PAS GANTI UMNO
NUTP DINASIHAT JANGAN BERAT SEBELAH
NUTP DINASIHAT JANGAN BERAT SEBELAH
20 Muharram 1432H.PARIT BUNTAR, 27 Dis : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) melalui Presidennya Hashim Adnan yang menyifatkan tawaran imbuhan khas pendidik RM500 setiap bulan oleh Pakatan Rakyat adalah sebagai tidak masuk akal dan ia sekadar gimik politik.
Menurut Presiden NUTP dipetik sebagai berkata bahawa jumlah dijanjikan itu luar biasa kerana Pakatan Rakyat andai memerintah Kerajaan Pusat, perlu RM215 juta setiap bulan dan RM2.58 bilion setahun untuk menyalurkan imbuhan kepada kira-kira 430,000 guru di seluruh negara.
“NUTP sepatut konsisten menjaga kabajikan para guru, bebanan guru yang banyak adalah isu yang tidak pernah selesai, tekanan terhadap guru lebih berbaloi dengan adanya imbuhan yang lebih oleh kerajaan,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs . Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.
Tambahnya, kerajaan dikatakan tidak memiliki wang sebanyak itu untuk menyalurkan imbuhan dengan amaun sebesar itu adalah satu kenyataan yang menimbul persoalan serta meragukan.
Sedangkan menara warisan yang menelan belanja 5 bilion juga wang kerajaan, persoalannya benarkah kerajaan tiada wang?soal Drs. Khalil.
Selain itu beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Perak menjangkakan lebih banyak ketirisan dalam perbelanjaan negara akan menyelamatkan wang rakyat dan itu juga lebih dari mampu untuk dikembalikan kepada guru .
“Adalah tidak logik apabila Pakatan Rakyat menawarkan tambahan gaji RM 500 untuk setiap guru , Muhyiddin sebagai menteri pelajaran dan presiden NUTP, terus membela kerajaan dengan katanya kerajaan tiada wang ,” tegasnya.
Menurutnya lagi yang merupakan ADUN Titi Serong, NUTP sepatutnya menyokong sebarang langkah serta usaha oleh mana-mana pihak untuk menjaga kebajikan guru, bukannya hanya menidakkan usaha itu..
“Saya kira beliau (Presiden NUTP) tidak layak bercakap mengenai kemampuan kewangan negara kerana beliau tidak tahupun kapasiti serta kemampuan kewangan Negara ” tegasnya.
Dalam pada itu, beliau menyarankan guru patut bersuara bagi mendesak beliau berundur dari jawatan tesebut, perlu ganti dengan individu yang benar-benar ikhlas mahu berjuang atas nama guru.
“NUTP jangan jadi kuda tunggangan Umno dan BN, NUTP wajib bertindak sebagai sebuah badan yang komited membela kebajikan guru di Malaysia dengan tanpa memperdulikan dari mana cadangan itu datang,” ujarnya.
ISA SAMAD MENTERI BARU FELDA...HA..HA..HA

Kontroversi
Harapan 500 peneroka Felda Sendayan , Labu, Negeri Sembilan untuk menjadi jutawan sepertimana peneroka di Felda LBJ Johnson, Labu hanya tinggal impian. Sebelumnya Isa Samad berusaha menukar status tanah peneroka itu agar lebih lumayan.
Pejabat PM umum lantikan Isa SamadNak tutup saman lama peneroka keatas Dr Yusoff Noor..kini Isa Samad di bawa masuk untuk .Masih
Digantung keahlian UMNO
Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang .Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.Salim Shariff yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol turut digantung keahlian selama sepenggal atau tiga tahun.[2] .Semua jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ketua Umno bahagian Teluk Kemang digantung. Pada 6 Julai 2005 , Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak rayuan Isa Samad tapi mengurangkan hukuman penggantungan dari 6 tahun kepada 3 tahun sahaja. Pada 23 Jun 2008, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghantar surat kepada Isa Samad.
Kes Isa Samad ini berkait dengan kenyataan oleh Datuk Seri Rais Yatim tentang 18 orang yang akan ditahan untuk disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah. Ketika itu Rais Yatim merupakan Menteri Kehakiman Malaysia.
Berikutan daripada digantung keahlian, Mohd Isa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Oktober 2005.
MAK AII GAJI......
Salary of TNB CEO
NOW YOU KNOW WHY YOU HAVE TO PAY MORE FOR YOUR MONTHLY ELECTRICITY BILL
SOSIAL: SOAL TUDUNG
Bermula dari sesi pengenalan peserta Mari Menari (MM) lagi, Dita yang baru saja tersingkir pada minggu ke-3 MM telah dihambat dengan pelbagai isu panas terutama sekali isu berkaitan tudung. Isu ini dianggap berat kerana Dita atau nama sebenarnya Rudita Mohd Yusop telah berstatus sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak.
Menjawab segala pertanyaan berkaitan isu yang berbangkit ini, Dita yang ditemani suaminya Mohamad Faidzal, 42, seakan sudah bersedia bagi menjelaskan isu tersebut. "Sebenarnya, saya memang seorang wanita yang bertudung. Terus-terang, saya buka tudung pun atas kerelaan saya sendiri tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa. Masa saya pergi ke uji bakat, saya masih lagi bertudung. Pun begitu, selepas berbincang dengan suami dan kerana tidak mahu mengecewakan hasrat anak yang mahu kami beraksi dalam MM , saya pun telah bersetuju untuk buka tudung".
Dia tidak kisah apa orang nak nilai dan kata tentang dirinya. Malah, dia mendakwa orang bertudung tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik hati budi. "Saya bukan nak riak atau nak cakap saya ni baik. Hakikatnya, orang yang tak tinggal solat 5 waktu pun belum sah dapat masuk syurga. Sesungguhnya bagi saya, siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menghukum atau menilai seseorang berdasarkan luaran saja".
"Apapun, kami masuk MM bukannya nak menang semata. Cukuplah sekadar dapat menunaikan impian anak kami yang mahu melihat ibu bapa mereka masuk TV". Menyokong pendapat isterinya itu, Faidzal yang bertugas sebagai bodyguard VVIP mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri.
"Hal bertudung ini susah nak dibahaskan. Semua terletak atas individu itu sendiri. Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apatah lagi mengulasnya dengan lebih terperinci. Namun, saya hanya boleh kategori apa yang dilakukan isteri saya ini adalah pengorbanan dari seorang ibu untuk anak-anak".
Dita menegaskan bahawa selepas ini dia akan kembali bertudung seperti biasa. "Saya akan berimej seperti dulu. Saya buka tudung pun kerana masuk pertandingan sahaja. Sejujurnya, mak mentua saya seorang yang alim. Dia tak ada pula marah dengan tindakan saya"
***dalam dunia ni orang berjalan ke depan, memandu kereta ke depan bukannya ke belakang. sepatutnya yang bermini tekekung berubah ke tudung labuh, bukannya londeh buang. cik kak oii, sapa kata orang sembahyang 5 waktu, orang berpuasa dapat masuk syurga. kita masuk syurga bukan kerana ibadat kita, tapi kerana rahmat Allah. kalau nak harap rahmat Dia, kenalah ikut peraturan yang disediakanNya. tak gitu?. cik kak, cik abang oii, masuk dok menari depan orang tupun sebenarnya Islam tak bagi, buka aurat kerana nak menari lagi-lagilah Islam tak bagi. cik abang oii, memang susah nak berbahas jika kita tak betoi. buat apalah berkorban untuk anak hingga melanggar perintah agama. lagi satu betul atau salah bukan terletak pada cakap mak mentua, cik kak oii. kena rujuk Quran dan hadis.***
Keadilan Islam selamatkan Melayu bukan ‘ketuanan Melayu’, kata Asri
Keadilan Islam selamatkan Melayu bukan ‘ketuanan Melayu’, kata Asri
“Yang boleh selamatkan orang Melayu bukan Ketuanan Melayu, bukan Raja-raja Melayu tetapi adalah Allah s.w.t.
“Jadi, kita perlu berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam yang mana Islam untuk semua sama ada orang Melayu atau bukan Melayu.
“Setiap kaum perlu diberi nilai dengan Islam, tiada nilai orang Melayu tanpa Islam. Umno dibina atas dasar Melayu tetapi kalau dibina atas dasar Islam ia akan jadi lebih luas,” katanya pada Forum Polemik Ketuanan Melayu di Dewan Majlis Perbandaran Kajang di sini malam tadi.
Beliau juga mempersoalkan apabila istilah Ketuanan Melayu menjadi laungan dan slogan pihak tertentu sedangkan maksud sebenar ungkapan itu tidak dijelaskan dengan baik.
“Kena jelaskan perkataan Ketuanan Melayu ini, apa yang dipertahankan dan diperjuangkan melalui istilah ini? Adakah ia bermaksud hak keistimewaan orang Melayu atau ada maksud lain? Adakah hak keistimewaan orang Melayu ini menggunakan istilah ini (Ketuanan Melayu)?
“Maksudnya tidak dijelaskan, adakah keistimewaan orang Melayu dan Ketuanan Melayu ini mempunyai maksud sama? Jadi bagi saya relevan jika orang Melayu berpegang kepada prinsip keadilan Islam.
“Ini kerana ketuanan merujuk kepada prinsip keadilan Islam bukan Melayu atau rakyat, apa yang berlaku adalah kekeliruan istilah. Kita kena perpandukan kepada prinsip keadilan Islam,” katanya.
Turut menjadi ahli panel dalam program anjuran PAS itu adalah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Dr Hasan Mad, Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Sabky Yusof dan Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abdul Rahman.
Tambah beliau, isu Ketuanan Melayu tidak perlu dibangkitkan kerana ia bukan satu keperluan untuk diperdebatkan.
“Istilah Ketuanan (Melayu) ini adalah istilah yang kabur, jadi ia bukan keperluan untuk dibangkitkan kecuali kalau ia diperjelaskan. Malah, tindakan orang Melayu yang menggunakan istilah ini menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan orang bukan Melayu yang mana mereka beranggapan Islam melakukan diskriminasi kaum.
“Mereka (orang bukan Melayu) bukan musuh, saya tidak nampak keperluan orang bukan Melayu adalah musuh kita, cuma banyak tindakan orang Melayu yang beri tanggapan sebaliknya.
“Kita perlu berbalik kepada Islam, Islam lebih luas tapi saya bimbang apabila istilah ini dimainkan ia akan meruncingkan lagi keadaan. Islam bukan eksklusif untuk orang Melayu sahaja, ia adil untuk semua,” katanya.
Sejak bulan lalu, pendebatan isu konsep Ketuanan Melayu ini begitu hebat diperkatakan selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar Kongres Naional PKR meminta supaya Ketuanan Melayu ditinggalkan.
Malah Perkasa juga mengkritik dengan menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” dan kacang melupakan kulit kerana meminta ungkapan Ketuanan Melayu diketepikan bagi memajukan orang Melayu.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mencadangkan Raja-raja Melayu agar perkenan mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negara ini.
Dalam menyentuh polemik ungkapan Ketuanan Melayu, Mursyidul Am PAS itu berkata, Raja-raja Melayu yang memperlihatkan kebimbangan mengenai kedudukan orang Melayu sejak kebelakangan ini, perlu tampil mencari jalan penyelesaian menggunakan lunas al-Quran.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Dr Hasan Mad menyifatkan polemik Ketuanan Melayu yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini sebagai “gegaran politik”, yang dimainkan pihak tertentu termasuk parti politik semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.
Oleh itu, Hasan menggesa supaya perkara tersebut dihentikan serta-merta memandangkan ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga berkata, isu Ketuanan Melayu dibangkitkan selepas pilihan raya umum 2008 yang mana ia diperkatakan oleh orang Melayu bukan orang bukan Melayu.
“Sebelum pilihan raya umum 2008, tidak ada sesiapa pun yang sentuh perkara ini (Ketuanan Melayu), ia berlaku selepas pilihan raya umum 2008 dan yang timbulkan perkara ini juga adalah orang Melayu.
“Sebenarnya Ketuanan Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, cuma kalau boleh dikatakan ia adalah gabungan beberapa perkara yang dikumpulkan di bawah Perlembagaan.
“Jadi isu Ketuanan Melayu ini adalah gegaran politik, tidak lebih dari gegaran politik. Orang bukan Melayu tidak pernah persoalkannya pun, ia timbul secara tiba-tiba,” katanya.
Menurut Hasan, ada tiga kelompok yang menyebabkan isu Ketuanan Melayu menjadi polimek sehingga ia sukar untuk dihentikan termasuk pemimpin parti politik, cendekiawan dan kemungkinan orang bukan Melayu yang cuba mengambil kesempatan.
“Ada tiga kelompok, yang pertama adalah pemimpin parti politik yang mana mereka menjadikan politik sebagai satu perniagaan sehingga perkara yang tiada isu juga dijadikan isu termasuk Ketuanan Melayu.
“Sepatutnya lepas habis pilihan raya umum fokus kepada pembangunan negara tetapi sebab terlalu banyak berpolitik akhirnya bercakap perkara yang akhirnya mengelirukan,” katanya.
“Yang kedua adalah cendiekiawan yang mana kelompok ini menulis dalam media-media tentang apa yang mereka tahu sahaja.
“Banyak cendekiawan menulis dari sudut pemahaman mereka sahaja yang akhirnya juga memberikan kefahaman yang berbeza dalam perkara ini.
“Dan yang ketiga mungkin kelompok orang bukan Melayu yang akan mengambil kesempatan daripada pertelagahan orang Melayu ini. Kalau diteruskan tidak mustahil kelompok ini akan menangguk di air yang keruh,” katanya.
Beliau juga berkata perkataan Ketuanan Melayu tidak boleh diterjemahkan kepada perkataan “Malay supremacy” kerana maksudnya berlainan.
“Ketuanan Melayu bukan isu, ia bukan sesuatu yang harus diperdebatkan, ia cuma gegaran politik.
“Ketuanan Melayu ini hanya propaganda yang berlaku selepas pilihan raya 2008 yang mana pola pengundian ketika itu bersifat perkauman.
“Jadi ia dibangkitkan untuk mengekang pola pengundian itu daripada terus berlaku,” kata Ahmad Sabky.
Beliau berkata istilah Ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak tidak termaktub dalam mana-mana perjanjian termasuk perjanjian kemerdekaan.
“Istilah Ketuanan Melayu sendiri saya tidak jumpa di mana asalnya, dalam Perlembagaan tiada, perjanjian kemerdekaan pun tiada cuma yang ada dalam wikipedia.
“Istilah ini tidak wujud, ia cuma politik, Kita perlu cari maknanya dulu baru boleh nak cakap. Apa yang adalah dalam Perlembagaan adalah hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera sahaja,” katanya.
Sementara itu, Ezaruddin juga berpendapat polemik Ketuanan Melayu juga sekadar “gegaran politik” yang dimainkan untuk meraih sokongan.
“Ini satu gegaran politik sahaja, ia dimainkan golongan tertentu untuk meraih sokongan.
“Tiada maksud Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan tetapi ia diguna pakai oleh ahli politik, jadi saya harap tafsiran ini perlu diperjelaskan supaya tiada mazhab yang berbeza-beza,” katanya.
ALA...NAZRI..HANG LAMBAT LA...DAH LAMA MASUK INTERNET...
Nazri tunggu ‘pembongkaran’
pengarang@utusan.com.my
PADANG RENGAS 25 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) masih menunggu ‘pembongkaran’ bukti kaitan APCO Worldwide dengan konsep 1Malaysia yang dikatakan akan dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, beliau akan terus menanti Anwar untuk berbuat demikian walaupun telah hampir sembilan bulan menunggunya sejak 17 Mac lalu.
Tegasnya, Ketua Pembangkang itu telah diberi kesempatan secukupnya untuk membela diri daripada digantung selama enam bulan tetapi Anwar terus melawan dan mempertahankan ‘kebenarannya’.
“Seminggu sebelum 16 Disember lalu iaitu apabila Anwar digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, menerusi wakilnya, saya sudah maklumkan akan membentangkan usul pergantungan tersebut serta bilangan orang yang berhujah di dalam Dewan.
“Malah saya sudah minta kelulusan daripada Jemaah Menteri untuk meluluskan satu hari untuk membincangkan isu Anwar sahaja dan persidangan itu boleh dijalankan dari pukul 10 pagi sehingga tengah malam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perayaan Krismas dan Tahun Baru 2011 di Kampung Baru Sauk, Kuala Kangsar, di sini hari ini.
Mohamed Nazri turut membidas kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa kalau kerajaan boleh membelanjakan RM77 juta untuk Apco, maka mereka juga boleh membeli surat daripada agensi itu.
“Tetapi saya ingin memberitahu, bahawa itu sebenarnya cara PKR, sanggup membayar orang lain untuk membuat penipuan. Mereka bayar P. Balasubramaniam untuk mengeluarkan akuan bersumpah palsu,” katanya.
Mengenai kenyataan Prof. Abdul Aziz Bari yang mengibaratkan isi kandungan surat Apco sebagai ‘seorang pencuri tetapi menafikan ia mencuri’, Mohamed Nazri berkata:
“Apco sekurang-kurangnya berani menulis surat mengatakan mereka tidak melakukan perkara seperti yang didakwa.”
Menurutnya, jika Abdul Aziz boleh berkata demikian, maka beliau juga berhak mengatakan Anwar sebagai seorang peliwat, tetapi tidak mengaku melakukan perbuatan liwat.
“Namun, orang kuat Abdul Aziz itu tidak berani berdepan di mahkamah mengatakan bahawa dia tidak meliwat sebaliknya cuba menggagalkan kes liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohamed Nazri berkata, beliau berharap Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat sokongan kerana kerajaan tidak pernah menipu rakyat demi mempertahankan kedudukan.
BUKANKAH JANJI KERAJAAN UNTUK RAKYAT DI DAHULUKAN??
Lawan BN, berahi saja tak cukup
Ketahui dirimu
Ketahui musuhmu
Seratus pertempuran
Seratus kemenangan
- (petikan dari buku Seni Perang oleh Sun Tzu )
Untuk mengambil alih kuasa bukan sesuatu yang mustahil. Sejarah telah menunjukkan tentang satu gerakan Pak Tani berbaju hitam yang sering diperlekeh media Barat tetapi berjaya mengalahkan tentera Amerika Syarikat pada tahun 1975. Pada tahun 2006 satu lagi kuasa bala tentera yang tercanggih dan terkuat di Timur Tengah telah dikalahkan oleh anak anak muda dan pak-pak lebai yang bergerila di Selatan Lebanon.
Jangan silap anggap. Pemikiran strategik ini bukan hanya bersabit dengan perang atau kuasa politik. Hukum dan syarat pemikiran strategik yang sama boleh digunapakai dalam hal perniagaan dan jual beli. Malah dalam semua hal kehidupan harian, kita memerlukan pemikiran strategik.
Justeru, jika ada sesiapa yang berahi untuk mengambil alih kerajaan - keberahian sahaja tidak mencukupi. Kudrat dan tenaga kerbau tidak diperlukan sepanjang masa. Apa yang diperlukan ialah taktik dan strategi. Apa yang diperlukan ialah pemikiran strategik. Untuk mendapat sokongan orang ramai sebuah parti politik memerlukan lebih dari jeritan reformasi atau takbir!
Dalam usaha gigih sebuah gerakan atau sebuah parti politik untuk mengambil alih kuasa, ia memerlukan garis politik yang tepat. Semua perjuangan memerlukan sahabat dan kawan. Ada sahabat berjangka pendek ada sahabat berjangka panjang. Ada setiakawan sementara dan ada setiakawan sepanjang masa. Ini hakikat perjuangan. Ini adalah taktik dan strategi untuk mengambil alih kuasa. Ini realpolitik - politik yang dieja dengan huruf K.
Untuk mendapat sokongan orang ramai sebuah parti politik wajib menghebohkan dasar yang ingin diajukan kepada orang ramai. Dasar-dasar ini wajib dilihat masuk akal dan berdiri di bumi yang nyata. Bukan dasar yang berterbangan di langit atau di awang-awangan. Janji-janji yang tidak masuk akal akhirnya akan menjerut leher sendiri. Inilah politik - inilah hakikat realpolitik.
P'raya Tenang, PAS pasti kalah
Hari ini telah terpadu kesepakatan tiga buah parti politik - PKR, PAS dan DAP. Munculnya Pakatan Rakyat bukan kerana harga ayam di pasar Chow Kit naik harganya. Atau kerana sotong makin berkurangan untuk dicandat di Kuala Terangganu. Setiakawan Pakatan Rakyat lahir kerana hukum dan syarat realpolitik dalam negara kita ini.
Justeru, realpolitik di Malaysia ini telah melahirkan syarat bahawa parti politik atau gerakan apa pun yang ingin mengalahkan kerajaan pimpinan United Malays National Organisation wajib berkongsi kuasa. Ini hakikat realpolitik. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) boleh meloncat tunggang terbalik, ia tidak akan mengubah hakikat ini.
Dalam suasana sedemikianlah Pakatan, terutama parti PAS wajib memiliki keupayaan untuk berfikir secara strategik. Untuk berfikir jauh melihat politik berjangka panjang dan mengambil langkah dan jejak politik yang strategik. Ini realpolitik, bukan mimpi dan angan angan Mat Bunga.
Jika PAS bertanding di DUN Tenang jawabnya ialah kekalahan. Ini satu kepastian. Kekalahan ini bukan kerana perjuangan Pakatan atau PAS tidak jujur. Kekalahan ini kerana hakikat realpolitik. Menghantar kerbau untuk melanggar kereta kebal Sherman T-20 adalah kerja yang amat bebal. Justeru satu pemikiran baru wajib dimunculkan apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.
Realpolitik telah menunjukkan bahawa reka bentuk penduduk di Tenang tidak menyebelahi PAS. Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus.
Tugas suci media
Sekali baca sahaja sesiapa yang waras akal fikrahnya akan bersetuju untuk bersependapat bahawa calon PAS akan bungkus. Ini tidak memerlukan pemikiran strategik. Jangan tersilap baca dan berdolak dalik. Bertanding dalam pilihan raya bukan untuk berdakwah atau bertabligh. Atau hendak 'mencuba pasaran'. Bertanding dalam pilihan raya bertujuan untuk menumpaskan parti lawan dan mengambil alih kuasa. Ini realpolitik bukan angan-angan Mat Bunga yang baru jatuh cinta.
Dalam serangan ini PKR dan Pas telah dituduh menjadi barua kuda tunggangan DAP. Ini amat senang untuk difahami dan tidak memerlukan pemikiran strategik. Ini sap sap soi (senang saja). DAP adalah parti Cina. Maka apabila PAS dan PKR ditohmah sebagai kuda DAP, maka dilihat PKR dan PAS ini menjadi barua parti Cina. Dengan ini diharapkan orang Melayu akan lari dari menyokong PKR atau PAS. Ini bukan pemikiran strategik. Ini pemikiran ikan belukang yang mulut ternganga di tepi longkang.
Bayangkan jika minggu ini para pemimpin PAS bersidang dan berbincang. Mereka melihat Tenang dari kaca mata realpolitik. Membaca politik dengan pemikiran strategik. Lalu mereka mengambil satu pendekatan yang amat strategik.
Lihat reaksi umum. Seluruh negara akan gempar. Media United Malays National Organisation akan kering dakwat dan hilang punca tidak tahu apa yang perlu ditohmah tentang PAS. Laman web dan blog pro Barisan akan menjadi ungka menyalak berpanjangan dalam rimba politik yang baru. Tetapi yakinlah langkah PAS ini adalah serampang dua mata.
Kenapa Najib langgan Apco?
Langkah strategik PAS ini akan memaparkannya sebagai sebuah parti politik mendewasa dan bukan lagi parti kampongan dari Ulu Kelantan atau Seberang Takir. PAS dilihat cekal bertakwa dan sedang bersedia untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia.
Besar kemungkinan - malah hampir pasti calon yang akan diletakan oleh PKR itu akan kalah. Di sebalik kekalahan ini, ada kemenangan yang amat besar di Tenang. Secara strategik Pakatan telah memusingkan satu kekalahan untuk dijadikan satu kemenangan. Kemenangan besar adalah propaganda dan persepsi kepada umum - orang ramai akan melihat dan membaca bahawa setiakawan antara tiga parti ini adalah kukuh, ampuh dan padu.
Kemenangan yang hakiki akan dimiliki oleh PAS. Parti ini akan dilihat sebagai sebuah parti yang berupaya untuk melihat politik berjangka panjang bukan politik ego Taliban berserban tinggi. Jika langkah strategik ini diambil walau pun Pakatan kalah di Tenang tetapi keyakinan orang ramai terhadap pemuafakatan ini akan bertambah kukuh.
Harus kita sedari bahawa United Malays National Organisation sebagai sebuah parti tidak lagi memiliki sokongan ampuh dari orang ramai. Parti ini semakin terpinggir dan semakin terpencil. Lalu timbul persoalan jika gerombolan ini tidak mendapat sokongan, kenapa mereka terus berkuasa?
Jawapan kepada soalan ini cukup senang. Gerakan dan parti politik yang cuba menumpaskan gerombolan ini masih lagi dibungkus oleh ego kepartian. Ego kepimpinan. Gagal melihat kepentingan orang ramai lebih penting dari kepentingan diri dan parti.
Berahi untuk mengambil alih kuasa tanpa memiliki pemikiran strategik samalah seperti saekor kerbau ingin memandu Boeing 747. Bercita-cita untuk menjadi kerajaan tanpa memiliki pemikiran strategik samalah seperti ingin naik haji tetapi tidak menyimpan duit dan tidak memohon pasport. Akhirnya, sila bertanya, kenapa agaknya Najib Razak dan Rosmah Mansor melanggan Apco?
NAK PILIHANRAYA- ATAU NAK AMBIL HATI-ATAU TAKUT KENA SAMAN : Felda bayar Bonus Insentif Produktiviti RM100.9 juta
Felda bayar Bonus Insentif Produktiviti RM100.9 juta
ANWAR LANCAR KEMPEN LAPORAN "ANAK "KE MAHKAMAH
Oleh: Wrlr
DARI KIRI: DATO'TUAN IBRAHIM TUAN MAN, PENGERUSI PAS PAHANG, DATO ' FAUZI ABDUL RAHMAN PENGERUSI PKR PAHANG, DATO SERI ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA, SDR MAZLAN ALIMAN PENGERUSI ANAK.
ANWAR MELANCARKAN RISALAH INTERNET MENGENAI LAPORAN YANG AKAN DI BUAT OLEH 5OOO PENEROKA DAN MEMBAWA KES KE MAHKAMAH DI BERA , PAHANG SEMALAM.
ANAK atau singkatan Persatuan Anak Peneroka Kebangasaan
KUALA LUMPUR 25 Dis. – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.
Beliau berkata, kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.
"Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara.
"Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama
MENTERI PENDIDIKAN YANG TAK SOKONG GURU
Sebenarnya malas aku nak ulas mengenai menteri pendidikjan sekarang.Dulu pun sama juga sebelum Muhyiddin.Bila sahaja adanya kes yang berkaitan dengan guru, dia mula gelabah. Apa yang dia tahu hunus keris.Kemudian bebeal dan marafkan gur...ha..ha
KIni satu lagi jadi menteri untuk guru..bukan dia nak bela guru, dia hentam guru sebab katanya kalau bagi gaji guru naik negara bengrap.Memang bengrap idea la menteri yang jaga guru ni.Nampak sangat tak bijak dan pastinya ramai guru yang ada didalam umno tak akan sokong soi sembam ni..
Kini dia mencabar lagi...Tak ke bodoh namanya kalau tak dibaca kertas cadangan 10 hari pakatan memerintah negara.Itu pun nak kritik.Sebab itu bila rakyat menilai menteri umno hari ini, menteri umno kelihatan agak ngok..sebab menjawab macam orang tolol gitu.
MUHYIDDIN CABAR ANWAR-UTUSAN MELOYA
KUALA LUMPUR 24 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang.
Beliau berkata, langkah itu wajar demi membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang membela nasib kakitangan awam serta pegawai-pegawainya.
Persoalannya kata beliau, adakah Anwar sanggup berbuat demikian?
‘‘Saya cabar Anwar yang kebetulan mempunyai kedudukan dalam kerajaan pakatan pembangkang supaya menaikkan gaji kakitangan awam mereka seperti di Selangor atau Pulau Pinang.
‘‘Kita tengok dahulu sama ada Anwar sanggup menambah gaji pegawai-pegawai dan kakitangan awam mereka. Jika Anwar mahu naikkan gaji RM500 kepada guru mengapa beliau tidak tawarkan inisiatif yang sama kepada sektor awam mereka terlebih dahulu?’’ soalnya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan program ‘Mendidik Demi Malaysia’ di sini hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas dakwaan Anwar yang kesal dengan kenyataannya sebelum ini apabila menyebut bahawa tindakan pakatan pembangkang memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.
Jangan pandang enteng janji Pakatan - Khir Toyo

| Harakahdaily |
| SHAH ALAM, 24 Dis: Setelah didakwa ekoran pemilikan banglo mewahnya, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta Barisan Nasional agar jangan memandang enteng (mudah) janji Pakatan Rakyat dalam konvensyen mereka baru-baru ini. |
Salleh Kalbi Ahli Parlimen yang paling banyak blog di Malaysia
| Salleh Kalbi Ahli Parlimen yang paling banyak blog di Malaysia | |
| Sekiranya anda menyenaraikan semua ahli parlimen di Malaysia, hampir kesemua ahli parlimen memiliki laman blog masing masing. Antaranya, Perdana Menteri Malaysia yang merupakan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan laman web http://1Malaysia.com.my untuk menghubungi masyarakat umum di seluruh Malaysia. Ketua Pembambang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh pula menggunakan laman web http://anwaribrahimblog.com.my sebagai platform beliau menulis sebarang aktiviti dan ucapan rasmi. Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Hj Sallehpula mudah dilayari di http://kalabakan.ning.com/ Ahli Parlimen Kota Belud pula Datuk Rahman Dahlan boleh ditemui di blog http://mpkotabelud.blogspot.com/ Secara keseluruhan Ahli Parlimen mengetahui fungsi blog mereka mengetahui bahawa fungsi blog adalah untuk mendekati masyarakat Virtual yang berinteraksi melalui Komen dan Email. Mereka menggunakan platform blog untuk mendapatkan feedback tentang perkara perkara yang tidak mampu mereka capai. Ini adalah kerana agak sukar sebenarnya Ahli Parlimen mendapatkan maklumat masyarakat terbawah dengan turun padang yang kadang kala menyekat info sebenar diperolehi. Namun, AHLI PARLIMEN Silam tidak mengaplikasikan dunia Virtual yang mampu mendekatkan dia dan pengguna internet kawasan Parlimen Silam. Tahukah anda? Ahli Parlimen Silam YB Salleh Kalbi mempunyai lebih dari 1 blog? Anda tidak akan tahu dimana yang beliau akan update tentang pengumuman rasmi, atau maklumat terkini. Kerana semua blog tersebut menulis cerita yang berbeza. Yang mana satu blog rasmi, kita tidak tahu. Inilah dia satu satunya Ahli Parlimen paling banyak blog dan mungkin dia menyangka dengan banyaknya blog akan menjadikan sistem carian google menjadikan dia popular di internet? Adakah dengan mempunyai blog yang banyak menjadikan dia tinggi berbanding ahli parlimen lain? BLOG SALLEH KALBI http://1silam.blogspot.com Anda boleh melayari blog blog beliau seperti yang saya senaraikan. Apa matlamatnya juga saya tidak tahu. Yang pasti, dengan memiliki blog yang banyak ini menunjukkan YB Salleh seorang yang tiada fokus. Pernah pada satu ketika, seorang rakan bertanya secara terus pada beliau tentang artikel di 1Silam.blogspot.com, beliau tidak tahu menahu apa yang rakan saya katakan. Inilah satu bukti, YB Salleh Kalbi tiada fokus dalam posisi beliau. Apa sebenarnya beliau ingin pada parlimen Silam? Apa sebenarnya beliau target dengan menduduki posisi Ahli Parlimen. Bukan sahaja tiada fokus, beliau juga tidak mampu menarik golongan muda untuk dekat padanya. Secara peribadi saya menyatakan disini, YB Salleh harus melakukan rombakan besar dengan membawa diri muhasabah dan duduk seketika melihat apakah wacana perjuangan beliau akan berakhir dengan kata kata yang beliau sering ucapkan iaitu "ini salah YB yang dahulu." Adakah dia mahu kata kata itu pulang ke dahi nya? Penulisan ini adalah teguran terbuka yang saya yakin sampai ke mata YB. Pendapat saya tidak mewakili pendapat orang tua saya, kawan kawan saya atau pun masyarakat Silam. Saya sekadar blogger yang benci tengok pemimpin angkuh yang tidak bertempat. IRWAN IDRIS |
MASA MELIHAT KEBENARAN WIKILEAKS ???
Pemenang anugerah wartawan John Pilger mewawancara Julian Assange , pengasas Wikileaks dan membahas tentang sesebuah negara, yang tersembunyi dimana peperangan yang berlaku.
Di antara pendedahan Wikileaks dalam klip-video (bahagian enam): menontonbagaiaman helikopter pejuang Apache rakaman dari kokpit video yang menunjukkan bagaimana Reuters wartawan / juru kamera di Iraq ditembak mati di jalanan. Dan reaksi? "Nice." Dan melihat bagaimana orang-orang yang cuba untuk menghapuskan tubuh dan bagaimana penderaan diperlakukan. Ini adalah jenayah perang.
Berikut ini adalah sebahagian enam dan tujuh daripada siri tujuh-bahagian dari 'Perang Yang Anda Tidak Pernah Lihat'.
Akta JPJ: Mohon pada Agong jalan terakhir
KUALA LUMPUR, 23 Dis: Pakatan Rakyat hari ini memohon Yang di-Pertuan Agong menangguhkan kelulusan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang diluluskan Dewan Negara baru-baru ini.
Permohonan itu dibuat dalam memorandum yang diserahkan kepada Tuanku melalui Setiausaha Sulit Kanan, Datuk Mohd Zuki Ali pagi tadi.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, memorandum itu merupakan jalan terakhir setelah usaha mereka menghalang kelulusan rang undang-undang itu sehingga ke peringkat Dewan Negara tidak berhasil.
"Tidak ada jalan lain lagi, jalan terakhir memohon kepada Tuanku sahaja. Saya sudah hantar surat kepada Dewan Negara minta ia ditolak, tapi diluluskan juga," kata beliau kepada pemberita selepas penyerahan itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena juga memohon Tuanku menitahkan rang undang-undang berkenaan dibahas semula di Parlimen kerana ianya dibuat secara tergesa-gesa.
"Jadi kita pohon Tuanku mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana ini melibatkan kepentingan rakyat, bukan isu politik.
"Saya sedia bertemu Tuanku memberi penjelasan lanjut bersama pegawai undang-undang kita", kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase).
Tidak selesai masalah
Menurut Mahfuz juga, pindaan-pindaan terhadap akta ini hanya bersifat teknikal dan bertujuan memperkenalkan sistem penguatkuasaan automatik (Automated Enforcement System-AES).
Beliau mempersoal tindakan kerajaan memberikan kontrak kepada dua syarikat iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd sebelum rang undang-undang itu diluluskan.
"Timbalan Menteri menyatakan letter of award belum dikeluarkan tetapi letter of intent telah diberikan sedangkan pindaan rang undang-undang belum diluluskan, nampaknya Kementerian telah mendahului Parlimen dalam hal ini," katanya.
Pindaan ini juga didakwa tidak menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit seperti masalah kemalangan maut yang semakin meningkat, masalah senarai hitam pemilik kenderaan dan juga masalah saman ekor.
"Persoalannya bagaimana kedudukan saman-saman ekor yang dikuatkuasakan sebelum pindaan ini kerana imej yang dirakam yang digunakan sebelum pindaan tidak boleh diguna di mahkamah," katanya.
Sementara itu, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai pengkhianatan kepada rakyat.
"Sekarang ini saman pun nak diswastakan. Ini satu pengkhianatan kepada rakyat. Rakyat sudah terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, bila diswastakan saman, ianya satu tindakan yang membebankan rakyat.
"Sudah pasti syarikat yang diberi kontrak ini mahukan keuntungan sebab dia akan dapat habuan untuk setiap saman yang dikeluarkan," katanya.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula berkata, kerajaan tidak memikirkan kesan jangka panjang terhadap sesuatu rang undang-undang yang diluluskan.
"Penswastaan JPJ ini satu konsep yang salah. Umno BN hanya memikirkan kepentingan mereka dan menguntungkan sesetengah pihak. Pengurusan kerajaan tidak bijak dan tidak mengkaji kesan jangka panjang sebaliknya membuat sesuatu secara tergesa-tergesa.Itulah BN," katanya.
Dalam pada itu, ahli jawatankuasa Kase , Taufek Abdul Ghani memberitahu, Kase akan bermesyuarat pada 27 Disember ini untuk merangka tindakan seterusnya bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat berkenaan perkara ini.
Turut mengingiringi Mahfuz ialah bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK PAS Pusat, Taib Azamuddin yang juga ahli Parlimen Baling selain dua peguam Kase.
WikiLeaks: Anwar tuntut Mahathir, Utusan tarik balik komen fitnah
WikiLeaks: Anwar tuntut Mahathir, Utusan tarik balik komen fitnah
KUALA LUMPUR, 23 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghantar surat tuntutan meminta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Utusan Malaysia menarik balik komen-komen, didakwa bersifat fitnah, susulan pendedahan WkiLeaks menyentuh kes liwat beliau.
Peguam Anwar (gambar), Sankara Nair berkata, tindakan seumpama itu membabitkan individu-individu tertentu dan organisasi media yang lain akan menyusul dalam beberapa hari lagi.
“Ini adalah dua notis pertama dikeluarkan dan beberapa lagi akan dihantar kepada individu tertentu dan organisasi media lain dalam beberapa hari lagi,” kata Sankara dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Notis tuntutan itu meminta agar kenyataan berunsur fitnah itu ditarik dan memohon maaf secara terbuka.
Kedua-dua pihak diberikan tempoh 14 hari, kata notis tuntutan itu.
Laporan Utusan Malaysia memetik Dr Mahathir sebagai berkata, “aktiviti liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya sudah diketahui umum tetapi ada kalangan parti politik yang ‘buat-buat tidak tahu’ akan hal tersebut.”
Kenyataan notis tuntutan itu berkata, “sambil mengakui yakin menteri mentor Singapura Lee Kuan Yew mengetahui mengenai pembabitan Anwar dalam aktiviti liwat, Dr Mahathir berkata ‘memang saya pun fikir dia tahu... tapi parti politik yang buat tak tahu’.”
Dr Mahathir dipetik mengulas laporan WikiLeaks mengenai pendedaghan agensi perisikan Singapura terhadap kegiatan liwat Anwar.
Notis tuntutan itu menambah, perkataan-perkataan itu menggambarkan bahawa Anwar seorang yang tidak jujur dalam kapasiti peribadi dan rasmi, pembohong, tidak boleh dipercayai dan tidak layak jadi ahli politik, tidak layak memegang jawatan awam, tidak berprinsip dan korup, melakukan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan dan kesalahan-kesalahan lain dan tidak beretika.
Selain meminta agar menarik balik dan memohon maaf, notis tuntutan itu juga mahu Utusan Malaysia dan Dr Mahathir berjanji tidak akan mengulangi dakwaan dan komen-komen bersandarkan perkataan-perkataan berunsur fitnah itu dan membayar sejumlah ganti rugi kepada Anwar.
Sankara berkata, pihaknya akan mengambil prosiding perundangan jika kedua-dua Utusan Malaysia dan Dr Mahathir tidak memenuhi tuntutan Anwar dalam tempoh 14 hari.
Pada 14 Disember lalu, Dr. Mahathir berkata, beliau bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.
Malah beliau menganggap, tindakan Ketua Pembangkang itu menyaman dirinya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini pun Anwar pernah melakukan perkara yang serupa.
“Tak apalah... samanlah. Dia dah saman saya RM100 juta. Kalau dia nak saman, saya masuk jellah. Tak apalah...,” katanya.
Anwar sebelum ini pernah memfailkan saman fitnah bernilai RM100 juta terhadap Dr. Mahathir pada 2006 kerana mendakwa bekas Perdana Menteri itu menuduhnya sebagai seorang homoseksual.
Bagaimanapun, tahun lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan rayuan saman fitnah tersebut dan mengarahkan Anwar membayar kos kepada bekas Perdana Menteri itu.
Dr. Mahathir berkata, Anwar boleh menyaman sesiapa sahaja termasuk akhbar-akhbar yang melaporkan pendedahan yang dibuat oleh laman web tersebut namun tegas beliau, ia tidak akan berkesudahan.
Ini kerana, laman web seperti WikiLeaks akan terus menyiarkan apa sahaja bahan dan penyiaran pendedahan itu hanya akan mengundang masalah kepada seluruh dunia.
Ia menjadi isu kontroversi susulan laporan The Sun-Herald dua minggu lalu yang membawa pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat, menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu.
“Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuan itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Dr Anwar,” lapor akhbar itu.
Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Kes itu sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan disambung bulan depan.
Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan ahli-ahli politiknya tidak kompeten.
Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.
Ia menyebut, “Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan (pemimpin kanan Singapura) Lee Kuan Yew memberitahu ONA dalam pertukaran pandangan bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu, yang beliau dikenakan tuduhan sekarang.”
Dokumen itu juga mengatakan bahawa Singapura memberitahu ONA yang mereka membuat penilaian itu berasaskan risikan teknikal, yang mana kemungkinan dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas, kata akhbar itu.
“ONA membuat penilaian, dan rakan-rakan sejawatan mereka dari Singapura bersetuju, ia adalah (satu) kerja (dia) diperangkap dan kemungkinan dia tahu mengenainya, tetapi bagaimanapun dia terlibat,” kata kabel itu.
Tuntutan melampau: Pakatan Pahang lapor SPRM
| Khairil Abdul Rahim |
| TEMERLOH, 22 Dis: Pakatan Rakyat Negeri Pahang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan. Laporan tersebut dibuat berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Pahang yang dikeluarkan baru-baru ini, di mana didapati terlalu banyak item-item tuntutan yang tidak munasabah kerana harga yang terlalu tinggi berbanding di pasaran. Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang, Roslan Zainal yang mewakili Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyerahkan laporan memohon diadakan siasatan segera itu kepada Penolong pengarah SPRM Pahang Cawangan Temerloh Abdul Malik Mohd Yusof. Turut mengiringi ialah Penasihat Undang-undang PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Setiausaha Penerangan PAS Pahang Hashim Abdullah, Timbalan Ketua Cabang PKR Temerloh Abdul Kadir Abdul Manap serta kira-kira 30 orang penyokong. Roslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Pahang dalam sidang medianya selepas itu berkata, Abdul Malik telah berjanji untuk membawa laporan tersebut ke atas untuk disiasat. “Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65. “Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Dan banyak lagi item lain,” jelasnya. Roslan juga dalam laporannya menggesa SPRM menyiasat bagaimana kerajaan negeri membuat syarat perjanjian pinjaman yang tidak menjamin kepentingan kerajaan melalui terma perjanjian pinjaman kepada syarikat-syarikat kerajaan negeri seperti Aspa dan PKNP. “Kelemahan ini telah mendapat teguran keras Ketua Audit Negara. Bayangkan tidak ada syarat yang melindungi kepentingan kerajaan negeri sedangkan itu amanah rakyat. Bagi kami, apa yang berlaku merupakan kelemahan pengurusan mega yang boleh menjerumuskan kerajaan negeri kepada suatu keadaan yang terdedah kepada penyelewengan dan kebankrapan,” tambahnya. Roslan juga turut membangkit bahawa betapa perlunya SPRM bertindak demi memulihara persepsi umum terhadap agensi tersebut. Katanya, sebelum ini banyak laporan telah dibuat tetapi hasil siasatannya tidak kedengaran termasuk isu penyelewengan balak oleh bekas Menteri Besar Pahang Tun Khalil Yaakub yang telah dilaporkan oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman 10 tahun lalu. |
KOS SIDANG 4.5 JUTA

Sidang kemuncak wanita pertama yang hanya di hadiri dari negara Afrika enelan belanja 4.5 juta.Fuyooo....banyak duit aku terpakai.Kalau bagi kat rakyat malaysia...4 orag dah jadi kaya raya dan milionair.....pi bagi pada yang dah kaya raya...pi jamu yang kaya raya...rakyat sendiri merempat belambak-lambak....
Yang hadir hanya 14 orang sahaja,kalau di bahagikan 14 dengan 4.5 juta mau soqang belanja 300k soqang......fuyoooo..lagi skali aku terkejut...banyak boleh buat tu....dari pi jamu kepada wanita pertama....
Yang gemuk bertambah gemuk la nampaknya....."Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.
Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.
Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta.
SOKONG PAKATAN GAJI NAIK.....JOM CIKGU-CIKGU UBAH....ADA YANG MANDOM LAGI..
Mengulas tentang perkara itu Muhyiddin berkata “Setiap guru RM500, jumlah guru di negara ini hampir 400,000 guru, bermakna perbelanjaan sebulan RM200 juta, setahun RM2.4 bilion. Tetapi dari segi implikasinya, naik gaji guru tetapi gaji kakitangan kerajaan seramai 1.2 juta, tidak naik. Adakah guru sahaja yang diberi tawaran, kenapa tidak ditawarkan kepada kakitangan kerajaan yang lain, boleh jadi bankrap kita,”.
HABIS GAJI GAJI POLIS,TENTERA,JURURAWAT BOLEH NAIK????...TAK PAYAH MASUK UNIVERSITI PUN DAPAT NAIK SAMA MACAM BELAJAR MASUK UNIVERSITI? TAK PULAK MUHYIDDIN MERUNGUT, GAJI POLIS SELANG SETAHUN SAJA NAIK.........
Nampak memang bodoh ulasan Muhyiddin itu tetapi Najib pula kelihatan menggelabah dengan perkara yang menyentuh gaji guru itu..
Biarpun sebelum itu Najib berkata pelbagai tawaran yang dikemukakan pakatan pembangkang kepada rakyat, tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar mereka namun semalam Najib telah berjanji kepada Presiden Ceupacs untuk mewujudkan satu badan perundingan khas, dipercayai bertaraf Majlis Bersama Kebangsaan, bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan perkhidmatan perguruan, yang bilangan mereka satu pertiga daripada 1.2 juta tenaga kerja sektor awam.
Tapi kalau Pakatan tak keluarkan akan menaikkan gaji guru jika menguasai Putrajaya, korang rasa Najib akan menubuhkan Majlis Bersama Kebangsaan itu tak?
Biarpun begitu.. ini merupakan suatu yang baik buat guru-guru dan idea Pakatan juga jelas untuk membela nasib para guru dan ianya akan diciplak lagi oleh Najib..
ANAK SUNGAI DERHAKA
ajib janji tubuh majlis khas kaji isu guru, kata Cuepacs
KUALA LUMPUR, 22 Dis — Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk mewujudkan satu badan perundingan khas, dipercayai bertaraf Majlis Bersama Kebangsaan, bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan perkhidmatan perguruan, yang bilangan mereka satu pertiga daripada 1.2 juta tenaga kerja sektor awam.
Cuepacs membawa syor itu sekitar 2002 tetapi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilaporkan telah menolaknya.
Presiden Cuepacs Omar Osman memberitahu perwakilannya bahawa Najib menjanjikan penubuhan badan khas itu selepas merasmikan persidangan tritahunan badan induk kesatuan sektor tersebut semalam.
“Semasa sesi minum (selepas perasmian persidangan) Datuk Seri Najib (gambar) ada memberitahu bahawa satu badan perundingan akan ditubuhkan bagi mengatasi masalah dan isu-isu yang wujud dalam perkhidmatan perguruan.
“Perdana Menteri berkata beliau akan meminta JPA melihat perkara ini,” kata beliau ketika sesi perbahasan penyata tritahunan di sini.
Omar berkata Najib menjanjikan perkara itu memandangkan guru terdiri daripada satu pertiga tenaga kerja sektor awam peringkat persekutuan.
Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan, bilangan guru dianggarkan dalam lingkungan 438,000 daripada 1.2 juta kakitangan awam.
Malah terdapat 27 kesatuan dan persatuan yang mewakili kaum guru di seluruh negara kata Hashim ketika dihubungi The Malaysian Insider kemudian.
“Jika ada satu badan khas untuk membincangkan isu gred perkhidmatan dan saraan guru, ia satu perkara yang baik,” katanya.
Cuepacs mengadakan persidangan tiga tahun sekali selama tiga hari bermula semalam.
Persidangan hari ini tertumpu pada aspek pemilihan pucuk kepimpinan.
Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin ketika ditemui berkata kemungkinan badan itu mirip Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membincangkan soal-soal berkaitan dengan skim perkhidmatan.
“Sebelum Sistem Saraan Baru (SSB) diperkenalkan (pada 1991), ada MBK khas untuk perkhidmatan guru, tetapi dimansuhkan selepas SSB dilaksanakan,” kata beliau.
“Saya fikir kerajaan akan wujudkan majlis macam itu... satu MBK khusus untuk guru,” kata beliau.
“Menurut apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, kerajaan akan timbang satu majlis perundingan seperti MBK, yang dikhususkan kepada perkhidmatan perguruan kerana guru mempunyai lebih banyak masalah,” kata beliau.
Sebelum SSB diperkenalkan lima MBK berfungsi sebagai saluran perbincangan dengan kerajaan iaitu masing-masing bagi perkhidmatan am, rendah, pelajaran, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
Ekoran pelaksanaan SSB, kelima-lima MBK itu disusun semula mengikuti kategori kumpulan pengurusan dan profesional, am sokongan dan sains dan teknologi.
“Kami anggap ini perkembangan positif,” kata Ahmad Shah yang juga setiausaha MBK Kumpulan Sains dan Teknologi.
Hashim juga bersetuju bahawa perkhidmatan perguruan yang terdiri daripada skop perkhidmatan berbeza memerlukan sebuah majlis khas untuk menyelesaikan masalah dan isu yang wujud.
“Sebenarnya kita ada banyak isu dan masalah, jadi untuk selesaikannya kami memerlukan satu badan khas, kami memerlukan satu mekanisme khusus,” kata beliau tetapi tidak dapat menjelaskan bagaimana majlis yang dimaksudkan akan berfungsi.
“Kami pun baru dengar, jadi kami tidak pasti mekanisme badan yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri,” katanya.
NUTP juga merupakan salah satu kesatuan gabungan terbesar dalam Cuepacs.
Ia mempunyai 250 perwakilan dalam MBK dan 50 perwakilan dalam persidangan tritahunan Cuepacs
The Malaysian Insider
10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat
| Aziz Muda |
| KUALA LUMPUR, 21 Dis: Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak. Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat. Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas. "Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa," katanya ketika dihubungi, hari ini. Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah. "Langkah ketujuh pula yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang boleh dilihat oleh orang ramai dalam tempoh 100 hari pemerintahannya berupa janji kita kepada orang ramai untuk mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan. "Manakala langkah kelapan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pula ialah dengan memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan," jelasnya. Tidak sudah dengan itu, Karajaan Pakatan Rakyat turut berjanji akan melaksanakan langkahnya yang kesembilan dengan memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini. "Langkah kesepuluh yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak," tegasnya. Menurut beliau, kesemua perkara yang digariskan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kerana ia sememangnya berada di bawah kerajaan pusat. "Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri. "Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya. "Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya. "Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan," katanya. Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan. Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini. "Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri," jelasnya. Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini. Manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah dan Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini. "Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu," tegasnya. |
WEBSITE ANTI TAIB DI GODAM
Sarawak Report yang banyak mendedahkan "kegiatan" Taib Mahmud dan keluarnya yang didedahkan dalam beerapa siri laporan bersiri dari harta,keluarga,dan anak beranak yang kaya raya di dapati telah di Godam petang tadi...
Pengodaman ii dipercayai akibat beberapa laporan yang mendedahkan dimana adanya usaha mengekalkan kuasa Taib dengan mengambil beerapa bloger bagi membantu Taib di Sarawak menjelang pilihanraya negeri itu pada tahun hadapan.
Selain mendedahkan beberapa beberapa harta Taib, keluarga,harta keluarga,kehidupan mewah sehinggalah kepada menyentuh soal peribadi beliau, Sarawak report juga melalui ketua PKR Baru Bian dilihat mengambil gambar dihadapan harta beliau dikota Amerika dan di London
Billion Ringgit Bride
Monday, December 20th, 2010 GMT
Did she marry for his money or his morals? All we know of the bride is she is around 29 and from Lebanon
We have an exclusive picture of Sarawak Chief Minister, Taib Mahmud’s, new young bride. Kuching has been aflame with interest and amusement at the leaked information that the 74 year old has found himself a second wife who is apparently still in her 20s.
However, the government has refused to issue official confirmation of the wedding ceremony, which was celebrated at the weekend in the Chief Minister’s vast mansion (the financing of which remains a mystery, like the rest of his properties). Even senior Government Ministers have been scouring the web for details of the new “Thief Lady”, who has yet even to be announced by name. In desperation calls were even going out to Sarawak Report. We feel honoured to oblige.
Sarawak’s wealth around her neck
Sarawakians will not fail to notice that several thousand hectares of irreplaceable jungle must have been felled and turned to oil palm to adorn this lady’s neck.
Addiction to gaudy baubles is a notable foible of Taib's female family members - Jamilah his daughter shows off these diamonds
One top London jeweller today gave the opinion that the rubies in her diamond tiara, necklace, ring and broach are “likely to be fake glass”. His reason was that if they were genuine cabochon rubies, like they appear to be, then they would be “priceless at such a size as that”. When pressed the jeweller hazarded that they would be worth at least RM150 million.
Since the Chief Minister has yet to release details about his bride we will leave Sarawakians to decide amongst themselves whether the Chief Minister has adorned his new wife in glass or cabochon ruby.
Christmas is a time for sharing
As they depart for their Christmas honeymoon, doubtless utilising one of the Hornbill jets funded by Sarawak’s hard-pressed taxpayers, we hope the happy couple spare a thought for the many hungry children in the longhouses who are hoping for a nice present this year.
However, times are hard because more and more land has been snatched away from these communities by the Chief Minister’s BN government, so their parents will have already told them not to expect too much.
As ever, these parents will have to remind their children that the Chief Minister’s favourite advice to the rural folks is that they “must learn to wait”. Apparently, Taib is promising that at some stage he will begin to share his wealth with the people he took it from!