SIASAT BAPAK PERASUAH INI

 


Taman Rimba Kiara: C4 puji keputusan Mahkamah Rayuan, gesa siasat Ku Nan

Azyyati Ahmad
Taman Rimba Kiara: C4 puji keputusan Mahkamah Rayuan, gesa siasat Ku Nan
Pihak C4 gesa siasatan ke atas Tengku Adnan (gambar) berhubung perjanjian meragukan melibatkan beberapa perjanjian tanah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) memuji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan berkenaan pembatalan perintah pembangunan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi projek pembinaan unit kediaman di Taman Rimba Kiara.
C4 menyifatkan keputusan ini membawa maksud bahawa penelitian mengenai beberapa penyelewangan dan konflik kepentingan ke atas kes ini adalah benar.
“Keputusan ini membawa maksud bahawa kajian dan advokasi kami sejak dahulu adalah benar, begitu juga dengan komuniti yang terjejas yang menyatakan kegusaran terhadap konflik kepentingan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan, sama ada yang dihilangkan atau ditutup oleh mereka yang mempunyai kuasa,
“Keputusan Mahkamah Rayuan itu juga mendorong prinsip penting dalam undang-undang perancangan rumah dan telah membuktikan bahawa ada pelanggaran usaha sama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Memang Perkasa Sdn Bhd pada tahun 2017,” kata C4 dalam satu kenyataan.

Garis Masa Isu Taman Rimba Kiara

27 Jun 2016


  • Dengan keputusan itu, C4 menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meneruskan siasatan ke atas bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung perjanjian meragukan melibatkan beberapa perjanjian tanah.
    “Harus diingatkan bahawa ketika waktu Ku Nan berlaku kes Taman Rimba Kiara, jalan raya bertingkat Bangsar-Damansara, dan 64 perjanjian tanah yang meragukan, Oleh itu, penglibatan dan peranannya dalam kes-kes ini mesti disiasat lebih lanjut,” kata kenyataan itu lagi.