melayu. Tetapi tetap ada status Bumiputera itu. 


Saya mula sedar dan tahu, bagaimana politikus boleh manipulasi polemik Bumiputera untuk milleage politik mereka. Senjata politik paling ampuh menggunakan isu kaum dan agama. 


**************


MOMOK 4 

Perlu undi parti Islam, kerana negara kita ini sebenarnya negara Islam. Parti Islam perlu wujudkan undang2 hudud di Malaysia. Baru dapat barakah Allah. 


Fakta: negara ni hanya punya 58% Melayu Islam. Bukan 99% seperti Afghanistan atau di negara Arab. Perlembagaan kita iktiraf Islam sebagai agama rasmi. Tapi ia tetap Perlembagaan sekular. Iktiraf semua bangsa dan agama. 


Parti Islam naik memerintah pun, berdolak dalih nak buat hudud. Mereka pun tahu susah. Nampak sangat ia umpan politik yang tak realistik. Kita dah tahu helah mereka. Tambah ada pemimpin lebai naik, bagi alasan susah nak settle masalah air negeri. Tapi boleh pulak beli Mercedes seorang sebijik 🤦🏻‍♀️


****************************************


5. Ramai sudah sedar dan tahu, pemimpin Melayu Islam la yang menipu kita selama ini. Bicara soal bangsa, tapi mereka la yang merompak harta negara dan buat banyak salah guna kuasa. Anak2 dan kroni kaya raya. Tak ingat dunia. 


6. Tapi digelarnya kita malas dan angkuh tak pandai berniaga. Walhal, geng mereka berniaga semua ditatang atas silver plate jua. Dibantu Kerajaan sini sana. Harta berbilion di simpan di luar negara. Tak bayar cukai jua. 


7. Sekarang momokan mereka kita dah sedar. Seperti kita sedar tidak wujud pun hantu kopek dan toyol. Itu semua tahyul. 


8. Sama juga lah. Tahyul politik ini tak boleh dibiarkan. If we want to change the politics, we have to change the society. 


9. Ibubapa, perlu bagi fakta sebenar kepada anak2. Terutamanya geng UNDI18 yang baru boleh mengundi. Mereka yang cepat terhadam momokan. Isu agama dan kaum akan jadi senjata paling berkesan. Mind shift politik itu perlu berlaku cepat. Kalau tak negara akan terhumban. 


10. Kita undi pemimpin bukan sebab label: liberal, sekular, wahabi, syiah atau Sunni. Atau semata2 sebab dialah pejuang tegar untuk kaum Melayu, pejuang kaum Cina, India, Iban, Kadazan atau setiap kaum lain. 


11. Kita undi kerana beliau selayaknya memimpin negara. Menyatukan anak bangsa. Membawa Malaysia ke mercu jaya. 


12. Kuasa undi di tangan kita. Bukan atas penunggang bangsa dan agama, pelopor momokan jahat, buat kita takut sentiasa. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki