KEH..KEH..KEH....MELALAK DALAM YOU TUBE TAPI PIMPINAN PELAHAP TAHAP GABAN DAN UMNO AKAN HANCUR

 

BUAT DS KAMAL AMIR KAMAL HIJAZ, LOCKMAN ADAM DAN AHLI-AHLI  UMNO TERIMALAH KENYATAAN YANG UMNO TIDAK AKAN PERNAH SUNYI DARI PEMIMPIN-PEMIMPIN  DAN MP-MP  YANG PELAHAP DAN AKAN KHIANATI PARTI DEMI JAWATAN, KEDUDUKAN, HARTA, DUIT DAN BUR*T. BERHENTILAH DOK MENGEJI DSAI, PH DAN PKR. SEKURANG-KURANG NYA PKR BERANI MENYINGKIRKAN MP-MP  YANG KHIANAT. UMNO BERANI??

******************

ZUS DIN 


SANGGUP DIPERGUNA MAHIADDIN, KLUSTER MENTERI SUDAH JADI MUSUH PARTI SENDIRI

Semalam terdedah satu lagi rakaman audio mesyuarat MT UMNO yang diadakan pada 7 Julai lalu, dengan kali ini melibatkan suara Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam audio itu, beliau antaranya bercakap mengenai perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, tentang masa yang sesuai untuk UMNO keluar daripada kerajaan dan kedudukan kerajaan PN yang menurutnya tidak akan jatuh kiranya UMNO menarik diri pada waktu ini.

Selain membangkitkan tentang darurat yang masih berkuatkuasa sebagai hujah kerajaan tidak jatuh, beliau juga menyebut berkenaan CSA atau perjanjian kepercayaan dan belanjawan yang didakwanya berlaku antara Mahiaddin Md Yasin dengan PH sekiranya UMNO mengambil tindakan menarik diri.

Kata beliau, dengan adanya perjanjian itu, meskipun setelah UMNO menarik diri, kedudukan kerajaan PN dan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri tidak mungkin jatuh berikutan sokongan gantian telah diperolehi daripada PH.

Dalam audio seorang lagi ahli MT, Tajuddin Abdul Rahman yang viral sebelum ini, beliau juga menggunakan hujah yang sama sebagai sandaran ketidakperluan untuk UMNO menarik diri daripada kerajaan pada waktu sekarang.

Katanya, dengan sokongan baru daripada DAP kepada Mahiaddin di dalam Parlimen melalui CSA, penarikan sokongan oleh UMNO tidak memberi kesan apa-apa kepada kerajaan PN.

Berdasarkan dua audio yang terdedah setakat ini, tidak mustahil lebih ramai sebenarnya ahli MT yang menggunakan hujah CSA sebagai alasan dan kebimbangan UMNO tidak perlu menarik diri daripada kerajaan.

Soalnya, benarkah ada CSA antara kerajaan PN dengan PH?

Sebelum penafian Saifuddin Nasution Ismail semalam, sebetulnya telah beberapa kali pemimpin PH mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa mereka sama sekali tidak akan bekerjasama dengan Mahiaddin, walau dalam ada keadaan sekali pun.

Blok pembangkang lain seperti Pejuang dan Warisan juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama.

Jadi, kenapa pemimpin UMNO, termasuk yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri, masih suka menggunakan hujah CSA itu?

Adakah mereka tiada pengetahuan mengenainya dan tidak mengikuti perkembangan semasa, walaupun dengan kedudukan sebagai anggota kabinet dan pemimpin parti di hireaki tertinggi, mereka sepatutnya sentiasa ke depan dengan maklumat di hujung jari?

CSA sebenarnya hanyalah helah semata-mata kerana alasan dan faktor sebenar ialah keinginan untuk pemimpin UMNO terbabit terus kekal menikmati habuan dan kedudukan, termasuk dengan jawatan baru sebagai orang nombor dua dalam kerajaan.

Nikmat jawatan itu terlalu sukar untuk mereka lepaskan, tambahan lagi setelah memperolehinya walau dalam keadaan UMNO tidak menang pilihanraya dan beberapa pemimpinnya sendiri sedang menuju ke penjara.

Dalam keadaan ini, mereka merasakan inilah peluang merembat habuan, sambil menyimpan impian kalau-kalau ada peluang menjadi pemimpin masa depan bagi menggantikan kepimpinan sedia.

Realitinya, dengan terus berada di dalam kerajaan yang paling dibenci rakyat ini, meski nikmat diperolehi, pemimpin UMNO yang takut kehilangan jawatan serta kedudukan itu secara automatik sudah masuk dalam perangkap “scheme of things” yang menjadi amalan Mahiaddin untuk mengekalkan jawatannya.

Lantaran keseronokan dengan habuan dan jawatan itu, mereka kini sudah tidak kisah menjadi musuh kepada parti sendiri.

Dan setiap kali Mahiaddin terasa kedudukannya terancam, ada saja “scheme of things” baru ditawarkan.

Sebab itu, di sebalik UMNO sudah menetapkan penarikan sokongan secara serta-merta terhadap Mahiaddin, kluster menteri dalam parti itu tiada perasaan malu sama sekali mempertahankan lagi Presiden Bersatu itu untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Perlakuan mereka itu bukan saja menimbulkan kehairanan kepada rakyat, malah barangkali isteri dan anak-anak di rumah yang sudah dewasa pun turut sama terasa peliknya.

Entahlah Labu, langsung tak berjenis mereka ini, ayam dan itik pun tahu memilih mana makanan yang perlu.

Keadaan ini sekaligus menjadikan tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Mahiaddin hanya sia-sia dan tidak bermakna kerana umpan “scheme of things” lebih mudah untuk mengena sasaran berhanding jerit pekik tentang perjuangan.

Berkaitan CSA, PH dan blok pembangkang lain yang telah dikhianati oleh Mahiadin melalui Langkah Sheraton, ikut logik apa sekali pun, mustahil sanggup bekerjasama dengan PN untuk mengekalkan kerajaan sedia ada ini.

Jika itu yang sanggup PH lakukan, bermakna mereka juga tiada bezanya dalam konteks khianat kepada pengundi dan rakyat seluruhnya.

Akhirnya, tindakan itu akan membangkitkan kebencian rakyat dan memungkinkan tidak lagi menjadi pilihan pengundi bila pilihanraya diadakan.

Apakah itu yang mahu PH terima dengan percuma dalam perjuangan mereka?


 (ShahbudinHusin 17/07/2021)

LEBAI PEMBOHONG BOLEH JADI MB JUGA....JANGAN DENGKI

 


Kes langgar SOP MB Pas Kedah: Akhirnya kebenaran berpihak kepada Nini Siron, Sanusi didapati salah

Kes langgar SOP MB Pas Kedah: Akhirnya kebenaran berpihak kepada Nini Siron, Sanusi didapati salah

Bagus akak Nini Siron ni. Dia bukan orang politik . Bahkan dalam postingnya pun bukan menunjukkan dia cenderung kepada politik mana-mana parti. Tetapi atas kesedaran sebagai seorang INDIVIDU dan RAKYAT MALAYSIA yang patuh kepada undang-undang negara , dia mendedahkan kepada umum kesalahan yang dilakukan oleh ahli politik.

Akibat “dosanya” ini, dia dihujani ribuan makian, ancaman , penghinaan , pelabelan bahkan gambar anak , suami, nombor telefonnya dijaja untuk tujuan pemerasan oleh para pentaksub ahli politik penipu dan pemutar belit ini. Kita perlukan ramai orang ramai macam ni yang tak takut mendedahkan kemungkaran walaupun sendirian. Syabas puan. Semoga Allah merahmati hidup puan dan sekeluarga selalu.

PEJUANG UEC SEDANG DICARI -PEMBOHONG

 May be an image of 1 person and text that says "ORANG HILANG DIKEHENDAKI PEJUANG BANTAH UEC KALI TERAKHIR DILIHAT SEMASA BANTAHAN UEC LEC BERBAJU PUTIH BERSELUAR YANKEE"


KHIR ARIFFIN


Para pejuang UEC sedang dicari?

Adakah perjuangan politik pejuangan rakyat?

Adakah orang politik berjuang untuk rakyat?

PAS hanyalah sebuah parti politik yang menggunakan nama islam sebagai brand.

INI PUN PENCAPAIAN PN JUGA : Peguam ini dedah disebalik kes rasuah Tengku Adnan, memang mengejutkan

 

May be an image of 3 people and text that says "Kejayaan dan pencapaian PERIKATAN NASIONAL malaysiakini Sinar BERITA SEMASA Nan bebas rasuah RM2) uta Ku Nan bebas kes rasuah RM2 juta |16 Julai 2021 BERITA Ahli perniagaan mengaku salah beri rasuah pada Ku Nan SR suara Pemberi rasuah didenda RM1.5 juta Penerima rasuah RM2 juta dibebaskan"


Peguam ini dedah disebalik kes rasuah Tengku Adnan, memang mengejutkan

KES TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (KU NAN)

PERTUDUHAN terhadap Ku Nan:

“Bahawa kamu, pada 14 Jun 2016, di CIMB Bank Berhad Cawangan Pusat Bandar Damansara, Level 1, Lot A4, Block A, Pusat Bandar Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk diri kamu sendiri suatu barang berharga dengan dengan tiada balasan, iaitu, wang berjumlah RM2,000,000.00 daripada Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank bernombor 136822 milik syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd. yang telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings Sdn. Bhd. no. akaun 8001179747 yang di dalamnya kamu mempunyai kepentingan, yang mana kamu ketahui syarikat Aset Kayamas Sdn. Bhd. ada perhubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu sendiri, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan.”

Di peringkat Mahkamah Tinggi, beliau telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta.

FAKTA KES:

Ku Nan adalah Menteri Wilayah Persekutuan pada ketika itu.
April 2013, Kementerian itu telah melancarkan program rumah mampu milik RUMAWIP untuk bina 80 ribu buah rumah di atas tanah DBKL. Ku Nan telah minta Tan Sri Chai (TS Chai) (Saksi Pendakwaan Ke-19) untuk turut terlibat dalam projek ini.

TS Chai terlibat melalui syarikat Aset Kayamas. Pada 26.1.2015, Aset Kayamas memberikan surat cadangan kepada DBKL untuk beli sebahagian tanah DBKL itu.

Aset Kayamas dan DBKL memasuki Perjanjian Jual Beli pada 1.6.2016. Ku Nan adalah SU Agung UMNO pada masa itu. Dalam keterangan, Ku Nan telah meminta derma politik dari TS Chai sebanyak RM5 – 6 juta untuk digunakan dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang akan diadakan pada 18.6.2016.

Ku Nan telah minta TS Chai untuk memberikan derma melalui syarikat Tadmansori Sdn Bhd. Dalam keterangan TS Chai – dia tidak tahu syarikat itu milik siapa, dia tak fikir untuk tanya Ku Nan kenapa derma perlu dibuat kepada syarikat dan bukan kepada UMNO. TS Chai beri derma politik RM2 juta kerana itulah kemampuannya pada waktu itu. TS Chai arahkan stafnya tulis cek bertarikh 14.6.2016, dua hari sebelum PRK.

Ku Nan serah cek kepada drebar dia pada hari yang sama dan cek itu clear dalam akaun Tadmansori pada 16.6.2016. Bank sahkan Tadmansori tidak bayar kepada UMNO. Tadmansori juga tiada sebarang kaitan dengan Aset Kayamas. Semasa sesi soal balas, TS Chai mengakui terima resit dari UMNO dan terus keluarkan resit UMNO no. 376241 bertarikh 4.6.2016 berjumlah 2 juta dengan ditulis ‘Sumbangan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar’. Resit ini jadi ekshibit mahkamah. TS Chai nyatakan resit itu diberikan kepadanya 2 hari selepas beliau beri cek itu.

Selepas keterangan mengejut itu, SPRM telah membuat serbuan ke pejabat UMNO dan ada saksi sahkan Ku Nan ada tandatangani resit itu atas kapasiti sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan bukan untuk UMNO Ibu Pejabat.

DAPATAN MAHKAMAH

Elemen yang wajib dibuktikan adalah bahawa RM2 juta itu dibayar kepada Ku Nan dan bukan kepada orang lain atau entiti lain.

Peguam Ku Nan berhujah bahawa Hakim Bicara khilaf bila mana gagal untuk menimbangkan pembelaan bahawa RM2 juta itu adalah derma politik (political donation).

Oleh kerana TS Chai adalah saksi pendakwaan dan keterangan TS Chai sendiri mengakui bahawa RM2 juta itu adalah derma politik dan bukan untuk Ku Nan maka pendakwaan adalah terikat dengan keterangan saksinya sendiri.

Keterangan Pegawai Penyiasat juga menyatakan bahawa RM2 juta itu adalah derma TS Chai untuk PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar.

Mahkamah dapati pendakwaan juga gagal untuk soal semula TS Chai berkaitan isu ini. Tiada impeachment dibuat ke atas saksi ini juga. Resit itu juga tidak dibuktikan sebagai palsu. Hakim Bicara gagal untuk timbangkan hal-hal itu menyebabkan sabitan ke atas Ku Nan tidak selamat.

Keputusan majoriti Mahkamah Rayuan ini diputuskan oleh Hakim Soraya Othman dan Hakim Ahmad Nasfy Yasin.

HAKIM DISSENTING

Hakim Abu Bakar Jais menyatakan bahawa tiada sebab untuk beliau ganggu dapatan Hakim Bicara dengan mengambil kira antara lain Ku Nan pada masa itu berkhidmat untuk negara dan hukuman yang dikenakan juga telah menimbangkan kedahsyatan kesalahan itu (gravitiy of the offence)

(Sumber: Press Summary COA- 16.7.2021)

KESIMPULAN

1) Derma politik boleh dijadikan pembelaan kalau dituduh di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan.

2) Orang Melayu Islam khasnya yang pegang jawatan menteri dan sebagainya boleh minta derma politik berjuta-juta daripada orang Cina bukan Islam.

3) Meminta derma politik perlu dibuat secara kreatif supaya selamat daripada pertuduhan SPRM

Dr Zulqarnain Lukman
17/7/2021


WAKIL BANK ATAU WAKIL RAKYAT...BANYAK KENCING

 




AHMAD FIRDAUS MOHAMAD


Pembentangan Bajet 2021 tahun lepas, Tengku Zafrul sibuk bertemu dengan pelbagai pihak termasuk wakil pembangkang. Mendengar pandangan dalam merangka belanjawan yang menyeluruh.

Beriya la PH bagi pandangan, cis!

Rupanya dalam Dewan Rakyat terbongkar wajah hipokrit banker tebuk atap dilantik Menteri Kewangan ini. Selepas digasak, Tengku Zafrul dalam sesi penggulungan Menteri sekali lagi melakukan aksi PR stunt yang jijik. Tabur segala janji manis yang langsung tak dipenuhi.

Ambil satu contoh, pemberian peranti untuk pelajar seumpamanya. Pemberian bertukar kepada pinjaman. Peranti yang dijanji tak kunjung tiba.

Beberapa hari ini, wakil banker dalam kerajaan PN ini sibuk kehulu kehilir bertemu pelbagai pihak sekali lagi. Khabarnya utk Pelan Pemulihan Negara.

Begitulah kerajaan PN ni. Pi mai pi mai tang tu. PDPR kelaut. PKP pelbagai versi menyusah dan membazir masa rakyat. Penyudahnya kes masih tinggi, rakyat masih terkurung, frontliners semakin kepenatan, dan hospital semakin sesak.

 

BOHONG DIBOLEHKAN OLEH PAS...NAK BUAT MACAMANA .....BERITA PELESU PUN SAMA MACAM BOHONG JUGA...KEH..KEH...

 

AKHIRNYA IDEA ANWAR MULA DITERIMA PAKAI JUGA



May be a Twitter screenshot of text that says "Aidila Razak @aidilarazak @DGHisham says that all say registered Klang Valley residents are to receive at least one dose of the Covid-19 vaccine by Aug 1. Vaccinations sped up in Klang Valley after seeing how this strategy brought cases down in Labuan over the past 3 weeks. Twitter for Android 17:50 15 Jul 21"


EDDY NOOR RIDZUAN

Pada 16 Mac lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan agar kerajaan menangguhkan dos kedua dan memberi tumpuan kepada cadangan agar dos pertama vaksin Covid-19 diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Cadangan yang dipandang sebelah mata ketika itu, kini mula diperkatakan semula apabila DG Hisham mengambil contoh strategi pemberian dos pertama ke seluruh penduduk labuan terlebih dahulu mendapat hasil yang baik.

Bukan sekali penegasan DS Anwar Ibrahim supaya dulukan dos pertama semaksima yang boleh dilaksanakan, ia setelah melihat beberapa negara berjaya melakukannya termasuk UK dan Singapura. Akhirnya gesaan DS Anwar mendapat perhatian apabila kes mencecah 5 angka.

Jika strategi ini dilakukan lebih awal, mungkin akan lebih ramai rakyat Malaysia yang terlindung dari varian Covid-19 yang mengganas dan jumlah kematian dapat diminimakan. Malah, jumlah kes yang menular juga mampu lebih terkawal.

Kepada pemerintah yang gagal, berundurlah. Jangan jadi tikus yang membaiki labu. Beri laluan kepada mereka yang lebih mampu dan lebih memikirkan nasib keselamatan rakyat berbanding nasib konglomerat pengusaha kilang.

ENR

 

SEBENARNYA MEREKA INI YANG LEBIH TERUK DARI TUPAI DAN KERA

 

KHARIZU ISMAIL


Jika ada tok-tok guru pondok, babo-babo, para alim ulamak yg keritik kerajaan, kata kerajaan tutup masjid di musim PKP dlm masa sama buka kilang arak carlsberg. Juga kata Kerajaan tambah jumlah cabutan judi dari 8 kepada 22 kali sebulan. Juga mereka-mereka yang tafsir ayat quran yang bermaksud "mereka (kerajaan) yang tidak menghukum dengan hukum allah mereka itu adalah orang kafir"

Mereka yg kata demikian itu sesungguhnya lebih teruk dari tupai dan kera kata haji hadi.

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Rakyat yang mencari keburukan kerajaan lebih teruk dari tupai dan kera July 15, 2021 7:12 pm يق زتاش SIA (PA‎"‎‎

 

Saifuddin kata dakwaan CSA dengan PN, adalah taktik untuk matikan move Umno

 

Saifuddin kata dakwaan CSA dengan PN, adalah taktik untuk matikan move Umno

Pakatan Harapan (PH) berpendapat, dakwaan gabungan itu membuat perjanjian dengan Perikatan Nasional (PN) mempunyai helah tertentu bagi menyelamatkan kerajaan sekarang.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasuition Ismail, berkata pihak terbabit sengaja membangkitkan dakwaan berkenaan demi mengimbangi pendirian semasa Umno terhadap PN.

Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR itu diminta Malaysiakini mengulas mengenai beberapa audio yang tular mendakwa ada perjanjian kepercayaan dan belanjawan (CSA) dicapai di antara PN dan pembangkang menjelang pembukaan parlimen hujung bulan ini.

Antara pemimpin yang membuat dakwaan itu ialah bekas pengarah pilihan raya Umno Malaysia, Tajuddin Abdul Rahman. Terbaru tular pula rakaman audio yang ‘dibocorkan’ didakwa dibuat Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

Berdasarkan audio tular itu individu didakwa Ismail Sabri menyatakan kerajaan PN tidak akan jatuh walaupun Umno menarik balik sokongan mereka kerana PH sudah membuat CSA.

Dipercayai, audio itu dirakam ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno baru-baru ini.

“PH menganggap ini percubaan Ismail untuk menghalang atau mematikan langkah yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin,” kata Saifuddin Nasution.

Untuk rekod pada 7 Julai lalu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan MT parti itu untuk menarik sokongan ahli parlimen mereka kepada Muhyiddin.

Bagaimanapun arahan itu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan apabila kabinet tiada mana-mana menteri PN dari Umno yang berundur dari jawatan masing-masing.

Malah tidak sampai seminggu selepas keputusan itu dibacakan Ahmad Zahid, semua menteri – termasuk ahli parlimen Umno – menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Muhyiddin.

Presiden Bersatu itu kini sedang berdepan dengan tanda tanya mengenai tahap sokongan yang diterimanya daripada ahli parlimen bagi melayakkan dia kekal sebagai perdana menteri.

Saifuddin berkata PH tidak ada membuat persefahaman CSA dengan PN.

“Semua parti dalam PH berpendirian, tiada keperluan untuk kami membuat CSA dengan PN,” katanya.

CSA merupakan kesepakatan atau konsensus bahawa ahli parlimen pembangkang tidak menolak belanjawan kerajaan dan tidak mengusulkan undi tidak percaya kepada kerajaan.

Sebagai balasan, perdana menteri perlu memberi peluang dan akses kepada pembangkang mencadangkan sesuatu dasar.

Umno yang kini mempunyai 36 ahli parlimen di Dewan. Setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana kedudukan atau pendirian ahli parlimen Umno yang tidak menyertai kabinet Muhyiddin.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/583362


SIAPA YUSOF RAWTER

Platform yang mendedahkan siapa Yusoff Rawther...... !!!!


Siapa Yusoff Rawther?

Nama Muhammad Yusoff Rawther tidak asing dengan kontroversi. Belia menganggur berusia 26 tahun mempunyai sejarah disiplin, penagihan dadah dan penipuan.


Yusoff telah membuat tuduhan terdahulu terhadap pembantah Anwar


Yusoff Rawther pertama kali muncul dalam media awal tahun ini apabila dia membuat tuduhan terhadap dua pembela Anwar Ibrahim.


Yusoff mendakwa bahawa setiausaha politik kepada Anwar, Farhash Wafa Salvador telah menimbulkan kecederaan kepadanya dengan menumbuknya berulang kali di pejabat Anwar di Bukit Gasing di sini pada bulan Mei. 


Dia juga mendakwa bahawa Tunku Nashrul, setiausaha akhbar Anwar mendakwa dia menuduh dia mempunyai ketagihan dadah dan menafikan bahawa serangan itu berlaku.


Tidak ada apa-apa mengenai apa yang dipanggil seksual oleh Anwar Ibrahim muncul sehingga Disember tahun ini, hanya beberapa hari sebelum Kongres Kebangsaan PKR berlangsung di Melaka.


Yusoff mempunyai sejarah isu disiplin


Menurut sumber di dalam pejabat Anwar, Yusoff mempunyai masalah disiplin dan ketagihan dadah. Yusoff juga dituduh mencuri kad kredit ahli kakitangan lain tanpa pengetahuannya dan menggunakannya untuk urus niaga bernilai RM10,000.


Yusoff berbohong mengenai ijazah universitinya


Dia juga menyalahgambarkan dirinya dalam resumenya dengan menyatakan bahawa dia telah lulus dalam bidang kewangan dan perakaunan di Kozminski University, Warsaw ketika sebenarnya dia tidak pernah menyelesaikan gelarnya.


Ini lebih disokong oleh bapa saudara Yusoff, Mohideen Abdul Kadir, yang menyifatkan Yusoff sebagai “seorang lelaki muda dengan ego yang melampau yang tidak menamatkan kursus universitinya.”


Dia juga dipercayai sedang menganggur tanpa sumber yang boleh dipercayai pendapatan.


Yusoff adalah pro-Israel dan telah menerbitkan pandangannya terhadap Malaysia


Simpatisan Yusoff Rawther harus sedar bahawa Yusoff secara terbuka pro-Israel telah menulis artikel kontroversial berjudul “Satu rakyat Malaysia, berdiri bersama Israel “pada tahun 2017. 


Dalam artikel itu dia mendakwa Malaysia telah menyumbangkan besarnya imej Israel di pentas antarabangsa dan arena politik Malaysia membuat penggabungan rejim terhadap Israel, sebuah syarikat optimum yang menguntungkan, dan melakukannya melalui beberapa jalan.


Ini termasuk membenarkan media yang berat sebelah terhadap Israel melalui tajuk-tajuk yang salah yang sentiasa memecah-belahkan mangsa Israel dan sentiasa menggambarkan Israel sebagai penyerang dan juga menggunakan bahasa-bahasa yang samar-samar secara gramatikal apabila melaporkan mengenai konflik Israel-Palestin.

(http://www.israelnationalnews.com/Articles/Article.aspx/21449)


Yusoff menganggur dan menggunakan seorang peguam yang berkaitan dengan Mahathir


Penggunaan peguam Tun Mahathir, Datuk Mohamed Haniff Khatri juga menimbulkan kening kerana hubungan dengan PM dan juga bagaimana seorang pemuda yang menganggur mampu bayar seorang peguam terkemuka.


Ayah Yusoff juga mempunyai sejarah penipuan


Bapa Yusoff, Muhammed Ali Mohd Idris, juga mempunyai sejarah penipuan yang telah didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan dengan tiga pertuduhan melakukan penipuan berjumlah RM271,000 secara tunai dan cek antara 1990 dan 1992.


Adalah juga aneh bahawa keluarga Yusoff tidak menyedari kejadian yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim, yang didakwa berlaku pada 2 Oktober tahun lepas. Ini adalah ketika Anwar sibuk berkempen untuk pilihan raya kecil Port Dickson.


https://www.malaysiatopnews.com/siapa-yusoff-rawther/


Soalan-soalan mengenai Skandal Rapi Yusoff


Kenapa ujian pengesan polygraph atau bohong yang digunakan oleh polis pada Yusoff Rawther apabila kebolehpercayaan ujian sedemikian sangat kontroversial?


– Kenapakah ia tidak digunakan pada Haziq Abdullah Abdul Aziz yang menuduh Azmin Ali dalam video seks?


Kenapa tidak Azmin disoal oleh polis sedangkan Anwar? Polis juga melawat rumah Anwar, rumah Timbalan Perdana Menteri. Siapa yang memberi arahan untuk berbuat demikian?


Bagaimana seorang remaja yang menganggur dapat bayar seorang peguam terkemuka yang dikaitkan dengan Tun M? Apakah motifnya?

 

RENTASAN 929 | AZMIN CALON PM-9, KINI TUN M SAHKAN DALANGI USAHA HALANG ...



MENARIK DALAM RENTASAN 929

1. SIAPA KATA PERIKATAN NASIONAL TAK BERPOLITIK? 2. KERAJAAN NEGERI TIADA KUASA TUTUP KILANG 3. HENTI KONGSI DATA PUNCA COVID-19 NAIK DI SELANGOR 4. SIAPA CALON PERDANA MENTERI MASA HADAPAN?


PANAS !! KERAJAAN SEKARANG, APA KATA IBRAHIM ALI? PENGIKUT SETIA MAHAZALIM

DI BRUNEI

 May be an image of 3 people, people sitting and text that says "Dato' Stevan Chong dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Brunei Darussalam RECER THESCOCP.CC Dato Steven Chong named chief justice of Supreme Court The Scoop Mengapa Umat Islam Brunei tidak bangkit menentang lantikan serta Perkenan ke-Bawah Duli Tuanku Sultan Brunei? KERANA: Di Brunei tiada Lebai BODOH dan Melayu BANGANG."

Kelonggaran terhadap individu lengkap vaksinasi diumumkan tidak lama lagi

 

Bernama
Kelonggaran terhadap individu lengkap vaksinasi diumumkan tidak lama lagi
Bagi setiap 1,000 dos vaksin, hanya 0.06 pelaporan diterima yang diklasifikasikan sebagai serius dan memerlukan rawatan lanjut dan kemasukan ke hospital. - Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kelonggaran tertentu yang akan diberikan kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 akan diumumkan tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
"Pengumumannya tidak lama lagi," katanya susulan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengenai pertimbangan memberikan kelonggaran tertentu kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin termasuk kebenaran makan di kedai dan melakukan rentas daerah atau negeri.
Muhyiddin berkata beliau telah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk membuat penilaian semula berhubung prosedur operasi standard (SOP) untuk memberi kelonggaran kepada individu yang lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.
Dalam sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara maya bersama Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin semalam, Dr Adham berkata seramai 172 petugas kesihatan yang hamil telah dijangkiti COVID-19 dan kebanyakannya adalah daripada kategori 1 dan 2.
Menurutnya, 51 individu daripadanya kategori 1, 117 dalam kategori 2 dan bakinya adalah kategori 5.
Pesakit COVID-19 kategori 1 adalah tidak bergejala; kategori 2 (gejala ringan), kategori 3 (pesakit dengan radang paru-paru), kategori 4 (pesakit yang memerlukan oksigen) dan kategori 5 adalah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, Dr Adham berkata dalam tempoh 4 hingga 10 Julai, sebanyak 870 kluster aktif dikesan di seluruh negara dan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) yang direkodkan adalah 1.13.
"Kluster-kluster yang mencatatkan peningkatan dalam minggu tersebut adalah kluster tempat kerja, pendidikan dan pusat tahanan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 19.0 respons kendiri berhubung kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) diterima melalui aplikasi Mysejahtera bagi setiap 1,000 dos vaksin diberikan sejak bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Antara kesan sampingan yang dilaporkan adalah kesakitan di tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan, katanya.
Berdasarkan sistem pemantauan AEFI Bahagian Regulatori Farmasi Negara, hanya 0.06 pelaporan diterima bagi setiap 1,000 dos vaksin yang diklasifikasikan sebagai serius yang memerlukan rawatan lanjut dan kemasukan ke hospital.
-- BERNAMA

DANA AWAM PERLUKAN LAPORAN KEWANGAN JUGA.


May be an image of text that says "capriceofficial Dekat 2 minggu caprice tunggu dan harap ni bukan UEL... mungkin bodyguard p.a dia yang pegang IG dia... tapi makin lama, kita perasan bodyguard cap ayam macam nak tarik perhatian di tiktok dan social media and bakar lagi hubungan caprice dengan UEL yang selama ni ok sahaja. Siap ajak lepak once caprice sampai cairo hari tu."



MOHD MUKHLIS

Between Caprice and him; my money is on Caprice.

Dari 2019 lagi saya tegur yang seminar keluarga sunnah yang tayang dosa peribadi untuk khalayak ramai adalah salah, Allah mengampuni semua dosa yang di sembunyikan kecuali mereka itu sengaja membuka aib mereka sendiri.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali mereka-mereka yang menunjuk-nunjuknya dan sesungguhnya di antara menunjuk-nunjukkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan suatu perbuatan di waktu malam. "Sementara Allah telah menutupinya kemudian di waktu pagi dia berkata: "Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu, pada hal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah" - (HR Bukhori : 5608).

Cara yang sama yang di praktikkan oleh Televangelist, dan seminar tadi bukannya murah, RM150 hanya untuk tayang dosa laki bini pada awam. Itu tak termasuk bab ambil derma awam tapi tak ada audit, duit penderma ini amanah. Memanglah undang-undang NGO benarkan charge pengurusan sebanyak 30%, itu kalau yang bentang audit, kalau yang tak bentang audit macam mana?

Tapi saya malas nak bising sebab ramai yang teruja tengok dia tolong orang; ramai yang join the bandwagon. Kini orang Gaza pun dah tahu temberang dia. Malu tak Malaysia kalau dah jadi macam ini? Kita patut desak semua NGO yang mengambil dana awam untuk menyiarkan laporan kewangan tak kiralah siapa pun. Jika tidak, jangan sesekali minta dana awam jika tiada ketelusan.

 May be an image of textMay be an image of textMay be an image of textMay be an image of text that says "Mohd Mukhlis Mohd .Sf Sharif October Cuci dosa, buka aib diri sendiri & isteri pun kena bayar rm149. Lepas tu berbohong atas nama sunnah nabi walhal ikut ajaran paderi"

B0NGKAR! PAS MEMANG KÜRÁŅG ÁJÁR! BAIK LEBÁl MAHUPUN LEBÁlNlTA!


“Cukup-cukuplah menuding jari kepada kerajaan seolah-olah kerajan gagal tetapi pada masa yang sama merekalah sebenarnya yang gagal untuk membantu kerajaan,” kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Najihatus Salehah Ahmad.

KERAJAAN "SIAL" | Rakyat kecewa dengan kerajaan

Gagal menasihati Agong: Peguam Negara perlu dipecat - PH

 

Tindakan Peguam Negara yang tidak secocok dengan tanggungjawab beliau sebagai penasihat undang-undang negara kepada Yang di-Pertuan Agong mewajarkan beliau melepaskan jawatannya.



Sehubungan itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyokong cadangan dan laporan media yang mensyorkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima nasihat guaman sendiri melalui badan seperti Majlis Privi (Privy Council) kerana pendirian Peguam Negara yang diragui.



"Isu ini timbul susulan siri kenyataan umum Peguam Negara, termasuk yang terkini berkaitan isu penzahiran sokongan terhadap Perdana Menteri serta kenyataan 25 Jun lalu, berhubung kuasa-kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan nasihat Jemaah Menteri yang telah melampaui batas adab, kerana memperkecil dan memperlekehkan titah pandangan Raja-Raja Melayu.



"Walaupun Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri, atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara perkara undang-undang…”, namun timbul tanda tanya apakah Peguam Negara kini boleh menjalankan fungsi tersebut secara tidak berat sebelah (‘impartial’).



"Apatah lagi apabila kita diingatkan bahawa terdapat kes-kes berprofil tinggi tertentu seperti Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Mei lalu namun sehingga hari ini tiada arahan pendakwaan dari Peguam Negara.



"Ini memang luar biasa apabila seseorang itu ditahan lebih sebulan yang lalu namun masih belum didakwa, dan semestinya menimbulkan tanda tanya sama ada wujud motivasi lain dengan melengahkan pendakwaan di mahkamah," kata mereka dalam kenyataan hari ini.



Menurut kenyataan itu lagi, sekiranya Peguam Negara enggan melepaskan jawatannya, dan terus menyalah guna fungsi beliau maka seharusnya Peguam Negara dipecat.



"Majlis Presiden mengulangi pendirian Peguam Negara perlu dipecat, atau beliau sendiri meletakkan jawatan secara terhormat kerana beliau dilihat tidak lagi mampu menjalankan tugas rasminya secara profesional dan berkecuali dalam menegakkan undang-undang, termasuk dalam isu memberi nasihat kepada Seri Paduka Baginda," kata mereka lagi.



Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Malaysia diramal cecah 24,000 kes Covid-19 sehari pada September ini

 

Terkini! Malaysia diramal cecah 24,000 kes Covid-19 sehari pada September ini


Malaysia diramal akan mencapai tahap kemuncak penularan Covid-19 pada pertengahan September dengan 24,000 kes positif sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan unjuran, kadar kebolehjangkitan (RT) pada ketika itu adalah 1.2.

“Keberkesanan vaksin pula berada pada 75 peratus sekiranya kapasiti pemberian dos kedua adalah 100,000 sehari dan 80 peratus penduduk telah divaksinasi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kes harian positif Covid-19 dijangka menurun di bawah 1,000 kes setiap hari pada Oktober.

Katanya, berdasarkan unjuran yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes akan terus meningkat sehingga 17,000 sehari pada pertengahan Ogos.

“Jika kita boleh laksanakan 150,000 dos sehari untuk dos kedua dengan 80 peratus keberkesanan vaksinasi, pada Oktober kes harian positif Covid-19 akan turun di bawah 1,000,” katanya.

Peningkatan kes positif Covid-19 direkodkan selama tiga hari berturut-turut sejak Selasa dengan kes tertinggi 13,215 dilaporkan pada Khamis.

Daripada jumlah itu sebanyak 12,684 kes yang dikesan adalah pesakit Covid-19 kategori satu dan dua manakala 531 pula adalah kategori tiga hingga lima.

Terkini! Mata wang ringgit terus susut

 

Terkini! Mata wang ringgit terus susut

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari keempat berturut-turut kerana sentimen dipengaruhi oleh pengukuhan mata wang AS dalam persekitaran kekurangan pemangkin domestik untuk menaikkan unit tempatan, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.2020/2030 berbanding dolar AS daripada 4.2000/2030 sewaktu ditutup semalam.

Peniaga berkata, sentimen tempatan juga dipengaruhi oleh laporan Kementerian Kesihatan bahawa kes harian COVID-19 di Malaysia berjumlah 13,215 kes hari ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 880,782.

“Jumlah kes COVID-19 tempatan kerap menjadi kebimbangan kerana ia akan membataskan banyak prospek pertumbuhan dan memperlahankan pemulihan ekonomi. Kemerosotan ringgit juga seiring dengan harga minyak yang lebih rendah yang terus menyaksikan pengurangan permintaan ketika kes COVID-19 melonjak di peringkat global,” katanya.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent turun 0.92 peratus kepada AS$74.07 setong.

Unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1052/1062 daripada 3.0973/0998 ketika ditutup pada Rabu dan merosot berbanding euro kepada 4.9764/9776 daripada 4.9539/9574.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.8256/8265 daripada 3.8012/8043 dan berkurangan berbanding pound kepada 5.8252/8266 daripada 5.8157/8199 sebelumnya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2021/07/839828/mata-wang-tempatan-terus-susut

Bina hospital lapangan, guna strategi perang lawan Covid 19 - Dr Lee Boon Chye

 


Jangkitan Covid 19 yang semakin memburuk di negara ini menunjukkan ketidakseriusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam membendung pandemik.



Bagi mantan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye, perang melawan Covid harus berada dalam skala pertempuran sepenuhnya.



Katanya, negara tidak lagi boleh bergantung kepada kemudahan hospital sedia ada dan memerlukan hospital lapangan yang boleh menampung sejumlah besar pesakit baharu yang bertambah setiap hari.



"Kita boleh lihat dalam isu kedudukan hospital kerajaan di Lembah Klang, ia memang genting dan kegunaan katil melebihi seratus peratus akibat Covid-19.



"Sepatutnya perancangan lebih awal harus diusahakan untuk menambah doktor, jururawat dan tenaga kerja yang lain di samping membina hospital sementara besar-besaran seperti ‘field hospital’ semasa perang.



"Di samping itu kawalan pandemik Covid perlu dipertingkatkan. Jelas sehingga hari ini perisytiharan Darurat tidak membantu, bahkan pandemik makin teruk," katanya kepada Suara Keadilan.



Dalam pada itu, Boon Chye yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN menempelak pemimpin kerajaan PN yang saban hari berkata keadaan terkawal.



Hakikatnya, menurut beliau, keadaan sudah tidak terkawal dan darurat tidak sebagaimana digambarkan pada waktu diumumkan Januari lalu, boleh menggunakan lebih banyak kemudahan awam dan swasta untuk mengadapi Covid.



"Kegagalan kawalan pandemik jelas walaupun setelah enam bulan darurat dan enam minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



"Jumlah kes semakin meningkat dan sudah melepasi 10,000 ribu kes sehari, sepertimana jangkaan saya pada bulan Mei 2021," katanya lagi.



Tegas Boon Chye, kerajaan perlu mengubah strategi dengan memperbanyakkan ujian saringan ketika proses vaksinasi masih lambat untuk mencapai imuniti kelompok atau pun menyuntik 80% daripada 32 juta penduduk Malaysia.



Hanya dengan pengesanan awal kontak, katanya, boleh menyelamatkan nyawa, terutama menghadapi varian dari Afrika dan India yang tidak menunjukkan simptom awal.