Kata nik zawaawi ketua Dewan Ulamak Lebai walauns.....Dia ni mana cerdik...padi pun dia kata tanam kat Singapura....

 May be an image of 1 person and text that says "inforakyat.net/kadar-ken IR Info_ RAKYAT Kadar kenaikan harga barang tidak seteruk negara lain -Timb Menteri 07/12/2021 7:15 PM Kadar kenaikan harga barang tidak seteruk negara lain .Kadar kenaikan harga barangan di negara ini tidak seteruk seperti banyak negara lain Areh"

Peringatan Polis kepada semua rakyat Malaysia yang wajib dibaca oleh semua orang.


  PERHATIAN!


 AMARAN KEPADA SEMUA KELUARGA!


 Kita semua sama ada di bandar atau luar bandar harus tahu keadaannya.


 Sebaik sahaja perintah pergerakan ditarik balik sebahagian / sepenuhnya.


 Kita mesti menjadi warganegara yang bertanggungjawab dalam mematuhi peraturan lalu lintas dan bersikap proaktif dalam melindungi diri dan harta benda kita.


 Sebilangan besar orang di luar sana, kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan serta tidak mempunyai banyak pendapatan atau wang selama bertahun-tahun, jadi mungkin ada kejadian jenayah yang akan berlaku secara tiba-tiba akibat kehilangan pekerjaan atau kesannya terhadap  perniagaan.


 1. Orang ramai hendaklah berhati-hati termasuk orang di rumah, kanak-kanak, sekolah dan kolej lelaki/wanita, wanita/lelaki yang bekerja.


 2. Jangan pakai jam tangan mahal.


 3. Jangan memakai rantai, gelang, cincin telinga, berhati-hati dengan beg tangan anda.


 4. Lelaki tidak boleh memakai jam tangan, gelang dan rantai yang mahal.


 5. Berhati-hati menggunakan telefon bimbit anda di khalayak ramai.  Usaha untuk mengurangkan penggunaan telefon bimbit di khalayak ramai dikhuatiri akan diragut dan dicuri.


 6. Jangan menaiki lif bersama orang yang tidak dikenali.


 7. Jangan bawa wang lebih daripada yang diperlukan.


 8. Pastikan kad kredit dan debit anda selamat semasa anda dalam perjalanan.


 9. Teruskan menelefon ke rumah setiap masa untuk memeriksa kebajikan ibu bapa, isteri dan anak-anak anda.


 10. Arahkan warga emas dan yang berada di dalam rumah sambil menjaga jarak selamat dari pintu utama, jika boleh pastikan pintu utama rumah dikunci supaya tidak didekati sama ada untuk menerima bungkusan atau surat.


 11. Bawa anak-anak pulang seawal mungkin.


 12. Jangan mengambil jalan terpencil atau jalan pintas untuk pulang ke rumah, cuba dan gunakan jalan Utama secara maksimum.


 13. Kanak-kanak apabila anda berada di luar perlu memerhatikan persekitaran anda.


 14. Sentiasa ada nombor kecemasan di tangan.


 15. Jaga jarak selamat dari orang ramai.


 16. Orang ramai kebanyakannya akan memakai topeng.  Pengenalan akan berbeza.


 17. Mereka yang menggunakan perkhidmatan teksi sila kongsi maklumat perjalanan anda dengan ibu bapa, adik beradik, saudara mara, rakan atau penjaga anda.  Dikhuatiri akan berlaku penculikan untuk mendapatkan wang tebusan.


 18. Cuba dan gunakan sistem pengangkutan awam Kerajaan.


 19. Elakkan bas yang sesak.


 20. Semasa berjalan-jalan harian anda, cuba dan pergi sekitar jam 6.00 pagi, pada waktu malam selesai maksimum pada jam 8.00 malam menggunakan jalan utama.  Elakkan jalan kosong.

 

 20. Jangan menghabiskan banyak masa di pusat membeli-belah, pantai dan taman.


 21. Jika kanak-kanak terpaksa menghadiri kelas tuisyen, biarkan orang dewasa atau ibu bapa turun dan menjemput anda.


 22. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda.


 Ini perlu diikuti selama sekurang-kurangnya 3 bulan atau sehingga keadaan keseluruhan bertambah baik.


 Kongsikan kepada semua orang yang anda PENTING.


 Minta semua pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan pemberitahuan demi kepentingan negara kita.


  #PROTECT_FAMILY

  #TINGGAL DI RUMAH

  #KITA_JAGA_KITA

  BACA INFO BERGUNA YANG SANGAT PENTING

HAI ...DULU MASA PANGGE SAIFUOOL NAK BAGI BIASISWA TAK KECOH PULAK..MEMANG LAYAK LA MEMALUKAN NEGARA SEBAB KENA KELENTONG DENGAN BUDAK CINA....

 

Najib kecewa hakim kanan sifatkan kes SRC ‘memalukan negara’





Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib Razak atas kesalahan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak kecewa dengan ulasan Mahkamah Rayuan berhubung kes SRC International Sdn Bhd membabitkannya yang disifatkan sebagai “memalukan negara”.

Dalam sidang media selepas keputusan rayuannya diumumkan, Najib berkata, sepanjang berada dalam kerajaan, beliau memberi penekanan kepada usaha mempromosikan kepentingan negara.

“Sepanjang penggal saya, jumlah aset negara meningkat daripada RM800 juta kepada RM2 trilion. Oleh itu, saya mencipta banyak kekayaan (untuk negara),” katanya.

Terdahulu, hakim Abdul Karim Abdul Jalil ketika menyampaikan keputusan mahkamah berkata: “Ini bukan bagi kepentingan nasional seperti didakwa, ini adalah memalukan negara.”

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib, yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International.

DAH RAMAI YANG BERHIJRAH KE ENGLAND. BETAPA RUGINYA MALAYSIA...SEBAB KERAJAAN YANG NGOK

 

Tunggu keputusan Jemaah Menteri, doktor kontrak tunda mogok hari ini




Doktor kontrak ketika kali pertama mengadakan mogok di seluruh negara pada 26 Julai.

PETALING JAYA: Hartal Doktor Kontrak (HDK) menunda mogok kedua di seluruh negara yang dirancang diadakan hari ini sementara menunggu keputusan mesyuarat Jemaah Menteri.

Kumpulan yang mendesak supaya pegawai perubatan kontrak diberi jawatan tetap itu berkata, keputusan membatalkan mogok itu selepas mengambil kira kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 26 Nov bahawa isu berkenaan akan dibawa ke Jemaah Menteri dalam masa dua minggu.

Sebelum ini dilaporkan lebih 5,000 doktor kontrak akan mengadakan protes hari ini berhubung beberapa isu tidak dapat diselesaikan membabitkan perkhidmatan mereka.

“Sekretariat HDK mengambil maklum kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bertarikh 26 Nov (di mana) dinyatakan bahawa dalam tempoh dua minggu dari tarikh tersebut, beliau akan membawa hal ini ke mesyuarat Jemaah Menteri agar penyelesaian dapat dicapai,” katanya dalam kenyataan.

“Sekretariat HDK dengan ini menunda seketika rancangan Hartal 2.0 bertarikh 8 Dis bagi menunggu penjelasan terperinci pihak Kementerian Kesihatan (KKM).”

Kata HDK, doktor kontrak adalah golongan penting dalam memastikan kesiapsiagaan negara berdepan wabak Covid-19 yang masih belum selesai.

“Kegagalan mendatangkan solusi konstruktif yang meyakinkan dan berkebajikan dengan kadar segera hanya menjemput eksodus #ExitKKM besar-besaran, gelombang Hartal yang kedua,” katanya.

“Kami sekali lagi mendesak pihak kerajaan memandang serius hal ini, hari ini, tanpa berdolak dalih. Keputusan di tangan kalian.”

Kumpulan itu mengadakan mogok pertama pada 26 Julai, yang menyaksikan ratusan doktor kontrak berjalan keluar dari beberapa hospital utama untuk menuntut laluan kerjaya yang adil dan faedah sama seperti pegawai perubatan berjawatan tetap.

Pada 29 Jun, Persatuan Perubatan Malaysia mendedahkan bahawa hanya 789 daripada 23,077 doktor kontrak telah diberi jawatan tetap dalam sistem penjagaan kesihatan awam negara sejak 2016.

HDK berkata, melanjutkan kontrak doktor selama dua hingga empat tahun seperti yang diperuntukkan dalam Bajet 2022 tidak memberi keyakinan bahawa mereka akan kekal dalam sektor awam dalam jangka masa panjang.

Sebaliknya, langkah sebegitu hanya “meneruskan warisan bermasalah” yang dihadapi pegawai perubatan, katanya.

Kata HDK, langkah itu juga tidak sensitif terhadap doktor-doktor muda, dan tidak patut diterima “sekalipun sebagai penyelesaian jangka pendek”.

Terdahulu, dilaporkan 514 pegawai perubatan kontrak meninggalkan perkhidmatan kerajaan antara Januari dan 26 Nov tahun ini.

DOA KAT MAHKAMAH PERSEKUTUAN PULAK.....MAHKAMAH TINGGI NO..MAHKAMAH RAYUAN NO...MAHKAMAH PERSEKUTUAN ????

 May be an image of 1 person, standing and text that says "KU MOHON PADAMU SELAMATKAN DSNR KAMI"

NAJIB TAHU DUIT ITU DIBAWAH KUKUASAAN BELIAU

 


Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib


Mahkamah Rayuan sebentar tadi mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel hakim mendapati keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib adalah betul dan tidak terkhilaf.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Kesemua hakim sebulat suara mendapati tiga pertuduhan pecah amanah Najib melampaui keraguan munasabah.

Panel hakim Mahkamah Rayuan juga memutuskan bekas Perdana Menteri itu mempunyai kepentingan peribadi meluluskan RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd (SRC).

Mahkamah turut memutuskan wakil rakyat BN Parlimen Pekan itu mempunyai kuasa penuh ke atas SRC dan tahu RM42 juta masuk dari SRC ke akaunnya.

DOA TAK MAKBOI...BUAT LAGI NAYA KE ORANG....TUHAN BAYAR TUNAI

 

Keputusan sebulat suara, mahkamah kekalkan sabitan, hukuman Najib berhubung kes SRC International





PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Najib Razak membabitkan kes dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, sekali gus menjadi halangan besar kepada usahanya untuk kembali ke persada politik.

Panel tiga hakim dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil berkata, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali (Hakim Mahkamah Tinggi) tidak tersalah arah memerintahkan Najib membela diri.

Karim bersama dua lagi anggota panel, iaitu hakim Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara mengetepikan rayuan bekas Perdana Menteri itu terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

APA PUNYA BODO PIANG...PENYAMUN PUN P DOK DOA...ANAK DIA BERANAK DI SPORE..HANGPA MERANGKAK NAIK TANGGA SPITAL KERAJAAN...

 

Penyokong Najib pakai baju terpampang doa

Beberapa penyokong Datuk Seri Najib Razak dilihat berada di perkarangan Istana Kehakiman hari ini.

Mereka dilihat berbaju biru ‘Bossku’ dan hitam dengan tertera ungkapan doa.

“Ku pohon padaMu, selamatkan DSNR kami,” ayat yang terpampang di baju penyokong bekas Perdana Menteri yang berdepan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta itu.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam turut berada di lokasi itu memberi sokongan kepada Najib.

Sementara itu, Awani melaporkan terdapat penyokong terbabit difahamkan hadir dari Terengganu.

Malam tadi, Najib di Facebook memuat naik gambarnya sedang menadah tangan gaya berdoa sambil memegang buku Yassin di sebelah hamparan sejadah.

Sebelum itu, anak perempuannya, Nooryana Najwa juga meminta agar orang ramai mendoakan agar bapanya diberi kekuatan dan keadilan.

Najib dengan aksi berdoa malam tadi.

Prosiding mahkamah yang bermula sejak 9 pagi tadi bakal memutuskan rayuan Najib yang sebelum ini mengemukakan 307 alasan kenapa dirinya tidak patut didapati bersalah terhadap kesemua tujuh tuduhan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Najib merayu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya selepas mendapati Ahli Parlimen Pekan itu bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC.

Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram; masing-masing tiga tuduhan serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas hakim itu memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Kes SRC International Najib Razak: Mahkamah Rayuan sampaikan keputusan dinanti-nanti hari ini



Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil, telah menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan daripada peguam sepanjang enam bulan lalu. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Perhatian akan tertumpu pada Mahkamah Rayuan pagi ini kerana ia akan menyampaikan penghakiman atas rayuan bekas Perdana Menteri Najib Razak berhubung sabitan dan hukumannya dalam kes dana RM42 juta SRC International.

Dalam beberapa jam lagi, Najib akan mengetahui sama ada mahkamah akan membenarkan rayuannya atas tujuh tuduhan berkenaan atau mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk mensabitkan kesalahannya.

Panel tiga hakim, dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil, telah menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan daripada peguam sepanjang enam bulan lalu.

Hakim-hakim lain yang bersidang adalah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Pasukan pendakwaan, diketuai oleh peguam ad hoc V Sithambaram, akan hadir di hadapan panel dalam prosiding hibrid untuk mendengar keputusan itu.

Bagaimanapun, Najib dan pasukan peguamnya, yang diketuai Muhammad Shafee Abdullah, akan berada di rumah atau pejabat masing-masing.

Salah seorang peguam dalam pasukan Najib, dari firma Shafee & Co, dikesan positif Covid-19 pada Isnin, mengakibatkan semua peguam mendapat status kontak rapat dalam aplikasi MySejahtera.

Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, sedang menjalani kuarantin kendiri kerana beliau bersama peguamnya di firma itu pada Isnin.

Bekas Presiden Majlis Peguam Salim Bashir berkata, pindaan baru-baru ini kepada Akta Mahkamah Kehakiman membenarkan prosiding maya diadakan bagi rayuan jenayah dan sivil.

Beliau berkata, kebiasaannya perayu akan mengikuti prosiding dari penjara, manakala peguam dan timbalan pendakwa raya akan sama ada membuat penghujahan di hadapan hakim di mahkamah atau dari pejabat mereka.

“Disebabkan kejadian yang tidak dijangka, Najib akan mengetahui keputusan rayuannya dari rumah,” tambahnya.

Sementara itu, penghadang didirikan di sekitar Istana Kehakiman yang menempatkan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, kebarangkalian sebarang perhimpunan diadakan adalah rendah memandangkan keputusan rayuan akan disampaikan secara dalam talian.

Mahkamah telah mendengar rayuan Najib untuk membatalkan sabitan tujuh tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan dana SRC International bermula 5 April.

Najib dituduh menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri dengan memberi jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion SRC International daripada Retirement Fund Inc.

Beliau juga didakwa atas tiga tuduhan CBT dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berhubung dana RM42 juta milik SRC International, bekas unit 1MDB.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati Najib bersalah atas tujuh tuduhan terbabit pada Julai tahun lepas.

Tak perlu tilik permainan PAS dan Umno

 











Apa agaknya pendirian Ismail Sabri Yaakob mengenai Muafakat Nasional? Waktu dahulu kita tahu, masa MN ditubuhkan. Tetapi tidak selepas beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Ertinya sejak jadi PM beliau agak sepi mengenai MN, khususnya pergolakan partinya dengan PAS berhubung soal Bersatu. Tidak ada komen – apa lagi kenyataan terbuka.

Ada yang percaya beliau tersepit (atau terperangkap untuk guna perkataan lebih lembut) antara Umno dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin. Tidak perlulah kita diperingatkan jawatan Perdana Menteri yang dipegang Muhyiddin diambil Ismail. Kita pun masih ingat mengapa Muhyiddin letak jawatan dan angkara siapa memaksa perletakan jawatan itu dilakukan.

Ramai pemerhati dan penganalisis politik sependapat apabila PAS memeluk Bersatu dan menggunakan lambang Perikatan Nasional dan melawan Umno-BN pada PRN Melaka bulan lalu ia merumitkan Ismail. Apa tidaknya kerana PAS dan Bersatu bersama parti Ismail mendirikan kerajaan persekutuan pimpinannya. Kata pemerhati dan penganalisis politik itu antara contoh keadaan serba salah Ismail. Tentu ada lagi contoh.

Oleh kerana saya bukan ahli nujum dan tidak punya gelok jampi Pak Belalang, saya tidak tahu apa yang Ismail fikirkan akan apa yang berlaku antara Umno, PAS, dan MN keseluruhannya.

Benar Ismail “hanya seorang Naib Presiden Umno lantas ‘memberi laluan’ kepada Presiden dan Timbalan Presiden partinya untuk ulas, komen, dan cakap mengenai MN. Akan tetapi beliau adalah Perdana Menteri dan kata-kata beliau penting dan membawa kesan. Lagi pun dua Naib Presiden Umno yang lain Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid kerap menyuarakan pendapat, pandangan, dan pendirian masing-masing mengenai masalah MN. Terutama Khaled yang lantang mengkritik PAS dan Bersatu.

Sebelum ini kedengaran pendapat bahawa Ismail ‘ditugaskan’ Umno menjaga negara manakala parti dijaga Presiden dan juga Najib Razak bekas Presiden.

Hakikatnya Ismail memilih untuk memendam rasa dan seperti dikatakan tadi mengizinkan bos-bosnya dalam Umno bersuara mengenai isu yang diperkatakan ini. Sama ada ada beliau merestui apa yang dikatakan Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan berhubung isu MN, saya ulangi – saya bukan ahli nujum.

Apa pun, bagi saya, hantaran Facebook terbaharu Zahid paling keras setakat ini. Presiden Umno itu merujuk kenyataan Presiden PAS yang mempersoalkan keikhlasan Umno menjayakan MN.

Abdul Hadi Awang membayangkan Umno sudah ‘lari’ daripada piagam MN apabila “mahu PAS dan mereka (Umno) sahaja dalam MN” dengan menolak Bersatu yang merupakan sekutu PAS dalam PN.

Respon Zahid: “Seseorang yang bergelar ulama harus mengikut ‘nas’ yang sahih bukan memanipulasi hukum mengikut selera politik untuk memperdagangkan agama demi mencapai objektif siasah”.

Cukup keras bukan? Sebelum ini musuh PAS kerap menuduh parti itu “menunggang dan memperdagangkan agama” untuk keuntungan politik. Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pernah menuduh PAS macam “pelacur politik”.

Bagaimanapun apabila Zahid menggunakan istilah “memperdagangkan agama” ia sesuatu yang menyentakkan. Ini kerana beliau dilihat satu-satunya pemimpin Umno yang boleh menyatukan Umno dengan PAS. Malah MN dikatakan ilham beliau. Oleh itu ramai pemerhati yang beranggapan jika Zahid sendiri menyelar Hadi keadaan sememangnya amat buruk.

Seperti yang dijangka perang mulut Umno-PAS mencetus reaksi Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari. Beliau saya sifatkan hulubalang terbaharu Presiden PAS kerana kerap tampil mempertahankan Hadi dan melakukan serang balas.

Kali ini Fadhli berkata Umno tidak patut menggunakan keanggotaan Bersatu dalam Pakatan Harapan pada masa lalu sebagai alasan menolak parti itu menyertai MN. “Jika luka kerana Bersatu menjadi sebahagian daripada PH itu sangat besar untuk dilupakan kenapakah Umno sanggup menjadi sebahagian daripada kerajaan yang dipimpin Muhyiddin dahulu?”

Ada logiknya apa yang beliau persoalkan itu. Jelas, beliau merujuk peranan Umno dalam dan selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020. Langkah Sheraton ialah rampasan kuasa cara politik. Lalu, sebagai orang politik, Fadhli pasti tahu dalam bidang yang diceburinya itu tidak ada kawan mahupun lawan yang kekal. Yang kekal hanya kepentingan. Sama ketika PAS berbaik dan bermesra dengan DAP dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat suatu masa dahulu.

Dalam konteks MN, pemimpin Umno yakin PAS faham akan sensitiviti soal hubungan Umno-Bersatu sama seperti Umno faham sensitiviti hubungan PAS–Amanah. Asal Bersatu ialah Umno dan parti itu ditubuhkan untuk “menghapuskan” Umno manakala asal Amanah adalah PAS dan ia ditubuh untuk menentang PAS.

Oleh itu, kata Timbalan Presiden Umno walaupun partinya turut berpendirian Amanah, PKR, serta Pejuang juga sebahagian ummah yang berkepentingan, Umno tidak pernah mempelawa parti-parti itu menyertai MN kerana “tidak mahu menyakiti hati PAS”. Maksudnya Umno menjaga sensitiviti PAS. Itu menurut Tok Mat.

Menarik kerana kini semua parti itu disebut dalam pertelingkahan Umno-PAS. Parti pimpinan Hadi pula turut menyenaraikan Putra yang ditubuhkan oleh orang lama, Ibrahim Ali. Kata Fadhli, PAS tidak bermasalah menerima Putra bersama parti-parti yang disebut Tok Mat masuk MN dengan syarat tertentu.

Saya tidak bercadang menggariskan syarat yang PAS tetapkan. Hanya ingin menjelaskan saya kata ini “perkembangan menarik” kerana nama parti-parti itu tidak pernah timbul sebelum ini.

Pun begitu (ini juga menarik) Ketua Pemuda PAS mengingatkan bahawa Umno dan PAS telah bersepakat untuk mengundang Bersatu ke dalam MN sebelum ini.

Imbas kembali laporan media 21 Ogos 2020 yang menyebut Zahid dan Hadi telah tandatangani surat mengundang Bersatu sertai MN. Ini berikutan keputusan yang dicapai pada mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden Umno dan PAS.

Bagaimanapun pada Perhimpunan Agung Umno 2020 yang diadakan pada Mac tahun ini, perwakilan sebulat suara memutuskan Umno tidak akan membentuk sebarang kerjasama politik dengan Bersatu. Kata Timbalan Presiden Umno, partinya terikat dengan pendirian itu – “jadi amatlah munasabah untuk realiti ini difahami dan diterima sebelum PAS mencadangkan keanggotaan baharu dalam MN”.

Kesimpulannya, apa yang kita tonton sekarang adalah permainan politik Umno dan PAS dan juga sedikit sebanyak Bersatu yang mengkagumkan dan memualkan pada masa yang sama. Tidak perlu tilik dengan gelok jampi Pak Belalang untuk tengok itu semua.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

BUKAN SAHAJA UMNO TETAPI PAS JUGA TERLIBAT

 

May be an image of 2 people, people sitting and text that says "Fikrah Ideologi Musuh Meranapkan DF6 Kedudukan HHIDAANND. Kg Baru terancam PH ranapkan identiti Melayu Lumpur Harakahdaily Pembangunan Kg Baru: Mohon penjelasan Khalid November 13, 2019 n daripadapusat -LANIUT terkejut membaca kenyataan terbaru Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, bahawa tujuan paling Kampung Baru adalah meramaikan peratusan penduduk Lumpur menjadi seimbang. Memetik kata-kata beliau, tujuan asal kewujudan Kampung Baru untuk menentukan jumlah orang Melayu Kuala Lumpur adalah munasabah jadı kita kena bangunkan kawasan tu supaya jumlah penduduk Melayu dapat"



Cubaan pengambilan tanah Kg. Baru secara paksa dgn harga murah tu bukan keputusan Umno sahaja, kerana Pas pun ada dalam kerajaan hari ini.

Sekarang di mana para ulama Pas sedap sembang ni?
Dah tersedak sagon bersama mentega atau terkena penyakit al-fulus fiddunya wal mampus fil akhirah?

Najib tadah tangan sambil pegang Yassin, Najwa minta orang ramai doakan ‘daddy’

 


Esok pastinya hari mendebarkan buat Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya.

Apa tidaknya, pihak mahkamah bakal memutuskan rayuan bekas Perdana Menteri itu terhadap sabitan dan hukuman dikenakan terhadapnya membabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Menerusi hantaran di Instagram petang tadi, anak perempuannya Nooryana Najwa meminta agar orang ramai mendoakan agar ayahnya itu diberi kekuatan dan keadilan.

“Doakan agar Daddy diberikan kekuatan menghadapi semua ujian dan cabaran ini, dan semoga keputusan esok memberikan keadilan kepadanya,” kata Nooryana.

Dia berkata, sebagai hamba Allah SWT, kita hanya mampu merancang dan mendoakan yang terbaik.

“Berdepan dengan berbagai ujian tetapi kekal tenang, percaya dan yakin dengan kebenaran. Kebenaran di dunia dan di akhirat,” ujarnya.

Sementara itu, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan memuat naik gambarnya sedang menadah tangan berdoa sambil memegang buku Yassin.

Dia yang juga bekas Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dilihat duduk bersila di atas permaidani dengan sejadah terbentang di sisi kirinya.

“Saudara-saudari. Kenalan dan rakan-rakan serta semua yang mendoakan saya. Maaf tidak dapat solat berjemaah bersama malam ini.

“Bacaan Yassin dan doa kita buat secara maya sahaja malam ini. Atas sebab status kontak dengan pesakit positif Covid-19,” katanya dalam hantaran di Facebook malam ini.

Najib tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Najib, 68, menambah dia menerima banyak mesej, panggilan, dan membaca banyak ucapan yang memberikan kata-kata sokongan dan doa terhadapnya.

“Amat menghargai setiap satunya. Saya sedia menghadapi aturan dan ujian Allah SWT dengan tenang dan redha.

“Semoga Allah SWT berikan kekuatan kepada hambaNya dan permudahkan segalanya,” kata suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor itu yang juga sedang menjalani proses mahkamah.

Prosiding keputusan membabitkan Ahli Parlimen BN Pekan itu esok akan berlangsung secara maya.

Pada 28 Julai tahun lalu, Najib dikenakan hukuman denda RM210 juta atas tujuh kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC.

SRC ialah subsidiari kepada syarikat pelaburan strategik negara penuh kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib kemudiannya melalui peguam pada 2 Disember lalu, memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu membabitkan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang didakwa boleh mengubah keputusan Mahkamah Tinggi.

Bukti baharu itu yang didakwa Najib, antaranya mendakwa bekas Gabenor Bank Negara itu bersekongkol dengan Jho Low bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu menyeleweng dana 1MDB dan anak syarikatnya SRC International.

Pada 30 Julai tahun lalu, anak Perdana Menteri Malaysia kedua itu memfailkan notis rayuannya dengan mengemukakan 307 alasan kenapa dirinya tidak patut didapati bersalah terhadap kesemua tuduhan tersebut.

Sebelum itu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

Bagaimanapun, Najib dibebaskan selepas diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin sementara menanti rayuan diputuskan.



Jalan terakhir. Moga tempat terakhir buat kedua duanya najib dan borosMAH adalah penjara sungai buluh!

 

Kesian orang melayu ni , sampai bila lah nak cerdik. ????. ...Asyik Kena tipu saja dgn pemimpin PEJUANG MELAYU...tepuk.

 May be an image of 8 people, people standing and text that says "Tweet Abdul Rani Kulup Fans @KulupFans Dulu Khalid Samad bagi RM1K taknak,denga hasutan Najib tanah Kampong Baru boleh jual 3K sekaki persegi. pon mogok sekampong.Se Sekarang zaman BN boleh bagi RM400 je sekaki. Padan muka kena kencing dengan Najib Translate Tweet BANG Frmda Penuda Perbangunan membawa Kampong H Kampong Bharu bersama MASO ajain TUAFAKA 23:15 Dec 21 Twitter for iPhone"

Kemana berpuluh YB Melayu PH? BEZA PEMIMPIN BN DAN PH...

 Kemana berpuluh YB Melayu PH?

BEZA PEMIMPIN BN DAN PH...



May be an image of sky and skyscraper



Kemana berpuluh YB Melayu PH?
BEZA PEMIMPIN BN DAN PH...
Mengapa pemimpin2 PH tidak ambil kesempatan yg boleh dianggap bola tanggung isu tanah org Melayu di Kg. Baru? Org Melayu dia tak peduli cerita rasuah sb rasuah ini kan budaya org Melayu...Jika rasuah isu yg berjaya melahirkan persepsi dah lama PH menang PRN Melaka.
Jika pemimpin BN/PN dpt isu seperti ini siang malam sebulan mereka akn mainkan utk lahirkan persepsi. Lihat baru tawaran dari Khalid kpd penduduk Kg. Baru... Najib dan Ismail Sabri terus bersuara pada ketika itu.
Itu beza pemimpin BN tahu apa kelemahan org Melayu. Mereka takut nak bicara isu rasuah dan mereka tahu org Melayu tak peduli isu tersebut sebab org Melayu di kampung confuse pemberian itu adakah sedekah, komisen atau rasuah?
Tapi bab2 lain sensitiviti org Melayu mereka ke depan sb itu PH perlu 'Media Proganda' utk melahirkan persepsi terutama isu2 bola tanggung seperti ini. Saya melihat pemimpin2 kecil, ahli2 biasa dan penyokong sahaja yg kuat bersuara....
Persoalannya ke mana berpuluh YB Melayu. YB bangsa lain kita faham sb politik. Jika setiap seorang YB Melayu bersuara dan memberikan pandangan masing2 ia akn berjaya melahirkan persepsi yg lebih jitu.
Bila ada pengkritik di luar sana yg saya dgr kata 'malas' ... pengampu2 pemimpin pula melenting. Entahlah tak nampak sinar PRU15 nanti ini jika sikap terus begini.
Bukan apa PRU15 dah dekat dan pastinya SOP seperti PRN Melaka dan Sarawak digunakan... PH perlukan isu yg ampuh dan strategi yg disesuaikan dgn SOP. Platform dan sasaran kena tepat.
Kita punya lemah pasal isu pakai tudung Hanna Yeoh kita dah tewas perang propaganda. Patut media PH jika ada, Ulama di dlm Amanah diberi peranan utk berhujah soal tersebut. Itulah kelemahan PH tiada media utk membalas hujah hanya mengharap penyokong2 berhujah bagi pihak parti.
Selalu saya katakan PH adalah parti yg baik tetapi pemimpin mereka kekurangan pemikiran yg baik utk mengenali kelemahan org Melayu. BN pemimpinnya dikenali korup tetapi pemimpin mereka bijak berpolitik. Saya bicara dlm konteks politik Malaysia.

SEJARAH TIDAK PERNAH BERBOHONG

 Liyana Marzuki

Sejarah dah tunjuk kan, Penang dan Singapura terlepas ke bangsa asing sebab orang kita yang gadai sendiri tanah ke British. Untuk dapatkan duit.
Sekarang tanah rizab melayu dah tinggal 12%. Baru 60 tahun British tinggalkan Malaya.
Apa yang kita nak tinggalkan kepada anak cucu?

Tanah rizab Melayu tinggal 12 peratus - MPM | Berita Harianzab-melayu-tinggal.

Tengokkan saja spin team propa UMNO bila nak cover line.


LIYANA MARZUKI


Siap buat poster katanya RM400skp untuk Flat PKNS. Bersyukur je lah kata mereka. Ada la geng broker tanah, yang buat posting panjang2. Katanya tu rumah flat. Terima jelah RM200k tu dan pindah keluar.
Ni saya nak rebut. Laporan akhbar mengatakan bukan hanya penduduk rumah flat. Tapi rumah teres juga terkesan.
Ia mengatakan pampasan yang ditawarkan:
RM200,000 untuk rumah flat
RM400,000 untuk rumah teres.
Bahagi lah 500kps untuk rumah flat dan 1000kps untuk rumah teres, ia tetap RM400skp.
Berbanding cakap Annuar Muso suruh bayar ikut harga pasaran. Ikut Najib Razak harga pasaran ialah RM3000skp. Tanah ni lagi dekat dengan KLCC. Mungkin boleh jadi mahal lagi.
Makanya propaganda hanya rumah flat PKNS itu merupakan propaganda jahat menutup hipokrasi mereka dulu. Sekarang dah terlingkup.
Confirm ada rumah teres juga. Harga pasaran RM3000, yang penduduk dapat RM400.
Kampung Baru ke Kampung Sungai Baru, penduduknya tetap Melayu. Tak perlu ke pembelaan pejuang bangsa?
Bukan kah masa tahun 2019 dulu punya lah macam Rimau marahkan kerajaan. La ni macam kucing tersipu2 spin sana sini…
On a separate note, saya rasa orang Kampung Baru dah boleh senyum. Kalau ikut logik NR, confirm korang boleh dapat RM3000skp. Jangan diaorg kona baring lagi sudah 😅

Anwar Ibrahim: Mengapa Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Baru Nak...

Penerangan isu isu politik semasa negara bersama Amir Hijaz

Wakil rakyat wanita diperlukan dalam DUN Sarawak - Fuziah Salleh

 

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kekurangan wakil rakyat wanita, apatah lagi untuk melengkapkan kuota 30%.

Bagi tujuan itu KEADILAN menempatkan 5 calon wanita parti itu bersaing merebut kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 18 Disember ini.

Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh, rakyat Sarawak perlu merobah minda untuk memilih lebih banyak wakil rakyat wanita, terutama kaum wanita Sarawak yang kurang dibela keperluan mereka, agar lebih banyak peruntukan dan skim bantuan dapat dicadangkan di peringkat DUN kelak.

"Saya sebagai Ketua Wanita Pusat berasa bangga kerana Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak telah berusaha sedaya upaya supaya lebih banyak kerusi diperuntukkan kepada wanita bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Usaha KEADILAN untuk meningkatkan perwakilan wanita di cawangan perundangan negeri bukan semata-mata untuk mencapai sasaran minimum 30% penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan, tetapi untuk mengiktiraf wanita yang berbakat dan berkemampuan untuk bertanding dan menjadi wakil rakyat. Amat membanggakan kita berjaya menengahkan lagi 2 daripada 5 calon daripada kalangan wanita muda," katanya.

Tambah beliau lagi, sumbangan wakil rakyat wanita penting pada era pasca pandemik Covid 19, terutama golongan itu adalah pengurus rumah tangga bagi memastikan keluarga tidak terabai, pendidikan terbaik kepada anak anak dan membangunkan semula ekonomi komuniti.

"Sumbangan wakil rakyat kaum wanita dalam dewan negeri atau cawangan eksekutif pentadbiran adalah kritikal pada saat ini kerana wanita yang lebih bersifat empati mengutamakan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan pemulihan negeri khususnya pada pasca pandemik

"Di sini saya ingin mengucapkan selamat berkempen kepada semua calon dalam tempoh 12 hari ini dan semoga segala dipermudahkan untuk memenangkan rakyat dan berkhidmat untuk rakyat," katanya lagi.