ERA PH HINA TANAMAN BULUH, KINI BERPOTESI PULA?

LAWAN 30 HARI PN VS 20 HARI PH

AKHIRNYA AT TAKIRI MENJADI MENTERI BULOH ATAS KERELAAN SENDIRI



Ketika Teresa Kok, Menteri Industri Utama era PH melontarkan idea untuk memperkenal dan mengembangkan penanaman buluh di negara ini, Dr. Khairuddin At-Takiri adalah antara pemimpin Pas yang paling ke depan memperlekehkan idea tersebut.
Selain memperlekeh,!dengan nada menyindir, beliau menyifatkan cadangan itu merupakan satu lagi “idea bernas” daripada menteri PH.
Katanya lagi, kegagalan menguruskan pasaran kelapa sawit sehingga jatuh merudum harganya telah cuba ditutup dengan “idea bernas” itu.
Tetapi, dengan takdir Tuhan, melalui pembentukan kerajaan tebuk atap sekarang ini, Dr. Khairuddin telah dilantik mengambil alih tempat Teresa di bawah nama kementerian baru iaitu Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Hanya baru sebulan lebih menjadi menteri, Dr. Khairuddin sendiri akhirnya mengulangi idea penanaman buluh itu.
Kata beliau, industri buluh mempunyai potensi besar untuk diusaha dan dimajukan di negara ini.
Apa sudah jadi?
Dulu perlekeh, kenapa sekarang diteruskan idea tanam buluh itu?
Kenapa juga sebagai menteri, beliau tiada idea baru yang tersendiri sehingga perlu menciplak idea lama menteri PH yang pernah diperlekehkannya dulu?
Adakah Dr. Khairuddin sekarang ini dengan kerelaannya sudah menjadikan dirinya sendiri sebagai “Menteri Buluh”? 

(ShahbudinHusin 16/04/2020)


Kantoi: Dulu perlekeh, sekarang jadi panglima buluh

Kantoi: Dulu perlekeh, sekarang jadi panglima buluh
"Kementerian juga sedang menyediakan pelan tindakan industri bukuh 2021 - 2025 yang dijangka akan diumumkan hujung tahun ini," kata Khairuddin.



Ketika belum menjadi menteri, dialah yang menjadi pembangkang utama kepada cadangan menjadikan industri tanaman buluh sebagai tanaman komersil.
Namun sebaik sahaja menjadi menteri, dialah yang menjadi promoter utamanya sehingga dibentangkan kepada Jamaah Menteri tentang potensinya.
Dalam mesyuarat Kabinet semalam, Menteri Perusahaan Perdagangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah memaklumkan status pembangunan industri buluh negara dan potensinya untuk dimajukan sebagai sumber pertumbuhan baru dalam sektor agrikomoditi.
Dalam satu kenyataan medianya, Khairuddin memaklumkan, sais pasaran global produk buluh dianggarkan berjumlah USD68 bilion pada tahun 2018.
Namun eksport negara hanya RM9 juta pada tahun 2019, kata beliau dalam kenyataan media bertulis yang dikeluarkan kementeriannya semalam sebaik sahaja selepas mesyuarat mingguan Kabinet.
“Oleh itu, industri buluh mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan dan dimajukan di negara ini,” kata AJK Pas Pusat itu.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kharuddin berkata, kementeriannya akan terus memberikan penekanan ke atas pembangunan industri buluh sebagai program game changer dalam Rancangan Malaysia ke Dua Belas.
“Kementerian juga sedang menyediakan pelan tindakan industri bukuh 2021 – 2025 yang dijangka akan diumumkan hujung tahun ini,” katanya.
Ia bertentangan sekali ketika beliau hanya sebagai ahli parlimen biasa pada 3 Mac 2019 yang lalu.
Ketika Menteri Perusahaan Utama Teresa Kok membuat kenyataan yang hampir sama ketika itu, Khairuddin mempelekehkan kenyataan itu.
“Satu lagi idea ‘bernas’ daripada menteri PH selain menoreh musim tengkujuh.
“Tanam buluh dan kelapa menggantikan sawit,” tulis beliau yang lebih terkenal dengan nama At-Takiri melalui facebooknya penuh sinis.
Bagi ulama Pas itu, kegagalan menguruskan pasaran sawit sehingga jatuh merudum harganya cuba ditutup dengan idea baru yang dirasakan bernas.
“Adakah semudah itu lontaran idea menteri?” soal beliau yang memegang pelbagai jawatan utama dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri Terengganu itu.
Ketika itu, beliau mengulas berita yang telah dispin oleh seorang blogger yang bertajuk, “Lupakan kelapa sawit, tanam buluh.”


Mana BMF? Netizen kecam pusat khidmat Razman borong barang kedai non muslim


Mana BMF? Netizen kecam pusat khidmat Razman borong barang kedai non muslim
IPOH: Pusat Khidmat ADUN Gunong Semanggol, Razman Zakaria dikecam apabila membeli barangan di kedai borong milik non muslim (bukan Islam).
Kecaman tersebut kemungkinan disebabkan ia tidak selari dengan pendirian Razman dan Pas selama ini yang bersungguh-sungguh memperjuangkan kempen Beli Barangan Muslim Dahulu atau Buy Muslim First (BMF) khususnya di Perak.
Gambar yang dimuatnaik oleh Razman di laman Facebook rasminya pada 8 April yang lalu mendapati, petugas pusat khidmatnya sedang membeli barangan dengan kuantiti yang sangat banyak di sebuah kedai borong milik non muslim.
Difahamkan barangan tersebut adalah untuk diagihkan kepada masyarakat di Dun tersebut yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Muat naik tersebut itu melaporkan, Pegawai Khas ADUN Gunung Semanggol, Ahmad Rosman Razali bersama kakitangan pusat khidmat itu telah mendapatkan bekalan tepung, gula dan bihun daripada kedai borong yang terletak di Bagan Serai, Perak.
Ramai pengguna laman Facebook telah meninggalkan komen di muatnaik tersebut yang rata-rata mempersoalkan dimanakah perginya kempen BMF yang diwar-warkan selama ini.
“Aii, bukan kedai cina kafir ke tu? Dimanakah BMF yang dilaung-laungkan hari tu?,” kata pemilik akaun bernama Ameng Kelulut dengan penuh sinis.
Sementara itu, pemilik akaun Facebook bernama Faeez Azahar mempersoalkan adakah di Bagan Serai tiada pemborong milik orang Islam.
“Kedai melayu dah tak ada ke?,” soal pemilik akaun Muhamad Nakhaie Abd Wahab.
Sementara itu, pemilik akaun bernama Wan Joben berpandangan, kecaman yang diberikan oleh netizen kemungkinan disebabkan tindakan Pas selama ini yang sangat keterlaluan menyerang pihak yang tidak menyokong kempen BMF.
“Pakcik rasa orang kecam tu bukan sebab apa, sebab kome selama ini beria beno kempen dan kutuk orang yang tidak bersetuju dengan kempen tu.
“Padahal kome sendiri pun beli kedai cina. Sebab cina jual murah dan ada stok!,” katanya.

PERLUNYA PENYUSUNAN SELEPAS 63 TAHUN MERDEKA?


MOHD NIZAM

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

Ketika berlakunya wabak Covid-19 ini, segala sidang akhbar dibuat dalam Bahasa Kebangsaan. Wajah sebenar segelintir rakyat Malaysia yang mengaku warganegara terserlah dengan hodohnya terutamanya golongan Ultra Kiasu yang condong ke "motherland". Malah ada yg tanpa segan silu menganggap China sebagai "motherland".

Mereka benci dengan Bahasa Kebangsaan, malah mencaci penuturnya, marah kenapa tidak menggunakan Bahasa Inggeris dan paling teruk tidak faham apa yg disampaikan dan mula membuat onar atas ketidakfahaman mereka sendiri. Ada yg menyatakan kenapa tiada sarikata Bahasa Cina dan Tamil. Woii dah 63 tahun merdeka kenapa perlu kepada sarikata bahasa asing?. Ini urusan rasmi, bukan sembang-sembang dirumah.
Penyusunan semula sistem sosial perlu dilakukan selepas ini bagi memastikan setiap warganegara WAJIB FASIH berbahasa Kebangsaan tanpa kompromi lagi. Semua institusi vernakular perlu dihapuskan atau jika kekal wajib mengajar Bahasa Melayu pada tahap standard, supaya tiada lagi istilah "BM bahasa tak guna, useless language, mandarinlah oii, Englishlah oii, stupid language, no economic value" dan lain² kenyataan tidak bertanggungjawab oleh warganegara.
Putuskan terus kiblat warganegara daripada negara nenek moyang mereka dan tumpahkan taat setia tidak berbelah bahagi kpd Malaysia. Manakala DBP pula wajib diperkasakan dan mampu mengenakan tindakan penguatkuasaan terhadap mana² pihak yg memalukan Bahasa Kebangsaan di tempat umum. Sudah sampai masanya kebodohan lampau diubah. Daulatkan Bahasa Kebangsaan.
Sesiapa yg tidak bersetuju beri kata dua sama ada ingin taat atau dilucutkan kewarganegaraan. Paling penting para jemaah Menteri wajib berucap, bercakap dan berinteraksi dalam Bahasa Kebangsaan.
* Salah satu contoh bodoh dan tak faham Bahasa Kebangsaan adalah wanita bernama Melissa Goh. Lain yg disampaikan Menteri dlm sidang media, lain yg dia faham. Kalau tak faham jangan komen, rujuk mereka yang faham. Akhirnya malu sendiri.



CIK KIAH SALAH ORANG ASLI

Ni lah manusia paling bangang, sikit salah bangsa sendiri mesti nak kaitkan dengan orang asli, dia ingat bangsa dia tu semuanya reti bahasa, dah tua pun bodoh.

BURUKKAN DR DZULKEFLY APA TUJUANNYA?






"Sangat tidak bertanggungjawab mereka yang merancang mencetuskan 'Episod Hitam' dalam sejarah Demokrasi di negara ini pada saat dan ketika Negara dan Rakyat berdepan ujian getir ini," tegas beliau dalam satu kenyataan. Bukan rahsia, jangkitan kluster besar berlaku akibat belasan ribu himpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur (pada 27 Februari -1 Mac), yang kemudian disebut sebagai Gelombang Kedua. Dalam suasana Negara tanpa Kerajaan, tanpa perintah tentang keperluan untuk amalan 'Jarak Sosial' bagi mengelakkan diri daripada pihak yang mungkin sudah dijangkiti penyakit tersebut, maka bilangan kes baharu meningkat dengan mendadak. Dr Dzulkefly merupakan advokat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) "Tegasnya sebab kita gagal untuk amalkan 'Social Distancing' (SD) secara 'sukarela', sedari awal lagi, maka hari ini, kita dikenakan 'SD' secara PAKSA.

DULU SERONOK BAHAN PH, SEKARANG PN KENA PULANG "PAKU BUAH KERAS"




Dulu seronok 'bahankan' PH, sekarang PN kena


AMIRUDDIN AHMAD

Peribahasa Melayu: “Pulang paku buah keras” bermaksud memulangkan semula kata-kata atau sindiran yang dikatakan oleh orang yang mengata-ngatanya dahulu. Biasanya digunakan untuk menyedarkan orang tersebut supaya sedar diri. Dulu seronok mengata dan menyindir orang lain. Sekarang bila kena atas batang hidung sendiri baru tahu tinggi rendah duduk perkara sebenar.
Dalam dunia politik negara kita sekarang, peribahasa tersebut sering diaplikasi dalam post-pos politik tetapi ramai yang tak perasan.. Bagi nak mudah faham, kita bagi contoh:
Dulu semasa PH memerintah seronok mengata menteri kasut hitam.. Nah sekarang pelbagai jenis menteri telah muncul; menteri air suam, menteri tutup twitter, menteri mewa, menteri doraemon, menteri atas dahi, menteri duta timur tengah, menteri tik tok, menteri kedai gunting, menteri GLC dll… Kenapa disebut-sebut nama menteri itu dimedia sosial? Jawabnya itu hanyalah ‘pulang paku buah keras’ saja. Supaya sahabat politik lawan sedar dan muhasabah diri… Supaya mereka dapat beza antara realiti dan retorik politik. Jangan sedap sangat mengata orang…
Contoh lagi.. Dulu seronok mengata kerajaan PH. Apabila berlaku kemalangan disebabkan pemandu mabuk atau LGBT atau isu arak… Terus saja keluar kenyataan ‘Islam terancam’ di zaman PH. Menteri agama tak buat kerja? Ini semua salah DAP……
Nah sekarang apabila kamu berkuasa kemalangan pemandu mabuk semakin kerap berlaku. Bukan setakat pondan saja bahkan ada pondan mabuk serang pegawai kesihatan. Pesta maksiat berlaku bahkan berjoget sambil minum arak atas jalan. Arak terus diedarkan walaupun dimusim PKP.. Di mana suara-suara kamu dahulu yang mengatakan Islam terancam ? Masih salah DAP lagikah? Kenapa senyap ? Sembunyi dalam gua ? Dah jadi syaitan bisu?. .. Itu hanya ‘pulang paku buah keras’. Lain kali jangan sedap mengatakan orang…
Namun setengah orang dia tak faham dan sedar. Mungkin ada kemewaannya kat situ atau jenis lurus bendul dan sudip kayu..kah..kah..kah...

Masa zaman PH, tak henti henti FB askar Malaysia...misalnya FB Malaysia Defense News, Malaysia Military Power, pakat hentam pagi petang siang malam, semetara PH sedang menyiasat beratus juta tanah hak milik ATM dijual, helikopter pesan 3 tahun tak muncul, disalahguna, sampai masa kini diam senyap, jangan kata nak desak beli MRCA, LCA, senyap sampai sudah....nampak sangat la..nak troll...sekarang mana suara tersebut?..lupa....

lepas satu satu isu yang timbul. sekarang isu lain pula yang sering muncul, Bab BMF, ya dulu sikit sikit BMF, sekarang diam soal BMF, kini muncul isu pembahagian ghadimah lepas menang, Tiap menteri nak diberi pegang status GLC, kononnya nak pantau..ha.ha lucu, zaman PH, dilantik orang -orang yang benar layak untuk mengendalikan semua GLC yang dilihat jauh mengalami kerugian , atau didapati berlakunya penyelewengan, Misalnya laporan Tabung Haji, sekarang, dah tak ada dah isu itu, bukan apa...sekadar " pulang paku buah keras", sedap sangat hangpa tibai, la ni hangpa ambik...tak mau la ulas bab solat tak kemasjid ni...sebab dah difatwakan tak boleh ke masjid...islam terancam akibat penyakit....owhhh..lupa bukan DAP....tak sangkut paut...

Kes baru muncul.La ya kan ,masa nak jadi hero Melayu 18 kerusi, canang rata ceruk bila cina DAP bicara soal buat duit dengan buloh. Yang pejuang melayu mempersoalkan kononnya boluh tak cukup BAIK UNTUK DIJUAL , dreba bas tanpa kunci  pula berdegar degar dalam dewan. Cina DAP tahu selok belok berniaga , maka diberilah saranan supaya menanam buloh agar perdapatan orang Melayu bertambah, dihentam siang malam...nah..sekarang apa crita...tak rasa malu kah...curi idea yang kita kutuk kaw kaw, lepas tu mungkin kata idea bernas kita? tahu dak macamana nak jual nanti...maka pulang paku buah keras sahaja ...baru padan dengan muka hangpa ludah ke langit kena muka sendiri.Bukan apa, pulang paku buah keras sahaja..

Kes Adib kemana? owhh..masa covid nak soal kes Adib? ehh...pulang paku buah keras sahaja. Bukan apa, ada yang kata bagi ke dia 3 hari boleh selesai banyak benda.owhh lupa, jadi Duta sekarang nih...amboiiii..belum apa apa dah kondem orang lain tak elok belaka. Kita saja elok lengkap semuanya...bila kenahentam kiri kanan, sepatah haqam tak jawab..macam kora sembunyi dalam cengkerannya...bukan apa..semua sekadar nak pulang paku buah keras...banyak lagi nak menulis, tapi ini diulang sebabnya permintaan ramai nak membaca kerana diposkan awal semalam...nagajar orang ramai faham apa itu pulang paku buah keras.


TERKEJUT BERUK...NI MENTERI CIPLAK NI....

WHATT!!!...???? Buluh..??? Bukan ke ni idea YB Teresa Kok yg korang kutuk2 dulu? Idea DAP tu. Bulat2 ko cedok idea DAP ea? Tak malu ke? Sedap ke jilat kahak sendiri?

Hello.. Ustak Idris Ahmad, tanak hentamker Ostaz Khairudin macam hentam YB Teresa Kok dulu..?? Tanjer..
Mana walaun PAS yang kutuk YB Teresa dulu, dah arwah ke semua..?
Imej mungkin mengandungi: teks

RATIP SANG NAJIB....GAMAKNYA DOJ BUAT MENIAGA KOT.UNTUK BAGI BALIK KE MALAYSIA...



Hebat 1mdb..melabur dgn DOJ..tu yang DOJ pulang balik duit keuntungan pelaburan..saper kata duit curi tu memang bangang..Kalau tak caya juga tanya Rosmah,  DOJ selama ni buat duit pelaburan. Bijak Najib sampai tak terkata rupanya..Rakyat saja tak tahu bahawa DOJ tu buat pelaburan, dah untuk bagi balik ke Malaysia. Tak giitu Najib?

Pembantu Peguam Negara AS, Brian A. Benczkowski, berkata pembayaran itu mencerminkan komitmen AS kepada Malaysia untuk memburu, merampas dan memulangkan aset yang diperoleh menerusi penyelewengan itu - Berita Harian Online, 15 April 2020.







Assalamualaikum
Bismillah...
Nukilan DSNR!
Bertahun mereka fitnah saya kononnya saya terlibat pasal pembunuhan Altantuya, pasal kapal. dan bermacam-macam lagi
Tapi sikit pun tidak melemahkan saya. dulu bila saya cabar PH bawa pulang Jho low ke Malaysia untuk pendakwaan. Mereka kata sudah keluarkan waran tangkap
Hari ini hanya pembohongan PH saja yang tinggal. kononnya Jho Low dan bapanya dalam senarai orang yang dikehendaki PH
Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia telah menerima US$300 juta dari Amerika Syarikat hari ini - bermakna jumlah wang yang dikembalikan oleh DOJ sehingga kini adalah US$620 juta.
Perkembangan ini jelas menyangkalkan tuduhan PH sebelum ini bahawa DOJ tidak akan teruskan kerjasaman dengan kerajaan PN ataupun kerajaan PN tidak akan teruskan usaha untuk mendapat semula semua dana yang dikatakan hilang..
Namun, US$620 juta hanya sebahagian kecil daripada US$4.5 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada 1MDB sebelum 30 Dec 2020 jika perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi diteruskan.
Namun, kerajaan PH dahulu telah batalkan perjanjian penyelesaian asal yang ditandatangan pada masa BN.,
Kerajaan PH juga menolak tawaran IPIC yang disyorkan oleh DOJ sekali lagi pada tahun lepas seperti didedahkan minggu lepas:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156920228715952
Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi.
Kalau niat utama kerajaan adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi.
Bergantung kepada DOJ Amerika Syarikat untuk kembali wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali keseluruhan dana yang didakwa hilang.
DOJ hanya mampu mendapat kembali sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan cara sedikit demi sedikit.
Tetapi niat kerajaan PH berlainan.
Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa.
Itu bercanggah dengan propaganda PH.
Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.
Sebab itu, kerajaan PH dahulu sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DOJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian.
Kerajaan patut meneruskan perjanjian penyelesaian dengan IPIC jika kita mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang di dakwa hilang secara sekaligus - bukan dengan meneruskan cara PH untuk mengambil balik sedikit demi sedikit.

BULUH OH BULUH...



Ramai walaun-walaun tok wassap tok mintak tok berpantun pantan berthemakan 'Buluh" ..

Waktu PH, lebai tak suka buluh,
Katanya tanam buluh idea bodoh,
Pakat ketawa muka huduh,
Termasuk lebai Nik Beduh.

Kepala lebai fikir getah dan sawit,
Kepala bawah pikir betina,
Baik walaun mahu pun walauntit,
Tua muda bodo belaka.

Teresa Kok dikutuk siang dan malam,
Menjadi bahan lawak jenaka,
Tanam buluh ideanya dihentam,
Lebai dan ostat sama saja.

Bila mereka jadi menteri,
Dalam kerajaan tebuk atap,
Duduk opis menggigit jari,
Puas perah otak yang bengap.

Akhirnya terfikir idea lama,
Boleh tiru idea teressa kok,
Cuma nak fikir auta bagaimana,
Nanti walaun pakat kutuk.

Maka diseru tanam buluh,
Ada potensi dalam pasaran,
Walaun tanya menteri berpeluh,
Bagaimana nanti nak beri alasan.

Walaun tanya mengapa buluh?
Bukankah dulu anta tentang?
Lebai tok jawab sambil lap peluh,
"Tunggu dulu wahai natang".

" Ini buluh bukan sebarang buluh"
"Buluh syarie peninggalan Nabi"
Dulu kerajaan PH buluhnya makruh,
Ada buluh kapir harbi.

Walaun menganga macam unta,
Tak sangka ada buluh harbi,
Pakat bertakbir walaun semua,
Menteri tok tersengeh puas hati.
Malaysiakini Cukup dulu kisah buluh,
Hari pun sudah larut malam,
Elok merejam keluarkan peluh,
Buluh tok pula mahu ditanam.

Teeheheheeee...

TOK USIN



JANGAN LUPA KES ADIB...

MANA KEADILAN UNTUK ADIB?
Zolkarnain Abidin

Di sebelah saya ialah ayah dan ibu al-Marhum Adib. Ketika ini kesugulan masih belum pudar daripada wajah mereka berdua.

Kerajaan PH dikata tidak memberi keadilan kepada Adib dan keluarganya.  Pelbagai tohmahan termasuk yang bersifat rasis dan berbaur sentimen agama dilontar.

Sentimen dan emosi orang ramai dibakar. Tengok kerajaan PH, biarkan kematian Adib secara percuma. Mana keadilan untuk Adib?

Hari ini, soalan yang sama saya nak tanya kerajaan tebuk atap, apa yang kamu sudah buat untuk memberi keadilan untuk Adib?

Atau kamu sudah tidak ada masa untuk membela Adib sebab kamu sedang memfaraidkan kekayaan negara sesama kamu?


TEGURAN BISA DARI OTAI UMNO

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks mungkin yang mengatakan 'MPT UMNO PULA BIDAS KITOL AZMIN NAK JADI "MENTERI SEGALA MENTERI"! "Mengapa MITI Thendak hendak menguasai sektor-sektor di luar bidang tanggungjawabnya? Seolah-olah MITI pula sudah menjadi "super ministry" di bawah seorang tokoh politik (Azmin Ali) yang "bombastic. TAN SRI SHAHRIR SAMAD, MPT UMNO MALAYSIA 15 APRIL 2020 UMNO JOHOR'


PENGAJARAN UNTUK PEMIMPIN POLITIK



MD ZULAIMI KAZIN

Mai kita flashback jap apa yang dah berlaku dan kecuaian sedikit memberi kesan besar.

Isu pengkhianatan sudah lama berbunga dan bukan rahsia lagi. Azmin, Zuraida dan Saifudin Abdullah sudah lama  membuat kerja-kerja jahat secara terbuka.

Bila Azmin buat panggil MP BN berjumpa dengan beliau dirumahnya semua bising. Kami yang bukan pemimpin hanya facebooker piciran memberi amaran kepada pimpinan PH tapi pimpinan PH menyepi cuma Anwar seorang cuba menyinggung perjumpaan itu unutk apa?Almaklumlah..dah menang, mungkin tak perlukan lagi facebookers dan bloggers..

Pemimpin-pemimpin vokal dalam PH seperti Khalid Samad pun senyap sepatutnya Azmin wajib dipanggil minta penjelasan atau ada usul pecat Azmin, Zuraida dan Saifudin dalam ahli Majlis Presiden PH sebab permainan yang mereka bawa itu bahaya langsung tidak dibincang dalam PH. Anwar mungkin pada masa itu Azmin langsung tak respek dia sebagai Presiden PKR bila panggil meeting tak datang jadi dalam PH lagi lah Azmin tak respek. Azmin hanya respek Tun seorang saja tapi Tun pun langsung buat tak nampak tindak tanduk pengkhianat ini.Sebab itulah segala tindak tanduk Tun sebelum dan selepas pengkhianatan ini , baru orang nampak nahawa kemungkinan Tun adalah mastermind kejadian, mungkin ada yang berbeza pendapat.

Sampailah saat langkah Sherathon dan berlaku mesyuarat khas PPBM dan pengumuman geng kartel keluar parti, pimpinan utama PH kelihatan masih tenang dan seronok bila dikatakan langkah Sherathon malam itu gagal tanpa kehadiran Tun M.

Tak boleh kata apa dah benda dah jadi dan semua bertaggungjawab dengan apa yang berlaku terutama Tun M.

Lain kali bila ada nampak riak kerja-kerja khianat ini terus bertindak dan pecat. Anwar pun silap dia seabb tidak pecat Azmin, Zuraida dan Saifudin Abdullah dari awal lagi kononnya nak elakkan masalah dalam parti kalau tidak pengkhianat itu tiada harga bila kita bertegas awal.



TERIMA DUIT TAPI DAPAT BALA



1. Pemulangan AS$300 juta (kira-kira RM1.3 bilion pada kadar tukaran semasa) kepada Malaysia adalah prerogatif kerajaan Amerika Syarikat.

2. Ini adalah duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri oleh pelbagai orang, termasuk Jho Low dan Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Mohd Najib Abdul Razak/anak Rosmah Mansor dengan suami pertamanya).

3. Wang ini dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) di bawah inisiatif KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative). Dalam bahasa yang mudah ia adalah daya usaha dapatkan balik duit negara yang dicuri oleh pemerintahnya sendiri.

4. Siapakdan pemerintah kleptokrasi yang curi duit negara itu? DoJ melabelkannya Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysia 1). Bekas menteri Kabinet Najib, Abdul Rahman Dahlan, mengesahkan bahawa MO1 ada Najib sendiri.

5. Oleh sebab duit curi 1MDB itu telah dipulangkan dan Muhyiddin Mohd Yassin dengan rasmi menerimanya, maka rasmi jugalah hakikat bahawa kerajaan mengakui duit itu duit curi.

6. Apabila ada duit yang dicuri tentulah ada yang mencurinya.

7. Maka dengan menerima balik duit curi yang dipulangkan oleh Amerika itu, bertambah kukuhlah kes terhadap semua orang yang terlibat mencuri dan menerima duit itu.

8. Walaupun kerajaan Perikatan Nasional yang Muhyiddin kepalai adalah kerajaan tanpa mandat - kerajaan tebuk atap kata Abdul Hadi Awang - namun ia wajib menghormati kebebasan Kehakiman.

9. Dalam Kehakiman pula dikatakan keadilan yang lambat dilaksanakan adalah keadilan yang dinafikan (justice delayed justice denied).

10. Perbicaraan Najib sudah berlangsung tujuh bulan. Kalau tanam padi sudah lama dituai. Bukan Najib saja berhak kepada keadilan. Rakyat jelata pun berhak juga.

11. Dalam kita bergembira dapat balik duit RM1.3 bilion dari Amerika itu, kita jangan pula lupa yang kita sudah kena tipu.

12. Kalau kita lupa dan alpa kita mungkin akan kena tipu sekali lagi. Sebab itu kita kecewa dan bimbang apabila sidang Dewan Rakyat ditangguhkan. Macam ada benda yang hendak disembunyikan atau dinafikan daripada kita.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Kadir Jasin

APA PUN MELAYU JUGA...

1MDB ditubuhkan                            2009
Mula hutang & rompak             2009
Mula dihidu                                       2013
Campur tangan PAC                          2015
Diselamatkan  AG                             2016
Tumbang BN                                     2018
Pertuduhan bermula                          2018
Duit rompakan dipulangkan              2019

10 tahun untuk negara mula dapatkan semula sebahagian kecil wang yang dirompak. Itu pun masih lagi ingin mengangkat PEROMPAK-PEROMPAK ini kembali memegang AMANAH wang rakyat?

Yang merompak Melayu, duit rompakan masuk bank akaun sendiri pun Melayu. Yang dapat deposit pendahuluan (9X juta) pun Melayu islam. Yang dipersalahkan cina DAP. Yang cina JHO LOW pula dikambing hitamkan.

Adakah kita mahu SKANDAL seperti 1MDB, NFC, TH, FGV, FELDA, FELCRA, etc berulang??? Tepuk dada tanya hati, takbir 3 kali tanya iman.