VIDEO : RENTASAN 717 | GUAN ENG PERSOAL PERSETUJUAN BERSAMA KERAJAAN PN-GOLDMAN SACHS?


MENARIK DALAM RENTASAN 717 1. APA MUSLIHAT DI SEBALIK PERSETUJUAN DENGAN GOLDMAN SACHS? 2. RUU355 - PAS KHADAM MCA? 3. PRESIDEN PAS MENEPUK AIR DI DULANG 4. PRU15 - MUAFAKAT NASIONAL TERPINGGIR?

VIDEO: BERSEMPENA KEPUTUSAN NAJIB HARI INI


2019 BERKOKOK MINTA PH LAKSANAKAN RUU 355.2020 TAK SESUAI LAGI..


Pada tahun 2019, lebai berkokok minta kerajaan PH bawa RUU 355. Kerajaan PH pandang positif tetapi dimulakan dengan pindaan mahkamah syariah (wilayah persekutuan) terlebih dahulu. Ertinya, kerajaan PH ada usaha ke arah itu.
Bila kerajaan pintu belakang memerintah di mana si lebai pun dok dalam tong yang sama, mereka buat tak kisah pun pasal RUU 355 dengan memberikan alasan yang seolah-olah cuba untuk lepas tangan. Habis tu, yang hiruk pikuk berkokok sampai ke padang merbok tu buat apa? Nak kutip derma dari walaun je kan? Nak jual baju unggu dan stiker sokong RUU 355 je kan?
Kesihan walaun yang masih percaya kat lebai. Lebai juga yang untung dapat jadi menteri alam sekitar jaga tong sampah.

WFAUZDIN NS
Image may contain: 2 people, text that says "Sinar harian TELUS& TULUS Ad BERITA >> Politik Pas harap PH realisasi bentang RUU 355 di parlimen 19 Apr 2019 THISIS US15 IS IS fle ZAIMATULJUWITA KOTA BHARU Pas berharap kerajaan Pakatan Haranan (PH) khusuenya"


PEMUDA NEGARA HILANG ARAH TUJU, SERTAI UMNO DEMI KELANGSUNGAN HIDUP

KENYATAAN MEDIA
27 JULAI 2020, ISNIN

Hari ini saya dimaklumkan bahawa salah seorang mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Beaufort, saudara Keven Lee telah menyertai UMNO bersama lebih kurang 40 pengikutnya.
Saya memandang apa yang berlaku ini sebagai satu bukti jelas bahawa mereka telah hilang arah dalam politik. Untuk makluman saudara Keven telah digantung keahlian kerana dengan jelas menyokong kumpulan pengkhianat dalam langkah Sheraton yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.
Ada di antara mereka sebelum ini pernah menghubungi beberapa Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Negeri menyatakan kekesalan kerana bersama gerombolan pengkhianat menyertai Pemuda Negara dengan dijanjikan "bulan dan bintang"
Namun akhirnya mereka menyedari kumpulan itu tidak ada hala tuju jelas dalam politik sehinggakan ada diantara mereka menyertai bukan sahaja BERSATU malah UMNO yang mereka sering kata sebagai sebuah parti yang paling korup. Malah ada antara mereka terpaksa "u-turn" dengan bersama KEADILAN semula.
Seperti juga Azmin, anak-anak buahnya juga tidak tahu hala tuju mereka selepas langkah pengkhianatan yang mereka ambil sehingga mereka terumbang-ambing dalam memilih halatuju politik baru mereka.
Mereka boleh saja menunjukkan mereka 'gah' dengan NGO Pemuda Negara, Penggerak Komuniti dan DAYA namun dari segi politik jelas mereka telah 'gagal' dalam mengikut "planning" asal mereka sehingga kebanyakannya terabai yang akhirnya memilih untuk menyertai parti korup yang telah ditolak rakyat seperti UMNO.
Saya tumpang simpati kepada sahabat lama dan semoga ia menjadi pengajaran kepada anak muda agar kekal berprinsip dalam perjuangan dan tidak gelojoh mengejar jawatan dan habuan lain sekaligus menggadaikan maruah diri.
RAYMOND AHUAR
Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah

TIDAK PELIK MAHATHIR AMBIL MASA DUA MINIT UNTUK BERSETUJU DENGAN SHAFIE SEBAGAI PM ASALKAN BUKAN ANWAR



Mahathir mahu Shafie Apdal jadi PM. · My KMU NeT

Khabarnya, dua minit saja dapatkan persetujuan Mahathir bagi menamakan Shafie sebagai PM. Tapi nak dapatkan persetujuan Mahathir untuk Anwar, sampai kiamat takkan dapat kerana Mahathir bukan suka kepada reform. Darah Mahathir bukan darah reform.
22 bulan beliau jadi PM, satu persatu reform yang ingin kita lakukan beliau langgar. Perlantikan ketua hakim, peguam negara, SPRM adalah di antara yang dilanggarnya. Bahkan, beliau mempersendakan manifesto PH dengan menyatakan manifesto bukan kitab suci. Maksudnya, boleh saja tak mahu ditunaikan.
Maka, tidak pelik kalau dia setuju dengan Shafie sebab Shafie satu kepala dengan beliau. Yang peliknya, ada lagi yang nak satu kepala dengan orang tua tu atas alasan kononnya mahu kembalikan mandat rakyat. Jangan jual nama rakyat untuk tunaikan hajat Mahathir.

WFAUZDIN NS



Pelarian Ronghiya nak di samakan dengan Rasulullah tu satu kenyataan Berat...


HAMDAN TAHA
Rasulullah berhijrah ke kota Madinah dengan wahyu Allah swt jika tidak kerana wahyu rasulullah tidak akan meninggalkan Mekah....kerana rasulullah tidak pernah takut dengan kafir laknatuAllah....dan Hijrah itu mendatangkan kebaikan buat islam....
Ronghiya pula yang datang ke Malaysia itu kerana ada sendikit yang terlibat dan apabila sampai di sini mereka mengambil kesempatan di atas kebaikan Malaysia dan rakyatnya. Jika ada pelarian dari Ronghiya atau Indonesia atau mana mana negara selarang di musim virus 19 ni sudah tentu Malaysia akan menghalangnya kerana bencana dan mudarat lebih dasyat jika benarkan mereka masuk ke negara kita....
Apa pun presiden parti lah Mat Sabu ini....ketika orang tengah menyampah kat pendatang yang masuk ikut cara yang salah dia jadi pejuang pula kepada mereka.....apa nak jadi dari orang ada suam suam kuku nak sokong Amanah jadi terencat pula nak sokong sebab presiden dan pemimpin mereka tidak bijak mengenal pasti isu yang rakyat suka.....bodoh ingat nak tunjuk hero la konon Mat Sabu tu...



DATO' SERI ANWAR IBRAHIM AKUI HILANG PERCAYA KERANA DITIPU


Akhirnya DSAI akui dia sudah hilang percaya kepada Tun M yang menipu konon mahu serahkan jawatan kepadanya. Sejak dari awal Tun M tidak ikhlas menerima konsensus PH itu. Ini terbukti dalam audio yang bocor.
Tun hanya mahu DSAI dan MP dari PKR menyokong dia jadi PM7 tapi tidak pernah beri jaminan MP Bersatu dan Warisan akan menyokong DSAI sebagai PM seterusnya. Non-reciprocal, tiada timbal balik dalam kerjasama.
- Zus Din
27 Julai 2020

Ubah persepsi ‘politik itu kotor’ – Lily



Oleh B. Suffian
Sejak sekian lama wujud persepsi negatif orang ramai terhadap politik. Ramai menganggapnya sebagai sesuatu yang kotor.
Golongan muda ada yang menjarakkan diri mereka daripada dikaitkan dengan politik. Mereka tidak mahu ‘terjebak’ dengan politik walaupun sekelumit.
Lebih-lebih lagi, dalam beberapa bulan kebelakangan ini rakyat telah disajikan dengan pelbagai peristiwa politik yang melesukan jiwa dan raga mereka.
Namun begitu, politik adalah siasah. Suka atau pun tidak, politik dan kerajaan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian kita.
Ianya perlu terus wujud dalam usaha kita menjamin kesinambungan masa depan negara dan bangsa (nation).
Sebagai pelapis, golongan muda perlu terus berbincang tentang politik terutama berhubung hal-hal berkisar kepentingan mereka.
Ini kerana masa depan belia adalah masa depan negara.
Nor Zulaila Abd Ghani, 32, memberitahu, jika semua orang muda mengelakkan daripada politik, maka politik akan terus ‘kotor’ sampai bila-bila.
Sebaliknya, beliau berkata, politik memerlukan lebih ramai orang yang baik.
“Kalau ingin membuat perubahan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memang tidak cukup.
“Jadi, untuk membuat perubahan, ia memerlukan sesuatu untuk mengubah polisi dan untuk itu perlu orang sebagai wakil rakyat.
“Inilah di mana politik memainkan peranan,” katanya kepada Roketkini baru-baru ini.


Bercerita tentang penglibatan politiknya, beliau memberitahu, beliau mula tertarik dengan politik apabila terlibat dengan program summer internship di bawah Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming pada 2014.
Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang alam sekitar itu berkata, penyertaan dalam program itu membuka pemikirannya terhadap politik.
“Ketika itu saya berkenalan dengan ramai kawan dalam DAP dan baru saya tahu ‘oh rupanya dalam poltik ini ada orang yang baik juga’, tidak semua seperti apa yang saya bayangkan dahulu,” ujarnya.
Bermula dari situ, menurutnya, tercetus minat untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Setahun kemudian, beliau telah menyerahkan borang keahlian parti ini.
Insiden Syed Saddiq
Nor Zulaila yang lebih mesra disapa Lily menarik perhatian terhadap insiden yang berlaku di Parlimen melibatkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini.
Syed Saddiq dilaporkan dipersenda oleh ahli-ahli parlimen kerajaan ketika ingin mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Apabila orang muda nak bersuara, kita tengok di sebelah ahli-ahli kerajaan, mereka sudah berusia tetapi berperangai sebegitu.
“Ini menunjukkan contoh yang tidak baik sebenarnya,” katanya sambil memuji profesionalisme Syed Saddiq dalam insiden tersebut.
Menurutnya, negara memerlukan lebih ramai orang seperti Ahli Parlimen Muar itu untuk berada dalam politik justeru orang muda perlu tampil terlibat dalam bidang berkenaan.
Politik masa depan
Masyarakat perlu bergerak ke hadapan. Masa depan negara perlu dilentur oleh satu semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan gender.
Sehubungan itu, budaya politik perkauman harus dielakkan sedaya upaya kita terutama dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang baik untuk generasi akan datang.
Lily memberitahu, isu-isu perkauman hanyalah propaganda pihak-pihak tertentu untuk meraih sokongan serta menjatuhkan lawannya.
“Pada saya, politik perkauman sudah tidak lagi relevan dan kalau tanya yang lain pun sama,” katanya.
Seruan
Lily dalam masa sama mengajak golongan muda untuk turut sama terlibat dalam politik.
“Saya faham ramai beranggapan politik itu adalah sesuatu yang kotor maka kita memerlukan lebih ramai terlibat untuk mengubah persepsi tersebut,” katanya.


Bersatu kini dihina depan-depan, tak ada selindng-selindung


. Kalau kita imbas bagaimana Bersatu ditubuhkan, kita akan tahu betapa kekuatan Bersatu ini bukanlah pada bilangan tetapi kekuatan untuk melawan pemimpin korup yang ada dalam UMNO.
2. Kita tahu bahawa seteruk mana pun ahli-ahli UMNO ini, tentu ada yang waras yang tidak boleh membenarkan kemungkaran menjadi kelaziman mereka.
3. Setelah Tun dan pasukannya berjaya membentuk Bersatu dan tekad mengolah langkah untuk duduk bersama Pakatan Harapan ketika itu, sokongan rakyat dari pelbagai latar dan segmen bersedia memberi mandat kepada PH.
4. Hujan di tengah hari, Bersatu di bawah telunjuk Muhyidin ada ‘scheme of things’ sendiri. Akhirnya Bersatu berpecah dan keluar membentuk PN.
5. Ramai yang ingat penyatuan itu adalah penyatuan Melayu. Yang akan menjadikan Melayu sepakat. Bersatu adalah antara yang percaya dengan wayang itu.
6. Tak sampai setahun, belang masing-masing ditunjukkan. Bersatu kini dihina depan-depan, Tak ada selindng-selindung.
7. Tapi semacam tidak ada reseptor malu, Bersatu memang benar-benar mengiyakan telahan Tun. Akan melukut di tepi gantang. Seolah-olah tiada nilai.
8. Kita akan terus saksikan ‘kestabilan’ yang dijaja PN akan menjadi tempat UMNO bernyawa kembali dan kembali mengangkat nilai kleptokrat.
9. Semoga perjuangan Bersatu tidak hanya menjadi catatan sejarah Malaysia yang akan dibaca apabila soalan ditanya dalam peperiksaan di sekolah.
Dr Razam Ramli.


APA FAEDAHNYA TUBUH SEMULA JASA WAKTU GELOMBANG KEDUA COVID 19?

“Kalau aku ni jahat, takkan berani jumpa alim ulamak?”

“Kalau aku ni jahat, takkan berani jumpa alim ulamak?”
1. Perkara yang biasa dibuat untuk memperlihatkan diri kembali menjadi baik atau bertaubat dari kesalahan-kesalahan lampau adalah bertemu dengan orang-orang alim.
2. Selain itu, ia juga kaedah psikologi biasa untuk menunjukkan kepada orang lain dengan mesej tersirat “kalau aku ni jahat aku takkan berani jumpa alim ulama’, so bila aku berani jumpa ni maknanya aku baik. Aku baik. “
4. Najib jumpa pemimpin-pemimpin PAS (lebai) ,berdepan dengan media dan buat siri cerita dia tak bersalah. Sebab nak bina persepsi kepada umum dia tak bersalah walau berbilion dia sesah.
5. Berbalik kepada kisah seorang pemimpin PAS ini, yang terkait dengan kes “perbualan norma baru” yang direkod bersama wanita bernama Leena, teknik-teknik ini cuba digunapakai.
6. Jadi, janganlah kita terpedaya. Ada baiknya dia diam sahaja dan teruskan kehidupan seperti biasa. Mohon ampun pada Allah.
7. Jangan bertindak sehingga lebih banyak londehan dan lendiran didedah.
8. Semoga beliau sedar dan dilindungi Allah. Jagalah perkataan dan serban di kepala.
Dr Razam Ramli


3. Ia samalah seperti yang dibuat Najib Razak dalam kes-kes jenayah penggubahan wang haram atau bahasa mudah curi duit awam dalam kes SRC dan 1MDB.

RAKYAT MENANGIS MAHU BANTUAN, KAMU SIBUK BELI WAKIL RAKYAT

 
Syafie Apdal

Saya diberitahu ada sesetengah pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang kononnya mempertahankan Titah Diraja untuk tidak lagi mengheret rakyat ke dalam kemelut politik, namun realiti yang berlaku adalah sangat bercanggah.

Perkara itu amat memalukan ketika mana rakyat memohon agar kerajaan membantu mereka, sebaliknya sebahagian pemimpin kerajaan lebih berminat untuk membeli wakil rakyat Sabah dan cuba menggugat kestabilan politik yang ada.

Tindakan kerajaan terdahulu menggunakan instrumen kerajaan untuk memberi tekanan politik kepada pemimpin tertentu seolah-olah telah bermula kembali.

Kebimbangan saya instrumen dalam pilihan raya yang telah lalu contohnya institusi kehakiman, kepolisan, SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ini menjadi satu instrumen politik bukan untuk mentadbir negara kita, bayangkan pada hari ini ramai di antara YB saya dihantar dengan kenyataan SPRM, dahulu tiada tetapi sekarang ada.

Yang paling banyak surat-surat ini di negeri Sabah, tidak banyak sangat di Johor, Perlis, Kelantan, dan keadaan ini membimbangkan kita.

Perkara ini yang boleh dianggap sebagai ‘Covid Politik’ sehingga ke hari ini masih banyak berlaku cubaan untuk mengganggu-gugat politik Sabah.

Usaha yang pertama perlu dilakukan ialah penyatuan umat untuk melihat apa kepentingan dia, apa keutamaan yang perlu dalam mentadbir negara bukan nak kita lihat berapa jumlah kerusi yang kita dapat, sehingga sekarang pun berlaku di peringkat negeri Sabah Covid Politik.

Nak jumlah itu, nak jumlah ini sekejap saja lagi nak angkat sumpah sekejap lagi perlu dua sekejap lagi, ini sudah bermula sejak hari raya puasa.

Hakikatnya, ketika ini rakyat amat memerlukan bantuan dan merayu dibantu daripada segi macam mana kerajaan boleh menyelamatkan mereka daripada belenggu ekonomi yang berlaku.

Rakyat mahu melihat apa yang mereka boleh dapat daripada rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan.


KERAJAAN JANGAN BAGI MUKA...NGO & PEGUAM WAKILI WARGA BANGLADESH MD RAYHAN!!



Tindak Balas Keluarga Rayhan...Peguam dan Kedutaan Bangladesh Akan Ambil Tindakkan Terhadap Kerajaan.

Susulan penangkapan dan penahanan Md Rayhan Kabir, keluarga warga Bangladesh itu telah melantik perwakilan undang-undang.

Peguam K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja akan mewakili pemuda 25 tahun itu.

“Polis dan imigresen dimaklumkan melalui e-mel hari ini. Dalam surat kami, kami meminta tarikh untuk bertemu dengan anak guam kami.

“Kami akan berada di Bukit Aman pada hari Isnin (27 Julai) jam 2 petang untuk bertemu dengan anak guam kami,” kata Sumitha dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Imigresen mula memburu Rayhan setelah dia muncul dalam dokumentari Al Jazeera “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”.

JABATAN ITU JUGA TELAH MANARIK BALIK PERMIT KERJANYA...

Polis menahan Rayhan semalam dan akan menyoal siasatnya sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas dokumentari tersebut.

Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata Rayhan akan diusir dari negara dan “menyenarai hitam” dia dari memasuki Malaysia pada masa akan datang.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, yang memantau jabatan polis dan imigresen, mengatakan Rayhan akan direman selama 14 hari di pusat tahanan imigresen.

Rayhan menegaskan bahawa dia bercakap benar ketika ditemu ramah oleh Al Jazeera mengenai dakwaan penganiayaan terhadap pendatang tanpa izin oleh pihak berkuasa Malaysia semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP)

Ketika dihubungi, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh Md Shahidul Islam (gambar) memberitahu bahawa dia telah meminta maklumat mengenai Rayhan dari pihak berkuasa Malaysia melalui “saluran diplomatik”.

“Inisiatif diambil langkah demi langkah sesuai keperluan,” katanya, yang enggan mengulas lanjut.

Shahidul kemudian memberitahu akhbar Bangladesh, Bangla Tribune bahawa suruhanjaya tinggi itu meminta kebenaran untuk membolehkan pegawai kedutaan berbincang dengan Rayhan.

Sementara itu, Al Jazeera dalam kenyataan di Twitter mengulas penangkapan Rayhan dengan berkata:”Al Jazeera mendapati adalah sangat mengganggu apabila pekerja asing Bangladesh Md Rayhan Kabir telah ditangkap.

Ini kerana dia memilih untuk bercakap tentang beberapa pengalaman golongan yang tidak mempunyai suara”.

Al Jazeera juga menyorot bahawa Rayhan juga mengalami gangguan secara dalam talian.

NGO MAHU PASTIKAN KESELAMATAN KETIKA DALAM TAHANAN..

Dua NGO hak asasi manusia sejak itu menegaskan agar Rayhan diadili di mahkamah dan bukannya “dideportasi secara sewenang-wenang” sebelum dibuktikan bersalah.

Pengarah eksekutif Inisiatif Utara-Selatan Adrian Pereira mendesak Peguam Negara Idrus Harun untuk memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dalam kes ini.

“Peguam Negara harus memastikan peraturan undang2 dan bukan peraturan menurut undang2 bagaimana Jabatan Imigresen menuduh Rayhan.

“Rayhan mesti diberi perbicaraan yang adil untuk membolehkannya menjelaskan dirinya sendiri dan tidak dihantar pulang secara sewenang-wenang,” katanya kepada Malaysiakini.

Pereira juga mendesak kerajaan untuk memastikan keselamatan Rayhan ketika dalam tahanan.

“Apa yang berlaku dalam tahanan adalah sesuatu yang dikhuatiri oleh banyak aktivis dan badan sivil.

“Setelah ditahan, kerajaan harus memastikan keselamatannya,” tegasnya.

Pereira juga menggesa reformasi undang-undang imigresen untuk memastikan para pendatang tidak akan menjadi korban atau dideportasi setelah mereka membuat aduan.

NGO DAN PEGUAM AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP KETAJAAN MALAYSIA...

Peguam Charles Hector Fernandez dari NGO Malaysia Against Death Penalty and Torture (Madpet) juga bersetuju bahawa mahkamah harus memutuskan sama ada Rayhan perlu dihantar pulang atau tidak.

Dia tidak setuju bahawa pengusiran diputuskan melalui keputusan “pentadbiran”.

“Sekiranya pengusiran itu tidak dihentikan, kebimbangannya adalah banyak pihak yang percaya bahawa Malaysia hanya berusaha untuk mengelakkan perbicaraan yang adil.

“Sekiranya Malaysia benar-benar yakin bahawa dia melakukan jenayah, maka tuduh dan bicara di mahkamah Malaysia sesuai dengan undang-undang Malaysia.

“Untuk menunjukkan bahawa Rayhan bersalah hanya kerana dia muncul di dokumentari tersebut, mungkin tidak masuk akal,” kata Fernandez dalam satu kenyataan

BAPA MULA BERSUARA...

Md Rayhan Kabir, yang ditahan semalam oleh Jabatan Imigresen kerana terlibat dalam dokumentari kontroversi yang dihasilkan Al Jazeera, menegaskan dia tidak berbohong dalam wawancara itu.

Rayhan menghantar pesanan Whatsapp kepada wartawan media Bangladesh, The Daily Star semalam, dengan mengatakan bahawa polis akan menangkapnya.

“Saya tidak melakukan jenayah. Saya tidak berbohong. Saya hanya bercakap mengenai diskriminasi terhadap pendatang asing.

Saya mahu maruah migran dan negara saya terjamin. Saya percaya semua pendatang asing dan Bangladesh akan bersama saya,” katanya kepada media itu .

IBU JATUH SAKIT...

Sementara itu, bapa Rayhan, Shah Alam meminta rakyat Bangladesh untuk menyokong anaknya.

“Ibu Raihan sakit sejak sebulan lalu. Anak saya ditangkap kerana memprotes diskriminasi dan eksploitasi.

“Saya percaya anak saya tidak melakukan kesalahan. Saya mahu Bangladesh berdiri bersamanya”.

Shah Alam, yang bekerja di sebuah kilang pakaian, berkata setelah Rayhan memperoleh Sijil Menengah Tinggi dari Tolaram College pada tahun 2014, dia berangkat ke Malaysia dan lulus Sarjana Muda Sastera di sini.

Kenyataan Pemuda Bangladesh Ini Kepada Al-Jazeera, Guris Hati Rakyat Malaysia.

Difahamkan pemuda Bangladesh yang sudah empat tahun menetap di Chow Kit Kuala Lumpur itu mencetus rasa kurang senang rakyat Malaysia selepas mendakwa dia tidak dilayan dengan baik ketika Perintah Kawalan Pergerakan( PKP) yang lalu.

Paparan skrin temuramah tersebut kemudiannya menjadi viral dan rata-rata warganet menyelar tindakan warga asing tersebut yang dilabel sebagai kacang lupakan kulit.

Ada juga yang menganggap pendatang tanpa izin (PATI) itu tidak berterima kasih kepada kerajaan yang telah menyelamatkan nyawanya daripada menjadi mangsa virus pembunuh, Covid-19.

Menerusi temuramah bersama Al-Jazeera, pemuda Bangladesh tersebut seolah-olah menggambarkan kerajaan Malaysia melayannya dengan kejam kerana tidak mengendahkan permintaan untuk bertemu rakan-rakan di luar.

“Saya menangis di pagar. Tolong benarkan saya jumpa kawan-kawan,” katanya ketika ditemu ramah wartawan Al-Jazeera.

Terdahulu, Al Jazeera didakwa menyiarkan laporan tidak betul apabila mengatakan Malaysia mengamalkan perkauman dalam menangani isu PATI ketika wabak Covid-19 menerusi laporan video bertajuk ‘Dipenjara ketika Lockdown Malaysia: Kami menyiasat mengapa pandemik Covid-19 memaksa pekerja asing – tulang belakang ekonomi Malaysia – untuk bersembunyi’.

Menurut laporan tersebut, selama bertahun-tahun pekerja asing telah melakukan kerja berbahaya dan kotor untuk Malaysia.

Bagaimanapun, ketika pelaksanaan PKP, pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah terpaksa hidup dalam ketakutan di sini.

*Note : Taip "HALAU" Untuk Menunjukkan Sokongan Kita Pada Kerajaan Malaysia...

#PenyokongSetiaUmnoPas...
#AnakNegeriPahangDarulMakmur...
#AdieyraAlmyErdieyanaEllyArdieyana...

*Menamakan calon PM selain Anwar adalah muslihat membunuh agenda reformasi negara.*



1.GERAK98 merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin parti PH hari ini.

2.Kenyataan tersebut memberi indikasi keperluan menamakan calon PM selain Anwar Ibrahim dalam usaha mengembalikan mandat rakyat dalam PRU14.

3.Seperti yang kami telah nyatakan sejak  akhir tahun lalu dalam jelajah reformasi (dan sekarang Gerak98), Mahathir mempunyai muslihat menidakkan Anwar menjadi PM lama sebelum langkah Sheraton.

4.Sejak episod Sheraton muslihat Mahathir dibuktikan benar dengan kenyataan ramai bekas orang2 kanan beliau yang mengesahkan kewujudan muslihat itu.Kenyataan2 mereka ini dijelaskan lagi dengan pendedahan audio, perlaksanaan kongres maruah melayu dll.

5.Malah banyak kenyataan Mahathir sendiri akhir2 ini menjelaskan usaha menghalang Anwar menjadi PM.Halangan ini semakin jelas motifnya ialah  untuk menidakkan proses reformasi negara berlaku.

6.Mahathir samada secara sengaja atau tidak mendedahkan motif sebenar apabila menyatakan Anwar tidak layak menjadi PM kerana mengetuai sebuah parti berbilang kaum.Walhal anjakan politik berasas perkauman sempit kepada politik berasas prinsip keadilan,melawan rasuah tanpa kira kaum adalah tunjang kepada proses reformasi negara.

7.Makanya,amat jelas bahawa agenda Mahathir menghalang Anwar menjadi PM bukan sahaja membunuh politik Anwar,tetapi membunuh Reformasi.

8.Hari ini kelihatan beberapa pimpinan utama PH sudah terperangkap dengan muslihat Mahathir ini.Kesediaan mereka mengangkat tokoh selain Anwar menjadi PM bukan sahaja salah kepada Anwar, lebih penting ianya sikap yang salah kepada perjuangan reformasi yang menjadi tunjang PH.(Reformasi bukan tunjang Mahathir atau PH Plus)

9.Alasan keperluan mendapat balik kuasa dan  mandat rakyat semata2 adalah amat dangkal.Apakah mereka tidak melihat kuasa 22bulan itu tidak punya makna malah menjahanamkan reformasi apabila kuasa itu (jawatan Perdana Menteri) diberikan kepada Mahathir yang anti kepada perjuangan reformasi?

10.Sebab itulah GERAK98 menegaskan berkali2 pentingnya calon PM adalah tokoh yang benar2 pro reform kerana ianya menentukan (crucial).Reformasi akan sekali lagi digagalkan sekiranya kita meletakkan pemimpin bukan kalangan tokoh reformasi.

11.GERAK98 sekali lagi menggesa setiap pemimpin PH meletakksn agenda reformasi sebagai kepentingan paling utama.Malah kepentingan reformasi mesti mengatasi kepentingan kuasa.

12.Setiap pejuang dan pemimpin reformasi tidak boleh kompromi soal ini walaupun atas nama mendapat balik kuasa.Kerajaan Reformasi mesti dipimpin oleh tokoh yang komited dengan reformasi.Tiada kompromi soal ini.

13.GERAK, ADIL, Barisan Alternatif ,Pakatan Rakyat dan hari ini Pakatan Harapan adalah lokomotif2 reformasi sejak tercetusnya ledakan rakyat pada tahun 1998.Tidak ada lokomotif lain dalam negara ini yang membawa agenda Reformasi.Ketua lokomotif ini mesti menjadi ketua kerajaan reformasi.

14.Pengalaman 22 bulan menyaksilan padahnya apabila perkara itu tidak berlaku.Lebih parah kita meletakkan Mahathir seorang anti reform menjadi ketuanya.Hakikatnya jelas.Mahathir lah arkitek utama yang menjahanamkan reformasi.Azmin Ali hanya alat pelaksana rencana jahat ini.(Sehingga hari ini Mahathir tidak pernah menghentam Azmin kerana Azmin adalah alat dan perkakas Mahathir)

15.GERAK98 tidak akan bersetuju dengan tokoh selain Anwar mengetuai kerajaan reformasi.Ianya bukan soal Anwar.Ianya soal Reformasi.

16.Reformasi adalah isu terpenting negara yg rosak ini.Kerana tanpa proses reformasi yang jujur dan bersungguh2, negara yang rosak ini akan menuju kecelaruan dan kehancuran.

17.Mari pertahan reformasi bersungguh2.Mari pastikan tokoh reformasi pimpin jentera dan kerajaan reformasi.Jangan sekali lagi kompromi soal ini.

Mohamad Ezam Mohd Nor
GERAK98

27 Julai 2020/ 6 Zulhijjah 1441H

IKRAR EZAM :GERAK KEJAR DI MANA AZMIN BERTANDING

LEMAH MATEMATIIK: LEBAI TAK FAHAM ANTARA JUAL TANAH, JUAL SAHAM