KEH..KEH..TERKEBELAKANGNYA OTAK..


ANA TAHU

Gitu pulop. Tak payah buat stesen bas baru la. Kira cukup la hok ada tu. Boleh melambai2…




TAK PERNAH AJAK PUN PARTI CINONET DAN PENGKHIANAT. TAK TAHU PULAK KALAU KALAU ADA YANG NAK BERJUANG BERSAMA PEJUAWANG

 

Pejuang enggan sertai ‘khemah besar’, Dr M anggap pintu rundingan sudah ‘tertutup’




Dr Mahathir Mohamad berkata Pejuang hanya mahu bekerjasama
 dengan orang tidak terlibat politik dan tidak membangkitkan perasaan
 benci kepada mereka.

PETALING JAYA: Pejuang menegaskan pintu rundingan bagi membincangkan idea khemah besar pembangkang dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sudah dianggap tertutup sama sekali.

Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan itu dibuat Pejuang susulan parti tersebut mempunyai pendapat berbeza selain sokongan oleh rakyat terhadap mereka tidak begitu jelas.

“Umpamanya ramai orang Melayu tidak boleh terima DAP. Jadi, kalau kita bawa masuk DAP, maka ramai orang Melayu yang akan menolak kita.

“Jadi, kita tidak akan mengadakan kerjasama dengan PH, sama ada dengan DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) atau pun PKR,” katanya, menurut Sinar Harian.

Tambahnya, Pejuang hanya mahu bekerjasama dengan orang tidak terlibat politik dan tidak membangkitkan perasaan benci kepada mereka.

Pada Jun lalu, Mahathir yang juga bekas perdana menteri berkata Pejuang enggan bekerjasama dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin meskipun mengakui kepentingan kerjasama antara parti pembangkang bawah pendekatan “khemah besar” untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Mahathir berkata sikap pemimpin pembangkang yang “tidak lurus” menjadi sebab mengapa partinya menolak konsep khemah besar.

Pada 4 Jun lalu, Warisan turun menolak idea khemah besar seperti diinginkan Mahathir termasuk gagasan PH plus dengan parti itu.

Presidennya, Shafie Apdal berkata, khemah besar bukan lagi penyelesaian terbaik pada masa ini kerana negara ini memerlukan satu kepimpinan mahupun pemerintahan yang boleh meletakkan negara pada landasan sepatutnya.

ZAFRUL CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT

 




Semalam aku tonton video daripada Zafrul. Katanya dakwaan subsidi dikurangkan itu salah. Sebenarnya subsidi bertambah tapi disebabkan harga barang meningkat, maka subsidi itu jadi tak mencukupi.

Aku tak bantah kenyataannya. Memang benar apa yang dikata. Tapi yang aku persoal adalah tindakan kerajaan yang tidak mampu mengawal kenaikan harga barang. Setakat tambah subsidi saja, bukan langkah yang tepat.

Ambil contoh kereta. Tayar cepat botak. Bila botak, tukar bayar baru. Begitu berterusan, kepala kita yang botak. Rupanya masalah pokoknya, absorber dah mati. Tapi yang itu tak diselesaikan. Macamana nak jadi elok? Tukar tayar setiap bulan pun tetap akan cepat jadi botak juga.

Begitulah dalam isu bekalan ayam. Punca asalnya adalah kenaikan harga dedak. Jadi penternak tak sanggup bawa masuk anak ayam dalam jumlah yang tinggi sebab nanti kos untuk beli dedak akan bertambah. Dengan harga ayam dikawal, mereka akan terpaksa menanggung kerugian.

Waktu PH memerintah, PH tangani isu dedak dulu. Sebab itu harga ayam boleh kekal rendah zaman PH walaupun di musim perayaan. Sebab punca sebenar diatasi. Tapi itu tak berlaku sekarang ketika kerajaan dipimpin oleh UMNO/PUS.

Bila ayam kurang, dia import ayam beku. Kemudian haramkan eksport. Semua semakin merugikan penternak. Jadi penternak terpaksa kurangkan lagi kemasukan anak ayam. Akhirnya akan berterusan. Sampai bila begini?

Juga dalam masalah minyak masak. Seingat aku ada beberapa jenama minyak masak yang dimiliki oleh Felda. Felda pula agensi kerajaan. Kenapa Felda tak mulakan langkah turunkan harga minyak masak keluaran mereka dahulu?

Lagipun kos pengilangan pun dah bertambah. Manakan tidak, selain kenaikan gaji minimum, kerajaan juga naikkan tariff elektrik untuk industri. Bila kos kilang meningkat, bagaimana lagi cara untuk mereka tutup kerugian?

Tak lama lagi petrol juga akan dihapuskan subsidi. Konon bersasar hanya bagi B40. Tapi itu bermakna pemain industri juga akan terpaksa bayar petrol pada harga tinggi. Itu juga termasuk kos.

Dan yang ini, Menteri Tenaga dan Sumber Asli dari PAS pula kata nak hapuskan subsidi elektrik bagi golongan T20. Konon kerajaan prihatin kepada B40.

Golongan B49 dengar terus puji kerajaan. Tapi tak sedar, industri juga akan terjejas. Kesan jangka panjang, harga barang terpaksa dinaikkan bagi mengelakkan kerugian. Siapa yang kena? Bukan B40 pun akan terjejas ke?

Ini kerajaan caca marba. Tak kompeten. Tak pandai buat kerja serba serbi. Segala benda nak ambil jalan singkat. Kesan jangka panjang tak pernah difikirkan. Macamana nak kata kerajaan ini bantu rakyat? Bantu menyusahkan adalah. Guane boh?

Raja Gelap

 

KES ROGOL DIJADIKAN BAHAN JENAKA ? BODOH KA APA ?









Isu penceramah didakwa rogol remaja 14 tahun: Pendakwah ‘sekolahkan’ pengerusi kem tahfiz

Pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung menyifatkan kenyataan seorang pengerusi kem tahfiz berhubung kes dakwaan rogol membabitkan seorang penceramah dengan remaja bawah umur sebagai teramat mendukacitakan.

Beliau mempersoalkan bagaimana individu dikenali sebagai Ezzat itu tergamak menjadikan kes rogol remaja berusia 14 tahun sebagai bahan jenaka.

Terdahulu, Ezzat berkata seorang penceramah yang ditulisnya sebagai “Ustaz F&N” ditahan kerana merogol berkali-kali seorang gadis berusia 14 tahun.

“Berkali-kali hebat juga, ustaz yang hebat atau gadis 14 tahun tu yang hebat, berkali-kali perginya?

“Ada kemungkinan juga ustaz ini yang dirogol oleh gadis tersebut,” katanya disertai emoticon ketawa jelir lidah.

Firdaus Wong

Hantaran di Facebook itu juga disertakan dengan gambar dari babak filem pecah panggung, Mat Kilau yang disunting memperlihatkan imej pahlawan itu tersengih menampakkan barisan gigi.

Walau bagaimanapun, hantaran itu kemudiannya dipadam tetapi tangkap layar yang dibuat oleh warganet sudah tersebar di media sosial sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Sehubungan itu, Firdaus Wong menegaskan bahawa apa sahaja hubungan seksual dengan individu bawah umur adalah rogol walaupun suka sama suka.

“Isunya bukan sama ada suka sama suka tetapi bagaimana boleh seseorang yang mempunyai kedudukan dan ilmu agama mengadakan hubungan seksual dengan gadis bawah umur andai suka sama suka sekalipun?

“Cara berfikir Ezzat sangat sangat bermasalah apatah lagi kita sebagai Muslim ada hukum, adab dan akhlaknya.

“Ini kita belum masuk sexual grooming dan predator seksual lagi,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Firdaus Wong mengingatkan bahawa ikutlah hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam iaitu berkata baik ataupun diam jika tidak boleh bersimpati kepada mangsa.

Petang kelmarin, seorang penceramah berusia 30-an ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor selepas dipercayai terbabit dalam kes merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Penceramah itu direman lima hari hingga 23 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan bagi dua seksyen itu, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Jika sabit kesalahan bagi dua seksyen itu, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Mangsa berkenalan dengan suspek sejak Mei tahun lalu dan bermula daripada perkenalan itu, mereka beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza.

Setakat kelmarin, empat kertas siasatan dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak membabitkan pengadu sama.

JANGANLAH SINGKIR DIA..KALAU DALAM UMNO ADA MAT MASLAN..DALAM PAS KAN ADA NUSI....LAGI PULA CITA CITA DIA NAK BELAT AYAQ MAI PENANG TAK BERJAYA LAGI

 


Desas-desus Sanusi disingkir kerana isu banjir tak benar, kata pembantu.





Seorang pembantu Sanusi Md Nor berkata menteri besar Kedah itu
 ‘berkampung’ siang malam di Baling bagi memulihkan keadaan yang
 terjejas akibat banjir. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pembantu Sanusi Md Nor menyangkal dakwaan bahawa menteri besar Kedah itu bakal digantikan seorang lagi “orang kuat” PAS disebabkan kononnya gagal menangani banjir di Baling.

Kenyataannya itu selepas seorang kolumnis mendakwa “kegagalan” Sanusi itu mencetuskan desas-desus bahawa Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang juga anak kelahiran Kedah, akan mengambil alih tugas sebagai menteri besar.

Setiausaha akhbar Sanusi, Muhamad Mat Yakim menyangkal dakwaan itu malah menegaskan menteri besar “berkampung” siang malam di lokasi yang terkesan akibat banjir.

“Apa salah, silap atau gagalnya Sanusi sebagai MB (menteri besar) untuk beliau digantikan?

“Dalam artikelnya…kolumnis itu menyebarkan khabar angin konon Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah mengarahkan pembantunya untuk ‘clear’ pejabat.

“Ironinya, saya sendiri – yang bilik saya tidak sampai 10 langkah dari bilik menteri besar – tidak pernah mendengar adanya arahan MB kepada sesiapa pun untuk ‘clear pejabat beliau sebagaimana yang didakwa,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad turut mempertikaikan pujian penulis berkenaan terhadap Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim kononnya bertanggungjawab memastikan jabatan Bailey dibina di sebuah kampung yang terjejas. Katanya, kenyataan itu seolah-olah menggambarkan kakitangan awam dan menteri besar di Kedah tiada fungsi dalam menguruskan operasi selepas tragedi itu.

“Sepanjang mengikuti program MB di Baling pasca tragedi, hanya sekali saya terserempak dengan Azeez ketika di pusat taklimat Bendang Bechah. Itupun dia kelihatan seperti tergesa-gesa meninggalkan tempat itu sejurus sebelum ketibaan MB – seolah-olah mahu mengelak daripada bertembung,” katanya.

Muhamad berkata, dalam pada rencana itu menyifatkan Azeez sebagai “YB yang diperlukan rakyat ketika malapetaka”, ahli parlimen sepatutnya bukan berlalu dalam keadaan terburu-buru dan kemudian mengeluarkan kenyataan terdesak menggesa semua operasi ladang durian musang king dihentikan.

Katanya, Sanusi sendiri telah mengarahkan projek ladang durian dihentikan ketika mengambil alih sebagai menteri besar pada Julai 2020. Muhamad berkata, Kedah juga menunjukkan lonjakan angka pelaburan asing dan tempatan luar biasa sejak Sanusi berkuasa.

Muhamad berkata, Sanusi menunjukkan empati apabila memohon maaf secara terbuka kepada penduduk tempatan selepas banjir berlaku, sedangkan beliau tidak bertanggungjawab atas kejadian itu.


JABATAN HUTAN PUN TAK TAU NAK KATA APA ? TAPI PERSOALAN TETAP ADA...

 




 Pernah ke orang tanam pokok durian dicelah pokok² balak dalam hutan kat atas bukit?

Jabatan hutan: Krik krik krik

2. Bukan ke kena tebang semua pokok dulu sblm mula menanam?

Jabatan hutan: Krik krik krik

3. Adakah kelulusan kerajaan negeri dibuat tanpa merujuk jabatan hutan?

Jabatan hutan: Krik krik krik

4. Adakah berlaku salah laku dalam projek ladang durian gunung inas?

Jabatan hutan: 𝗧𝗜𝗔𝗗�� !!!!

 

ACAH ACAH ALIM

 


UPIH NYIOR

Species acah² alim pengerusi tahfiz tapi ada ciri² 𝐩𝐞𝐝𝐨𝐩𝐡𝐢𝐥𝐞 𝐩𝐞𝐫𝐯𝐞𝐫𝐭 mcm ni sepatutnya tak boleh dibiarkan menghampiri mana² kanak² termasuk anak dia sendiri.

BIAR DIA DIADILI DI MAHKAMAH SIVIL

 

Mohd Mukhlis Mohd Syarif


Perkara yang tepat di lakukan oleh JAWI. Biar dia di adili oleh Mahkamah Sivil sahaja dari berisiko berlaku lagi krisis perlembagaan bila di dakwa oleh 2 mahkamah berbeza dengan kesalahan yang sama.


Siapa rindu Padang Merbok boleh la join, tunggu lebai, depa semua tercekik sagon. Siap ada hadiah 10K dan di taja oleh toto sukan lagi. Kalau lari pakai uniform RUU355 dapat markah lebih.










BERNAS KAYA, PESAWAH DAPAT APA?


JOM PERBODOHKAN RAKYAT


 Bang, mari kita perbodohkan rakyat".



ANWAR BANTAH MONOPOLI BERNAS, KEUNTUNGAN TAK DIKONGSI DENGAN PESAWAH MISKIN


 Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini berkata kira-kira 150,000 pesawah miskin di seluruh negara harus dibenarkan berkongsi keuntungan daripada import beras yang kini dimonopoli oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Anwar berkata keputusan kerajaan untuk melanjutkan konsesi Bernas selama 10 tahun lagi hanya akan memperkayakan segelintir orang terpilih.

“Kita membantah secara prinsip mana-mana monopoli. Monopoli akan membunuh pesaing lain dan mengakibatkan kenaikan harga.

“Jadi kita sebut tadi kita patut ada tender terbuka,” kata pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

“Nombor dua, bagi petani termiskin dari Sabah ke Sekinchan (di Selangor) ke Kelantan, benarkan mereka mempunyai sedikit ekuiti supaya keuntungan yang besar itu dapat memberi manfaat kepada mereka secara langsung,” kata Anwar.

Berdasarkan laporan, Anwar berkata Bernas meraih RM1.2 bilion pada 2018, RM1.3 bilion pada 2019 dan RM798 juta pada 2020.

“Pemegang saham juga menerima dividen sebanyak RM670 juta. Tetapi dengan monopoli ini semua pulangan akan diberikan kepada syarikat,” tambahnya.

Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk melanjutkan konsesi Bernas untuk tempoh 10 tahun bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.

Ditekan lebih lanjut mengenai cadangan PH untuk menyelesaikan isu jaminan makanan, Anwar mengulangi pendirian antimonopoli PH, pada masa yang sama menolak penubuhan pelbagai jawatankuasa kerajaan yang meneliti kebimbangan berkaitan.

“Dengar baik-baik jawapan PM pada Isnin. Apakah penyelesaian kepada masalah keselamatan makanan? (Untuk membentuk) jawatankuasa, jawatankuasa super dan jawatankuasa jihad!

“Kita ada masalah kita akan ada jawatankuasa. Kita ada lebih banyak masalah kita ada jawatankuasa penyelaras. Kita ada masalah serius kita ada jawatankuasa penyelaras yang serius.

“Apa yang perlu kita lakukan ialah menggulingkan ahli jawatankuasa tersebut,” katanya.



TIK TOK KENA HALAU DAH- KAH..KAH.....PADAN MUKA KAU TAJJUDDIN


 

"Kalau tak bangun menyokong ini (usul), saya minta rakyat Sabah hukum mereka," kata Anwar Ibrahim. #trendingnewsmalaysia #AWANInews #SisiTVParlimen


 

TIK TOK KABINET BESAR - OTAK KECIK


 

LAMA DIA DIAM...TIBA TIBA DIA BUAT KENYATAAN BODO....KAH....




 

SIAPA YANG MEROSAKKAN GUNUNG INAS SEBENARNYA ??

 SIAPA YANG MEROSAKKAN GUNUNG INAS SEBENARNYA ??

 

Walaupun Ahmad Bashah memperakui bahawa beliau yang meluluskan "Projek Musang King" bagi tujuan melindungi semula Gunung Inas setelah digondol (pembalakan) oleh pihak tertentu sebelum ini secara besar - besaran..

 

Disini kronologinya:

 

1. 2007 - 2008 UMNO/BN tukar status hutan simpanan Gunung Inas ke tanah pertanian

 

2. 2008 - 2013 Kerajaan PAS gondol  hutan simpanan untuk dijadikan ladang Sejahtera.

 

3. 2016 - 2018 UMNO/BN  beri kebenaran pada syarikat ECK Sdn Bhd untuk buka ladang durian musang king.

 

4. 2018 - 2020 Kerajaan PH memerintah, arah laksana DEIA dikawasan yang digondol.

 

4. 2020 -2022 Kerajaan PAS/PN memerintah. 4 Julai 2022 Bencana Banjir Kepala Air diMukim Kupang dan 42 buah Kampung terlibat. 3 orang korban,17 buah rumah total lost dan berpuluh rumah serta harta benda  rosak !

 

PERSOALANNYA SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB

KENYATAAN MEDIA BIRO UNDANG-UNDANG PARTI AMANAH NEGARA (KANUN)

 

SEBARAN SEGERA

 

KENYATAAN MEDIA BIRO UNDANG-UNDANG PARTI AMANAH NEGARA (KANUN)

 

Lanjutan daripada siasatan yang dibuat ke atas Presiden Parti AMANAH Negara, YB Muhammad Sabu semalam berikutan flashmob seluruh negara yang diadakan pada 16 Julai 2022 yang lalu, pihak Polis hari ini telah hadir ke Wisma Parti AMANAH Negara di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

 

Kedatangan pihak Polis adalah dibuat tanpa tanpa sebarang pemberitahuan awal. Seorang pegawai Wisma telah dipanggil untuk hadir ke Bukit Aman tengahari ini untuk merekodkan keterangan.

 

Kami mengecam tindakan intimidasi yang terus dilakukan oleh pihak Kerajaan BN/PN pada hari ini walaupun isu yang diperjuangkan khususnya oleh AMANAH ini adalah bagi kepentingan rakyat keseluruhannya iaitu berkaitan kenaikan harga barang.

 

Walaubagaimanapun, kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak PDRM dan percaya bahawa pihak PDRM hanya menjalankan arahan sahaja.

 

Kami juga percaya sepatutnya pihak Kerajaan memfokuskan pada usaha memerangi sindiket minyak paket serta jenayah lain yang berkait rapat dengan kenaikan harga barang dan bukannya sibuk untuk menghalang dan mendiamkan suara dan resah hati rakyat. 

 

Sekian.

 

Fadhli Umar Aminolhuda

Peguam KANUN

PKR AKAN PASTIKAN KAWASAN INI DI MILIKI SEMULA.

 Nama nama(MP Keadilan)

PENGKHIANAT PRU14 .


1-Azmin Ali -

Gombak - Selangor.

2- Zuraida Kamaruddin-

Ampang - Selangor.

3- Dato Saifuddin Abdullah -

Indera Mahkota Pahang.

4- Baru Bian -

Selangau - Sarawak.

5- Dato Kamaruddin Jaafa -

Bdr Tun Razak - KL.

6- Dato Mansor Othman-

Nibong Tebal - Penang.

7- Dato Rashid Hasnon-

Batu Pahat - Johor.

8- Dato Dr. Santhara Kumar -

Segamat - Johor.

9- Ali Biju -

Saratok - Sarawak.

10- Willie Mongin -

Puncak Borneo - Sarawak.

11- Jonathan Yasin -

Ranau - Sabah.

12- Larry S’ng -

Julau - Sarawak

13 - Steven Choong -

Tebrau - Johor

Dewan kecoh, Ahli Parlimen selar rakan sejawat 'buat kenyataan seksis'..akhirnya kau dimalukan