IKLIM EKONOMI MALAYSIA LEBIH BAIK PADA 2020

INNALILLAH.. BEKAS WEBMASTER LAMAN MARHAEN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH.



Allahummafirlalu warhamhu waafihi wa'fuan hu

CIkgu Zuber adalah webmaster LAMAN MARHAEN  telah kembali ke rahmatullah.Beliau antara penyumbang bagi blog ini diperingkat awalnya dan saya meletakkan laman beliau sebagai antara contribution sebagai tanda sokongan beliau.Blog ini dibina sekitar 2007 lalu dan beliau meletakkan posting lama yang tidak ingat ketika saya bekerjasama dengan Q pengendali LAMAN REFORMASI. Juga RN yang kemudiannya webmasternya membina Laman KL TODAY...dan terputus hubungan kemudiannya sekitar 2008.

Mengenali beliau sejak sekitar 2005-2006 dan setiap pagi sejak akhir akhir ini diawal pagi sekitar jam 4-5 pagi beliau menghantar wassap berupa nasihat dan juga ingatan buat sahabat yang mengenali beliau.
Sekitar 2 tahun lepas beliau sisahkan mengidap cancer dan sejak itu beliau selalu menceritakan tentang kehidupan beliau dan juga keluarga serta anak murid beliau yang sering menziarahinya...anak murid yang baik.Beliau seorang guru bahasa Inggeris di sekolah menengah di Kedah.

Laman Marhaen adalah antara laman pro reformasi yang menyediakan tapak untuk aktivis dan rakyat menghantar masej selepas Laman Reformasi Nasional. RN  dan Laman Reformasi Mahazalimtwo berkubur dan sekitar 2001-20+± Laman Marhaen menjadi tapak bagi aktivis mengasah bakat buat menulis.Malahan pendedahan pendedahan dari unnames biasanya kami terima.. Risiko sendiri tanggung...Sama ada web masters atau bloggers,  meluangkan masa berjam jam untuk mengedit dan menulis serta menerima sumbangan dari penyumbang menyumbangkan  artikel.Tenaga, masa dan kewangan semuanya ditanggung sendiri.....ramai menyediakan semuanya demi rakyat....

Marilah kita menyumbangkan sedekah Al Fatihah buat Allahyarham dan "A Man behind the screen" ramai yang tidak kenal malah tidak dikenali.Wassap akhir buat saya 





Mesej dari anak beliau....


Assalamualaikum.. Saya Ahmad asyraf bin Ahmad Zuber anak kepada Ahmad Zuber Bin Mohd Said.. Disini sya ada berita dukacita, bahawa saya AHMAD ZUBER BIN MOHD SAID, telah kembali kerahmatullah pukul 2:45AM.. Semoga ayah sya ditempatkan dikalangan org beriman.. Minta jasa baik semua yg mengenali ayah sya, mari sama sama kita sedekahkan AL FATIHAH..


BUKAN TIADA BANGSAKU YANG BERJAYA,TETAPI UNTUK MENGUBAH KESELURUHAN ITU MEMANG PEDIH


Oleh: Miqdad Zakaria


Aku terasa sangat terkilan apabila bangun pagi sahaja,aku membaca beberapa post anak BANGSAku di media sosial mengenai tahun baru 2020.Antaranya :

- celik mata pagi ni korang dapat tengok kereta terbang x?
- tahun baru kena extend sebab pelaku video semburit belum diumumkan.
- aku ingatkan wawasan 2020 ni kita ada segala-segalanya bertaraf dunia..
- mulai pagi ini polis tidak perlu escort atuk pergi Putrajaya sebab atuk dah guna kereta terbang,tiada kesesakan lagi.

Itulah sebahagian hasil tulisan mengenai tahun baru Wawasan 2020 oleh BANGSAku sendiri..

Sekarang cuba kita lihat pula petikan tulisan seorang anak Malaysia berbangsa India dalam coretan beliau mengenai Wawasan 2020 sempena tahun baru ini :

“So pendek kata, esok bila tahun 2020 menjelma, aku dah 44 tahun. Dah ada syarikat sendiri dalam bidang teknologi, tapi masih pulun lagi sebab bidang ni kita kena terus belajar. Kerja keras ni memang dah jadi lumrah hidup aku. Anak-anak aku dah ada yang kat menara gading, maklumlah aku kahwin muda dulu. 

Padaku, Wawasan 2020 ni harus diteruskan jadi Wawasan 2050, Wawasan 2080 and sebagainnya. Sebabnya, nak capai apa pun mesti ada cabaran dan liku-liku yang harus kita rentasi. For Malaysia, our value system is our challenge. Nilai-nilai insani kita adalah cabaran kita. Nilai-nilai inilah yang kita kena pupuk pada generasi muda sekarang. Ajar diorang untuk sentiasa improve their skill sets, their knowledge, terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan matematik. Jangan galakkan generasi muda untuk terlalu libatkan diri dalam politik sebab benda ni kena makan banyak asam garam dulu, baru paham. 

Yang paling best sekali dalam cerita ni aku rasa ialah the fact that Tun Mahathir yang mengasaskan idea ini akhirnya menjadi PM buat kali kedua dan berada di pucuk pimpinan tatkala tahun 2020 menjelma. Apa yang boleh kita belajar dari sini? Bahawa manusia yang berjaya pasti manusia yang mempunyai wawasan. 

So, inilah cerita Wawasan 2020 ku. Ceritamu macam mana pulak? “
- By Rama Prabha (Facebook Page)
31 Dec 2019

Jadi masih lagikah kita ingin memendekan akal kita..?

LAPORAN SARAWAK REPORT- SILA SAMAN..



Sarawak Report earlier received reports that a party of 15 family members and entourage of economics minister Azmin Ali flew business class return from Malaysia to Tokyo, leaving KL 21st December (MAS). 
These reports appear to have been verified on social media by the lucky travellers themselves, who have uploaded photographs of the jolly holiday in Japan. 
SR is further informed that another 12 business class returns were then also booked (again on MAS) immediately following the post-nuptual/end of year Japan tour, sending members of the same party to London. We are informed the family will remain until end of first week of January. 
It is assumed that the circa RM500,000 all this will have cost in air tickets alone were paid in advance, given the present legal actions underway.

MAKMAL AS SAHKAN ORANG ITU HAZIQ DAN PASANGANYA?



Semalam, selain merupakan hari terakhir bagi tahun 2019, ia juga merupakan hari yang mengecewakan bagi rakyat Malaysia.
Ini kerana harapan mereka untuk mengetahui dengan sahih dan rasmi berhubung siapa seorang lagi lelaki yang dikatakan mirip Azmin Ali dalam video Haziq, tidak menjadi kenyataan akhirnya.
PDRM melalui Pengarah Jabatan Siasatan Jenayahnya, Huzir Mohamad pada 20 November 2019 ada berjanji akan mengumumkan perkara itu sebelum hujung tahun.
Katanya, video Haziq itu sudah pun dihantar ke sebuah makmal di AS dan hasilnya dijangka diketahui sebelum 31 Disember 2019.
Dalam hal ini, rasanya PRDM sudah pun memperolehi keputusan makmal berhubung video Haziq yang mereka hantar ke AS untuk dianalisa itu.
Iyalah, jika daripada bulan November lagi sudah dihantar, takkan setelah sebulan lebih belum dapat keputusannya?
Masalah PDRM cuma mereka barangkali sedang berfikir bagaimana untuk mengumumkan hasil analisa itu kepada umum atau mungkin sedang menunggu arahan daripada Perdana Menteri mengenainya.
Dan mereka berbuat demikian atau menangguhkan pengumuman itu tentunya kerana hasil analisa makmal AS itu mendapati atau mengesahkan salah seorang lelaki dalam video tersebut adalah Azmin, Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Seorang lagi lelaki dalam video itu tidak perlu dianalisa atau disahkan lagi kerana Haziq Abdullah Abdul Aziz sudah pun mengaku itu adalah dirinya.
Malah Haziq turut mendakwa pasangannya dalam video yang disahkan tulen oleh CyberSecurity Malaysia itu adalah Azmin.
Jika hasil analisa makmal AS mendapati lelaki dalam video itu bukan Azmin, pastilah sebelum 31 Disember 2019 lagi pihak polis sudah pun dengan gah mengumumkannya.
Tetapi, barangkali kerana ia disahkan adalah Azmin, maka pengumumannya terpaksa ditangguhkan, walaupun PRDM sudah berjanji akan mengumumkannya sebelum tahun 2019 berakhir.
Kalau diumumkan juga hasil analisa itu, tentulah ia dilihat bertentangan dengan kehendak Perdana Menteri yang sejak awal diperhatikan begitu kuat melindungi dan mempertahankan Azmin.
Jika hasil analisa makmal yang dibuat oleh Lokman Noor Adam secara sukarela di Indonesia dan London, walaupun keputusan positifnya sudah diserahkan kepada PDRM, ia boleh jugalah ditolak begitu saja.
Tetapi, tentulah sukar menolak hasil keputusan yang dihantar sendiri oleh PDRM.
Begitulah kebarangkalian dilema paling besar dihadapi oleh PDRM ketika ini di sebalik hari ini sudah merupakan hari pertama tahun 2020.
Meskipun sejak semalam banyak suara membuat desakan agar PDRM n janjinya mengumumkan hasil analisa itu selewat-lewatnya semalam, sehingga ini mereka masih lagi membisu seribu bahasa.
Agaknya, mereka masih belum habis berfikir lagi atau belum lagi mendapat apa-apa arahan daripada Tun Mahathir.
Tun Mahathir pula bagaimana?
Agaknya, Tun Mahathir sendiri belum habis lagi berfikir bagaimana untuk terus melindungi Azmin jika hasil analisa yang dihantar oleh PDRM sendiri sudah mengesahkan lelaki dalam video itu adalah menteri kesayangannya. (ShahbudinHusin 01/01/2020)

BETULKAH MASIH ADA YURAN SEKOLAH DIKUTIP? JAWAPAN KEPADA PROPAGANDA PEMBANGKANG



Saya menerima aduan, baru2 ini di dalam satu program di Balairaya Kg Baris, Pelangai, Bentong, Pahang yang dianjurkan oleh MPKK kampung tersebut, orang-orang  kampong telah diberikan maklumat salah dan mengelirukan tentang yuran persekolahan bagi memburukkan kerajaan PH.

Orang kampong telah dihasut agar apabila menghantar anak-anak ke sekolah nanti, jangan bayar satu sen pun yuran sekolah kerana janji PH adalah pendidikan percuma.   Mereka diminta untuk viralkan salah satu ucapan di dalam ceramah oleh YB Salahudin Ayob sebelum PRU14 yang lalu yang mengatakan PH akan melaksanakan pendidikan percuma persekolahan.  

Perlu diperjelaskan bahawa YURAN PERSEKOLAHAN memang tiada dikutip oleh pihak sekolah rendah atau menengah.  Ini bukan perkara baru dan telah pun berjalan sebelum ini.  Ertinya, TIADA YURAN SEKOLAH untuk sekolah rendah dan menengah.  

Mengapa ada bayaran yang dikutip di sekolah?  Di sini ramai yang tidak faham atau keliru.  Apabila ibu bapa mendaftar anak masuk sekolah atau meneruskan persekolahan tahun baru, ibu bapa hanya perlu membayar duit membeli buku-buku persekolahan dan duit yuran PIBG sekolah yang telah ditetapkan oleh PIBG sekolah berkenaan.  Bagi ibu bapa yang layak menerima bantuan persekolahan seperti membeli buku dan sebagainya, kerajaan akan memberikan bantuan RM 100, dan lazimnya bantuan ini diberikan selepas beberapa minggu persekolahan bermula.

Bagaimana pula dengan yuran PIBG?  Untuk makluman, PIBG tiada kaitan dengan Kementerian Pendidikan.  PIBG adalah persatuan yang diwujudkan oleh pihak sekolah bersama ibu bapa.  Pihak Kementerian tidak boleh campurtangan di atas apa jua keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat PIBG yang dihadiri oleh semua guru dan ibu bapa murid di sekolah berkenaan.  Pengerusi PIBG sendiri pun dipilih melalui mesyuarat PIBG tanpa campurtangan kementerian.  Kementerian hanya boleh memberikan nasihat atau pandangan sekiranya terdapat aduan dari mana2 pihak tentang PIBG.  

Jumlah yuran PIBG tidak sama di antara satu sekolah dengan sekolah yang lain kerana ianya bergantung kepada persetujuan ibu bapa dengan pihak sekolah di dalam mesyuarat PIBG.  Yuran PIBG bukan WAJIB untuk dibayar, tetapi demi kebaikan anak2 di sekolah bagi menyertai program atau aktiviti yang pihak sekolah akan adakan, lebih baik ibu bapa membayarnya.  Itu berupakan duit tabungan sekolah dan ibu bapa dan tidak boleh dipaksa.  Justeru itu, amat penting bagi ibu bapa hadir di dalam mesyuarat PIBG sekolah agar mereka dapat menentukan jumlah yuran PIBG yang termampu dibayar oleh mereka dan mereka tahu duit itu digunakan untuk apa.  Kebanyakan yang komplen tantang jumlah yuran PIBG ini adalah mereka yang tidak hadir mesyuarat PIBG, itu masalahnya.

Pihak Kementerian juga telah mengeluarkan arahan agar duit bantuan persekolahan RM 100 yang diberikan kepada ibu bapa yang layak itu tidak boleh diambil untuk membayar yuran PIBG tanpa persetujuan ibu bapa berkenaan.  Duit itu adalah hak mereka dan terpulang kepada mereka untuk mengambilnya atau  digunakan untuk membayar yuran PIBG.  Pihak sekolah tidak boleh memaksa ibu bapa untuk membayar yuran PIBG dengan menggunakan duit berkenaan.

Apa yang kerajaan PH janjikan tentang pendidikan percuma itu?   Pendidikan percuma itu adalah kemasukan ke Universiti.  Ya, janji ini memang belum terlaksana lagi.  Namun, mengikut kata Menteri Pendidikan, pendidikan percuma untuk kemasukan ke Universiti kini di dalam kajian peringkat akhir.  Rujuk di sini https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/619953/pendidikan-percuma-peringkat-universiti

Sehubungan itu, menjadi harapan kita semua agar janji-janji ini akhirya akan tertunai di dalam tempuh 5 tahun pertama PH memerintah.  Sementara itu, pihak kerajaan seharusnya terus melihat apa jua perkara yang boleh meringankan beban ibu bapa di dalam bidang pendidikan ini.  Bantuan makanan percuma untuk anak-anak sekolah harus dipuji tetap perlu pemantauan dan mengkajinya dari semasa kesemasa untuk memperbaiki apa jua kelemahan yang ada.

Mohon viralkan.

WFAUZDIN NS

JANGAN LUPA TAHUN INI TAHUN PERALIHAN KUASA



Hari ini, 1 Januari bermulalah lembaran baru tahun 2020 di hadapan kita.
Menoleh ke belakang, pada awalnya ketibaan 2020 ini adalah detik di mana kita sepatutnya menyambutnya dengan penuh gembira kerana Malaysia telah ditargetkan akan muncul sebagai sebuah negara yang maju.
Malangnya, Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada 1991 setelah berakhirnya Dasar Ekonomi Baru atau DEB pada 1990, telah gagal mencapai matlamatnya.
Tun Mahathir sendiri mengakui kegagalan itu, lalu setelah berpeluang menjadi Perdana Menteri sekali lagi pada 2018, bellau telah melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) pada 2019 yang lalu.
Melalui WKB 2030, sasaran untuk mencapai negara maju dianjakkan lagi selama 10 tahun iaitu sehingga tahun 2030.
Oleh kerana gagalnya Wawasan 2020 itu, bermakna tiada apa-apa yang patut kita bergembira menyambut datangnya tahun baru 2020 ini.
Malah, dengan pelbagai isu yang mencengkam kehidupan rakyat sejak PH menjadi kerajaan, ketibaan tahun 2020 boleh jadi menandakan bertambah getir dan peritnya lagi laluan kehidupan di mana yang paling menjadi tumpuan ialah ekonomi yang perlahan dan tidak berkembang serta janji manifesto yang tidak ditunaikan.
Kegagalan menguruskan dua hal tersebut iaitu ekonomi dan janji manifesto sedikit sebanyak telah menyebabkan sokongan rakyat kepada PH kian menurun hari demi hari, walaupun sebelum PRU14 sokongan begitu tinggi sekali.
Harapan rakyat sudah banyak yang lebur dan musnah melihatkan kegagalan itu, tetapi dalam masa yang sama, menteri-menteri, termasuk Perdana Menteri sendiri tetap sibuk berjalan dan bercuti ke luar negara, sambil menikmati gaji serta elaun puluhan dan ratusan ribu setiap bulan.
Seolah-olah dalam tempoh 19 bulan yang sudah berlalu, yang berubah senang hanyalah hidup menteri-menteri dan juak-juak mereka saja, sementara keistimewaan rakyat lebih banyak yang dipotong atau ditiadakan, sambil peluang kerja atau perniagaan makin menyempit lagi jadinya.
Mendepani semua itu, sambil menoleh ke belakang sekali lagi sejak PH menjadi kerajaan, seperkara lain pentingnya tahun 2020 ini adalah kerana ia juga merupakan tahun peralihan kuasa Perdana Menteri.
Sebagaimana yang dijanjikan sendiri oleh Tun Mahathir dan difahami oleh pengundi yang memenangkan PH pada PRU14 lalu, Mei 2020 ini sepatutnya berlaku penyerahan jawatan kepada Anwar Ibrahim setelah Perdana Menteri memegang jawatan tersebut selama dua tahun lamanya.
Meskipun Tun Mahathir baru-baru ini menyatakan peralihan kuasa akan berlaku selepas Sidang APEC di Kuala Lumpur pada November 2020, katalah jika Anwar dan Majlis Presiden bersetuju dengan permintaan perlanjutan itu, penyerahan jawatan tetap wajib dilakukan tidak melepasi Disember 2020.
Selain pemulihan ekonomi dan menunaikan janji manifesto, peralihan kuasa adalah perkara ketiga yang paling dinanti-nanti dan dikehendaki oleh rakyat sebenarnya.
Lebih-lagi lagi selepas 19 bulan menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak menampakkan banyak kemajuan dari segi memberi lebih kebaikan dalam kehidupan rakyat, malah dilihat lebih sibuk kepada aspek politik peribadi semata-mata, maka ramai yang tidak ragu-ragu menyorotinya sebagai telah Perdana Menteri yang gagal.
Lantaran telah gagal itu, melanjutkan lagi keberadaannya di kerusi Perdana Menteri hanya akan menambahkan lagi kegagalan, malah menjadikan derita dan seksa rakyat lebih berpanjangan.
Faktor usia dan keghairahan kembali kepada era PM4, sedangkan dunia sudah banyak berubah dan kini bukan lagi era BN, adalah antara faktor penyumbang kepada kegagalan Tun Mahathir dalam tempoh 19 bulan ini.
Dengan demikian, jika PH mahu terus mendapat sokongan dan ingin memenangi lagi PRU seterusnya, peralihan kuasa tidak dapat tidak, mesti dilaksanakan pada 2020 ini.
Hanya dengan adanya perubahan, berlaku peralihan kuasa dan munculnya Perdana Menteri baru, maka barulah PH mampu bergerak ke hadapan dengan langkah meyakinkan sebagai sebuah kerajaan.
Baik Majlis Presiden atau Tun Mahathir, jika masih komited dengan mandat yang diberi rakyat pada 2018 lalu serta mahu PH kekal sebagai sebagai kerajaan, janganlah lupa atau buat-buat lupa bahawa tahun 2020 adalah tahun peralihan kuasa yang tidak boleh lagi ditangguh atau dilengah-lengahkan. (ShahbudinHusin 01/01/2020)

NAK TANYA JER...DAH DAPAT LOT TANAH DAN RUMAH KAH?


Oleh: Hamsina Hamzah



NAK TANYA JER.. rakyat Terengganu yg berumur 21 tahun ke atas, DAH DAPAT KER 1 LOT TAPAK RUMAH KEDIAMAN atau 1 unit rumah yg dijanjikan PAS pada Manifesto PAS PRU14 jika PAS menang di T'gnu..

ATAU dah kena kencing hancing PAS.. 😜😂😂

Jgn kan nak beri 1 rumah atau 1 lot tanah, rupa²nya Kerajaan PAS naikkan kadar bayaran baharu sehingga 500 peratus pula bagi pelbagai urusan di Pejabat Tanah berkuatkuasa mulai hari ini.

#KAH355

PENDEKATAN PAK LAH, NAJIB PUNCA 2020 TAK MAJU?

RAKYAT KECEWA ISU PERKAUMAN HALANG PELABURAN ASING

KADIR KRITIK MENTERI TAYANG MUKA DI PAPAN IKLAN

MANSUH ELAUN KRITIKAL: MENTERI TIDAK CUKUP MASA BUAT KEPUTUSAN

KENAPA LEBAI AJAR TUN M LANGGAR JANJI?

BLOG TIDAK DAPAT DIUPDATE HARI INI KERANA BERADA DILUAR KAWASAN.

Kertas tuduhan terhadap Azmin, Haziq sudah ada, dakwa Lokman



PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mendakwa Jabatan Peguam Negara sudah ada kertas pertuduhan terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz menurut sumbernya.
“Sahabat kita dari Jabatan Peguam Negara melihat dengan mata dia sendiri, kertas pertuduhan ke Azmin Ali bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan kertas pertuduhan terhadap Haziq pula bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya di Facebook.
Seksyen 377B berkenaaan kesalahan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii, manakala 337D pula berkenaan kesalahan melanggar kesopanan.
Lokman bersiaran di Facebook di depan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya sebelum menyerahkan memorandum kepada wakil jabatan itu hari ini.
Pada 12 Jun lalu, bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengakui terbabit dalam suati video seks sejenis dan menamakan Azmin sebagai pasangannya, tetapi dinafikan Azmin yang menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Lokman pada September mendakwa polis memaklumkan kertas siasatan membabitkan pelaku dan penyebar video seks sejenis melibatkan individu mirip Azmin sudah siap untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada Julai berkata, analisis CyberSecurity Malaysia mengesahkan video seks sejenis itu adalah tulen, tetapi ia tidak dapat mengecam individu yang dikatakan mirip seorang menteri itu.


ISLAM TERANCAM DI BAWAH PH???



Pasti kita terbiasa membaca pernyataan-pernyataan dan serangan pihak tidak bertanggungjawab bahawa Islam terancam di Malaysia, Islam tidak terbela, Islam dihina di bawah pentadbiran PH.

Namun apabila membuat perbandingan apa berlaku di bawah Pakatan Harapan terutamanya  pentadbiran Islam, kita melihat sesuatu sangat berbeza dengan apa didakwa, misalnya peruntukan diberikan Kerajaan kepada pentadbiran Islam jauh lebih tinggi dengan apa diperuntukkan sebelum ini.

RM1.2B diperuntukkan dalam Belanjawan 2019 berbanding RM1.1 billion pada tahun 2018.

Peruntukan kepada Sekolah Tahfiz RM50 juta, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta dan Institusi Pondok RM 25 juta. RM11.8 juta untuk pendaftaran Tahfiz, Latihan Pengurusan dan bantuan per kapita.

YB Menteri DS Mujahid Yusof mengumumkan wang RM2.6 juta dan melancarkan Tabung Kebajikan Guru KAFA Seluruh Malaysia contoh mudah menjaga kebajikan  para guru KAFA. Wang diagih mengikut jumlah guru-guru KAFA setiap negeri, Kelantan mendapat peruntukan terbanyak RM388,000.00. Tabung ini ditubuhkan bagi menjaga kebajikan Guru-Guru KAFA bukti keprihatinan Kerajaan melihat kebajikan para guru KAFA sebagai keutamaan.

Kerajaan berusaha mengangkat para guru KAFA ke satu tahap lebih tinggi, bukan lagi sebagai "Guru Kelas Kedua" seperti sekarang dengan proses menawarkan jawatan tetap kepada guru KAFA yang memiliki ijazah.

Mengikut catatan disediakan  jumlah dana yang diagih kepada Guru-Guru KAFA mengikut negeri :

1. Kelantan - RM388,000.00
2. Terengganu - RM250,400.00
3. Perak - RM249,760.00
4. Kedah - RM241,920.00
5. Selangor - RM202,640.00
6. Sarawak - RM194,320.00
7. Pahang - RM192,320.00
8. Sabah - RM176,720.00
9. Johor - RM167,200.00
10. Negeri Sembilan - RM159,040.00
11. Pulau Pinang - RM123,200.00
12. Melaka - RM113,760.00
13. Wilayah Persekutuan - RM88,480.00
14. Perlis - RM52,480.00

Usaha memperkasakan perundangan syariah di negara mesti dimulakan dengan memperkemas sistem mahkamah syariah dan instrumen berkaitan dengannya, termasuk hakim dan peguam syarie.

Antara usaha dilakukan Kerajaan dalam memperkasakan mahkamah syariah.

i.  Menyelaraskan skim perkhidmatan pegawai-pegawai yang berkhidmat  di Mahkamah Syariah. 

ii. Mewujudkan sistem E-Syariah untuk menyelaras dan menyeragamkan sistem pengurusan pendaftaran kes-kes di Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia 

iii. Mewujudkan Arahan Amalan Mahkamah Syariah untuk menyelaraskan pemakaian hukum Syarak dalam sistem pentadbiran dan pengurusan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia;

iv. Melaksanakan kaedah Sulh bagi mempercepatkan penyelesaian kes yang bersesuaian dan menepati matlamat undang-undang dan hukum Syarak;

v. Mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di semua negeri-negeri seluruh Malaysia bagi melancarkan proses penguatkuasaan perintah-perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;

vi. Melantik Pegawai Syariah wanita ke jawatan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-73, yang bersidang pada 4 hingga 6 April 2006. 

vii. Menyediakan infrastruktur dengan membina Kompleks Mahkamah Syariah yang baru di negeri Kedah, Perlis, Wilayah Persekutuan, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang;

viii. Penempatan Pegawai Syariah sebagai pegawai kader di agensi-agensi Kerajaan bagi melicinkan pelaksanaan undang-undang Syariah di Malaysia. 

ix. Membina sistem E-Faraid bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kes-kes faraid di dalam kalangan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah selari dengan kehendak hukum syarak. 

Contoh kejayaan yang telah dicapai ialah Akta Profesion Guaman Syarie Wilayah Persekuan 2019 diluluskan parlimen pada 16 /8/2019 tingkat profesionalisme peguam syarie, mewujudkan Mahkamah Khas kes Nafkah dan Hadhanah, peningkatan kompetensi Hakim Syarie dengan dihantar ke Arab Saudi mendalami ilmu berkaitan Al-Qhuda’, meluluskan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1993 (Akta 505) (Pengawalan Sekolah Agama dan Pusat Tahfiz  berdaftar) dan mewujudkan Mahkamah Fast-Track mempercepatkan perbicaraan kes-kes  perceraian.

Islam Terancam dan Dihina???

Kerajaan tegas menangani isu penghinaan agama dan Nabi Muhammad SAW terutama melibatkan media sosial, ia boleh dilihat satu talian khas diwujudkan menerima aduan untuk disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan tegas.

Data dikeluarkan Unit Pemantauan Isu Hina Agama JAKIM sebanyak 5000 aduan diterima, 53 tindakan telah diambil diambil SKMM dan PDRM, dan hukuman lebih berat  dikenakan seperti apa berlaku kepada kes Wai Foo Sing, Yazid Kong Abdullah, Danny Anthony, Alvin Chow Mun Fai.

Ini boleh dijadikan kayu ukur ketegasan kerajaan menangani isu penghinaan agama dan Nabi Muhammad SAW, jadi dimana terancamnya Islam jika Kerajaan berusaha memastikan langkah pencegahan dan membendungnya sewajarnya.

Isu Islam terancam dan dihina kadangkala tenggelam sebentar kemudian timbul semula dalam politik kepartian negara kita.

Fundamental yang menjadi teras kewujudan negara Malaysia, Islam sudah terjamin, pertamanya, Islam agama rasmi Persekutuan terkandung dalam Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan. 

Keduanya, Islam diberikan tempat tinggi di setiap negeri di Malaysia, kerana pentadbiran agama Islam terletak dalam bidang kuasa negeri dan ketua agama berautoriti di bawah Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja Melayu.

Ketiga, setiap negeri ada Majlis Agama Islam Negeri dipengerusikan Tuanku Sultan atau Raja Muda mengawal dasar dan polisi menjaga Islam, manakala Jabatan Agama Negeri bertanggungjawab melaksanakan dasar dan polisi tersebut.

Keempat, peruntukkan khusus dalam perlembagaan tentang pengawalan pengembangan agama-agama lain di bawah Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan dan juga Enakmen-enakmen di negeri.

Kelima, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Polis Negara Malaysia adalah Melayu Islam. 

Keenam, komposisi Ahli Parlimen Melayu Islam di parlimen sekarang mewakili 60% daripada jumlah keseluruhannya, begitu juga komposisi Jamaah Menteri, iaitu 31 Melayu Islam dan 18 bukan Melayu yang terdiri dari menteri dan timbalan menteri.

Jadi, dimanakah Islam Terancam??? Bukankah yang terancam itu ialah politik kepartian pembangkang tertentu yang telah kehilangan sokongan setelah melihat kejayaan demi kejayaan dilakukan Kerajaan PH dalam memastikan pentadbiran Islam di Malaysia terjaga dan terpelihara

Tepuk dada tanya Iman??? Islam terancam atau survival politik mereka sebenarnya terancam.

Antara Kejayaan PH di bawah Pentadbiran YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dalam Memperkasa Institusi Agama Islam di Malaysia Pasca PRU14



☑ Selamatkan Tabung Haji dari mengalami Defisit Kewangan berjumlah RM10 billion

☑ Peruntukan mengurus dan pembangunan Islam di Malaysia ditambah dari RM1.1 billion pada 2018 kepada RM1.2 billion pada tahun 2019.

☑ Peruntukan tambahan kepada Sekolah Tahfiz berjumlah RM50 juta, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta dan Institusi Pondok berjumlah RM25 juta

☑ Tambahan peruntukan sebanyak RM11. 8 juta untuk pendaftaran Tahfiz, Latihan Pengurusan dan Bantuan Per Kapita

☑ Peruntukan RM2. 4 juta untuk Pembelajaran Agama dengan Penggunaan Braille

☑ Peruntukan RM8 juta untuk Progran MyINSANIAH

☑ Mengkaji dan menyediakan satu pelan untuk menyerap Guru KAFA yang mempunyai ijazah ke perjawatan tetap

☑ Menjadikan Malaysia Model Halal Hub bertaraf Antarabangsa dengan penubuhan Sekretariat Majlis Halal Malaysia dengan kerjasama agensi di bawah OIC

☑ Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 14 Mac 2019 bersetuju Gagasan Negara Rahmah berteraskan Rahmatan Lil Alamin sebagai dasar pentadbiran negara.

☑ Menubuhkan talian khas Isu Menangani Penghinaan Agama dan Nabi Muhammad SAW yang membawa kepada penahanan dan pendakwaan di Mahkamah beberapa individu seperti Yazid Kong Abdullah, Danny A'antonio Jr, Ayea Yea dan banyak lagi

☑ Data kes Penghinaan Agama yang diterima :

➡1157 terhadap agama Islam

➡25 kertas siasatan telah dibuka

➡8 kes dihadapkan ke mahkamah

➡26 pertuduhan dikenakan

➡3 kes mengaku salah dan disabitkan

➡5 kes tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. 

☑ Hukuman yang dikenakan Mahkamah ke atas mereka yang didapati salah dan sabit dengan hukuman penjara dan denda lebih berat berbanding sebelum PH ambil alih pentadbiran Kerajaan sebelum ini

☑ Memperkenal dan melancarkan model Masjid Rahmah yang dijadikan model masjid yang mesra jamaah dan pengguna

☑ Melancarkan Program Usahawan Asnaf dengan membantu mereka melalui Maiwp dan SMIDEC, dibimbing menjadi usahawan keluar dari kemiskinan dan membantu asnaf kembali selepas berjaya

☑ Mempertahankan kewajaran subsidi Haji kepada Jamaah Haji Muassasah Kali Pertama berjumlah hampir RM400 juta meskipun Tabung Haji mengalami krisis kewangan yang sangat teruk dengan usaha keras mencari sumber yang boleh diguna menampung subsidi haji tersebut

☑ Memperkenalkan Mahkamah Khas untuk memastikan kes Nafkah dan Hadhanah dapat didengar dan tindakan segera

☑ Menubuhkan Mahkamah fast-track bagi mendengar kes perceraian biasa elak kelewatan dan birokrasi

☑ Menghantar para hakim syarie ke Arab Saudi mendalami ilmu berkaitan Al-Qhuda' di sana serta mendapatkan pengalaman tentang mahkamah dan perlaksanaan hukum syara' di sana

☑ Sidang Meja Bulat Maqasid Syariah berkaitan isu-isu Agama,  Perundangan dan Tatacara bersama para ulama', cendiakwan dan ilmuan Islam secara bulanan

☑ Pertemuan dengan tokoh-tokoh Agama menerangkan dasar Rahmatan Lil Alamin seperti Dr Zakir Naik, Selebriti Agama, Tokoh Ulama' tanahair dari masa ke semasa.

☑ Townhall Maqasid penerangan tentang dasar Rahmatan Lil Alamin dan Negara Rahmah kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, Universiti Awam dan masyarakat

☑ Sesi penerangan Dasar Rahmatan Lil Alamin ke setiap Kementerian bagi menjelaskan dasar yang telah diputuskan Kabinet untuk dijadikan Dasar Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan

☑ Kempen RAHMAH dalam kehidupan termasuk menjaga Alam Sekitar (Alami), Hormat-Menghormati satu sama lain, yang berterusan di bawah agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri

☑ Kempen dan Solidariti Kedamaian sempena isu kemanusian seperti apa berlaku di Christchurch New Zealand.

☑ Program Foodbank kepada Asnaf di Masjid bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan mesin Foodbank diletakkan di masjid tertentu bagi memudahkan Asnaf mendapatkan perkhidmatan tersebut

☑ Sidang Meja Bulat Bersama Ulama' dan Panel Pakar bagi Membincangkan Isu Semasa Bersama diadakan 2 bulan sekali

☑ Menubuhkan Persatuan Kerjasama Perniagaan Malaysia - Bosnia Herzegovina (MBTCA) selaku Menteri bertanggungjawab bagi hubungan langsung malaysia - bosnia herzegovina dalam rangka pengembangan pendidikan islam, perdagangan muslim dan industri halal