TAHAP PEMIKIRAN WALAUN BEGITU LEMAH



Posting ni bukti perbezaan tahap intelek antara walaun dan penyokong PH.


Dari tahun 2021 lagi dah sibuk diperkatakan tentang ID digital ni. Malah Hamzah Zainuddin sebagai Menteri Dalam Negeri waktu itu pernah menulis berkenaan isu ID Digital ni.


Tapi masa tu tak jadi isu pun. Tak ada cerita maklumat peribadi kita akan dicuri dan sebagainya. Perkara ini tidak menimbulkan polemik pun masa tu. Tapi kenapa agaknya?


Kerana perbezaan daya intelek dan tahap kecerdikan antara penyokong PH dan walaun. Penyokong PH tak jadikan ia isu kerana tahu ini sesuatu yang diperlukan oleh negara.


Walaun sendiri pun senyap masa ni. Tapi bukan sebab masa tu walaun faham keperluan ID Digital ni. Tapi sebab walaun jenis walak. Apa pemimpin dia buat dia angguk je.


Hari ini walaun kecoh pasal ID Digital ni pun, percaya la aku kata, walaun tak faham pun apa yang dia lawan. Dia bising sebab pertama, ianya dibuat oleh kerajaan, kedua, sebab ada walaun lain dah mulakan. Dia main ikut je.


Sepatutnya isu ID Digital ni boleh buka mata rakyat yang sebenarnya membuang masa percayakan cakap walaun dan layan isu yang mereka bawa. Mengarut je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



DR AHMAD SAMSURI CALON PM, JANGAN GUNDAH TAPI JANGAN AMBIL MUDAH



 Berikutan kemenangan besar Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam PRK Kemaman Sabtu lalu, lebih ramai yang ghairah bercakap mengenai dirinya sebagai bakal Perdana Menteri.

Bagaimanapun, dua perkara harus difahami terlebih dahulu sebelum perkara itu dibicarakan dengan lebih lanjut.

Pertama, penonjolan Dr Ahmad Samsuri sebagai calon Perdana Menteri bukanlah kerana majoriti sebesar 37,220 yang diperolehinya.

Jumlah majoriti itu tiada kaitan sama sekali dengan kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri, bahkan mana-mana Ahli Parlimen yang menang dengan satu undi sekali pun, jika mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen, adalah layak memegang jawatan tersebut.

Sebab utama Pas meletakkan namanya tentulah kerana kewibawannya sebagai pemimpin, kemampuan serta kelayakan akademik yang dimilikinya yang dirasakan paling baik daripada semua Ahli Parlimen yang dalam PN sekarang ini.

Ditambah dengan beliau tiada isu peribadi, masih muda, berwajah manis serta sentiasa tersenyum, maka tentulah Pas merasakan ia suatu kelebihan jika “dipasarkan” sebagai calon Perdana Menteri.

Yang kedua, meskipun Dr Ahmad Samsuri dinamakan sebagai calon Perdana Menteri, beliau tidak mungkin boleh menduduki kerusi tersebut dalam waktu terdekat ini.

Dengan PN hanya tinggal ada 69 Ahli Parlimen saja lagi ketika ini, daripada mana mereka nak cekau angka tambahan untuk mencukupkan jumlah sekurang-kurangnya menjadi 112?


Paling awal Dr Ahmad Samsuri boleh dipertaruhkan untuk menjadi Perdana Menteri hanyalah pada PRU16 akan datang, iaitu kira-kira empat tahun daripada sekarang.

Dalam hal ini, keghairahan beberapa pemimpin Bersatu yang mahu UMNO mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan berikutan keputusan PRK Kemaman, jika diteliti itu sebenarnya bukanlah untuk menobatkan Dr Ahmad Samsuri sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya, seruan dan desakan itu lebih bertujuan untuk menaikkan semula Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.

Takkanlah UMNO sedia berbuat demikian, sedangkan sebelum ini parti itu juga yang menjatuhkan Mahiaddin daripada kerusi Perdana Menteri.

Untuk itu, lebih baiklah Bersatu berhenti daripada terus menggesa UMNO meninggalkan kerajaan perpaduan kerana tiada sebab untuk parti itu mengkaji semula keberadaannya dalam kerajaan perpaduan.

Malah, jika dengan menarik sokongan itu akhirnya Mahiaddin yang ada kes mahkamah dan menantunya lari ke luar negara yang akhirnya jadi Perdana Menteri, lagi taubat lahum tidak mungkin UMNO berbuat demikian.

Dengan demikian, kepada PH dan UMNO, janganlah gundah gulana dengan isu Dr Ahmad Samsuri sebagai calon Perdana Menteri itu.

Ia lambat lagi untuk dihadapi detik pertarungannya.

Tetapi, meski masih lambat, jangan sesekali pandang mudah, goyang kaki dan tidak mula bekerja keras daripada sekarang.

Ini kerana, secara mata kasar, Dr Ahmad Samsuri ada kelebihan tertentu serta ada daya tarikan yang lebih baik berbanding Mahiaddin dan Hamzah, bahkan lebih mudah membuatkan orang tersentuh dengan kelembutan wataknya kalau dibandingkan dengan Hadi Awang atau Sanusi Mohd Nor.

Maka, PN khususnya Pas sudah pasti akan lebih memperhebatkan usaha menjaja nama beliau selepas ini sehinggalah PRU16 akan datang.

Di sinilah perlunya PH dan BN tidak berdiam diri, malah segala jentera parti, menteri-menteri, media, komunikasi dan sebagainya, mesti lebih cekap dan ligat mulai sekarang dalam peranan mempertahankan kerajaan sedia ada.

Jangan biarkan hanya Perdana Menteri seorang yang bekerja dan menangani semua perkara.

Kalau ambil mudah, memang tidak mustahil kerusi Perdana Menteri selepas ini akan jadi milik Dr Ahmad Samsuri akhirnya. – ShahbudinHusin 04/12/2023.






[bongkar] 5 BULAN LAGI KERAJAAN BERTUKAR? KETUA PEMBANGKANG AKAN DIGANTI!?

[bongkar] PENDEDAHAN MENGEJUTKAN BRO IS! SKANDAL YANG PANAS DIRANCANG!

PERUNTUKAN PARLIMEN PERLU RUNDING BUKAN HAK MUTLAK




 Peruntukan parlimen tidak termaktub dalam undang undang dan pembangkang seharusnya merundingkan hal berkenaan dengan kerajaan memerintah.

Ketidaksudian pembangkang pada ketika ini merundingkan peruntukan parlimen sehingga menyebabkan 4 wakil rakyat mereka berpaling menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar adalah sesuatu yang wajar.

Katanya, sebelum ini, ketika PN dan BN memerintah mereka sendiri meletakkan syarat tertentu sebelum Pakatan Harapan boleh mendapatkan peruntukan berkenaan.

“Sebelum ini PH boleh membuat perjanjian dengan mereka (PN) ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri dan ketika itu Mahiaddin dan Abdul Hadi ada dalam kerajaan.

“Tetapi mengapa sekarang mereka tidak boleh berbuat begitu juga (sekarang). Ini adalah sikap ego dan sombong mereka,” katanya ketika dihubungi.

Sedangkan, tambah Mahfuz, sokongan kepada Perdana Menteri langsung tidak menyebabkan Ahli Parlimen pembangkang atau parti pembangkang dianggap keluar parti atau terlucut jawatan sebagai wakil rakyat.

“Jadi ini menunjukkan PN hanya mementingkan politik dan bukannya kepada rakyat. Mereka menganut faham demokrasi yang mengetepikan kepentingan rakyat,” kata Mahfuz lagi.

Dalam sesi Parlimen sebelum ini, Anwar memberikan jaminan akan meluluskan peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang setelah diadakan rundingan dengan pihak kerajaan.

PM meminta agar pembangkang mengadakan rundingan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung permohonan peruntukan di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, Ketua Whip PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan dipetik sebagai berkata, mereka bakal menghentikan rundingan atau permohonan peruntukan untuk kawasan dengan Fadillah.

Beliau memberikan alasan pembangkang tidak sepatutnya menulis surat kepada kerajaan dengan jaminan tertentu dan tandatangan memorandum persefahaman (MoU).

Bagaimanapun, tindakan empat ahli parlimen pembangkang itu tidak menyebabkan mereka terlucut jawatan wakil rakyat kerana sokongan kepada Perdana Menteri tidak menyalahi Akta Anti Lompat Parti yang telah dikuatkuasakan sejak Oktober tahun lalu.

Susulan itu, menyebut Mahiaddin menggesa supaya Akta Anti Lompat Parti dikaji semula berikutan terdapat kelemahan susulan tindakan empat ahli parlimen parti itu menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri namun kekal bersama parti.

Pada 7 November lalu, Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan bagi tempoh enam tahun.

Sebelum ini, Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Iskandar Dzulkarnain dalam parti itu selama empat tahun.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor turut dipetik sebagai berkata, parti berkenaan sedang mengambil tindakan disiplin terhadap Mohd Azizi dan Zahari.



KEMPEN KERAS PN PUNCA TIMBUL PERBUATAN EKSTREM









 Beberapa elemen ekstremisme seperti ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri baru-baru ini merupakan kesan daripada pendekatan kempen Perikatan Nasional (PN) yang keras terutamanya apabila berdepan dengan masyarakat berlainan kaum dan agama.

Pengerusi Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN Selangor berkata pendekatan keras itu kemudian telah berkembang ke dalam masyarakat awam hingga membuatkan mereka tidak dapat menerima perbezaan pendapat atau ketika berdepan dengan masyarakat bukan Islam.

“Dahulu kita menghadapi masalah seperti Wahabi tetapi sekarang tanpa disedari orang Islam sudah mula menggunakan pendekatan keras dan tidak lagi mengamalkan soal adab dalam berikhtilaf atau berbeza pandangan.

“Jadi sekarang kalau tidak setuju dia boleh ugut, ancam hingga menyebabkan berlaku keresahan dan ketegangan dalam masyarakat,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni ketika dihubungi Suara Keadilan hari ini.

Mohd Zawawi yang juga bekas Exco Agama Selangor berkata masalah ekstremisme dan tidak dapat menerima perbezaan pendapat ini pernah melanda di dunia Islam yang lain seperti Sudan, Mesir dan Pakistan sebelum ini sehingga menyebabkan rakyat bertelagah sesama-sendiri.

Beliau yang turut bersetuju dengan ingatan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang penyusupan elemen takfiri Khawarij juga mahu supaya elemen ekstremisme itu segera dibendung supaya dapat dicegah dari awal supaya tidak menjadi wabak.

“Misalnya di Kedah baru-baru ini ada lelaki yang menikam pemandu GrabCar. Saya risau ada orang melihat ini dari sudut perbuatan jenayah antara Melayu dan Cina. Pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada ia melihatkan elemen kebencian terhadap orang bukan Islam sehingga sanggup berbuat perkara itu.

“(Dengan perwatakan berkopiah) Ia merosakkan imej Islam hingga memperlihatkan wajah agama ini jadi hodoh,” katanya yang ketika ini sedang berkempen membantu jentera parti dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman,” katanya.

Mohd Zawawi mengulas mengenai perbuatan seorang lelaki yang mengugut untuk melakukan perbuatan jenayah terhadap Perdana Menteri dengan menawarkan hadiah kononnya sebanyak RM5 juta.

Pada 26 November lalu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan polis bagi menggesa tindakan tegas terhadap pengguna media sosial yang melakukan ugutan jenayah tersebut.

Hasil beberapa laporan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam berjaya menahan dua individu secara berasingan di kawasan Kota Bharu, Kelantan selepas mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Agong serta ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dipetik sebagai berkata, kedua-dua suspek lelaki tempatan berusia 37 dan 34 tahun masing-masing dicekup di negeri itu pada 26 November dan semalam.

Suspek pertama disyaki pemilik Facebook ‘Cik Mat Cik Po’ ditangkap pada Ahad di kawasan Kota Bharu kerana memuat naik komentar kecenderungan menghasut bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama empat hari hingga Khamis ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.


ISU PALESTIN KEMANUSIAAN, JANGAN ALIH KEPADA PERBEZAAN AGAMA


 Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan mempunyai pendirian yang jelas terhadap isu Palestin selain tidak mahu ia menjadikan suhu perbezaan agama dan kaum bertukar hangat.

Perdana Menteri menjelaskan isu kezaliman Zionis bukan sekadar membabitkan umat Islam malah melibatkan soal hak asasi kemanusiaan sejagat yang perlu difahami dengan jelas.

“Ada yang bertanya mengapa kita hanya berpihak kepada Palestin, orang Islam tentunya, (dalam perkara itu) ada kejahilan kefahaman, bumi Palestin memang majoriti penduduk Islam tapi ada juga minoriti Kristian.

“…dan bila dirobohkan oleh kerajaan Zionis Israel, dirobohkan semua termasuk ratusan buah masjid dan tujuh gereja yang dimusnah sama sekali. Jadi kita harus lihat dari sudut kezaliman… ya dari sudut orang Islam, kita ada hak melihat dari sudut pandangan Islam tapi dari segi kemanusian dan negara, ia juga melibatkan orang bukan Islam khususnya Kristian.

“Harap kawan-kawan kita dari agama lain harus memberikan sokongan kerana ia soal keadilan dan kemanusiaan malah antara sarjana yang paling bijak mengupas soal ini Edward Said, dia orang Palestin, pendukung kental tetapi Kristian, dia menulis dan saya popularkan tulisannya mengenai The Politics of Dispossession (Politik Pengusiran),” katanya pada penghujung pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) di Dewan Negara hari ini.

Anwar menekankan bahawa soal Palestin adalah membabitkan masalah perampasan tanah, kerakyatan dan negara ditakluk serta dijajah.

“Malah maruah dirampas, inilah yang disebut sebagai The Politics of Dispossesion,” ujarnya.

Jelas Anwar, sebab itu negara mengambil pendirian tegas termasuk membangkitkan isu tersebut semasa sidang Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di San Francisco, Amerika Syarikat baru-baru ini.

“Saya tahu juga keperluan dan kepentingan Malaysia, pelaburan dan kita tidak upaya melawan negara-negara besar tetapi bila mengenangkan anak-anak dan bayi terbunuh, saya tidak ada pilihan.

“Maka dalam sidang APEC itu, walaupun Presiden Joe Biden itu negara kuasa besar di hadapan saya dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), (Antony) Blinken di kanan saya dan dihadiri Presiden Xi Jinping dan semua ketua negara, saya dengan tegas menyatakan pendirian Malaysia, menyatakan hak dan kemanusiaan dan menuntut semua pihak termasuk AS menghentikan keganasan segera.

“Saya sebut satu hari tambahan (serangan) ribuan wanita dan kanak-kanak akan dibunuh, saya kata tidak munasabah bagi AS dan Barat untuk menuntut kita mengutuk Russia kerana menyerang sebahagian Ukraine tapi memaafkan Israel bila menakluki Palestin. Saya fikir itu juga suara hampir seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Terdahulu, Anwar berkata Wisma Putra kini telah menunjukkan peningkatan profilnya di arena antarabangsa sekali gus mendorong kerajaan meningkatkan peruntukan kepada RM1.27 bilion pada tahun depan berbanding sebelum ini RM971 juta.



TIONGHUA



Dalam gambar ini namanya “Basuki Tjahaha Purnama”. Bekas Gabenor Jakarta. Beliau sangat popular suatu masa dulu, dikatakan boleh jadi Presiden Indonesia, sebelum beliau dipenjara. 


Beliau dipenjara 2 tahun atas kesalahan BLESPHAMY atau keluarkan kata2 kufur. Apa perkataan kufur yang beliau keluarkan? 


Beliau kata “Pemimpin Islam dengan sengaja menggunakan ayat Quran untuk halang pengundi Islam mengundi calon bukan Islam”. As simple as that, factual belaka ketika itu, tetapi tetap dipenjara. 


Satu benda kita kena tahu, beliau ini berbangsa Tionghua Indonesia. Orang Malaysia cakap bangsa Cina la. Di Indonesia mereka tak sebut Cina sebab pada mereka itu rasis. Mereka guna nama Tionghua untuk kaum Cina di sana. 


Sebab semua masyarakat Cina perlu ada nama Indonesia. Maka nama beliau ialah Purnama. Walau masyarakat panggil dia “Ah Hock” saja. 


Ah Hock inilah calon pertama kaum minoriti yang dicadang menjadi Presiden Indonesia. Tapi nampak gayanya tidak menjadi. Ditentang oleh kaum majoriti. 


Amerika ambil masa 230 tahun untuk Obama jadi Presiden Kulit Hitam Pertama. Indonesia yang memang masyarakat Tionghua nya sudah asimilasi pun, masih tidak boleh terima PM bukan peribumi. 


Di Malaysia, ada politikus dinosaur dengan sengaja nak timbulkan provokasi. Nak angkat non-bumi jadi Perdana Menteri. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah nak ikut negara lain. 


Ini tindakan sengal oleh pemimpin dinosaur yang sepatutnya sudah bersara. Daripada dia tekankan mengenai Impian Malaysia, yang pada saya hanya nak mengangkat anak2nya. Baik la dia bagi pandangan bagaimana nak betulkan dasar. Dasar asimilasi kaum di Malaysia. 


Contoh: Bagaimana nak betulkan jurang antara sekolah vernekular dan sekolah Kebangsaan. Bilamana negara lain di dunia hanya ada satu sistem sekolah sahaja? 


Bagaimana nak betulkan isu geng yang nak status warganegara tetapi tak tahu dan tak mahu langsung berbahasa Kebangsaan?


Itu lagi afdal diberi cadangan. 


Selagi tiada asimilasi pelbagai kaum dalam negara dan pembentukan bangsa Malaysia. Jangan haraplah impian beliau berjaya. Yang merisaukan kenyataan itu akan cetuskan lebih banyak perpecahan. Perlu jaga mulut anda Uncle, jangan sampai cetuskan perang saudara. 


#justsaying 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



BAGI YANG OTAK TAK GUNA..AKIBATNYA MEMANG MENYUSAHKAN DIRI

 

Aztil Iznil


Berfikirlah sedalam-dalamnya sebelum bertindak bagi mengelak kemudaratan dikemudian hari.


Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.



APA LA HANG FAHMI.

 


Shahbudin Husin


Apalah Fahmi Fadzil ni, kawan tu MB Terengganu, takkan nak turun pangkat jadi Ketua Pembangkang pula….




LAWAK BILA MENANG

 


Ada walaun kata Samsuri lebih layak jadi PM sebab menang PRK Kemaman dengan majoriti yang lebih besar dari DS Anwar di Tambun ke? Walaun tak habis buat lawak antarabangsa, kan?


Majoriti dalam undi tu cuma untuk menang pilihanraya je. Untuk jadi PM, menang dengan berapa majoriti undi tak dikira. Yang dikira, berapa MP yang sokong. Kalau menang majoriti satu undi pun, tapi dapat sokongan majoriti ahli parlimen, maka layaklah jadi PM.


Samsuri kalau dapat 100% undi pun, maknanya lawan dia tak dapat satu undi langsung sekali pun, tapi dia tak dapat sokongan majoriti ahli parlimen, tak chukop jumeloh, tetap tak boleh jadi PM.


Lagi pun kita bukan perlu PM yang popular je. Kita nak PM yang berani. Tengok DS Anwar, walaupun asalnya Permatang Pauh, beliau berani bertanding di PD dan Tambun. Tempat asing baginya.


Samsuri berani ke? Cuba suruh Samsuri bertanding di Penang. Atau JB la. Tengok berani tak. Lagipun lawan Samsuri bukan pemimpin utama UMNO. DS Anwar pula lawan Timbalan Presiden Bersatu.


Untuk PRU akan datang, kita cabar Samsuri lawan YB Rafizi di Pandan. Ada berani ke? Ini sembang lebat tapi nak keluar dari tempurung pun tak berani. Lepas tu ada hati nak menganjing.


Lebih dari itu, sekarang dah penggal kedua Samsuri jadi MB Terengganu. Apa kejayaan yang Samsuri dah bawa? Penggal sebelum ini, kerajaan negeri dan pusat dari sama parti. Sepatutnya tak ada alasan negeri tak boleh maju. Tapi maju ke? 


DS Anwar baru setahun jadi PM. Berderet pencapaian DS Anwar. Dari segi ekonomi, FDI, inflasi, keterjaminan makanan dan banyak lagi. Ikutkan, Samsuri tu nak jadi SU Politik PM pun tak layak.


Tak payah banding dengan DS Anwar la. Bandingkan dengan Amirudin Shari, MB Selangor. Tempoh mereka berdua jadi MB sama. Tengok apa yang MB Amir dah capai berbanding Samsuri.


Walaun kena hentikan bermimpi ambil alih kerajaan. Benda tu takkan berlaku. Tunggu je la PRU16 nanti. Untuk masa ni, gesa pemimpin korang untuk majukan negeri yang dorang tadbir dulu.


Buatkan kami yang luar dari 4 negeri walaun ni kagum dengan kejayaan pemimpin korang, baru boleh cerita nak memerintah negara. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MUHYIDDIN TERCABAR


 

DIA BOLEH BUKTIKAN DALAM DEWAN


 

PEMBANGKANG YANG TIADA IDEA MEMBANGUNKAN NEGARA KERANA MEREKA MEMANG GAGALIS SEWAKTUNMENJADI KERAJAAN


 

MAT SABU LAYAK GAK JADI PM

 



'Mentaliti terkepung', manipulasi agama punca kekalahan di Kemaman


 Kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman semalam biar pun telah diduga tetapi tidaklah ke tahap Pas memperolehi majoriti sebesar 37,000 undi.



Biar pun terdapat hujah Pas mengekalkan undi pada Pilihan Raya Umum ke 15 tetapi pengundi Pakatan Harapan dan BN yang kurang keluar membuang undi, namun bagi Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, kekalahan PRK lebih kepada kejayaan strategi Pas memanipulasi emosi pengundi dan menggunakan hujah agama sempit.



"Modal (kempen) masih sama, sokong Pas masuk syurga. Ditambah isu konsert LGBT, konsert Coldplay. Pas juga berjaya tunjuk mereka lebih sokong Palestin daripada orang lain.



"Orang Terengganu ini sentimen kepada agama kuat. Antara kelemahan orang Terengganu kita tengok ialah mudah dimanipulasi tentang isu agama. Sangat sensitif bab agama. Pas berjaya dalam hal ini," katanya.



Menurut beliau, Pas juga mengelirukan pengundi dengan naratif kononnya Kerajaan Perpaduan tidak bersungguh sungguh membantu orang Islam Palestin.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg/v1/fill/w_360,h_240,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg

Ahmad Nahdir Yop



Sedangkan pada era Pas-PN memerintah (2020 - 2022) tiada pun agenda untuk Palestin yang diperjuangkan.



"Pencerah Pas bawa naratif Parlimen Malaysia gagal bawa isu Palestin. Orang termakan. Ini bukan masalah penerangan lagi, bukan tak sampai, tetapi orang anggap apa kita beritahu itu bohong, yang sebelah sana betul



"Ini di luar (gerak kerja) penerangan. Kita di pihak parti buat (penerangan), kerajaan buat tetapi ia berpunca daripada fitnah atas agama dan bangsa.



"Orang Melayu di sini termakan semua itu," katanya.



Perkara yang lebih membimbangkan, kata Ahmad Nadhir ialah 'mentaliti terkepung' yang disumbat ke pemikiran orang Melayu dan menganggap orang agama lebih suci atau betul daripada masyarakat biasa.



"Di sekolah agama terutama di Terengganu dan Kelantan ada mentaliti terkepung. Kamu adalah 'insan terpilih' yang bersih, suci, holier-than-thou, orang luar dari bidang agama lakukan maksiat dan sebagainya.



"Orang Pas kebanyakannya lulusan sekolah agama dan dia rasa diri sebagai utusan Tuhan untuk membersihkan. Itu ditanam dalam doktrin sekolah agama," katanya.



Sikap rakyat yang kurang mahu memastikan kebenaran juga, kata Ahmad Nadhir, menyukarkan penerangan dan pemahaman sesuatu isu terutama yang mempunyai kaitan dengan sentimen agama.



"Mereka (orang Terengganu) merasakan apa yang Pas bawa itu agama (yang benar). Yang lain daripada Pas bawa, bukan ajaran Islam (sebenar)," katanya lagi.



Dalam PRK Kemaman semalam calon Pas Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengalahkan calon BN Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan majoriti besar.



Kekalahan calon BN dianggap lebih buruk daripada PRU 2022 terutama apabila dicampurkan jumlah undi BN dan PH pada pilihanraya itu.

Dr Samsuri menang besar, Bersatu usah berangan kerusi PM


 Oleh : Noraini Nordin



ANALISIS: Kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semalam, bahkan dengan majoriti lebih besar berbanding PRU15 lalu, secara umumnya membawa mesej yang pelbagai kepada masa depan politik Malaysia.



Bagaimanapun, kemenangan Pas melalui Ahmad Samsuri Mokhtar (gambar, kanan), Menteri Besar Terenggganu sebagai calon, dengan majoriti 37,220 undi berbanding 27,179 undi diperolehi calon Pas pada PRU15 lalu, mesej utamanya ialah pukulan hebat kepada Bersatu, salah satu komponen yang selama ini menggambarkan diri mereka sebagai “abang besar” dalam PN.



Dalam PRK Kemaman ini, Pas bukan sahaja menang dengan majoriti lebih besar melalui calonnya yang dilihat lebih diterima dan disenangi, bahkan bersama gambaran bahawa Ahmad Samsuri adalah calon Perdana Menteri selepas ini.



Ini bermakna, majoriti besar yang diraih oleh Naib Presiden Pas itu bermakna suatu 'penerimaan' penyokongnya kepada keinginan untuk melihat beliau menjadi Perdana Menteri selepas suatu ketika nanti.



Melihat kepada keterujaan penaksub yang menjaja secara terbuka Ahmad Samsuri sebagai bakal PM apakah nasib Muhyiddin Yassin?



Dalam keadaan ini, di mana kedudukan Muhyiddin yang diketahui umum masih mengidam untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, malah telah membuat Pusingan U dengan ingin mengekalkan lagi jawatan sebagai Presiden Bersatu pada pemilihan tahun hadapan.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_331f4f600a8a42388515f696ba66bc39~mv2.jpeg/v1/fill/w_360,h_250,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_331f4f600a8a42388515f696ba66bc39~mv2.jpeg

Noraini Nordin



Kalau bukan untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi, untuk apa beliau mahu kekal memimpin Bersatu?



Tetapi dengan adanya Ahmad Samsuri ini, sediakah Muhyiddin mengundur diri untuk memberi laluan?



Begitu juga dengan Hamzah Zainuddin, Ketua Pembangkang sekarang yang turut dilihat sebagai calon Perdana Menteri kedua bagi blok pembangkang selepas Muhyiddin, apakah beliau juga sedia memberi laluan kepada Ahmad Samsuri?



Dengan kedudukan Pas yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbesar dalam PN iaitu 43 kerusi, logiknya memang wajar parti itu mempertaruhkan calon Perdana Menterinya dalam PRU16 akan datang dan bukan lagi sebagai penumpang.



Berbanding Bersatu yang sebelum ini mempunyai 31 Ahli Parlimen, tetapi setelah lima daripadanya telah mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlahnya kini makin berkurangan dengan hanya tinggal 26 sahaja.



Sementara Bersatu makin mengecil, Pas sebaliknya seperti mendapat laba besar dengan menonjolkan Ahmad Samsuri sebagai calon Perdana Menteri melalui PRK Kemaman semalam.



Berdasarkan kenyataan terbaru Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan yang menyebut, parti itu kini sedia memikul tanggungjawab lebih besar di peringkat nasional berikutan kemenangan Ahmad Samsuri, ini adalah petanda jelas, sekaligus suatu isyarat buruk buat Bersatu, Muhyiddin dan juga Hamzah.



Nampaknya Pas tidak mahu menoleh ke belakang lagi, sebaliknya ingin terus mara dengan agendanya, sambil berharap agar Muhyiddin dan Hamzah tidak sukar memahaminya.



Melihat semua perkembangan ini, Bersatu memang tiada pilihan lain kecuali terpaksa akur untuk menyerahkan baton calon Perdana Menteri kepada Pas dalam PRU16 akan datang.



Lagi pun, apa pilihan yang Bersatu ada, ia adalah parti yang tiada akar umbi, malah jumlah cawangan di bahagian-bahagian juga amat terbatas sekali.



Semua kemenangan calon Bersatu pada PRU15 lalu, terutamanya dari segi kempen dan penyediaan jentera parti, adalah dengan menumpang dan melalui sumbangan kekuatan yang dimiliki Pas.



Bermula di Kemaman dan dijangka berterusan sehingga PRU16 akan datang, Pas diramal akan terus ke depan dengan agenda untuk memimpin negara, sementara Bersatu secara perlahan-lahan bakal dimendungi awan gerhana.