ERKKK.,..

Apa yang aku tau la Pelangai ni bawah sikit la maju dari ulu tembeling...kawasan ni nak aku gambarkan macamana pun aku tak tau...
Patut la bagi 300 dia suka kemain...aku ingat la ..gajah pernah keqabat dia ni.keh.keh.keh
Kawasan Pelangai ni bukan setakat gajah..badak..ungka..jemuan jebon semua ada....

KENYATAAN MEDIA



ISNIN, 17 OGOS 2020

*AMK SABAH YAKIN ANAK MUDA DIBERI KELEBIHAN PADA PRN SABAH*

Seperti sedia maklum Pilihanraya Negeri (PRN) akan berlangsung setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan. Sudah tentu isu yang menjadi tumpuan adalah calon Pilihanraya.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah yakin Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah, Datuk Christina Liew mampu mendapat kerusi lebih untuk ditandingi KEADILAN pada Pilihanraya Negeri kali ini.

Pada PRU-13 KEADILAN mempertandingkan 43 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah namun pada PRU-14 KEADILAN cuma mempertandingkan 8 daripada 60 kerusi DUN selepas 35 kerusi DUN diserahkan kepada WARISAN.

Dengan penambahan 13 kerusi DUN baru di Sabah dan kegagalan WARISAN memenangi beberapa kerusi yang diberikan KEADILAN pada PRU14 lalu, kita yakin Pengerusi Negeri mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 20 kerusi daripada 73 kerusi DUN untuk dipertandingkan KEADILAN.

Selain itu AMK Sabah juga melihat anak muda akan diberi kelebihan oleh pimpinan negeri untuk bertanding pada kali ini apatah lagi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang had minima pengundi adalah 18 tahun.

KEADILAN sangat dikenali sebagai sebuah parti yang memperjuangkan isu anak muda malah parti ini sering mengenengahkan anak muda samada untuk memimpin parti mahupun sebagai calon Pilihanraya.

AMK Sabah juga telah menghantar beberapa profile calon daripada AMK negeri dan kini terpulang kepada Pengerusi untuk menentukan kerusi mana yang bakal dipertandingkan oleh anak muda dari KEADILAN Sabah.

WENDEY AGONG BIN BARUH
Timbalan Ketua AMK Sabah
Ketua Cabang KEADILAN Sipitang

LIWAT LAGI, BANGANG KALAU PERCAYA

PENGASAS PPBM PAGOH ANTARA KELUAR PARTI

BANGKITLAH ANAK MUDA


RAYYAN RADZWILL




Nak kata apa biarlah..Setiap patah perkataannya seperti ucapan ini telah saya bakar dalam hidup sebenar saya..Tolak kezaliman,tolak harta benda, tolak ancaman dan terus bangkit untuk melawan seorang diri selama 3 tahun lamanya..

Diketika setiap mereka yg berkuasa dan berpangkat menghina dan menolak saya..Dimasa setiap senjata musuh menghala saya tuk merobek nyawa saya, saya tidak gentar berdepan mereka dgn berserah sepenuhnya kepada Illahi.
Ketika itu saya takde kuasa, wang atau pangkat tetapi hanya berbekal intergriti dan belas kasihan terhadap kanak2 miskin tuk bangkit melawan mereka..Apa saja yg terdaya saya lakukan tanpa gentar 

NEGARA HANCUR KERANA RASUAH




"Selagi sesuatu organisasi itu dibayangi oleh pemimpin korupsi, maka tidak wajar diberikan undi", tegas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
NAJIB - 4 pertuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion *(𝗞𝗲𝘀 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗦𝗥𝗖, 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗦𝗔𝗕𝗜𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛)
ZAHID - 40 pertuduhan rasuah berjumlah RM127 juta
MUSA AMAN - 30 pertuduhan rasuah berjumlah RM209.4 juta *(Kes digugurkan slps sahaja PN berkuasa)
ISA SAMAD - 9 pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta
KU NAN - 2 pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta
BUNG MOKTAR - 3 pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta
NOOR EHSANUDDIN (BEKAS Ahli Parlimen Kota Tinggi) - 21 pertuduhan rasuah berjumlah RM266,000.


KAN DAH KANTOI...



RINA HAMZAH

BUKANKAH Ernst & Young (EY) sudah nafikan yang mereka bukan juruaudit Tabung Haji.
Kenapa Azeez Rahim kata semasa dia jadi Pengerusi Tabung Haji laporan kewangan diaudit Ernst & Young (E&Y).
ADAKAH AZEEZ LUPA atau JELAS NAK MEMBOHONGI seluruh rakyat yg mengikuti debat tersebut..
Kalau tak menipu, merompak, menyamun BUKAN UMNO NAMANYA..

PPBM TANPA GABUNGAN AKAN KALAH DISEMUA KERUSI YANG DIPERTANDINGKAN



HAMDAN TAHA

Cuba kita lihat fakta ini sikit sekadar aktifkan otak kita sebentar...

Semasa ahli parlimen Umno melompat masuk Bersatu seperti di Larut,Jeli dan seangkatannya termasuk Bagan Serai. Apakah mereka melompat ke Bersatu itu membawa penyokong Umno dan ahli bersama. Jika ada berapa cawangan yang hilang ke ahlian dan ajknya ikut calun MP tersebut...apakah Umno terkesan teruk semasa mereka melompat waktu itu...

2. Apabila mereka bersama Bersatu dan kemudian mereka melompat pula ikut parti Bersatu membentuk kerajaan PN yang sekarang kerajaan PN ini sudah tidak ujud dari segi nama sebab Umno dan Pas termasuk Bersatu sendiri dah umum bersama MN. Berapakah keahlian Bersatu yang masih atau akan kekal bersama parti Bersatu apabila Tun Dr M menubuhkan Parti Baru. Kelihatannya semua Bahagian Bersatu ada yang mengistiharkan diri keluar parti termasuk di Pagoh. Itu ketika parti Tun dr M belum jelas keujudannya....

3. Jika Bersatu tidak ada nilai tambah kepada MN dari segi jumlah ahli dan sokongan bagaimana bekas MP Umno yang melompat berhak minta kerusi mereka itu untuk di serahkan kepada Bersatu. Di mana logiknya mereka kata bahawa kerusi itu Bersatu yang punya contoh Larut...bagan serai...tanah merah...jeli...nibung tebal dan seangkatan dengannya. Jika mereka kata pengaruh peribadi mereka kuat....kenapa masa mereka lompat dari Umno ke Bersatu tidak ada cawangan Umno yang bubar istihar masuk Bersatu....atau ahli beramai ramai keluar ikut MP tersebut...

4. Saya ada buat rujukan beberapa tempat MP Umno yang melompat ke Bersatu. Lebih parah walaupun mereka ada jawatan kabinet sekarang tapi kenyataannya Bersatu bahagian pun tidak menerima beliau. Contoh di Bagan Serai...Mersing...Tanah Merah...dan hampir semua tempat itu....kecuali Sabah saya tak tahu. Malah saya risik risik jika sekali pun calun itu di calunkan semula bertanding....akar umbi bersatu asal tidak akan beri undi mereka kepada calun Umno yang melompat tersebut. Jika ahli Bersatu pun tak mau bagi undi bagaimana dengan ahli Umno dan Pas ? Kerana ahli Bersatu ini mejoriti mereka adalah orang yang dalam banyak PRU tak pernah mengundi BN....itu sejarah mereka...mereka memang anti kerajaan Bn dari berkurun lamanya.

Jika di nilai semua keadaan ini apa untungnya Pas dan Umno membawa Bersatu dalam MN dan beri pula Jawatan PM kepada Presiden parti Bersatu. Apa pula untungnya Pas dan Umno jika menyerahkan kerusi kepada Bersatu dalam keadaan sama banyak dengan Pas dan umno. Siapakah yang untung dalam kes ini....parti manakah yang rugi dan parti manakah yang di berikan karpet merah...

Saya setuju untungnya bawa Bersatu ke MN ialah di lihat MN akan bertambah kuat. Apakah betul kemasukan Bersatu menguatkan MN. Dalam keadaan Bersatu yang presidennya dari Johor pun ramai ahli tak ikut TSMY dan Bersatu...mereka dengan berani keluar.....sebenarnya ahli Bersatu di bahagian bahagian bukan ramai pun kerana parti ini tak sempat tubuh cawangan dengan banyak dah pecah. Jika setiap bahagian ada 100 ke 200 orang keluar parti pun di kira parti itu sudah terjejas teruk....kerana itu lah pun jumlah yang ada di bahagian bahagian...

Yang pasti parti yang masih ada kekuatan tetap Umno dan Pas. Kekuatan dari segi jentera di peringkat akar umbi terbukti jelas dan nyata...bersatu di Perak contohnya walaupun MB dari Bersatu dan Timbalan Presiden parti pula tu. Tapi jika Bersatu itu di tinggalkan berseorangan tampa gabungan dengan MN atau PH jika mereka bertanding PRU saya berani cakap semua calun Bersatu hilang wang pertaruhan. Berbeza dengan Umno...Pas...dan PKR....tiga parti ini jika bersendirian pun sudah pasti ada kekuatan tersendiri.....dan Umno juga Pas jika bersendirian tampa gabungan tetap akan ada kerusi yang mereka menang...tapi Bersatu tampa gabungan...TSMY pun akan kalah di Pagoh....saya berani jamin....Peja akan kalah di Tambun dan dun yang dia menang sekarang....jika Bersatu bersendirian....



Amir berikrar perbetulkan landskap politik yang pincang



Ikrar elok elok. Jangan khianat mandat rakyat yang telah menyokong dan mengundi  kamu dan kemudian kamu melompat atau meletak jawatan. Itu adalah pengkhianatan yang paling tak berguna dalam sejarah  politik seseorang individu dan generasi kini akan mengenang kamu sebagai ahli politik yang tidak berguna.


Amir berikrar perbetulkan landskap politik yang pincang



Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Amir Khusyairi Mohamad Tanusi tekad menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ini sebagai langkah pertama untuk menangani permasalahan penduduk kampung dan pengundi Slim.

Beliau yang bertanding atas tiket Bebas berkata, banyak kepincangan yang perlu diubah dan diperbetulkan semula terutama berkaitan dengan perubahan landskap politik negara yang tidak dijangka.
“Saya percaya ini langkah pertama dan permulaan di mana kami harap dapat membetulkan apa yang kami rasa tak betul terutama dalam landskap politik negara kita.



“Budaya ini perlu dijernihkan lebih-lebih lagi kalau diteruskan akan menyebabkan proses demokrasi dan politik baik terhenti di situ sahaja,” katanya selepas pengumuman pencalonan DUN Slim di Dewan Sri Tanjong hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan akan bertanding menggunakan logo pokok yang melambangkan kekuatan pendirian parti itu untuk membawa suara-suara masyarakat di Slim.


“Kita memilih simbol pokok untuk menggambarkan pengundi di Slim bahawa akar pokok mencengkam tanah, yang menunjukkan asas pendirian kami yang kuat.

“Kemudiannya daun-daun yang merimbun sebagai simbolik kami akan peka dengan masalah pengundi di Slim. kami mempunyai idea dan aspirasi terutama untuk membawa nilai-nilai murni dalam politik,” katanya lagi.

MANA SATU YANG BETUL

PAS yakin gandingan parti itu dengan UMNO dan Bersatu dalam Muafakat Nasional (MN) akan mewujudkan suatu gagasan besar “Melayu Raya”.
Bukan itu sahaja, malah kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, langkah itu dapat memperkasa struktur masyarakat Malaysia.
Justeru tambah beliau, Pas menyokong penuh keputusan Bersatu untuk menyertai MN.
Namun demikian, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa berkata, MN bukan sebuah gabungan politik yang berpaksikan Melayu.
Ini kerana, katanya, MN sedang berusaha membawa masuk parti pelbagai kaum ke dalam gabungan yang kini disertai UMNO, PAS dan Bersatu itu.
Seterusnya jelas Annuar lagi, prinsip pelbagai kaum sangat mustahak untuk MN.
Jadi, mana satu yang betul?
MN sebuah gabungan “Melayu Raya” atau pelbagai kaum seperti BN sebelum ini?
Janganlah bagi pengundi pening kepala!! (Shahbudindotcom 17/08/2020)

PRK Slim: KEADILAN sokong calon menentang PN


Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim di Perak mungkin mencatat kontroversi apabila Pakatan Harapan (PH) tidak bertanding sebaliknya menyerahkan kerusi berkenaan kepada Parti Pejuang Tanah Air yang belum didaftarkan.

Terdapat pihak yang terkilan dengan keputusan itu namun menyerahkan DUN kubu kuat Umno kepada parti Tun Mahathir dengan tujuan menjimatkan dana untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah yang lebih mencabar adalah strategi yang bijak.

Bagaimanapun, penyokong mempersoalkan mengapakah pemimpin ketiga-tiga komponen PH hadir dalam majlis memperkenalkan calon Pejuang pada 12 Ogos lalu.

Bagi Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, prinsip PH mudah, gabungan itu akan menyokong sesiapa sahaja yang menentang kebobrokan kerajaan 'tebuk atap' Perikatan Nasional dalam mana-mana pilihan raya.
"Kita menyokong calon-calon yang menentang PN. Itu kedudukan kita secara rasmi (di Slim)

"Kita tolong kempen. Bila ada masa sesuai kami akan meluangkan masa untuk berkempen. Cuma sekarang kita ada sidang Parlimen jadi tak dapat selalu hadir di sana," katanya ketika dihubungi.

Chang yang juga Ahli Parlimen Tanjong Malim, di mana terletakknya DUN Slim bagaimanapun berkata, bantuan daripada PH tidaklah sehebat ketika parti Tun Mahathir, Bersatu menjadi sekutu rasmi seperti sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.

Kali ini, katanya, Pejuang jelas menyatakan mereka bukanlah gabungan PH tetapi tidak pula menyokong PN.
Mengulas peluang calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi untuk menang di DUN Slim berbekalkan logo 'pokok', Chang meramal hal itu sukar untuk berlaku.

"Bukan senang tempat ini (kubu Umno), tempat yang susah. Sebelum ini ok, tetapi Pas sudah dalam Perikatan Nasional. Ada masalah di sana (undi BN bertambah).

"Saya rasa kadar keluar mengundi juga menurun dan payah untuk calon Bebas menang walaupun dengan sokongan PH.

"PRU 2018 lalu adalah masa yang sangat bagus (momentum menolak Najib). Tapi itu pun kita tak menang di Slim, sekarang orang lebih fokus kepada ekonomi berbanding politik," katanya lagi.

Namun, Chang berpendapat medan PRK Slim mungkin boleh menguji sejauh mana rakyat luar bandar menanggapi isu kleptokrasi membabitkan pemimpin utama Umno, Najib Razak.

Katanya, sebelum ini Umno mempropagandakan kerajaan PH menganiaya Najib dengan mengenakan berpuluh-puluh tuduhan pengubahan wang haram dan rasuah terhadap bekas PM itu.

Namun apabila Najib didapati bersalah pada 28 Julai lalu, ketika kerajaan PH telah tiada maka andaian beliau dianiaya tidak lagi relevan.

"Cuma ada satu yang harus kita tengok, sejauh mana kes mahkamah Najib akan beri kesan kepada Umno. Saya rasa mungkin akan ada orang Umno yang kurang selesa parti itu terus berada dalam PN. Sebab mereka rasa (terkilan) pemimpin mereka masih kena hukuman," katanya.

Walau apa pun, menurut Chang, hanya itulah faktor yang boleh diambil kira. Tiada faktor lain yang boleh meningkatkan undi kepada Pejuang ketika parti itu tidak menjadi komponen mana-mana gabungan secara rasmi.
Hakikatnya, PRK Slim tidak dilihat penting oleh PH mahu pun PN kerana tidak merubah komposisi kerajaan Perak. BN diramal akan menang mudah.
Cuma BN akan dimalukan sekiranya menang dengan undi majoriti di bawah 2,200 sebagaimana pada PRU 14 lalu. Kali ini mereka akan menikmati pertambahan 4,103 undi dari penyokong Pas.


Sekiranya BN gagal mendapat majoriti lebih 6,000 undi maka kerjasama Umno - Pas dalam Muafakat Nasional akan dipertikaikan kerana penyokong Pas enggan mengundi BN.


BERITA SIPI SIPI



APA PUNYA BANGKAI.BENDA YANG TERBUKTI SEKELILING BANYAK


Sharidah Sh Abdullah

Pengampunan yg diberi ke atas jenayah yang x de bukti nak cabar. Tu yang bukti berlambak mencuri bebas x de lak sapa nk cabar! Kisah seks shj ke yg penting dlm masyarakat Malaysia ni?

Bangsa tak malu! Meluat sungguh! Puluhan tahun negara rosak sebab rasuah dan penyelewengan. Yang seronok nak selak cerita dlm kain juga. Apa punya masyarakat! Sickening!

Lain kali nak jumpa Anwar Ibrahim buatlah video macam Haziq tu ha senang skit ada orang nak kaburkan. Ni membohong 7 tahun lalu, apartment tak siap, tahan berak 3 hari, airmani hidup subur dlm almari, seronok rakyat percaya. Elok pun negara ditimpa bala. Org jahat jadi ketua. Galas lah bangsa tak malu oi.

Ha! Lega dah keluar semua terbuku dlm hati. Tak payah guna bahasa elok lagi dengan masyarakat otak karat!





MAKLUK PEROSAK

Hamsina Hamzah


Sila hubungi makhluk ini bagi yang mahukan service Haram laknatttt  2jam hanya dengan rm300. Difahamkan dia juga benarkan bergilir gilir. ACDC alternative current direct current.

Untuk menghubungi bangkai ni silalah cari sendiri, sebab dia nak famous aku pasti no fone dia mesti bersepah sepah ditiang tiang lampu atau di dinding jln alur.

SIAPA Pengkhianat dan siapa dikhianat?


Rayyan Radzwill

Sebelum menuduh sebarangan harus kita jelas 2 pekara..
1)Siapa yg khianat siapa?
2)Siapa mangsa khianat?

klu nak saya terus terang..

Takde siapa pun dikhianat sebenarnya hanya dengan tukar2 kerajaan atau lompat parti.

Nak saya jelaskan lagi fakta?

1)Di PRU15 takde 1 pun parti yg ada majority pimpin kerajaan.Mengatakan rakyat nak parti2 tertentu jadi kerajaan pun tak tepat.

2)Isu sekarang siapa yg harus jadi PM sahaja..Itu yg rakyat nak lihat.Disitu lah rakyat sering dikhianat apabila pemilihan ketua dibuat oleh parti2 sahaja dan bukannya rakyat!!!

RAKYAT PILIH PM!
Maka sebaiknya buatlah pemilihan PM  tuk rakyat mengundi..Setiap parti politik namakan ketua mereka dan biar rakyat pangkah nama ketua pilihan mereka masa PRU..

Selepas tamat pilihanraya,tak kira parti mana yg menang pun ,PM perlu dari pilihan rakyat.

PILIHAN KABINET?
Kabinet boleh ikut komposisi parti yang memiliki kekuatan ahli dlm Dewan dan itupun biar parti yang pilih dan bukan PM yg pilih.BUAT camni maka takde menteri terhutang budi dan ikut telunjuk PM dan takde PM yg akan cover salah laku menteri tu..

Bukankah sekarang mesyuarat kabinet ikut apa yg PM nak??Patutnya keputusan kabinet paling kuat..Apa2 salah PM letak kat bahu kabinet..Maka kenapa biar PM kawal keputusan kabinet???Logik kan..

DI DALAM DEWAN?
JIKA buat camni,maka takdelah politik memanjang.Undi sokong dan tak sokong usul di parlimen, kita biarkan MP buat keputusan bebas tanpa ikut apa yg parti nak.Jika cadangan bagus semua sokong..Jika buruk parti sendiri pun leh bangkang..Takde tindakan disiplin..Klu ada MP yg bangkang benda baik, biar hebohkan sampai rakyat tau siapa MP tu..

ISU LOMPAT MERATA?
Mau sistem democratic yg jujur dan berintergriti tanpa apa2 politik memanjang sepanjang 5 tahun,maka gunakanlah cadangan gua ni..Pasti takde lompat2 atau tak puas hati sesama mereka.

Takde lagi ayat khianat dan takdelah lagi parti pelik yg kononnya nk juang bagai muncul menserabutkan negara yg tgh serabut dek covid 19 ni!

TAKDE LAGI SUPERHERO!
Yg paling penting, takde mastermind atau grandmaster yg bergambar cam superhero kononnya dia sorang yg leh jatuhkan PM atau naikan PM cam kita rakyat semua dunggu...Tu yg paling gua rasa meluat sgt..!!!!

Benarkah Tun Dr Mahathir Mohammad memecah belahkan Melayu Dengan Kewujudan Parti Baru lagi?


Mohammad Mior

Kenapa ia terjadi sedemikian ?

Apakah Sengaja dilakukan tanpa sebarang sebab?

Disini saya ingin menjelaskan pendapat ringkas saya dengan penuh harapan terutama Bangsa Melayu agar kalian bersifat terbuka membuka mata hati baca,fikir Dan diam sejenak untuk Kali ini.

Tun Dr Mahathir pernah bersama sebuah Gagasan yang pernah menentang kewujudan Malayan Union pada tahun 1946-1948  ketika itu beliau Berusia 21-23 tahun selepas Akhirnya pihak British akur pada tahun 1949 Dan memberi kepercayaan kepada persekutuan Tanah Melayu,lalu parti UMNO diwujudkan 1949 bagi memulakan fokus pentadbiran dan politik sendiri Tun Dr Mahathir turut bersama UMNO Pada 1949 dengan itu Tun lebih tahu kelemahan Dan kekuatan Bangsa Melayu itu terletak disudut mana.

Pendapat saya bahawa sebenarnya Tun Dr mahathir tidaklah gemar menubuhkan sebuah Parti politik,beliau lebih tahu apa yang akan terjadi jika melakukan perkara tersebut lagipun Tun Dr Mahathir Telah bersara Terlalu lama bahkan alasan Tun Gila kuasa ataupun mahu menaikkan anaknya adalah tidak berasas sama sekali Kerana Tun mempunyai peluang berpuluh tahun untuk melakukan perkara tersebut, namun mengapa Tun Dr mahathir mewujudkan sebuah parti politik yang dinamakan sebagai PPBM dianggap pecah belahkan Melayu ini adalah kerana Kepimpinan Najib razak membawa pentadbiran secara anarki(Teruk)Tun telah menasihati Najib razak agar letak jawatan kerana Prestasi BN Dan prestasi Najib sendiri sangat teruk sehingga rakyat Malaysia majoriti berasa marah dengan beberapa inisiatif Kerajaan ketika itu seperti GST Dan sebagainya ini akan membuat kerajaan hilang sokongan,Najib razak Juga telah Mencalarkan nama baik negara dengan pelbagai Penyelewengan Wang haram Pecah Amanah salah guna kuasa Dan seumpa dengannya yang telah Disabitkan bersalah oleh Makamah pada 8 Ogos 2020.

Kali ini Tun akan mewujudkan parti yang berlainan pula yang dikenali sebagai Pejuang Tanah Air,Parti Perjuang Tanah Air Diwujudkan untuk mengembalikan Perjuangan asal Parti lama Tun Dr mahathir iaitu PPBM berasaskan Perjuangan Menolak Rasuah kleptokrasi Dan tidak mengharapkan pangkat dan Wang. Kenapa Tun Dr Mahathir Mohammad mewujudkan Sebuah parti politik Lagi yang akan dianggap pecah belahkan melayu,Ini kerana Parti lama Tun iaitu PPBM diwujudkan bagi menentang Kepimpinan Kleptokrasi Kerajaan UmnoBn kepimpinan Najib Razak sebelum PRU14 Dan Akhirnya Parti Tersebut telah berjaya Menjatuhkan kerajaan kleptorkrasi Najib razak,bersama Gabungan Pembangkang yang lain dikenali sebagai Pakatan Harapan Dan terus menguasai Putrajaya,ketika Pentadbiran Telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah Namun rupanya ada duri dalam daging yang telah merancang lama Untuk mengkhianati Kerajaan Yang telah sedia ada dengan cara langkah Sheraton Maka tidak lama selepas itu Beberapa Ahli PPBM seperti TS Muhyiden sebagai presiden parti PPBM  pada Febuari 2020  telah secara rasmi mengeluarkan Surat keluar daripada Kerajaan gabungan PH serta merta Dan nampaknya Pengkhianat telah lupa perjuangan asal mereka bahkan mereka bersekongkol dengan Musuh lamanya UmnoBN dikenali seluruh dunia sebagai kerajaan dipimpin Kleptorkrasi,ini bagi membebaskan segala kesalahan yang telah mereka lakukan dengan memberi Kepercayaan Kepada Muhyiden untuk khianat Dan keluar PH jadi PM untuk PN asalkan muhyiden perlu bebaskan mereka jika tidak,mereka tidak akan sokong muhyiden Dan keluar daripada PN ini telahpun terjadi,PAS hanyalah kacau Daun Dan bekerjasama dengan Parti yang pernah diKafirkan Mereka,Namun daripada keputusan PPBM keluar PH Sudah Tentu Dr Mahathir Secara Demokrasi Apabila Parti beliau sendiri Tidak sokong beliau mahu atau tidak,beliau wajib letak jawatan bagi mengikut amalan Demokrasi yang telah lama Wujud.

Semoga Pendapat saya yang ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberi Anda keyakinan melainkan anda Tidak mahu Kaji sendiri,sentiasa mencari kesalahan Dan tidak bersifat terbuka.

Sekian Terima Kasih
Salam Perjuang Tanah Air
Jaga kebersihan!
Kerap Cuci tangan Dan Bagi yang beragama Islam sentiasalah Berwhuduk dan berselawat keatas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW. In Sha Allah.
Patuhi SOP yang Telah ditetapkan.

Ahad 16 Ogos 2020

ADAKAH BERSATU HANYA DILIHAT IKLAS MENYERTAI MN JIKA MUHYIDDIN SEGERA MELANTIK ZAHID HAMIDI SEBAGAI TPM


Pengumuman Muhyiddin Yassin bahawa Bersatu bersetuju menyertai Muafakat Nasional ternyata mengundang lebih banyak persoalan tentang keikhlasan berbanding keselesaan, khususnya buat UMNO.
Meskipun ternampak mengalu-alukan hasrat itu, tetapi beberapa pemimpin UMNO secara terbuka membangkitkan soal keikhlasan Bersatu untuk bersama di dalam MN.
Presiden UMNO, Zahid Hamidi berharap Bersatu dapat menunjukkan keikhlasan untuk bersama MN dengan tidak ada agenda lain di sebalik tabir berbuat demikian.
“Kalau mahu berkongsi, berkongsikah dengan perkongsian sebenar. Kita tidak mahu ada agenda di sebalik tabir dan UMNO diguna sebagai batu loncatan.
“Jangan main-main dengan BN dan MN. Bila telah nampak cahaya di hujung terowong makin terang, saya tidak mahu mana-mana pihak, masih hidup atau masih mati, terhegeh-hegeh mahu bersama BN,” katanya.
Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin juga membangkitkan soal keiklasan Bersatu.
Kata bekas Menteri Besar Johor itu, Bersatu boleh menyertai MN, tetapi kemasukannya ke dalam gabungan itu janganlah pula digunakan untuk mendesak UMNO menyertai PN.
“Menjadi sebahagian MN sangat berbeza dengan menjadi sebahagian daripada PN,” ujar beliau.
Pemimpin veteran UMNO, Shahrir Samad turut membangkitkan beberapa persoalan antara yang tersurat dan tersirat di sebalik pengumuman Muhyiddin yang mengesahkan Bersatu akan menyertai MN tidak lama lagi.
Ia dengan jelas bahawa Shahrir juga ada keraguan terhadap keikhlasan hasrat Muhyiddin itu.
Namun, beliau mengingatkan Muhyiddin – “Demikian, PN sebagai suatu “Grand Coalition” bukanlah menepati kehendak akar umbi UMNO dan BN. PN adalah setakat hayat Parlimen ke-14. Pada PRU15 sudah tidak ada PN tapi adanya permuafakatan politik berasas kepada Piagam Muafakat Nasional.”
Dalam pengumumannya semalam, Muhyiddin berkata, menyertai MN adalah pilihan terbaik buat Bersatu.
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah bersetuju untuk menyertai MN yang mendokong PN sebagai gabungan besar atau the grand coalition.
“InsyaAllah, penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Muhyiddin.
Begitu pun, sementara kemasukan Bersatu dialu-alukan, majoriti dalam UMNO juga membangkitkan keikhlasan Bersatu bersama dengan MN.
Bukan saja Zahid Hamidi, Khaled dan Shahrir yang ada perasaan demikian, malah dipercayai sebahagian besar pemimpin dan ahli UMNO juga berperasaan yang sama.
Ini kerana sebagaimana yang diketahui umum, Bersatu ketika ini berada dalam kedudukan yang sangat lemah dan berpecah, berbeza dengan UMNO yang telah pulih serta bangkit semula selepas kekalahan dalam PRU14 lalu.
Sekarang ini, masih adanya sokongan ahli kepada Bersatu dan Muhyiddin hanyalah semata-mata kerana parti itu berada dalam kerajaan dan Muhyiddin masih lagi Perdana Menteri.
Jika tiada semua itu, mungkin boleh dikira dengan jari mereka yang sanggup terus berjuang dalam Bersatu?
Lantaran itu, tindakan UMNO menuntut keikhlasan daripada Bersatu, sedikit sebanyak memang ada asasnya.
Cuma, bagaimana untuk mengukur dan menilai keikhlasan Bersatu itu?
Adakah Bersatu akan dilihat 100 peratus ikhlas untuk bersama MN jika Muhyiddin segera melantik Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian menggugurkan semua kes mahkamahnya?
Tetapi sebelum itu, ketika Zahid Hamidi mengumumkan UMNO tidak akan menyertai PN di mana keputusan itu diambil hanya dua hari selepas Najib Razak dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah dan kemudian memaklumkan Bersatu dipelawa menyertai MN, adakah ia sesuatu yang benar-benar ikhlas?

 (Shahbudindotcom 16/08/2020)

TARIKAN UTAMA CALON PILIHANRAYA.


Rayyan Radzwil

Soalan ini agak menarik terutama untuk ditanya kepada calon2 bebas di Malaysia..

RAMAI merasakan teruja jika dipilih sbg calon PRU dan PRK ..Sebagai 1 keistimewaan..Bagi yg bebas, mereka merasa bangga menjadi tumpuan sebentar dan merasai gelombang kempen walaupun sedar RM10k deposit pasti hangus.

Disini soalan penting, adakah mereka paham apa yg menanti mereka sekiranya dipilih sebagai Adun atau MP?

GAJI DAN KEISTIMEWAAN HARTA BENDA?
Mengikut trend gaji negara, gaji MP atau Adun dianggap lumayan dan mudah untuk usaha sikit mereka..kurang2 10k habuan menanti mereka untuk 5 tahun hanya untuk hadirkan diri ke seisi.Itu pun tak potong gaji jika ponteng.Pencen usah cakap..3 tahun cukup layakkan diri untuk pencen seumur hidup..Entah apa jasa mereka pun saya tak paham..Pernah dgr politikus kaya raya tolak pencen??hahahha.

AP Kereta pasti digunakan..Keistimewaan yg kita rakyat hanya boleh mimpi untuk beli merc dgn harga honda..

GLAMOUR?
Ya, sudah tentu..Mak bapak bini anak semua bangga..Budaya kita seolah2 melihat mereka ni sebagai demi god..Sebagai insan terpilih..Bkn apa , kerana masyarakat kita nampak jadi MP atau Adun adalah lesen hidup mewah dan bergaya..Gadis2 mudah terpersona dgn jejaka berpangkat begini bukan..

KUASA?
Mana tidak..Suara mereka boleh bergegar di mana2 media..Boleh sergah polis sekalipun dgn lesen pengubal undang2..Klu dibawah parti pemerintah secara mudah mampu memiliki kuasa lebih ampuh..Projek2 kawasan takan lepas mata mereka dan become decider dlm banyak situasi.

Ya 3 faktor ini yg kebanyakan mereka dambakan..Disini mereka lupa bahawa 3 3 faktor ni bukan tujuan pilihanraya diadakan atau mereka diundi bukan.?Ada kita kisah?Ada kita ambik tahu??Kita juga agungkan mereka bukan..Klu MP lawat perkahwinan atau majlis keramaian anda, pasti anda bangga dan sampaikan berita ni kepada semua rakan2 anda bukan?

Di majlis perkahwinan atau kematian , penghormatan kepada VIP ni lah yg sering melebihi individu yg menjadi sebab majlis itu..Pengantin pun ramai tak hiraukan apabila MP yg melawat majlis itu..Begitu taksub kita dgn kuasa dan pangkat mereka bukan.?Begitu bangga melihat VIP lawat majlis anda bukan?

BERJUANG ATAS AMANAH?
Ye, inilah tugas utama kamu..Suara rakyat iaitu wakil rakyat..Sampaikan masalah rakyat setempat dan mudahkan aturcara penyelesaian masalah mereka dgn pihak berkuasa..Inilah amanah kita..

Perlukah mereka berbangga dan berlagak untuk jalankan kerja ini??

Tidak..mereka harus pikulnya sebagai 1 kurniaan Illahi yg memberikan peluang kepada mereka berkhidmat dan membantu masyarakat setiap hari dlm 5 tahun itu..Bersyukur atas peluang berpahala selama 5 tahun..Berterima kasih kepada rakyat kerana beri peluang membangunkan masyarakat setempat termasuk keluarga dan saudara kamu dikawasan itu..Bertuah kerana diberi peluang baikpulih apa2 kekurangan wakil rakyat dahulu..

Namun malangnya semua ini bukan keutamaan mereka..Bertanding suka2 dgn mengampu ketua2 mereka..Tayang muka kiri kanan..Mimpi kuasa dan pangkat..Membanggakan keluarga sendiri dgn pangkat,kemewahan dan kuasa..Malah akhirnya melompat merata2 bila dapat habuan lumayan tuk rancangan pencen mereka...Hina sgt bukan?Malangnya inilah kualiti ramai pengubal undang2 di negara bertuah ini..

Wujud lagi kah perkataan Amanah di kepala mereka?mampukan negara ni menghasilkan menteri, MP dan politikus yg sekadar naik bas ke kerja tanpa escort spt di negara Denmark??

Ya..mampu sekiranya anda rakyat henti beratur panjang di lapangan terbang hanya tuk melambai2 tangan kepada pemimpin pujaan anda yg keluar negara ngan selesa dlm jet peribadi kerajaan yg bakar wang cukai anda..

Ubah dari kita sebelum mengharap mereka berubah..Henti kejar2 salam dan cium tangan org yg tak kenal kita atau tak kisah pasal kita...

Akhir kata saya ada 1 nasihat kepada bakal calon2 kita.

Ada berjuta2 cara mencari rezeki dalam dunia ini , namun mengapakah anda harus mengunakan politik dan mempermainkan amanah rakyat untuk memburu rezeki itu?

Politik Malaysia untuk isi perut, bukan mantapkan minda?







Setelah 60 tahun Malaysia merdeka, persoalan yang membelenggu rakyat masih lagi seputar ketidak puasan hati antara kaum.

Bagi Profesor Dr Razali Nawawi (gambar kanan), ada sesuatu yang tidak kena dalam gerakan politik di negara ini apabila setelah 6 dekad berlalu namun masalah utama hubungan antara kaum tidak selesai.

Katanya, rakyat memerlukan gerakan membetulkan minda, bukannya membakar emosi secara berterusan sebagaimana yang diamalkan parti-parti politik pemerintah.

"Sudah 60 tahun kita merdeka, semua tahap, semua kumpulan, tidak kira di bandar mahu pun luar bandar masih lagi membincangkan rasa tidak puas hati

"Orang Melayu tak puas hati, Cina tak puas hati, India tak puas hati. Akhirnya masing-masing bertanya kenapa kita jadi macam ini? Mengapa tak puas hati?

"Sebelum ini, kita buat gerakan menuntut kemerdekaan, selepas merdeka kita ada gerakan mengisi kemerdekaan. Tetapi ia hanya menggerakkan perasaan, bukan minda. Maka tidak ada perubahan minda rakyat.

"Analisa saya, dari dulu kita hanya menyemarakkan emosi. Kita bakar emosi. Tak selamat Melayu, kita bakar emosi Melayu. Tak selamat Islam, kita bakar emosi orang Melayu terhadap Islam. (Itu sahaja yang dicapai)," katanya dalam forum bertajuk 'Gagasan Reformasi Dalam Al Quran dan Sunah' yang dianjurkan oleh Gabungan Reformasi Malaysia (GRM) baru-baru ini.

Menurut Dr Razali, gerakan membakar emosi tidak akan kekal lama jika tanpa pengisian. Katanya, Allah dan Rasullullah mengajarkan orang Islam membetulkan minda dan hati budi. Namun parti-parti politik Melayu-Islam di Malaysia tidak bergerak ke arah itu, sebaliknya mengelirukan penyokong dalam retorik perjuangan mereka.

"Sekarang ada atau tidak gerakan membetulkan minda, mentazkiyahkan hati nurani rakyat Malaysia? Gerakan betulkan minda yang kucar kacir. Menetapkan ke mana arah tuju Malaysia?

"Dulu gerakan tuntut merdeka, selepas itu isi kemerdekaan. Sekarang apa? Kita lihat gerakan yang ada ialah 'mengisi perut'. Berapa lama lagi pun kita akan jadi macam ini jika kita tidak memikirkan perubahan struktur," ujarnya lagi.

Oleh itu, Dr Razali tidak bersetuju terhadap ahli-ahli politik yang membakar emosi rakyat menggunakan isu-isu sensitif untuk suvival mereka. Sedangkan menurut beliau, kesannya terhadap masa hadapan negara amat negatif.

"Ada parti politik hidup atas kemiskinan penyokong. Saya tak tau parti mana, tetapi ada parti yang hidup seperti itu. Dekat nak pilihan raya maka hantar beberapa keping atap zink untuk membaiki rumah bocor," sinisnya lagi.

Sehubungan itu, Dr Razali menganjurkan diamalkan politik yang lebih matang dan mengutamakan kesejahteraan rakyat berbanding keuntungan sementara atau kelangsungan sesebuah pemerintahan.

Untuk rekod, Prof Dr Razali Nawawi merupakan penyokong kuat gerakan Reformasi yang dilancarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1998.

Beliau merupakan Presiden pertama ABIM pada pemilihan kepimpinan tahun 1972, yang mana ketika itu Anwar dilantik sebagai Setiausaha Agung.

Forum anjuran GRM dengan moderator Mustaffa Kamil Ayub (gambar kiri) diadakan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam dan disiarkan secara langsung di Facebook Gabungan Reformis Malaysia.


Agih secara adil bantuan tanam semula kelapa sawit



Skim Tanaman Semula Pekebun Kecil (TSSPK) yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia (RMK) ke-10 telah ditukar daripada geran kepada bentuk pinjaman pada RMK ke-11.

Namun Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) ketika ini bercadang memperkenalkan semula bantuan berbentuk geran kepada pekebun kecil kelapa sawit di bawah RMK-12.
Bagi Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, terdapat beberapa persoalan yang akan timbul susulan pengumuman dasar baharu tersebut.

Katanya, isu yang sering timbul dalam konteks bantuan bersifat geran ialah kelebihan hanya diberikan kepada satu pihak dan tidak membabitkan pekebun kecil tersusun seperti di Felda dan Felcra.

"Dalam hal ini kerajaan harus memastikan bahawa tiada golongan pekebun kecil yang layak terlepas pandang daripada menerima bantuan tersebut

“Apakah sudah ada sesi libat urus bersama pihak yang terlibat bagi menjamin bantuan yang diperuntukkan dimanfaatkan oleh semua mereka yang berkelayakan selepas ianya diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan ianya bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya ketika sesi soalan tambahan dalam pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Sebelum ini, dalam RMK-11 yang bermula pada 2016, Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) yang disediakan dalam RMK-10 telah ditukar kepada pinjaman.

Penukaran tersebut sejajar dengan dasar kerajaan untuk program tanaman semula sawit yang diusahakan oleh agensi lain seperti Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS), Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah 

(SLDB),Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Sarawak (SALCRA) dan juga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Bagaimanapun usaha untuk mengembalikan bantuan dalam bentuk geran ke atas Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pembiayaan Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) untuk dikhususkan kepada kumpulan sasar tertentu seperti golongan B40 memerlukan kajian mendalam sebelum dilaksanakan.




UMNO PPBM REBUT MERSING





Oleh: Omar Mokhtar A Manap

Tatkala sepinya Parlimen Mersing yang kebiasaan hanya diusik sepoi-sepoi bayu laut, tempohari digolak oleh beringasnya politik Ahli Parlimennya Datuk Dr Latiff Ahmad dan bekas partinya Umno, mungkin sudah tiba ruang untuk warganya melihat opsyen yang terpampang di depan mata, bebas dari permainan dan percaturan politik yang tidak menentu.

Jarang sekali Mersing mendapat ruang biarpun anjakan politik pada skala nasional kian menghangatkan ruangan berita dan media sosial, tetapi dengan satu ungkapan "Umno dah tak laku" Dr Latiff agak berjaya meletakkan nama Mersing di segenap bibir pembicara politik dan ruangan berita.

‘Saya orang yang melompat,’ juga pengakuan yang dibuat Dr Latiff ketika berdialog dalam Majlis Ramah Mesra Warga MARA tempohari yang lantas mengundang kritikan panas dari pucuk pimpinan Umno baik di peringkat pusat, yang mana ada yang mencabar Menteri Pembangunan Luar Bandar itu untuk meletakkan jawatannya.

Tolak mohon maaf

Kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menggambarkan bahawa Umno bersedia mengambil semula kerusi Mersing, disusuli Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi yang secara tidak langsung menolak permohonan maaf Dr Latiff secara tegas menyebut bahawa kerusi itu tetap milik Umno, memberikan gambaran situasi sebenar ‘pertalian silaturahim dan kemesraan’ antara Umno dan Bersatu.

Dr Latiff merupakan Ahli Parlimen Mersing di bawah tiket Umno semenjak tahun 1999 lagi, sebelum melompat ke Bersatu pada Februari 2019 dan menjadi sebahagian blok 15 ahli parlimen Umno yang mengukuhkan blok Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Bersatu ketika ini.

Bagaimanapun, Umno Mersing pimpinan ketua bahagian dilihat mengeluarkan “teguran” yang begitu lunak sekali, mungkin masih terhutang budi kepada “Bos Lamanya” walaupun ini kali kedua Umno Mersing dimalukan sebegitu. Bahkan PPBM Mersing juga terus sunyi daripada mempertahankan Ahli Parlimen parti mereka, mungkin terlupa agaknya Dr Latiff sudah melompat ke PPBM.

Pengundi Mersing terkesan
Ketika berlumba-lumba orang Umno ingin menjadi “pendekar” mahu rebut kembali Parlimen Mersing dan PPBM pula seboleh-bolehnya ingin mengekalkan kerusi yang mereka dapat hasil lompatan itu, jangan terlepas pandang bahawa suara Datuk Sri Hj Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I merangkap Ahli Parlimen Lipis dari Umno yang berada "di depan" Dr Latiff ketika ungkapan kontroversi itu dilafazkan, langsung tidak kedengaran.
https://static.wixstatic.com/media/4449e2_5c1f4e77d0b74ab2ae28fb6df00054ec~mv2.jpg/v1/fit/w_300,h_300,al_c,q_5/file.jpg
Omar Mokhtar A Manap
Mungkin perangai lama pimpinan Umno masih belum berubah. Tidak berani menegur. Kalau berani pun, sekadar dari jauh. Tidak mengapa, Ahli Parlimen Lipis sudah bersedia dengan seribu satu alasan kenapa beliau sekadar berdiam diri walaupun partinya dihina sebegitu rupa di hadapan penjawat awam dan boleh disaksikan secara langsung di seluruh negara. Mungkin juga beliau ada percaturannya sendiri.

Namun apakah rakyat Mersing tidak terkesan dengan pergolakan ini? Sudahlah Ahli Parlimennya melompat parti, ditambah pula dengan ketidaktentuan menjanjikan pergolakan berpanjangan. Yang pasti, Ahli Parlimennya sudah tidak senang duduk, apatah lagi memastikan agenda rakyat diteruskan.

Sedang Umno dan PPBM berebut kerusi, KEADILAN Mersing sedang bergiat aktif dengan pelbagai program disusun untuk membantu masyarakat.

Semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan, KEADILAN melalui pimpinan parti dan Penyelaras di Dun Tenggaroh (salah satu DUN di Parlimen Mersing) telah mendapat kerjasama yang amat baik dari banyak pihak terutamanya masyarakat di Parlimen Mersing dan DUN Tenggaroh, walaupun DUN itu diwakili ADUN dari Parti MIC.

KEADILAN, melalui Pejabat Penyelaras DUN tampak sudah lebih digemari oleh masyarakat untuk menyampaikan sebarang aduan. Tentunya selaku penyelaras DUN, terdapat pelbagai kekangan kewangan. Namun pimpinan parti, pejabat penyelaras DUN serta sukarelawan yang terdiri daripada anggota KEADILAN Cabang Mersing dan masyarakat setempat tetap menunjukkan komitmen yang jitu untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

Angin perubahan bermula
Sambutan dan penerimaan yang menggalakkan dari masyarakat Parlimen Mersing semakin dapat dilihat melalui program anjuran KEADILAN dan Pejabat Penyelaras DUN Tenggaroh yang diadakan di kawasan kubu Umno paling kuat di Mersing iaitu di Tenggaroh 3 yang juga merupakan kawasan Felda apabila telah mendapat kehadiran yang luar biasa dari masyarakat. Dewan terbuka Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3 penuh sehingga perlu ditambah kerusi di bahagian luar dewan. Ini suatu perkembangan yang amat baik kepada KEADILAN untuk sebuah Parlimen yang dikatakan kubu kuat Umno dan kini sedang direbutkan dengan PPBM.

https://static.wixstatic.com/media/4449e2_0f398d49160a4d4bb20f056af70806a7~mv2.jpg/v1/fit/w_300,h_300,al_c,q_5/file.jpg
Penduduk Mersing semakin teruja menghadiri aktiviti anjuran KEADILAN
Tatkala ada yang mengatakan bahawa Umno terlalu kuat jika bergabung dengan Pas dalam Muafakat Nasional, undi yang diperoleh Pas dalam PRU lepas dengan mudah akan berpindah kepada Umno tetapi hakikatnya di peringkat akar umbi tidak begitu. Lebih dari separuh pengundi Pas akan beralih arah untuk tidak mengundi Pas atau rakan kerjasama, sama ada Umno mahupun PPBM sepertimana yang boleh dilihat melalui PRK DUN Chini.

MCA atau MIC usah berangan untuk meraih laba politik dari kerjasama tersebut, anda langsung tidak termasuk dalam perkiraan politik ini. Situasi ini turut sama berlaku terhadap ahli akar umbi Pas Mersing yang masih kekok dan rasa terhina untuk mengibarkan bendera Barisan Nasional. Mustahil untuk mereka terus mengundi Pas yang bersama Umno, tetapi peluang lebih cerah untuk mereka mengundi parti yang melawan Umno asalkan calon tepat dipilih.

Rakyat Mersing semakin jelas, apabila ada pimpinan Umno Mersing mula mendakwa Dr Latiff kini berubah, tidak buat kerja, sombong, tetapi hakikatnya itulah yang Umno Mersing pilih sekian lama sehinggalah PRU 14 yang lalu. Walaupun Umno bersama Pas, usah berangan Umno sudah disucikan.

Umno Mersing jangan lari dari tanggungjawab, jika mahu dakwa Dr Latiff gagal, maka Umno perlu turut sama memikul kegagalan itu. Ini belum dibangkitkan lagi isu-isu setempat. Sebagai contoh, bagaimana rakyat Mersing diberi harapan palsu berpuluh tahun tentang isu jambatan baru di bandar Mersing yang hingga kini langsung tidak kelihatan dan sentiasa menjadi punca utama kesesakan lalu lintas apabila tiba musim perayaan.

Modal politik jambatan inilah yang diguna setiap kali tiba pilihan raya oleh calon sama sejak tahun 1999 maka Umno usah berlepas tangan. Ketika Umno sedang berkira-kira langkah politik yang diambil di Mersing, berebut pula Parlimen Mersing dengan PPBM, kini Rakyat Mersing mempunyai pilihan yang lebih baik melalui Parti Keadilan Rakyat Cabang Mersing yang komited menawarkan khidmat bakti.

Rakyat Mersing wajar memilih KEADILAN yang akan menampilkan calon tempatan yang mempunyai tokoh kepimpinan, muda, latar belakang pendidikan dan aktivisme yang baik, sikap merakyat dan berpotensi besar untuk menggalas harapan baru mereka apabila tiba PRU 15 nanti.

__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor merangkap Ketua Angkatan Muda KEADILAN Mersing