HAKIM HARUS TELUS..

 


Pihak mahkamah & hakim yang akan menentukan nasib utk Najib esok di minta peka sikit!


Jumlah unit kelulusan penggunaan wang cukai atau hasil dalam negara bagi tujuan pelaburan adalah berbeza mengikut peringkat jemaah menteri. 


Ada menteri bawahan hanya boleh meluluskan projek puluh juta saja. Ada pula yg hanya boleh meluluskan unit projek & pelaburan setakat RM100 juta. Malah ada yg dlm lingkungan  RM100juta - RM500 juta saja. Ketua jabatan di setiap negeri pun ada had jumlah yg di bolehkan sahaja.


Untuk meluluskan projek berbilion atau memerlukan kelulusan penggunaan wang lebih dari RM1bilion...itu hanya jawatan PM saja!


Jadi, dalam kes skandal 1MDB walaupun Najib minta maaf hingga keluar air mata darah sekali pun, utk meluluskan pelaburan puluh bilion kepada Jho Low...itu bukan kuasa bidang menteri pertanian...bukan juga kuasa menteri perundangan. Tahap kelulusan dlm jumlah terbesar hanya di bolehkan kepada jawatan Perdana Menteri saja.


Beban hutang Malaysia melalui kes skandal 1MDB yg telah di bayar setakat ini adalah berjumlah RM48.06 bilion. Dan baki hutang 1MDB yg perlu di bayar bagi sukuk dgn nilai prinsipal adalah RM5bilion yg akan matang 2039. Maksudnya, keseluruhan hutang ini akan habis pada tahun 2039.


Najib minta maaf konon tak kenal Jho Low tapi naik kapal mewah Equanimity bersama Jho Low bersama pak arab. Siap ada private jet, dan kapal Equanimity itu pun jumlah awalnya bernilai RM1b dan tersenarai antara 54 daripada 60 kapal paling mewah dunia.


Tadi GM kata, utk had pelaburan berbilion, itu adalah bawah bidang kuasa PM di mana Najib menjawat jawatan PM ketika itu.


Apa pula justifikasi utk Najib minta maaf sbg langkah akhir kemudian cuba di lepaskan oleh beberapa pihak dlm kalangan umno sendiri ? 


Penjaranya Najib 12 tahun dan dapat keampunan Di Raja hanyalah separuh berdasarkan jumlah tahun hukuman. Itu hanya dalam SRC. Bukan kes skandal 1MDB. 


Jadi wahai pihak berkaitan, minta tolong sedar dan peka sikit. Malaysia tidak perlu tanggung beban hutang 1MDB hingga 2039 di sebabkan air mata murah Najib. 


Beban negara nak di uruskan lebih mustahak berbanding nak melepaskannya demi sekadar air mata. 


Harap maklum!



MERASMIKAN KOMPLEK TERBESAR DHL.

 







Pagi ini hadir merasmikan Kompleks DHL Express Malaysia Kuala Lumpur Gateway di Sepang, fasiliti terbaharu hasil pelaburan terbesar DHL di Malaysia, dengan kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM300 juta. 


Ini merupakan manifestasi keyakinan syarikat terhadap prospek Malaysia sebagai pemain strategik dalam sektor logistik serantau.


Saya tegaskan bahawa komitmen Kerajaan dalam menyediakan ekosistem logistik bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam persaingan global. 


Ekosistem yang holistik bukan sekadar pembinaan prasarana bertaraf dunia, tetapi perlu juga merangkumi pembinaan kemahiran pekerja yang majoritinya terdiri daripada anak muda. 


Walhasil, bagi pihak Kerajaan, saya menyeru DHL serta syarikat multinasional lain untuk membangunkan pusat kecemerlangan dalam meningkatkan kapasiti pekerja, sekaligus akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti syarikat. 


Saya juga sempat menitipkan pesanan kepada warga kerja DHL agar terus meningkatkan prestasi kerja dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan semasa. 


Komitmen dan kebersamaan berterusan semua pihak amat dituntut dalam usaha untuk kembali mengangkat martabat dan imej Malaysia di pentas antarabangsa.


-


This morning, I attended the inauguration of the DHL Express Malaysia Kuala Lumpur Gateway Complex in Sepang, a key facility from DHL’s largest investment in the country, costing RM300 million. 


This reflects the company's confidence in Malaysia's role in the regional logistics sector.


#MalaysiaMADANI




NI MACAMANA CEITA PULAK.. PENANG NEGERI DAP PUN TAK BAGI TANAH PADA CHINA.. INI DOK JAJA ISLE ISLE DAP BAGAI... TANAH BAGI PADA CHINA.... TAM MALU KA.? SEMBANG JA LEBAI NI


 

MASA NI WALAUN PI MANA? RAZMAN DOK LENA KA MAIN TELOQ.? NAK CERITA BAGI PAHAM.


 

BILA PULAK ISLAM TERANCAM.


 

SEJAK TAHUN 2000 LAGI , MELAYU ADALAH BANGSA KELAS 3 DITANAH MELAYU SENDIRI.


 

RAZMAN KENA PANGGE... TAK PA AIIHBB... BARU PEJUANG... TUNGGU MAKAN SAMAN


 

WALAUN KALAU TAK BODO BUKAN DIA LA


 

NOHHH HAIIIHHHH....


 

KEJAYAAN ANAKANDA...


 

SESI SOALJAWAB PMX


 

KETIMBANG. VS. KEPONTENG


 

BERWACANA MALAYSIA MADANI

 







Saya kembali berwacana dalam Forum Ilmuwan Malaysia Madani siri kedua kali yang menyentuh tema “Sektor Tenaga Pemangkin Pertumbuhan Sosioekonomi yang Mampan dan Inklusif” anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan PETRONAS di Putrajaya malam semalam. 


Pelbagai buah fikiran, pandangan dan kritikan membina dilontar dalam mempersiapkan negara mengharungi cabaran sumber tenaga yang bakal memberi dampak di rantau ini. 


Natijahnya, kesedaran dan persediaan dalam menghadapi transisi tenaga amat penting demi maslahah rakyat terbanyak. 


Sehubungan itu, dalam mengurus rencam dan cabaran ini, kita harus memanfaatkan hubungan baik dengan semua pihak demi kepentingan strategik Malaysia. 


Saya percaya dengan navigasi hubungan antarabangsa dan memanfaatkan alternatif seperti ASEAN-Gulf Cooperation Council (GCC) Plus China, akan mampu menpertahankan kemampuan perdagangan sedia ada serta membuka peluang baharu untuk rakyat Malaysia.


Dalam kemesraan dan kebijakan menjalin hubungan baik dengan mana-mana negara demi meningkatkan aspek pelaburan, Malaysia akan tetap berdiri teguh mempertahankan sokongan terhadap Palestin agar kekejaman, pembunuhan dan genosid rejim Zionis ini dinoktahkan serta-merta.


#MalaysiaMADANI



NIAT KENA ELOK...



 Nilai perbuatan kita 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗻𝗶𝗮𝘁. Kalau perbuatan elok pun tapi niatnya tak baik, niat memecah belahkan atau merosakkan keharmonian, maka ia 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵.


Contoh macam 𝘁𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴. Beri bantuan kewangan, makanan, pakaian tapi dengan niat agar si isteri rasa 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗴𝘂𝗻𝗮, kan salah tu 


Ramai lebai buat posting, termasuk 𝗽𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝘂𝗹𝘂𝗻𝗴, 𝗥𝗮𝘇𝗺𝗮𝗻 yang tak pernah dibuat mana-mana negara siasat rakyat 𝗸𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Sebenarnya siasatan tu bukan sebab mereka kibarkan bendera Malaysia. Kibar bendera tu tak salah. Tapi apa 𝗻𝗶𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗵𝗶𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁, itu masalahnya.


Kalau niatnya untuk membuat 𝗽𝗿𝗼𝘃𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 susulan isu 𝗸𝗶𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 oleh pelancong dari China di upacara keagamaan baru-baru ini maka itu jelas salah.


Sebarang bentuk provokasi perkauman dan agama tak akan diberi ruang dalam negara ini. Jadi pihak PDRM hanya 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 mereka saja.


Kalau niatnya betul, apa nak bimbang? Kan baru siasat je. Kalau niatnya betul, tak ada niat provokasi, lepas la nanti. Atau lebai 𝗺𝗮𝗻𝗶𝗽𝘂𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗶𝘀𝘂 untuk menghasut?


Tapi kalau difikirkan, masa 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 dulu tak ada pula perarakan kibar Jalur Gemilang di tempat yang sama. Ni kira sambutan 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗺𝘂𝘀𝗶𝗺 la ni kan?


Baru kena siasat dah menggelabah. Kata nak 𝘳𝘦𝘱𝘦𝘢𝘵 13 Mei. Kalau kena siasat pun dah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝘂𝗽𝘂𝗿, ada kalau tercetus rusuhan kaum dia menyorok kat bawah katil ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


NAK TAU PERFORM ATAU TIDAK TUKAR MENKOM... APA BARANG GOOGLE BOLEH SIAR BERITA PEMBANGKANG BANYAK DARI BERITA KERAJAAN.

 MSO


BACA MESEJ PRESIDEN PKR


Pernyataan presiden PKR Anwar Ibrahim yang kemungkinan parti itu tidak menangguhkan pemilihan membentuk sedikit ombak kecil dalam parti berlambang mata itu. 


Kenyataan Anwar itu menyintakkan sedikit lamunan para pemuka dalam Keadilan, khasnya mereka yang kini menyandangkan jawatan utama, seperti timbalan presiden, naib presiden, serta pegawai eksekutif seperti Seriausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan lain-lain.


Anwar beri alasan untuk tidak menangguhkan pemilihan, memandangkan pilihan raya umum ke-16 masih jauh. 


Ada beberapa tafsiran dapat dibuat dengan jaminan Anwar itu, pertama beliau lihat kepaduan dalam PKR pada masa ini cukup mampan, situasi itu membolehkannya untuk mengemas dan menyusun kepimpinan baru Keadilan, dan ketiga untuk membolehkan beliau membuat penyusunan semula kabinet khasnya membabitkan kuota Keadilan.


Mungkin beliau sudah melihat secara menyeluruh pencapaian, kemampuan dan juga prestasi menteri kabinet daripada Keadilan sehinggakan ia perlu disusun semula, buang yang ada kini dan diganti dengan yang baru. Dalam pada itu beliau mahu muka-muka baru terutamanya yang berpengalaman dalam politik ikut bantu memantapkan lagi Keadilan.  


Tanpa menyebut, Anwar sangat fahaman akan kelemahan dan menteri dalam kabinetnya yang tidak perform.


Pelantikan para menteri daripada PKR, dilihat berdasarkan kedudukan mereka dalam parti. Justeru untuk menukar ganti, mereka atau membawa masuk muka baru kedudukan hireari parti perlu diubah. 


Sebagai rekod, misalnya pelantikan Fadhlina Siddiq kerana beliau adalah ketua wanita, Adam Adli ketua Angkatan Muda, manakala Fahmi Fadzil selaku ketua penerangan, Dr Zaliha Mustafa kerana kedudukannya sebagai pengarah pilihan raya. Begitu juga pelantikan Rafizi Ramli kerana kedudukannya sebagai timbalan presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Li Kang dan lain lain.


Kenyataan Anwar itu dilihat sebagai ada persiapan ke arah itu, untuk mengubah kedudukan kabinetnya terutama daripada partinya. Tentu selepas ini para pemimpin Keadilan terutamanya yang memegang jawatan dan mahu cuba nasib, akan mula kalut dan mengubah pendekatan dan kemesraan mereka 360 darjah dengan ahli dibawah. Trims.



PMX LANCARKAN PERUMAHAN RAKYAT



 Hadir meluncurkan projek perumahan Residensi MADANI Wilayah Persekutuan di Tapak Residensi MADANI Sentral, Presint 7. 







Projek ini menjadi yang terpenting kerana ia menjadi tumpuan dan keutamaan Kerajaan. Tidak ada maknanya kita berbangga dengan prestasi negara dari segi pertumbuhan tetapi rakyat tidak merasainya. 


Justeru, sebagai memaknai pendirian itu Kerajaan berusaha melalui Belanjawan yang baru dibentangkan beberapa minggu yang lalu menekankan aspek pendidikan, kesihatan dan juga perumahan.


Inilah erti sebenar projek mega iaitu menyedia serta memastikan keperluan asas rakyat diutamakan, selain keselesaan kepada peniaga-peniaga kecil di gerai-gerai sekitar ibu kota.


Sebagai Kerajaan dan jabatan yang bertanggungjawab, tanggungjawab kita adalah memastikan peringkat pelaksanaan diberi perhatian semaksima yang mungkin kerana kita tidak mahu kelewatan, dan sekiranya lewat ia akan mendera rakyat dan meningkatkan kos. Oleh yang demikian, pastikan kita pantau sebaiknya agar kita dapat menjelmakan keprihatinan kita kepada projek-projek rakyat keseluruhannya. 


Saya turut tekankan bahawa beberapa pelaburan yang masuk ke negara juga sangat bermakna kepada negara dan rakyat kerana ia akan menjamin kelangsungan negara dan kesejahteraan rakyat. Justeru, cabaran terbesar kepada pemaju-pemaju yang terlibat adalah siapkan sesegera mungkin tanpa mengesampingkan mutu dan aspek-aspek asas perumahan. 


#MalaysiaMADANI



FIKIR DENGAN JELAS.


 

Nak ke petrol RM1.35 seliter tanpa subsidi? Jangan... Kalaulah berlaku, itu maknanya ekonomi kita tengah 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗱𝘂𝗺 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸. Kesannya amat besar.


Sebahagian wang kerajaan datangnya dari keuntungan Petronas. Kalau petrol RM1.35 seliter tanpa subsidi, 𝗸𝗲𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗻𝗮𝘀 pun akan 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴.


Maknanya sumbangan Petronas kepada negara pun akan berkurangan. Mana kerajaan nak 𝗰𝗲𝗸𝗮𝘂 puluhan bilion, nak beri 𝗦𝗧𝗥 dan 𝗦𝗔𝗥𝗔 bagai.


Aku 22 tahun bekerja dalam 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘁𝗿𝗶 𝗵𝘂𝗹𝘂𝗮𝗻 𝙤𝙞𝙡 & 𝙜𝙖𝙨 ni. Harga minyak jatuh merupakan sesuatu yang 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗸𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻. Ramai boleh hilang kerja.


Kenapa masa Mahiaddin jadi PM harga petrol boleh turun? Sebab 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶. Tak ada orang boleh keluar rumah jadi produk petroleum tak laku. Bukan setakat petrol tapi hampir semua produk petroleum.


Masa tu 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 syarikat minyak 𝗸𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗮𝗻. Ada yang agresif lekas buang pekerja. Ada kawan aku diarahkan kecilkan saiz organisasinya sampai akhir sekali 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝘂𝗮𝗻𝗴.


𝘉𝘦 𝘤𝘢𝘳𝘦𝘧𝘶𝘭 𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘺𝘰𝘶 𝘸𝘪𝘴𝘩 𝘧𝘰𝘳. Kalau tak faham, tanya. Cakap jangan 𝗵𝗲𝗻𝘁𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗼𝗺𝗼. Tak semua perkara yang kita rasa elok tu sebenarnya elok.


Industri O&G tak sama macam industri lain. Kos tinggi dan pasaran amat volatile. Sebarang isu antarabangsa boleh beri kesan kepada harga produk.


Jadi ahli politik yang nak bezakan nama keluarga Cina pun tak mampu, baik jangan sentuh bab ni. Baik fokus untuk kes saman berjuta tu je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


INI DAJJAL YANG MEROSAKKAN NEGARA

 

Ni serius kelakar.


Punyalah berani sampai kata nak dok 𝗯𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻. Sekali 𝘱𝘳𝘰𝘧𝘪𝘭𝘦 FB pun 𝘭𝘰𝘤𝘬𝘦𝘥. Nak bukak 𝘱𝘳𝘰𝘧𝘪𝘭𝘦 pun tak berani, apa lagi nak perang. Auta lebih. Macam lebai gak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 





"Penyasaran subsidi petrol akan dinilai mengikut lokaliti" - Rafizi Ramli

"Ketimbang tak pernah dengar? Dia mengaji di sekolah mana? - PM Anwar Ib...

Sesi Soal Jawab oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam Sesi Libat Urus ...

LIVE : HENTIKAN PROVOKASI DAN JANGAN MUDAH MELENTING BILA DI PROVOKE

SPEAKER SEKOLAHKAN MP PEMBANGKANG PAS! TIDAK HABIS HABIS MENGGANGGU KELA...

SANUSI LU KENCING


 

POLITIK AGAMA DI MALAYSIA DAN DI INDONESIA..


 

PELABUR CHINA NAK LARI DAH

 



The Greater Kedah yang dilancarkan hari ini tidak bercanggah dengan penubuhan 'State Goverment 4' (SG4) pada September lalu.



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan The Greater Kedah adalah kesinambungan kepada perancangan dalam SG4 untuk memajukan empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis.


Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menambah, kemajuan yang dikecapi Kedah kelak akan mewujudkan persaingan sihat antara negeri SG4.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



TEKNIK DAJAL DAN PERMAINAN PERSWPSI. PDRM TOLONG SIASAT... MANA DIORANG NI DAPAT MAKLUMAT DAN BUKTI.

 


Inilah permainan sentimen mereka sekarang. Usaha untuk menakutkan rakyat. Ini yang aku kata 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹 ni. Dia cipta kebimbangan supaya dia boleh 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗲𝗿𝗼.




Ada satu lagi video di 𝘱𝘢𝘨𝘦 𝗥𝗮𝘁𝘂 𝗡𝗮𝗴𝗮. Aku 𝘧𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥 ke menteri. Malas nak 𝘳𝘦𝘱𝘰𝘳𝘵. Nak perbetulkan fakta ni pun malas. 𝘙𝘦𝘱𝘰𝘳𝘵 pun sama je. 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀-𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀 ni masih lagi bebas menghasut.


Para iblis dan syaitan ni seolahnya 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗹𝗲𝘀𝗲𝗻 untuk buat hasutan kebencian begini. Jadi benda dah ada lesen guys. Kita biarkan je la. Kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



NAK KENA AMBIL CHINA DAH

 Abdullah Zawawi


Besarnya bendera cina

Kelate dah nak di ambil orang dah




PERGUNA BANGSA LAIN DAN JAJA AGAMA... DOKTRIN CEPAT LAKU...


Gino Marvela. 


 Setiap kali kes mahkamah dan siasatan di mulakan oleh PDRM & SPRM, saban kali itulah "Melayu & Islam" di permainkan oleh bangsa Melayu sendiri. Jalan mudah utk nak mainkan sentimen ialah pergunakan bangsa lain (Cina & India) sebelum doktrin candu Melayu & Agama ambil alih.


Setiap tahun Malaysia tak pernah reda dgn doktrin permainan bangsa & ketuanan Islam. Sampai bila ?


Apakah sampai jadi pertumpahan darah antara bangsa majmuk dlm negara ni baru nak sedar? Kemudian dakwa Islam & Melayu menang ? Kononnya bangsa Cina Malaysia rampas tanah Melayu ? Sampai bangsa Melayu itu sendiri puas hati ?


Dah beri 33 bulan hasil tebuk atap, tak memerintah dgn betul. Satu habuk pun tak buat apa!


Ada projek kerajaan "Janawibawa" di beri kpd apek kedai cina perabut. Ratus juta duit cukai rakyat masuk akaun parti sendiri, hasil songlap RM6 juta masuk akaun peribadi sendiri, Clare Rewcastle Brown di bayar oleh Hadi Awang sebanyak RM1.4 juta penyelesaian luar mahkamah yg terkait isu RM90 juta... 🤣


Itu belum lagi kes songlap berbilion pengairan dan penebatan banjir yg berjaya di selamatkan oleh PMX yg di buat sewaktu tuan Man tuan Ibharim jadi menteri tebuk atap. Belum lagi Deris sagon nak selesaikan semua masalah dlm negara hanya 5 hari. Pas juga yg janji dlm manifesto nak hapus hutang ptptn, dah malu tuding ke org lain. 😂


Ok, apa teknik yg puak pelampau lebai kelarah & perikanan nasional pernah buat...


- Kononnya ada lambang salib di setiap bumbung rumah yg di cat putih. Tingkap cermin pun katanya ada lambang salib.

- Mad Sabu di katakan sbg Syiah sedangkan Hadi Awang setiap tahun pergi Iran siap jadi ajk syiah lg. 

- Permainan bendera cina di kaitkan komunis, tapi tutup bendera negara lain yg datang sekali ke Malaysia.


Lepas ni, apa lagi ? 


Ceritanya begini, selagi Hadi Awang tak jadi PM, selagi si Mahiaddin Yasin tu tak naik jadi PM kali ke 2, selagi Deris Sagon...tuan man tuan Ibharim & lebai man kastam tak dapat jadi MB & lebai Tesla Jasin tu tak dapat jadi Ketua Menteri...selagi itulah pihak pas dan perikanan nasional akan pergunakan penyokong lebai bawahan ini (walaun+untit)  pergunakan Melayu & Agama sbg candu muslihat mereka.


Bukan nak uruskan ekonomi & masalah negara sangat pun! Masakan pergi Iran jumpa syiah sihat bugar tapi balik Malaysia bertongkat. Cakap degar2 ketika PMX tiada dlm dewan, bila PMX dah suruh hadir ke dewan...masing2 kelu gigi dan keluar dewan. 😂


Salahkan Cina, tapi beri tanah beribu ekar di Kelantan tanam musang king kpd soqang cina dari tanah besar. Nak buat stesen bas pun keluar arahan agar beri projek pembinaan sykt cina tanah besar.


Dalam diam ketika Perikanan Nasional + Muafakat Nasional (Pas) memerintah, setiap lesen pelabuhan dalam negara nak di serahkan kpd China. (Tambak/Design & built/mengurus). Ada beberapa yg dah di serahkan, tapi berjaya di rundingkan semula dan selamatkan!


Hah...ni puak lebai awat senyap ? Tertelan kapur barus ? Sapa punya tangan, bukankah waktu 33 bulan kalian tebuk atap yg memerintah ?


Nasib baiklah Anthony Loke sbg menteri pengangkutan terima arahan dari PMX utk selamatkan aset negara dari terlepas ke tangan asing (China). 


Pabila cakap isu keperluan barang, paket minyak sawit pun anak Hamzah Zainudin sorokkan. Ini fakta, bil jilid mahkamah itu ada. 


Beberapa hari lepas berlaku kejadian 18700 paket minyak sawit hampir lolos seludup ke siam. Nasib baiklah lori terbabas. Lalu dalam sempadan daerah Kelantan itu sendiri. Pegawai2 kastam yg terlibat sedang di teliti. Persoalannya, mengapa kerajaan lebai pas Kelantan boleh sensitif sempadan minyak di tengah laut tapi tak sensitif sempadan di darat antara Kelantan & Siam ?


Itu maknanya, kes seludup puluhan tahun di bayangi sendiri oleh parti lebai itu sendiri. Yang di lepaskan seludup, minyak petrol & diesel...minyak sawit paket. Hat yg bawa masuk dari Siam, pil kuda! ✌️


Itulah...dah kata, satu habuk pun lebai pas & perikanan nasional ni tak boleh pakai. Jadi kerajaan pun hasil tebuk atap. Dah dapat jadi kerajaan, serupa lembu kenyang. Paling sadis, tutup parlimen dan langgar arahan YDP Agong.


Hah, lepas isu bendera...apa lg nak di kaitkan. Nak hapuskan semua huruf (T) ? Betui juga, perkataan Pasti bila di buang T, jadi Pasi. Bagi elaun RM600 pd hat bawahan, buleh lagi pekerja pasti backup rezeki tu cukup dan berkah. 


Cuba puak hampa bagi gaji pd lebai pas RM600 sebulan, titm dapat RM600...deris sagon dapat RM600, si lebai Tesla Jasin tu bagi elaun RM600... Bagi penceramah di masjid pun cukup RM50 ja, takyah banyak-banyak...apa kata depa! 


Takda makian, pasti di celakakan. Paling hebat, di Animal Planet kan...😂🤣



SOKONG KERANA AMBIL DARI YANG TIDAK SEPATUTNYA DAPAT

 



1. Saya sokong subsidi bersasar dalam apa jua sektor, apatah lagi pemansuhannya terhadap warga asing. 


2. Pengumuman penarikan subsidi RON95 dan subsidi pendidikan terhadap golongan T15 sangat merunsingkan ketika mana pengkelasannya tidak jelas dan ramai yang cenderung untuk merujuk jadual pembahagian pendapatan yang sedia ada.


3. Semalam YB Rafizi Ramli mengatakan bahawa pengkelasan pendapatan akan disemak semula supaya ia lebih ada, dengan mengambilkira pendapatan bersih atau pendapatan boleh guna isi rumah. Ini berita yang agak melegakan. PADU tak berbunyi lagi setakat ini. Benarkah padu sistemnya? 


4. Kerajaan Perpaduan harus sangat berhati-hati dengan pengkelasan T15 kerana pada masa ini ia berada dalam julat RM13500-RM15000 sebulan, pendapatan isi rumah. Bermaksud ia adalah jumlah pendapatan sepasang suami isteri pegawai kerajaan bergred 44-52. Mereka ini kebanyakannya berada dalam fasa membesarkan anak-anak dan menguruskan keluarga, bukan berjoli katak. 


5. Ini bermakna beratus ribu penjawat awam akan terkesan dengan penyasaran subsidi ini. Atau setidak-tidaknya, 400,000 guru akan terasa keperitannya, sedangkan mereka bukanlah termasuk dalam golongan 'Maha Kaya' yang sedang digempur oleh kerajaan ini. Bersediakah kerajaan berhadapan dengan golongan ini yang bakal berduka cita dan barangkali menterjemahkan isi hati mereka di kertas undi nanti? Mengapa tidak dalam peringkat awal ini, sasarkan warga asing sahaja dulu? 


6. Apa yang kayanya mereka ini? Keretanya sekadar Avanza, Estima recond, X70, Camry 9 tahun, Cross, Honda HRV, atau Alza baharu. Tak ada yang bergaya dengan Audi atau BMW. Kalau ada pun kereta second hand atau mereka itu ada bisnes sampingan lain. Makannya bukan di 'coffee house' hotel atau restoran 'fine dining'. Paling mewah pun mereka ini waktu keraian, sesekali makan Me'nate atau  bawa anak-anak ke Kenny Roger's. Melancongnya pun sendiri-sendiri, paling kuat secara bajet ke Thailand, Vietnam atau Indonesia. Nak ke umrah pun himpun duit bertahun-tahun. Bukan ikut suka hati bak pergi bila-bila masa. Beli pakaian pun menunggu masa-masa perayaan supaya dapat diskaun. 


7. Sikap dan pendekatan kerajaan tidak mesra kepada golongan ini yang setiap kali belanjawan dibentangkan, merupakan segmen paling terabai. Sedangkan merekalah faktor utama bagi menerus dan menjana ekonomi bawahan dalam negara ini. Kalau 'maha kaya', mereka berbelanja di luar, barangan pun pakai import-importan.


8. Ramai juga yang berhujah, kerajaan ini tidak populis dan rela kehilangan undi demi masa depan negara. Eh, bukankah kuasa diperlukan untuk melakukan perubahan dan kebaikan? Jika anda jatuh nanti, siapa yang nak meneruskan banyak lagi agenda reformasi yang diimpikan? Takkanlah nak lari tinggalkan separuh jalan?


9. Jika dalam tempoh dua tahun pun banyak yang sudah dipulihkan, maka gabungan kerajaan ini wajar terus berfungsi. Tetapi jika dasarnya terlalu 'bermusuhan' dengan golongan menengah yang menjadi pengundinya, bagaimana nak terus berkhidmat dan mengangkat martabat negara ini?


10. Harapnya kerajaan perpaduan ini bertindak bijak dan berfikir jauh. Yang dlgempur dan disindir itu juga adalah warga Malaysia yang berkorban demi negara ini. Biarlah segala tindakan kerajaan ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berserak.


#shmkritiksosial


-Sahul HM-



STANDING ONDER DOK JAJA MINYAK MURAH ZAMAN PKP.... JOM BACA SUPAYA MUDAH FAHAM.


MMMS- MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF



 Saya sengaja tunggu hansard nak tengok apa sebenarnya yang dia cakap. Dia cakap ramai yang menanti harga minyak Ron95 tanpa subsidi serendah RM1.35 macam zaman Din PDF jadi Perdana Menteri. Baca tang "tanpa subsidi" tu, pekat juga dia ni.


Harga Ron95 tanpa subsidi adalah dalam RM2.76 yang mana harga runcit adalah 2.05. ini bermakna untuk setiap liter, kerajaan kena topup 71 sen, ini dengan harga minyak mentah Brent dalam USD 73 per tong.


Masa harga Ron95 RM1.35 seliter, harga Brent dalam USD 20 setong. Harga minyak berdasarkan permintaan dan pengeluaran, jadi masa April 2020 PKP pertama baru mula, orang tak boleh keluar rumah. Isi motor RM15 pun cukup sebulan because literally tak ada orang boleh keluar rumah. Jadi minyak murah kalau tak boleh keluar rumah nak buat apa? Tolong jawap sikit. Itu belum masuk bab rakyat sengsara sampai terpaksa kibar bendera putih sampai parlimen tu kena tutup. 


Jadi bila supply minyak banyak , demand tak ada, memanglah minyak murah. Bila dia kata ramai yang menanti harga minyak tu, mungkin dia imply kepada Un sahaja, sebab saya tak nak zaman PKP, nak keluar pergi solat Jumaat pun tak boleh. Kasihan juga penduduk kawasan yang dapat AP macam ini, padan Ching Peng pun dia boleh bedal sepupu. 


Btw, kalau harga minyak USD 20 per tong untuk tahun 2024, berapa banyak dividen yang terpaksa Petronas kurangkan kepada kerajaan?


Jadi anda tahu dari mana Un dapat kecerdikan mereka, ini mungkin salah satu contoh kecerdikan tiruan yang mereka duk jaja.



BUAT RAZMAN. PADAN MUKA HANG... KALI NI KENA SAMAN NAK AMBIK DUIT MANA? AKU DENGAR KOR MING NAK SAMAN HANG 10 JUTA...


W. FAUZDIN


 *padan muka*


🔻🔻🔻🔻🔻


PAS tgh gelabah sebab Razman dah kantoi teruk.


1. Dia dapat info orang DAP kibar bendera China.

- Kantoi. warga China yg buat.


2. Dia dapat info Nga Kor Ming rasmi event tu.

- Kantoi. Menteri ada kat KL.


3. Dia acah kenapa takde tindakan.

- Kantoi. Polis SUDAH panggil penganjur dan 16 warga China tu.


4. Razman buat demo ucapan racist semalam.

- Kantoi. Takde permit dan Polis akan siasat ucapan.


Razman bakal kena saman. Bakal kena kutip.

Duit dah takde. Bersatu tak bagi sign MOU. GISBH dah frozen. Safehouse pon kantoi.


No wonder lah PAS gelabah teruk 😂.


C&P



DIA NAK JADI HERO LA KONONNYA... NANTI SAMPAI PILIHANRAYA NAMA TAK NAIK HANG JANGAN MENGAMUK PULAK


 

NAK JADI AHLI PARLIMEN KA NAK JADI LEBAI


 

DENGAR DAN HADAM BETUL BETUL ISU SUBSIDI PETROL 95..JANGAN DENGAN MUAR.. SEBAB DIA DULU PUN RAMAL BAB AYAM.... TAK GUNA PUNYA RAMALAN.


 

WALAUN.. MATEMATIK TAK LULUS MANA NAK FAHAM BAB SYER DAN JUGA %

 


RAFIZI SEKOLAHKAN SADDIQ ! "STANDARD APA BEKAS MENTERI TERMUDA INI" ?

MP MAHU BERBAHAS TETAPI DIGANGGU OLEHMP ARAU YANG TIDAK HABIS TUNJUK KEB...

BERGETAR SUARA MP PAS BERTANYA SOALAN DAN PANTUN PUN TERGANTUNG APA PUN ...

TUTUH RAPAT.! LAWAK SANUSI TERJEMAH a.i "KEPANDAIAN TIRUAN. HADI BAPAK P...



SANUSI MAD NOOR. Menterjemah Maksud AI. Mengikut Nafsu Beliau Menampakkan Beliau Tidak Tahu Maksud Dalam Bahasa English. Sangat Memalukan Apabila Menjadi Pemimoin Dizaman 2024 Berteknologi Ini Tidak Mengetahui Bahasa English. Kedua Hadi Awang Hilang dari Radar Parlimen Apabila Beliau Sebagai Wakil Rakyat di Parlimen Sangat Kerap Ponteng dari Kehadiran Ke Parlimen. Beliau sudah Puluhan Tahun Menjadi Wakil Rakyat, Akan Tetapi Beliau Tidak Membawa Suara Kesusahan Rakyat Di Parlimen Beliau. Jom Tonton Hingga Tamat. Pelbagai Perkongsian Video akan ditunjukkan Didalam Video Solihin Shabudin. Harap Memberi Manfaat Kepada Para Penonton dalam Siaran Ini. Terima Kasih, Teruskan Menonton Hingga Tamat.





NAK KIBAR BENDERA ASING MESTI ADA SEBAB YANG KUKUH – MCA



27 October 2024

MCA mencabar mana-mana pihak yang boleh menyebut atau menyatakan kalau ada mana-mana negara lain yang membenarkan kibaran bendera lain di negara mereka.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, sudahlah perhimpunan yang dianjurkan di tempat awam adalah perhimpunan haram, ditambah lagi mengibarkan bendera asing asing di bumi Malaysia.

Beliau turut mempersoalkan, sekiranya betul mereka yang kibarkan bendera asing tu adalah dalam kalangan warga asing sekali pun, kenapa tidak kelihatan bendera Malaysia yang turut dikibarkan bersama oleh pihak penganjur yang diyakini adalah warga Malaysia.

“Siapa penganjur? Bukankah Teluk Intan itu di Malaysia? Bukankah itu sepatutnya menjadi tanggungjawab dan hasrat setiap warga Malaysia untuk mempromosikan Malaysia, apatah lagi di kawasan-kawasan pelancongan kita sendiri?

“Fikir-fikirkanlah. Ini bukan isu politik atau isu perkauman. Tetapi ini adalah isu kedaulatan dan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak sedar akan tanggunjawab kita untuk menjunjung martabat dan mempertahankan kedaulatan negara kita sendiri. Malaysia, tanah tumpahnya darahku,” katanya dalam satu kenyataan di ini.

Jelas beliau, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kepada setiap warga Malaysia agar taat setia kepada negara seiring prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

Malah, setiap warga negara Malaysia perlu memiliki jati diri dan semangat cintakan negara Malaysia.

“Bersusah payah nenek moyang kita berjuang bersama-sama memerdekakan negara daripada kuasa penjajah, kenapa pula hari ini kita hendak mengagung-agungkan negara lain selain negara sendiri?

“Hormat dan semangat setiakawan pun ada batasannya. Jangan sampai kita menggadai maruah dan kedaulatan negara sendiri. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,” tegasnya lagi.

Menjawab persoalan mengapa boleh mengibarkan bendera Palestin tetapi tidak pada bendera China, Choo Seong berkata, ini adalah isu antarabangsa.

Penindasan tentera zionis dan solidariti masyarakat dunia ke atas serangan kejam hingga membunuh ramai kanak-kanak serta orang awam yang tidak berdosa di bumi Palestin.

Bahkan, terbukti jenayah perang ini turut mendapat reaksi dan tentangan banyak negara melalui resolusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ini adalah isu antarabangsa.

Katanya, mengibarkan bendera Palestin kerana dua perkara di atas adalah sangat berbeza dengan tindakan segelintir pihak yang mengibarkan bendera asing yang lain tanpa bersebab.

“Saya tidak kata langsung tidak boleh mengibarkan bendera negara asing, tetapi ia perlulah memiliki sebab yang kukuh. Misalnya di kejohanan sukan antarabangsa, sudah tentu ada bendera negara asing yang dikibarkan, atas sebab penyertaan negara tersebut.

“Begitu juga dengan peristiwa atau hari-hari penting yang diraikan seperti ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. Sudah tentu kita dapat melihat bendera kedua-dua negara dikibarkan secara bersama sebagai simbolik hubungan akrab kedua-dua negara.

Justeru timbul persoalan, apa sebab dan motif mengibarkan bendera negara China di dalam sekolah di Malaysia dan terbaharu, di tempat awam di Teluk Intan?

“Siapakah penganjur program tersebut ??


SOALAN PADU DARI MP PENYOKONG MADANI MEMBEZAKAN STANDARD AHLI PARLIMEN P...

BERTANYA KHABAR


 Dalam perjalanan menuju ke program ketiga di Perak, saya singgah sebentar di gerai buah-buahan di Ipoh. 



Sempat bertanya khabar terutama tentang keadaan perniagaan di situ, sebelum membeli buah kelapa, mangga, pisang dan dokong. Semoga perniagaan saudara terus dilimpahkan rezeki, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI

#ApaKhabarOrangKampung



SOALAN PADU DARI MP PENYOKONG MADANI MEMBEZAKAN STANDARD AHLI PARLIMEN P...

PEMILIHAN DIPERCEPAT... MASA NI HANGPA KENA KUAT BUAT KERJA. LEPAS NI MELENGKAQ MACAM ULAQ SAWA.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.



Beliau yang juga Presiden PKR berkata pemilihan yang dipercepatkan akan membuka ruang kerjasama antara tenaga muda dan pemimpin lama untuk berganding bahu menguruskan parti dengan lebih efektif.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



NAK TUNJUK ALIM.


W. Faudzin


 Masjid dekat je kat situ...tapi punyalah nk tunjuk islam terancam dgn bendera china...walaun sanggup buat benda gini. 🤣



AKHIRNYA INI JAWAPAN PM DS AWNAR ISU KENAPA TIDAK AMBIL GAJI YANG DIPERS...

DIA NI MEMANG CAKAP BANYAK KISAH DIDIKTV XAN BUKU KAFA BELUM LAGI CERITA PANJANG LEBAR.

 


Aku ada tengok satu video tadi. 𝗥𝗮𝗱𝘇𝗶 𝗝𝗶𝗱𝗶𝗻 kena 𝗸𝗶𝘁𝗮𝗶 dengan 𝗠𝗣 𝗝𝗲𝗹𝗲𝗯𝘂, tak silap aku. Niat Radzi kononnya nak sindir kerajaan tentang peruntukan. Sekali kena ke dia balik. 𝗦𝗲𝗸𝗲𝗹𝗲𝗺𝗽𝗮𝗽 jatuh atas muka dia.


Cerita MP Jelebu, 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗹𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶𝗮𝘀 bercakap tentang sekolah daif, sekolah agama yang dinding dan lantai dibuat daripada kayu. Tapi ada penyaman udara yang 𝗱𝗶𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


Tiba-tiba Radzi Jidin menyampuk. Katanya, penyaman udara tu disumbangkan dengan duit peruntukan. Kalau pembangkang dapat peruntukan, 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮.


Tapi jawapan MP Jelebu memang kelas. Katanya, dia sebagai ahli parlimen dapat gaji dan elaun. Penyaman udara tu baru RM2,400. "𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝙞𝙣𝙛𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝘨𝘢𝘫𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘩𝘢𝘭𝘢." Fuh! Berdesing!


Kalau Radzi Jidin tu orang beriman, dia patut berasa malu. Nampak sangat dia dan MP Pembangkang yang lain 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗶𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗮𝗯 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Tak dapat peruntukan pun, gaji dan elaun tetap ada.


Tak. Gaji untuk dia pakai sorang. Untuk rakyat mesti kena tunggu dapat peruntukan kerajaan. Sanggup dia 𝗸𝘂𝘁𝗶𝗽 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗸𝗮𝗵 dengan alasan untuk membantu rakyat tapi duit gaji dia, langsung tak nak usik. 


Sebab tu dia timbulkan isu 𝗣𝗠 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗴𝗮𝗷𝗶. Sebab pembangkang jenis tamak dan kedekut dengan rakyat.


Berpuluh tahun Keadilan dan PH jadi pembangkang dulu tak dapat peruntukan pun. Rafizi sampai buat 𝗣𝘂𝘀𝗮𝗳 𝗞𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 sebab nak elak kos sewa pejabat. Tapi pembangkang sekarang...


Takpe la. Mereka tu 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗮𝘆𝘂. Tak mampu  berfikiran kreatif untuk membantu rakyat. Yang penting, jadi MP dapat elaun. Duit banyak boleh kahwin dua. Rakyat tu boleh salahkan kerajaan pusat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MASA NI DIAM

Desa HM


 Masa ni Pemuda 'Parti Islam Se China (PAC)' kerah ahli2 depa buat report polis tak?...


Tanya jer.


🙄🙄🙄




“Lawan korupsi bersama Pak Sheikh adalah belajar hidup.” - Roh Ibrahim



 “Lawan korupsi bersama Pak Sheikh adalah belajar hidup.” - Roh Ibrahim


+++++++


1. Lim Kit Siang otai politik memang mahir dalam ramalan dan hala tuju politik Malaysia.


2. LKS buat pendedahan Anwar akan jadi PM yang paling lama.

Hal ini kerana House of Najib semakin melemah dalam UMNO,

klimaks walaupun dengan sokongan Annuar Musa Isham J dan Eric C,

kerajaan perpaduan menang besar dan rampas kerusi PAS di Kelantan.


3. Bukti penguat lagi Majlis Raja-Raja Melayu(MRR) menunjukkan kuasa sebenar mereka dengan lantik roh ibrahim sebagai PM10.

MAHiaddin Md Yasin yang biadap dan derhaka dengan Sultan , end up kalah besar di negeri Sultan Ibrahim.


4. Sultan Ibrahim juga yang lantik pengerusi RCI batu putih supaya MAHathir GrandMaster Freemas0n kantoi masuk penjara.

Tetapi Anwar Ibrahim kata belum masanya lagi, TMJ marah gila.


5. So penyamaran Hanipa Maidin dilakukan untuk bagi balance.

Kes pengiring TMJ pukul driver OKU, ngelast dia senyap, huhu..


6. Bila nampak susah melalui RCI, MRR gesa letak SPRM bawah Agong supaya lagi senang Atok dan konco-konconya didakwa.


7. Lagi sekali roh ibrahim ajar raja raja supaya jangan dimatikan seorang diktator, dan melahirkan seorang dan banyak lagi diktator.


8. Jelas kekuatan Anwar adalah raja raja melayu dibelakangnya.

Sudah kena konkrit habis.


9. LKS yang juga seorang mas0n cina , tahu Anwar lah benteng terakhir MRR(Majlis Raja Raja Melayu).


10. 2 Mah pula tak pernah menang lawan Zahid Hamidi mas0nslayer.


11. Sebab tu tahun 2024 end game Sultan Kelantan bagi Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia kepada Pak Sheikh.

Tahun 2018 time jadi Agong dibaginya pengampunan penuh supaya bangkit kembali dan kalahkan MAHathir.


12. Tambah perisa , Sultan Kedah juga bagi darjah Dato' Seri Diraja kepada Anwar,

siap pakej warning Nusibat Ashabul Karaoke ;

mintak maaf segera dengan Sultan Selangor .


13. Sultan Selangor juga adalah seorang mas0n yang berjaya di "neutral" kan.


14. Pada tahun 2015 Najib sumbat Anwar masuk jail kerana takut kalah pilihanraya.

Sebelum itu pada 3 November 2014 House of Najib paksa Sultan Selangor tarik balik gelaran dato seri dari Anwar.


15. Karma cash is king akhirnya makan tuan.

Walaupun Pakatan Rakyat berjaya dimatikan dengan sihir Black Rose RM90 juta, wamakaru wamakarallah.

Najib kena tikam dengan MAHathir.


16. Pakatan yang ketika itu tidak ada calon pelapis berjaya kalahkan Najib dan proksinya PAS yang membentuk kuasa ketiga untuk menangkan BN.


17. Namun perjalanan reformasi DSAI tidak mudah, kena terima MAHathir .

End up Langkah Sheraton berlaku MAHathir dan proksinya MAHiaddin berjaya tarik PAS dan UMNO join kerajaan membentuk 99% kerajaan melayu islam tebuk atap.


18. Najib yang sangka berjaya PM tepi kan Anwar sampai bila-bila telah jadi raja troll dan ikon rempit bukan bisher bisher. Kah :P


19. Kemenangan PRK Melaka dan Johor telah bagi cahaya sakau kepada House of Najib untuk jadi abang besar semula.


20. 2 Mah ketika itu cukup marah dengan Najib dan meletakkan Ismail Sabri sebagai proksi.


21. Rancangan 2 Mah adalah untuk sumbat Najib , Anwar dan Zahid masuk penjara sekaligus bubarkan UMNO.


22. Ismail Sabri mendapat arahan dari istana supaya buat MOU dengan Anwar, incase 2 Mah dan H.o.N ugut untuk jatuhkan kerajaan.


23. Playmaker MOU antara kerajaan dan pembangkang ketika itu digerakkan oleh TYT Penang.

Sebab Pak Sheikh orang Ceruk Tok Kun.


24. Syukur Alhamdulillah berjaya.

2 kali tau Anwar dapat Darjah Yang Mulia dan Darjah Utama dari TYT Penang.


25. Next move pula dari istana Perak,

Peja bekas MB Perak dijatuhkan;

dan dengan restu payung kuning Perak juga Anwar berjaya tanding di Tambun untuk kalahkan Peja.


26. Sekarang sudah nampak kan betapa kuasa raja-raja melayu cukup kuat dalam demokrasi ciptaan Lord Reid yang kita guna skang ni.

You kena ada roh UMNO , ibu dan pelan induk kalau nak jadi perdana menteri.


Nak terima ataupun tak , kena hadap jugak.


27. TYT penang , Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor, Sultan Kelantan memang cukup marah dengan Najib.

UMNO pun tak akan memaafkan segala kerosakan dan sihir Black Rose cash is king.


28. So MRR dan UMNO lah yang suruh Ismail Sabri sumbat Najib masuk penjara.

Sultan Selangor dan TYT Penang selepas itu tarik balik darjah kebesaran yang diberikan keapda Najib.


29. Kalau Anwar yang PM time tu saya yakin darjah kebesaran Najib tak akan ditarik,

dia takkan bagi sepertimana MRR skang ni nak sumbat 2 Mah masuk penjara dengan RCI Batu Putih dan pegang SPRM.


30. Yang kuatkan roh madani skang adalah semuanya dari UMNO dan PEJUANG. PKR itu sendiri serpihan UMNO.

Inilah dinamakan bijak berpolitik. Bila 19 parti join, maka PN is gone.


31. Pada tahun 2024 end game juga Sifu M mendendangkan lagu phoenix bangkit dari abu kepada Pak Sheikh,


"Kami doakan.. "


"Cinta yg plg rahsia adalah mendoakannya... ”


32. Bagi ahli tasawuf , roh madani leluhur melayu sufi centrist adalah bagian dari meditasi,

seperti saat kita menarik separuh nafas , sebelum kembali kepada realitas kehidupan.


Jangan putus doa sobat ~


33. Selain raja, seluruh mufti dunia islam juga solid dan tak segan silu lahirkan sokongan

dan doa depan public .

Semoga usaha saudara Anwar berjaya lawan mas0n dan sihir ilmu hitamnya seluruh dunia.


34. Cara phoenyx kesatria pinisepuh counter sihir BR adalah dengan sekat sumber kekayaan.

Sebab tu rumah Azmin kena serbu SPRM. Rumah Hamzah di Damansara kena gempur dengan LHDN.

Mahkamah Tinggi arah Daim bayar RM313.8 juta kepada LHDN.


35. Mengikut laporan SPRM berkenaan aset House of Daim dan 60 tingkat menara Ilham, sekitar RM50 billion telah dibekukan dalam dan luar negara.

Money trail lebih 222 branch semua menuju ke arah Swiss Bank.

Dekat market skang ni House of Daim ada sekurang-kurangnya RM65 billion share.


36. Untuk MAHathir GrandMaster Freemas0n pula kekayaannya adalah 3 kali lipat lebih dari Daim,

sebab itu keempat-empat anak kandungnya bertitle billionaire.


37. 1 mata telah terkorban, tinggal 3 lagi. 1 + 3 

Angka 4 telah mematikan 3 Mah dan H.o.N.

2024 end game.


38. Mas0n cukup takut dengan angka 13 sebab klimaksnya 1 + 3 bersamaan 4.

Cina yang jaguh berdagang sanggup gantikan 1+3 dan 3A ,

seakan roh mereka merasakan langsung energi dari angka 4 itu.


39. 2013 Anwar kalah dan pengsan dibenam House of Najib.

Tok Guru Najib itu adalah MAHathir.

2024 semuanya berakhir.

Media pada 24 Nov 2022 semua tulis penantian 24 tahun....

Fuhhh ~


40. Seolah sudah diatur takdir, doa Almarhum Tok Guru Nik Aziz termakbul,

kalau bukan Najib, Zahidlah yang akan tolong Anwar untuk menang(baca kalahkan freemas0n).


41. Roh Ibrahim kini teguh pada keyakinanNya bahawa wilayah sufi yang tiada keakuan adalah bentuk penyerahan.

Penyerahab diri kepada semesta, alam, juga Sang Pencipta.

*

*

*

Dengan bergaji minimum RM1,700, angka 17 adalah jalan cinta dan keseimbangan.

Mengikut falsafah Pythagoreans , 6 adalah nombor setan. 13 adalah nombor azazil/iblis. 8 adalah nombor bagi Tuhan.

1+7=8 . 17 juga adalah titik tengah atau kayangan.


Seorang sufi tasawuf bernama Jabir ibn Hayyan juga mengatakan semua di dunia ini adalah angka 17.

The law of equilibrium a.k.a hukum keseimbangan.

Dan tak pelik setiap ahli sufi bila dia fana' pasti akan mengatakan hidup ini imbang.

Teruskan lelaku.


Gaji minimum RM1,700 dari sudut kerohaniannya adalah permulaan yang sangat baik.


++++++++


Klimaks bulan 10 tahun 2024 adalah permohonan maaf Najib dalam skandal rasuah 1MDB yang berlaku di zamannya.


Ada yang kata itu selangkah dia mendapat tahanan rumah.


Bagi saya, Najib dah kena game.

Raf game kan Eric C playmaker dia.

MRR game kan Najib supaya mengaku salah saja untuk bebas penjara a.k.a dapat tahanan rumah.


Bila dia dah mengaku salah, maka bila kes 1MDB berlangsung tak lama lagi, hakim akan katakan dia bersalah.

Bagi ayat drama sikit hukuman dikurangkan bla bla bla kerana banyak jasanya. Settle ~


UMNO plak game kan Najib dengan lantik anak dia jadi ahli lembaga dan bawak suara dan watikah Najib dari penjara.

So undi putih UMNO yang diterima pada tahun 2018 akan kekal milik kerajaan PERPADUAN,

kerana bagi mereka daripada dapat ke lebai PAS,

lagi baik Anwar.

Anwar ni fighter dan banyak jasa macam Dato Seri Najib.


So PAS paham-paham sendiri la, nak dapat dan pecahkan undi putih UMNO dalam PRU16, kena buang 2 Mah takde cara lain.

Dedak makin lama makin mutus.


Tanpa duit, Perikatan Nasional akan semakin kurus.

Tanpa PAS, Perikatan Nasional akan karam terus.


Kalau PAS lambat, BERSATU yang akan join roh madani dulu.

6 MP mereka dah buktikan.


Kejatuhan yang bermula dengan angka 6.

Menuntun kepada 66% sahaja pengundi putihnya yang akan keluar mengundi.


Dalam undian di parlimen pun semua Pak Sheikh berjaya neutralkan, berakhir dengan angka 6 juga,

206 ahli parlimen bersama PMX.


GG


Hanya syed saddiq yang bangkang undi tak setuju;

sebab marah PMX tak nak tolong kes mahkamah tingginya.


14 yang tak hadir itulah kekuatan sebenar combo MAHADI, MAHAthir dan haji hADI sekarang.


__________


Maka biarkanlah kejatuhan Perikatan Nasional itu berlaku dalam diam.

Yang paling mustahak tidak ada pertumpahan darah.


Itulah kelebihan Malaysia;

Dengan stail stoic sufi,

Separuh nafas, kuhembuskan untuk cinta. . ..


Catatan Kembara Wisata Roh,

27 Oct 2024;

8.40PM Malaysia Time.