Kalau hari-hari Parlimen tenang begini kan bagus - Mat Sabu


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu pagi ini berseloroh dengan memuji suasana tenang di Dewan Rakyat sambil berharap ia dapat kekal di sesi-sesi akan datang. Kata-katanya itu disambut dengan ketawa daripada ahli-ahli Parlimen yang berada dalam dewan. Mohamad berkata demikian sebelum menjawab soalan Bakri Jamaluddin (PAS-Tangga Batu) mengenai jumlah peratusan hasil perikanan dalam masa 10 tahun dan langkah-langkah meningkatkan sumber bekalan perikanan laut negara.





Parti Pas Tergugat Bagi Duit Pada Bersatu. Shafik Halim Ditangkap SPRM.

Kisah Sebenarnya Wan Saiful, Mahiaddin Yassin & Adam Radlan

SYAFIQ TELAH DITANGKAP- NAK KATA PADAN MUKA TAPI HANG MEMANG PATUT PUN KENA TAHAN DAN PENJARA


 

JANGAN POTONG CAKAP CIKGU SELAGI TAK HABIS JAWAB




 

KAH..KAH...NI YANG DOK CARI NI...SAMBIK SAMBIK BELEK KERTAS KAT KEMENTERI KEWANGAN, JUMPA LA NI..


 

HANG GELAK- TUNGGU LA SAMPAI MASA DIA. NEGERI HANG PUN TAK SEDANG MANA...MASA DIA CARI PELABUR MASUK HANG TAK BISING- CAKAP PANDAI AYAQ PUN TAK DAK NEGERI HANG


 

JAWAPAN LEMBUT MENTERI PENDIDIKAN


 

DAH KENA DAH TAHAN- HAAA..AJAQ DIA BAGI DIA ADA AKAI-BELIAU DIKATAKAN SEORANG BEKAS POLIS YANG DIBUANG KERJA- MALAH DALAM SATU VIDEONYA BELIAU JUGA PERNAH MEMPERMAINKAN ISU AGAMA BELIAU SENDIRI


 

Benda boleh claim buat apa susah-susah delete kan lebai?





ORANG BUAT KERJA





                                      ORANG CUBA CLAIM BUAT KERJA



KALAU MAHIADDIN PUN BUAT SALAH, APA MASALAH?

 

Susulan pendakwaan terhadap Wan Saiful Wan Jan dan dua individu lain berkaitan rasuah Jana Wibawa, terdapat kecenderungan daripada Bersatu untuk terus melompat kepada kesimpulan kononnya sasaran sebenar SPRM ialah Mahiaddin Md Yasin.

Dikatakan Mahiaddin disasarkan bertujuan untuk melemahkan Bersatu dan PN, bukan saja untuk menghadapi PRN di enam negeri tidak lama lagi, bahkan bagi mendepani PRU16 akan datang.

Selain ada pemimpin Bersatu yang secara terbuka membuat dakwaan sebegitu, sebuah video daripada individu yang mengaku dirinya sebagai penyelidik bebas kepada Wan Saiful juga turut membuat tuduhan palsu dalam konteks berkaitan terhadap SPRM.

Penyelidik bebas itu menyebut Wan Saiful ditawarkan RM10 juta oleh SPRM sebagai ganjaran jika bekas Ketua Penerangan Bersatu itu sedia memberi keterangan untuk mengenakan Mahiaddin.

Walaupun sudah memohon maaf, penyelidik itu kini sedang ditahan SPRM dan berdepan kemungkinan didakwa kerana mengganggu siasatan.

Kalau ia pun nak membuat tuduhan sedemikian, logiknya daripada mana SPRM nak dapat duit sebanyak RM10 juta itu?

Isunya dalam hal ini, kenapa Bersatu dan PN begitu cepat melompat kepada kesimpulan bahawa Mahiaddin akan didakwa, sedangkan sebagaimana kenyataan terbaru SPRM, siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu masih lagi berjalan?

Apa yang mereka takutkan?

Lagi pun, apa masalahnya jika Presiden Bersatu dan Pengerusi PN itu benar-benar didakwa?

Tidak bolehkah Mahiaddin didakwa di mahkamah jika terbukti ada kesalahan telah diakukannya?

Apakah Mahiaddin seumpama malaikat yang tiada nafsu dan terkecuali daripada melakukan kesalahan?

Berkaitan perkara ini, semua kita, khususnya penyokong Bersatu dan PN, mereka haruslah bersikap terbuka dan berlapang dada terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

Kalau terbukti ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, beliau terlibat dalam rasuah, salah guna kuasa atau konflik kepentingan, misalnya mengarahkan projek Jana Wibawa diberikan kepada anak menantu atau ahli keluarganya atau Bersatu ada menerima wang daripada kontraktor-kontraktor yang diluluskan projek itu, maka bersedialah menerima apa saja kemungkinan.

Pendakwaan sebegitu bukan merupakan pendakwaan terpilih atau kerana dendam, tetapi disebabkan ada kesalahan telah dilakukan.

Jika tiada kesalahan ditemui atau bukti tidak mencukupi, percayalah SPRM tidak akan mendakwa Mahiaddin dengan sesuka hati di penghujung siasatan nanti.

Sama macam kes Najib Razak sebelum ini, walaupun beliau adalah bekas Perdana Menteri, sama seperti Mahiaddin, malah anak Tun Razak lagi, tetapi disebabkan ada kesalahan telah dilakukannya, itulah sebabnya beliau didakwa, dibicara di mahkamah dan kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Jadi, mengambil kira bahawa pendakwaan adalah berasaskan ada kesalahan telah dilakukan, tidak harus ada sebarang masalah atau rasa gundah jika Mahiaddin pun didakwa juga di mahkamah selepas ini.

Tiada salah, tiadalah masalah; buat salah, baru timbul masalah. – ShahbudinHusin 23/02/2023.


 

SAYA "MEROMPAK" UNTUK KEKAL BERKUASA DAN "MEROMPAK" UNTUK BERSEDEKAH...

 

Betul..perompak lain merompak untuk kekayaan keluarga, Abah merompak untuk sedekah kat pengundi








MESTI ADA SILAP DI PIHAK PENGGUNA DAN PIHAK BERKUASA- SAMA ADA BERKAITAN DENGAN ISIPADU AIR YANG PERCUMA ATAU MEMANG SENGAJA MALAS MEMBAYAR UNTUK DAPAT PERCUMA.....

 

ASYRAF JEFFRY

Penyelesaian terbaik ialah tenant bayar semua hutang. Kalau YB masuk campur, seolah-olah manjakan anak dan mereka akan ulang lagi. Hutang wajib bayar walaupun bukan dengan kawan.



Fahmi Fadzil 

17 h  · 

Petang tadi saya terima info pihak Air Selangor telah mengunci air Apartmen Putra Ria.

Ini berpunca dari hutang lebih kurang RM170,000 bil Air Selangor yang tidak dilunaskan sehingga kini.

Berdasarkan rekod pengurusan, difahamkan 358 unit (54.2%) berhutang maintenance sebanyak RM2.47 juta (purata RM6,899).

Isunya terlalu ramai yang tidak membayar bil maintenance bulanan, walaupun peringatan telah dibuat oleh pengurusan. Bil bulanan antara RM49 ke RM53 seunit.

Sementara waktu, pihak Air Selangor telah bersetuju untuk membuka semula air malam ini.

InshaAllah saya akan bertemu pihak Air Selangor, pengurusan Putra Ria serta persatuan penduduk esok bagi mencari penyelesaian terbaik.

 


BILA PILIH CALON TAK BUAT KERJA.



Terima kasih kepada penulis artikel ini (aku tak jumpa namanya) yang membangkitkan soal Adun Puteri Wangsa, Amira Aisya dari parti Muda. Baca artikel penuh di https://bit.ly/3XR58Y9. 


Cuma ada sedikit kesilapan dalam artikel ini. Puteri Wangsa adalah DUN, bukan parlimen. jadi Amira ni ADUN dan bukannya ahli parlimen. Tapi apa yang dituliskan, banyak yang aku persetujui.


Sungguh aku terkilan dengan kualiti yang dipamer oleh Adun aku ini. Langsung tak ada pencapaian sepanjang menjadi Adun di tempat aku. Tempat ni dah macam tak ada ADUN dah.


Bagi aku, ini dosa paling besar pimpinan PH kepada warga Puteri Wangsa. Kerana melepaskan kerusi ini kepada parti dan calon yang tidak kompeten. Patut Muda ni tak dilayan langsung dulu.


Puteri Wangsa ni kawasan campuran. Kawasan PH. Masa PAS bersama PR, PAS pernah menang di sini. Sepatutnya kerusi ini ditandingi oleh Keadilan pada PRN lalu. Tapi dirampas oleh Muda.


Kalau bukan sebab PH beri laluan, tak mungkin dia akan menang di sini. Bila dah menang, dia berlagak kata Muda semakin diterima. Kemudian lupa diri dan lupa tanggungjawab.


Aku harap untuk pilihanraya akan datang, pimpinan PH akan tolak terus Muda secara total. Biarlah dia masuk PN. Senang sikit Saddiq nak selfie dengan Mahiaddin nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

JANJI ANWAR


 

BEKERJA LAH DGN BIJAK

 

NORMAN RADZUAN






Tadi saya singgah makan di sebuah restoran di Cyberjaya. Nak tegur kakitangan Jabatan Kesihatan yg memantau kebersihan restoran. Bagus selalu dtg memantau restoran2 ini cuma nak beritahu jgn lah di waktu puncak ketika org ramai sdg sibuk nak makan.

Pertama bila kamu panggil 4-5 org staff restoran tentulah ia akn menjejaskan servis restoran kpd pelanggan. Kedua ia akn membuatkan customer tidak selesa. Ketiga tauke berasa segan kerana takut customer beranggapan restoran tersebut kotor sdgkan ia hanya pemeriksaan biasa.

Sdgkan polis pun tak buat roadblock masa peak time. Common sence la sikit.. time rehat jam 12-2 tgh hari anda pun berehat la. Nak dtg jam 11 pagi atau selepas jam 2.30 ok la. Kita hidup ini jgn rigid sgt.

Itu sahaja nak bagitahu… kalau saya tegur depan2 nasib bila pakai uniform ini faham2 la…’ Ini tugas kami’Description: 🤣 Harap teguran ini diterima secara terbuka.

 

PIANG BETOI- HANG PEE ANGKUT ANAK BERANAK HANG BAIK HANG MASAK LA WOIII..


JADI LAKI BODOH- ADA ISTERI ANAK ANAK TAK MAU MASAK-LAGI
 JIMAT.ADA BINI PEMALAS.



 

Jangan harap guna kes mahkamah Bersatu untuk menang PRN, Umno diberitahu


Parti itu patut menumpukan kepada usaha pulih daripada persengketaan dalaman, kata ahli akademik.

Selain Wan Saiful Wan Jan daripada Bersatu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah.

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik memberikan peringatan kepada Umno agar tidak berharap keuntungan dari segi politik susulan pendakwaan terhadap pemimpin Bersatu berhubung rasuah.

Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya memberitahu FMT, beliau tidak rasa dakwaan itu akan membawa banyak perbezaan kepada peluang Umno pada PRN akan datang.

Beliau berkata, Umno harus menumpukan kepada usaha untuk pulih daripada persengketaan dalaman dan tidak bergantung kepada masalah pesaingnya.

“Kes mahkamah Bersatu tidak akan banyak memberi manfaat kepada Umno,” katanya.

“Umno mesti berusaha memperkukuh kepimpinannya dan memastikan ia bebas daripada proksi, khususnya mereka yang pro-Perikatan Nasional (PN).”

Awal bulan ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun Bersatu berhubung siasatan ke atas dakwaan penyelewengan dana yang dimaksudkan untuk pakej rangsangan Covid-19.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan melepaskan jawatannya selepas didakwa menerima rasuah RM6.9 juta dan meminta suapan dengan jumlah yang tidak dinyatakan berhubung projek jalan raya RM232 juta berkaitan dengan program Jana Wibawa.

Turut didakwa, Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, yang minta dibicarakan kerana meminta dan menerima rasuah RM500,000, juga dikaitkan dengan Jana Wibawa.

Awang Azman berkata, Wan Saiful, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, meletak jawatan kerana mungkin merasakan parti itu perlu mempertahankan pendirian anti-rasuahnya.

“Bersatu sebelum ini mendakwa ia bersih, tetapi kejadian yang didedahkan berlaku telah mencemarkan imejnya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, selagi tuduhan rasuah tidak melibatkan ahli PAS, PN masih boleh mengekalkan sokongan pada PRN disebabkan jentera pilihan raya PAS.

James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania memberitahu FMT, beliau tidak dapat menyatakan dengan pasti sama ada kes rasuah Bersatu akan menguntungkan Umno pada PRN.

Beliau berkata, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah.

“Jika Umno berkempen menggunakan tuduhan-tuduhan terhadap Bersatu ini, Bersatu boleh dengan mudah melemparkannya kembali kepada Umno. Jadi tidak jelas sama ada ini akan menguntungkan Umno,” katanya.

Chin juga berkata, beliau percaya keputusan Wan Saiful berundur sebagai ketua penerangan Bersatu adalah untuk melindungi parti dan memberikan tumpuan kepada tuduhan rasuahnya.

Peletakan jawatan itu, katanya, tidak mengejutkan kerana tidak elok apabila ketua penerangan, individu yang menjadi tumpuan umum, menghadapi tuduhan rasuah.


LAMBAT LA KELANTAN....MINTA MAAF LA...


 

OOOWWWHHHH - NAMA MACAM CINA- TAPI SEBENARNYA BUMIPUTERA-PANDAI BETOI ABAH CARI


 

MENJAWAB SYAFIQ HALIM PECACAI POLITIK PN


 

MENJAWAB ARTIKEL HARAKAHDAILY- PAS DAN KEGANASAN DALAH PROPAGANDA- JOM TONTON


 

DIA BUKAN ULAMAK- DIA KOYAK-DIA TAK BUAT APA PUN DALAM 5 HARI MASA JADI MENTERI AGAMA


 

Rasuah guna alasan tolong bumiputera tak boleh diteruskan - Anwar

JANGAN MOHON MAAF DAN LAWAN DIMAHKAMAH- KAN CAKAP BARU NI KATA DAH 60 TAHUN BERJUANG...

 

DS Anwar arahkan surat tuntutan dihantar kepada MP Pendang untuk minta maaf dan buat satu surat akujanji tak ulangi tohmahan yang mengatakan DS Anwar sebagai PM paling teruk .

Harap kalau dia tak minta maaf, DS Anwar Ibrahim jangan berlembut lagi. Teruskan saman walaupun dia minta maaf bila dalam mahkamah.

Tolonglah ambil pengajaran dari kes Razman. Lihat bagaimana anaknya pusing cerita selepas si ayah minta maaf. Puak-puak ni takkan insaf.

Sekali fitnah tu dah bertebaran, biarpun orang yang memulakan dah minta maaf, tapi walaun tetap akan sebut di sana sini. Susah nak betulkan.

Selagi dorang tak jadi muflis papa sebab mulutnya, dorang takkan insaf. Harap DS Anwar jangan ulang kesilapan yang sama kali ni. Guane boh?

Raja Gelap

.



Tadi aku post DS Anwar hantar surat tuntutan (LOD) kerana tohmahan MP Pendang bahawa DS Anwar PM paling teruk. Ada beberapa orang yang bertanya takkanlah kerana kata PM paling teruk pun dah nak saman? (https://bit.ly/3ZcKN0t)

Sebenarnya bukan isu PM paling teruk je, tuduhan Awang yang DS Anwar sebagai kuat berdendam itu yang jadi isunya. Tuduhan begitu adalah tak benar, mengelirukan serta berniat jahat. Ia menjejaskan reputasi agensi kerajaan.

Walaun kata PM cepat koyak. Ini buukan masalah koyak. Tapi fitnah mesti diperangi. Fitnah bukan cara orang Islam. Kalau kita fitnah dia tahu pula marah. Bila dia buat fitnah, kena saman nak kata orang koyak pulak. Guane boh?

Raja Gelap

 

Azmin Ali Hadir KeMakamah Muka Pucat. PN Mengelabah Kantoi Rasuah.

PAS banyak duit, Duit sedekah dari mana pula?, Saya bukan kluster mahkam...

Muhyidin Sangat Terdesak. Sentiasa BERSUMPAH Berkali² Tidak Makan Satu Sen.

Rafizi 'LIPAT' semua Ahli Parlimen PN yang tanya Soalan, Terpinga-pinga...

DETIK LUCU TERAKAM‼️ SHAHIDAN KASSIM MERAJUK DENGAN SPEAKER‼️

SELONGKAR KES RASUAH KERAJAAN TERDAHULU SUATU PERINGATAN JUGA BUAT PEMIMPIN SEMASA


 Di sebalik adanya tuduhan bahawa tindakan menyelongkar kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin kerajaan terdahulu atau blok pembangkang sekarang merupakan pendakwaan terpilih dan seolah-olah Anwar Ibrahim seorang pendendam, hakikatnya apa yang dilakukan itu adalah sesuatu yang tepat dan terpuji.

Anwar yang terlihat sebagai Perdana Menteri paling tegas memerangi rasuah setakat ini, dengan itu secara tidak langsung adalah pemimpin yang benar-benar berani.

Hanya pemimpin yang berani, telus dan ingin menyelamatkan masa depan negara saja yang sanggup tampil memerangi rasuah secara bersungguh-sungguh.

Dengan itu, Anwar tidak harus berganjak daripada iltizamnya itu, meski berapa besar sekali pun cabaran akan dihadapinya.

Tambahan lagi, pemerhatian melalui pelbagai dapatan memperlihatkan rakyat amat gembira atas usahanya itu.

Melihat pelbagai kes rasuah yang terdedah, khusus dalam kes Jana Wibawa yang dibawa ke mahkamah sehari dua ini, rakyat sebenarnya amat meluat dengan perlakuan mereka yang ada kuasa dan pernah menjadi kerajaan dalam membolot kekayaan untuk kepentingan sendiri.

Dalam hal ini, rakyat berharap lebih banyak pendakwaan lagi diambil atas kedurjanaan itu.

Ini sekaligus mengesahkan tindakan itu bukanlah bersifat balas dendam, sengaja mecari salah atau untuk melemahkan lawan politik, tetapi semata-mata bertujuan untuk membersihkan negara daripada kedurjanaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sebenarnya amat parah.

Demi rasuah dan ingin mengaut kekayaan, projek yang dijenamakan atas nama membantu kontraktor Bumiputera pun sanggup diselewengkan lantas diberi terang-terang kepada peniaga kaum lain.

Memang orang yang ada kuasa selalu dan mudah tersilau dengan kuasa yang mereka miliki, lalu disebabkan tamak dan ingin mengumpul kekayaan atau menambah sokongan, amat terdedah kepada penyalahgunaan.

Kalau tiada kesalahan dilakukan, diselongkar walau sedalam mana sekali pun, pasti tiada sebarang penemuan yang mencurigakan boleh ditemui.

Tetapi, jika ada kesalahan ditemui, maka tindakan hendaklah diambil kerana ia merupakan amanah yang mesti dilaksanakan.

Kedurjanaan mereka, terutama apabila tiada lagi kuasa, haruslah didedah dan diambil tindakan supaya ia, selain suatu hukuman, tetapi juga untuk menjadi pengajaran kepada mereka yang sedang berkuasa sekarang.

Bagi pemimpin dalam kerajaan semasa, pendakwaan demi pendakwaan yang terpapar sekarang harus lebih menginsafkan mereka agar sentiasa berhati-hati dalam menggunakan kuasa.

Jika mereka terbabas dan turut melakukan kedurjanaan, selain Anwar sendiri pasti akan bertindak, kesalahan mereka juga akan sampai ke mahkamah akhirnya apabila kerajaan bertukar nanti.

Tiada kerajaan boleh kekal berkuasa selama-lamanya.

Oleh itu, hati-hatilah selalu.

Ini bermakna, apa yang dilakukan Anwar dalam kesungguhannya memerangi rasuah, ia bukan saja untuk menghukum kedurjanaan pemimpin kerajaan terdahulu demi kepentingan rakyat serta negara, ia juga demi untuk memastikan pemimpin-pemimpin kerajaan semasa pimpinannya sekarang ini tidak terghairah sama untuk melakukan rasuah dan salah guna kuasa.

Akhirnya, tidakkah kesungguhan Anwar melawan rasuah adalah suatu kebaikan berganda untuk kita dan anak cucu menikmati kehidupan masa depan di negara ini? – ShahbudinHusin 22/02/2023.




DIA TAK TAHU MANA PM10 PERGI- RAKYAT PUN TAHU- MEMANG DIA TAK TAU PUN- JADI TIMBALAN MENTERI PENGGUNA PUN DOK LAM GUA


 

PESANAN UNTUK HADI AWANG- TAK DAK INTERGRITI- TANPA ALASAN MUNASABAH MEMANG MAKAN GAJI HARAM


 

OIII-KAH KAH HANG JANGAN GELABAH LA....HANG CAKAP VIDEO HANG ADA.....TAK PA JANGAN GELABAH....TUNGGU KENA ANGKUT



ATAIH HANG KATA TAK KATA- YANG BAWAH NI HANG KATA...KAH..KAH....KAH


BUKAN PENYELIDIK SAMBILAN- DIA NI KHABARNYA KENA BUANG KERJA....


 

TAK TAU BAB EKONOMI-CURRENCY DIA TAK TAU DUIT MALAYSIA NAIK ATAU JATUH- KENA TEMPIK BARU TERSIPU- PENDANG JANGAN MINTA MAAF PADA ANWAR TAU- KOMAN SPANA.

 

ARAU NGAN PENDANG TAK TAU KA ?????

4.75-1 USD- NI DUIT JATUH

4.23- 1 USD- NI NILAI NAIK

KALAU TAK TAU MAKNANYA BANGANG




LOKMAN ADAM- JANA WIBAWA-


 

BALAS DENDAM- KALAU JADI PEMERINTAH NAK SAKAW JANGAN HARAP LA....ADA KES BANYAK DALAM MP PN....


 

KISAH BEKAS SEORANG BODYGUARD- DSAI NI MENGUTAMAKAN GOLONGAN BAWAHAN- ANTI RASUAH PERWAJA- KRONI MAHATHIR GELABAH


 

BILA KENA- KATA DERMA KORPORAT


 

CARI DAN TANGKAP SEMUA YANG TERLIBAT- MENYAMUN SAJA KERJANYA


 

KISAH SEORANG MP JIWA KACAU- ANWAR BAWA BALIK PELABURAN HANG DOK LAM GUA. JADI TIMBALAN MENTERI- MAKAN GAJI BUTA


 

CABARAN DEBAT- KISAH ANTI ISLAM BAB PEDANG BAGAI- ISLAM DAH MAJU LA WOIII- ISLAM YANG RAHMAH


 

DALAM 40 MINIT - KUTIP 1 JUTA- NAK HARAP WALAUN, ABAH DAN ANAK BERANAK SAKAW....DEPA DOK SOKONG JUGA


 

OLEH KERANA MODAL BESAR- MAKA MASAKAN KENA SEDAP- KALAU TAK SEDAP, MENU RAHMAH INI UNTUK MARHAEN- BUKAN SAHAJA 3 BULAN, KERAJAAN NAK BERI LAGI SUBSIDI.KAU SAJA YANG KATA TAK BEBALOI.TAPI PENIAGA LAIN KATA UNTUNG SIKIT SEDEKAH PUN ADA.






 

JOM KITA FAHAM MENGENAI JANA WIBAWA- DAN KISAH ANAK BERANAK SAKAW DUIT


 

GRAB MENURUNKAN KADAR LANTAI KEPADA PEMANDU GRAB- BAYAR TOL- KENA BERATUR


 

ULANG AMARAN KDN BERI AMARAN KERAS JIKA DIDAPATI MENGHURUHARAKAN NEGARA DAN TIDAK WAJAR


 

TAK ADA LAH HERO MANA PUN : KALAU TAK SALAH LAWAN LAH- LIHAT BAGAIMANA KENTALNYA ANWAR LAWAN- WAN SAIFUL AKHIRNYA AKUR LETAK JAWATAN


 Datuk Wan Saiful Wan Jan mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU susulan pendakwaan dikenakan terhadapnya semalam.

Beliau berkata hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan terpulang kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk membuat keputusan.

Katanya, tindakan itu dibuat bagi memberi tumpuan untul membersihkan namanya terlebih dahulu yang menjadi prinsip selama ini.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata beliau masih memegang jawatan sebagai Ahli MPT BERSATU.

Wan Saiful dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Saiful didakwa meminta wang daripada Lian Tan Chuan, sebagai dorongan membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia, secara pra kelayakan bernilai RM232 juta di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, April tahun lalu.

Dia juga juga didakwa menerima suapan RM6.9 juta menerusi akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya iaitu WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik syarikat Nepturis Sdn Bhd.

Ia sebagai upah membantu syarikat terbabit mendapatkan surat setuju terima projek sama di CIMB Bank Berhad cawangan Bukit Tunku, di sini, antara 8 Julai hingga 30 September 2022.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga maksimum 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/10675




HAAAAA- PENDANG- NANTI CAKAP DALAM MAHKAMAH YA- HANG JANGAN MOHON MAAF KALAU ANAK JANTAN- KERAJAAN HANG DULU LA YANG HANG SOKONG DULU




WOIII JANGAN MOHON MAAF








1. OLEH KERANA DENDAM PM 10- MAKA PENDANG DIMINTA MOHON MAAF- CADANGAN AKU HANG JANGAN MOHON MAAF SEBAB NAMPAK HANG PENAKUT.

2. LCS- DALAM SISASATAN LAGI DAN MASA TU KERAJAAN YANG HANG ADA JUGA KES TU SANGKUT.

3. KES DAIM- SEMUA TAHU DAIM ADALAH ANTARA YANG MENJANA BANYAK DUIT DAN PROJEK DALAM NEGARA.

4. KES YANG ADA BUKAN LAH DENDAM TETAPI ADALAH FAKTA YANG NYATA.

5. RAMAI LAGI YANG AKAN KENA SEBAB ITU TUGAS PM 10 NAK BERSIHKAN NEGARA. RAKYAT SOKONG BELIAU KERANA IANYA BUKAN PROPAGANDA.






 

GUANE WALAUNG

 




Datuk Teo Wee Cheng pulok arini ni .... guano walaung


JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, pada Rabu, atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) yang bernilai RM12.875 juta, sejak dua tahun lalu.


Tertuduh, Datuk Teo Wee Cheng, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa 


Mandarin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berusia 65 tahun itu didakwa secara rasuah telah meminta suapan bernilai 


RM11.375 juta, yang merupakan 10 peratus daripada harga kontrak tender bagi dua buah projek di bawah Jana Wibawa.