MOHD MUKHLIS
Un, mana teropong maksum Guru Hadi Aun, Guru nak jamah gulai
kawah daging MCA.
#LebaiMudahLupa #belukangdanbuaya #khadam4life

MOHD MUKHLIS
Un, mana teropong maksum Guru Hadi Aun, Guru nak jamah gulai
kawah daging MCA.
#LebaiMudahLupa #belukangdanbuaya #khadam4life



AHR HALIM
saya bersama AMK cabang pasir gudang turut bersama ketua cabang
keadilan pasir gudang Dan mewakili jingga 13 Johor membuat satu laporan di
balai polis IPD seri Alam berkenaan kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), yang bersifat
derhaka terhadap kenyataan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang
menitahkan agar sidang parlimen diadakan secepat mungkin.
Sikap melengah dan cubaan untuk menunda sidang parlimen yang
ditonjolkan oleh YB Takiyuddin dalam wawancara Harakah jelas mempersendakan
titah Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja tersebut. Beliau menyatakan:
YDPA tidak titah bulan berapa untuk bukan sidang Parlimen, PM sudah nyatakan
akan buka Parlimen pada September dengan diikuti gelak sinis.
Oleh itu, kami menggesa agar pihak polis menyiasat dan
mengenakan tindakan tegas terhadap isu ini kerana melanggar Perlembagaan
Persekutuan Bahagian IV Persekutuan Bab 2 Majlis Raja-Raja Perkara 38 serta
beliau boleh dicaj di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia
1998.

1. Saya membaca tulisan Us Hadi pagi ini, dan nampaknya ia tidak lebih dari usaha Us Hadi untuk memanjangkan ‘pajakan otak’ para pengikut supaya terus wala’ dan memberikan kepercayaan kepada beliau dan pimpinan Pas dalam hal sepak terajang politik, sekalipun sudah banyak ‘strategi’ politik Pas yang berubah menjadi tragedi kepada parti tersebut.
2. Seperti biasa, Us Hadi akan menyulamkan tulisan dan ucapan beliau dengan ayat-ayat Al-Quran yang ‘terkadang’ dipasang pada tempat yang tidak selayaknya, dan seperti biasa UHaHa akan menukilkan ayat yang mengambarkan bahawa mereka bersama dengan Al Quran, manakala pihak yang berseberangan dengan mereka adalah musuh ‘Islam’, bahkan musuh Allah SWT. Demikianlah ‘tabiat’ Us Hadi dalam berinteraksi dengan Al Quran.
SAYA AKAN ULAS, DUA POINT YANG MENJADI ‘MAHAR’ UNTUK MENERUSKAN PAJAKAN OTAK PARA PENGIKUT SETIANYA. (Print screen disertakan)
3. UHaHa berkata “lebih berbahaya bagi umat dan negara apabila ada di kalangan mereka ………..” (Rujuk SS di bawah). ULASAN SAYA ; Us Hadi mengatakan bahawa yang paling berbahaya apabila ada di kalangan umat yang bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk MUSUH AGAMA, UMAT DAN RAJA ?
Soalnya ; A Siapakah MUSUH AGAMA itu ? Dalam Malaysia ini, semua parti ‘pernah’ dicop sebagai MUSUH AGAMA oleh parti Us Hadi mengikut kesesuaian ‘nafsu serakah’ politik Us Hadi.
b. UMNO dan BN ? Bukankah dengan mati melawan mereka, maka mati itu mati syahid ? Bukankah Al Marhum Osman Talib dalam peristiwa Lubuk Merbau diisytiharkan SYAHID oleh Pas ? Bukankah beliau SYAHID kerana melawan UMNO yang merupakan musuh Allah ?
c. DAP dan PH ? Mungkin ini yang dikehendaki oleh Us Hadi, tetapi sepanjang enam tahun terakhir, Us Hadi tidak pernah mendatangkan bukti yang jelas bahawa DAP dan PH itu adalah MUSUH AGAMA ?, dakwaan ini tidak lebih dari serbuk perisa ‘hilal’ untuk memancing para pengikut supaya terus berwala kepada Us Hadi dan pimpinan mereka.
d. BERSATU ? Parti yang menjadi ‘pimpinan’ kepada Pas hari ini pernah bersama PH, apakah Us Hadi telah ‘mensucikan’ mereka sehingga mereka ‘sesuci murni’, atau adakah kalau parti ini ‘ghuyub’ ketika itu mereka kembali menjadi MUSUH AGAMA ?
4. Dalam satu perenggan yang lain Us Hadi mengingatkan generasi muda supaya tidak terpengaruh dengan media …. (Rujuk SS di bawah).
Ini satu ingatan yang bagus untuk generasi muda yang tidak pernah ‘mengalami zaman itu’ ;
a. Zaman masyarakat Islam dibahagikan kepada dua ekstrim ; ekstrim AGAMA, atau ekstrim BANGSA. Antara pelaku utamanya adalah Us Hadi.
b. Zaman segala istilah ‘hukum’ ; kafir, murtad, munafiq, musuh Islam dan sebagainya begitu mudah dijaja. Dan ‘tokey’ utama untuk lelongan itu adalah Us Hadi.
c. Zaman penentangan hanya bersalutkan ‘ceramah berapi’ dan pajakan otak para pengikut.
Zaman itu terlalu perit untuk kita hidupkan kembali. Us Hadi tidak pernah ‘berubah’, bahkan beliau beristiqamah untuk terus ‘menyerang’ semua musuh politiknya berbekalkan ‘nas’ yang sama cuma, diubah pihak yang disasarkan. Us Hadi juga akan mensucikan semua pihak yang bersama beliau dengan hujah yang sama, cuma diubahsuai sasarannya.
Dari jendela dangau sang Hamba
Derang, Perlembahan Ilmu
081142 / 11.30 pagi




Polis mengesahkan kilang minuman keras di Seksyen 15 di sini, tidak beroperasi seperti didakwa seorang individu melalui video tular di media sosial Jumaat lalu.
Justeru, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya akan memanggil individu yang memuat naik video berkenaan.
Menurutnya, pemantauan dijalankan pihaknya selepas individu berkenaan mendakwa kilang minuman keras itu beroperasi berdasarkan asap yang keluar menerusi serombong asap kilang kira-kira jam 7.40 petang.
“Polis telah berjumpa dengan pengurus kilang yang menjelaskan kilang berkenaan memang tidak beroperasi sejak 1 Jun lalu.
“Team Task Force telah menjalankan siasatan dan pematuhan secara keseluruhan di lokasi dalam dan luar kilang mendapati pihak kilang mematuhi dengan baik segala Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP 3.0 dan akur tidak menjalankan sebarang bentuk operasi pengilangan,” katanya ketika ditanya sama ada individu yang merakam dan memuat naik video berkenaan akan dipanggil polis atau sebaliknya.
Beliau memberitahu, asap yang dikeluarkan dari salah satu cerobong kilang merupakan wap daripada proses memanaskan sejenis bahan mentah yang menyerupai gandum atau yis bagi memastikan ia tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang.
Selain itu katanya, polis difahamkan wap atau asap perlu di keluarkan bagi mengelakkan berlaku letupan dan proses itu di panggil meletakkan peralatan pengilangan dalam keadaan siap siaga.
“Pihak pengurusan kilang berkenaan telah memberikan kerjasama yang baik dan sentiasa akur dengan arahan pihak berkuasa demi untuk kepentingan bersama dalam memutuskan penularan wabak Covid-19,” jelasnya.
Pada Jumaat, tular video dalam Facebook mendakwa kilang berkenaan menjalankan operasi ketika Sekatan Pergerakan Penuh dijalankan ketika ini.
Video berdurasi 40 saat itu dipercayai dirakam seorang individu dan memuat naik dalam Facebook.
BOB KELANANG
UMMAH kelam kabut keluarkan kenyataan... kononnya mereka
tersilap join ngan puak-puak Pro Darurat...
KOH KOH KOH... setelah kena kecam berjemaah oleh rakyat
Malaysia... laju ja depa U-Turn...
KOH KOH KOH...
Kita tau la sapa disebalik semua NGO yang Pro Darurat ni... sapa
tangan-tangan ghaib yang galak sangat nak darurat ni... galak sangat nak
kekalkan kuasa...
Dan kita tau lah sebab kenapa hanya HarakahDaily jer yang
sebarkan kenyataan tu... kita tau lah apa agenda depa dan sekarang semuanya dah
404...
KOH KOH KOH... jilaker!!
Tak payah nak dalih aaa... kita semua tau...

Janganlah terkejut kalau Mahiaddin dan konco-konconya ingkar,
masih berdolak-dalik dan terus mempersoalkan semantik titah di-raja itu semata2
untuk mempertahankan jawatan masing2. Ingatlah, orang yang masuk ikut pintu
belakang ini kadang2 berasa mereka akrab dan mesra dengan tuan rumah sehingga
tak sedar yang kehadiran mereka tidak dialu-alukan lagi - akj

Sorang lagi lebai tak
reti bahasa. Pasal Covid la maka titah Agong dan Raja-Raja agar Parlimen dibuka, sebab kerajaan tebuk
atap bersama lebai ni ternyata gagal atasi Covid. Kalau Covid dah selesai,
tiada sebab Raja-Raja bersidang. Jangan jadi bodoh sangat lebai, korang ingat
Raja-Raja tu titah suka-suka je ke? Status covid semakin teruk dan tidak
terkawal dengan SOP lintang pukang, vaksinasi yang amat lemah, setiap hari
berlaku kematian akibat Covid, maka parlimen wajib dibuka segera. Lebai takut
sangat parlimen dibuka ni sebab apa? Takut hilang jawatan? Jawatan lebih
penting dari rakyat?
Waktu kes Iswardy Morni dulu, terpacul je hadith tentang 'raja bayangan
Allah" oleh Jakim. Lebai2 pun tafsir betapa wajibnya taat kpd raja. Tapi,
bila raja bertitah, segera buka Parlimen dan tidak perlu disambung darurat, tak
keluar dah hadith tersebut. Mengapa? Sebab merugikan mereka. Itulah lebai penjual
agama.
W.FAUDZIN


PETALING JAYA: Nasihat Abdul Hadi Awang supaya generasi muda tidak terpengaruh dengan muslihat tanpa sempadan Pakatan Harapan (PH) ibarat berkata kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di mana beliau bernaung ketika ini, kata pemimpin Amanah.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, kenyataan Presiden PAS itu umpama “membutakan mata” terhadap luahan dan amarah anak muda terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.
“Dia (Hadi) ketinggalan bas, sebab saya rasa tindakan anak muda hari ini meluahkan #kerajaangagal di media sosial (ditujukan kepada) siapa. Jangan tersalah baca,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Hadi dalam satu kenyataan mengingatkan generasi muda kini supaya tidak mudah terpengaruh dengan muslihat dunia tanpa sempadan seperti yang dicanang kerajaan PH dalam manifesto pilihan raya umum lalu (PRU14).
Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata, kerakusan PH terserlah hanya beberapa hari selepas menawan Putrajaya apabila bersikap melampau terhadap Islam dan kepimpinannya, sedangkan ia suatu perkara yang wajib dipertahankan.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, orang muda pada hari ini mulai sedar sikap hipokrit PAS dan menolak parti itu kerana menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.
“Semua perkara yang menjadi modal untuk menyerang PH dahulu tidak ditunaikan ketika duduk dalam kerajaan. Mana perginya RUU 335 yang hebat dicanang ketika duduk di kerusi pembangkang?
“Lebih baik dia lihat rekod dia sendiri dan cermin diri,” katanya yang menyifatkan Hadi sebagai pemimpin Islam yang membawa imej tidak baik bagi agama kerana sering menggelarkan individu lain dengan gelaran binatang.
Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Ithnin berkata, PAS umpama menidakkan hakikat bahawa mereka adalah tunjang kepada kerajaan gagal pada hari ini.
“Dengan sekalian banyak rekod buruk mereka sendiri tak tertanggung, tak malukah nak komen tentang orang lain? Nasihat saya buat Presiden PAS, cerminlah diri dulu,” tegasnya.
“PAS ni kadang-kadang cermin dah depan muka pun tak tahu nak cermin diri. Sebelum nak ingatkan orang muda, Presiden PAS sedar tak sekarang ni orang muda dah nampak dengan jelas sifat hipokrit PAS setelah jadi kerajaan?”
Sementara itu, Pengerusi Amanah Terengganu Raja Kamarul Bahrin berkata, nasihat Hadi kepada generasi muda seperti “tidak serupa bikin” kerana kelulusan mengundi bagi umur 18 tahun disekat oleh menterinya sendiri.
“Kenapa PAS dan kerajaan PN menyekat kelulusan umur 18 tahun untuk mengundi? Anak muda mohon jawapan ini dahulu sebelum mereka dinasihati. Buat apa dinasihati kalau dihalang daripada mengundi?” soalnya.
Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh menyatakan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan pada 1 Sept 2022.
Penangguhan ini susulan situasi semasa negara ketika ini yang masih bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.
Dato Zaid Ibrahim
Kerajaan PN bernasib baik kerana mereka masih lagi memerintah kerajaan, walaupun tidak menentu hala tuju. Mereka bernasib baik kerana Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah lembut dan sabar orangnya. Dalam masa darurat (dan di mana Parlimen tidak bersidang) Ordinan Darurat yang ada sekarang memberi kuasa penuh kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Baginda boleh panggil Parlimen bersidang esok atau lusa. Baginda boleh pecat Perdana Menteri dan baginda boleh pecat Speaker dan sebagainya. Itulah luasnya kuasa YDPA semasa darurat.
Prinsip Raja Berperlembagaan di mana YDPA mesti mengikut nasihat Perdana Menteri di bawah Artikel 40 Perlembagaan itu tidak boleh digunapakai semasa darurat kerana Seksyen 14 Ordinan Darurat memberi kuasa penuh kepada YDPA, dalam segala hal demi menyelesaikan masalah negara.
Ordinan Darurat memberi kuasa kepada YDPA untuk melakukan apa saja walaupun bercanggah dengan prinsip dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan selagi Parlimen tidak bersidang untuk mengubah ordinan tersebut.
Perdana Menteri (dan penasihat beliau) mungkin merasakan, jika mereka memberi kuasa penuh kepada YDPA melalui Ordinan Darurat, mereka boleh mengambil kesempatan berselindung di belakang kuasa YDPA. Mereka akan berkata, “YDPA mesti ikut nasihat kami”, kerana itulah lazimnya prinsip Raja Berperlembagaan.
Mereka tidak menyangka prinsip biasa tidak laku dalam masa darurat. YDPA dan Raja-Raja Melayu juga ada pendirian sendiri dan tidak mahu jadi pak turut.
Mereka salah perkiraan mengenai undang-undang darurat yang mereka sendiri gubal. Ordinan Darurat yang ada sekarang memberi kuasa penuh kepada YDPA. Jadi, isu baginda perlu mengambil nasihat Perdana Menteri sebelum mengambil apa-apa tindakan itu tidak timbul. Kecuali Parlimen bersidang dan mengubah Perkara 14 Ordinan Darurat sekarang.
PM kita “wants the cake and eat it”, kata orang Inggeris. Beliau mahu darurat yang memberi kuasa mutlak kepada YDPA dengan harapan nasihat beliau sentiasa diikuti oleh baginda. Itulah sebab orang tua-tua bercerita, “pandai-pandai tupai melompat, jatuh juga ke tanah”.
Krisis yang ada sekatan boleh diselesai dengan mudah. YDPA boleh memanggil Perdana Menteri mengadap dan memberitahu beliau jawatannya sebagai Perdana Menteri akan gugur pada 1 Julai 2021. YDPA juga boleh namakan penggantinya dengan serta merta.
YDPA juga boleh arahkan Parlimen bersidang untuk memilih Perdana Menteri baharu, jika itulah yang difikirkan terbaik. Notis 28 hari untuk Parlimen bersidang tidak perlu diikuti kerana kita dalam darurat dan segala keputusan YDPA adalah sah semasa darurat, termasuk isu notis mesyuarat dan ianya tidak boleh dicabar.
Asri janggut
Dulu puluhan tahun kita berjuang utk mangsa mamali,kita nk sgt
satu RCI ditubuhkan untuk mencari keadilan ,asal setiap kali pilihnraya kita
akan bangkitkan isu mamali,
Hari ini Allah dah bagi kesempatan kita ada sedikit kuasa dalam
kerajaan,ditambah pula ada satu kelebihan iaitu Menteri undang-undang dari
parti kita..
Dah berkuasa kenapa kita diam membisu?
Adakah mereka lupa,lalai dengan jawatan?
Adakah agama islam hanya mainan dibibir sahaja?






Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin menyifatkan Pas berani menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong walaupun sudah tiga kali baginda menitahkan agar Parlimen bersidang segera.
“Bagus Pas ni. Tiga kali dah YDP Agong sound berkenaan dengan buka Parlimen segera.

“Bagi sayalah, memang biadab sungguh bila Pas respon “YDPA tak bagitahu bila”,” kata Khalid menerusi facebook beliau.
Bekas Menteri Besar Johor itu mengibaratkan, titah Agong ini umpama kemarahan dari bos.
“Cuba kalau boss marah dan tempelak kita buat sesuatu tugasan dengan segera. Berani ke kita nak tanya balik “boss tak bagitahu pun bila”.
“Memang boss kita makin bertambah marah.
“Dah tiga kali kena sound tu kalau tak faham memang kuat perangai perasan maksum dalam parti Pas ni.
“YDPA pun Pas berani derhaka. Apakan sangat kita rakyat biasa,” kata beliau.
Beliau membandingkan apa yang berlaku dalam isu ini dengan di Kelantan negeri yang di perintah oleh Pas.
“Kelantan tu, rakyat persoalkan tentang air karat, Pemimpin Pas suruh korek minum air telaga,” katanya.
Beliau meminta semua pihak membayangkan jika Pas memerintah negara.
“Boleh nampak dah bayangan Pas sekiranya dapat memerintah Malaysia secara kuat. Mohon kita rakyat Malaysia elakkan perkara ini berlaku.
“Tambahan lagi, NGO pun mereka boleh tipu untuk kutip 440 sokongan menyokong Darurat diteruskan yang jelas menentang titah YDPA. Selepas itu, banyak NGO yang memberitahu mereka tidak terlibat dengan sokongan menyokong Darurat diteruskan.
“Dah nampak perangai sebenar Pas? Rakyat Malaysia nak ke pemerintah yang sanggup menipu demi nak kekal berkuasa macam ini? Takut sungguh yer hilang jawatan,” kata beliau..

PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berpendapat sudah tiba masanya parti itu mempercepatkan tarikh penarikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) jika Putrajaya masih berdolak-dalik berhubung pembukaan sidang Parlimen.
Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau menyokong pendirian Pemuda Umno yang membuat gesaan itu dan pucuk pimpinan harus mengambil tindakan “penyudah” segera kepada kekalutan berkenaan.
“Ini kerana Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu telah menitahkan supaya Parlimen mesti bersidang secepat mungkin.
“Justeru MKT wajar mempercepatkan tarikh penarikan sokongan terhadap kerajaan PN walaupun pada Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU2020) memutuskan paling lewat pada 1 Ogos depan,” katanya kepada FMT.
Puad berkata, suara PAU2020 pada Mac lalu juga memutuskan untuk memberi mandat kepada Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan dengan MKT jika terdapat tarikh lain yang lebih sesuai.
Katanya, Umno mempunyai alasan kukuh untuk membuat keputusan tegas dan penarikan sokongan lebih awal.
“Umno sudah memberi peluang lebih setahun kerajaan PN memerintah.
“Ternyata Umno tidak boleh membiarkan dirinya terus terpalit dengan kemarahan rakyat akibat kegagalan kerajaan PN dan kedegilan PM8 (Muhyiddin Yassin),” katanya.
Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya akan mendesak kepimpinan tertinggi parti itu untuk membuat keputusan tegas jika kerajaan pimpinan Muhyiddin gagal mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh terdekat.
“Kegagalan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong itu boleh dianggap sebagai satu bentuk penderhakaan,” katanya.
Justeru, Pemuda Umno mendesak Putrajaya mengeluarkan notis panggilan segera bagi membolehkan Parlimen bersidang sebelum darurat tamat pada 1 Ogos bagi mentaati titah pandangan Agong dan Majlis Raja-Raja.
Rabu lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan ordinan darurat dan Pelan Pemulihan Negara.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, pandangan baginda berhubung persidangan Parlimen tidak memperincikan bila ia perlu dilaksanakan.

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, menghadiahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan sebuah Kamus Dewan.
Arafat berkata, kamus itu dihadiahkan kepada Takiyuddin supaya beliau memahami dengan lebih jelas maksud “secepat mungkin” seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.
Rabu lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara kerana menyedari peranan pentingnya bagi membincangkan isu berkaitan Covid-19.
Dalam video dikongsikan di Facebook Pusat Khidmat Raya ADUN Hulu Kinta, Arafat berkata kenyataan dikeluarkan Takiyuddin selepas titah pandangan Agong itu adalah tindakan yang biadab dan angkuh.
Ketua Penerangan PKR Perak itu berkata, Takiyuddin dengan sengaja mentafsir maksud “secepat mungkin” mengikut tafsiran dan kepentingan politik sendiri.
“Oleh kerana itu saya nak menghadiahkan kamus untuk Menteri Undang-undang, saudara Takiyuddin sekiranya tak faham bahasa tak faham maksud segera dan maksud secepat mungkin.
“Oleh kerana tak boleh rentas negeri saya akan hantar melalui kurier terus (kamus) ke pejabat beliau,” katanya.

Arafat berkata, insiden membabitkan keangkuhan pemimpin parti Islam itu bukan perkara baru kerana pada Disember tahun lalu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut murka terhadap pimpinan PAS negeri kerana ingkar perintah untuk menghadap.
“Inilah perangai sebenar pemimpin parti kononnya parti Islam. Saya ada satu soalan dengan Takiyuddin, kita doakan supaya Takyuddin sihat walafiat.
“Andai kata Takiyuddin terkena Covid-19 adakah beliau akan ikut saranan KKM untuk hadir segera ke hospital mendapatkan rawatan atau ikut tafsiran beliau, tafsiran hadir (selepas) sebulan, dua bulan atau tiga bulan selepas terkena Covid-19,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Takiyuddin membayangkan masa “sudah hampir” untuk Parlimen bersidang selepas Yang di-Pertuan Agong bertitah ia harus diadakan secepat mungkin.
Takiyuddin berkata, Agong tidak menetapkan bila sidang Parlimen harus diadakan namun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah mengumumkan bahawa sidang Dewan Rakyat itu boleh diadakan paling awal September ini.
“Agong tidak menitahkan perlu diadakan pada bulan berapa dan sekian. (Baginda) menyatakan secepat mungkin. Perdana Menteri pun ada menyatakan Parlimen akan dibuka dalam bulan September atau Oktober. Sekarang ini pun kita sudah hampir penghujung Jun. Sudah hampir dan kita pasti akan adakan Parlimen,” katanya.