ZAFRUL CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT

 




Semalam aku tonton video daripada Zafrul. Katanya dakwaan subsidi dikurangkan itu salah. Sebenarnya subsidi bertambah tapi disebabkan harga barang meningkat, maka subsidi itu jadi tak mencukupi.

Aku tak bantah kenyataannya. Memang benar apa yang dikata. Tapi yang aku persoal adalah tindakan kerajaan yang tidak mampu mengawal kenaikan harga barang. Setakat tambah subsidi saja, bukan langkah yang tepat.

Ambil contoh kereta. Tayar cepat botak. Bila botak, tukar bayar baru. Begitu berterusan, kepala kita yang botak. Rupanya masalah pokoknya, absorber dah mati. Tapi yang itu tak diselesaikan. Macamana nak jadi elok? Tukar tayar setiap bulan pun tetap akan cepat jadi botak juga.

Begitulah dalam isu bekalan ayam. Punca asalnya adalah kenaikan harga dedak. Jadi penternak tak sanggup bawa masuk anak ayam dalam jumlah yang tinggi sebab nanti kos untuk beli dedak akan bertambah. Dengan harga ayam dikawal, mereka akan terpaksa menanggung kerugian.

Waktu PH memerintah, PH tangani isu dedak dulu. Sebab itu harga ayam boleh kekal rendah zaman PH walaupun di musim perayaan. Sebab punca sebenar diatasi. Tapi itu tak berlaku sekarang ketika kerajaan dipimpin oleh UMNO/PUS.

Bila ayam kurang, dia import ayam beku. Kemudian haramkan eksport. Semua semakin merugikan penternak. Jadi penternak terpaksa kurangkan lagi kemasukan anak ayam. Akhirnya akan berterusan. Sampai bila begini?

Juga dalam masalah minyak masak. Seingat aku ada beberapa jenama minyak masak yang dimiliki oleh Felda. Felda pula agensi kerajaan. Kenapa Felda tak mulakan langkah turunkan harga minyak masak keluaran mereka dahulu?

Lagipun kos pengilangan pun dah bertambah. Manakan tidak, selain kenaikan gaji minimum, kerajaan juga naikkan tariff elektrik untuk industri. Bila kos kilang meningkat, bagaimana lagi cara untuk mereka tutup kerugian?

Tak lama lagi petrol juga akan dihapuskan subsidi. Konon bersasar hanya bagi B40. Tapi itu bermakna pemain industri juga akan terpaksa bayar petrol pada harga tinggi. Itu juga termasuk kos.

Dan yang ini, Menteri Tenaga dan Sumber Asli dari PAS pula kata nak hapuskan subsidi elektrik bagi golongan T20. Konon kerajaan prihatin kepada B40.

Golongan B49 dengar terus puji kerajaan. Tapi tak sedar, industri juga akan terjejas. Kesan jangka panjang, harga barang terpaksa dinaikkan bagi mengelakkan kerugian. Siapa yang kena? Bukan B40 pun akan terjejas ke?

Ini kerajaan caca marba. Tak kompeten. Tak pandai buat kerja serba serbi. Segala benda nak ambil jalan singkat. Kesan jangka panjang tak pernah difikirkan. Macamana nak kata kerajaan ini bantu rakyat? Bantu menyusahkan adalah. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: