VETERAN ATM TUNTUT KERAJAAN BELA KEBAJIKAN


NI PAS NAK TEGUR ATAU TIDAK ??? JANGAN KATA TAK TERLIBAT..KAMU BERADA BERSAMA DALAM KERAJAAN.

 Image may contain: outdoor and text

BEKAS SISWASAH YANG SANGGUP MELALAKUKAN APA SAHAJA WALAU BUKAN KEMAHIRAN MEREKA-KERAJAAN TEBUK ATTAP NGANGA..

 

Rasanya anakanak kita pun lalui keadaan sebegini...ada yang kontrak dengan jabatan kerajaan dengan kelulusan yang mereka pelajari dan ada  yang tidak mereka pelajari namun mereka lalui kerana anak anak kita ini tidak mahu duduk sahaja selain mencari duit poket sendiri. 

Kerajaan pula bagaimana? ingatkan jadi duta Timur Tengah bawa pelaburan billion billion..namun nganga juga..cakap kelentong saja pandai satu habuk pelaburan dari negera kaya raya Timur Tengah tak datang datang.Bukan aku nak salahkan Lebai yang di lantik sebagai Duta bertaraf menteri, tetapi bila engkau dilantik mewakili negara dan bertaraf menteri,  di negara kaya raya sekurang kurangnya bawa lah sebillion dua untuk melabur di Malaysia..tak Malaysia pun tak apa lah..bawa lah ke Terengganu dan Kelantan.Itu pun jadilah kalau kalau anak negeri lain boleh menumpang..ini tidak...habuk pun tarak...yellek puccek...

ADUN Sena beri bantuan kecemasan mangsa ribut


 Pusat Khidmat DUN Sena, Perlis baru-baru ini mengagihkan bantuan segera kepada mangsa ribut di sekitar DUN berkenaan.

 Menurut ADUN Sena, Asrul Nizan Abd Jalil, lawatan dan agihan bantuan pada 21 September itu merangkumi mangsa ribut dan juga warga emas yang uzur.

 "Alhamdulillah sepetang bersama teman-teman Pusat Khidmat Rakyat DUN Sena, Kangar dengan ditemani Pengerusi KEADILAN Perlis Amran Kamarudin dan Naib Pengerusi KEADILAN Kedah Hj Nasrul Omar menziarahi mangsa-mangsa angin ribut baru-baru ini di kawasan DUN Sena serta beberapa kawasan DUN di Perlis yang lain.

 "Dalam ziarah di DUN Indera Kayangan, kami turut ditemani Bendahari KEADILAN Cabang Kangar, Ahmad Abdullah manakala di DUN Bintong oleh bekas Calon Pakatan Harapan PRU-14, Mokhtar Che Kassim.

 "Didoakan mudah-mudahan seluruh mangsa angin ribut di Perlis tabah menghadapi musibah yang menimpa dan kepada yang keuzuran akan beroleh kesembuhan segera," katanya dalam kenyataan di Facebook.

 Selain lawatan di DUN Sena, mereka juga berkunjung ke DUN Kayang. Mangsa-mangsa ribut mengalami kerosakan bumbung rumah dan perabot. Bantuan segera diberikan sementara menunggu bantuan seterusnya dari pihak berkuasa.

 

COVID19 - SABAH SAHAJAKAH TERLIBAT? KEDAH SIAPA PERINTAH?


"  Hari pengundian semakin hampir, kerajaan sementara yang ada sekarang tidak boleh membuat keputusan untuk menyelesaikan kemelut ini, maka saya menyeru kepada semua rakyat Sabah agar sentiasa menjaga kesihatan dan mematuhi SOP yang digariskan oleh SPR semasa turun mengundi sekali gus dapat memilih pemimpin yang benar-benar prihatin dengan kesengsaraan rakyat Sabah." (petikan)

Begitulah cara kumpulan penjual agama berkempen.  Tidak cukup dengan agama, isu Covid19 pun mereka mahu babitkan dengan politik.  Adakah beliau lupa Kedah juga terbabit dengan berbagai kluster?  Macam la Kelantan tu bagus sangat.  Tidakkah beliau tahu Kelantan adalah di antara negeri paling tinggi rekod HIV dan aids? Termiskin pun Kelantan juga walaupun rakyatnya tadah air hujan anugerah Allah. 

Siapa menteri yang bodoh yang ke luar negara tapi tidak ikut arahan SOP kuarintin diri, kalau bukan menteri dari puak penjual agama?  Mahu ajar rakyat Sabah, rakyat negeri sendiri pun tidak terurus.  Paling tidak, Syafie Apdal tidak minta rakyat Sabah hanya tadah air hujan untuk minum. 


WFAUZDIN NS

KEADILAN kesal SPR, PDRM hentikan program Jelajah Anwar

 

Pemimpin-pemimpin KEADILAN meluahkan kekesalan di atas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberhentikan program terakhir Jelajah Sabah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon DUN Inanam, Peto Galim yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 Perkara itu berlaku ketika Anwar baru berucap selama 10 minit dalam program tersebut apabila pasukan SPR dan PDRM tampil dan memberitahu program itu tidak boleh diadakan kerana tidak mempunyai permit sah.

 "Kita diminta untuk tamatkan program. Mereka kata kita tidak ada permit walaupun permohonan sudah dibuat. Bahagian polis yang uruskan permit ini tutup pada hari minggu.

 "Tidak apa, saya tidak mahu mencipta sebarang masalah, jadi kita tamatkan di sini," kata Anwar.

 Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata KEADILAN sememangnya sudah pun menghantar permohonan untuk mendapatkan permit bagi mengadakan program tersebut, namun menganggap SPR dan PDRM gagal memahami kesukaran untuk parti politik berkempen.

 "Mereka (PDRM) tutup Sabtu dan Ahad, program ini pula dirancang sehari sebelum itu iaitu Jumaat malam. Jadi, Sabtu pagi kita hantar permohonan tetapi bahagian yang uruskan itu tutup. Bukan kami sahaja, DAP pun menghadapi masalah sama.

 "Kami minta SPR supaya lebih memahami situasi kami. Kempen hanya diadakan 14 hari sahaja dan program ini adalah atas permintaan rakyat, mereka nak dengar Anwar berucap.

 "Tapi apabila kami minta kerjasama SPR dan PDRM, kita tidak dapat jadi kita harap mereka boleh memahami parti politik yang bertarung dalam PRN Sabah. Berilah kerjasama kepada kami, kerana kami pun beri kerjasama sepenuhnya kepada mereka," katanya.

 Naib Presiden KEADILAN, Xavier Jayakumar pula menggesa ketua polis negara melihat isu ini dengan lebih serius.

 "Ini musim pilihan raya, saya nak minta ketua polis tengok isu ini, pasal apa polis tutup hari Sabtu dan Ahad.

 "Kita bergerak sebagai parti politik bersama calon 24 jam sehari. Malah, program ini diadakan di kawasan tertutup.

 "Kita bagi kerjasama tapi bagilah kita peluang, kalau kita minta permit bagi sahajalah sebab ini PRN, ini hak rakyat, ini suara kami dan beri pilihan untuk rakyat memilih kerajaan," katanya.

 


Kemenangan Warisan Plus dapat paksa kerajaan lanjut moratorium

 

Kemenangan Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang mungkin dapat memaksa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin untuk berubah fikiran dan melanjutkan tempoh moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP kesal dengan kedegilan Muhyiddin yang enggan menyahut seruan rakyat Malaysia dan komuniti perniagaan untuk melanjutkan mmoratorium pembayaran balik pinjaman bank selama enam bulan lagi, apabila ia tamat pada 30 September.

“Oleh kerana Kerajaan Persekutuan enggan mendengar suara rakyat, maka tekanan daripada luar diperlukan. Mungkin hanya kemenangan Warisan Plus dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang yang dapat memaksa Muhyiddin untuk berubah fikiran dan melanjutkan tempoh moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng yang juga mantan Menteri Kewangan berkata, Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) adalah pertubuhan yang terbaru merayu untuk pelanjutan moratorium berikutan kerugian sebanyak RM11.6 bilion setiap bulan bagi industri pembinaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula pada 18 Mac.

Daripada jumlah tersebut, tambahnya, 29 peratus kerugian disebabkan pengangguran pekerja industri kerana projek pembinaan terpaksa dihentikan.

Jelasnya, apa yang penting, adalah permintaan MBAM untuk melanjutkan moratorium selama setengah tahun lagi merupakan suatu rayuan bantuan dan tangisan meminta talian hayat, bukan untuk mempromosi tetapi hanya untuk membantu melindungi salah satu sektor ekonomi yang paling penting di negara ini.

“Nilai moratorium pembayaran balik pinjaman yang ditanggung oleh institusi kewangan sejak 1 April dianggarkan berjumlah RM85.8 bilion, di mana RM30 bilion telah memberi manfaat kepada sektor perniagaan sementara RM 55.8 bilion melibatkan individu.

“Bantuan ini penting dalam melindungi mata pencarian, pekerjaan dan perniagaan 8 juta individu dan syarikat,” ujarnya.

Walaupun industri perbankan akan mengalami kerugian sebanyak RM6.4 bilion untuk lanjutan enam bulan lagi, kata Guan Eng, ini dapat ditanggung dengan mudah oleh industri perbankan yang mencatatkan keuntungan sebanyak RM32 bilion pada tahun 2019.

Jika bank-bank tidak rela melakukannya, ujarnya, kerajaan boleh menyuntik RM6.4 bilion untuk membantu 8 juta rakyat dan syarikat Malaysia.

Menurutnya, ini adalah wang yang berbaloi untuk dibelanjakan, dengan nilai berimpak tinggi kepada 8 juta individu dan syarikat Malaysia bernilai RM 86 bilion.

Tambah beliau, Kementerian Sumber Manusia juga telah mendedahkan bahawa akan ada 1 juta rakyat Malaysia yang menganggur pada akhir September, di mana lebih daripada 500,000 orang merupakan belia.

“Kegagalan untuk melanjutkan moratorium pembayaran balik pinjaman hanya akan menambah beban kepada 1 juta pekerja Malaysia yang menganggur,” katanya. 

EKONOMI SUKAR, PKS DALAM KEADAAN BERTAHAN


MEDIA JADI BATU API MENJELANG PRN


INIKAH KHADAM?

 Rina Hamzah

MCA yang KALAH di semua 13 kerusi DUN Johor di PRU14 pun boleh jadi Tuan Penasihat MB Johor ??! ooops..

Jika ia berlaku pada DAP siang malam 24/7 walaun geng lebai & macai UMNO akan ratib zikir ikut telunjuk DAP.. DAP.. DAP..

Kenapa bila berlaku pada MCA puak-puak tunggang agama PAS tiba-tiba jadi bisu tak berani nak bantah ?

#KhadamMCA


SR

KATAK DIMANA MANA

 Image may contain: outdoor and nature, text that says "UNDI UNDI kepad "Kita akvat serahkan menentul ienentuk NDILAH NDIL IKATAN SIONAL #kitajagakita UNDI UNDI KUKUHKAN SABAH KATAK KITA JADIKAN PUSAS BANKGLAM TOLAK KATAK, LINDUNGI SABAH 020 ABTU PETANG epanNegara" SABAH"

BUDAYA APAKAH INI? MEMBELI JIWA DENGAN ARAK ?

 

DEMOKRASI ALA PAS MENAKUTKAN

 

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH NASIONAL, Khalid Abdul Samad, sistem 'cai' menyebabkan individu yang terbaik akan terkeluar dari kepimpinan, dan ini merugikan parti itu sendiri.

Beliau berkata, AMANAH berdiri di atas prinsip menolak segala bentuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah.



RENTASAN 744 | KERAJAAN PN TERPEDAYA DENGAN TAWARAN GOLDMAN SACHS YANG MERUGIKAN MALAYSIA?


MENARIK DALAM RENTASAN 744
1. GOLDMAN SACHS TIPU KERAJAAN PN, KATA GUAN ENG 2. NAJIB BOHONG FILIPINA TAK TUNTUT SABAH ZAMAN BN 3. AGIHAN KERUSI LEBIH MUDAH KERANA TIADA PENGKHIANAT 4. PEMIMPIN UMNO SINIS PAS TIDAK BERI LALUAN



MENTERI PN HILANG INGATAN ATAU HIPOKRIT?



Salahuddin dan Tze Tzin musykil kerana Muhyiddin Yassin menyalahkan Parti Warisan Sabah yang bersama Pakatan Harapan ketika Elaun Sara Hidup Nelayan telah dipotong.
"Beliau merupakan anggota jemaah menteri dan seingat kami beliau tidak pernah membantah pemotongan Elaun Sara Hidup Nelayan yang dilakukan ketika itu.




PEGAWAI MUHYIDDIN ANTARA KONTAK RAPAT AHLI MT UMNO POSITIF COVID-19?

 

Seorang Ahli MT UMNO, Razlan Rafii yang dilaporkan positif dijangkiti virus Covid 19 dipercayai mempunyai kontak rapat dengan seorang pegawai Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Sumber memberitahu, Razlan ada bertemu dengan pegawai Muhyiddin semasa berkempen dalam PRN Sabah yang sedang berjalan ketika ini.

Malah, Razlan dan pegawai Muhyiddin itu juga difahamkan bersarapan pagi bersama dengan beberapa ahli politik lain dari Semenanjung dan juga Sabah.

Menurut sumber, pegawai Muhyiddin tersebut adalah merupakan salah seorang yang selalu menjadi sebutan ramai dan dipercayai turut terlibat membantu bekas Ketua Menteri, Musa Aman dalam cubaan merampas kerajaan negeri Sabah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, usaha tersebut gagal berikutan Shafie Apdal berjaya meyakinkan TYT Sabah untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan diadakan pilihanraya semula.

Sehingga ini difahamkan pegawai Muhyiddin tersebut masih merahsiakan maklumat kontak rapat beliau dengan Razlan itu kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada gerakan kempen PN.

Namun, perkara itu telah menjadi bualan hangat di Sabah ketika ini dan mereka mula mencari-cari siapa lagi yang pernah kontak rapat dengan Razlan.

Jelas sumber itu lagi, pegawai Muhyiddin tersebut aktif terlibat dalam kempen pilihan raya di negeri bawah bayu tersebut dan sering bertemu dengan para pemimpin politik dalam merancang gerak kerja kempen di sana..

Menurut laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani kuarantin wajib bagi mendapatkan rawatan susulan.

Laporan yang memetik sumber itu memaklumkan beliau telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Razlan dipercayai dijangkiti Covid-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang, kawasan yang ditandingi oleh UMNO dan sekutunya, Perikatan Nasional.

Razlan sendiri mengakui spekulasi beliau dijangkiti Covid-19 itu.

Bagaimanapun kata Razlan, dia sedang menunggu keputusan ujian lanjut saringannya dan berharap keputusannya adalah negatif.

“Pertamanya RTK (ujian rapid test kit), sekarang tengah tunggu RT-PCR (polymerase chain reaction).

“Keputusan akan keluar hari ini atau esok,” kata Razlan lagi.

Sementara itu, Pengerusi BN Sabah, Bung Mokhtar Radin turut mengakui kes membabitkan Razlan, namun berkata, ia hanya baru disyaki.

“Tetapi Razlan telah diarah untuk dikuarantin selama 14 hari,” tambah Bung Mokhtar yang disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri mewakili BN. (Shahbudindotcom 21/09/2020)

TATAP WARISAN PLUS

 

JAMZURI ARDANI

 

"Bersatu ini nda ada kekuatan. Jentera nda ada. Bersatu tidak akan menang mana-mana kerusi di Sabah ini" ~ Bung Mukhtar.

* Eloklah tu ... hangpa bergasak sama sendiri. Sabahan tatap mahu WarisanPlus.



𝗖𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗦𝗔𝗠 '𝗦𝗔𝗩𝗘 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡' 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗔𝗞𝗦𝗜 𝗛𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗪𝗔N

TARMIZI MOHD JAM

Cadangan Datuk Husam Musa mahu menggerakkan kempen “Save Kelantan” mendapat reaksi yang hangat dari penyokong AMANAH bahkan juga penyokong Pas di Kelantan.

Bagi penyokong AMANAH, gerakan ini akan mendapat sokongan dan boleh menggerakkan pencinta kebenaran untuk bergabung tenaga.

Namun bagi penyokong Pas, ia bukan satu perkara baru malah bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaludin pernah gagal dalam usahanya untuk merampas Kelantan dari Pas dengan slogan yang hampir sama sebelum ini.

Amir Sulaiman menulis, “Yes… ni baru ada move. Dapatkan lebih banyak ahli-ahli Pas yang marah dengan dasar Pas menjilat Umno kini. Wujudkan gelombang penolakan dan keluarkan mereka dari Pas. Bukan terhegeh-hegeh percaya Tun ada numbers.”

Adenan Ismail pula mengulas, masalah Kelantan memang sangat kronik bermula dari kekotoran dan sampah sehinggalah masalah sosial terutamanya yang melanda anak muda.

Bagi beliau, ia dibiarkan tanpa sebarang langkah konkrit oleh Kerajaan Negeri sejak memerintah Kelantan berdekad yang lalu sehinggalah kepada pembangunan fizikal yang amat jauh ketinggalan berbanding negeri lain.

“Jelas menunjukkan Kerajaan Pas telah 100% gagal membawa hasanah di dunia dan hasanah di Akhirat.

“Ingatlah semua pemimpin Pas akan mati dan kena jawab di akhirat sama ada tanggungjawab telah dilaksanakan atau tidak atau sekadar llmu tanpa ‘Amal,” tulis beliau.

Mohd Shahri pula menulis, rasanya agak sukar juga mahu mengubah budaya politik dan persepsi majoriti warga Kelantan.

“Husam Musa mungkin boleh memulakan suatu langkah awal ke arah perubahan itu. Dia secara peribadi dijangka mampu memenangi satu atau dua kerusi PRU15,” kata beliau.

Namun, katanya, apapun majoriti rakyat Kelantan diyakini tetap kekal mempertahankan kerajaan Umno-Pas sekarang ini dengan keyakinan bahawa Kelantan adalah satu-satunya bumi subur sebagai tanah “tadahan hujan” selain tanah “tadahan wahyu”

“Menukar kerajaan selain Umno-Pas akan mendedahkan kepada kejahatan dan khianat cina kafir DAP dan sekutunya… Itulah PERSEPSI yang KUKUH mengakar di kalangan rakyat Kelantan termasuk sebahagian besar perantau di pantai barat,” kata beliau.

Hazmira Abu Hanipah pula berkata, “Semoga dipermudahkan urusan Datuk Hussam... sebagai anak perantau yang berasal dari salah sebuah negeri di Pantai Timur saya dapat rasai perubahan pernah tinggal di Selangor dan kini Negeri Sembilan... samalah negeri saya pun rakyatnya dah pekat jugok dengan BN”.

Namun di sebalik sokongan, tidak kurang juga mengecam cadangan bekas Naib Presiden AMANAH yang meletakkan jawatan di peringkat pusat kerana mahu memberikan tumpuan kepada Kelantan itu.

Denzil Haroun menulis, “‘Save Kelantan’... tema yang akan memakan diri. Seperti Khairy Jamaluddin buat tema “Pade Doh 18 Tahun”.

“Lebih sesuai (tapi tetap sukar) tema yang awal-awal lagi dibawa oleh Nik Omar: Fastabiqul Khairat,” kata beliau.

“Angan-angan Mat Jenin. Angan-angan Jin Kuasa 10,” tulis Rashidi Sheedy menyindir kenyataan bekas Pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Abdul Rahim Abdullah yang berkata, Husam mempunyai kuasa dan pengaruh luar biasa walaupun hanya seorang sahaja tetapi berkuasa 10 kali ganda.

Azman Hasbullah pula menulis, “Hahahah... ingat kan selamatkan Kelantan daripada PAN.”

By Portal Malaysiadateline

 

BERITA DAN VIDEO : PAS TAK ANGGAP PUN UMNO SEBAGAI RAKAN KONGSI-DAKWA KULI


 

IBRAHIM MAT ISA

Pemimpin UMNO tak pandang pun PAS. Mereka tahu PAS tak boleh dipercayai kalau diberi peluang memerintah, apa lagi kalau berpakat.

Berapa kali dah parti itu khianat semasa berpakat semua orang tahu.

Berapa kali sudah pemimpin pas membuat kenyataan bongok kalau hal melibatkan pentadbiran dan peraturan.

UMNO cuma gunakan PAS ketika mereka cuba untuk raih sokongan supaya dapat kuasa dengan harapan dapat memerintah Malaysia kembali. Dan kita lihat gabungan MN nampak seolah-olah seperti ada disiplin, tapi di dalamnya berupa bangkai semata-mata.

Pada akhirnya, kita akan dapat lihat bagaimana muafakat nasional yang gabungkan PAS UMNO itu hanyalah wayang tunjuk kuat kerana masing-masing kalah PRU boleh berkelahi secara percuma.

Maka itu, Pakatan Harapan wajib ambil peluang ini dan coallition ini mesti diperkukuhkan kerana PH cuma memerlukan sokongan di bawah 10% sahaja lagi. Pemimpin PH kena kerja keras sebelum terlambat dan jangan pecahkan lagi pakatan.

Pas berasa gah sangat dapat gabung dengan UMNO. Tapi lain hati perut pemimpin UMNO yang menganggap Pas itu tak lebih seumpama melukut di tepi gantang.

Contoh terdekat, satu haram kerusi pun UMNO tak sediakan di PRN Sabah.

Kan Pas pernah kata mereka kuat bersendirian kan.. hadaplah sendiri jangan perasan!

MAMAT DAING DAH KENA GANTUNG-SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.TAPI BANYAK LAGI MUSIBAT

 


ZUNAR- PANDUAN UNTUK PENGUNDI SABAHAN

 

BACA INI SEBELUM MENGUNDI!

Buy Zunar's books/ donate @ www.zunar.my

Bagaimana Shafie nak jadi PM?Lebih kurang KuLi kata pada Pas

 

Malaysia's Pakatan Harapan coalition backs Anwar as PM | News | Al Jazeera

Shafie nak jadi PM?

PH kena sokong dia.

PKR 38

DAP 42

Amanah 11

PEJUANG OT95 6

Warisan 9

Lain2 3

Jadi ada 109 perlukan 3 sahaja lagi. Nampak tak sukar mana. Betul tak?

 

Bagaimana DSAI mahu jadi pm?

PH sokong dia.

Pkr 38

Dap 42

Amanah 11

Jadi ada 91 sahaja perlukan lagi 21. Agak sukar bukan? Kenapa macam tu?

Sebab:-

OT95 6 tak sokong DSAI

Warisan 9 tak sokong DSAI

Lain-lain 3 tak sokong DSAI

Ini semua kerana mereka berada dalam gabungan ke 3 pro madeykutty dan OT95 tak mahu DSAI jadi PM.

Ini kerjasama apa? Ni yang kata "kena bekerjasama demi kebaikan semua"? Demi kebaikan semua atau demi memuaskan nafsu politik OT95?

Bila time Shafie, PKR kena sokong sebab "demi nak selamatkan negara.

Tapi bila time DSAI geng madeykutty pakat-pakat tak mahu sokong sebab madeykutty tak suka DSAI?-Inilah yang sebahagian puak amanah dan DAP sebut sebagai PH Plus.

Geng-geng yang sibuk nak jadi "jambatan " jelaskan pada kami ni kerjasama apa? Puak mereka tak boleh sokong calon kita. Tapi kita mahu dipaksa sokong calon mereka?

 

 


LAWAK TIANG TELEFON

 MOHD FIRDAUS


Kisah menyayat hati..

Saorang Menteri dari Barisan Nasional melawat ke kawasan pendalaman di Sabah dengan menaiki Helikopter. Setelah sampai beliau di sambut oleh ketua kampung dan di bawa ke dewan dengan di penuhi orang kampung. Lalu menteri pun bertanya dengan Ketua Kampung :

Menteri : Apakah masalah yang boleh saya bantu ?

Ketua Kampung : Cuma ada 2 permintaan Datuk.

Menteri : Apakah permintaan kamu

Ketua Kanpung : Kami memerlukan klinik kesihatan kerana ramai warga emas di sini selalu sakit.

Lalu Menteri pun beredar keluar dewan dan menalipon seseorang. Beberapa minit kemudian beliau pun masuk balik ke dewan.

Menteri : Saya telah menalipon Menteri Kesihatan dan besok beliau telah mengarahkan kakitangan datang untuk mendirikan klinik kesihatan. Lihat kami dari Barisan Nasional akan menunaikan janji pada rakyat.

Apa kah permintaan kedua To ketua?

Ketua Kampung : Sejak kami mula tinggal di sini sebenarnya tidak pernah ada liputan talipon bimbit Datuk. Boleh tak pasang satu menara.

Satu dewan ketawa dan dengan tergesa gesa Menteri pun meninggalkan tempat berkenaan tanpa berasa malu.

 


Bangunkan umat Islam Pulau Pinang melalui Jelajah Khaira Ummah 2030

Bangunkan umat Islam Pulau Pinang melalui Jelajah Khaira Ummah 2030