Usahawan terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman,36, yang lebih dikenali sebagai Nur Sajat meluahkan rasa rindu terhadap dua orang anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi.
Luahan tersebut dizahirkan Sajat menerusi sebuah entri di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.
Mengakui sangat terkenangkan anak angkatnya itu, Sajat mengakui bahawa dia setiap hari menangis apabila memikirkan keadaan permata hatinya itu.
SajatSumber : Media Hiburan / Instagram Nur Sajat
“Aku rindu betul anak-anak ku..sumpah aku rindu..hari-hari aku menangis..kenapa la jadi macam ini..” tulisnya di hantaran tersebut.
Dia dalam pada itu turut seolah-olah seperti menyesali dengan apa yang telah terjadi terhadap dirinya sehingga terpaksa mengalami perkara sedemikian iaitu keadaan jauh daripada anak-anak.
Difahamkan juga keadaan serta soal penjagaan dua kanak-kanak berusia lima tahun itu juga tidak dapat dipastikan setelah Sajat selaku penjaganya masih diburu pihak berkuasa sehingga ke hari ini.
Sajat yang sebelum ini menghilangkan diri setelah sebuah waran tangkap dikeluarkan atas kegagalan dirinya hadir untuk prosiding sebutan semula pertuduhan kesalahan memakai pakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Dia kini masih lagi gagal dikesan dan dalam buruan pihak berkuasa.