APA KHABAR KELUARGA RIZA AZIZ?



Sebagaimana yang dilaporkan oleh Reuters, keluarga Jho Low gagal dalam usaha mereka untuk menangguhkan perbicaraan di AS yang bertujuan untuk menyita harta-harta milik hartawan tersebut yang sudah ditetapkan pada 12 Disember ini.

Keluarga Jho Low memohon penangguhan kepada 23 Januari 2017 bagi membolehkan mereka ke mahkamah New Zealand dan Kepulauan Cayman untuk mencuba dan mendapatkan harta serta aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah yang baharu.

Hakim tidak memberikan sebarang sebab dalam menolak usul keluarga Jho Low itu, tetapi pihak pendakwaraya membantah penangguhan pendengaran itu dengan alasan ia sudah lima bulan berlalu sejak Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman sivil yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion dana milik 1MDB telah diselewengkan.
Dalam saman sivil untuk menyita harta serta aset oleh Jabatan Kehakiman AS itu, nama Riza Aziz, anak tiri Najib Razak adalah antara yang turut dinamakan bersama Jho Low, selain dua individu lain yang dikaitkan dengan IPIC dan Aabar iaitu Khadem Al-Qubaisi dan Mohamed Al-Badawy.

Kenapa kita tidak mendengar apa-apa berita mengenai keluarga Riza Aziz menjelang pendengaran pada 12 Disember ini?

Tidak mahukah keluarga Riza Aziz memohon penangguhan juga sepertimana yang dilakukan oleh keluarga Jho Low?

Apakah dengan tidak memohon penangguhan itu bermakna Riza Aziz dan keluarganya sudah bersedia dengan pendengaran pada 12 Disember nanti?

Adakah Riza akan hadir dan sedia melawan di mahkamah untuk mempertahankan hartanah dan aset lainnya yang mahu dirampas itu atau membiarkan saja perbicaraan berjalan dan seterusnya merelakan segala miliknya yang sudah disenaraikan sebelum ini disita oleh pihak berkuasa AS?

Bermula 12 Disember ini, bau busuk 1MDB akan semerbak lagi ke seluruh dunia.

Syabas dan tahniah kepada Najib serta sekalian yang masih gigih menpertahankannya. (SH 09/12/2016).


PEMBATALAN JEMPUTAN KE ISTANA: RAJA-RAJA MELAYU PERLU CAMPUR TANGAN – MAHFUZ

RUNDINGAN PPBM SERTAI PH, 13 DISEMBER

PRU 14 PENENTU MALAYSIA BERGERAK KE HADAPAN ATAU HADAPI KETIDAKTENTUAN – PENGANALISIS

NAIB PRESIDEN AMANAH PULA ISYTIHAR HARTA

PAS INGIN LIHAT UMNO MENANG, CUMA AGAK KESIPUAN UNTUK BERTERUS-TERANG



Pas semalam seolah-olah memberi kata dua kepada PPBM iaitu mereka tidak boleh menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan parti itu.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, syarat itu telah pun diberikan kepada PPBM dalam pertemuan sebelum ini.

Kita telah mengadakan pertemuan sebelum ini dan memberikan beberapa syarat, antaranya jika PBBM ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya ada hubungan dengan DAP dan Amanah...itu pilihan untuk mereka, kaya Takiyuddin lagi.

Dalam erti kata lain, syarat Pas itu bermaksud kiranya PPBM memilih untuk menjalin hubungan dengan Pas, mereka mesti memutuskan hubungan DAP dan Amanah, sebaliknya jika bekerjasama dengan DAP dan Amanah,  parti itu kehilangan sama-sekali peluang untuk bekerjasama dengan Pas.

Walaupun syarat Pas itu agak pelik kerana mereka sebenarnya masih bersama dalam kerajaan negeri Selangor yang di dalamnya ada DAP dan Amanah, mari kita cuba fahami di sebalik kata dua Pas kepada PPBM itu.
Senario 1 - PPBM memilih untuk bekerjasama hanya dengan PAS, tapi tidak dengan DAP dan Amanah.

Dalam keadaan ini, PPBM atau Pas akan kalah di banyak kerusi campuran yang ditandinginya kerana tidak mendapat sokongan daripada DAP yang disokong antara 80 hingga 90 peratus oleh pengundi Cina.

Di kerusi-kerusi campuran yang terdapat pengundi bukan Melayu di mana PPBM atau Pas bertanding, sokongan kaum itu tidak mungkin diperolehi kerana DAP sudah tentu akan tidak tidak turun berkempen berikutan tiada kerjasama dengan parti itu.

Apabila DAP tidak berkempen dan hanya MCA serta Gerakan yang datang menyantuni pengundi bukan Melayu, mereka tiada pilihan lain selain mengundi calon BN. 

Dengan sokongan mutlak pengundi bukan Melayu, tetapi pengundi Melayu berpecah, akhirnya  yang paling berpotensi untuk menang ialah calon UMNO dan BN.

Di kerusi-kerusi majoriti Melayu pula, kedudukan antara UMNO dengan PPBM atau Pas yang bertanding boleh jadi seimbang keadaannya. 

Bagaimanapun, sebagai parti yang menguasai kerajaan, memiliki banyak wang dan PRU 14 merupakan pertarungan hidup dan mati, UMNO akan melakukan apa saja "do or die" untuk mencapai kemenangan.

Senario 2 - PPBM bekerjasama dengan DAP dan Amanah, tetapi tidak dengan Pas.

Dalam keadaan ini, PPBM akan mempunyai lebih peluang untuk menang di kerusi-kerusi campuran kerana mendapat sokongan yang penuh daripada DAP.

Peluang itu lebih terbuka jika yang berlaku hanya pertandingan satu lawan satu dengan BN. 

Tetapi kemungkinan lebih besar berlaku ialah pertandingan tiga penjuru kerana Pas tetap akan meletakkan calon atas nama blok ketiga sebagai sebahagian misi dakwah kepada bukan Islam. Bertanding sebagai blok ketiga inilah Pas berpegang kepada prinsip perjuangan kononnya.

Dalam konteks bertanding tiga penjuru antara PPBM, UMNO dan Pas di kawasan campuran, ia akan memberi kelebihan kepada PPBM untuk memenanginya.

Bagaimanapun, pertandingan tiga penjuru di kawasan majoriti Melayu akan memberi kesukaran kepada PPBM mahu pun Pas, sebaliknya kelebihan memihak kepada UMNO dan BN.

Di kerusi yang Amanah bertanding pula, disebabkan dendam kesumat yang terbuku dalam dada, meskipun Islam lebih menggalakkan menjadi pemaaf, Pas sudah barang tentu akan meletakkan calonnya bertanding juga.

Akhirnya, senang-lenang UMNO menang.

Kesimpulan mudahnya, berdasarkan telatah Pas dalam soal kerjasama ini mereka bukan sangat mahu menang pilihanraya atau ingin menjadi sebahagian kerajaan baru selepas PRU 14 nanti.

Sama ada parti-parti lain, khususnya PPBM bekerjasama dengan Pas atau sebaliknya, kecenderungan melalui syarat-syarat yang diberikan ialah untuk memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.

Jika Pas benar-benar ikhlas ingin menumbangkan UMNO dan BN, mereka harus bersikap terbuka untuk saling bekerjasama dengan parti-parti yang mempunyai matlamat yang sama.

Dengan meletakkan syarat-syarat sukar, ternampak terselindung niat untuk memenangkan atau memberi kelebihan kepada UMNO dan BN, cuma barangkali Pas masih kesipuan untuk berterus-terang. (SH 08/12/2016).

Sesuaikan hak tanah Orang Asli dengan Islam, kata Amanah Kelantan


Orang asli Gua Musang menuntut hak mereka.Orang asli Gua Musang menuntut hak mereka.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam yang memberi hak kepada Orang Asli berkaitan tanah tempat tinggal dan kawasan mereka mencari rezeki sepatutnya memberi peluang kepada kerajaan untuk mengkaji supaya hak tanah Orang Asli disesuaikan menurut kehendak Islam.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamad berkata walaupun di sudut undang undang tanah dan enakmen rezab melay
Che Ibrahim... berikan hak Orang Asli mengikut Islam.Che Ibrahim... berikan hak Orang Asli mengikut Islam.Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamad berkata walaupun di sudut undang undang tanah dan enakmen rezab melayu Kelantan, masyarakat Orang Asli tidak layak untuk mendapat hak milik tanah, tetapi di sudut Islam, mereka tidak dihalang untuk mendapat hak tersebut.
"Kerajaan Kelantan sepatutnya tidak sewenang wenangnya membangunkan tanah tanah kerajaan yang didiami atau berada berdekatan dengan penempatan Orang Asli tanpa apa apa perundingan awal dengan masyarakat tersebut," katanya mengulas keputusan mahkamah berkenaan.
Masyarakat Orang Asli katanya, telah lama berjuang untuk mendapat hak mereka atas apa yang didakwa sebagai wilayah adat.
"Mereka telah mendiami kawasan tersebut semenjak ratusan tahun dahulu.
"Selagi kerajaan negeri gagal mencari satu penyelesaian kepada tuntutan tersebut, pembangunan tanah di kawasan berkenaan akan menimbulkan berbagai masalah dan halangan daripada mereka," katanya.
Menurutnya, sebagai sebuah Kerajaan yang mendakwa ditadbir dengan dasar Islam, tuntutan Orang Asli ini tidak boleh hanya dilihat di sudut undang undang dan peraturan tanah semata mata.
"Mereka juga perlu diberi keadilan di sudut Islam untuk menduduki dan memiliki tanah dan kawasan sendiri, lagi pula mereka merupakan masyarakat pribumi, bukannya pendatang atau satu masyarakat yang baru diberi taraf kewarganegaraan," katanya.
Antara orang yang boleh dirujuk adalah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau pernah membuat kajian ijazah masternya tentang pemilikan tanah dalam Islam.

SANDIWARA NAJIB MENJERAT HADI




INI BARU BETUL-BETUL SANDIWARA SANDIWARA NAMANYA!!





Antara ikrar dan jerit lolong Najib Razak dalam perhimpunan solidariti Rohingya Ahad lalu ialah untuk berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi etnik tersebut di Myanmar.

"Apa mereka nak buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak akan membisu sebab mereka ini mesti kita bela.

"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak. 

"Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan."

Di atas adalah antara petikan kata-kata yang dilafazkan sendiri oleh Najib dalam perhimpunan tersebut sebagaimana yang dilaporkan di media-media.

Selain ahli UMNO dan ahli Pas, etnik Rohingya juga turut hadir memeriahkan perhimpunan itu.

Terpaku dan terlentuk ramai orang dibuatnya mendengar ucapan Najib, malah Pas juga jadi terlena dengan ikrar dan janji itu sehingga terlupa kepada skandal 1MDB, bahkan teralpa dengan hakikat bahawa lidah tidak bertulang sebenarnya.

Begitulah Najib, hanya selepas dua hari beliau merelakan  tekaknya sakit dengan jerit lolong membela Rohingya, rupa-rupanya Panglima Angkatan Tentera, Jenderal Zulkifeli Mohd Zin susah pun berada di Yangoon dengan tujuan untuk memulihkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar.

Myanmar Times melaporan, Jenderal Zulkifeli telah bertemu dengan Presiden Myanmar,  U Htin Kyaw dan Ketua Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing bagi tujuan meredakan hubungan susulan kritikan keras Najib terhadap kerajaan Myanmar dalam perhimpunan itu yang menyaksikan  beliau berpimpin tangan dengan Presiden Pas, Hadi Awang.

Mesyuarat tersebut disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar yang antara lain menyebut bahawa tiada perlanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat Rohingya yang beragama Islam di negara itu.

Siapa yang menghantar Jenderal Zulkifeli ke Myanmar kalau bukan Najib atau sekurang-kurangnya ada restu beliau tentang pemergiannya itu?

Bagaimana nak berjuang habis-habisan terhadap Rohingya, jika belum apa-apa sudah dihantar wakil untuk memperbaiki hubungan?

Apa lagi yang mahu dipulihkan hubungan dengan Myanmar itu? Hubungan dengan Myanmar lebih penting atau pembelaan kepada Rohingya yang utama?

Patutlah juga, jangankan mahu memutuskan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta kita di Myanmar, malah duta Myanmar di Malaysia juga dipanggil-panggil sehingga ini untuk diserahkan nota bantahan.

Apa yang Najib nak bela lagi etnik Rohingya selepas ini?

Betullah juga kata Tun Mahathir, tugas Perdana Menteri bukan menyertai perhimpunan tetapi bertindak menggunakan kuasa yang ada. 

Kalau kuasa yang ada tidak diguna, tetapi lebih memilih berhimpun, bukankah ia hanya sandiwara?

Hahaha....ini baru betul-betul sandiwara namanya. Pas terkena, ahli UMNO terkena dan semua  yang menyokong turut "basah" dibuatnya. (SH 06/12/2016).

TARIKH KES RAYUAN DSAI



Rakyat menanti pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Pada 14/12/2016 Jam 09.00 Pagi, Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan terhadap rayuan kes Fitnah Liwat II terhadap tokoh reformasi ini.
Ayuh !! Kita penuhi dataran mahkamah di Putrajaya pada hari tersebut! Anwar wajib dibebaskan !!

TIADA SIAPA BERKATA APA APA


.

Us Idris pun menulis dengan menyatakan 'apa salahnya Hadi nak berucap bersama Najib dlm himpunan bantah kekejaman Kjaan Myanmar terhadap etnik Rohingya?".
Setakat ini tiada sesiapa pun dari mana2 pimpinan dari Keadilan, Dap, Amanah mahupun Bersatu yg mengutuk atau menyatakan satu kesalahan Hadi nak hadir berhimpun bersama Najib dalam dewan. Apa yang kita dengar hanyalah pimpinan2 ini menyatakan bahawa Najib selaku PM yg mengetuai kerajaan sepatutnya tidak perlu menyusahkan diri berhimpun hanya kerana mahu tunjuk kerajaan Msia mengutuk tindakan Myanmar. Memadai sekadar sekeping kertas pun sudah cukup jika Najib benar2 serius mahu mengajar Myanmar.
Tentang Hadi mahu berhimpun dan berucap dalam himpunan itu tidak salah kerana bertindak dengan sesuatu yang tidak bijak bukannya satu kesalahan.
Mungkin Us Idris mahu membalas komen2 dari facebookers saja. Jika begitu aku rasa bukan standard Naib Presiden Pas mahu mengulasnya. Jawapan Us Idris itu pun jelas menampakkan beliau tahu bahawa mungkin Umno ada niat lain apabila mengheret Pas untuk bersama dalam satu himpunan yang lucu tersebut, tetapi kata Us Idris Pas pun ada niat juga. Akhirnya kata Us Idris, berserah saja kepada Allah.
Mungkin penangguhan RUU Akta 355 itu pun Us Idris tahu ada muslihat dari Umno. Tapi berserah saja kepada Allah.





Salahnya di mana bila sepentas perjuangkan isu umat Islam Rohingya? Hati depa sakit..

Mohamed Ali Bakri Himpunan Sollidariti Ummah Untuk Rohingya (HSUUR) hari ini (4 Dis) adalah himpunan paling kartun dalam sejarah Malaysia. Kenapa kartun? Sebab melibatkan 2 tokoh besar iaitu PM Malaysia & Presiden PAS. 

Image result for najib dan hadi




*Kekartunan No.1:*

PM. Adakah beliau tidak tahu selaku PM beliau hanya perlu buat 1 keputusan & umumkan pendirian kerajaan Malaysia. Nak tutup kedutaan ke atau nak halau semua warga Myanmar di Malaysia ke terpulang, itu kuasa seorang PM. Buat seperti yang dilakukan oleh Tun Dr M terhadap kerajaan Britain 1 waktu dahulu. Keputusan ‘Buy British Last’ yang di buat Dr M cukup menggoncang kerajaan Magaret Tatcher ketika itu & jelas nampak kejantanan Tun Dr M.

*Kekartunan No.2:*
Diadakan di stadium Titiwangsa. Semua demonstrasi/ bantahan/ tunjuk perasaan diadakan di tempat yg sepatutnya ada kena mengena dengan perkara yang dibantah. Contoh kalau bantahan kepada kerajaan USA tapi buat demo bantahan di tengah ladang getah di Sik Kedah. Kan kurang cerdik namanya. Penganjur kena belajar dengan Datuk Jamal Baju Merah bagaimana beliau ke hulu ke hilir berdemo membantah himpunan BERSIH 5.

*Kekartunan No.3:*
Kononnya himpunan ini ala-ala himpunan membantah Israel & zionis yang pernah Presiden PAS AUFN & Dr M duduk sepentas. Himpunan tersebut diadakan sebab Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan kerajaan Israel. Myanmar ada hubungan diplomatik dengan Malaysia. Takkan 2 Presiden parti ni tidak tahu apa yang boleh kerajaan Malaysia lakukan.

*Kekartunan No.4 (bapak segala kartun):*
Apabila usul Rohingya ditolak di Parlimen pada 24 November 2016. MP dari AMANAH, PKR & DAP membantah penolakan usul ini. TIDAK ADA SEORANG pun MP dari UMNO & dari PAS bangun membantah penolakan usul tersebut termasuk Presiden PAS selaku MP Marang. Sepatutnya atas nama ummah & Islam, UMNO & PAS lah yg patut jadi jaguh bersuara di Parlimen. Tup-tul di luar dewan, 2 parti melayu & parti Islam ini berkokok kami lah juara penyelamat ummah. Inilah hipokrit tahap tertinggi.

Isu Rohingya isu kemanusiaan yang cukup dahsyat. Tapi apabila ahli politik bersandiwara bermain politik, langkahnya nampak sumbang. Takut-takut himpunan ini seperti himpunan mandi buih d Bangsar. Tidak dapat apa, hanya dapat seronok berhuha-huha; beryoya yoya; bersha la la la la

*Din Ahli Seumur Hidup Pas Setakat 04 Dec 2016*

VIDEO: TUGAS KERAJAAN BUKAN BUAT DEMO....

WOIIIIII....faham ka dak???   woiiiiii.....PM buat demontrasi????  kah..kah..kah....







KAH...KAH...KAH....Nampak tak cerdik...siapa guna siapa sebenarnya??????







Keengganan Kelantan warta tanah adat Orang Asli seperti pembersihan etnik


Dr Siti Mariah MahmudDr Siti Mariah Mahmud
Keengganan kerajaan negeri Kelantan mewartakan tanah adat untuk Orang Asli sama seperti merancang pembersihan etnik kaum itu dalam jangka masa panjang.
Ketua Angkatan Wanita Parti Amanah (Awan) Nasional, Dr Siti Mariah Mahmud berkata hutan yang mencukupi adalah prasyarat untuk survival hidup kaum berkenaan.
"Tanpa kawasan hutan yang diwartakan secara sah akan mengakibatkan pencerobohan berterusan sehingga Orang Asli.Tidak ada keupayaan untuk meneruskan kehidupan," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen Awan Nasional kali pertama di sebuah hotel di Selayang semalam.
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata kerajaan negeri tidak akan menghentikan selama-lamanya aktiviti pembalakan melibatkan tanah Orang Asli atas sebab salah faham kumpulan penduduk tertentu yang tinggal di kawasan Hulu Kelantan.
Beliau berkata jika aktiviti pembalakan dihentikan, ia akan menjejaskan sumber hasil kerajaan negeri dan merencatkan faedah yang dinikmati rakyat.
Menyentuh pergerakam sayap wanita Amanah, beliau mahu konsep peduli dijiwai oleh setiap anggota organisasi itu.
"Rasa peduli memang datang secara semulajadi bagi setiap wanita, namun darjah dan bidang kepedulian adalah berbeza antara satu sama lain.
"Kita perlu nemahami semua ini dan memanfaatkan persamaan dan perbezaan supaya setiap anggota masyarakat boleh kita dekati dan membantu mereka," katanya.
Pada majlis itu pihak Awan Nasional melancarkan program kutipan derma bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Kaedah penjualan tabung derma untuk dimiliki oleh ahli untuk menderma secara berterusan kepada parti.
Pelancaran tabung derma berkenaan disempurnakan oleh Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus.

UCAPAN KETUA GEROMBOLAN Umno- Dengar p la dia mohong



Umno suka lawak..selit lucah lak sikit sikit..dia ni lulusan mana dok byk bagi ceramah sekarang ni





KENAPA NAMA NAJIB TAK DISEBUT?




Mengikut jadual, Najib Razak dan Hadi Awang akan berada sepentas dalam suatu himpunan solidariti berkaitan Rohingya di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, esok 4 Disember 2016.

Najib sendiri menyebut mengenai kehadiran beliau bersama Hadi itu semasa ucapan perasmian dan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir petang tadi.

Ternampak bahawa Presiden UMNO itu ingin benar menjadikan perhimpunan esok sebagai detik penting, bukan saja berkaitan Rohingya, tetapi juga untuk mesej sebelum tibanya tarikh pilihanraya.
Namun, dalam berita yang disiarkan dalam Harakahdaily, portal itu hanya menyebut mengenai kehadiran Hadi dalam program itu bersama NGO, tokoh politik dan pemimpin-pemimpin masyarakat sahaja.

Berita yang memetik kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man itu turut menyebut kehadiran Hadi sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia akan disertai sama oleh para mufti, kadi, imam dan pendakwah sebagai lambang kebersamaan dengan derita Rohingya.

Kenapa nama Najib tidak disebut langsung dalam berita itu?
Apakah Pas masih segan dan malu-malu untuk mengumumkan beradanya Hadi dan Najib di atas pentas yang sama esok, meskipun hanya berkaitan Rohingya?

Adakah hanya UMNO yang ghairah untuk melihat Najib sepentas dengan Hadi, tetapi Pas langsung tidak teruja dengannya?

Jika begitu, berapa ramai agaknya pemimpin  dan ahli Pas yang akan turut serta dalam himpunan itu? (SH 03/12/2016).
Anda mungkin juga meminati:

SELAGI UMNO BERKUASA, SELAGI ITU MELAYU DIBODOH-BODOHKAN....



PRU 14 adalah peluang untuk orang-orang Melayu menjadi cerdik dan membuktikan mereka tidak bodoh. Caranya ialah dengan menolak UMNO dan BN serta memastikan parti itu tidak lagi berkuasa di negara  ini.

Selagi UMNO dan BN berkuasa, khususnya selagi Najib Razak yang sudah dikenali dunia sebagai pemimpin kleptokrat menjadi Perdana Menteri buat negara ini, maka selagi itulah orang-orang Melayu terus diperbodohkan atau cuba dibodoh-bodohkan.

Seperti pengundi bukan Melayu dan mereka di bandar yang sudah menunjukkan perubahan, pengundi Melayu juga harus bergerak ke arah yang sama. Jika tidak, acara dan pesta membodoh-bodohkan Melayu itu akan berterusan dan diulang berkali-kali untuk menutup kelemahan dan rompakan terhadap khazanah Melayu itu sendiri.

Ucapan perasmian Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam yang mengatakan PRU 14 akan datang adalah pilihan antara kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan Melayu dengan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP, adalah jelas suatu tindakan cuba membodoh-bodohkan orang Melayu.
Lebih dahsyat lagi apabila Najib turut menakut-nakutkan orang Melayu bahawa sekiranya UMNO kalah dan hilang kuasa, semua institusi kerajaan seperti MARA, Felda, Felcra, Teraju dan lain-lainnya akan lenyap serta pupus, seterusnya menjadikan masa depan mereka tiada lagi pembelaan.

Bagi mereka yang waras, boleh berfikir dengan baik atau tidak mengalami strok otak, tentu saja dengan mudah tidak percaya menolak kata-kata Najib itu. Ini kerana mana mungkin DAP yang hanya bertanding 54 kerusi, mampu menjadi begitu berkuasa dalam negara ini, waima sekiranya mereka menang semua kerusi yang ditandingi sekali pun.

Dengan  Pakatan Harapan yang di dalamnya turut ada PKR, Amanah dan tidak lama lagi, PPBM juga akan turut serta, di mana logiknya kata-kata Najib bahawa DAP akan menerajui gabungan itu?

Lagi pula, tidak seperti BN yang hanya UMNO dianggotai oleh Melayu, sebaliknya PKR, DAP, Amanah dan PPBM, semuanya ada Melayu di dalamnya?

Tidakkah ia dengan sendirinya menjadikan kedudukan Melayu dalam Pakatan Harapan lebih meluas dan merata?

Lihat saja di Selangor, apakah DAP yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri itu?

Juga tidak masuk akal dan jelas mahu membodoh-bodohkan Melayu apabila Najib mengatakan MARA, Felda, Felcra, Teraju dan lain-lain institusi akan turut lenyap serta pupus jika UMNO hilang kuasanya.

Di Selangor dan Pulau Pinang, sudah berapa banyak pejabat agensi kerajaan yang berkaitan Melayu dan Islam telah  ditutup atau diarahkan berpindah ke negeri lain?

Selama ini, siapa yang menjahanamkan MARA, Felda dan Felcra dengan pelbagai ciri-ciri rompakan dan amalan rasuah sehingga agensi-agensi itu lebih merupakan tempat pemimpin Melayu memperkayakan diri sendiri berbanding membantu rakyat yang dalam kesempitan?

Adakah MARA, Felda dan Felda benar-benar menjadikan Melayu kaya dan berharta atau hanya isteri, isteri muda dan anak-anak pemimpin Melayu yang bermaharalela menjadikan agensi-agensi itu sebagai lubuk mengaut kekayaan mereka?
Menjelang PRU 14 akan datang, orang-orang Melayu mesti fokus kepada isu yang sedang berlaku dalam negara dan jangan biarkan mereka terus diperbodohkan lagi oleh pemimpin sendiri. Isu di depan mata  kita ialah rasuah yang berleluasa dan penyonglapan wang negara yang berlaku tanpa hadnya.

Menakut-nakutkan kononnya Melayu terancam dan DAP menguasai kerajaan hanyalah pelindung untuk menutup kedurjanaan  dan bagi mengelakkan kesalahan mereka diadili oleh kerajaan yang baru nanti.

Bukan DAP atau bimbangnya institusi Melayu dan Islam yang menjadi ketakutan mereka. Mereka hanya ingin berkuasa dan terus merompak lagi, sambil mengharapkan kesalahan mereka tidak akan diadili sampai bila-bila.

Jika pemimpin yang sama terus berkuasa, mereka pasti akan merompak dan menyamun lagi. Menolong dan membantu rakyat hanyalah merupakan agenda yang ke 69 dalam hati dan perjuangan mereka.

Lima tahun lagi apabila tiba hampir pilihanraya dan kegiatan penyonglapan mereka diperkatakan di merata-rata, mereka akan kembali menakut-nakutkan lagi dengan perkara yang sama - Melayu terancam dan DAP akan menguasai negara ini sambil sudah mula pandai berdoa dan berjubah kononnya agar Tuhan menyelamatkan negara ini.

Akhirnya Melayu terus mundur dan ketinggalan dan hanya kelompok pemimpin yang kaya raya mengaut segala milik negara. Tiada apa-apa perubahan dan kemajuan untuk rakyat, malah di sebalik negara kita merupakan pengeluar utama kelapa sawit dunia, pemimpin yang ada hanya menutup mata daripada memastikan minyak masak pada kadar yang munasabah harganya.

Sebab itu, PRU 14 adalah peluang untuk Melayu menjadi cerdik dan tidak lagi membiarkan mereka terus diperbodoh-bodohkan. Sekarang adalah peluang terbaik untuk melakukan perubahan dan membodohkan pula pemimpin durjana yang membawa kerosakan kepada negara.

Jika orang Melayu mula menjadi cerdik dengan tidak takut mengalahkan UMNO dan BN, pemimpin seterusnya tidak mungkin berani lagi membawa retorik-retorik bodoh untuk mendapatkan undi.  Kita harus mulakannya dengan menunjukkan kecerdikan itu tanpa ragu-ragu lagi. (SH 02/12/2016).