MALAYSIA BOLEH MAJU DAN BERMARUAH SEPERTI TURKI - SIAPA MAMPU LAKUKANNYA?

Negara Turki sekarang dikenali bukan sahaja sebagai sebuah
negara Islam yang maju dan moden, tetapi juga sebagai sebuah negara Islam yang
disegani dan ditakuti oleh negara2 barat.
Negara yang pernah dipimpin oleh seorang pemimpin diktator anti
Islam iaitu Kamal Antarturk ini berubah wajah dengan pantas di bawah pemerintahan
Presiden ke 12, Recep Tayyip Erdoğan, menjadi sebuah negara Islam contoh yang
sederhana, tetapi amat menitikberatkan tuntutan Islam seperti melaksanakan
keadilan, membenteras rasuah, perkembangan ekonomi dan pendidikan,
kesejahteraan rakyat serta memperkuatkan keselamatan negara dari ancaman musuh.
Erdogen tidak pernah takut dan tunduk kepada dunia barat tetapi tidak juga suka
bermusuh dengan mereka. Sebab itulah Turki menjadi sebuah negara yang dihormati
dan bermaruah.
Kekuatan pertahanan negara tersebut menjadikan musuh-musuh yang
ingin menghancurkan Turki berfikir banyak kali. Erdogen bukan golongan ulamak
tetapi pada diri dan jasadnya ada roh Islam yang tertanam rasa kasih sayang
sesama manusia tetapi lantang dan berani bila berhadapan dengan musuh.
Malaysia masih mempunyai peluang untuk menjadi seperti Turki.
Pembangunan negara ini mampu diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian dan
sahsiah masyarakat yang terdiri dari berbilang kaum. Islah atau
"reformasi" yang menjadi slogan perjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim
mungkin tidak sama sepenuhnya seperti di Turki tetapi paling kurang Malaysia
mampu kembali menjadi Harimau Asia yang disegani.
Untuk itu, negara ini mesti dipimpin oleh tokoh yang pernah
diuji dengan berbagai ujian dan dugaan seperti yang pernah dilalui oleh
Erdogen. Pemimpin yang biasa hidup derita dan susah, yang biasa ditekan,
difitnah dan dizalimi, pemimpin seperti ini saja akan tahu perasaan rakyat yang
derita, susah dan dizalimi. Siapakah pemimpin itu kalau bukan Dato Seri Anwar
Ibrahim?
InsyaAllah, kita masih punyai harapan untuk melihat cahaya
kembali menyinari bumi Malaysia. Bersama kita doakan agar Allah tampilkan
seorang pemimpin yang mempunyai roh Islam dan cita2 untuk membangunkan negara
ini untuk semua kaum dan agama.
WFAUZDIN NS
Terkilan kerajaan GRS Sabah tidak ada menteri kesihatan

Bekas Menteri Kesihatan dan
Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon meluahkan rasa terkilannya
apabila tidak ada menteri kesihatan dalam kerajaan baru Sabah yang diterajui
Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Berjuang hentikan ketidakcekapan urustadbir - AMK Johor

Malaysia tidak akan menjadi negara
maju dengan urustadbir lemah dan politik yang berkecamuk seperti sekarang.
Solat hajat, zikir dan munajat menjelang Anwar mengadap Agong

Mantan Presiden kedua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Profesor Ustaz Dr Razali Nawawi menyeru rakyat Malaysia yang bersimpati dan menyokong perjuangan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melakukan solat hajat, zikir dan munajat menjelang 13 Oktober ini.
SABAH ADA 3 TIMB KM TAPI POTFORLIO KESIHATAN TIADA?
Sabah ada 3 Timb KM tapi potforlio kesihatan tiada?
Ipohmali
Punya teruknya Kerajaan Pengkhianat di sabah.. Depa baru sedar, Negeri depa takda Menteri yang bertanggungjawab dan jaga Portfolio Kesihatan.. Bila kes Covid-19 melonjak di Sabah.. Jawapan depa..Kononnya urusan Kesihatan diserahkan kepada Federal Pusat…
sama seperti Kedah sebelum ini, Kes tak terkawal..depa serahkan semuanya kepada Pusat.. walhal Mengaku partinya ramai teknokrat dan Doktor.. Zaman Shafie Afdhal siap Negeri buat kawalan dan PKP sendiri mengambil tindakan berbeza dengan pusat mengawal Covid-19..
Yang peliknya.. Portfolio JKR yang bertanggungjawab terhadap projek projek pembagunan dan Jalanraya yang mana peruntukkannya dari Pusat pakat berebut sampai pecah meja depa nakkan Portfolio tu…..
Nampak tak, Allah perlihatkan sebagaimana Kerajaan tebuk atap di Pusat.. Begitu juga Negeri.. depa tidak Kompeten, Tidak layak jadi Pemimpin…KM pun lulusan MCE/SPM.. Lulus SPM takpa lah..Menipu lulusan Ijazah dari luar negara.. walhal..Bekas juru hebah RTM…
Inilah yang dikata Teknokrat ? Memalukan.. Ini yang Mufti Utara kata Kerajaan yang dapat Rahmat Allah… Dibersihkan oleh SPRM orang seperti Bung Mokhtar ? Aku lebih sanggup menerima KM Kristian dan Non muslim dari pemimpin yang tidak ada Qawwi Al Amin, apalagi Khianat…
Ingatlah para Ulama’.. Para Mufti.. Kamu ada saham atas semua pengkhianatan dan Kerosakan ini ! Semuanya akan diperhitungkan Allah.. Maka sujud dan Bertaubatlah atas segala Kerja kerja Jahat kamu semua… Tidak kah kamu nampak Apa yg Allah Zahirkan hari ini ?
وَأَنَّ اللَهَ لا يَهدي كَيدَ الخائِنينَ…
” dan bahawasanya Allah tidak meredhai tipu daya orang-orang yang berkhianat.. “
Surah Yusuf : Ayat 52
SIAPA KARTEL YANG TIDAK BOLEH DITERIMA SEMULA
REFORMASI RAKYAT
Kem Azmin yang langsung tidak boleh terima semula dalam kerjaan baru Anwar ialah no.1,2,3 & 10.Terima sokongan boleh,tapi tidak boleh terima masuk dalam kerjaan baru Anwar..Jangan biar mereka mengkhianati kerjaan baru kedua kali.

PERLANTIKAN WAKIL PAS SECARA DIAM TELAH SAKITI HATI ORANG SABAH, KATA PENGANALISA
BOB KELANANG

Pelantikan Setiausaha PAS Sabah, Aliakbar Gulasan, sebagai Adun
menjadikannya wakil rakyat pertama PAS di negeri itu, perkembangan yang dilihat
menyakitkan hati ramai rakyat di Sabah, kata bekas ketua pegawai eksekutif
Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS).
Johan Ariffin Samad berkata, rakyat Sabah bagaimanapun tidak
boleh menyalahkan Aliakbar dan PAS semata-mata, sebaliknya menuding jari kepada
Presiden STAR, Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus
Ongkili; dan Ketua Umno Sabah, Bung Mokhtar Radin.
“Mereka ini katakan ‘biarlah Aliakbar buktikan dirinya’. Apa
lagi yang hendak dibuktikan kerana PAS sendiri sudah bertapak sebagai parti
politik lebih 60 tahun. Kita tahu apa pendirian PAS, mereka tidak boleh tipu
PAS Sabah ini berbeza dengan PAS yang berada di Semenanjung.
“Aliakbar tentu akan ikut arahan PAS Pusat yang berada di
Semenanjung, sama juga dengan parti lain seperti Umno Sabah juga akan ikut
arahan Umno di Kuala Lumpur, begitu juga dengan PPBM Sabah. Jadi di sini,
bagaimana Aliakbar boleh bawa perubahan?” katanya ketika dihubungi FMT.
Aliakbar antara 4 individu yang menerima watikah pelantikan
sebagai Adun daripada Yang Dipertua Negeri, Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri.
Perlembagaan Sabah membenarkan kerajaan negeri melantik sehingga 6 Adun.
Spekulasi mengenai pelantikan pemimpin PAS pada mengundang
bantahan banyak pihak. Semalam, Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan, yang
juga presiden STAR, mengingatkan rakyatnya bahawa pelantikan Aliakbar merupakan
prerogatif Ketua Menteri Hajiji Noor walaupun pemimpin PAS dari semasa ke
semasa mengeluarkan kenyataan yang menggores perasaan serta sentimen rakyat.
Presiden PBS, Maximus Ongkili, dalam pada beliau mempertahankan
pendirian parti mengatakan tidak perlu menetapkan sebarang duluan dengan
pelantikan itu, percaya Aliakbar akan membetulkan perkara yang salah dan
persepsi orang ramai terhadap PAS.
Johan bagaimanapun tertanya jika benar pentadbiran Hajiji ingin
melantik individu yang mampu membuat perubahan, kenapa pemerintah tidak
melantik wakil masyarakat daripada golongan kurang upaya, ibu tunggal, atau
wanita memandangkan tidak ramai daripada kelompok itu diberikan ruang.
“Kenapa tidak lantik seorang atau dua orang dari mereka ini?
Bahkan juga wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka turut memainkan
peranan penting dalam masyarakat. Tetapi kita lantik individu dari PAS, jadi
apakah matlamat dan objektif yang hendak dibawanya?” katanya.
PANAS!! DUA AHLI PARLIMEN PAS PERTIMBANG SOKONG ANWAR, TUNGGU PERKEMBANGAN SELASA…

Dua ahli parlimen Pas dikatakan akan turut serta memberikan
sokongan kepada Anwar bagi memastikan jumlah sokongan Anwar Ibrahim kali ini
mencecah dua pertiga di parlimen.
Bagaimanapun kedua-dua ahli parlimen ini masih berdiam diri
sehingga kini kerana mahu proses Anwar bertemu YDP Agong berjalan lancar dan
proses pembentukan kerajaan baharu itu berjalan dengan teratur dan tidak hingga
mencetuskan PRU.
Ahli parlimen dari Utara dan Pantai Timur itu juga berharap agar
partinya membuat keputusan untuk menyokong usaha Anwar ini bagi mengekalkan
majoriti melayu Islam dalam kerajaan namun gusar kerana sehingga kini parti itu
memilih untuk tidak menyokong usaha terbabit.
Dikatakan agak rimas dengan kerajaan PN yang mempunyai majoriti
tipis ini, salah seorang ahli parlimen tersebut menyatakan “Dengan majoriti
yang ada sekarang, apa pun kerajaan tak boleh buat… hanya sekadar
bahagi-bahagikan jawatan sesama sendiri sahaja tapi bagaimana dengan nasib
rakyat yang memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh.”
Menurut beliau lagi “Bila kita masuk kerajaan PN dahulu, kita
dijanjikan sokongan dua pertiga majoriti untuk kita laksanakan banyak benda dan
agenda”
“Namun malangnya hingga kini majoriti kekal seperti mana semua
maklum dan kerajaan terpaksa berhempas pulas memujuk parti-parti dalam kerajaan
untuk tidak berpaling tadah.” tambah beliau lagi.
Situasi ini menurut beliau bakal membawa risiko usul yang dibawa
kerajaan gagal dapat sokongan sekiranya ada ahli parlimen kerajaan sekarang
berhalangan atau jatuh sakit. “Ini tidak bagus untuk negara” tambah beliau
lagi.
Anwar dijangka menghadap YDP Agong selasa ini, namun nama
keduanya masih belum berada dalam senarai tersebut. Cuma mereka mungkin
mengambil tindakan nekad apabila kemungkinan ditemuduga secara peribadi oleh
Agong kelak untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO BERGOLAK, DESAK ANWAR DEDAH NAMA MP UMNO YANG SOKONG

BOB KELANANG
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa
berkata, rakyat perlu tahu siapa sebenarnya ahli-ahli Parlimen yang berkomplot
dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika negara diancam pandemik
koronavirus (Covid-19).
Justeru, Anwar didesak mendedahkan senarai sebenar ahli Parlimen
yang didakwa akan dibawa menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada Selasa ini.
“Di saat rakyat dalam keresahan dan penularan wabak Covid-19
yang mengancam nyawa, bagaimana boleh mereka melayan kemaruk kuasa dan cuba
menggugat kestabilan negara ini?
“Kita harap senarai sebenar segera didedahkan supaya rakyat
kenal siapa mereka,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter miliknya hari
ini.
Pada Khamis lalu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson
dalam satu kenyataan berkata, beliau telah mendapat perkenan menghadap
Al-Sultan Abdullah pada 13 Oktober ini.
Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu juga berkata, beliau akan
mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang
didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang akhbarnya pada 23
September lalu.
Pada 23 September lalu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan,
memaklumkan majlis menghadap Seri Paduka oleh Anwar yang dijadualkan berlangsung
sehari sebelum itu ditangguhkan berikutan Al-Sultan Abdullah yang menjalani
rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Terdahulu, Anwar mendakwa, beliau mempunyai majoriti kukuh dan
meyakinkan iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan
baharu serta akan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.
MB PERAK PUN NAK MENGGELABAH JUGA KENAPA?PATUT MUHYIDDIN YANG SOKONG ANWAR
Peja minta Anwar sokong Muhyiddin. Dah tak ada majoriti, dan nak tumbang, kau nak suruh yang nak naik sokong yang nak tumbang ka yob...adeiiiii

October 11, 2020
Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersama-sama memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membantu kebajikan rakyat dan bukannya hanya fokus untuk berpolitik menukar kerajaan sehingga mendatangkan ketidakstabilan kepada negara.
Demikian kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengulas lanjut dakwaan Presiden PKR itu yang dikatakan mendapat perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, 13 Oktober ini.
Ahmad Faizal menegaskan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini lebih meruncing berbanding isu ahli politik yang kerap kali menimbulkan keresahan kepada rakyat.
“Kita harap tidak (bertukar kerajaan) dan saya fikir rakyat harap tidak.. dah tak lalu nak tunggu dekat istana, nak tunggu depan tv..siapa angkat sumpah dan sebagainya.
“Saya kira semua orang termasuk Datuk Seri Anwar marilah kita sama-sama cari jalan kerja bagi sokongan kuat kepada Tan Sri Muhyiddin untuk beliau terus dapat bantu rakyat, bukan kerja untuk kita cari jalan kerja pecah belahkan sesama kita.
“Ini waktu untuk kita bersatu untuk semua rakyat, musuh kita di hadapan adalah virus yang boleh membunuh ini COVID-19, yang perlu kita selesaikan, selepas itu kalau nak berpolitik balik politiklah,” katanya.
Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara Digital Perak dan Multimedia Universiti (MMU), Cyberjaya di Ipoh pada Jumaat.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak, Meor Rezal Fitri Meor Redwan.
Tambahnya, kerajaan yang diterajui Muhyiddin setakat ini mendapat majoriti dan melaksanakan kerja seperti biasa.
Terdahulu, dalam satu kenyataan pada Khamis, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat berkata beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan pada 23 September lalu.
Dengan itu ujarnya, langkah yang sebelum ini tertangguh kini dapat dilaksanakan selepas mendapat perkenan menghadap baginda.
VIDEO: ANTARA TEBUK ATAP, COVID-19 DAN PENJENAYAH MACAU SCAM
Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam bahasa yang bernada budiman berkata beliau bimbang terhadap salah laku yang berlaku dalam kalangan anggota polis.
"Kita bukan mahu mencari salah polis. Kita mahu integriti PDRM terus dijaga dan menjadikan PDRM sebuah badan yang dihormati dan dapat berkhidmat secara amanah terhadap negara dan rakyat," ujarnya.
VIDEO:PAS NAK APA SEBENARNYA?
Mungkin betul nasihat Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari supaya ahli PAS melakukan sembahyang hajat bagi menolak kebodohan.
“Kenapalah kebodohan ditunjukkan untuk tutup kesalahan pemimpin mereka. Saya doakan mereka dibuang sifat melulu taklid pimpinan mereka,” katanya dipetik daripada perbualan dalam kumpulan WhatsApp Wacana Ilmu, Seni, Budaya, baru-baru ini, dipetik Malaysia Dateline.
VIDEO : PEMIMPIN AMANAH SOKONG AMBIL BALIK MANDAT RAKYAT
Keempat: Membina kesepaduan rakyat yang telah dinodai oleh sekelompok puak yang berfikiran perkauman sempit dan para penunggang agama yang menjadi pendokong tegar terbentuknya kerajaan PERIKATAN NASIONAL hari ini.
"Propaganda terancang yang tidak ada asas semata-mata menimbulkan kebencian kaum terbukti satu pembohongan," ujar Mujahid.
VIDEO: SIAPA YANG 'GILA' NAK JADI PERDANA MENTERI?
Pengerusi PKN Nor Hizwan Ahmad, dipetik Sinar Harian pada 2 Oktober lalu sebagai berkata:
“Perhimpunan hari ini adalah untuk membuat laporan polis agar tindakan dapat dilakukan bagi menghentikan 'kegilaan' itu."
SERANGAN TERHADAP ANWAR BARU BERMULA
Kak ida Abdullah
Sesiapa yang percaya Saiful diliwat, ketahuilah bahawa BUKAN Anwar yang anda aibkan, TETAPI diri kamu itulah yang sedang diaibkan dengan daging busuk selayaknya menjadi santapan selama mana kamu tidak bertaubat dengan memohon maaf kepada insan yang kau cuba aibkan.
Semasa perbicaraan DSAI hanya yang berada di mahkamah atau luar mahkamah sahaja yang layak bercerita. Jika Saiful manusia bermaruah, kenapa dia tidak berani berjalan masuk ke mahkamah? Terpaksa disorok dan dibawa ke laluan lain? Bukankah dia mangsa rogol? Tentunya dia akan menerima simpati. Ya kasut menunggu untuk direjam!
Sekurang-kurangnya Saiful diupah berjuta merekacipta cerita hanya kaki seks yang mampu percaya. Kamu yang gigih menyebar dapat apa pula? Gaji haram?
Boleh walaun terangkan kenapa Jamil Khir ambil duit zakat bayar peguam untuk halang kes Qazaf yang dibawa oleh DSAI ke atas Saifool di mahkamah syariah?
Boleh walaun terangkan bagaimana seorang manusia waras tak kencing, berak dan mandi kerana nak simpan bukti dalam duburnya? Dia tak solat tu saya tak kisah la... Tp tak berak, tak mandi, tak kencing? Kentut pun dah terpancut keluar bukti!
Pergi ke Hospital pun doktor dah sahkan yang dia tidak diliwat, tapi tak puas hati, dapatkan doktor yang handal sampai jumpa air mani! Walaun sengal, kau memfitnah perkara yang tiada, sedangkan kau tak malu, pemimpin rasuah baik dari ahli politik atau penjawat awam semua bangsa Melayu!
Itulah hukuman kepada Melayu yang gigih memfitnah maka Melayu menjadi hina sehinanya. Bila disebut pencuri, Melayu, penipu, Melayu, perasuah Melayu, pedagang agama, Melayu, semburit, Melayu! Kau tak rasa berdosa pula ambil duit dari mereka?
Apabila kau memfitnah saudara mu kau dah mengundang bala. Tidakkah kau rasa. Oops makan duit haram memang tak rasa! Tapi jangan lupa hukuman pemfitnah menunggu di sana. Mungkin kau tak percaya. Maka teruskanlah mengaib diri sendiri, mengumpul kudis yang akan zahir di negeri kekal abadi.
KENALI DS ANWAR - # siri Pertama

Wawancara pertama saudara Anwar Ibrahim selepas dibebaskan dari
penjara kerana memperjuangkan nasib rakyat miskin di Baling Kedah, pada tahun
1974. Anwar dipenjara tanpa bicara selama dua tahun.
Ketika umurnya 20-an beliau sudah berjuang untuk Bahasa Melayu,
menyokong perjuangan minoriti Islam yang dizalimi di luar negara, membantah
bantuan Amerika terhadap Zionis Israel, serta memperjuangkan nasib rakyat
Palestin.
Malah beliau ketika itu turut mendesak agar Kerajaan Malaysia
menubuhkan sebuah Universiti Islam.
"Anwar Ibrahim, to know is to love,"
SR
'Beginikah derita hai orang yang sabar
Dituduh berdusta walaupun bercakap benar
Nama ku dicemar mana ku pergi orang tak gemar
Iman ku takkan bertukar dari menipu biar terlantar
Mengapakah dunia hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat itulah yang diutama
Si jujur menjadi mangsa pandai menipu lekas berharta
Biarlah aku merana aku tak rela hidup berdusta
Di mana keadilan yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman menjadi balasan
Yang lemah ditekan yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh tuhan aku serahkan tetapkan iman'.
*Lagu 'Sabar' - Karya Tan Sri P.Ramlee
KISAH LAPORAN POLIS YB UMNO
PEGUAM PAS DULU
Laporan polis
1. Agak viral juga info ada beberapa Ahli Parlimen Umno/BN buat
laporan polis atas alasan kononnya mereka tak sokong untuk DSAI jadi PM.
2. Agak lucu sebab yang kita tahu setakat ini DSAI tak pernah
pun siar nama mereka di mana-mana. So , saya kesian kat polis, depa nak siasat
lagu mana? You simply don't lodge a police report based on conjecture. And you
dont simply expect police to investigate any speculative matter.
3. Katakan nama MP yang buat laporan polis tu tiba tiba tak ada
pun, apa akan jadi? Saya tak boleh nak ramal sebab saya bukan Tok Nujum.
4. Cuma dari segi undang-undang, jika nama mereka diandaikan TAK
ADA pun, beberapa kemungkinan dari perspektif undang-undang.
a. Mungkin yang buat laporan polis tu pula yang akan disiasat
polis dan akan didakwa kerana buat laporan palsu atau memfitnah DSAI.
b. Mungkin yang buat laporan polis akan kena saman oleh DSAI
kerana memfitnah.
Jika nama mereka diandaikan memang ada , saya tak pasti adakah
selepas ini mereka akan tarik balik laporan polis pula atau mereka tiba tiba
pula mungkin buat laporan polis yang baru kata mereka "dipaksa" untuk
buat laporan polis yang sekarang ni.. Jujurnya kita tak tahu.. Mungkin kita tunggu
je lah hari selasa nanti insyaAllah.
'ABAH' SEDANG MENITI HARI-HARI TERAKHIRNYA SEBAGAI PM?? RAYUSA
BOB KELANANG
Ucapan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam Perutusan Khas
Perdana Menteri (PM), 6 Oktober lalu mengenai situasi Covid-19 menyebabkan
rakyat tidak peduli lagi pada pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0
nanti yang telah diumumkan oleh beliau sendiri.
Ramai yang kecewa, malah berang dengan perutusan Muhyiddin kali
ini. Mereka yang pernah menyanjung, kini beralih arah, malah ada yang meminta
Muhyiddin meletakkan jawatan.
Selepas perutusan tersebut, #MuhyiddinOut
menjadi trending di media sosial. Selebriti terkenal Adibah Noor turut sinis
dalam akaun Twitternya apabila menulis, ‘Sebenarnya nak cakap pasal apa ni…??’
Pada hari itu, kes baharu Covid-19 yang tertinggi setakat ini –
691, dan berlaku empat kematian. Ramai yang menunggu-nunggu apakah perkara
penting, terutamanya yang berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
akan disampaikan oleh Muhyiddin.
Walau bagaimanapun, selepas (seperti biasa) memulakan perutusan
dengan bertanya khabar dan berharap semua rakyat sihat sejahtera, Muhyiddin
mengulang-ulang perkara yang serupa tentang Covid-19.
Memang Muhyiddin mengakui antara sebab kenaikan mendadak kes
Covid-19 hari demi hari ialah Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (Dun)
Sabah ke-16, atau Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September lalu.
Gabungan Rakyat Sabah memenangi PRN Sabah itu dengan majoriti
mudah. Daripada 73 kerusi, ia memperoleh 38 kerusi (Perikatan Nasional mendapat
17 kerusi, Barisan Nasional 14, dan Parti Bersatu Sabah tujuh kerusi).
Dalam ucapan yang dianggap oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang
sebagai paling lemah itu, Muhyiddin menceritakan beliau berkempen dengan
selamat, dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP). Beliau juga
meminta maaf kerana tidak mampu ke semua tempat.
Bagus menunjukkan teladan sedemikian biarpun seperti ‘masuk
bakul angkat sendiri’. Namun begitu, Muhyiddin terlupa/tidak meminta/menasihati
menteri-menterinya, serta wakil rakyat Kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar
tidak melanggar SOP ketika berkempen, dan setelah pulang dari berkempen PRN
Sabah.
Sebaliknya, rakyat yang dinasihati Ahli Parlimen Pagoh itu. Kita
belum menang, katanya. Muhyiddin seperti cuba tegas dalam berseloroh apabila
memohon maaf kerana mula mahu merotan rakyat yang ingkar. “Maaflah kalau abah
mula mahu merotan sekarang,” katanya yang disambut oleh kecaman warga Internet.
Mengapa rakyat juga yang disalahkan, padahal ahli politik PN
yang sepatutnya bertanggungjawab? Kalau mahu merotan, rotanlah menteri-menteri
yang ingkar terlebih dahulu, kata mereka.
Muhyiddin sepatutnya merotan Menteri Pertahanan, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob. Ahli Parlimen Bera itu menyatakan mereka yang pulang dari
Sabah tidak perlu kuarantin wajib 14 hari, sebaliknya cukup menjalani ujian
swab sahaja.
Ismail bukan sahaja salah, malah tidak menghiraukan nasihat
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah agar semua
yang pulang dari Sabah menjalani kuarantin wajib 14 hari. Oleh kerana Ismail
Menteri Kanan, Noor Hisham terpaksa mengubah (mengalah) nasihat beliau agar
selaras.
Lihatlah hasil ‘kebijaksanaan’ Ismail itu. Semua, termasuk
menteri-menteri PN yang pulang dari Sabah ke sana ke sini di Semenanjung,
walaupun ada yang kemudian sahkan positif Covid-19.
Malang sekali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal
Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang (paling) diharapkan memberi
teladan murni pun ingkar, dan kini dirawat di hospital akibat positif Covid-19!
Ramai yang kecewa hingga meminta Dr Zulkifli meletakkan jawatan kerana gagal
menjadi contoh yang baik.
Setelah kes naik mencanak dan kematian bertambah, ‘Abah’ hanya
berkata sudah mula mahu merotan. Cuma mahu merotan, bukannya sudah merotan.
Mahu hanya keinginan, belum (bukan) perbuatan lagi.
Apakah Muhyiddin mahu merotan anak-anak buahnya yang degil? Jika
serius, sebelum Zulkifli, beliau telah merotan Menteri Perusahaan Perladangan
dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kerana mengingkari kuarantin
wajib selepas pulang dari Turki, lama sebelum PRN Sabah. Ahli Parlimen Kuala
Nerus itu hanya membayar denda RM1,000 dan mendermakan empat bulan gajinya,
sambil memohon maaf.
Muhyiddin juga wajar merotan Menteri Besar Kedah, Muhammad
Sanusi Md Noor kerana tidak memakai topeng/pelitup separuh muka ketika membuat
tinjauan terhadap masalah rakyatnya. Wajar dan sangat bagus walaupun tidak
menghairankan kerana itu memang tugas beliau apabila mengatakan gembira membuat
tinjauan.
Cuma, kecaknaan dan keriangan Sanusi itu akan lebih mantap/lengkap
jika beliau memakai pelitup separuh muka. Teladan boleh diberikan menerusi atau
dalam pelbagai hal/cara. Sanusi tentu maklum keadaan Covid-19, apatah lagi di
Kedah ketika ini, dan SOP. Malangnya, mengapa beliau seperti ‘menempah’
penyakit, sambil memberi contoh buruk?
Persendaan baharu terhadap Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Adham
Baba turut muncul dalam media sosial. Kekaguman dan hormat yang tinggi terhadap
Noor Hisham menyebabkan ada warga Internet yang membuat cadangan kepada
Muhyiddin agar melantik Hisham sebagai Menteri Kesihatan Malaysia. Adham cukup
sekadar menjadi pemandu ambulans sahaja, kata mereka. Beliau juga tidak dirotan
oleh Abah awal-awal dahulu kerana saranan air suamnya.
Sebelum ini, ramai yang kekal memuji dan berterima kasih kepada
Muhyiddin kerana akan memberikan BPN 2.0 pada penghujung Oktober 2020, dan awal
Januari 2021 meskipun jumlahnya berkurangan.
Di samping sedang berdepan gesaan meletakkan jawatan, Muhyiddin
juga dihantui kemungkinan hilang jawatan. Barangkali itu yang menyebabkan
beliau memberikan ucapan paling lemah sebagai PM. Keyakinan dan tumpuannya
goyah.
Masakan tidak. Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port
Dickson dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan
menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Muta’in Billah untuk
mempersembah senarai majoriti sokongan ahli Parlimen pada 13 Oktober nanti.
Benarkah ‘Abah’ sedang meniti hari-hari terakhirnya sebagai PM?
PETANDA POSITIF DARI SABAH
NORMAN RADZUAN

Mungkin ramai juga ahli PKR, penyokong DS Anwar yg tidak
bersetuju kerana masih marahkan Syafie Apdal isu menolak permintaan PKR memohon
14 kerusi pada PRN lalu. Bagi saya dlm politik... nothing is impossible.
Dulu siapa sangka PAS boleh bekerjasama dgn DAP. PAS boleh
bekerjasama dgn UMNO. UMNO boleh bekerjasama dgn PAS. Star boleh bekerjasama
dgn Warisan dan kemudian Star boleh bekerjasama dgn PN. Bersatu boleh
bekerjasama dgn UMNO dan skg berpecah semula.
Sedangkan Muhyiddin kata Pas parti sesat. Pas kata UMNO parti
kafir. Muhyiddin kata takkan sama sekali bekerjasama dgn UMNO. UMNO kata Pas
bawa ajaran Parti Ajaran Sesat... Mahathir tuduh Anwar peliwat kemudian
Mahathir mohon restu Anwar bersamanya. Tak sampai 22 bulan Mahathir jatuhkan
balik Anwar.....
Syafie dikatakan 'barua' Tun. Kenapa kita tidak kata Mat Sabu
dan LGE perkara yg sama. Dlm politik tak perlu kita persoalkan tentang itu
kerana di situlah seni politik yg sukar difahami kpd mereka yg hanya faham
politik bahawa 5+5 jawapannya 10.
Dulu pun Mahathir, Pak Lah, Najib dan skg Muhyiddin tak mampu
menjadi PM jika berseorangan ( UMNO bersendirian ) tanpa kerjasama parti2
politik yg lain. Sb itulah Anwar beri formula Unity kpd parti2 politik yg ingin
menjatuhkan BN.
Bagi saya apa yg ditulis di Warisan Online adalah pendokong
parti ini yg mahukan Anwar menjadi PM. Ia adalah petanda baik bagi Anwar. Jika
boleh kita mahu Anwar membawa sekurang kurangnya 130 SD MP yg menyokongnya utk
lebih menyakinkan YDPA bahawa Muhyiddin telah hilang majoriti besar dlm
kerajaannya.
PERBANDINGAN ANTARA ANWAR, MUHYIDDIN, MAHATHIR DAN NAJIB DARI SEGI KETOKOHAN POLITIK, AKADEMIK DAN GERAKAN / AGAMA ISLAM.

IBRAHIM MAT ISA
1. Muhyiddin Yasin seorang pemimpin politik yang berfahaman
Autokratik.
a. Tokoh Politik Sahaja.
b. Tiada kepakaran dalam hal ekonomi.

2. Najib seorang Autokrat ( Diktator ) yang mempraktikkan
POLITIK KOTOR untuk mempertahakan kuasa menurut pengajian Sains Politik.
a. Tokoh Politik Sahaja.
b. Tiada kepakaran dalam hal ekonomi dan kewangan.
3. Mahathir seorang Autokrat ( DIKTATOR ) dan mengamalkan
POLITIK KOTOR suka membunuh (karaktor) kawan, teman dan sahabat perjuangan
dalam konteks politik menurut dan mengikut Sains Politik.
a. Tokoh politik sahaja.
b. Tiada kepakaran dalam hal ekonomi dan kewangan.
4. Anwar Ibrahim pemimpin yang berfahaman DEMOKRATIK yang mempraktikkan
POLITIK NILAI dan mengamalkan POLITIK BERSIH mengajak rakyat Malaysia
bangkit,melawan dan menolak politik kotor dan menggantikanya dengan POLITIK
BERSIH.
a. Tokoh Politik.
b. Tokoh Akademik.
c. Tokoh Gerakan / Agama Islam.
d. Ada kepakaran dari segi pengurusan
Ekonomi & Kewangan.
TOKOH POLITIK.
1. Dato Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang berfahaman
DEMOKRATIK seluruh dunia mengenal beliau sebagai Muslim Democrats.
2. Anwar adalah TOKOH POLITIK Malaysia pertama yang disenaraikan
ke kelompok 100 orang yang paling berpengaruh di dunia dalam kategori ' POLITIK
' oleh Majalah Time Pada tahun 2008.
Pemilihan tersebut adalah tepat mendahului masa apabila usaha
diMULAkan Anwar sekian lama, akhirnya berjaya menumbangkan Umno/BN pada PRU 14
buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.
3. Anwar adalah TOKOH POLITIK Malaysia pertama yang disenaraikan
ke kelompok 50 orang yang paling berpengaruh di dunia dalam kategori ' POLITIK
' oleh Majalah The Muslim 500 selama dua tahun berturut-turut ia itu tahun 2016
dan 2017.
Pemilihan tersebut adalah tepat apabila Anwar akhirnya berjaya
menumbangkan Umno/BN pada PRU 14.
4. Anwar adalah TOKOH POLITIK Malaysia pertama yang menerima
anugerah ' GLOBAL PEACE PRIZE ' pada tahun 2017.
TOKOH AKADEMIK.
Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang
terpelajar dan berpendidikan sebagai Tokoh Akademik yang tersohor diperingkat
antarabangsa.
Maksud terpelajar disini ialah seorang AHLI AKADEMIK yang
terlibat secara langsung dengan Pertubuhan Intelek atau Ilmiah di University.
Anwar Ibrahim adalah AHLI AKADEMIK yang menjadi Pensyarah dan
Ahli Pertubuhan Intelek/Ilmiah dibeberapa buah University terkenal diperingkat
antarabangsa.
1. Anwar Ibrahim pernah menjadi Pensyarah di University :
i. University of Oxford London England.
ii. John Hopkins University Amerika Syarikat.
iii. Georgetown University Washington DC Amerika Syarikat.
2. Anwar Ibrahim adalah AHLI AKADEMIK Ahli Pertubuhan
Intelek/Ilmiah atau FELLOW di :
i. University Of Oxford,London England.
ii. John Hopkins University Amerika Syarikat.
iii. Georgetown University Washington DC,Amerika Syarikat.
iv. Terkini Anwar Ibrahim adalah Profesor Undangan ( Visiting
Professor ) di Harvard University Amerika Syarikat.
TOKOH GERAKAN / AGAMA ISLAM.
1. Anwar seorang yang taat dan berpengetahuan luas dalam agama
Islam sebab itu Anwar boleh membahas pelbagai perkara mengenai ISLAM .
Anwar Ibrahim begitu rapat dengan para ulama diperingkat
antarabangsa.
Anwar bukan Ustaz atau Ulama,Anwar adalah Intelektual Muslim
yang diakui oleh dunia Islam dan Barat.
2. Anwar Ibrahim pemimpin politik yang pertama dan
bertanggungjawab membawa budaya dan nilai-nilai ISLAM ke dalam pentadbiran
kerajaan.
3. Anwar Ibrahim adalah pengerusi The Intetnational Institute of
Islamic Thought ( IIIT ) sebuah pertubuhan Intelektual Islam di peringkat
antarabangsa.
4. Anwar Ibrahim adalah Pengerusi The International Institute of
Islamic Thought and Civilization dimana Anwar sendiri bersama Prof Dr.Syed
Naquib Al Attas menuubuhkanya pada tahun 1988.
5. Anwar Ibrahim adalah pengerusi Muslims and Christians
Understanding diperingkat antarabangsa.
6. Anwar Ibrahim adalah tokoh politik Malaysia pertama yang
diberi penghormatan membuat ucaptama di Sidang Ulama Sedunia pada tahun 2011.
KEPAKARAN.
1. Anwar Ibrahim adalah ' Pakar Perunding Kewangan ' yang diakui
oleh Bank Dunia pada tahun 2008.
2. Anwar Ibrahim adakah ' Pakar Ekonomi & Kewangan ' yang
diakui oleh Bank Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 2014.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan pertama Malaysia yang
mengurus ekonomi dan kewangan Malaysia yang mendapat untung ia itu pendapatan
melebihi perbelanjaan selama 8 tahun berturut-turut.
Anwar Ibrahim pernah menjadikan Malaysia ' HARIMAU ASIA ' dari
segi ekonomi dan kewangan dikalangan negara-negara Asian.
Anwar Ibrahim Menteri Kewangan yang terbaik pernah dilahirkan
oleh Malaysia.
Anwar Ibrahim salah satu dari 4 Menteri Kewangan yang terbaik di
Dunia pada tahun 1993.
Anwar Ibrahim Menteri Kewangan terbaik di Asia pada tahun 1996.
Credit : Abdul Rauf Hj Jainullah.
REPACKAGE & REPOST : Zus Din (10 Oktober 2020)
#MuhyiddinOUT
of service
Subscribe to:
Posts (Atom)
