Fahmi Zainol dan rakan rakan janji tingkatkan sokongan anak muda kepada KEADILAN

 

AMK SEHARUSNYA menjadi sekeras zaman Ezam Mohd Nor.Bukan sekdar lantang tetapi dapat menghidupkan suasana reformasi pada zaman awal. Keluar masuk penjara adalah hal biasa.Jika itu dapat dilakukan maka perjuangan AMK tidak dianggap lembik.




Menyedari pengundi muda sama ada Undi 18 atau Undi 21 berjumlah 5 juta orang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Fahmi Zainol dan rakan rakan mengemukakan tekad untuk menggembeleng lebih banyak sokongan anak muda Malaysia ke atas KEADILAN.

Hal itu diutarakan dalam sidang media Fahmi dalam memperincikan cabaran pasukannya bertanding jawatan pimpinan AMK Malaysia.

"Statistik menunjukkan sebanyak 5.8 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas bakal menjadi pemilih dalam PRU yang akan datang.

"Namun statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini terhadap peratusan anak muda turun

mengundi cukup rendah, hanya 173,177 pemilih daripada keseluruhan 706,082 oarang atau hanya 24% anak muda yang mengundi pada PRN Johor lepas

"Oleh itu, pendekatan yang perlu diambil oleh AMK dalam menghadapi PRU ke-15 juga perlu dipelbagaikan, termasuklah pendekatan yang lebih agresif tanpa meninggalkan pendekatan tradisional. Juga pendekatan politik yang lebih segar, berlandaskan idealisme dan politik yang mempunyai nilai tambah kepada masyarakat pada ketika ini," katanya dalam sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, tengah hari tadi.

Menurut Fahmi lagi, pasukan yang beliau pimpin terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mampu memimpin anggota AMK di seluruh Malaysia untuk menggarap sokongan setiap segmen anak muda di seluruh Malaysia

"Ahli Parlimen termuda di Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pimpinan gerakan mahasiswa, golongan profesional termasuklah doktor dan peguam, aktivis politik, ahli perniagaan, mahasiswa, Ahli Majlis kerajaan tempatan dan ramai lagi.

"Saya yakin dengan kepelbagaian ini mampu memenangi hati akar umbi serta anak muda Malaysia yang terdiri daripada bermacam lapisan segmen dengan kerencaman yang pelbagai," katanya,

Mereka juga, kata Fahmi, akan berjuang untuk mengangkat lebih banyak anak muda sebagai calon dalam PRU ke 15 sesuai dengan pertambahan besar golongan muda yang layak mengundi.

"Situasi semasa memerlukan anak muda diketengahkan menjadi calon dalam PRU disebabkan penambahan pengundi anak muda.

"Selain meningkatkan jumlah calon anak muda, sudah sampai masanya anak muda perlu menerajui gerak kerja pilihan raya di setiap DUN dan Parlimen, bukan sekadar memacak bendera dan menyusun kerusi. Kita adalah pemula bagi peneraju dalam gerak kerja pilihan raya.

 

RUU Anti Lompat Parti diperhalusi 31 Mac, kata Saifuddin

 



Saifuddin Nasution Ismail berkata, beberapa perkara atau klausa dalam kandungan RUU Anti Lompat Parti perlu dikemas kini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) dijadualkan bertemu pada Khamis ini bagi memperhalusi dan mengemas kini beberapa perkara berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti, sebelum ia dibentangkan pada sidang khas Parlimen, 11 April.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata pertemuan itu akan melibatkan Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, yang dianggotai 10 wakil kerajaan dan pembangkang.

Menurutnya, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan komitmen kerajaan dalam membentangkan RUU itu, selain meminta pandangan blok pembangkang bagi memperhalusinya sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Hanya perlu lakukan ‘fine-tuning’ atau kemas kini terhadap beberapa perkara atau klausa dalam RUU itu.

“Perdana Menteri meminta pandangan kami (pembangkang) dan kita kata, aktifkan semula Jawatankuasa Pemandu, selain kita bersetuju pada 31 Mac ini mengadakan pertemuan untuk perhalusi perkara itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Lembah Pantai di Kerinchi.

Pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat pada 24 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembentangan RUU itu akan diadakan dalam sidang khas Parlimen pada 11 April.

Wan Junaidi berkata, perkara itu dipersetujui Perdana Menteri yang turut bersetuju melanjutkan sidang khas itu, sekiranya masa satu hari bagi membincangkan RUU berkenaan tidak mencukupi.


Rafizi tonjol pasukan hadapi pemilihan PKR?

 



Kempen Ayuh Malaysia anjuran Rafizi Ramli malam tadi dilancarkan bagi
 menarik sokongan pengundi atas pagar ke arah menghadapi PRU15.
 (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Majlis Pelancaran Ayuh Malaysia yang berlangsung semalam dilihat memberi gambaran terhadap barisan pasukan Rafizi Ramli yang akan bertanding pada pemilihan PKR Mei ini.

Sumber memberitahu, Rafizi yang akan bertanding Timbalan Presiden PKR memberi bayangan mengenai gandingannya yang akan bertanding empat jawatan Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas Ahli Parlimen Kapar G Manivannan.

“Ya, mereka yang tampil di pentas bersama Rafizi adalah ‘line up’ yang akan bertanding pada pemilihan PKR Mei ini.

“Usaha Ayuh Malaysia sebagai salah satu kempen Rafizi untuk pemilihan ini selain usaha menuju pilihan raya umum ke-15 (PRU15),” kata sumber itu kepada FMT.

Dalam pentas tersebut, Nik Nazmi tidak hadir kerana berada di luar negara, namun beliau dalam kenyataannya menyambut baik kempen tersebut yang mengajak rakyat bergerak ke hadapan terutamanya berkaitan isu pendidikan.

Rafizi dan Nurul Izzah pernah menyepi seketika daripada arena politik susulan pertelingkahan dalaman PKR sebelum ini.

Pada Disember 2018, Nurul Izzah mengundurkan diri sebagai naib presiden PKR, jawatan yang dimenanginya dengan undian tertinggi dalam pemilihan parti.

Manakala pada 2019, Rafizi yang dilantik sebagai Naib Presiden PKR pula memilih untuk berehat daripada politik sebelum membuat kemunculan semula untuk bertanding Timbalan Presiden PKR Mei ini.

Kempen anjuran Rafizi malam tadi dilancarkan bagi menarik sokongan pengundi atas pagar ke arah menghadapi PRU15 dan pelbagai isu dikupas dalam sesi tiga jam itu antaranya berkaitan perumahan rakyat, isu pertanian dan pendidikan.

Mereka juga berikrar untuk membawa isu-isu rakyat menerusi aplikasi CISTA yang dibangunkan bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia menjadi sukarelawan untuk berkhidmat membawa mesej perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.

Kempen itu dibuat selepas mengambil kira keputusan pilihan raya negeri (PRN) Johor dan pandangan pelbagai pihak di dalam PKR.


NAJIB DAN RAFIZI DAKWA ADA FOMULA : RAFIZI ADA FORMULA SELAMAT DEDAHKAN PERASUAH. NAJIB PULA ADA FOMULA LINGKUPKAN NEGARA...

 



Paling tidak saya ada formula, Rafizi jawab Najib




Najib Razak sebelum ini melabel Rafizi Ramli sebagai ‘raja formula songsang’ selepas bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata Najib berkesan menjadi pembangkang ‘de facto’.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli membidas Najib Razak selepas bekas Perdana Menteri itu mempersendakannya sebagai ‘raja formula songsang’ dengan mengatakan ia hanyalah satu-satunya pendekatan yang boleh difahami Umno.

Rafizi berkata formula adalah penting kerana dari langkah itu dapat mencari cara penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

“Paling kurang saya ada formula, ini kamu ada menteri berlambak ni, satu formula pun tak ada.

“Kenapa formula penting sebab apabila kita bentangkan sesuatu idea, Umno tak faham idea, dia cuma tahu formula sahaja,” katanya dalam Majlis Perasmian Ayuh Malaysia yang disiarkan di Facebook, malam tadi.

Pada 23 Mac lalu, Najib melabel Rafizi sebagai ‘raja formula songsang’ selepas bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata Najib berkesan menjadi pembangkang ‘de facto’.

Ia susulan kebolehan Najib yang mampu merampas keupayaan pembangkang untuk berhubung dengan rakyat setiap hari di media sosialnya.

Selain Najib, bekas Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak juga menyindir Rafizi berkaitan ‘formula’ susulan tindakannya untuk kembali aktif dalam politik dan merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu Mei ini.

Farhash berkata, Rafizi sebelum ini tidak menjalankan tugas sebagai naib presiden serta menghilangkan diri ketika parti memerlukannya.

Sementara itu, Rafizi semalam melancarkan kempen ‘Ayuh Malaysia’ bagi menarik sokongan pengundi atas pagar bagi berdepan pilihan raya umum Ke-15 (PRU15).

Kempen itu dibuat selepas mengambil kira keputusan pilihan raya negeri (PRN) Johor dan pandangan pelbagai pihak di dalam PKR.

Katanya, majlis pelancaran Ayuh Malaysia juga akan memperkenalkan aplikasi CISTA yang dibangunkan bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia menjadi sukarelawan untuk berkhidmat membawa mesej perubahan ke arah negara yang lebih baik.

Ayuh Malaysia akan memperjuangkan lima dasar iaitu keselamatan makanan, tenaga boleh baharui, pendidikan vokasional, isu perumahan dan pendidikan.

RAKYAT LEBIH GEMBIRA JIKA PM TIDAK TUNDUK KEPADA DESAKAN UMNO

 

Berikutan gagalnya usul kerajaan berkaitan Sosma mendapat kelulusan di Dewan Rakyat minggu lalu, ia dengan segera diambil kesempatan oleh kelompok pro Zahid Hamidi dan Najib Razak dalam UMNO untuk terus mendesak agar PRU15 diadakan dengan segera.

Hujah mereka ialah gagalnya usul kerajaan itu dengan jelas memperlihatkan betapa tidak kukuhnya kerajaan sedia ada serta bagaimana buruknya apabila majoriti yang lebih baik tidak dimiliki.

Bukan saja usul kerajaan gagal mendapat kelulusan itu merupakan sejarah yang pertama kali berlaku di negara ini, bahkan ia juga dianggap memburukkan imej negara di mata dunia.

Lantas mereka berhujah, PRU15 yang bertujuan mendapatkan mandat rakyat yang lebih besar sudah tidak boleh dielakkan lagi demi kestabilan serta kebaikan negara.

Benarkan PRU15 perlu diadakan dengan segera dan tragedi usul kerajaan gagal mendapat kelulusan merupakan hujah ampuh bahawa Perdana Menteri tidak harus mengelak lagi daripada membubarkan Parlimen?

Sebenarnya jika kita tinjau secara terbuka dan meneliti lebih banyak pandangan daripada berbagai lapisan rakyat, lebih ramai yang tidak gembira jika PRU15 diadakan dalam waktu terdekat ini.

Bagi mereka, dalam keadaan negara belum pulih sepenuhnya daripada wabak Covid19, fasa endemik dan pembukaan sempadan negara hanya bermula 1 April akan datang serta ekonomi belum benar-benar dipulihkan, mengadakan PRU15 pada ketika ini adalah tidak sesuai sama sekali.

Tidak saja dibimbangi, kes akan melonjak kembali, bahkan tentu saja akan menyebabkan pemulihan ekonomi yang menjadi harapan semua akan jadi terganggu akhirnya.

Keadaan itu, mahu tidak mahu, akan menyebabkan rakyat juga yang akan menanggung deritanya.

Dalam hal ini, tidak saja golongan peniaga dan pekerja yang sedang bergelut memulihkan kehidupan menolak perlunya PRU15 diadakan dengan segera, rata-rata rakyat biasa dan orang kampung turut tidak menyetujuinya.

Fakta yang tidak harus diabaikan tentang rasa tidak setuju itu ialah bila mana peratusan keluar mengundi yang rendah dalam PRN Melaka dan Johor baru-baru ini.

Keengganan ramai keluar mengundi itu adalah disebabkan mereka bosan dan letih dengan politik, sebaliknya lebih memikirkan soal kelansungan untuk meneruskan kehidupan.

Ini bermakna, jika kita benar-benar meneliti, pandangan yang mahukan PRU15 diawalkan hanyalah merupakan pandangan minoriti oleh UMNO saja.

Daripada 3.4 juta ahli UMNO, bukan semuanya pun mahu dan setuju PRU15 diadakan lebih awal dan segera.

Ada juga yang tidak setuju dan lebih gembira jika PRU15 diadakan tahun depan iaitu apabila penggal Parlimen sekarang tamat tempohnya.

Ramai kini bahkan mulai sedar, tindakan kelompok tertentu UMNO berterusan mendesak dan menekan agar PRU15 diadakan segera bukanlah sangat untuk kestabilan atau demi kepentingan negara, tetapi lebih bersifat untuk kepentingan peribadi mereka.

Dengan ada yang sudah dijatuhi hukuman bersalah dan yang lain sedang dalam perbicaraan, mereka ini sebetulnya dilihat lebih terdesak untuk PRU15 segera dan mandat baru diperolehi dengan harapan sesuatu manfaat boleh diraih daripadanya.

Itu pun jika rakyat benar-benar memenangkan BN dalam PRU15 segera yang mereka inginkan itu?

Bagaimana jika rakyat tiba-tiba berubah dan kebosanan yang melanda seperti di Melaka dan Johor sehingga ramai yang malas keluar mengundi itu bertukar menjadi keinginan yang meluap-luap mahu menukar kerajaan, lalu berduyun-duyun memenuhi ruang menunaikan tanggungjawab?

Sebab itu, Ismail Sabri Yaakob harus meneliti dan bertahan dulu dengan segala desakan serta tekanan daripada UMNO itu.

Beliau harus sedar keinginan sebenar majoriti rakyat dan menghormati sama keinginan kelompok yang lebih ramai yang tidak mahu dan tidak sedia berdepan PRU dalam waktu terdekat ini.

Ismail Sabri yang tugas utamanya sebagai Perdana Menteri adalah memberi kebahagian kepada rakyat, pasti akan lebih disenangi dan disanjungi jika tidak mudah mengalah dengan desakan daripada mereka yang sebenarnya hanya memperalatkan nama UMNO untuk kepentingan diri mereka sendiri semata-mata.

PRU15 di tahun 2023 lebih menggembirakan rakyat, sekaligus semua orang pun dalam keadaan sedia serta tidak bosan lagi pada ketika itu. - ShahbudinHusin 26/03/2022.

 

KESIAN RAKYAT KELANTAN- TAMBRIN TUN GHAFAR

 


Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 26/03/22
( 1 -  24 )


1.   Sudah hampir 65 tahun Merdeka  namum  Kelantan masih JAUH  ketinggalan jika dibandingkan  dengan  negeri - negeri lain diMalaysia

2.  'SERAMBI  MEKAH' - itu gelaran yang diberikan oleh tokoh - tokoh PAS  ketika itu - apakah Islam memang mahukan penghanutnya hidup daif  seperti yang kita lihat atau gelaran itu hanya gimik politik sahaja

3.  Dari segi sosial negeri  Serambi Mekah ini mencatatkan kemunduran yang amat ketara :

i.  Jumlah kemiskinan dan penceraian terlalu tinggi  begitu juga dengan salah guna dadah ,  kes buang anak dan  pembunuhan

ii.  Sampah sarap  bersepah dan berbau busuk , ianya tidak diurus  dengan baik

iii.   Pembangunan Negeri ibarat kura - kura  yang tempang malah  lebih teruk lagi dari itu

4.  Kehidupan harian rakyat TIDAK  DI BELA , yang  senang dan mewah ialah Wakil - Wakil  Rakyat  Parti pemerintah - PAS

5.  Hampir setiap hari rakyat DI LALAIKAN  dengan Fatwa dan Hadis yang tak pasti kebenaran nya

6.  Umum yakin jika disiasat dan  diselidik pasti ramai diantara Wakil Rakyat PAS  boleh diheret keMahkamah atas isu salahguna kuasa dan rasuah

7.  Di Kuala Lumpur dan Bandar - Bandar Besar selain dari orang  'ASING'  yang tidak ada permit atau menyalahguna  permit mereka  seperti dari Bangladesh , Myanmar, Nepal  dan Indonesia ,  kehadiran rakyat Kelantan pun begitu ramai  membanjiri Bandar - Bandar tersebut

8.  Kehadiran orang 'ASING'  yang begitu ketara  membuktikan kegagalan  'Enforcement Officers'  atau  mereka sememangnya  TERLIBAT  dengan rasuah

9.  Kebanjiran  '0rang Kelantan adalah MANIFASTASI  KEGAGALAN  pemimpin - pemimpin  PAS sejak diamanahkan rakyat

10.  Setiap kali Pilihanraya pengundi - pengundi 'luar' akan dikumpul dan disediakan  pengangkutan  berserta  'allowane khas' oleh puak - puak PAS

11.  Oleh kerana takut termakan sumpah dan  takut tak masuk syurga maka mereka yang berjumlah  melebihi 1 juta  penggundi akan mengekalkan pemerintah yang ada

12.  Mereka ini SANGGUP  melihat keadaan rakyat Kelantan yang terumbang ambing seperti sabut kelapa di laut asalkan  DAPAT  UPAH

13.   Rakyat maseh ingat  Wakil - Wakil Rakyat  mereka  bermewah  membeli  kereta baru  hasil bantuan RM400 juta  oleh Kerajaan Pusat pimpinan Tun Dr. Mahathir beberapa tahun lepas

14.  Yang  sedang dibicarakan sekarang ialah  SKANDAL  tanah  seluas 17 ribu ekar

15.  Syarikat Sindiyan Sdn. Bhd  dikuasai oleh 3 orang peniaga Cina dan seorang Melayu  ( sila lihat lapuran yang disertakan )

16.   SPRM  dan POLIS , jika tidak disogok atau juga tidak terlina  dengan nyanyian , mereka SEPATUT NYA SIASAT   dan ambil segera  tindakan kepada Kerajaan Negeri dan individu  yang terlibat ; jangan anggap mereka yang berserban dan memberi kuliah bersih dari amalan rasuah

17.  Parti inilah yang mula - mula bertanggong jawab memecah belahkan  perpaduan kaum dengan menggunakan ayat - ayat  Al Quraan  dan Hadis

18.  PAS  membangkitkan kemarahan dan kebencian orang Melayu terhadap  orang Cina khususnya  DAP  - malangnya maseh ada orang Melayu yang termakan dengan hasutan

19.   PAS  boleh  melupakan  perjuangan  asalkan  mereka  dapat kemewahan

20.   Lihat sajalah  klip video  ucapan Hadi dan gambar - gambar berpelukan dengan pemimpin - pemimpin  DAP  sewaktu  mereka mahu menumbangkan UMNO/ BN tapi kini bak kata pepatah :

LAIN  PADANG
LAIN  BELALANG

LAIN  HULU
LAIN  PARANG

LAIN  DULU
LAIN  SEKARANG

21.  Semoga Raja mereka terus bertahta di beberapa buah Istana baru termasuk  yang  maseh dalam  pembinaan di Ampang Hilir , Kuala Lumpur

22.  Bak kata seorang kawan dari Kelantan 'kan negeri Serambi Mekah  kaya dengan segala hasil maksum yang boleh digunakan membina banyak lagi Istana  , dan  Wakil Rakyat pula diberi berbagai  kemudahan'

23.   Sama - sama kita  tunggu 'FATWA' baru mereka kelak

24.   ELOK LAH  PEMIMPIN - PEMIMPIN  KELANTAN  TERUS  BERCAKARAN  SESAMA SENDIRI -  peduli apa rakyat - yang penting 'aku'

Wassalam
Terima Kasih

 

KENAPA MYSEJAHTERA DIJUAL?


KENAPA MYSEJAHTERA DIJUAL?

Pada 24 Mac 2022, sidang Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) telah membangkitkan persoalan tentang penjualan aplikasi pengesanan Covid-19 kepada sebuah syarikat swasta.

Keputusan kerajaan untuk ‘penyerahan’ ini telah diputuskan oleh cabinet pada tanggal 26 November 2021. Kebenaran telah diberikan oleh cabinet kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik MySJ Sdn. Bhd. melalui mekanisme runding terus untuk mengambilalih aplikasi MySejahtera.

Walaubagaimanapun, pada bulan Disember 2021, PAC telah mengesyorkan bahawa kerajaan sepatutnya mengambilalih operasi MySejahtera tanpa kos tambahan memandangkan aplikasi tersebut kini telah menjadi elemen penting dalam sistem kesihatan negara.

Para pegawai Kementerian Kesihatan yang memberi keterangan di hadapan PAC mendakwa bahawa MySJ Sdn. Bhd. tidak ada kaitan sama sekali dengan KPISoft, iaitu syarikat yang membangunkan aplikasi MySejahtera sebagai inisiatif CSR. KPISoft sejak itu telah menukar nama syarikat kepada Entomo. Dakwaan bahawa tidak ada kaitan antara KPISoft/Entomo dan MySJ Sdn. Bhd mesti diteliti dan disiasat.

Para pengarah MySJ Sdn. Bhd. termasuk dua orang pengasas KPISoft. Pengarah-pengarah MySJ Sdn. Bhd. juga termasuk inidividu-individu yang punya kaitan politik dan perniagaan dengan beberapa parti di dalam kerajaan termasuk Tan Sri Dato Seri Shahril Bin Shamsuddin yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy sehingga bulan Mac 2021 dan Tan Sri Dato’ Seri Megat Najmuddin yang merupakan seorang ketua UMNO bahagian yang kemudian menjadi anggota kanan Bersatu.

Sementalah itu, 81.4% saham MySJ Sdn. Bhd. dimiliki oleh sebuah syarikat yang lain yakni Revolusi Asia Sdn. Bhd. di mana 88% dimiliki oleh pengasas-pengasas KPISoft.

Dalam kata lain, 71.2% saham MySJ Sdn. Bhd. dimiliki oleh dua pengasas KPISoft yang membangunkan aplikasi MySejahtera. Untuk mengatakan bahawa tidak ada kaitan antara KPISoft/Entomo dan MySJ Sdn. Bhd. adalah tidak jujur.

Di bawah sistem tender terbuka, fakta-fakta ini akan diteliti oleh kerajaan dan rakyat. Dalam sistem runding terus, apa yang berlaku ini hanya mirip kepada gejala menganugerahkan syarikat-syarikat dan individu yang dekat dengan pemerintah. MySJ Sdn. Bhd. termasuk pengarah-pengarah yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam mengurus pengoperasian perisian atau teknologi maklumat tidak jelas dan menimbulkan kebimbangan tentang logik menganugerahkan aplikasi ini secara runding terus.

Tambahan pula, penjualan MySejahtera kepada syarikat swasta hanya menimbulkan kebimbangan tentang pengurusan data peribadi dan kemungkinan wujudnya penyalahgunaan maklumat kesihatan jutaan rakyat Malaysia.

Aplikasi MySejahtera telah merekodkan lebih 11 bilion daftar masuk sejak bulan Disember 2020, dan ini adalah menurut GitHub. Maklumat daftar masuk ini mengandungi pelbagai maksud iaitu kecenderungan peribadi, corak penggunaan, atau laman sosial individu. Kita juga mengandaikan bahawa pengkalan data MySejatera juga termasuk maklumat kesihatan individu tentang simptom-simptom dan diagnosis positif Covid-19.

PAC juga memberitahu bahawa segala data di dalam MySejahtera dan kerahsiaannya adalah di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

Pada 19 November 2020, Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa “data yang dikumpul melalui aplikasi MySejahtera dimiliki sepenuhnya oleh KKM dan diselia oleh Nacsa dan MKN”.

Pada 20 Disember 2020, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSEcurity Malaysia mengatakan bahawa data MySejahtera adalah selamat. “Data-data ini digunakan hanya untuk memantau Covid-19 dan tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga kerana ia tertakluk kepada dasar kerahsiaan”.

Laman web MySejahtera termasuk kebijakan kerahsiaan yang menyebut “Tidak ada data peribadi yang dikumpul aplikasi ini dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat luar dari Malaysia untuk tujuan komersial.” Laman web itu juga menyatakan “MySejahtera dimiliki dan dikawalselia oleh kerajaan Malaysia. Ia diuruskan oleh KKM dan dibantu oleh NSC dan MAMPU. Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat data peribadi hanya digunakan untuk tujuan mengurus dan membendung penularan wabak Covid-19. Ia tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak.” Laman GitHub MySejahtera pula menyatakan “Menurut polisi kerahsiaan MySejahtera, data daftar masuk individu akan dilupuskan selepas 90 hari. Statistik rumusan ini hanya disimpan sebagai jumlah agregat; MySejahtera tidak menyimpan data tersebut. Kesimpulannya, penyemakan data tidak boleh dilakukan untuk tarikh-tarikh lebih dari 90 hari, meski wujudnya ketidaktekalan.”**

Oleh yang demikian, persoalan-persoalan ini mesti dijelaskan oleh cabinet:

Mengapakah keputusan diambil untuk menjual MySejahtera kepada syarikat swasta daripada membenarkan aplikasi itu di bawah kawal selia KKM?

Mengapa penjualan aplikasi ini tidak dibuat melalui tender terbuka atas dasar ketelusan?

Apa sebab-sebab MySJ Sdn. Bhd. menjadi satu-satunya syarikat yang ditimbangtara untuk projek ini?

Apakah kerajaan Malaysia sering menganugerahkan individu-individu atau syarikat-syarikat yang menjalankan CSR untuk manfaat rakyat Malaysia dengan kontrak yang lumayan?

Apakah skop dan kepakaran MySJ Sdn. Bhd. terkait pengoperasian MySejahtera dan bagaimana KKM boleh memastikan data-data yang dikumpul oleh aplikasi itu tidak akan disalahguna oleh pihak ketiga termasuk MySJ Sdn. Bhd.

Apakah syarat-syarat kontrak tertakluk kepada jaminan yang dibuat KKM sebelum ini tentang data kesihatan peribadi, dasar kerahsiaan MySejahtera dan undang-undang negara yang mengawalselia kerahsiaan data individu?

Apakah peranan dan tanggungjawab MySJ Sdn. Bhd. dalam memastikan data yang dikongsi rakyat Malaysia melalui MySejahtera atas dasar mandat awam tidak akan digunakan sama sekali untuk tujuan pemasaran, pembangunan produk, pemantauan, mahupun untuk tujuan yang berunsur diskriminasi?

ANWAR IBRAHIM

26 Mac 2022.

 


Keadaan Malaysia boleh jadi seburuk Sri Lanka jika tidak ditadbir dengan betul - Rafizi




Malaysia perlu ditadbir dengan lebih baik, anti rasuah dan menerapkan idea yang berguna dalam menyelesaikan masalah import makanan ketika nilai mata wang rendah, bagi mengelakkannya mengikut jejak langkah kemuraman ekonomi di Sri Lanka.

Menurut Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, import makanan yang tinggi negara ini sehingga 90% menyebabkan rakyat menderita kenaikan harga makanan asas, dan memberi kesan rantaian yang besar ke atas keperluan lainnya.

"Berita Sri Lanka kita tengok tiap malam. Oleh kerana pengurusan ekonomi yang tempang, kerajaan dikawal oleh adik beradik. Abang jadi presiden, adik Perdana Menteri. Kemudian berhutang pula untuk projek yang tidak masuk akal. Buat hiway yang tak ada kereta nak lalu

"Dengan Covid berlaku 2 tahun lepas, oleh kerana negara ini banyak berhutang dan sumber pendapatan yang besar pula sektor perlancongan (yang beku), jadi mata wang tunai masuk tak ada. Oleh mata wangnya turun mendadak. Tetapi makanan diimport semua. Harga import mahal maka makanan kena catu

"Itulah Sri Lanka, walau tak ada kena mengena, saya beritahu asas yang menyebabkan berlaku begitu tak banyak berbeza dengan yang ada di Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis melancarkan gerak kerja dan aplikasi Ayuh Malaysia, menuju Pilihan Raya Umum ke 15, malam tadi.

Tegas Rafizi, sejak 20 tahun lalu kerajaan BN telah melakukan pelbagai program meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.

Bagaimanapun, apabila projek diberikan kepada pihak yang tidak amanah maka wang peruntukan ke sektor pertanian itu hilang ke tangan golongan elit tertentu dan berakhir dengan perniagaan yang tiada kaitan dengan makanan.

"Kita import 90% makanan kita. Dari tahun 2004 apabila Tun Abdullah Badawi jadi PM beliau tumpu kepada pertanian supaya tidak bergantung import.

"Masalahnya orang di atas ni, bila ada idea baik dia tak fikir tanggungjawab untuk dijalankan idea itu, yang murah dan sesuai dilaksanakan rakyat.

"Soal memastikan kelangsungan makanan di negara ini penting. Dan Umno ada idea untuk tambah makanan negara. Tetapi apa yang kita dapat, ialah Shahrizat, lembu dan kondo.

"Tahun 2004 sampai sekarang berapa bilion wang yang dibazirkan untuk projek pertanian, udang, kerang dan macam macam? Ada audit negara anak syarikat Felda kalau tak silap nak mulakan perniagaan dengan (ternak ikan) sturgeon, audit periksa ikan itu tak sampai pun ke Malaysia," katanya sinis.

Kegagalan struktural di bidang pertanian, kata Rafizi, menyebabkan penggantian import tidak berlaku dengan signifikan dan apabila mata wang negara jatuh nilai maka makanan yang tidak semahal mana di luar negara menjadi melambung harganya di Malaysia.

"Sekarang kita masih menghadapi masalah kebergantungan makanan dari luar. Dalam keadaan mata wang kita jatuh, kita masih import 90% makanan, sampai kobis pun kena import

"Apabila kita beli barang luar dan bayar mata wang rendah kita, maka kita mengimport inflasi. Ini adalah masalah yang jadi beban besar kepada rakyat walau Najib, Muhyiddin dah tak ada nanti.

"Kasihan kepada anak muda yang mewarisi masalah ini. Kita tengok Sri Lanka dengan mata wang lemah. Apa berlaku di Sri Lanka tak musthail akan berlaku di negara kita," katanya lagi.

 

NIH DIA KERJA NAJIB

 

Duit pencen penjawat awam dalam SRC buat beli barang kemas

Rosmah

No photo description available.

ABDULLAH MAT ISA

Tian Chua umum tidak pertahan Naib Presiden KEADILAN



 

Salah seorang pimpinan awal reformasi yang memegang jawatan utama dalam KEADILAN sejak 2 dekad lalu, Tian Chua, hari ini mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya.

Menurut Tian, tidak semestinya beliau berada di posisi utama parti untuk menyumbang memperkukuhkan KEADILAN dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

"Saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam jawatan pusat untuk pemilihan kali ini dan saya telah membuat keputusan setelah memikir secara panjang.

"Saya telah berkhidmat dalam parti ini dalam pimpinan pusat, tetapi saya juga percaya bahawa sekiranya saya ingin berkhidmat dan memberi sumbangan kepada parti, saya tidak semestinya menduduki mana mana jawatan tinggi kerana jawatan itu hanyalah salah satu saluran bagi saya seorang pemimpin dan aktivis yang sudah senior

"Saya yakin saya ada cara lain untuk memperkukuhkan parti," katanya dalam siaran portal berita Sumberkini, petang tadi.

Kata mantan Ahli Parlimen Batu selama dua penggal itu, pemilihan kali ini yang begitu hampir dengan PRU 15 menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk mengukuhkan parti berbanding berkempen bagi mengekalkan kedudukan sebagai naib presiden.

"Kali ini saya rasa pemilihan diadakan dalam satu keadaan yang sangat mencabar, di mana kita telah melihat PRU sangat dekat dan juga kita perlu menyusun balik kerja kerja di akar umbi.

"Kita harus memperkukuhkan lagi barisan pembangkang supaya kita dapat bersama berhadapan dengan BN yang kini menganggap mereka makin kuat

"Ini adalah satu cabaran yang besar. Bagi saya, saya tidak perlu memegang jawatan tinggi tetapi saya tetap bersama parti dan saya cuba dengan apa sahaja yang boleh untuk memastikan parti ini menang dalam PRU akan datang," katanya lagi.

Untuk rekod, Tian Chua merupakan aktivis reformasi antara terawal menyertai KEADILAN pada 1999. Beliau kemudian diberi tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan pada 2004 dan dipilih sebagai Naib Presiden pada 2010 sehingga sekarang.

 

Sambutan etnik Cina: Najib terdesak buat 'drama' sokongan bossku

 



POSTED BY   AMIRUDDIN AHMAD


Siri jelajah bekas Perdana Menteri Najib Razak menemui dan berbincang bersama beberapa persatuan Cina sejak kebelakangan ini, serta terbaharu di Pulau Pinang disifatkan sebagai langkah terdesak atau desperado bagi menggambarkan sokongan ke atas beliau.

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali, tidak ada apa yang istimewa dengan sokongan yang ditunjukkan oleh para pemimpin persatuan Cina tersebut di Pulau Pinang kerana negeri itu bukanlah kubu BN.



"Saya membaca berita kunjungan Najib yang digambarkan sebagai 'hero' turun ke Pulau Pinang baru-baru ini. Kami selaku rakyat negeri ini 'terhibur' dengan dakwaan-dakwaan mengatakan sokongan kaum Cina sudah kembali bersama BN, dengan rentetan keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka, Johor dan juga sambutan kaum Cina kepadanya di negeri ini.

"Saya melihat ini satu dakwaan yang bersifat 'simplistic' semata-mata tanpa berpijak di bumi nyata. Dua PRN itu bukan petanda trend undian di peringkat PRU.

"Para penyokong 'bossku' juga mengambil kira kehadiran ratusan orang yang hadir ke programnya di Pulau Pinang sebagai petanda baik akan kembalinya Najib di hati rakyat negeri, khususnya kaum Cina.

"Siapa pun boleh mengatur orang-orang atau penyokong yang masih ada untuk ditumpukan hadir ke satu-satu himpunan atau ceramah. Kami tahu ramai yang hadir adalah saki-baki penyokong 'bossku' yang telah disusun awal untuk memenuhi acara tersebut. Itu saja," katanya.

Menurut Amir lagi, rakyat Pulau Pinang lebih lebih lagi etnik Cina tidak mudah diperdaya oleh Najib apatah lagi Ahli Parlimen Pekan itu telah didapati bersalah oleh mahkamah.

Malah katanya, tindakan Najib lebih dilihat kepada meraih simpati rakyat dan hanya menunjukkan kepada rakyat betapa teruknya pemimpin BN dalam 'memainkan isu' demi survival mereka.

"Rakyat bijak menilai, bagaimana seorang yang sarat dengan tuduhan mahkamah yang bakal ke penjara dalam masa terdekat. Maka tindakan atau stunt ala desperado diperlukan untuk meraih simpati.

"Rakyat Pulau Pinang masih ingat diskriminasi dan bagaimana kami dianaktirikan oleh Najib semasa beliau menjadi PM dulu, hanya kerana negeri ini ditadbir oleh kumpulan yang tidak sehaluan dengannya.

"Justeru, saya ucap tahniah juga di atas pementasan drama yang boleh dijadikan kenangan terindah untuk di bawa ke penjara nanti oleh 'bossku'," kata Amir sinis.

Beliau juga menyeru agar seluruh rakyat Malaysia memahami situasi politik semasa dan membuat perbandingan trend terkini. Iaitu semakin Umno-BN berkuasa, maka makin teruk rakyat dipermainkan dengan pelbagai drama.

Oleh itu, katanya, rakyat tidak boleh mengembalikan BN memerintah dalam Pilihan Raya Umum ke 15.