BEZA PANDANGAN DAN PERUNDANGAN



 Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menyatakan pendapat bahawa Agong mesti mematuhi peruntukan perlembagaan dan tidak mengikut "selera dan sentimen peribadi."


Jawapan: untuk ini saya berbeza pendapat dengan Hassan Karim. Tiada peruntukan dalam perlembagaan bahawa Agong perlu melayan sebarang SD dan menolak atau menerima SD Terpulang kpd discretion agong.


Peruntukan perlembagaan menyatakan bahawa mendapat sokongan majoriti. Yang lebih tepat cara mengetahui cara ada atau hilang majoriti ialah melalui undi Percaya / tidak percaya di Parlimen dengan cara usul melalui speaker TANPA perlu melalui YDPA.


ISWARDY



NOHHH...UPSEREY NAPETEY - WALK OUT LAGI, LAMA-LAMA WALKOVER



Rafizi Ramli


Saya missed acara wajib PN di Parlimen – “walk out” lagi, walaupun baru semalam titah YDP Agong pasal adab di Parlimen.


Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin berkata:


“Just because they have a majority, they do what they want without following the procedures that have been in place”


Masa dia tak de majoriti di Parlimen dan bukan PM, dia walk out.


Masa dia tak yakin majoriti di Parlimen dan dia PM, dia isytihar darurat gantung parlimen.


Sepanjang saya menjadi Ahli Parlimen pembangkang, saya tak pernah bangun ganggu perbahasan dengan menggunakan Standing Order (atau Peraturan Mesyuarat) seperti yang berlaku dengan pembangkang sekarang.


Walaupun pada satu ketika, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengejek “Ahli Parlimen Pondan, eyh salah Pandan” konon untuk buat lawak dan terang-terang melanggar Peraturan Mesyuarat. 


Saya hanya menjawab “Umur Ketereh tak jauh beza dengan umur ayah saya dan rakyat melihat akhlaknya pada usia itu”.


Kerana waktu yang ada untuk Ahli Parlimen berucap itu pendek, sekitar 5-7 minit sahaja. Gunakanlah peluang itu untuk menyampaikan perkara yang substantif, lebih-lebih jika pembangkang kerana itu sahajalah peluang untuk kita pamerkan kemampuan kita mentadbir dengan cetusan idea yang lebih baik dari kerajaan.


Malangnya, pembangkang yang ada selalunya ketandusan idea untuk membahaskan perkara-perkara yang substantif. Akhirnya mereka melengahkan dan mencuri masa dewan dengan perkara remeh temeh yang berlegar sekitar Standing Order (selalunya atas alasan “mengelirukan dewan”, padahal mereka yang mudah terkeliru).


Walaupun tugas Speaker Dewan menjadi lebih sukar dan tekanan darah naik sepanjang masa, amalan “walk out” oleh PN ini akan memakan diri, jika tidak berjaya mempamerkan fungsi pembangkang di Parlimen.


Lama-lama dari “walk out” menjadi “walk over”.


(dalam kepala terngiang-ngiang Putrajaya menjerit “Tarik Balik”, ulang 100x)



YA AMPUSALAM- KERANA KERAJAAN INILAH BARANG CUKUP DAN ADA. TAK MACAM KERAJAAN KAU DULU REGA MAHAL DAN BARANG TAK ADA...

 


Fadhli ni kata 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴. Tapi yang sembang kosong inilah yang telah berjaya 𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗮𝘆𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗹𝘂𝗿, sesuatu yang PN hanya tahu beralasan suatu ketika dahulu.


Ini juga kerajaan yang berjaya 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 yang mana masa PN dulu payah nak jumpa. Rupanya 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 sorok minyak masak bersubsidi.


Kerajaan sembang kosong ini juga yang berjaya untuk 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗶𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻, tarik lebih banyak 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻, serta tingkatkan 𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗺𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 yang dirosakkan oleh PN.


Inilah juga kerajaan yang adakan beberapa 𝗶𝗻𝗶𝘀𝗶𝗮𝘁𝗶𝗳 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 (𝗜𝗣𝗥) dengan menberi peluang golongan miskin 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗡 𝘀𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗮𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 untuk mulakan perniagaan atau jadi petani moden.


Ada banyak lagi kebaikan yang dibuat oleh 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 ini kalau nak dibandingkan dengan PN. Masa PN dulu rakyat 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗽𝘂𝗻. Sampai nak makan pun susah. Kini baru rakyat merasa senang semula.


Kalau kerajaan yang banyak bawa kebaikan ini dia kata 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴, maka sahihlah kerajaan yang PN ketuai dulu 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗢𝘁𝗮𝗸 𝗞𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴. Malah sampai hari ini MP PN masih 𝗯𝗲𝗿𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴. Fadhli ni adalah contoh terbaik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MP PN duduk tempat baru: 'You tak selesa boleh pindah' - Speaker



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul terbuka sekiranya ada ahli parlimen memohon untuk pindah ke tempat baru sekiranya tidak selesa dengan rakan sejawat disebelah. Johari menjawab soalan Ketua Whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan mengenai kedudukan dua MP PN iaitu Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang) dan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) yang telah berpindah ke tempat baru. Untuk rekod, dua MP PN ini merupakan antara empat MP yang telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



'Banyak tuduhan Muar tidak berasas' - Teo bidas Syed Saddiq


Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menafikan dakwaan bahawa terdapat penapisan dari Putrajaya selepas lonjakan kandungan yang dialih keluar, yang mengkritik kerajaan, daripada platform media sosial. Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Teo menegaskan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas syarikat media sosial dan mereka tidak menerima arahan daripada kerajaan.


Pembangkang 'belasah' speaker, Anwar dakwa kerana dendam kesumat



Ahli parlimen pembangkang petang ini keluar dari Dewan Rakyat, sebagai protes terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 negara, pada sebelah petang. Sebelum itu, ketua pembangkang Hamzah Zainudin telah bangkit dari kerusinya untuk membantah masa ucapan Anwar, yang menurutnya sepatutnya dilakukan lebih awal pada permulaan persidangan Dewan Rakyat pagi ini. Anwar memberitahu ahli parlimen bahawa dia tidak boleh berbuat demikian pada waktu pagi kerana dia mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, yang sedang dalam lawatan rasmi ke Malaysia.



RENTASAN 1555 | SENTAP DENGAN PENDEDAHAN PMX, KINI MAHIADDIN TUDING JARI...




MENARIK DALAM RENTASAN 1555
1. APA YANG DITANAM, ITULAH YANG DITUAI 2. NASIB BAIK IANYA TIDAK BOLEH DIJUAL 3. JANGAN SAMBIL KITA MEMBANGUN, KITA MEROBOHKAN 4. SELAK KAIN ORANG, DADA SENDIRI TERBUKA







[parlimen] CUBAAN MEMBUANG MASA DARI PEMIMPIN PAS & BERSATU ISU KERUSI!

MANA SEGALA MACAM JENTERA KOMUNIKASI KERAJAAN, HANG NI RETI JAGA PMX ATAU TIDAK?


Berikutan tindakan Anwar Ibrahim yang enggan menjawab pertanyaan media mengenai kejatuhan nilai ringgit yang paling rendah dalam tempoh 26 tahun, tetapi kemudian didapati dengan senang hati menerima pelawaan untuk menyanyikan lagu Azizah di sebuah acara di Melaka, akibatnya berdentam-dentum bak gegak gempita mercun datang hentaman yang menimpanya.


Sejak dua tiga hari lalu, terutama di TikTok, pelbagai bentuk serangan terlihat meriah menghenyak Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan atas isu tersebut.


Di platform media sosial lain, termasuk beberapa podcast, masing-masing turut tidak melepaskan peluang melanyak lagi Anwar atas apa yang terjadi itu.


Hampir semuanya menyalahkan Anwar yang dianggap telah menunjukkan sikap tak sepatutnya dan langsung tidak resah atas kapasiti beliau selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas kejatuhan nilai ringgit yang sedang berlaku.


Selain mengelak soalan dan enggan menjawab soalan media, langkah susulan daripada segi rancangan mengatasinya atau setidak-tidaknya mengadakan mesyuarat, juga langsung tidak kedengaran.


Hakikatnya, dalam isu kejatuhan ringgit ini, tidak ada orang lain yang lebih layak dan paling sesuai memberi pandangan bagi pihak kerajaan, melainkan Anwar selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.


Tambahan lagi dalam konteks Anwar, kedua-dua jawatan berada di dalam rangkulannya.


Dalam semua keadaan itu, dapatan di media sosial jelas mendapati Anwar menerima serangan dan hentaman yang paling teruk sekali sejak beliau bergelar Perdana Menteri.


Persoalannya, di mana segala macam jentara komunikasi dan media pro kerajaan untuk mempertahanlan Anwar?


Sekurang-kurangnya ada dua kelompok komunikasi dan media yang sepatutnya berperanan mempertahan dan melndungi. Anwar dalam hal ini – satu di bawah Menteri Komunikasi dan satu lagi di bawah Unit Komunikasi dan Media PMO sendiri.


Kenapa hampir tiada ternampak usaha mempertahan dan melindungi Perdana Menteri?


Pernahkah kedua-dua kelompok berkenaan mengadakan mesyuarat dan perbincangan untuk membina naratif bagaimana Perdana Menteri harus dipertahan dan dilindungi?


J-Kom yang masih menunggu kehadiran Ketua Pengarah baru pun takkan goyang kaki saja melihat Perdana Menteri dibalun bertubi-tubi?


Atau semua mereka ini tak peduli dan tak kisah pun dengan serangan terhadap Anwar itu?


Ketika Najib Razak jadi Perdana Menteri dahulu, beliau diketahui memang mempunyai jentera media dan komunikasi yang besar, malah difahamkan pembiayaannya juga besar.


Namun, bersama kebangkitan rakyat dan isu-isu yang timbul ketika itu tidak ditepis dengan sebaik mungkin, Najib hilang kuasa akhirnya pada PRU14 lalu.


Selepas kekalahannya, dalam sebuah majlis, beliau secara terbuka menyebut, pasukan media maya yang bersamanya ketika beliau berkuasa dahulu hanyalah “menghabiskan beras” semata-mata.


Anwar baru menjadi Perdana Menteri selama 15 bulan dan sebelum apa yang berlaku kepada Najib itu menimpanya, elok jika beliau dapat segera menjerit kepada segala jentera media dan komunikasi yang ada di kelilingnya sepertimana beliau pernah menempik kepada pemimpin sebelum ini dalam isu kejatuhan ringgit – hang ni reti buat kerja atau tidak? – ShahbudinHusin 23/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/23/mana-segala-macam-jentera-komunikasi-kerajaan-hang-ini-reti-jaga-pmx-atau-tidak.html



WAKALIAMPUT- MASA KAU CAKAP FITNAH KERAJAAN TAK PA PLAK..



 Chewah! Dia 𝘱𝘭𝘢𝘺 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘪𝘮. Nak raih simpati la tu konon kena cerca. Siap cakap maafkan orang yang cerca dia. Habis yang dia 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 tu tak nak minta maaf?


Tadi aku ada kongsi 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 dengan jelas Puan Asma' ni salahkan kerajaan sebab 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 dan 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗦𝗦𝗧 yang dia kata punca kedainya rugi.


Padahal orang lain meniaga elok je. Tambah lagi 2% kenaikan cukai SST 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 𝗙&𝗕. Jelas dia fitnah kerajaan punca kedainya tutup.


Tinjauan 𝗞𝗼𝘀𝗺𝗼 mendapati kedai makannya hanya dapat 3 ke 4 bintang sahaja. Terlalu banyak 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝘁𝗶𝗳 yang ditinggalkan oleh pengunjung.


Antaranya 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗮𝘂 𝗮𝘀𝗮𝗽, 𝗵𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁 (tunggu hingga 2 jam), 𝗸𝘂𝗹𝗶𝘁 𝗺𝘂𝗿𝘁𝗮𝗯𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀 dan 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁, bukan baru dimasak. Pendek kata, kualiti 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸!


Boleh baca berita sepenuhnya di 𝗞𝗼𝘀𝗺𝗼.

http://tinyurl.com/mvvkpp9u


Kalau dah 𝘳𝘦𝘷𝘪𝘦𝘸 pelanggan pun 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 je, patutlah rugi. Tapi 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗰𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 sebaliknya 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻. Macamlah dia betul sangat.


Akhirnya 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝗼𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗸𝗲𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻. Padahal dia sendiri yang undang kecaman. Dah tu 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Orang macam ni yang walau gelar ustazah? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



INI BARU KRITIKAN, BELUM LAGi BALUNAN


Saya agak geli hati dengan reaksi sesetengah pihak terhadap tulisan saya kebelakangan ini yang dilihat sedikit kritikal terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Dah lain nampaknya tulisan sekarang ini?


Kenapa sekarang hentam Anwar dan kerajaan, bukankah sejak dulu you menyokong beliau?


Tak sokong Anwar lagi ke?


Dah beralih sokong pembangkang ke sekarang?


Ini adalah antara beberapa respon secara langsung yang saya terima sejak akhir-akhir, baik melalui teks Whatsapp atau pun panggilan telefon.


Termasuk yang memberi reaksi itu ialah mereka yang saya ketahui sejak dulu tidak pernah menyokong Anwar, tetapi sekarang ternampak begitu sensitif bila Perdana Menteri ditegur.


Inilah dunia, memuji dan memuja orang yang ada kuasa tetap merupakan suatu keseronokan yang digilai.


Di ruangan komen apabila saya kongsikan di media sosial tulisan saya yang kritikal itu, beberapa pengomen juga turut menunjukkan rasa tidak senang dengan apa yang saya tulis itu.


Seolah-olahnya oleh kerana saya dilihat penyokong Anwar sebelum ini, maka saya mesti menyokongnya sampai bila-bila.


Kepada semua yang berkenaan, ingin saya jelaskan bahawa saya adalah penulis bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, baik mereka itu sosok pemimpin atau pun ideologi perjuangan.


Saya tidak menganggotai mana-mana parti, sama ada dalam PH atau di luar PH, dengan yang demikian saya tidak terikat dengan sebarang disiplin atau kepatuhan.


Meski saya menyokong Anwar sehingga beliau berjaya menjadi Perdana Menteri, tetapi saya tidak meletakkan diri saya taksub kepadanya.


Sejak dulu, saya beberapa kali pernah menegur dan mengkritik beliau.


Isu lantikan Nurul izzah sebagai penasihat kanan di MOF dan perbuatan Anwar bergurau dengan seorang pengacara wanita remaja di sebuah acara terbuka – kalau saya muda, saya dah minta nombor telefon you – adalah antara isu yang pernah saya kritik beliau sebelum ini.


Yang terbaru, saya mengkritik Anwar kerana kerap mengulang-ulang cerita rasuah golongan maha kaya, termasuk mengatakan biliknya di Penjara Sungai Buloh masih kosong, walhal tindakan sudah pun diambil oleh SPRM serta mengingatkan beliau tentang janji-janji lama yang mengejarnya.


Dalam erti kata lain, saya bukanlah walaun dan bukan juga walanon yang mengiayakan semua perkara yang dilakukan Anwar.


Jika ada yang dirasakan tidak kena dan perlu ditegur, Insya Allah saya akan menegur dan mengkritik beliau demi kebaikannya.


Saya mengkritik bukan untuk menjatuhkan, tetapi agar beliau dilihat lebih baik, tidak mengulangi kesilapan yang sama di lain masa dan tidak melakukan sesuatu yang pernah ditentangnya ketika belum berkuasa.


Kalau untuk menjatuhkan, itu dinamakan balunan.


Tetapi dalam kes Anwar setakat ini, ia adalah dalam bentuk kritikan dan belum mencecah ke tahap membalun lagi.


Kalau nak tahu bagaimana tulisan yang membalun, boleh tengok tulisan-tulisan lama saya mengenai Najib Razak, Tun Mahathir Mohamad, Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri Yaakob ketika masing-masing memegang jawatan Perdana Menteri sebelum itu.


Ketika itu baru betul-betul dinamakan pembalunan, bahkan saya membalun secara bersiri-siri sehingga mereka berhenti.


Sebagai penulis yang bebas, saya ingin terus menegur dan mengkritik Anwar jika saya rasakan perlakuan, sikap, penampilan atau tindakannya yang perlu saya tegur dan kritik.


Nak mengampu, membodek, cium tangan atau cium pipi, biarlah orang lain bahagia melakukannya.


Selain tiada kepandaian membodek, saya juga tidak berharap apa-apa dan sebab itu, sejak kerajaan madani ini terbentuk, saya belum pernah lagi menjejakkan kaki ke mana-mana pejabat menteri, kementerian, agensi atau apa-apa yang berkaitan dengan kerajaan.


Kalau ada pun pejabat kerajaan yang saya kunjungi, ia hanyalah sebuah majlis perbandaran dan pejabat tanah di mana saya membayar cukai pintu dan cukai tanah di sana.


Cuma jika ada yang bertanya, sampai bilakah saya akan mengkritik dan menegur Anwar melalui tulisan atau apabila sesekali dijemput dalam podcast dan sebagainya?


Jawabnya, selagi kritikan kekal sebagai kritikan dan belum bertukar menjadi pembalunan. – ShahbudinHusin 27/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/27/ini-baru-kritikan-belum-lagi-balunan.html



PMX TEGUR LAGI TENTANG KELEMAHAN PENERANGAN KERAJAAN - JANGAN PANDANG REMEH


Saya rasa sudah kerap PMX mengeluh tentang isu ini.  Apa yang PMX luahkan itu memang betul pun.  Kita perlu akui kelemahan ini dan wajib mengambil tindakan segera yang lebih efisyen.


Kerajaan Perpaduan telah banyak melakukan program-program yang baik untuk rakyat.  Mengapa masih wujud berita-berita palsu, fitnah dan mengelirukan masih mendominasikan alam maya sekarang ini?  Apakah ini salah aktivis-aktivis media sosial "probono" yang gagal menangkis serangan mereka?  Atau, media milik kerajaan masih "malu-malu" untuk menjadi benteng serangan puak mereka?  


Kita masih beruntung kerana masih ada lagi aktivis media sosial, Cytro dan Cyber Troopers  seperti di Tik Tok, Youtube, Facebook, "X' (dulunya Tweeter) dan beberapa medium lain yang masih tidak jemu mempertahankan kepimpinan PMX, siang malam menangkis serangan Cytro pihak pembangkang meskipun secara "probono'.  Namun, pengaruh mereka agak terhad dan mereka juga tidak mempunyai kemudahan atau akses kepada fakta atau data untuk memberikan penerangan lebih efisyen. 


Saya pernah mencadangkan agar RTM mengadakan satu slot setiap minggu di TV, iaitu seminggu sekali diadakan program "Bersama Menteri'.   Setiap minggu secara bergilir-gilir seorang menteri dari setiap kementerian dijemput di dalam program ini.  Menteri berkenaan akan memberikan penerangan berkaitan segala dasar kementerian masing-masing di samping menjawab semua tohmahan atau berita palsu berkaitan kementerian mereka yang tersebar di luar sana agar rakyat mendapat maklumat yang tepat.  


Jika program ini dapat dilakukan berterusan, saya yakin rakyat akan lebih bijak dan bermaklumat.  Program seperti ini lebih fokus kepada isu-isu berkaitan mana-mana kementerian kerana menteri sendiri tampil untuk menjawabnya.  Jangan terlalu mengharap kepada pihak lain untuk mempertahankan kerajaan jika sang menteri pun tidak bersedia untuk mempertahankannya.


Apakah wajar kita hanya membiarkan PMX seorang diri berpencak silat untuk mempertahankan semua benda?  Ini belum lagi dikira adanya "deep state" di beberapa kementerian.  Saya benar-benar berharap teguran yang entah ke berapa kali ini diambil perhatian oleh pihak berkenaan.  Pelajarilah kelemahan kita sewaktu 22 bulan menjadi kerajaan dahulu yang mana banyak fitnah dan propaganda tidak terjawab dan akhirnya memudahkan kerja pengkhianat melalui "Langkah Sheraton".  


Semoga kita bermuhasabah, lakukan usaha yang terbaik dan bertawakkal kepada Allah.


WFAUZDIN NS


#wfauzdinns @ Tik Tok

#faudin channel @ youtube

#wfauzdin.blogspot



DUDUK LAH DALAM...7-10 TAHUN....

 

Kes tarik keluar, ikat dan pukul pemandu kereta hingga maut di Kajang, 20 Feb lalu.




Lima penghantar makanan,Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41; Azharul Azuan Mohd Azan, 34; Tengku Izham Tengku Hamid, 22; Mahazir Nordin, 43, dan Syamsul Qamar Ayob, 40 didakwa membunuh Shahril Samad, 41.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sekiranya tiada hukuman mati, hendaklah disebat sebanyak 12 kali.


Tiada jaminan diberikan oleh mahkamah dan menetapkan 25 April depan bagi serahan status forensik, laporan kimia dan bedah siasat.


Duduk je lah kau dalam penjara tu. Suka sangat buat tindakan sendiri. Bangang.



HARI KERJA GAMAKNYA..ORANG TAK BERMINAT LA KALAU GITU

 

BH ni report betul ke? 60 𝗽𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 diiringi kira kira 100 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀...



Dah kenapa polis lagi ramai dari peserta? Bukan biasa perhimpunan Bersih ni 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗹𝘂𝗵 𝗿𝗶𝗯𝘂 𝗽𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮?


Semalam LFL pun kata PH menang sebab 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵. Ni macam Bersih besar sebab 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗛 je kalau macam ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


REGA RAHMAH RUPANYA OSTAZAH EHEM NI YA... SALAH KERAJAAN LA NI


Miqdad Zakaria




 Kalau korang berminat nak hantar anak kat sekolah Ostajah ehem tu, boleh la tengok² dia punya yuran dan lain²..


Harga rahmah sungguh, walhal semua bangunan dan sebagainya datang dari sumbangan orang ramai.


Mungkin ini sebab salah kerajaan MADANI juga.


🤗🤗



TIMBALAN MENTERI PASTIKAN WAKIL KOTA BHARU TAK BANYAK MERAPU. SEBAB, ZAMAN DIA DIAM MEMBISU


 

MSO


Panjang lebar wakil ini mempersoal dan cuba mempertikaikan tindakan mahkamah Persekutuan membatalkan enakmen syariah Kelantan. 


Ketika dia jadi menteri undang² tidak pun melakukan apa apa untuk perkasakan undang² syariah.


Dalam Malaysia ini banyak mesin cakap dan injen bual. 


Dan tahniah timbalan menteri JPM Senator Dr Zulkifi Hassan kerana memberi jawaban yang tepat dan sekaligus menyengolah dan memPastikan  wakil Kota Bharu apabila dia cuba hendak memerangkap pihak kerajaan dan menimbulkan kontroversi dengan isu pembatalan enakmen syariah (1) Kelantan itu. Trims.



MAAF CAKAP.... REZEKI DI TANGAN TUHAN. KALAU ASYIK KONDEM ORANG DENGAN BERBAGAI ISU... MEMANG TAK LAKU

 

Man Toba



Walaun tak sapot sama walaun ke tu? 3 bulan niaga. Sebulan rugi -30K.


Baik ko open table je sedekah bagi makan free kat org. 


Ilmu berniaga kena ada. Pekerja kemain ramai lagi. Nak tampung kos bayar gaji je dah berapa.


Ko takyah niaga le.



SELAGI KEDIKTATORANNYA BERKUASA



MSO


Mursyid Am Pas kata parti itu ikhlas ajak Umno untuk perpaduan ummah. Hashim Jasin berkata demikian sebagai jawab dakwaan Zahid Hamidi yang kata Pas tidak ikhlas. 


Zahid rujuk yang tinggalkan Muafakat Nasional bukan Umno tetapi Pas kerana tergila nak gulingkan kerajaan PH. 


Disebabkan tindakan itu UmnoBN bersendirian dalam pilihan raya. 

Berkata lagi Hashim Jasin untuk perpaduan Pas bukan saja ajak Umno tetapi kaum lain juga.


Senang saja untuk tahu Pas ikhlas atau munafik tengok apa yang berlaku. Hashim barang kali lupa apa yang partinya buat apabila Agong cadang tubuh kerajaan Perpaduan, tetapi Pas menolaknya, lupa? 


Mungkin Hashim ada sedikit keikhlasan untuk mempersatukan Pas dengan Umno dan lain lain, tetapi tidak kepada presidennya. Makanya selagi Pas dipimpin Tok Dor maka sesiapa pun tak boleh bertindak apa apa kerana kediktatoran Tok Dor menguasai parti itu.


Kebiasannya sesebuah diktator itu hancur selepas pelopornya tiada. Trims.



SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT


             Zunar cartoonist fan club



ANTARA DUA HASRAT




Che Ibrahim


Agong kata nak tukar kerajaan pun tunggu la habis penggal.... 

Pas kata mudah mudahan boleh tukar kerajaan tanpa tunggu habis penggal....



NOHHHH....PAKAI PUN TAK BETUL.

 

Macam mana nok jadi PM pemakaian istiadat pun tak betul. Epollet, hok dok atas bahu tu terbalik. 

Tolong bagitahu MB tu cara pakaian yang betul. MB OH MB.




TANGGAPAN TUITUMAN ANTI KLIMEKS


MSO


Bayangan Tuituman terhadap kerajaan Madani jadi antik klimeks dengan peringatan dan amaran Yang diPertuan Agong pagi tadi. 


Tuituman membayangkan kerajaan Madani tidak akan sampai sepenggal akan tumbang, beliau memgukurnya dengan cadangan Bersih untuk berdemon ke Parlimen esok.


Kata Tuituman demonstrasi bakal diadakan menunjukkan rakyat tidak senang dengan kerajaan. Sangat simplistic tanggapan timbalan Tok Dor itu. 


Bersih berarak bukan nak tumbangkan kerajaan tetapi untuk tuntut beberapa perkara dilaksana termasuk reform patlimen. Cetek sangat telaga politik Tuituman.


Provokasi Tuituman itu juga anti klimeks apabila semasa rasmi pembukaan sidang parlimen ke tiga pagi tadi Yang diPertuan Agong beri amaran agar jangan cuba menggugatkan kerajaan.


Jika Tuituman menghormati titah Agong beliau patut meralatkan psywar seperti mana dilaporkan itu. Trims.



NI SEJENIS PENYAKIT HATI


 Saya kongsikan kegembiraan penjawat awam dan kebenaran janji PMX untuk beri bonus RM2000. Tertinggi dalam sejarah mungkin lebih dari 15 tahun.



Tujuannya agar kita bersyukur, selari dengan ayat Al-Quran yang bermaksud


"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (IBRAHIM :7)



Tapi ada pula komen, katanya bonus 2k, tapi kos sara hidup naik 15k?


Islam mengajar kita tabayyun dalam hal ini,


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” (al-Hujurat-6)

Saya masih menunggu jawapan balas si pengomen, bagaimana kos sara hidup beliau naik jadi 15k.


Kita nantikan.


Faizal Musa



MMMMM.... UPSEREY SABAQ SAT

 

W. Faudzin


Isshhh....tak baik tuang Berahing katik kata gitu.  Boh mung baru uzur syarie sikit jah...doa kan la panjang umur dia sampai habis penggal...Tak sabar2 mung nak jadi presideng ke?



NOHHHH


 

BANYAK LA HANG PUNYA TOYAMATMIN

 


Ketua Pemuda PN, yang aku pun tak kenal siapa ni, rujuk titah YDP Agong untuk desak 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗿𝗮𝘁𝗮 oleh kerajaan terhadap oembangkang.


PN tak sudah dengan cerita 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻. Nampak sangat mata duitan. Masa PH pembangkang dulu 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮. Elok je buat kerja.


Tapi sebelum tu, nak tanya PN, dorang tu 𝗮𝗱𝗶𝗹 𝗸𝗲 terhadap kerajaan? Sebenarnya PN lebih tak adil. Sebab, bila PN buat benda tak senonoh, semua dia 𝘤𝘰𝘷𝘦𝘳 dengan dalil. Tapi kalau kerajaan, buat yang elok pun 𝗱𝗶𝗮 𝙨𝙥𝙞𝙣 nak bagi nampak buruk.


Sebenarnya pentadbiran DS Anwar 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗻 anak tirikan negeri yang ditadbir pembangkang. Tak percaya, boleh 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗠𝗕 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶.


Contoh masalah air di Kedah. Kerajaan Pusat beri 𝗴𝗲𝗿𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗥𝗠100 𝗷𝘂𝘁𝗮 untuk bina loji rawatan air. Tapi kerajaan negeri cuai hingga gagal disiapkan.


Begitu juga negeri-negeri PN yang lain. Semuanya 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻. Bantuan banjir pun dapat banyak juga. 𝗧𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗮𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 pun.


Yang tak dapat cuma 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗠𝗣. Tapi memang 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 pun kena beri peruntukan kepada MP pembangkang.


Itu pun DS Anwar beri peluang. 𝗡𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻, 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 dengan 𝗧𝗣𝗠 𝗜𝗜 Fadillah Yusof. Tapi pembangkang ego. Dah 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴, janganlah bising tak dapat peruntukan!


Tak ada arahan pun untuk sokong PM kalau nak peruntukan. 𝗜𝘁𝘂 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Kalau ada bukti, lapor kepada SPRM. 𝗣𝗡 𝘁𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗸𝗮𝗻 maknanya 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗹𝗮 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘁𝘂. Ye tak?


Lagi satu, kalau aku PM, aku sendiri pun 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 kepada pembangkang macam PN. Tak buat kerja selain 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁.


Untuk apa beri peruntukan kepada pihak yang 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘁𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻? Itu macam upah pembunuh upahan tembak kita pulak.


MP dan Adun PN pun beberapa kali 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗮𝗻𝘁𝗼𝗶 𝙘𝙡𝙖𝙞𝙢 𝗸𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁 atas usaha Kerajaan Perpaduan. Tanpa malu 𝘁𝗲𝗽𝗲𝗸 𝗺𝘂𝗸𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 pada kotak bantuan kerajaan.


𝗣𝗮𝗿𝗮𝘀𝗶𝘁 macam PN ni, yang mencekik darah kita, wajarkah diberi peruntukan? Dengan 𝗮𝗱𝗮𝗯 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮, MP PN seeloknya usah dilayan langsung.


Bayangkan orang macam 𝗥𝗮𝗱𝘇𝗶 𝗝𝗶𝗱𝗶𝗻 yang jadi gila dalam dewan dan 𝗦𝗵𝗮𝗵𝗶𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘀𝘀𝗶𝗺 yang tak habis mengaji kitab adab, nak diberikan duit. Logik ke?


Setiap MP 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗲𝗹𝗮𝘂𝗻. Dan jumlahnya tak sedikit. Kalau betul cakna kebajikan rakyat, 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗲𝗹𝗮𝘂𝗻 tu untuk bantu rakyat. Itu baru dinamakan 𝗶𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



WOIII.... TOYAMATMIN BETOI HANG.... BETOI SANGAT...


 

OOOOOO...TU DIA NO...OOOOWHHH PETIR



UPSEREY SANUSI... YA AMPUSALAM.. BUKA MULUT PEMBOHONG


 

SEJAK ZAMAN MAHA


 Sejak tahun 1998, belanjawan negara terus berada dalam keadaan defisit dan sebab itu, hutang kita terus bertambah..




TAK LEH BAWA, BIAR ORANG LAIN BAWA.


 

Sambil menyelam minum air


Muklis Eddie


1) Perniagaan cafe rugi

    - modal mahal 

    - tak laku.


2) Perniagaan tonggang agama 

    - untung 

    - modal air liur (percuma)




KEH.. KEH.. KE WAKALIPUT


 

PIHAK BERKUASA PANTAU SAJA.

 



Mohon pihak polis 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗲𝗺𝗼. Polis cuma pantau je. Kalau melebihi batasan, 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻. Kalau dibuat secara aman, tak usah diganggu.


Kalau PDRM halang, walaupun atas alasan mengikut undang-undang, tetap 𝗣𝗠𝗫 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻. Kan bagi pembangkang dan LFL, 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮.


Aku pun teringin nak tengok berapa ramai yang akan hadir. Mungkin ini baik bagi mengingatkan kerajaan yang 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶. Ini proses biasa demokrasi. Jadi biarkanlah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



HALIMUNAN DALAM DEWAN

 



Teringat cerita 𝘏𝘢𝘳𝘳𝘺 𝘗𝘰𝘵𝘵𝘦𝘳. Dalam cerita tu ada 𝘪𝘵𝘦𝘮 dipanggil 𝘪𝘯𝘷𝘪𝘴𝘪𝘣𝘭𝘦 𝘤𝘭𝘰𝘢𝘬. Ingatkan benda tu fiksyen je. Rupanya 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱. Adeh. Macam-macam la 𝙃𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩𝙙𝙖𝙞𝙡𝙮 ni.


Betul ke Hadi ponteng parlimen? Kalau betul, awal sangat dia dah mainkan peranannya. Malang rakyat Marang sebab  𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗻𝗮 hanya 𝘁𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗷𝗲.


Mungkin kena buat hukuman 𝗿𝗲𝗷𝗮𝗺 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗶 ke atas MP yang 𝗽𝗼𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴 𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 baru boleh dapat kehadiran penuh. Jangan salah faham. Bukan takut kena rejam tapi hukuman begitu barulah 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺𝗶𝗸, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝘂𝗹𝗮𝗿. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


𝗣𝗨𝗔𝗦 𝗗𝗘𝗣𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗞𝗦𝗨𝗕 : 𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟𝗟𝗬 𝗔𝗗𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗢𝗥𝗢𝗖𝗖𝗢




Pihak berkuasa Malaysia telah memaklumkan pihak Morocco. Betul lah kata DS Saifuddin Nasution Ismail MDN bahawa Mawla tu Rakyat Algeria. Lebih tepat Algerian-French. Ada kacukan Perancis.


Hahaha...TAPI setelah puas para walaun, untit walamin TAKSUB kafirkan saya, wahabbikan saya, memunafikkan saya...SEMATA-MATA sebab saya tak percaya ini cicit Nabi SELAGI tidak disiasat dan disahkan dokumennya... 


FINALLY... keluar berita terbaharu dari Morocco ni. 𝗠𝗼𝗿𝗼𝗰𝗰𝗼 𝗽𝘂𝗻 𝗻𝗮𝗳𝗶 Mawla ni org Morocco dan nafi dia cicit Nabi. 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 dari 𝗠𝗼𝗿𝗼𝗰𝗰𝗼 𝗪𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗡𝗲𝘄𝘀 menyatakan Mawla ni Algerian-French mencetuskan 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗼𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗔𝗥 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗰𝗶𝗰𝗶𝘁 𝗡𝗮𝗯𝗶. Amik hang...!! 🤣


Skrg macam mana?? Sukahati hgpa je tuduh org yg mahu Mawla disiasat terlebih dahulu sebagai wahabbi, kafir dan munafik?? Aku ASWJ pun diwahabbikan hanya kerana 𝗵𝗴𝗽𝗮 𝗧𝗔𝗞𝗦𝗨𝗕 Mawla. Tapi taknak mengaku kan?? Hahaha...


Biasaklah puak 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝. Depa kafirkan kita sipi2 lepastu kata tak kafirkan pun? Minta bukti. 𝗧𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸 𝗞𝗨𝗡𝗢. Takpe...Malaikat mencatat, Allah tahu walau ia 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛.


Wallahualam.


- Zus Din 

26022024

**********

Link : https://www.facebook.com/MoroccoWorldNews/posts/pfbid02MgDm1eYfBj4FMM4XyyV7gh5w4kk5neqj1m4s2SqdhSL7DQWJdw3uZAf76HS6qg77l



BANYAK BENDA LA...


Che Ibrahim


 Makna dia ikan pun kena buang perut dulu baru timbang? 

Limau kena buang kulit dulu.....?


Islam itu mudah, jangan menyusahkan.



HAAAA..TU DIA....WAKALIPUT LA KALI NI....


 

WOIIII- BERJAYA PALA TOYA APA NIH..KAH..KAH..KAH


 

TOYA MATMIN BETOI- AWAT WALAUN TAK PI HINGGIT PAGAQ MB KESAYANGAN HANGPA NU


 

ZAHID KATA DAH SERIK SEBAB PAS TAK IKLAS...


 

WAKALIPUT- NOH TITAH AGONG ,LEBAI TAK BOLEH ANGAN ANGAN TEBUK ATAP LAGI.


 

PENJELASAN ISU PEMECATAN DATO AMMAR DAN FITNAH WALAUN

 PENJELASAN ISU


Pemecatan Dato Ammar sebagai DG Tourism Malaysia namun beliau kekal sebagai pegawai penjawat awam, bakal pencen awal tahun depan.


KSN dah jelaskan tindakan tersebut berlaraskan Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992


Pemecatan Dato Ammar sebagai DG Tourism Malaysia kerana kerja merosot. Ammar bersama TM sudah hampir 35thn sejak ditubuhkan dikenali sebagai TDC.


 Dia dikatakan dipecat kerana :- 

1. ~Tidak bersetuju dgn cadangan utk iktiraf kan kg cina~. 

*REKAAN WALAUN.* Sedangkan 

Isu UNESCO tiada kaitan dengan MOTAC.


2. ~Homestay di Malaysia dihapuskan kerana homestay adalah pendapatan org melayu dan tempatan~. 

*REKAAN WALAUN.* Bila dihapuskan? Fitnah. 


3. ~Memberi keutamaan dan keistimewaan kepada pelancong cina~


*REKAAN WALAUN* kerana

Pelancong Arab pun terima bantuan isu pelepasan visa. Ini fakta.


4. ~Memberi kelulusan geran pelancongan kpd sykt cina~

*REKAAN WALAUN* sedangkn 

Pelancong Arab pun terima privilage sama  ttg  visa. Kenapa tak sebut?


5. ~Baru2 ini ada event di Laos dimana menteri suruh served pork yg telah ditentang oleh Ammar~. 

*REKAAN WALAUN*

Laos itu program ASEAN.


6. ~Menteri tak berminat dgn hotel yg ada Syariah compliance~ dan Muslim friendly concept.

*REKAAN* Tak benar - mana bukti?


Point 1-6 tu ciptaan walaun nak wujudkan persepsi rasis menteri dgn penjawat awam rata2 melayu


Ini fitnah jahat. 


1. Isu UNESCO tiada kaitan dengan MOTAC; ia cadangan KPKT, tapi belum ada sebarang keputusan

2. ⁠Bila dihapuskan? Fitnah.

3. ⁠Pelancong Arab pun terima bantuan isu pelepasan visa. Kenapa tak sebut?

4. ⁠Mana bukti? Ini fitnah jahat lagi rasis.

5. ⁠Laos itu program ASEAN.

6. ⁠Tak benar - mana bukti?


Tambahan, KSN sendiri dah jelaskan tindakan tersebut berlaraskan Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992


Dan board Tourism Malaysia pun setuju mantan KP bermasalah.


MADANI:

PEACE

RESPECT

CREATIVITY (to boost tourism)



UPSEREY NAPETEY ....MINTA MAAF...NO WAY..


 Ahmad Mursi


Cerita dulu dah boleh tutup. Lepas Akta Lompat Parti, kita dah boleh wujudkan Kestabilan Politik untuk bangunkan negara. Pelabur lebih yakin.



ANWAR YANG DIKEJAR JANJI



Semalam, Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk menyerangnya sekarang berhubung kenyataan mahu menurunkan harga minyak yang pernah dibuatnya 20 tahun lalu.


Ini kerana kata beliau, kenyataan ketika itu dibuat dalam keadaan yang tidak sama dengan sekarang.


“Masa saya umum dulu ‘hari ini jadi Perdana Menteri, esok harga minyak turun’, harga minyak di Arab Saudi mungkin sekitar RM0.50. Harga kita dah sekitar RM1.50.


“Jadi saya kata kita keluarkan minyak. Sekarang kos keluaran dah bertambah.


“Nak gunakan kenyataan saya 20 tahun yang lalu, tidak adil,” kata Perdana Menteri lagi.


Sebenarnya, selain janji menurunkan harga minyak yang popular itu, Anwar juga pernah berjanji untuk menurunkan tarif letrik dengan cara memanggil tauke-tauke IPP (penjana letrik bebas) dan meminta mereka mengurangkan keuntungan serta menghapuskan monopoli beras yang dikuasai oleh Bernas.


Paling menarik, beliau turut pernah berjanji untuk menurunkan harga barang-barang keperluan pengguna selepas kemenangan PH pada PRU tahun 2018.


Lebih kurang ayat ucapan Anwar ialah beliau tidak mampu menurunkan harga barang ketika era PH kerana dirinya waktu itu tidak duduk sebagai Perdana Menteri.


Dalam semua janji-janji itu dilafazkan, gambaran yang cuba Anwar berikan ialah hanya melalui kuasa Perdana Menteri saja barulah beliau mampu melakukan apa saja perubahan untuk rakyat.


Keyakinan rakyat pula, oleh kerana beliau pernah berada dalam kerajaan sebelum itu dengan jawatan tertinggi sebagai Timbalan Perdana Menteri, maka sudah tentulah apabila sudah menjadi Perdana Menteri nanti, semua janji itu mudah saja untuk dijjadikan kenyataan.


Inilah yang merupakan sebab utama Anwar disokong dan dinanti-nantikan menjadi Perdana Menteri.


Dan sebab utama janji-janji lama itu diputar semula tidak lain ialah untuk mengingatkan Anwar agar tidak lupa kepada janji-janji yang pernah dibuatnya itu.


Meskipun Anwar seperti menolak untuk menunaikan janji menurunkan harga minyak melalui kenyataannya semalam itu, tetapi bagaimana dengan janji-janji yang lain?


Mahu ditolak jugakah dah misalnya, sudahkah tauke IPP dipanggil ke pejabatnya untuk diarah menerima keuntungan yang kurang?


Anwar ini barangkali satu-satunya pemimpin yang berada dalam penantian yang cukup lama untuk menjadi Perdana Menteri – lebih 25 tahun lamanya.


Sudah tentu dalam tempoh yang panjang itu, banyak janji dan kata-kata manis pernah diucapkannya.


Tetapi, kalau pun semasa bercinta dahulu, seorang bakal suami itu pernah berjanji untuk membelikan kereta Mercedes atau BMW kepada bakal isterinya, setelah berumahtangga, meski banyak komitmen lain perlu dipenuhi, takkan sebiji Myvi tak mampu dibelikan?


Maka itu, dalam konteks janji ‘hari ini jadi Perdana Menteri, esok turun harga minyak’, menurunkan paling minimum 5 sen seliter takkan tak mampu juga?


Begitu juga dengan yang lain-lain, oleh kerana ia adalah janji yang sah yang diucapkan Anwar dalam kapasiti beliau sebagai ‘calon Perdana Menteri’, tidak kira berapa lama ia dilafazkan, mahu tidak mahu, beliau masih terlekat tanggungjawab daripada segi moral untuk menunaikannya.


Tentulah amat sukar untuk Anwar mendapat sokongan rakyat semula pada PRU16 akan datang jika ‘sebiji habuk’ pun janji-janji itu tidak mampu dilaksanakannya, kecualilah jika pasukan media dan komunikasi kerajaan di bawah Fahmi Fadzil dan PMO mampu mencipta naratif ajaib untuk mengekalkan populariti boss mereka.


Selain janji-janji secara peribadi yang diucapkan Anwar dalam tempoh pengejaran cita-citanya menduduki kerusi Perdana Menteri, beliau juga terikat dengan satu lagi janji iaitu janji mereformasi institusi dalam negara ini.


Janji reformasi itu sebahagiannya besar tertulis dalam manifesto pilihan raya PH yang antaranya ialah had penggal untuk Perdana Menteri, perlindungan pemberi maklumat dipertingkatkan, semakan semula terhadap Akta Hasutan 1948, SPRM diletakkan di bawah Parlimen, pemisahan kuasa Peguam Negara dengan Pendakwaraya dan banyak lagi.


Dalam hal tuntutan tersebut, Bersih dilaporkan akan mengadakan demonstrasi menuju ke Parlimen esok (Selasa) untuk menyerahkan memorandum agar kerajaan tidak lupa kepada janji-janjinya itu.


Kesimpulannya, episod Anwar mengejar kerusi Perdana Menteri sudah dikira berakhir, tetapi yang bakal terbentang luas di hadapannya selepas ini ialah janji-janji lama yang akan sentiasa mengejarnya ke mana saja beliau pergi. – ShahbudinHusin 26/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/26/anwar-yang-dikejar-janji.html




APA KATA BAGI DIA PELUANG CAKAP LAM DEWAN

 



Che Ibrahim


Bagus juga kalau amanat Haji Hadi boleh dibawa balik ke Parlimen untuk dibahaskan, dan kerajaan hari ini perlu memberi ruang kepada Haji Hadi untuk menjelaskan tentang amanat tersebut.


Bagi hak seluas-luasnya kepada Haji Hadi untuk bercakap tentang amanatnya di semua saluran media kerajaan.


Sebab,


Rakyat perlu tahu tentang akidah mereka yang menganut fahaman takfiri itu termasuk juga mereka telah meninggal dalam keadaan kafirkan ahli² UMNO.


Ia sebagai cadangan sahaja.


Janganlah kecam ana, ana sekadar menuntut sebuah keadilan untuk Haji Hadi.


🤗🤗


Miqdad Zakaria 

Temerloh, Pahang



TITAH YDP AGONG


 

AGONG BERI AMARAN JANGAN GANGGU KERAJAAN



MSO

Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar menyeru semua ahli dewan berkerjasama dengan kerajaan untuk bangunkan negara dan ketepikan kepentingan politik masing². 


Baginda juga mengingatkan dengan tegas sepanjang pemerintahannya, baginda tidak akan layan usaha untuk ganggu kerajaan perpaduan dan jika hendak berpolitik tunggulah pilihan raya.


Baginda mengatakan demikian ketika bertitah merasmikan pembukaan sidang ke tiga parlimen ke 15 hari ini, sekejap tadi. 


Baginda juga berpesan supaya ahli parlimen dan dewan negara menjaga tertib sepanjang berada dalam dewan dan memberi isyarat kepada Yang diPetua Dewan agar mengenakan tindakan tegas, menggantung ahli dewan yang degil selama 14 hari.


Jelas dalam titah ucapan Sultan Ibrahim mahu melihat parlimen sebagai badan legislatif yang sesuai dengan martabatnya. Dalam pada itu baginda juga menyokong langkah diambil kerajaan seperti mengadakan subsidi untuk rakyat secara besar-bsaran. 


Dalam pada itu Sultan Ibrahim turut menyarankan agar kerajaan merangka dasar perpaduan kaum memandangkan masalah perpaduan kaum masih lagi tidak mantap walaupun negara sudah merdeka lebih 60 tahun. Trims.




BERILAH MASA....


 Tahun 2013, kita bercadang nak beli sebuah kereta. Atas kertas, kereta tu memang hebat. Cc enjinnya besar. Bentuk yang menawan. Kita pun cakap, "𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗮𝗸𝘂 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗻𝗶, 250𝗸𝗺/𝗷 𝘀𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴-𝘀𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁".


Sayangnya masa tu pemilik kereta enggan jual. Jadi kita hanya mampu perhati dari jauh sambil tegur apa yang boleh dibuat supaya kereta itu kekal kuat. Tapi 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮 buatkan kereta tu makin teruk.


Dalam tempoh 10 tahun, kereta tu sudah beberapa kali terlibat dalam kemalangan. 𝗣𝗶𝘀𝘁𝗼𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗯𝗼𝗯𝗼𝘀. Terbalik berbelas kali. Pendek kata, dah tak rupa kereta dah. Kemek sana sini. 𝘚𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘳𝘪𝘮 pun bengkok.


Tahun 2023 baru kita dapat kereta tu. Teruk memang teruk. Tapi kita yakin masih boleh diperbetulkan. Kalau 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗶𝘁𝗶, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝙥𝙚𝙧𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙣𝙘𝙚 𝗮𝘀𝗮𝗹𝗻𝘆𝗮. Tapi macam biasalah, kerja tu akan makan masa.


Dalam keadaan sekarang, paling selamat kereta tu boleh pergi pun cuma 160km/j. Boleh nak paksa tapi takut 𝗲𝗻𝗷𝗶𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝘁𝘂 𝗽𝗮𝗻𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗽𝘂𝗹𝗮. Tak pun 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 sebab 𝘣𝘰𝘥𝘺nya dah rosak teruk.


Soalannya, adil atau tidak kalau tiba-tiba pemilik lama ketawakan, 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗷𝗲 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁? Dia cabar kita pandu kereta tu 250km/j macam kita pernah sebut dulu sedangkan kondisinya dah tak sama.


Tentulah tak adil. 2013 kita cakap boleh pergi 250km/j sebab kondisi kereta tu elok lagi. Tapi di tahun 2023, kereta tu dah jadi macam reban ayam bergerak. 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻.


Sebenarnya itulah situasi negara kita. Keadaan negara kita ketika DS Anwar ambil alih sudah dalam keadaan tenat. 𝗪𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂. Kini kita baru nak bertatih kembali. Baru nak cari rentak baru untuk bangkit.


Amat tak adil hari ini salahkan DS Anwar apabila tidak semua janji beliau 𝗱𝘂𝗹𝘂 dapat ditunaikan serta-merta. 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 ke keadaan asalnya. Ada banyak kerosakan yang perlu diperbaiki dahulu.


𝗕𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗺𝗮𝘀𝗮 untuk perbetulkan keadaan. Misalnya masalah rasuah, kartel dan kronisme. Semua tu telah berakar umbi dalam masyarakat. Tengoklah sampaikan 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴.


Beri DS Anwar satu penggal dahulu. Di hujung penggal ini, kita nilai semula kondisi negara kita. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴. Sekarang masih terlalu awal. Itu pun sudah ada banyak perubahan yang dilakukan. InsyaAllah akhir penggal nanti, 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


YAAMPU SALAM.......

 

Iswady Morny


PASIR GUDANG - Pakatan Harapan (PH) Johor tidak perlu 'mengemis' jawatan ketua kampung, ahli majlis atau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini selepas tiada wakilnya dilantik dalam rombakan Exco kerajaan negeri yang baharu pada bulan ini.