MAHATHIR PECAT ANWAR- LAHIR PKR SEHINGGA KINI. TAPI MAHATHIR PULA YANG HILANG DARI UMNO

 

Waktu DS Anwar dipecat daripada UMNO secara salah oleh Mahathir dulu, terlahir Parti Keadilan Nasional. Parti ini dasarnya berbeza sama sekali dengan UMNO terutama pada keahlian yang mana keADILan mengambil ahli dari semua kaum.

Berbeza dengan Mahathir. Dia bukan dipecat tetapi meninggalkan parti apabila cakapnya tak didengar lagi. Kemudian dia tubuhkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dasarnya serupa dengan UMNO. Target parti ini juga ahli UMNO.

Selepas itu sekali lagi Mahathir keluar tinggalkan partinya dan tubuhkan Pejuang yang punyai dasar sama dengan UMNO dan Bersatu. Parti untuk orang Melayu lagi. Target parti ini juga ahli UMNO dan ahli Bersatu. Tiada bezanya antara tiga parti ini.

Sekali lagi Mahathir merajuk apa bila suaranya tidak didengari. Dia tinggalkan Pejuang pula. Kali ini dia tak tubuhkan parti baharu. Dia sertai parti Putra yang mana founder parti tersebut, Ibrahim Ali akui partinya guna perlembagaan UMNO yang asal.

Terbaharu, dia buat pula Proklamasi Melayu. Konon nak seru orang Melayu bersatu. Kononnya tak mahu Melayu berpecah. Tapi macam yang aku tulis atas tadi, yang paling banyak pecahkan orang Melayu ni sebenarnya Mahathir. Dialah yang kecilkan UMNO.

Jangan lupa tahun 1986 (tak silap aku) Mahathir juga jadi punca perpecahan kedua UMNO apabila pertelagahan dia dengan Tengku Razaleigh ketika pemilihan agung menyebabkan terlahirnya Parti Melayu Semangat 46.

Perpecahan UMNO yang pertama pula dipuncakan oleh PAS. Nampak? Kalau nak cerita perpecahan orang Melayu ni, kita nampak berpunca daripada Mahathir dan PAS. Dengan 80% dari punca-punca tersebut datangnya daripada Mahathir.

Hari ini, Mahathir dan PAS bercakap soal perpaduan orang Melayu. Macam biawak ajar ayam cara untuk jaga telur. Sedangkan biawaklah yang selalu curi telur ayam. Itu pun masih lagi ada yang nak percaya kepada mereka. Kasihan... Guane boh?

Raja Gelap