Jangan polemik istilah 'kafir', elak Islam dipandang serong - Ust Zawawi

 



Oleh: Abdullah Zaid



Polemik perkataan 'kafir' yang sengaja diambil di luar konteks oleh pihak pro pembangkang untuk memburuk burukkan imej Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dikhuatiri hanya akan menyebabkan masyarakat bukan Islam memandang serong terhadap agama Islam serta penganutnya.



Bagi Penyelaras DUN Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, istilah kafir sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran dan hadis adalah untuk menunjukkan perbezaan di antara orang yang beriman dan orang yang kufur kepada Allah SWT.



Bagaimanapun kata mantan Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh, Jalan Kebun, Shah Alam itu, penggunaan istilah tersebut dalam konteks interaksi bersama orang bukan Islam perlulah mengikut kesesuaian keadaan, tempat dan situasi agar ia lebih harmoni.



"Al Quran menyebut perkataan kafir tetapi dalam gerak kerja dakwah kita mengelar orang bukan Islam sebagai non-muslim kerana panggilan itu lembut (uslub dahwah) kepada mereka," katanya kepada Suara Keadilan.



Beliau berkata demikian mengulas isu kafir yang mencetuskan pandangan berbeza dalam kalangan mufti mengenai perkara berkenaan.



Isu tersebut timbul selepas tular video ucapan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang dikatakan mengharamkan penggunaan istilah kafir di rumah dan dalam kalangan anak-anaknya.



Fadhlina bagaimanapun dilaporkan berkata, video tular itu telah diambil di luar konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta kredibiliti beliau.



Sehubungan itu, Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pusat telah membuat laporan polis ke atas video terbabit yang berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja)



Mengulas lanjut, Zawawi yang juga bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor mengingatkan penyokong pembangkang agar lebih berhati-hati dan tidak membuat kenyataan yang boleh menimbulkan ruang fitnah.



Katanya, kata-kata kesat dan tuduh menuduh di media sosial tidak akan menguntungkan umat Islam.



"Ucapan video itu digunakan secara di luar konsensus dan ada yang cuba mengambil kesempatan untuk mencari sokongan politik.



"Sikap sebegini perlu dielak kerana hanya akan merugikan umat Islam (menjauhkan bukan Islam) sahaja," katanya lagi.

 

Menyanggah Mufti Perlis dalam polemik kafir: Siapa yang auta, buta fakta?


Abu Mishkat



1. Mufti Perlis membuat penghantaran lagi dengan panjang lebar bertajuk ‘POLEMIK PERKATAAN KAFIR: ANTARA FAKTA DAN AUTA’ untuk mempertahankan andaian-andaian jahatnya yang menggambarkan Menteri Pendidikan YB Fadhlina Siddiq mempunyai “akidah yang parah yang sedang membarah.” 


2. Sepatutnya sebelum membuat serangan mempertikai akidah muslim, ambillah langkah bertanya empunya badan dahulu (tabayyun) tentang maksud ucapannya. Malangnya setelah YB Menteri Pendidikan memberikan penjelasan pun, sang mufti itu terus menyerangnya dengan prasangka-prasangka jahat kononnya menyembunyikan video penuh kerana takut terdedah agenda tersembunyi. Di mana akhlak minimum sesama muslim untuk berbaik sangka? Sedangkan Usamah bin Zaid cucu angkat kesayangan Rasulullah SAW pun diherdik oleh baginda: “Adakah kamu telah membelah dadanya (dan melihat imannya)?” apabila Usamah memberitahu dia membunuh seorang musyrik setelah musyrik itu mengucapkan syahadah kerana takut dibunuh. 


3. Kesan daripada andaian-andaian jahat itu, semua maklum betapa teruknya YB Menteri Pendidikan dilabel sebagai kafir, kafir back up kafir, cuba mengubah ayat al-Quran, mengharamkan perkataan yang Allah sebutkan dalam al-Quran dan sebagainya. Ternyata Mufti Perlis telah membuka pintu maksiat takfiri seluasnya, sedangkan beliau merasakan beliau melakukan amar makruf nahi munkar. 


4. Untuk menjawab para 1 dan 2 penghantaran Mufti Perlis, di mana beliau mengatakan kempen agar tidak memanggil orang bukan muslim sebagai “hai kafir” adalah tidak realistik dalam masyarakat Malaysia. Hujahannya, panggilan itu tidak berlaku kecuali dalam konteks pergaduhan dan hilang pertimbangan.


5. Cernaan Mufti Perlis terhadap isu dan persoalan sangat tersasar dalam hal ini. Larangan ramai ulama agar umat Islam tidak menggelar warganegara bukan muslim sebagai kafir itu bukan terhad kepada panggilan “hai kafir” secara berdepan sahaja. Bahkan mengistilahkan mereka sebagai kafir dalam percakapan seharian, dalam tulisan, dalam kenyataan-kenyataan dan perbualan orang Islam adalah dilarang jika ia tidak disenangi oleh orang bukan muslim. 


6. Menurut Syeikh Rasyid Ridha (meninggal 1935M) dalam Tafsir al-Manar (7/556): “Kebiasaan lafaz kufr dalam al-Quran dan pada adat penggunaan para fuqaha asalnya bermaksud percanggahan dengan keimanan yang sahih. Kemudian pada kebiasaan para penulis zaman kini, ia bermaksud golongan atheis yang tidak percaya kewujudan Allah SWT. Maka memberikan gelaran kufr atau kafir kepada setiap manusia yang ada agama adalah satu bentuk celaan dan penghinaan. Maka gelaran begitu terhadap orang yang diharamkan kita menyakitinya (rakyat bukan muslim / dzimmi) adalah HARAM dari segi syarak apabila dia tersakiti, lebih-lebih lagi dalam pengucapan.”


7. Beliau berkata lagi dalam Majallah al-Manar 1/17: “Lafaz kufr digunakan dalam kebiasaan para penulis zaman kini untuk golongan atheis… Kita tidak sebutkan kufr/kafir untuk penganut agama lain yang berbeza dengan agama kita, kerana mereka bukan kafir dengan makna sebenar. Bahkan kami berpendapat TIDAK HARUS menggelarkan kafir kepada mereka  kerana pada hari ini ia sudah menjadi satu celaan dan cercaan yang melukakan..” 


8. Lama sebelum beliau, seorang ulama terkemuka mazhab Hanafi dari Mesir, Ibn Nujaym a-Hanafi (926-969H / 1520-1563M) dalam kitabnya al-Asybah wa al-Nazoir (halaman 217): “Sesiapa yang menyakiti orang lain dengan kata-kata atau perbuatan – walau hanya kenyitan mata – dan sesiapa yang berkata kepada non muslim dzimmi “hai kafir”, orang itu berdosa sekiranya kata-kata itu menyakitinya.


9. Berkata pula Sayyid Ahmad bin Muhammad al-Hamawi al-Hanafi (meninggal 1098H di Mesir) dalam kitabnya Ghamzu ‘Uyun al-Basoir Syarhu al-Asybah wa al-Nazoir (jilid 2 halaman 182): “Dia (pengarang) berkata dalam kitab al-Bahr (iaitu kitab al-Bahr al-Raiq Syarh Kanz al-Daqaiq oleh Ibn Nujaym al-Hanafi juga): “Akibatnya (orang yang menyakiti itu) boleh dihukum ta’zir kerana dia telah melakukan perbuatan dosa.” Ta’zir adalah hukuman yang lebih rendah daripada hudud, sama ada pemenjaraan, sebatan, denda wang atau apa-apa sahaja hukuman yang ditentukan pihak berkuasa perundangan.  


10. Berdasarkan dalil dan rujukan-rujukan berkitab di atas, adakah perbuatan mengharamkan panggilan kafir kepada orang bukan muslim itu dimulakan oleh YB Menteri Pendidikan? YB Menteri Pendidikan hanya mengharamkan untuk anak-anaknya di rumah, sedangkan sejak hampir lima ratus tahun dahulu para ulama mengharamkannya untuk umat Islam dan diancam hukuman ta’zir.  


11. Ternyata kegelojohan Mufti Perlis dalam hal ini (dengan gaya poyonya seperti pengawal akidah umat Islam) telah mendedahkan dia terjatuh dalam gaung kejahilan. Bukan sahaja terdedah kejahilannya terhadap istidlal para ulama, bahkan terdedah juga dosanya yang telah membuka pintu takfiri seluasnya di mana ramai warganet telah mengkafirkan YB Menteri Pendidikan. Sebaris dengan Mufti Perlis, soalan YB Afnan Hamimi yang bertanya “nak jaga hati siapa” juga telah menghantuk kepalanya sendiri yang jahil hukum Islam yang diistinbatkan oleh para ulama sejak dahulu.


12. Sekiranya Mufti Perlis ada ilmu dalam hal ini, soalan berbentuk andaian jahatnya terhadap YB Fadhlina itu sepatutnya dihalakan terlebih dahulu kepada para ulama yang disebut nama mereka di atas: “Apakah mereka telah mengharamkan al-Quran dan al-Sunnah dalam rumah mereka?  Atau apakah mereka menapis ayat-ayat yang sesuai dengan hawa diri mereka sahaja dalam rumah mereka? Atau, mereka tidak percaya al-Quran dan al-Sunnah berfungsi dalam kehidupan mereka? Atau mereka ingin mengubah ayat-ayat ALLAH dan hadis-hadis Nabi s.a.w. dengan satu edisi baru bikinan mereka?”


10. Pada pusingan ini terserlah kejahilan Mufti Perlis dalam menanggapi isu. Para ulama dan fuqaha kibar mengharamkan panggilan dan gelaran kafir terhadap penganut agama lain bukanlah kerana rendah diri atau apologetik terhadap kaum bukan muslim. Sebaliknya kerana mereka menegakkan ajaran Islam yang sebenar, iaitu larangan menyakiti orang lain termasuk orang bukan Islam khususnya rakyat sesama negara yang disebut dzimmi dalam istilah sains politik Islam zaman silam. Sandaran hujah mereka antaranya ialah ayat 8 dan 9 Surah al-Mumtahanah yang memerintah kita berbuat baik dan adil (al-birr wa al-qist) kepada non muslim yang tidak memusuhi dan hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang menzalimi mu’ahid (non muslim mempunyai perjanjian dengan orang Islam) atau mengurangi haknya atau membebankannya di luar kemampuan atau mengambil haknya tanpa kerelaan, maka akulah musuhnya pada hari kiamat” (Riwayat Abu Dawud dengan sanad Hasan, dinilai Hasan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani dan Syeikh al-Albani).


11. Tuduhan merasa rendah diri atau apologetik untuk memanggil dengan panggilan kafir yang dibuat Allah dalam al-Quran telah dijawab oleh Almarhum Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Khitobuna al-Islamiy fi ‘Asr al-‘Awlamah: “Aku tidak faham mengapa ucapan yang baik dan tutur kata yang elok dianggap lemah dan rendah diri. Kita tidak pernah rasa rendah diri terhadap akidah kita bahawa agama kita atas kebenaran dan setiap orang yang tidak beriman dengan risalah Muhammad dia adalah kafir. Semua orang yang ada agama percaya agamanya adalah benar dan selain agamanya adalah batil atau kufr. Ini satu perkara. Tetapi mengucapkan sesuatu perkataan yang menyakiti dan melukakan perasaan penganut agama lain, menyebabkan mereka menjauhkan diri, adalah satu perkara lain. Allah SWT tidak pernah menyuruh kita melakukan perkara itu, bahkan sebaliknya. Firman Allah (maksudnya): “Dan ucapkanlah (hai Muhammad) kepada hamba-hambaKu agar mereka berkata-kata dengan perkataan yang paling baik, sesungguh syaitan sentiasa menghasut di antara mereka (yang beriman dan yang menentang); sesungguhnya syaitan itu musuh yang amat nyata bagi manusia” (surah al-Israa: 53). Maka berdasarkan ayat ini, ustaz atau mufti yang menggalakkan orang Islam menggelar kafir kepada orang bukan Islam adalah golongan yang membuat kerja syaitan.


12. Pada para 3 dan 4 penghantarannya, Mufti Perlis mengoperasikan teknik logical fallacy untuk menegakkan andaian jahatnya. Beliau berkata, “kita perlu sedar bahawa usaha menghapuskan beberapa perkataan asas dalam akidah Islam sedang berlaku di peringkat antarabangsa..” Logical fallacy di sini ialah ketegori slippery slope, iaitu “when you said that if we allow A to happen, then Z will eventually happen too. Therefore A should not happen.”


13. Para 7 dan 8 tulisannya Mufti Perlis memberi alasan mengapa dia terlalu menghalusi isu ini, iaitu kerana status YB Fadhlina sebagai seorang Menteri Pendidikan. Dengan status Kementerian itu, Mufti Perlis bimbang Islam akan terpinggir dalam sektor pendidikan negara ini. Sementelah sebelum ini ada isu tidak dibenarkan takbir dan qunut nazilah, arahan kantin dibuka di sekolah dalam bulan Ramadhan antara perkara yang diakui ‘membingungkan’ oleh Mufti Perlis. 


14. Sebenarnya kebingungan Mufti Perlis itu adalah disebabkan beliau cuba mencampuri urusan yang di luar bidang dan pengetahuannya. Orang bingung yang tidak berkata-kata tidak menjadi masalah. Tetapi bila orang bingung banyak bercakap, ia boleh bertukar menjadi bangang. Saya tidak bermaksud Mufti Perlis bangang, tetapi sekadar peringatan saya bahawa orang bingung yang banyak bercakap boleh menjadi bangang. Minta maaf jika bunyinya kasar. 


15. Kita tidak menjadi bingung jika kita mempunyai ilmu pengetahuan bahawa Kementerian Pendidikan mempunyai dasar yang disebut Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang telah diluncurkan sejak 1986 lagi, iaitu ketika Mufti Perlis bersekolah di Tingkatan Tiga. Dasar itu bertujuan mewujudkan sekolah yang kondusif untuk semua kaum tanpa ada prejudis dan ketakutan, sama ada dalam kalangan murid atau pun ibu bapa. Bagaimana YB Menteri Pendidikan boleh membenarkan amalan yang boleh mendatang ketakutan murid-murid kaum lain dan menimbulkan kecurigaan ibu bapa mereka sedangkan dasar itu masih berkuat kuasa? Sekolah kebangsaan bukannya masjid yang dikhususkan untuk umat Islam.


16. Saya lebih tahu hal ini kerana saya berada dalam institusi pendidikan persekolahan selama lebih 26 tahun. Mufti Perlis yang pernah berada di institusi pendidikan tinggi tidak semestinya boleh memahami secara mendalam isu-isu di pendidikan rendah dan menengah. Lebih-lebih lagi beliau telah lama meninggalkan institusi pendidikan.


17. Orang yang bingung dan tidak tahu akan bercakap secara kontradik, atas semangat hendak memperjuangkan Islam kononnya. Kontradik dan percanggahan berlaku di mana dari satu segi kita kata kita hendak wujudkan sekolah satu aliran sahaja, dengan menghapuskan sekolah vernacular. Dari segi lain, kita tegar untuk mencorakkan sekolah kebangsaan itu seperti sekolah agama Islam atau umpama masjid untuk murid Islam bebas berdoa, bertakbir dan berqunut nazilah. Memang bingung dan membingungkan, seperti kata Mufti Perlis tentang keadaan dirinya. 


18. Sebagai seorang berkelulusan agama yang dipanggil ustaz, nasihat saya untuk diri saya dan sekalian asatizah, termasuklah juga mufti, janganlah kita terlampau ego dan angkuh dalam berkata-kata seolah-olah kita maha tahu semua perkara. Hormatilah orang lain dan berbaik sangkalah. Bilangan LIKE yang banyak tidak menentukan kebenaran di pihak kita. Setelah terlanjur kata membuat hukuman ke atas orang secara salah, mohonlah kemaafan walaupun ia suatu yang amat susah. Selamat menjalani ibadah puasa dan mengejar malam Laylatul Qadr. Mohon maaf jika saya juga tersilap.



DENGAR INI-MASA ANWAR TAK DATANG PARLIMEN, DIA LA HERO. BILA ANWAR DATANG DIA TAK DATANG LANGSUNG.


 

PAHALA BERZIKIR.


 


WALAUN KALAU NAK FITNAH PUN , CARI LA DULU SUMBER. TAK KAN LUPA MASA JADI KERAJAAN AYAM 12 SWKILO, TELOQ PUN TAK DAK, MINYAK MASAK 48 5 KILO. BODO KA LUPA ?


 

KES TUNTUTAN SULU...JOM DENGAR PUTAR BELI PUAK SULU NI.



 

TU DIA AIHHH... SANUSI DOK MOHONG APA TU- KALAU MAJU BAGI ADA AYAQ THU DULU


 

TEGURAN





Bila kita diberi kuasa, ia adalah ujian. Ingat lah, bila kita diatas, masa ini ramai yang akan konon berbaik dan mengambil kesempatan. Pastikan anda ada keluarga dan rakan-rakan rapat yang boleh menegur anda. Jangan pulak tidak hiraukan mereka, buang mereka demi mempercayai “rakan-rakan” bersifat lalang. 


Bahasa Inggeris untuk teguran adalah REPRIMAND. Bunyinya keras, tapi ingat, walau sebesar mana pun anda, ada lagi yang lebih berkuasa boleh REPRIMAND anda. Jika bukan di dunia sementara ini, nescaya anda tidak akan selamat di dunia abadi nanti. 


Sekadar muhasabah diri.

Jom ke masjid, sudah pengakhiran Ramadan.


Rafidah Abdullah



TREND BELI ONLINE MAKIN DIGEMARI





 Mungkin ada sesetengah tempat kurang orang, tapi ada tempat yang penuh. Jalan TAR masih ramai pengunjung.


Aku rasa trend sudah berubah, ramai beli online saja.


Aku pun sebagai pengguna, beli baju satu family di kedai online saja.


Baju melayu yang jadi profile picture tu dari Nagoya Textile, slim fit, RM69 saja.


Hesmes pun hesmes. Hnnss hnsss.



JANGAN BERLEMBUT SALAH TEMPAT


 Jamzuri Ardani


Kawan saya cakap, "kita jangan berlembut sangat dengan orang kafir, nanti dia pijak kepala kita."


Well ... secara umum kata-kata ini tidak salah. Sama juga dengan kata-kata, "ibubapa jangan berlembut sangat dengan anak-anak, nanti anak-anak tak tau hormat ibubapa".


Pun begitu kata-kata ini akan jadi problematic bila ianya difahami dan digunakan dalam konteks yang salah.  Ia boleh menimbulkan kecurigaan dan syak wasangka. Ia juga boleh menanam bibit-bibit perpecahan dan persengketaan jika tidak diurus dengan baik. 


Setengah orang mungkin mengambil faham dengan maksud, bila orang hina agama kita kita mesti hina agama dia balik. Bila orang tidak hormat kita, kita pun kena ada sikap kurang ajar terhadap mereka. Orang bersikap keras, kita pun kena keras. 


Seorang cendikiawan pernah berkata, "jangan kamu menjadikan seterumu sebagai guru". 


Kita umat Islam punya panduan untuk bertindak dalam setiap keadaan berdasarkan nas Al Quran dan sunnah Nabi SAW. Maka itu, bertindaklah mengikut ilmu bukan mengikut emosi kerana iblis sentiasa mencari ruang untuk memperdaya manusia.



6MP KEKAL. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN LEBIH BESAR DARI PERLEMBAGAAN BERSATU.


 

LAGI ISU SPANCO


 

LAGI ISU SPANCO


 

IKUTI KISAH SPANCO - ESOK PERBICARAAN PERTAMA

 


CABAR PAS GUNA PERKATAAN KAPIR YANG MELIBATKAN BANGSA ASING DSLAM PROGRAMNYA.


 

[LANGSUNG] Sidang media Ketua Polis Negara | 2 April 2024

LELAKI ISRAEL, PASANGAN SUAMI ISTERI BERDEPAN HUKUMAN MATI

 

Lelaki Israel dikenali sebagai Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata kepadanya, bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata ia berikutan kertas siasatan terhadap mereka dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Sebelum ini ketika Shalom ditangkap pada 27 Mac lalu, siasatan dijalankan mengikut Akta Pasport 1966 kerana dia sebagai warga Israel memasuki negara ini menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis. Namun, siasatan kini dijalankan terhadap kesalahan lebih berat, iaitu pemilikan senjata api.

“Begitu juga dengan pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun itu. Siasatan turut dijalankan mengikut Akta Senjata Api 1971,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Razarudin berkata, mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, boleh dihukum mati.

“Pada masa ini, kita masih menjalankan siasatan secara terperinci ke atas ketiga-tiga mereka.

“Ketika ini, kesemua mereka masih ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi membolehkan polis mengenal pasti motif sebenar pemilikan senjata api berkenaan.

“Lelaki warga Israel itu direman hingga 7 April ini, manakala reman terhadap pasangan suami isteri terbabit pula akan berakhir pada 5 April ini,” katanya.

Beliau berkata, sebarang proses susulan untuk sambung reman akan dimohon sekiranya pihak polis masih memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1230779/lelaki-israel-pasangan-suami-isteri-berdepan-hukuman-mati-jika-sabit


PM UCAP TAHNIAH KEJAYAAN ATLIT BARU SQUASH




 Tahniah saya ucapkan kepada pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari yang berjaya menjuarai kejohanan London Klasik menewaskan pemain No.2 dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.


Saya juga dimaklumkan bahawa beliau menjadi pemain Malaysia pertama mara ke final kejohanan bertaraf emas dalam saingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas kali terakhir dilakukan Datuk Nicol David pada 2015.


Tahniah sekali lagi saya ucapkan, semoga kemenangan ini akan mendorong lebih banyak kejayaan di masa akan datang.


#MalaysiaMADANI 


Foto: PSA Tour



KDN SAHKAN PASSPORT WARGA ISRAEL ADALAH TULIN

 


Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan pasport Perancis yang digunakan lelaki Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang pada Rabu lalu, adalah tulen.




S U B S I D I









Menurut World Trade Organisation, subsidi ditakrifkan sebagai sumbangan kewangan oleh kerajaan yang memberi manfaat kepada penerima. Berbeza dengan perbelanjaan, subsidi tidak menjana nilai tambah secara langsung.


Tujuan subsidi adalah sama ada untuk menurunkan kos sara hidup, ataupun untuk membantu mengekalkan kelangsungan sesuatu industri.


Contohnya dalam industri beras, import beras adalah lebih mudah dan murah, tapi bagi tujuan keterjaminan makanan,  pertanian padi tetap dijalankan walaupun kos operasi lebih tinggi, maka subsidi dari segi bentuk baja, benih dan bantuan khas tunai kepada petani diberikan.


Namun subsidi bukanlah HAK. Saya terkejut bila terbaca seseorang menulis bahawa subsidi adalah HAK.


Subsidi adalah keistimewaan atas kemampuan sesebuah negara.


Subsidi ni akan masuk dibawah belanja pengurusan. 


Setiap tahun kerajaan akan membentangkan belanjawan. 


Belanjawan terdiri daripada belanja pengurusan dan belanja pembangunan.


Prinsip dalam perbelanjaan ialah, belanja pengurusan perlu datang dari pendapatan, contoh pendapatan negara ialah cukai,dividen dll.


Manakala belanja pembangunan (CaPex)  boleh didapati dari hutang. Jika didapati dari hasil lagi baguslah. 


Kenapa boleh hutang? Sebab CaPex ni satu bentuk modal yang boleh menjana keuntungan pada masa akan datang.


Contohnya buat sekolah baru, lebuhraya, Lapangan terbang, pelabuhan dll.


Manakala belanja pengurusan (OpEx) ni pula boleh dikatakan belanja hangus. Contohnya gaji dan pencen, subsidi, peralatan dan perbekalan contohnya alatan pejabat, alatan pakai buang hospital, bayaran khidmat hutang dll.


Jadi, untuk pastikan OpEx ni boleh berterusan,  pendapatan negara mesti lebih atau sekurang-kurangnya sama dengan OpEx.


Jika tidak, kerajaan akan masuk ke fasa keberhutangan yang tinggi dan menuju bankrap. Sebab nanti bayaran khidmat hutang pun akan tinggi. Hasil kerajaan kena bayar hutang dan tak mampu bayar komitmen lain.


Maka sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, ia perlu membuat pilihan yang betul. Pilihan populis seperti PTPTN percuma, turun harga petrol dan tak rasional.


Piliham yang betul ialah mesti mengurangkan OpEx ni. Contohnya kurangkan perbelanjaan gaji, apa caranya kurangkan penjawat awam, bagaimana? Swastakan sesetengah bidang, optimumkan jawatan yang ada dll.


Kemudian apa lagi? Kurangkan pencen, bagaimana? Buat skim KWSP,  buat skim satu pencen tertinggi.


Lagi? Kurangkan subsidi. 


Ok dah sampai tajuk ni. Kurangkan subsidi.


Kenapa nak kacau subsidi? Sebab subsidi ni dah cecah RM81 bilion setahun. Tapi, bukan semua rakyat yang dapat manfaat. Ada isu seperti, penyeludupan keluar dan penggunaan oleh warga asing dalam negara.


Untuk kawal penyeludupan,  kerajaan perlu pulak lantik lebih ramai penguatkuasa,  kos lagi.


Warga asing pula hidup mudah di Malaysia, guna segala subsidi yang ada, duit gaji kumpul dan hantar ke negara asal.


Jadi rancangan nak rasionalisasikan subsidi ni dah difikir dan dibincangkan sejak zaman Tun Abdullah,  tapi huru hara masa tu bila petrol naik mendadak.


Zaman DSNR pula siap buat Strategi Lautan biru untuk optimumkan penjawat awam, bagi bantuan tunai BR1M dan program subsidi 1Malaysia.


Tapi ini semua masih tak cukup berani dan tak sistematik. 


Maka zaman Kerajaan Madani ni, diperkenalkan PADU. Melalui sistem ini nanti kerajaan akan salurkan bantuan tunai terus kepada rakyat Malaysia yang layak.


Tapi kerajaan juga akan tarik subsidi. Bukan sahaja petrol, subsidi elektrik,  beras, gula, gandum, ayam, telur semua akan ditarik.


Cuma berapa ditarik kurang pasti. Katakanlah ditarik 100%. Maka kerajaan akan ada RM81 bilion.


Dalam masa sama kos sara hidup rakyat akan meningkat, sebab kos bahan mentah akan tinggi.


Duit yang kerajaan ada akan disalurkan terus kepad rakyat Malaysia melalui bank dan e-tunai.


Jadi rakyat akan ada duit dan kembali membeli, kos tinggi tadi diserap melalui bantuan tunai.


Tapi kerajaan akan dapat jimat banyak, sebab warga asing seramai 3.5 juta orang dah tak dapat subsidi. 


Penyeludupan pun akan kurang, sebab barang di Malaysia lebih kurang sama sahaja dengan negara jiran.


Maka apa lagi yang berlaku? Pekerja asing mula minta gaji lebih tinggi sebab kos sara hidup di Malaysia dah tinggi.


Kat sinilah usaha kerajaan nak buat gaji progresif dan bermaruah berjalan serentak.


Bila gaji tinggi, ada sesetengah sektor pekerjaan yang selama ini dikuasai warga asing, mungkin mendapat minat warga tempatan.


Untuk tengok benda ni semua, memerlukan kerajaan yang kuat dan berani. Kedua-duanya kita ada sekarang. PMX ada 2/3 kuasa di Parlimen, beliau juga ada tiga tahun lagi tempoh sebelum PRU dan pasukan nya ada semangat untuk reform.


Apa kita perlu untuk menjayakan agenda ini? Rakan sekutu yang tidak khianat(geng DSNR) Contohnya Puad Zarkashi dan Wee Ka siong yang selalu kritik dan cuba jatuhkan Menteri Ekonomi dan kita perlukan pembangkang yang matang.


Benda baik pun bila pembangkang asyik kacau dan hasut rakyat akan terganggu juga.


Apa pun aku harap benda ni dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya kerajaan dapat buat pula reformasi dalam sistem kesihatan negara dengan mewajibkan insuran kesihatan nasional. 


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka 

#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



WARGA PMO KHATAM AL QURAN

 









Dalam kesibukan tugasan harian, saya sempat menyertai Majlis Khatam Al-Quran peringkat Pejabat Perdana Menteri semalam.


Alhamdulillah. Seramai 80 orang warga Pejabat Perdana Menteri yang terlibat telah berkumpul untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan tahun ini secara beramai-ramai. 


Majlis diadakan dalam penuh ketenangan dan kemerduan tatkala ayat-ayat al-Quran dibacakan.


Ia juga diserikan dengan kehadiran Mudir Madrasah Nahdhah Hasanah, Melele, Kedah, Syeikh Dr. Mohd Jamel Sadaqi Dato’ Mursyid Diraja Syeikh Tajuddin Al-Jarumi seraya menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘10 Akhir Ramadan, Keistimewaan dan Hikmah Dalam Membentuk Insan Madani’. 


Moga keberkatan bulan mulia ini terus dimanfaatkan dengan memperbanyak bacaan Al-Quran kerana amalan ini bakal menjadi syafaat di hari akhirat selain diangkat martabat golongan yang membacanya, InsyaAllah.


#MalaysiaMADANI



BEKAS PM MANA SENYAP SENYAP JUAL PULAU BATU PUTIH. PANGGE NAK SIASAT.. TAK DATANG.. TAK APA NANTI SIASATAN DIJALAN... KITA TANGKAP JA.


 

DENGAR CERITA NAK KEMBALI KEPADA PKR... ISHHHH... JANGAN BAGI LAH...


 

FUHHH UNTUNG OOO.. BULAN LEPAS 2K...BULAN NI 500..CUKUP DAH JOMMLAH TU... JANGAN SAKIT HATI.


 

HANG SEMBANG KEMAIN... PDRM TANGKAP TENGOK.. CAKAP PANDAI SANGAT... BOH LAM LOKAP SEMINGGU.. NAK TENGOK DOK CAKAP BESAQ SANGAT.


 

ZALIM OOOOO.... KESIAN PENIAGA... KATA ISLE....

 


KAH.. KAH.. KAH... PUNYA TAK MALU. DALAM TWEETER BUKAN MAIN GALAK... TAK GUNA SEDUIT AKAI.


 

200 peserta tanaman halia di Sabah dapat tapak, peralatan


 

Oleh: Abdullah Zaid



Seramai 200 peserta Usahawan Halia Madani mendapat manfaat peralatan dan tapak kebun di bawah Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia (PKKMM), baru-baru ini.



Presiden pertubuhan itu, Raymond Ahuar berkata, program tersebut adalah kesinambungan Program Paguguyuan XIII selain turut dibantu oleh Institut Pendidikan Guru (IPG), Sabah.



Selain itu, kata Raymond, pihaknya merakamkan penghargaan kepada syarikat swasta dan juga Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar yang membantu mengumpulkan dana sejumlah RM1 juta sebagai modal mengusahakan ladang tersebut.



"Selain itu kami berharap pihak Tekun Nasional dapat merealisasikan hasratnya membantu Usahawan Halia Madani Pedalaman Sabah secepat mungkin sesuai dengan janji Tekun Nasional semasa program Paguguyuan tahun lalu.



"Semoga program ini dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat di pedalaman," katanya dalam satu kenyataan.



Selain itu, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Peto Galim turut menghargai usaha yang digerakkan PKKMM dalam membantu masyarakat pedalaman Sabah menoktahkan kemiskinan tegar.



Beliau yang juga ADUN Inanam bersetuju untuk membantu para usahawan itu dengan mengarahkan Pegawai Jabatan Pertanian Daerah memberi laporan setiap bulan kepada pihaknya bagi urusan penambahbaikkan program.

 

Sekat royalti petroleum: T'ganu perlu rujuk Akta Laut Wilayah - KEADILAN Kemaman


 

Dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kononnya Kerajaan Persekutuan menyekat hak royalti petroleum Terengganu seharusnya dirujuk kepada Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750).



Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, di bawah akta berkenaan Terengganu pada hakikatnya tidak berhak ke atas royalti petroleum. Malah, kata beliau, akta itu tidak pula diubah oleh Pas ketika parti itu memerintah Kerajaan Persekutuan pada 2020 - 2022 lalu.



Oleh itu, daripada terus mentohmah Perdana Menteri dan kerajaan pusat bertindak zalim, kata Ahmad Nadhir, lebih baik kerajaan Pas Terengganu mencabar hak royalti negeri berkenaan di mahkamah.



"KEADILAN Kemaman mencabar kerajaan Pas Terengganu di bawah kepimpinan MB Ahmad Samsuri Mokhtar supaya mencabar keabsahan Akta Laut Wilayah 2012 berhubung hak royalti negeri Terengganu yang didakwa dinafikan kerajaan pusat



"Jika Kerajaan Negeri Terengganu benar-benar mempunyai alasan undang-undang yang kukuh berkenaan isu ini seharusnya pihak mereka memulakan semakan kehakiman dengan segera bagi menentukan keabsahan akta tersebut di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan.



Menurut Ahmad Nadhir lagi, sekiranya cabaran tidak dilakukan maka kerajaan Pas Terengganu tidak wajar membuat tuduhan liar kononnya Kerajaan Madani bertindak zalim menafikan hak royalti negeri itu.



"Juga tidak perlu aksi politik murahan mengadakan munajat perdana memohon doa megembalikan hak royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu bagi mewujudkan persepsi kerajaan pusat telah berlaku zalim.



"Ini adalah perbuatan yang hanya akan menyuburkan lagi politik takfiri dan perpecahan dalam kalangan masyarakat Terengganu



"Pas Terengganu yang mencanangkan politik matang dan sejahtera, seharusnya mereka gunalah saluran yang betul bagi menyelesaikan isu ini, termasuk saluran undang-undang dan juga rundingan dengan kerajaan pusat," katanya lagi.



Awal Mac lalu MB Samsuri mendakwa Kerajaan Persekutuan masih belum membayar royalti petroleum 2023 sejumlah RM1 bilion kepada Terengganu.



Dalam jawapan balas PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.55 bilion untuk pembangunan di Terengganu tahun lalu walaupun dana bersangkutan petroleum seperti wang ihsan dan sebagainya hanya berjumlah RM786 juta. Katanya terdapat juga peruntukan pembangunan yang disalurkan terus kepada rakyat melalui projek Persekutuan.



Untuk rekod, dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ke atas hak royalti berdasarkan Akta Laut Wilayah 2012 di Dewan Rakyat Februari lalu, setiap negeri hanya mempunyai hak ke atas laut wilayah di pesisir yang berdampingan dengan pantai wilayahnya, yang tidak melebihi 3 batu nautika dari garis air surut.



"Oleh yang demikian, Perjanjian Pembayaran Wang Tunai (Cash Payment Agreement) yang ditandatangani antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu memperuntukkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu boleh diberi pembayaran tunai sebanyak 5 peratus untuk petroleum yang didapati dan diperoleh (won and saved) di Kelantan dan Terengganu dalam jarak 3 batu nautika dari garis air surut.



"Namun, Petronas tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada negeri Kelantan dan Terengganu selama ini kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar 3 batu nautika dari garis air surut wilayah negeri Kelantan dan Terengganu," katanya ketika menjawab soalan bertulis dikemukakan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.