JANGAN BOIKOT - JOM UNDI-ANIMASI TERKINI DARI KARTUNIS ZUNAR


 

Kartunis Zunar hari ini telah mengeluarkan satu animasi kartun terbaru beliau dengan tema  “Jom Undi Jangan Boikot” . Mesej utama beliau ialah agar rakyat dapat keluar mengundi demi membentuk sebuah Negara yang bebas dari perasuah dan kleptokrat.

Mesej ini jelas melalui animasi kartun yang menjelaskan bahawa , sekiranya kita sebagai rakyat tidak keluar mengundi dan sekiranya kita mengundi parti yang salah sebagaimana sekarang ini dimana kita menghadapi berbagai masaalah seperti kenaikan harga barang, nilai ringgit jatuh , 70 menteri yang tidak berfungsi, harga ayam dan telur ayam pun tidak tahu jaga, inflasi meningkat, pengangguran sebanyak 600k dan gaji dibawah paras kelulusan, harga minyak yang tidak dikawal, malah berbagai masaalah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan yang menggelar mereka sebagai kerajaan Melayu Isle…tetapi gagal segagalnya.…INGAT UNDI ANDA ADALAH MUSTAHAK. JIKA ANDA SALAH MEMANGKAH, PERASUAH BEBAS.

Malahan parti agama yang ada bersama juga gagal untuk berfungsi sebagaimana mereka menghentam PH dulu. Berapa ramai ahli parti agama yang tewas dalam saman fitnah kerana mereka tidak bercakap benar kecuali menipu dan memperbodohkan ahli masing masing.

Oleh yang demikian adalah penting sama ada pengundi lama dan pegundi baru dan muda keluar mengundi dan kita ubah kerana selama ini hanya fitnah dan pengkhianatan serta kegagalan Mahathir yang dianggap sebagai bapa segala pengkhianat yang  gagal memenuhi hasrat menyerahkan jawatan PM sebagaimana perjanjian.

Untuk kesekelian kalinya kita harus mengundi PH dan PM baru iaitu DSAI yang akan mengepalai kabinet kerajaan baru dan membentuk semula Malaysia sebagai Negara bermaruah dan menentang rasuah hingga ke akar umbi.

KELUARLAH MENGUNDI DEMI MASA DEPAN NEGARA YANG LEBIH CEMERLANG  .JADIKAN NEGARA KITA LEBIH BERMARUAH DAN BEBAS DARI PERASUAH  DAN PEMIMPIN KLEPTOKRAT.

WRLR

PANAIH TAK APA ..JANGAN KOYAK..KEH..KEH....




Fahmi 1 - 0 PAS

Pada bulan Februari aku dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyakitkan hati PAS dengan poster satira ni.

Hari ni hakim isytihar pertuduhan ni tidak berasas, groundless dan cacat, dan gugurkan pertuduhan terhadap aku! Wang jaminan akan dikembalikan.

Kepada pemimpin PAS, panaih tak pa, koyak jangan laa Description: 😁

#SatireIsNotACrime

 


 

MISI RAKYAT HALANG KLEPTOKRAT BERKUASA SEMULA


TRADISI DERA RAKYAT: NAK PRU PUN SURUH HARUNG BANJIR


SELARI DENGAN AMARAN ZAHID HAMIDI DI HIMPUNAN MIC, MEMBEBASKAN NAJIB SEPATUTNYA JADI MANIFESTO UTAMA BN

 

Walaupun berada di penjara dan berstatus banduan, UMNO Bahagian Pekan dilaporkan masih meletakkan nama Najib Razak sebagai calon dalam PRU15 akan datang.

Najib disenaraikan bersama empat yang lain untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan.

Keputusan UMNO Bahagian Pekan yang dianggap pelik itu lantas membuatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyindir agar mereka diberikan sesalinan buku Perlembagaan Negara ini.

“Peguam UMNO juga seharusnya memberi nasihat kepada UMNO Bahagian Pekan,” tambah Anwar lagi.

Namun demikian, di sebalik itu diberitakan isu untuk membebaskan Najib tidak akan diletakkan sebagai sebahagian daripada manifesto BN dalam PRU15 kali ini.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dipetik sebagai berkata, perkara itu tidak pernah menjadi perbincangan dalam BN.

Katanya, BN tidak akan meniru seperti apa yang pernah dilakukan PH dalam PRU14 lalu yang menjadikan pembebasan Anwar sebagai antara manifestonya.

Lalu, di mana sebenarnya pembelaan UMNO dan BN terhadap pemenjaraan Najib?

Bukankah sebelum ini UMNO dilaporkan begitu sedih dan kecewa dengan nasib yang menimpa bekas Perdana Menteri itu?

Kalau sedih dan kecewa, kenapa tidak dibela?

Habis, untuk apa UMNO dan BN menang PRU15 nanti?

Sepatutnya, jika UMNO dan BN benar-benar sedih dan kecewa dengan pemenjaraan Najib yang kononnya dicampuri banyak elemen ketidakadilan, membebaskan bekas Presiden UMNO itu mesti menjadi antara agenda utama dalam manifesto yang akan dibentangkan kepada rakyat.

Lagi pun, menjadikan pembebasan Najib sebagai manifesto adalah selari dengan ucapan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung MIC baru-baru ini yang menekankan bahawa BN mesti menang dalam PRU15 akan datang untuk mengelakkan pemimpin-pemimpin BN daripada didakwa didakwa di mahkamah.

“Kalau BN kalah dalam PRU15 nanti, nasib kita akan jadi lebih buruk daripada PRU14 lalu.

“Bukan saja saya, Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO), Tan Sri Vicky (Presiden MIC), Saravanan (Timbalan Presiden MIC), Wee Ka Siong (Presiden MCA), Hishammuddin – semuanya dalam senarai untuk didakwa,” demikian antara amaran Zahid Hamidi.

Untuk itu, Zahid Hamidi yang masih berdepan 47 kes perbicaraan di mahkamah memberi amaran, BN tiada pilihan lain melainkan mesti menang dalam PRU15 nanti.

Tetapi, kenapa dengan kemenangan dominan BN yang begitu diharap-harapkan itu, hanya nama-nama tersebut saja yang ingin dibela?

Mengapa Najib diketepikan?

Bukankah kesalahan Najib juga berkaitan rasuah dan pecah amanah, sama dengan kebimbangan Zahid Hamidi terhadap kemungkinan pendakwaan dikenakan kepada nama-nama yang disebutnya itu?

Ini sudah tidak adil!!

Ataukah ini membayangkan jika selepas BN menang nanti, Najib akan terus dibiarkan berada lebih lama dalam penjara supaya yang berkuasa di luar tidak tergugat kuasa mereka? – ShahbudinHusin 14/10/2022.


TUAN TUAN..TENGOK LAH PERANGAI PIMPINAN PAS INI. MASA DIA SUKA DAN MASA DIA MAHU - DIA SANGGUP SONDOL UMPAMA BABI SONDOL TANAH CARI CACING. PADA HAL UMNO TAK CARI DIA PUN. DIA TERHEGEH HEGEH MN MN..UMNO TAK MAHU KE DIA ..DIA MAHU KE UMNO...TAPI BILA TAK JADI DAN DIA TAK MAHU DIA HINA TU LAH PERANGAI ...LEBAI...


 

PAS henti kerjasama sebab pemimpin BN masih rasuah, kata Hadi

PAS memilih untuk memutuskan kerjasama dengan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ekoran pemimpinnya terlibat dengan perbuatan rasuah, lapor The Malaysian Insight.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata meskipun laluan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) lebih sukar namun pihaknya memilih untuk menjernihkan kekeruhan yang berlaku antara mereka.

“Kerana ada keruh ini kita tangguh dahulu jadi kita ambil pendekatan jernihkan keadaan dulu dengan gabungan PN. Tolak yang beri dan terima rasuah (BN).

“Walaupun ini (PN) lebih payah,” katanya ketika menyampaikan kuliah dhuha di Marang, Terengganu hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi mengumumkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bersetuju parti itu terus kekal bersama PN bagi menghadapi PRU15 tidak lama lagi.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan PAS itu sebagai suntikan semangat kepada rakan-rakan PN selain menghargai semangat setiakawan yang ditunjukkan PAS.

 

KAH..KAH..KAH....AUTOMATIK JATUH KAPIR.....KAH..KAH..KAH


 

ANWAR JAUH MENINGGALKAN MAHIADDIN DAN ZAHID UNTUK JAWATAN PM.




Satu tinjauan (poll) menerusi twiter telah dibuat oleh sdr Hasmi Hashim sebaik sahaja pengumuman pembubaran parlimen dibuat oleh Ismail Sabri. 


Tinjauan atau poll  itu untuk mengetahui siapakah yang layak untuk diangkat jadi PM ke- 10 selepas pilihan raya itu nanti.


Tiga tokoh yang dikira berpotensi diletakan untuk dipilih Mahiaddin Yassin, Zahidi Hamidi dan Anwar Ibrahim

 

Dalam tempoh poll itu berjalan seramai 74,615 undi diperolehi yang mana keputusannya 85% (62,675) undi telah memilih Anwar manakala 3% Zahidi dan 13 % Mahiaddin.


Berdasarkan tinjaun itu jelas menunjukan presiden Keadilan dan pengerusi PH itu lebih popular dan diharapkan untuk menjadi PM berbanding dengan presiden Umno dan presiden Bersatu yang juga pengerusi PN.


Semoga hasil tinjauan atau poll ini dapat dijadikan panduan dan mempengaruhi orang ramai memilih PH bagi memastikan  Anwar akan diobatkan sebagai perdana menteri selepas Piraum nanti. Trims.



BAGAIMANA NAK TERANG KAN PADA ORANG KAMPUNG E-WALLET : Replying to @Fuzi Ismail743 ISU RM30 E-Wallet, 2) Tommy Thomas. Jgn lupa pegi mngundi bang 🙊

 


TONTON SAMPAI HABIS YA- KISAH BUBAR


 

Manusia yg hebat pertahankan rakyat tak kira bangsa,agama...


 

HADI AWANG- MCA KAWAN KITE....


 

SCRIPT: Penghayatan Idealisme Masyarakat Madani



Oleh: Mustaffa Kamil Ayub



ULASAN: Pada tanggal 2 Oktober 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) meluncur dan mengadakan dialog SCRIPT-MADANI DSAI, "For A Better Malaysia" di Hotel Dorset Subang, kelolaan IDE dan The Centre for Postnormal Policy & Futures Studies.



DSAI telah melakarkan dan membahaskan dengan cukup menarik dokumen SCRIPT (Sustainability, Care and Compassion, Respect, Innovation, Prosperity, Trust) dari segi visi, naratif, kerangka dan polisinya. Dokumen setebal 178 ms ini sewajarnya dihayati dan disebarluaskan.



Dapat dikatakan SCRIPT adalah kesinambungan ide Masyarakat Madani yang pertama kalinya dipopular oleh DSAI di Festival Istiqlal Jakarta 1995.



Masyarakat madani berteraskan moral



Definisi DSAI mengenai masyarakat madani adalah suatu masyarakat dengan, "Sistem sosial yang subur berasaskan prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat; masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi, sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang".

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_500b767a57eb48b290344b2b5d117efd~mv2.jpg/v1/fill/w_360,h_239,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_500b767a57eb48b290344b2b5d117efd~mv2.jpg

Mustaffa Kamil Ayub



Sewaktu usrah bersama Ustaz Dr Razali Nawawi, Almarhum Dr Siddiq Fadhil dan sejumlah yang lainnya, kami banyak didedahkan dengan ide-ide masyarakat madani.



Tidak keterlaluan dikatakan bahawa gelombang kebangkitan dan kesedaran Islam tahun-tahun 1970an, berjaya meletakkan Islam sebagai cara hidup mencakup segenap dimensi. Ia telah digerakkan oleh DSAI dan sahabat-sahabat seangkatannya termasuklah Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Razali Nawawi dan Ustaz Siddiq Fadhil. Ini termasuklah kesedaran pemakaian tudung di kalangan wanita Muslim.



Lahirnya Deklarasi Permatang Pauh



Buat rakyat Malaysia keseluruhannya masyarakat madani mengajak kepada semangat inklusif, universal, tiada perkauman sempit, pembelaan mereka yang miskin dan tertinggal, perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan serta penghayatan nilai-nilai murni. Dialog antara agama, kaum serta peradaban disemarakkan dalam masyarakat majmuk Malaysia.



Penulisan, pengembangan dan pelan tindakan berdasarkan idealisme masyarakat madani ini sewajarnya dikembangkan oleh semua pihak. Dalam tahun-tahun 1980an ia juga diterjemahkan dengan antara lain kewujudan Universiti Islam Antarabangsa dan Bank Islam.



Walaupun selepas peristiwa 2 September 1998, garapan ide masyarakat madani kurang mendapat perhatian. Secara peribadi, kami juga rasa terpanggil dengan mengemukakan kajian tesis Sarjana@Master di UKM, 2002, bertajuk Masyarakat Madani & Idealisme Politik.



Di peringkat awal Gerakan Reformasi, ide masyarakat madani dan gagasannya ditandai dengan Deklarasi Permatang Pauh (1998). Di dalamnya terangkum persoalan mengangkat karamah insaniah, keadilan untuk semua, mendaulatkan kuasa rakyat melalui demokrasi, keadilan ekonomi, membenteras rasuah dan salahguna kuasa, jati diri budaya dan globalisasi berteraskan kebenaran dan keadilan.



Justeru, SCRIPT adalah kepeloporan DSAI dalam menterjemahkan ide masyarakat madani dalam bentuk yang lebih konkrit serta polisi-polisi yang terkait.



Bina Malaysia yang lebih baik



Berlatarbelakangkan senario semasa negara dan global dengan kemelut ekonomi, krisis politik, serangan pandemik Covid 19, SCRIPT meletakkan visinya "To build a sustainable and prosperous Malaysia based on care and compassion, mutual respect, innovation, and trust, where inclusiveness and equality is embraced by the whole nation - ultimately a just Malaysian society".



DSAI memberikan komitmen dalam membina Malaysia yang lebih baik melalui SCRIPT dengan penegasan "We must now move beyond empty dan selfish pursuits of power, the myopic prejudices of the past, and the complacent shady money politics that has taken hold of Malaysia.......Through strong and truthful leadership, my government will not only lead, but walk with its citizens, facing the trials of growth and carving out a solid ethical framework for its actions".



Sejumlah 36 Keutamaan Polisi dalam membina Malaysia Yang Lebih Baik terutamanya Pasca PRU15, termasuklah mengurangkan gaji dan perbelanjaan Menteri, menghapuskan tol bagi B40, menghapuskan hutang peneroka FELDA, melupuskan hutang PTPTN bagi B40, reformasi sejumlah institusi, modernisasi sistem universiti dan pewujudan Pusat Luar Bandar bagi ekplorasi Agro Pertanian 4.0 serta eco-tourism.



Beliau juga mengutip beberapa potongan Ayat Al Quran dan Hadith serta sejumlah sentuhan tokoh-tokoh terkait SCRIPT termasuklah Tunku Abdul Rahman, Ungku Aziz, Ziauddin Sardar, Syed Hussein Alatas, Syed Muhammad Naquib Al Attas, Onn Jaafar, Sultan Azlan Shah, David Colamder, Gordon Brown, Shakespeare, Peter Drucker, Confucius dan Bhim Rao Ambedkar.



_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan koordinator Gabungan Reformis Malaysia dan Presiden Rapat Rakyat


PENJELASAN PKR TENTANG KERJASAMA DENGAN MAHATHIR

 



Saya meneliti beberapa laporan media yang membayangkan bahawa Presiden KEADILAN dan Pengerusi Pakatan Harapan, DS Anwar Ibrahim, bersedia dan terbuka untuk bekerjasama dengan GTA atau PN.

Ini tidak benar. Pendirian KEADILAN dan Pakatan Harapan amat jelas, iaitu fokus utama kami adalah untuk memperkukuh Pakatan Harapan itu sendiri.

DS Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa sebarang kerjasama dengan mana-mana parti menjelang PRU15 tidak hanya tertumpu kepada usaha menumbangkan UMNO-BN tetapi mesti berteraskan prinsip-prinsip agenda reformasi, tatakelola yang baik, dan melawan rasuah.

Oleh itu, KEADILAN tiada hasrat untuk mengadakan perbincangan kerjasama pilihanraya dengan GTA dan PN.

Fahmi Fadzil

Ketua Penerangan KEADILAN

APA SUDAH JADI DENGAN PAK SHEIKH?

 




Beberapa hari lalu, media melaporkan bahawa GTA atau Gabungan Tanah Air menyatakan keterbukaannya untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menentang UMNO, termasuk PH dalam menghadapi PRU15 akan datang.

Menurut Pengerusi GTA, Tun Mahathir Mohamad, pihaknya sanggup berbuat demikian demi untuk menyelamatkan negara ini daripada pentadbiran parti tersebut.

“UMNO sebuah parti yang langsung tidak mengambil berat masalah rakyat dan mereka hanya mahu (jawatan) perdana menteri serta menjadi kerajaan,” katanya.

Susulan itu, di bawah ini adalah respon Anwar Ibrahim pada semalam mengenai tawaran Tun Mahathir itu.

Kata Anwar, beliau tidak mahu lagi melayan sebarang tawaran daripada Tun Mahathir untuk bekerjasama dalam menghadapi PRU14 nanti.

Anwar berkata, ini kerana pendirian bekas perdana menteri itu selalu berubah-ubah.

“Tidak mengapalah. Kita terus pantau sebab minggu depan beliau akan bagi (pendirian) berbeza, jadi kita dengar dan beri penghormatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Ibu Pejabat PKR di sini.

Bagaimanpun, hari ini, kenyataan Anwar berbeza sekali dengan pendiriannya semalam itu.

Katanya, selepas sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, ruang kerjasama untuk mereka bekerjasama masih lagi terbuka.

Bagaimanapun, katanya, Tun Mahathir mesti komited dengan prinsip perjuangan PH.

“Kami (PH) komited dalam melaksanakan agenda reform (pembaharuan), melawan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Sesiapa saja yang bersetuju dengan prinsip ini, boleh datang dan berbincang kami. Ruang adalah terbuka,” katanya lagi.

Aikkk….baru dalam tempoh tak sampai 24 jam sudah boleh berubah pendirian?

Apa sudah jadi dengan Pak Sheikh kita ni?

Masih lagi nak percaya dengan Tun Mahathir?

Tak serik-serik lagi? – ShahbudinHusin 13/12/2022.



BUKAN MAKSUD


 

PILIH PH TAK JADI KAFIR

 


PILIH PH TAK JADI KAFIR

Inilah jawapan yg sesuai jika org memainkan isu agama dan bangsa. Tak kafir pun pangkah PH… Hadi Awang pernah suruh org Islam undi MCA di Tg Piai tak jadi kafirkan pun.

Jgn takut DAP hanya ada 45 kerusi saja… tak boleh jadi kerajaan walaupun dicampur dgn MCA dan Gerakan. Melayu tetap ketuai kerajaan walaupun dlm PH, PN atau BN. Jgn mudah dibodohkan perasuah. Perasuah mereka akn tipu apa sahaja agar mereka terlepas.

Sebab itu saya beritahu anak2 undilah PH jika tidak mereka akan bergelumang dgn kehidupan rasuah. Semua org tahu pemimpin BN ramai yg rasuah atau salah guna kuasa duit rakyat. Anak2 muda bangkit Malaysia sedang sakit kerana barah rasuah. Kita ubah jadi yg lebih baik.

 

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN UMNO


1. Keputusan PAS Pusat untuk terus bersama dengan Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU-15 sudah dijangkakan.

2. Hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.

3. Dengan keputusan ini, UMNO bersama Barisan Nasional akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam Negara ini.

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

13 OKTOBER 2022

Pautan berita: https://umno-online.my/.../keputusan-pas-sudah-dijangka.../

PANDANGAN PROFF AGUS

 


Prof Dr Agus adalah antara cendiakawan sains politik yang sensible. Tidak lah melampau partisan. Walaupun ada inclination.

Condong ke Pembangkang. Itu kita nampak jelas. Tapi bila tak betul dia akan belasah. Tak kira.

Dia juga katakan, one to one itu yang akan buat Pembangkang berjaya. Tak payah khemah besar, political pact pun ok. PH+PN+GTA+Muda+Warisan.

Ramai kalangan pemerhati politik dah bersuara. Tapi every time kami bersuara, adalah pentaksub parti yang kata kami geng belah lawan pula.

Sekarang Prof Agus, juga dah kata benda yang sama. Takkan lah nak cakap dia geng Tun M dan TS Muhy juga? Dah sahih2 di pro DS Anwar dari mula.

Ketahuilah, in the eyes of fence sitters, the worst evil hanya satu saja. Jangan mereka terlepas kes mereka. Yang lain tu the lesser evils. Penyokong taksub mungkin tak boleh terima. Tapi itulah isu utama.

Makanya kalau nak berjaya, point your weapons to them, not to each other!

In politics, setahu saya tak wujud perkataan “kalah bermaruah”. Kalah is kalah. That’s all to it. Akibatnya, anda tidak punya kuasa. Bagaimana nak tolong pulihkan Malaysia?

Salam hormat,

Liyana Marzuki

https://m.malaysiakini.com/news/639271

 

JAWAPAN MUDAH BUAT ATOK


 

SAMAN PEMULA






SAMAN PEMULA

1. Kita dapat berita semalam. MP Klang buat saman pemula terhadap PM. Mencabar nasihat PM kepada YDPA untuk bubar Parlimen.

2. Beliau kata sebagai MP Klang, kawasan yang paling terjejas teruk ketika banjir tahun lepas, beliau nak tahu rasional diadakan PRU masa musim tengkujuh. Kalau bahasa latin cakap, dia ada “locus standi”. Maknanya, dia ada hak nak bersuara. Kena korumnya.

3. Ada orang tanya saya, apa itu Saman Pemula? Dalam omputih kita panggil “Originating Summon”.

4. Pagi ni kita tuisyen sikit. Saman di mahkamah ni ada dua jenis, satu “Saman Pemula”, satu lagi “Writ Saman”.

5. Kalau saman itu melibatkan isu undang2, macam nak persoal kuasa Perdana Menteri, dokumen yang lawyer guna ialah “Saman Pemula”.

6. Kalau saman itu melibatkan isu gaduh2 kerana fakta yang ada, macam ada retis nak saman orang yang dedahkan muka anak dia, tu kena pakai “Writ Saman”.

7. Makanya, sebab kes ni nak cabar nasihat PM kepada Agong, yang isunya di bawah Perlembagaan, jadinya dokumen yang terpakai ialah Saman Pemula.

Simple je kan? Ok next.

8. Alasan yang digunakan untuk cabar nasihat PM:

I. Hanya 17% Ahli Parlimen (MP) daripada 222 MP yang ada bersetuju PRU dibuat.

II. PM tak ikut saranan Jemaah Menteri. Sebab geng PPBM dan PAS tak setuju untuk PRU.

9. Dia guna Perkara 40 (1) Perlembagaan. Katanya Agong kena dengar nasihat Jemaah Menteri bukan hanya Perdana Menteri seorang. Itu yang disyaratkan dalam peruntukan tersebut.

10. Ia juga menyatakan, dia bukan persoal kuasa YDPA untuk bubar Parlimen. Kena ingat YDPA punya budi bicara mutlak untuk bubar atau menolak pembubaran Parlimen. Cuma yang dipersoal prosedur nasihat kepada Agong nak membubar itu.

11. Kes ni akan didengar oleh Hakim pada 20 Oktober ini.

12. Dari segi undang2, kes ini menarik untuk kita tahu keputusannya. Sebab selama ni secara tradisinya, hanya PM sendiri tentukan bila nak bubar dan PRU.

13. Dari segi politik, saya katakan tindakan ini akan menjerat. Tambah nanti kalau Pulau Pinang atau Negeri Sembilan u-turn nak buat PRN sekali.

14. Pada saya, ini juga akan membantutkan momentum PRU. Kerana hakikatnya sebilangan Rakyat dah mula terima dan masuk gear 2-3 dah ni. Ada yang dah mula cakap tak sabar nak mengundi.

Salam hormat,

Liyana Marzuki