Semalam aku tonton video daripada Zafrul. Katanya dakwaan
subsidi dikurangkan itu salah. Sebenarnya subsidi bertambah tapi disebabkan
harga barang meningkat, maka subsidi itu jadi tak mencukupi.
Aku tak bantah kenyataannya. Memang benar apa yang dikata. Tapi
yang aku persoal adalah tindakan kerajaan yang tidak mampu mengawal kenaikan
harga barang. Setakat tambah subsidi saja, bukan langkah yang tepat.
Ambil contoh kereta. Tayar cepat botak. Bila botak, tukar bayar
baru. Begitu berterusan, kepala kita yang botak. Rupanya masalah pokoknya,
absorber dah mati. Tapi yang itu tak diselesaikan. Macamana nak jadi elok?
Tukar tayar setiap bulan pun tetap akan cepat jadi botak juga.
Begitulah dalam isu bekalan ayam. Punca asalnya adalah kenaikan
harga dedak. Jadi penternak tak sanggup bawa masuk anak ayam dalam jumlah yang
tinggi sebab nanti kos untuk beli dedak akan bertambah. Dengan harga ayam
dikawal, mereka akan terpaksa menanggung kerugian.
Waktu PH memerintah, PH tangani isu dedak dulu. Sebab itu harga
ayam boleh kekal rendah zaman PH walaupun di musim perayaan. Sebab punca
sebenar diatasi. Tapi itu tak berlaku sekarang ketika kerajaan dipimpin oleh
UMNO/PUS.
Bila ayam kurang, dia import ayam beku. Kemudian haramkan
eksport. Semua semakin merugikan penternak. Jadi penternak terpaksa kurangkan
lagi kemasukan anak ayam. Akhirnya akan berterusan. Sampai bila begini?
Juga dalam masalah minyak masak. Seingat aku ada beberapa jenama
minyak masak yang dimiliki oleh Felda. Felda pula agensi kerajaan. Kenapa Felda
tak mulakan langkah turunkan harga minyak masak keluaran mereka dahulu?
Lagipun kos pengilangan pun dah bertambah. Manakan tidak, selain
kenaikan gaji minimum, kerajaan juga naikkan tariff elektrik untuk industri.
Bila kos kilang meningkat, bagaimana lagi cara untuk mereka tutup kerugian?
Tak lama lagi petrol juga akan dihapuskan subsidi. Konon
bersasar hanya bagi B40. Tapi itu bermakna pemain industri juga akan terpaksa
bayar petrol pada harga tinggi. Itu juga termasuk kos.
Dan yang ini, Menteri Tenaga dan Sumber Asli dari PAS pula kata
nak hapuskan subsidi elektrik bagi golongan T20. Konon kerajaan prihatin kepada
B40.
Golongan B49 dengar terus puji kerajaan. Tapi tak sedar,
industri juga akan terjejas. Kesan jangka panjang, harga barang terpaksa
dinaikkan bagi mengelakkan kerugian. Siapa yang kena? Bukan B40 pun akan
terjejas ke?
Ini kerajaan caca marba. Tak kompeten. Tak pandai buat kerja
serba serbi. Segala benda nak ambil jalan singkat. Kesan jangka panjang tak
pernah difikirkan. Macamana nak kata kerajaan ini bantu rakyat? Bantu
menyusahkan adalah. Guane boh?