NAK BERTANDING PA "BOSSKU" 12 TAHUN SEDANG MENANTI DAN LAGI....DAN LAGI LHDN BLOM SELESAI....

 


Laporan: Najib tak tolak kemungkinan bertanding PRU15





Menurut laporan, Najib berkata mana-mana ahli politik yang mahu memainkan peranan, tentunya ingin menjadi Ahli Parlimen.

PETALING JAYA: Najib Razak tidak menolak kemungkinan bertanding pada pilihan raya umum ke-15, meskipun disabit atas kesalahan rasuah oleh Mahkamah Tinggi dan berdepan pelbagai perbicaraan lain, lapor agensi berita Reuters.

“Mana-mana ahli politik yang mahu memainkan peranan, tentunya ingin menjadi Ahli Parlimen,” kata bekas Perdana Menteri apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang berhubung dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd. Najib telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Selain kes SRC, Najib menghadapi beberapa kes mahkamah berhubung dana 1MDB. Ahli Parlimen Pekan itu telah menolak semua tuduhan itu.

Dalam wawancara dengan Reuters, Najib berkata soal sama ada beliau layak bertanding dalam PRU akan datang “tertakluk kepada tafsiran peruntukan Perlembagaan Persekutuan.”

“Ia tertakluk kepada tafsiran dari segi undang-undang, perlembagaan dan apa yang berlaku semasa perbicaraan,” katanya.

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib kalah mengejut pada pilihan raya umum 2018 kepada Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, kerajaan pimpinan Mahathir hanya bertahan selama 22 bulan berikutan “Langkah Sheraton” yang menyaksikan Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan baharu dengan sokongan Umno.

Bagaimanapun, Muhyiddin sendiri terpaksa meletak jawatan apabila kehilangan sokongan 15 Ahli Parlimen Umno. Beliau digantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

 


Kerajaan beri dos ketiga vaksin, laksana pakej penjagaan Covid-19 Diterbitkan: Sep 19, 2021

 

Kerajaan hari ini mengumumkan setuju untuk memberikan dos ketiga vaksin Covid-19 sebagai langkah meningkatkan perlindungan kepada orang ramai.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata keutamaan akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dulu.

Katanya mereka termasuklah petugas barisan hadapan, pesakit kurang daya tahan imunisasi, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang bekerja atau tinggal di pusat jangka panjang.

Menurut Ismail Sabri pemberian dos ketiga itu akan dibuat selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

"Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

"Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu menurut Ismail Sabri juga mengumumkan peruntukan lebih RM471.6 juta bagi bantuan kepada golongan B40 melalui Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC).

Kata ahli parlimen Bera itu bantuan tersebut dibuat antara lain bagi meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah mereka, selain melatih diri membudayakan norma baru, sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi:

·          Pek pelitup muka guna semula (empat keping setiap keluarga);

·          Kit ujian kendiri Covid-19 (4 kit setiap keluarga);

·          1 pulse oximeter;

·          1 termometer; serta

·          Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

Kata Ismail Sabri pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.

"Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak," katanya.

Kata Ismail Sabri inisiatif itu dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40.

Sama seperti pemberian dos ketiga vaksin Covid-19, perdana menteri berkata butiran lanjut PPC akan diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tidak lama lagi.

 

🎥 EKSKLUSIF Owh!MG | UMNO Jangan Jadi Macam Komunis - Nazri Aziz

Nazri puji Nurul Izzah, sifatkan Syed Saddiq gagal

 



Temubual eksklusif bersama Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di UBN Apartment, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 19 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR –  Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz melihat bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai pemimpin muda yang gagal.

Pandangan itu dilontar oleh Nazri dalam temubual bersama MalaysiaGazette untuk program Owh!MG Khamis lalu di kediamannya.

“Saya tengok macam Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada saya dia gagal. Belum apa-apa lagi dah lompat sana, lompat sini. Kalau dulu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, duduklah bersama Tun. Mengapa lari daripada Bersatu kemudian jadi bebas?’ Katanya.

Bekas Menteri Pelancongan itu juga menyifatkan Ahli Parlimen Muar tidak menunjukkan contoh yang baik sedangkan beliau telah diberikan peluang.

Katanya, tindakan Syed Saddiq berbeza dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang sangat konsisten.

“Saya bangga dengan beliau yang kekal, macam itulah. Tapi yang lain tak ada kejayaan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pembabitan golongan muda dalam politik Nazri mengakui perlu ada gandingan antara generasi baharu dengan orang lama baik dalam politik mahu pun pentadbiran kerajaan.

Katanya, pengalaman juga amat penting dan bagi orang muda mereka mesti naik secara berperingkat sebagaimana dalam UMNO di mana pemimpin lama membimbing pemimpin muda untuk sama-sama berjaya.

“Mesti bergandingan mana boleh semua orang muda. Kita kena ingat, nak cakap pasal pengalaman, tak akan ada kalau tak melalui sepak terajang politik.

“Jadi kita kena bagi ruang kepada yang muda untuk merasai asam garam politik. Sama macam berjalan, kena merangkak dulu, lepas tu berdiri kemudian jatuh, berdiri semula kemudian baru berjalan.

“Itu tak boleh elak, kerana lumrah alam semula jadi. Bagi saya, yang penting gandingan. Tak semestinya orang tua kena pergi.

“Masa saya jadi menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Ghaffar Baba ada, Tun Abdullah Badawi, semua ada. Maknanya, waktu saya naik, saya mendapat bimbingan daripada yang tua.

“Pada saya, UMNO kalau nak maju, pastikan ada kesinambungan dan gandingan. Sebab itu, saya mengundurkan diri,” katanya.

Nazri turut ditanya adakah pengumuman yang beliau akan bersara dari politik dan tidak bertanding pada PRU15 isyarat supaya pemimpin lama juga mengambil tindakan yang sama.

“Saya bukan bagi isyarat kepada yang lain. Saya tahu, yang muda masuk mesti ada gandingan dengan yang tua. Saya hanya buat untuk diri saya, senang buat keputusan untuk diri saya sahaja.

“Saya tak pedulikan orang lain. Semua keputusan untuk saya, yang penting, biarpun veteran ini pergi, tapi akan ada veteran lain masih ada lagi untuk bersama-sama orang muda,” katanya. – MalaysiaGazette 


Panas! Pemimpin Umno dedah Muhyiddin bagi arahan MP Bersatu tolak pencalonan Mat Maslan

 Panas! Pemimpin Umno dedah Muhyiddin bagi arahan MP Bersatu tolak pencalonan Mat Maslan


KEPUTUSAN Bersatu menolak pencalonan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat bertujuan untuk membalas dendam terhadap “kluster mahkamah”.

Pemimpin Umno yang enggan namanya didedahkan itu berkata, keputusan untuk menolak pencalonan Setiausaha Agung Umno itu dibuat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mereka menolak pencalonan Ahmad kerana ingin membalas dendam terhadap kumpulan ‘kluster mahkamah’.

“Semua tahu bahawa kumpulan ini termasuk Ahmad yang lantang mengkritik kerajaan dan Muhyiddin,” katanya kepada Malaysiapost.

Sebelum ini Bersatu dikatakan menolak pencalonan Ahmad sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat kerana masih mempunyai kes yang sedang berjalan di mahkamah.

Perkara itu didedahkan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Keengganan Bersatu menyokong Ahmad mengakibat pemilihan jawatan timbalan speaker yang sepatutnya berlangsung minggu lalu terpaksa ditangguhkan.

Pihak kerajaan sebelum ini mencalonkan Ahmad sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Manakala Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Nga Kor Ming sebagai calon timbalan speaker bagi pihak pembangkang.

Dalam pada itu Ahmad ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Sila tanya PPBM, terima kasih,” katanya ringkas.

KURANG KURANG TUNJUK LAH BUKTI JUMPA DUTA...NI LEBONG KAT RAKYAT MALAYSIA YANG DAH CELIK IT....NAK BOHONG SIAPA LA AGAKNYA YA ?


 

AHLI MT UMNO NASIHAT MAT MASLAN TARIK DIRI

 

Ahmad Maslan wajar tarik diri dan batal hasrat tanding jawatan Timbalan Speaker pada bulan Oktober nanti.

Katanya Perdana Menteri yang cadang nama Ahmad Maslan. Tetapi MP PPBM mungkin kekal tidak sokong. Pengundian minggu lalu tangguh kerana sokongan tidak solid.


Ahmad Maslan salah seorang MP UMNO yang tidak sokong Muhyiddin sebagai PM.

Ada komen penyokong PPBM, “Kalau kau tidak sokong, kenapa kami kena sokong”.

Tiada jaminan MP PH akan sokong Ahmad Maslan walaupun pembangkang akan dapat satu kuota jawatan Timbalan Speaker.

Apakah itu kosmetik?

Sebab itu lebih baik tarik diri dan jauhkan diri dari politik kosmetik.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO.




PUM bela imam mulut celupar sambil berselindung dibelakang istana.



Zaman PH dulu...

bergegar langit malaysia dengan laungan UMNO PAS meratib ...


"ini salah DAP", "mereka semakin berani", "melayu islam terancam", "melayu tertindas" sambil pakai baju purple beramai2 menuju ke padang merbok dgn laungan TAKEBIR...


MELAYU KUFUR NIKMAT, BANGSA LAIN DISALAHKAN


Mula-mula anak saya tunjuk video 'mattaksaleh' cakap Melayu, komen saya Melayu lah yang rosakkan BM kemudian tersentap jika bangsa lain tak fasih BM kerana ini Tanah Melayu. Disuruh pula balik ke negara masing-masing.


Apabila jadi trending dan anak saya masih bercerita pasal kegagalan mattaksaleh bercakap Bahasa Melayu, saya berbaik sangka dan berkata "mungkin dia ada sesuatu kelainan seperti autism atau speech delay yang menyebabkan dia terpaksa bertutur dalam Bahasa Inggeris ATAU kerana terlalu mengawal idgham 'g' maka bunyinya lari..."


Saya beri sebab2 itu kerana sudah bosan dengan Melayu hipokrit dari level teratas sehingga anak2 kita level biasa ni, cakap Melayu tunggang langgang, cakap English songsang. Tengok Menteri sudahla... Punya malu cakap bahasa ibunda sampai sanggup mencabul bahasa orang lain pula!


Akhirnya Melayu, bahasa ibunda gagal mertabatkan, tulisan sendiri dimansuhkan, bangsa sendiri ditipu dan ditindas,  TETAPI terasa terancam dengan bahasa, bangsa dan agama lain. Demikianlah Melayu yang dikurnia iman sedang dicabut keberkatan perlahan-lahan. Allah telah memberi peringatan bahawa semuanya hanya pemberian yang akan dicabut NYA apabila manusia gagal bersyukur dan memanfaatkan.


Demikianlah Melayu yang tidak menghargai dan tidak pernah bangga dengan saudaranya yang masih mampu dan mahu memertabatkan bahasa, bangsa dan agama orang Melayu. Anwar Ibrahim satu-satunya pemimpin Melayu yang cantik Bahasa Melayunya, yang dianugerah kepintaran, dihormati di serata dunia tetapi Melayu lebih berbangga mencerca dan mentohmah beliau dengan tuduhan paling jijik lalu menjatuhkan maruah bangsa.


Melayu lebih selesa mengangkat politikus keji, yang menjadikan rasuah sebagai makanan ruji sebagai wira di hati mereka. Mahu salah siapa? Tuhan yang mencipta bangsa Melayu, iblis yang menoda bangsa mu atau diri Melayu yang malas menggunakan akal untuk berfikir supaya bermutu? Keputusan di tangan Melayu. Bersatu untuk angkat maruah bangsa mu BUKAN bersatu kerana takutkan hantu! Hantu yang menjadi penyebab kamu tidak maju tidak bermutu.  Hantu yang sering menakutkan kamu dengan  alasan diri mu, keluarga mu, negara mu akan dirampas dari kamu! Kamu hapus dulu hantu itu untuk bangun sebagai Melayu bermutu atau berdepan dengan kepupusan bangsa mu apabila keberkatan dicabut dari roh Melayu.


Kak Ida

19 September 2021


MENGAPA NEGARA BUKAN ISLAM LEBIH EFEKTIF...

 Kredit to Norman Radzuan 


Pemimpin Islam kita ini pemalas dan tidak bijak


MENGAPA NEGARA BUKAN ISLAM LEBIH EFEKTIF...


Saya tidak nampak Islam akn dimartabatkan di negara ini. 5 hari PAS akn mengubah UMNO satu bahan jenaka. Apa yg saya lihat UMNO yg berjaya mengubah PAS.


Pagi ini saya ingin mengajak rakan2 berbicara isu mengapa dlm sebuah negara yg kononnya dipimpin oleh gabungan 'Melayu Islam' tetapi sukar mereka melakukan perubahan yg lebih Islamik. Apa halangan mereka?


Ia byk berkait rapat dgn sikap org Melayu dan bukannya salah agama Islam kerana agama ini sempurna. Jika kita melempar batu ke langit dan ia jatuh kembali ia adalah hukum Allah. Jika kita tidak belajar kita akn jadi bodoh itu juga hukum Allah. Begitulah bila kita memilih pemimpin.


Rasulullah saw telah mengingatkan kita 1400 tahun dahulu, jika memilih pemimpin...sesebuah urusan bukan dari ahlinya maka tunggulah kehancuran dan kekacauan. Lalu kerja2 mereka tidak akan dpt dibuat dgn baik dan amanah.


Dahulu kerajaan pernah melantik Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin. Tan Siew Sin adalah individu yg meminta UMNO menerima kaum bukan bumiputra sebagai warga negara. 


Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan kerana kebolehan dlm kewangan. Ia tidak menjadi masalah kerana ketika itu UMNO tidak rasis. Tapi skg kerana UMNO dan PAS begitu kuat memainkan isu bangsa dan agama..LGE tidak diterima sama sekali sebagai Menteri Kewangan bukan kerana kegagalan beliau menguruskan kewangan tetapi kerana dia Cina Dap.


Maka dilantiklah TS Muhyiddin bekas PM yg gagal utk menjadi Ketua MKN. Muhyiddin dipilih bukan kerana ketokohannya tetapi kerana dia Melayu dan kepentingan politik. 


Disebabkan itu kenapa kita kebelakang dari negara bukan Islam. Kita pilih pemimpin hanya kerana bangsanya tapi bukan ketokohannya. 


Mahu adakan solat Jumaat itu sebenarnya mudah. Bukannya seperti  mencipta roket ke bulan. Jika Mufti setiap negeri bijak dan proaktif sudah lama Masjid di seluruh negara kita boleh adakan 3 sesi utk solat Jumaat. 


Tapi kerana sikap org Melayu 'talk only no action', lembab dan selain birokrasi yg sgt bodoh maka ramailah org Melayu gagal solat Jumaat. Takkan soal ini pun nak salahkan Dap🤣


Utk mengadakan 3 sesi solat Jumaat jgn terkejut mereka perlu mengadakan 2-3 jam meeting. Saya pernah bekerja dgn tauke Cina secara 'part time', berbeza sungguh cara mereka dgn org2 Melayu. Cina meeting 30 minit terus ada keputusan. 


Dgn org Melayu apa2 isu pun meeting kena berkali kali dan mesti ada teh dan kuih muih serta bee hoon. Habis meeting kena tunggu Pengarah utk maklumkan kpd Menteri, Menteri pula akn maklumkan kpd Perdana Menteri. 


PM akn bersama jamaah Menteri berbincang mengenainya utk beberapa mesyuarat jamaah Menteri. Berbulan utk buat keputusan yg sebenarnya level Tok Siak pun boleh uruskan.


Begitulah soal pakaian. Sudah puas saya menulis mengenainya. Pernah saya beritahu pakaian Nurse dan anggota polis kita sehingga awal 90an masih lagi seksi. Ia adalah uniform peninggalan British yg dipakai Salmah (Saloma) dlm filem Pendekar Bujang Lapok.


Kita tertanya tanya adakah begitu sukar ketika di era 60an, 70an, 80 an dan 90 an kerajaan utk menukarkan uniform yg lebih Islamik. 


Begitu juga pemakaian 'wig putih' (rambut palsu) Hakim. Rasanya sehingga era 80an masih ada juga hakim memakai wig tersebut iaitu tradisi hakim yg dipakai penjajah.


Asal Wig tersebut bukanlah berasal dari British tetapi dari Perancis. Ia mula dipakai oleh Raja Louis XIII yg mempunyai penyakit keturunan sehingga terpaksa membotakkan rambut. 


Beliau selalu diejek oleh Raja Inggeris lalu dia menggunakan wig badass utk mengelakkan dari terus diejek. Tapi kita pakai tanpa sebab...apa org putih buat kita main ikut seperti lembu yg dicucuk hidung.


Kita bukan setakat patut malu dgn Singapura yg dikuasai pemimpin Cina tetapi kita juga patut malu kpd England, Scotland dan New Zealand. Negara yg dianggap kafir oleh org Melayu tetapi tanpa sebarang masalah mereka membenarkan polis wanita Islam mereka bertudung.


Jadi apa masalah sebenarnya negara kita yg rata2 kononnya pemimpin pejuang bangsa dan agama utk membenarkan pramugari yg ingin bertudung berbuat demikian. 


Saya ulang kembali pemimpin kita sebenarnya pemalas, lembab, tidak bijak/tidak proaktif. Mereka hanya rajin atau proaktif projek yg boleh makan komisen.


BAHAYA IEKTRIMIS ISLAM 


Agama Islam telah byk dicemarkan oleh ektrimis2 agama di seluruh dunia. Kalau di negara kita diniagakan ayat2 Quran utk kuasa politik dan di luar negara ia lebih tragis. 


Betapa bahaya jika kita memainkan sentimen agama kpd masyarakat hanya utk kepentingan politik oleh parti politik atau organisasi2 tertentu. Dgn agama org pandai pun boleh jadi bodoh... apatah yg di luar bandar sana.


Saya beri contoh berlaku pengembom berani mati di luar negara yg dikaitka dgn umat Islam. Adakah mereka yg berbuat demikian dianggap bunuh diri? Jawapannya tidak....mereka itu dipanggil pengebom berani mati kerana sudah tentu ada sebab pengembom itu berani utk mati.


Kenapa dia berani mati? Kerana keyakinannya dari guru2nya yg memesongkan pemikirannya bahawa apa yg disuruh oleh gurunya itu satu jihad yg akn dibalas syahid. 


Akhirnya ramai yg manusia yg tidak berdosa menjadi mangsa dan lebih mendukacitakan agama Islam ini difitnah hanya kerana ketaksuban kpd guru yg tidak benar membawa agama ini mengikut Sunnah yg sebenarnya.


Byk ajaran2 ekstrimis dari organisasi2 mengajar tentang kafir yg perlu diperangani. Sdgkan kafir itu ada byk tingkatannya. Ada kafir yg boleh diperangi tetapi jgn lupa ada kafir yg perlu dlindungi. 


Berbalik kpd isu negara. Dlm politik isu agama dan bangsa begitu kuat dimainkan oleh beberapa parti politik dgn niat hanya utk kepentingan politik semata mata. Saya sgt kesian puluhan ribu mereka yg berkumpul di Padang Merbok...ia satu tragedi yg memalukan buat umat Islam.


Di Malaysia ini pelik kerana kebanyakkan parti2 yg wujud adalah parti bersifat perkauman. UMNO, PAS, Bersatu, Pejuang, Amanah secara umumnya dilihat sebagai parti Melayu. MCA, DAP dan Gerakan dilihat sebagai parti org Cina.


MIC dan IPF dilihat sebagai parti org India. Parti Sarawak dan Sabah melihatkan parti mereka utk rakyat negeri dan bangsa tertentu. Hanya Keadilan dilihat sebagai parti berbilang kaum dan agama.


Jadi sb itulah di negara kita, kempen pilhanraya parti Melayu berkempen jika tidak mengundi mereka musnahlah org Melayu. Di Sabah dan Sarawak pula ada parti berkata jgn pilih parti Malaya nanti akn dijajah semula.


Ia tidak langsung mencerminkan sikap profesional dan bertanggungjawab org2 politik dlm mendidik rakyat. Sikap mereka tak ubah seperti penjajah Inggeris yg suka rakyat terus bodoh.


Sdgkan negara di seluruh dunia hampir semuanya bercerita soal ekonomi, dasar luar negara, peluang pekerjaan, pelaburan, pembangunan...kita masih bercerita tentang kaum, agama dan kenegerian dlm kempen pilihanraya..retorik dan melucukan. 


Pemimpin politik tetap memainkan isu ini kerana mereka tahu bangsa Melayu ini pemikiran mereka sempit dan sgt mudah diperbodohkan. Isu bangsa lebih laris dari isu rasuah.


Sebenarnya pemimpin2 politik kita pun terkejut rakyat boleh percayakan mereka walaupun pelbagai kes mahkamah melibat wang ratusan juta hingga berbillion ringgit.

MELAYU MISKIN KERANA MALAS? UCAPAN PENUH SAIFUDDIN NASUTION DI PARLIMEN

Agenda AWANI: MoU Kerajaan - Pembangkang I Apa maknanya kepada rakyat?

RASUAH ADIK BERADIK...NEPOTISM

 

ZUWAIRI MOHD YUSOF


Perkauman UMNO,PAS,PPBM,GPS takut betul bila dengar perkataan 'Reformasi' ni macam ustaz bacakan ayat kursi untuk halau iblis setan dari badan manusia yg di rasuk.Jadi mereka guna ayat Transformasi.

” Perlu Emosi Bila Bicara Soal Rasuah.Menurut beliau, orang Islam sudah pastinya akan marah apabila mengetahui bahawa pemimpin mereka makan babi, tetapi tidak begitu marah apabila pemimpin mereka mengambil rasuah. " – Prof Syed Hussein Alatas

36% rakyat Malaysia berpendapat bahawa negara ini memerlukan lebih daripada tiga tahun untuk kembali pulih daripada pandemik Covid-19 ini menurut bancian yg dilakukan oleh Ipsos.Manakala 44% lagi merasakan Malaysia mengambil masa di antara dua hingga tiga tahun untuk kembali pulih.Pembangkang lupa letak larangan melantik adik beradik dalam MOU tu yg ISMAIL BUFFALO / KERBAU lantik abang sendiri jadi ketua NAFAS.Anaknya Dafi tu silap2 jadi ketua SENIMAN atau FINAS nanti naya Pak Karim industri seni tanah air huru hara di buatnya sudahlah juara AF5 pun sebab undi SMS bukan sebab berbakat pun,kikiki.

Daripada nilai 1 RM = 1 Singapore Dollar = 1 Brunei Dollar 3/4 dekad lalu kini kepada RM 3 = 1 Singapore Dollar = 1 Brunei Dollar.Kenapa terjadi begitu?Sebab puluhan tahun salah guna kuasa dan amalan rasuah BN UMNO 6 dekad lamanya terutama di bawah PM4,PM5,PM6,PM7 dan PM8.Masuk PM9 same je kisahnya.Sign MOU ingatkan adelah reformasi sekali lantik abang sendiri ketuai NAFAS.Sikit masa anak,menantu pun dia lantik ke jawatan GLC2.Hasil bumi Singapore,Brunei tak sebanyak Malaysia tapi di mana kini mereka,kita di mana?Di 2 negara itu tiada tadika oleh parti politik,tiada JKOM,JASA,BTN,tiada NGO2 perkauman jadi penjilat pemerintah,kayangan.

Satu dunia ketawakan Malaysia kerana bertukar kerajaan 3 kali hanya dengan 1 pilihanraya.Rekod baru dunia semua di sebabkan Madey,UMNO,PAS,PPBM,GPS yg tak reti malu.Tak ke manalah Malaysia selagi anda bagi puak gila babi sembang macam bagus ni yg tadbir hancur lintang pukang di buatnya.17 bulan 17 ribu mati naik si KERBAU 5 ribu dah meninggalkan kita.Dia bertahan sampai PRU15 tak kurang 44 000 lagi akan mati tak kirelah angka kematian itu backlogka,backdateka yg mati tetap mati.UMNO tak boleh cuci tangan 17 bulan MENTERI SOP si KERBAU Bera bukan LEMBU Pagoh.KJ UMNO yg sakau RM 8 Billion bajet vaksin bukan orang lain,Adham UMNO yg Menteri KKM bukan PH.

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government

 

RUU 355 - ISLAM BUKAN MATEMATIK, KATA LEBAI. SEKARANG? TAKKAN LARI GUN...

LIVE !! WFAUZDIN NS - Shafie Apdal jangan tunjuk hero untuk hentam PH

MP PAS PANAS DISINDIR MAT SABU DALAM PARLIMEN



Ahli parlimen PAS dari Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli Shaari panas telinga mendengar sindiran dari Presiden AMANAH, YB Mat Sabu ketika perbahasan di Dewan Rakyat. Mat Sabu menyindir Pas di atas tindakan kerajaan Kelantan membeli kereta Merdeces di kala banyak masalah yang belum selesai di negeri Kelantan dari dahulu hingga sekarang.


NGATA ORANG TUHAN BAYAR TUNAI

 May be an image of 1 person and text that says "Haji Mn@sir @HajiMat5 Dulu Hadi kecam Anwar join UMNO. Katanya kalau nak cuci tong taik kena sembur air dr jauh... Tapi Hadi bawa PAS masuk dlm tong taik dan berenang. Translate Tweet 12:47 pm Android 08 Jul 19 Twitter for"

(ULANG SIAR ) KENAPA KAMI TERIMA TAWARAN MoU INI? AKHIRNYA KHALID SAMAD BUKA MULUT…


Kenapa kami terima tawaran MoU ini?, Akhirnya Khalid Samad buka mulut. Saya tertarik dengan usaha terbaharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub yang membuat tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi memujuk Pakatan Harapan (PH) agar bertemu di meja perundingan dengan beliau.

Pada dasarnya ianya dikatakan usaha untuk memenuhi nasihat YDP Agong supaya suhu politik negara diturunkan dan kestabilan politik tercapai. Dalam erti kata yang lain, supaya PH tidak berusaha untuk menjatuhkan beliau.

Secara ringkas, tawaran itu adalah:

1. Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

2. Pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat. Justeru, satu Rang UndangUndang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan.

3. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

4. Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang.

5. Setiap Rang Undang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.

6. Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.

7. Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.

mou

‘Transformasi kerajaan’ ini memaktubkan nilai-nilai murni dan muafakat merentasi pelbagai latar agama, kaum, dan budaya dalam konteks Keluarga Malaysia, kata Ismail dalam kenyataan beliau kelmarin.

Kesemua tawaran ini adalah satu cadangan reformasi Parlimen yang sememangnya menjadi teras dalam perjuangan Pakatan Harapan sejak sekian lama iaitu ‘Reformasi’. Ianya bukan semenyeluruh seperti yang diperjuangkan PH, namun tiada yang boleh menafikan ianya sebahagian dari agenda ‘Reformasi’ yang pernah dan sedang dibawa.

Hampir kesemua tawaran Ismail ini adalah bersifat prinsip dan perjuangan, bukannya tawaran jawatan untuk para ahli Parlimen sebagaimana tawaran ‘schemes of thing’ yang ditawarkan kepada Ahli Parlimen BN dan PN oleh Mahiaddin sebelum ini.

Tawaran yang sama kekal dilakukan oleh Ismail Sabri selepas beliau mengambilalih tempat Mahiaddin, termasuk status ‘bertaraf Menteri’ kepada Mahiaddin sendiri. Sememangnya itu sahaja bahasa dan tawaran yang boleh memikat hati gerombolan ini.

Namun Ismail Sabri faham, bahasa dan tawaran yang sama tak akan ke mana sekiranya ditujukan kepada Ahli Parlimen PH. Bahasa dan tawaran yang boleh menarik PH ke meja perundingan adalah tawaran Reformasi, bukan jawatan atau kedudukan. Maka inilah yang ditawarkannya, bukan kerana dia sendiri memperjuangkan prinsip-prinsip berkenaan tetapi itulah yang diinginkan PH.

Jaminan balas yang diminta oleh Ismail dari tawaran ini pula adalah jelas dan sangat minima, iaitu tidak berusaha menggugat kerajaan beliau demi mempastikan kerajaan yang ada stabil sehingga pilihan raya umum akan datang.

Ia termasuklah tidak membuat undi tidak percaya, tidak menolak Belanjawan yang akan dikemukakan nanti dan tidak membuat apa-apa usaha yang boleh menggugat atau menyebabkan diri dan kerajaannya jatuh. Itu pun diberikan jaminan bahawa sebelum Belanjawan atau Rang Undang-Undang baharu dibentangkan, ianya akan dibincang dan dipersetujui secara prinsip terlebih dahulu oleh PH.

Pada masa yang sama, ia tidak menghalang PH dari mengkritik dan membantah tindakan mereka dalam semua persoalan yang lain jika mereka menyeleweng dari tuntutan demokrasi dan keadilan.

Tawaran ini pula dikemukakan ketika PH sudah berusaha secara serius untuk mengembalikan mandat rakyat yang diberikan dalam pilihan raya ke 14 lalu, namun semua usaha itu gagal.

Mahiaddin Berjaya dijatuhkan, tetapi mereka kembali Bersatu setelah kelihatan berpecah untuk melantik Kembali sesama mereka sebagai Perdana Menteri.

Sememangnya para pengkhianat, pencuri, perompak dan penunggang agama lebih seronok dan selesa untuk kekal bersama dari membenarkan PH kembali berkuasa. Kalau PH Kembali berkuasa, sudah pasti segala jawatan mereka akan hilang begitu sahaja.

Atas kesedaran bahawa kesatuan gerombolan ini adalah begitu

mantap

dan kukuh, maka PH sudah mengambil keputusan, cukuplah, setakat itu sahaja. Tempoh untuk PRU 15 pun bukan lama sangat lagi dan oleh itu ‘politiking’ perlu ditamatkan supaya tumpuan boleh diberi kepada persoalan menangani pandemik dan kemerosotan ekonomi serta masalah kehidupan rakyat.

Selepas keputusan itu dibuat, kini Ismail membuat tawaran reformasi kepada sistem yang ada sebagaimana yang diperjuangkan PH sebelum ini.

Apakah kita harus menolaknya? Inilah yang perlu difahami oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.

Buat masa sekarang, Majlis Presiden Pakatan Harapan sedang membuat penilaian serius terhadap tawaran ini dan membuat tawaran balas kepada kerajaan Ismail.

Kita telah melantik jawatankuasa lima anggota untuk berbincang dengan lima jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan Ismail untuk membincangkannya.

Ada yang berkata, jika kita menyokong cadangan Ismail ini bermakna Ismail yang menang dan beliau adalah roformer sebenarnya.

Bagi saya, ia tidak begitu. Ismail terpaksa menyokong reformasi yang kita cadangkan sebelum ini. Inilah antara manifesto yang kita cadangkan sebelum PRU 14 lalu.

Ismail terpaksa membuatnya untuk kepentingan kerajaannya dan kita pula mendapat reformasi sistem yang kita perlukan untuk kepentingan rakyat dan negara ini.

Saya ucapkan terima kasih kepada Ismail Sabri kerana mengiktiraf bahawa perjuangan kami berpaksikan prinsip, dan oleh itu tawaran yang dibuat bersifat prinsip-prinsip Reformasi dan bukan tawaran jawatan. Ini satu pengiktirafan yang sangat berharga bagi kami.

Kedua, beliau melaksanakan program kami demi mendapatkan persefahaman bersama kami dan dengan itu membantu kami mencapai apa yang diperjuangkan kami selama ini. Rakyat dan negara akan mendapat manfaat dari Reformasi ini.

InsyaAllah PH akan mendapatkan kembali mandat rakyat dalam pilihan raya umum ke 15 dan melaksanakan sendiri segala cadangan dan idealisme perjuangan yang telah kita canaikan bersama sebelum ini.

Ini kerana, akhirnya, yang perlu bukan sekadar reformasi dari segi peraturan dan perundangan tetapi juga kepimpinan yang komitted kepada prinsip-prinsip reformasi ini sebelum ianya boleh dilaksanakan sepenuh dengan jayanya.

KHALID ABD SAMAD

MP Shah Alam

Pengarah Komunikasi AMANAH

Pada 12 September 2021

 

LEBAI KALAU SEMBANG....TENGOK KAWASAN DIA SENDIRI



MOHD SHAH RIM


Alhamdulilah, jalan dah baiki..

Terima Kasih pada Nik Zawawi..

terbaek..

Alhamdulilah, jalan dah baiki..

Terima Kasih pada Nik Zawawi..

terbaek..

 

 May be an image of 1 person, road and text that says "TERIMA KASIH MP PASIR PUTEH NIK MOHD ZAWAWI JALAN DAH BAIKI.. SYUKURRRRRRRRR ALHAMDULILAH TNN"

PUNYA LA BANGGANG- AYAM PUN SAMPAI 3 KEMENTERIAN NAK KAJI.HANGPA P BELAJAR DENGAN SAIFUDDIN NASUTION DIA BUAT MACAMANA SEMASA PH.

 May be an image of 2 people and text that says "KPDNHEP PERDAGANGAN DALA 1 @kpdnhep 49m kosmo.com.my Tiga kementerian termasuk MOF kaji stabilkan harga ayam"

NANO SPRAY ATAU SEUMPAMANYA TIDAK SELAMAT

 


KAK IDA ABDULLAH


Actually, SOP penjarakan fizikal dan cuci tangan/hand sanitizer sudah mencukupi..

Nano spray dan sebagainya adalah tidak perlu..

X perlu buang duit unnecessarily..

Sarung tgn pun x payah..

Tk tau la nak habaq lagu mana dh..

Bila bgtau, bila nasihat, ada jer jawabnya...

Sharing is caring..

Tp ada spesis yang tak layak di 'caring' kan..

Spesis angkuh..

Keangkuhan yg membuka kebodohan..



KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 

2e6t Jsune 2hS0puhnrms2u0df  · 

KKM ingin menegaskan sekali lagi bahawa penggunaan Disinfection Box, Chamber/Tunnel/Booth/Partition/Gate untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 adalah tidak disarankan.

Penilaian telah dilakukan terhadap beberapa model peralatan dari beberapa negara jiran dan model-model sedia ada di Malaysia. Setiap model menggunakan semburan bahan kimia yang berlainan selama 20 hingga 30 saat.

Hasil daripada penilaian ini, tiada bukti menunjukkan bahawa peralatan ini berjaya atau berkesan mengurangkan jangkitan COVID-19. 20-30 saat adalah tidak memadai untuk nyahkuman yang berkesan. Ia juga tidak membunuh kuman dalam badan manusia dan bahan kimia yang digunakan memudaratkan kepada selaput badan seperti mata dan mulut.

Penjelasan ini pernah dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan akhbar pada 15 April 2020.

(https://kpkesihatan.com/.../kenyataan-akhbar-kpk-15.../)

Berdasarkan penilaian ini, KKM tidak menyarankan penggunaan peralatan ini untuk langkah pencegahan jangkitan COVID-19 sebaliknya mengekalkan penjarakan sosial dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM.

Kos untuk membeli disinfectant box ini sebaiknya diguna untuk mengadakan langkah pencegahan yang lebih berkesan seperti memperbanyakkan tempat mencuci tangan bagi pengusaha restoran atau medan selera atau menyediakan lebih banyak cecair pembasmi kuman (sanitizer) untuk kemudahan pelanggan.

Penjelasan semula ini dibuat susulan ada peniaga yang merancang untuk menyediakan disinfection box kepada pelanggan mereka, seperti yang dilaporkan media.

 

APA HAL PULAK SI TUA NI MEROYAN ?

 

HAMZAH RIE NA


Nak bincang apa.....dulu awak letak jawatan ada tak dibawa berbincang dengan presiden-presiden parti? Malah tidak pula menyatakan bahawa Pejuang ini parti pembangkang yang sama macam PH...berapa kerusi ?

Dan banyak perkara-perkara yang awak buat dahulu pun tak dibawa berbincang dengan DSAI.

Baiklah Kita kesampingkan sahaja mahathir dan partinya. Agar tidak lagi terjadi pisang berbuah 2x.



 May be an image of 1 person and text that says "mk malaysiakin Malaysiakini (BM) @mkini_bm MOU kerajaan-PH: Pejuang tak diajak berbincang, kata Dr M Translate Tweet malaysiakini.com MOU kerajaan-PH: Pejuang tak diajak berbincang, kata Dr M 14:06 • 18 Sep 21 dlvr.it 9 Retweets 21 Quote Tweets 49 Likes"

PM DIINGATKAN MOU TERBATAL JIKA ASAS PERLEMBAGAAN TERJEJAS

 

DAP ingin menyatakan kebimbangan terhadap keputusan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) memilih Zamri Yaakob, abang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, sebagai Pengerusi baru mereka.

Walaupun Memorandum Persefahaman (MOU) bagi Transformasi dan Kestabilan antara Perdana Menteri dan PH tidak menyebut sebarang perkara mengenai pelantikan Kabinet atau GLC, tidak ada keraguan bahawa pelantikan yang berbentuk habuan politik sebagai pertukaran untuk sokongan, konflik kepentingan atau nepotisme akan meningkatkan pengawasan atau keraguan yang lebih besar mengenai komitmen kerajaan terhadap reformasi institusi yang disebut di dalam MOU.

MOU berkenaan tertumpu pada Pelan Reset COVID-19 Negara untuk mengatasi kegagalan masa lalu bagi mengurus pandemik COVID-19 dengan lebih baik supaya membolehkan ekonomi dibuka semula dan Rancangan Pemulihan Ekonomi RM45 bilion untuk mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan serta bidang-bidang reformasi institusi yang dipersetujui oleh kerajaan dan PH.

Walaupun MOU berkenaan tidak meliputi bidang-bidang lain yang tidak disebutkan, izinkan saya menyatakan dengan tegas bahawa jika hak-hak asas perlembagaan terjejas, MOU berkenaan juga akan berhenti berkuat kuasa dan terbatal.

Hak-hak asas perlembagaan ini akan merangkumi sebarang percubaan untuk menggugat hak orang Islam dan status agama Islam serta hak orang bukan Islam dan kebebasan beragama bagi mengamalkan agama mereka sendiri di kalangan orang bukan Islam.

Kumpulan rasis dan ekstremis dalam kerajaan perlu menghentikan niat untuk melaksanakan undang-undang Syariah kepada orang bukan Islam atau menyekat amalan agama mereka berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Menyentuh hak perlembagaan rakyat Malaysia, sama ada orang Islam atau bukan Islam, bukan cara “Keluarga Malaysia” yang didukung oleh Perdana Menteri.

LIM GUAN ENG

Setiausaha Agung DAP.