Seramai 114 ahli
parlimen akan dipanggil ke Istana Negara esok, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad
Maslan.
Berdasarkan jadual
yang dilihat oleh Malaysiakini, ahli-ahli parlimen berkenaan
akan tiba dalam lima kumpulan bermula jam 10 pagi.
Mereka terdiri
daripada ahli parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu, Umno,
MCA, MIC, PAS, dan beberapa parti lain dan ahli parlimen bebas.
Tiada dalam senarai
ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Berdasarkan jadual,
komposisi ahli parlimen yang dijemput ke istana esok adalah seperti berikut:
- Umno × 37
- Bersatu × 31
- PAS × 18
- GPS-PBB × 13
- GPS-PRS × 2
- GPS-PDP × 2
- MCA × 2
- GPS-SUPP × 1
- MIC × 1
- PBRS × 1
- PBS × 1
- Star × 1
- Independent × 4
Beberapa ahli parlimen
telah mengesahkan bahawa senarai itu betul dan akan menghadiri sesi tersebut
pada waktu yang dijadualkan.
Malaysiakini difahamkan bahawa tujuan menghadap Agong
adalah bagi mengesahkan pendirian ahli-ahli parlimen berkenaan.
Untuk rekod, parlimen
memiliki 220 kerusi, yang bermaksud sokongan sekurang-kurangnya 111 anggota
parlimen diperlukan untuk membentuk kerajaan baru.
Sementara itu, dalam
mesej yang disampaikan kepada wakil rakyat BN, Ahmad mendakwa ini bermaksud
Ismail Sabri telah mendapat sokongan yang mencukupi untuk dilantik sebagai
perdana menteri.
"Hanya kumpulan
yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana
Negara. Bererti Ismail Sabri dengan izin Allah adalah calon PM yang menang.
"Ini tentu juga
berkat kesepaduan bersama diketuai oleh Presiden (Ahmad Zahid Hamidi), timbalan
presiden (Mohamad Hasan) dan Najib Abdul Razak (MP Pekan), anggota dewan
tertinggi dan semua anggota parlimen kita," katanya dalam pesanan teks
hari ini.
Tambahnya, anggota parlimen
BN akan berangkat dengan bas untuk ke Istana Negara pada pukul 10 pagi esok
dari Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur.
Lima sesi menghadap
baginda
Ketika dihubungi,
Ahmad Maslan mengesahkan bahawa MP BN dijemput menghadap Yang di-Pertuan Agong
esok.
Ahli Parlimen Padang
Rengas Nazri Aziz turut mengesahkan perkara itu.
Sementara itu,
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu bahawa ahli parlimen
PAS dijadualkan menghadap Seri Paduka Baginda pada pukul 4 petang.
"Alhamdulillah
DSIS (Ismail Sabri) telah berjaya diangkat sebagai PM ke 9 berdasarkan jemputan
Istana Negara kepada semua MP yang mencalonkan beliau," katanya
kepada Malaysiakini.
Terdahulu, satu sumber
dari BN berkata ahli-ahli parlimen dijadualkan menghadap Seri Padukan Baginda
sebanyak lima sesi.
"Sesi 10 pagi
melibatkan 24 ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak. Diikuti sesi kedua 11.10
pagi dijadualkan kepada ahli parlimen Bersatu. Sementara ahli parlimen Umno dan
BN akan menghadap Agong dalam sesi ketiga dan keempat masing-masing 2 petang
dan 3 petang.
"PAS akan
menghadap pada pukul 4 petang," kata sumber itu lagi.
Pada Isnin, Yang
Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos
meminta 220 ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi
menamakan seorang calon perdana menteri.
Notis itu bagi
membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti
dilantik sebagai perdana menteri susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin
yang juga Ahli Parlimen Pagoh Isnin lepas.