EKONOMI DUNIA LEBIH TERUK, MALAYSIA PERLU KELUAR MAKANAN SENDIRI


*TERKINI, IRWAN SIREGAR TUDING NAJIB*



*Di USA, Pengarah Goldman Sachs, Tim Leissner membuat pengakuan rasuah babitkan Najib, Rosmah dan anak²nya dalam skandal 1MDB.*


*Di Malaysia pula, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Kementerian Kewangan), Tan Sri Mohd Irwan Siregar menuding jari kepada bekas bossnya, Najib Razak dalam permohonan untuk ketepikan saman sivil 1MDB terhadapnya sebagai bekas Pengarah 1MDB.*


Kata Irwan 

▪️ bahawa Lembaga Pengarah 1MDB pada masa itu, termasuk saya, tidak mempunyai pilihan melainkan mengikut arahan wakil pemegang saham iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu)," katanya dalam permohonan itu.


*"DIA TIADA PILIHAN KECUALI IKUT ARAHAN NAJIB"*


Seterusnya, Irwan juga berkata semua keputusan pelaburan atau komitmen kewangan oleh 1MDB, termasuk penstrukturan syarikat dan perkara² berkaitan jaminan kerajaan, adalah dibawah kuasa kelulusan Najib - boom. 


Sudah tentu kita boleh percaya dengan dakwaan si joget ini kerana Najib adalah PM dan juga bossnya sebagai Menteri Kewangan.


*Siapa berani ingkar arahan seorang Perdana Menteri?*


Selain itu, Irwan juga beri alasan² berikut:-


*1. Pelaburan Unit Brazen Sky oleh 1MDB sebanyak USD1.813 bilion belum dibuktikan rugi oleh mahkamah (sedangkan 1MDB dan Kerajaan telah keluarkan kenyataan bahawa unit tersebut tiada nilai dan suatu skim penipuan).*


2. Pembayaran oleh 1MDB sebanyak USD3.5 bilion kepada Aabar PJS belum dibuktikan rugi oleh mahkamah (sedangkan sudah terbukti dalam mahkamah² bahawa syarikat tersebut adalah klon yang tiada kaitan dengan IPIC Abu Dhabi).


 *3. Semasa 1MDB mengalami kerugian, dia belum dilantik sebagai Pengarah 1MDB.*

*APA YANG DIA BUAT SELEPAS MENJADI PENGARAH? Dia juga menjadi Ahli Lembaga Penasihat 1MDB (Pengerusinya Najib) yang tidak pernah bermesyuarat kecuali sekali dua, dan dia cuma mengikuti perkembangan 1MDB dari suratkabar, mengikut pengakuannya dahulu.*


Kesimpulannya, apabila sudah tersepit, orang itu sanggup melakukan apa sahaja untuk cuba melepaskan diri.


Dalam permohonan mengetepikan saman 1MDB ini, nampaknya Irwan rela 'menikam' bosskur nya.


Good luck to si Joget.


https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/368147


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/925840/irwan-serigar-mohon-saman-1mdb-us659-bilion-terhadapnya-dibatalkan


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/610725/tujuh-individu-dilantik-sebagai-lembaga-penasihat-1mdb


https://m.facebook.com/kcdmalaysia/photos/a.198064363614574/1067523066668695/?type=3&locale2=ms_MY


Maklumat lebih lengkap di sini


https://www.theedgemarkets.com/article/irwan-serigar-applies-strike-out-1mdb-suit-files-counterclaim


BERNIAGA DEPAN KAABAH

 




Berniaga Depan Kaabah

Seolah-olah sudah menjadi trend dalam kalangan segelintir usahawan dan peniaga melayu-muslim mempromosikan produk mereka di hadapan kaabah. Tidak pastilah apa motifnya, namun ia berkemungkinan dianggap sebagai salah satu ikhtiar untuk melariskan produk mereka.

Tidak ketinggalan, ada segelintir ustaz/ustazah selebriti (usleb) dan ada juga dalam kalangan mereka yang menjadi duta sesuatu produk mempromosikan produk di hadapan kaabah sama ada menerusi video ataupun bergambar dengan produk tersebut di hadapan kaabah. Ada yang mempromosikan produk suplemen, minyak atar dan seumpamanya, malahan ada individu yang beperwatakan ustaz tergamak memfatwakan “kehalalan” forex trading di hadapan kaabah yang suci lagi mulia.

Saya tak pasti sejauh mana mujarabnya tindakan segelintir mereka yang mempromosikan kegiatan perniagaan mereka di hadapan kaabah, namun setakat pengetahuan saya sebarang urusan perniagaan yang dilakukan di dalam rumah Allah (secara umumnya masjid) jika tidak haram sekalipun, majoriti ulama menganggapnya makruh.

Hal ini kerana, antara maqsad (tujuan) kita berada di dalam rumah Allah adalah untuk berzikir, mengingati dan mengagungkan Allah. Perkara ini dapat kita fahami menerusi ayat:

فِی بُیُوتٍ أَذِنَ ٱللَّهُ أَن تُرۡفَعَ وَیُذۡكَرَ فِیهَا ٱسۡمُهُۥ یُسَبِّحُ لَهُۥ فِیهَا بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡـَٔاصَالِ﴿ ٣٦

“Di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.”

Ayat ini disusuli dengan pernyataan yang menegaskan perbezaan antara individu yang benar-benar memenuhi maksud keberadaan di rumah Allah dengan mereka yang dilalaikan dengan urusan lain:

رِجَالࣱ لَّا تُلۡهِیهِمۡ تِجَـٰرَةࣱ وَلَا بَیۡعٌ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِیتَاۤءِ ٱلزَّكَوٰةِ یَخَافُونَ یَوۡمࣰا تَتَقَلَّبُ فِیهِ ٱلۡقُلُوبُ وَٱلۡأَبۡصَـٰرُ﴿ ٣٧

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

Di samping itu, hadis-hadis Nabi SAW turut menegaskan dengan nada yang sama, umpamanya yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Abu Hurairah:

إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد فقولوا لا أربح الله تجارتك

Jika sekiranya kamu melihat seseorang yang berjual beli di dalam masjid, maka katakan kepadanya: Semoga Allah tidak memberikan keuntungan kepada perniagaan kamu.

Justeru, meskipun sebahagian ulama menyatakan menerusi hadis ini, akad jual beli dianggap sah, akan tetapi disebabkan ia mengandungi amaran keras Nabi SAW maka ia dihukum makruh dan fasid. Oleh yang demikian, sebarang perbuatan yang mengandungi elemen jual beli ataupun medium yang menyampaikan kepada maksud jual beli termasuklah promosi, iklan dan seumpamanya yang dilakukan di dalam masjid turut mengambil hukum yang sama.

Perkara ini berbeza dengan pengumuman yang dilakukan oleh pihak masjid yang menyatakan ada jualan di perkarangan masjid ataupun di ruangan parkir (atau ruangan khas selain ruang solat utama), maka ia tidak termasuk dalam konteks larangan/amaran ini. Buku Fiqah Pengurusan Masjid turut memuatkan tatacara aktiviti perniagaan di masjid yang wajar dijadikan panduan oleh semua.

Nota: Boleh baca resensi ringkas saya berkenaan buku Fiqah Pengurusan Masjid menerusi pautan berikut:

https://www.facebook.com/100001041377127/posts/5400703586640967/?d=n

Furqan Abdullah

 

CANDU AGAMA

 


HJ SOFIAN ALIAS





Budak Melayu yang dahulunya bersekolah agama kemudian masuk ke Universiti Harvard.

Beginilah pemikirannya.

Harvard menghasilkan manusia seperti Bill Gates, Zuckerberg dan lain-lain nama besar dunia pada hari ini.

Universiti di tanah Arab pula menghasilkan semundur-mundur manusia.

Tiada satu pun manusia yang mencipta aplikasi, robot, roket dan teknologi tinggi datang dari universiti tanah Arab.

Candu agama yang hanya soal ritual dan hukum hakam tidak pernah hilang.

 

INI BETUL BETUL GANGSTER NI BUKAN LAKONAN LAGI.

 


Belasah, ugut bunuh lelaki, pelakon popular ditahan




Seorang pelakon lelaki popular direman tiga hari bermula hari ini selepas dipercayai membelasah seorang lelaki di kondominium di Segambut.

PETALING JAYA: Seorang pelakon lelaki popular ditahan selepas dipercayai membelasah, termasuk membuat ugutan bunuh terhadap seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Habibi Majinji, berkata kejadian itu berlaku pada 8.30 malam ketika mangsa dilaporkan meminta tolong rakannya membeli minyak masak di luar kawasan kediaman berkenaan.

“Rakannya bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominium terbabit oleh pengawal keselamatan sebelum memaklumkan perkara itu kepada mangsa.

“Mangsa kemudian turun ke lif lobi kondominium itu sebelum bertanya punca rakannya tidak dibenarkan masuk untuk menghantar minyak masak yang dipesan,” katanya menurut laporan Kosmo.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Mengulas lanjut, Habibi berkata pertengkaran mulut dipercayai berlaku antara mangsa dan pengawal keselamatan terbabit sebelum pelakon lelaki yang juga suspek secara tiba-tiba datang lalu menumbuk serta menendang mangsa.

“Mangsa mendakwa suspek yang berusia lingkungan 30-an itu menumbuk dan menendangnya di bahagian muka, dada, perut dan belakang badan, selain mencekik dan mengugut akan membunuhnya,” katanya.

Habibi berkata, mangsa membuat laporan sebelum Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Sentul, menahan suspek di kediaman sama, malam semalam.

Katanya, suspek kini ditahan direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.


LAGI REALITI KEHIDUPAN


 

KISAH GUNUNG ULU KALI

 






MOHD SHAH RIM

Cerita Saya - Versi II

Nota : Nama Asal Genting Highlands adalah Gunung Ulu Kali.

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke Puncak Gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa 4 bulan semua proses permohonan tanah selesai.

Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohamed Noah Bin Omar, Lim Goh Tong dapat menemui Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian.

Mendengar cadangan Lim Goh Tong itu, Tunku menyatakan kepadanya sememangnya menjadi hasrat kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan.

Dalam masa sama keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan, Tunku menyatakan kepada Lim Goh Tong bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan satu jalan raya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalan raya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan.

Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalami konfrantasi dengan Indonesia. Jika kerajaan membelanjakan sebarang wang yang besar untuk membangunkan Gunung Ulu Kali ia akan menerima kritikan daripada pembangkang dan ini akan menjadikan ia satu isu politik.

Untuk mengelakkan kejadian ini kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan. Pada pendapat Tunku tawaran Lim Goh Tong tiba tepat pada masanya.

Pada 27 April 1965 Lim Goh Tong dan Tan Sri Haji Mohamed Noah membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Bhd.

Di antara tahun 1965 dan 1970 mereka membuat permohonan kepada kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.

Dengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang serta merta meluluskan permohonan mereka, tetapi mereka menghadapi sedikit masalah dengan kerajaan Selangor Datuk Harun Idris pada ketika itu Menteri Besar Selangor hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99 tahun.

Ini mengecewakan perancangan mereka, Lim Goh Tong kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah yang berlaku.

Di pertemuan itu beliau menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pedalaman yang memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalan raya dan menyediakan prasarana air, elektrik dan lain-lain kemudahan di situ.

Jika kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun beliau terpaksa menyerahkan kepada kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai.

Beliau menekankan jika Selangor tidak menghiraukan permohonan mereka untuk pegangan bebas. Mereka tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya.

Lim Goh Tong menjelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan pantai-pantai yang menghadap Laut Cina Selatan. Selangor sebaliknya akan berbangga dengan Pantai Morib yang berlumpur.

Sebaik sahaja Genting Highlands ditambah di dalam senarai pusat percutian Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang pelancongan.

Datuk Harun akhirnya bersetuju dan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang dipohon selepas mendapat desakan dari beberapa pihak.

31 Mac 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands apabila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel, sekarang bernama Theme Park Hotel.

Pada hari bersejarah itu juga Tunku membawa satu berita gembira yang mengejutkan di dalam ucapannya Tunku menyatakan berbangga dengan usaha Lim Goh Tong membangunkan sebuah pusat peranginan tanpa bantuan kerajaan dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara.

Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pedalaman ini beliau menyatakan kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti KASINO.

Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenaan Lim Goh Tong bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.

Setelah Tunku mengisytiharkan kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada Lim Goh Tong lesen KASINO. Beliau pergi melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan KASINO di sana.

Beliau juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa tauke tauke KASINO untuk berusaha sama dengan KASINO Genting, beliau bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada 20 April 1969, dalam perjalanan ke Macau untuk bertemu Stanley Ho yang memiliki KASINO tunggal di Macau dan menyampaikan hasrat lawatannya.

Pada 28 April 1969, di hari Lim Goh Tong kembali ke Kuala Lumpur beliau menyerahkan permohonannya untuk mendapatkan lesen KASINO dari kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku.

Mesyuarat kabinet berlangsung pada sebelah petang dan permohonan Lim Goh Tong telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan kabinet telah meluluskan permohonannya, hanya 6 jam selepas permohonan itu diserahkan.

Beliau diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen KASINO yang pertama dan yang tunggal di negara ini. Sebaik sahaja kelulusan itu diperolehi telegraf berita baik itu berserta dokumen sokongan telah diserahkan kepada Stanley Ho.

Dua minggu berikutnya Lim Goh Tong terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha sama menjalankan KASINO, namun disebabkan beberapa masalah mereka gagal mencapai kata sepakat untuk usaha sama itu.

Selepas itu, Lim Goh Tong berurusan dengan Mr Chong Tat Wong tauke KASINO tunggal di Seoul. Beliau membuat perjanjian usahasama untuk 3 tahun pada 1971 membantu menguruskan KASINO Genting.

Setelah 9 bulan bekerjasama mereka bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan.

Dari sejak itu Genting menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan KASINO.

Jadi begitulah secara ringkas kisah perjalanan tertubuhnya sebuah KASINO di Malaysia.

 

NIK AMAR- INI REAL-BUKAN SEMBANG KENCING




 

POOODAH.....SEMBANG KENCING KUAT

 

W.FAUDZIN

Aduhaii..lebai..demo perintah kelate dah berpuluh tahun nak selesai isu air pun tak dpt, mahu sembang 30 tahun perintah negara? Tak habis2 nak perbodohkan walaun..




REALITY YANG RAMAI TIDAK TAHU- JUDI ONLINE-MELAYU ISLE KELAUT-MENTERI AGAMA PUN AK MAMPU KECUALI SEMBANG KUAT


 ASRAF JEFFRY


Ini satu realiti yang ramai tidak tahu.

.

Saya ada seorang pekerja yang sentiasa berhutang dengan kawan-kawan yang lain. Gaji bulanannya sekitar RM1.6k. Kawan-kawanya yang lain sudah beli Motosikal dari duit gaji yang diterima tapi dia masih meminjam duit.

.

Sedangkan dia tiada komitmen. Duduk di rumah Ibu, datang kerja tumpang kereta kawan. Tapi duit sentiasa tidak cukup. Bila tengok kepada cara hidup,tidak nampak mewah,awek pun tiada tapi ke mana duitnya hilang?

.

Dipendekkan cerita, along mula kacau saya. Bagitahu ada pekerja yang tidak bayar hutang. Saya memang cuak habis. Panggil dia kenapa masalah ini berlaku,kenapa kawan-kawannya yang lain sudah boleh beli Motosikal dan kenapa dia masih pinjam duit orang?

.

Mula-mula dia diam tapi akhirnya dia bagitahu;

.

"Maaf Cik,saya main judi Online."

.

Saya ingatkan ini adalah mitos tetapi rupanya ramai orang kita, Melayu Islam yang terjebak dengan hal sebegini. Siap pinjam duit along lagi kerana ketagihan.

.

Ada Influencer pernah stream main game slot,kononnya sekadar suka-suka tetapi dalam tidak sedar,dia sedang promosikan game ini secara percuma. Videonya ditonton sampai 20k con-current views. Namun begitu,masih ramai yang pertahankannya.

.

Dalam Islam,tiada istilah suka-suka. Yang Halal itu jelas,yang Haram itu jelas. Kalau satu-satu perkara itu perlukan justifikasi akal kita sendiri,secara automatik, senang kata,perkara itu adalah Haram. Kalau ianya Halal,jelas ianya Halal.

.

Dulu,masa saya join skim Emas Tok Berlagak,saya tahu yang jual beli Emas mesti berlaku on-the-spot. Tetapi disebabkan tamak, saya cari hujah Ustaz yang membenarkannya supaya saya dapat join skim ini. Ternyata hal ini adalah Haram. Semoga Allah memaafkan kekhilafan yang saya buat ketika muda. (Sekarang muda lagi,kuat lagi).

.

Balik pada isu kita, judi Online adalah bukan satu perkara dongengan,ianya betul-betul berlaku. Orang tidak Solat?

Itu pun sama,ramai. Semoga Allah melindungi kita dari perkara-perkara sebegini. Amin.

.

Kemaskini : Ada yang tanya apa yang jadi kepada pekerja yang didapati pinjam duit along tersebut? Saya terus buang,tiada kompromi walaupun dia bagitahu sudah bayar semua duit along.

 

Muhyiddin, Shafie terima dana UKSB, perbicaraan Zahid diberitahu



Seorang bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi bahawa Muhyiddin Yassin bersama Shafie Apdal menerima dana daripada syarikat itu.


Belasungkawa | Pemergian Allahyarham Adibah Noor



Perkembangan terkini dan situasi di kediaman bapa Allahyarham Adibah Noor di Taman Keramat Permai bersama dengan Ketua Inisiatif Belia dan Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi.

UMNO LEBIH TERUJA PEGUAM DARI NEGARA PENJAJAH



Menurut laporan, Para peguam mengundi semasa mesyuarat agung luar biasa menyokong resolusi Badan Peguam yang mengecam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan. Badan Peguam menegaskan, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa aduan tentang dakwaan salah laku kehakiman hendaklah dikendalikan dengan cara yang menjamin keyakinan berterusan orang ramai terhadap badan berkenaan. Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Mahkamah | Live Talk Show Bicara YB Khalid Samad | Live Talk Show Antara Politik & Undang-Undang | Live Talk Show Bicara Semasa

Terima Dana UKSB | SPRM buka kertas siasatan terhadap penama terlibat



Bagus SPRM. siasat saja ahli2 politik. SPRM perlu ingat yg kuasa berada di tangan SPRM, bukan di tangan ahli2 politik. jika SPRM sedar kuasa sebenar mereka ni, maka satu perubahan landskap politik berskala besar akan berlaku. SPRM akan jadi satu kuasa besar dlm negara ini, yg mampu menyaingi ahli2 politik.

GST DIRANCANG - RAKYAT KECUNDANG


 

GST

*Posting panjang*

Ada rakan di sini minta saya ulas cadangan mengenai pengenaan semula GST. So here goes…

1. Sebagai salah seorang pegawai yang terlibat dalam merangka dan menggubal undang-undang berkaitan GST dan Anti-Pencatutan, pendirian saya senang: GST adalah lebih efisyen dan menyeluruh pemakaiannya, berbanding SST. Ia sesungguhnya lebih menguntungkan. Daripada kutipan SST hanya RM20 biliion setahun, dengan pengenaan GST, Kerajaan boleh tambah pendapatan sehingga RM45 bilion setahun.

2. Sekarang kita tahu ia baik untuk Kerajaan. The main issue is: adakah GST ini baik untuk rakyat?

3. Bila pertama kali GST diperkenalkan, ini merupakan isu2 berbangkit yang membuatkan ramai kurang berkenan:

(i) GST dikenakan pada tahun 2015, bilamana inflasi negara dan harga barang pada ketika itu meningkat dengan banyak. Untuk rekod, kadar inflasi negara pada tahun 2014 adalah lebih tinggi dari kadar purata dunia. Orang bising kerana dengan pengenaan GST, harga barang nescaya akan jadi lebih tinggi.

(ii) Lepas GST dikenakan, true enough inflasi makin meningkat. Walaupun itu perkara biasa di kebanyakan negara. Tetapi selalunya hanya tahun pertama dan kedua. Namun di Malaysia, selepas tahun ketiga masih lagi kekal tinggi. Inflasi hanya turun dengan signifikan pada tahun 2018 selepas PH mansuhkan GST.

(iii) Peniaga tempatan termasuk SME dan SMI tidak dapat refund GST dalam masa yang dijanjikan. Sehinggalah Kerajaan BN jatuh pada tahun 2018, Kerajaan masih berhutang hampir RM20 bilion kepada peniaga tempatan. Yang heran cukai dah dikenakan, dah masuk kantung Kerajaan. Macam mana refund tu tak boleh dibayar? Ke mana hilangnya? PAC sudah siasat dan confirmkan kerajaan Najib langgar undang2 kerana guna refund GST untuk kegunaan lain pula.

4. Jadi kita tengok pengalaman GST ni dikenakan pada kali pertama. Ye, ia tambah pendapatan kepada Kerajaan, tapi nampak sangat menyusahkan rakyat. Bukan saja rakyat marhein yang terkesan kerana inflasi meningkat, tapi sampai peniaga pula yang susah nak dapat refund. Makanya, mana logik statement Najib Razak yang kata kalau GST ada hari ini, Rakyat akan senang?

5. Pada saya walaupun GST ini sistem percukaian yang efisyen, isu pokok yang perlu ditanya ialah sama ada masanya sesuai? Dengan inflasi semakin meningkat, kadar tukaran wang asing makin teruk, bursa saham makin menjunam, perlu ke ditambah beban rakyat dengan pengenaan GST? Kalau boleh tangguh lah dulu.

6. Kalau betul nak tambah pendapatan Kerajaan, kenakanlah cukai bentuk lain yang tak membebankan rakyat marhein. Contohnya Luxury Tax, Capital Gain Tax, Carbon Tax dan pelbagai tax lain yang cukainya menjurus lebih banyak kepada golongan T20, golongan yang berkemampuan.

7. Benda ni bukan benda baru. Sebagai contohnya Luxury Tax tu ialah cukai khas untuk barangan mewah seperti Yacht, Supercar, barang kemas dan mewah. Beratus negara dah pratikkan termasuk Thailand dan Indonesia. Kenapa Malaysia tak buat?

8. Kalau ketegaq sangat nak buat GST, perlu pikir cara lain yang tak bebankan rakyat. Cadangan saya,

(i) Mula dengan kadar rendah dulu. Jangan la sampai 6% sekaligus. Singapura kenakan GST secara berperingkat. 3% dulu pada tahun 2007. Baru ia naik ke 7% sekarang.

(ii) Banyakkan lagi pengecualian GST terutamanya untuk barang2 keperluan golongan B40 dan rentan. Seharusnya golongan miskin bandar, miskin tegar dan miskin pandemik tidak harus terkesan lebih teruk dengan pengenaan GST.

(iii) Banyak mana pun jumlah kutipan GST, Kerajaan perlu masukkan dalam tabung khas. Jangan disentuh buat benda bukan2. Macam nak bayar hutang 1MDB ke, atau nak bayar maintenance dan naik taraf Istana Negara ke. Parlimen kena ada kuasa nak semak macam mana duit tu dibelanjakan. Kerana ini duit Rakyat.

(iv) Kerana GST ini sememangnya duit rakyat, makanya Kerajaan kena guna khas untuk kebajikan rakyat. Gunakanlah duit tu untuk baikkan mutu Pendidikan, baikilah sekolah daif dan di pendalaman. Bagi lah lebih banyak laptop kepada golongan rentan. Jangan pula duit tu dibuang untuk projek mega pula. Balik2 yang untung kroni jua.

9. Lagi satu yang paling penting, ni kita kena cakap. Walaupun banyak mana cukai dan duit rakyat yang masuk dalam kantung Kerajaan, tapi kalau kantung bocor sana sini, banyak pula ketirisan, tiada makna jua. Makanya, Kerajaan kena berusaha lebih kuat untuk elakkan rasuah dan salah guna kuasa.

10. Sebagai perspektif, negara hilang RM40-RM60 bilion setahun sebab rasuah dan ketirisan. Itu sama dengan kutipan GST tahunan. Jadi soalan yang perlu ditanya, adakah perlu kita bayar GST bilamana duitnya most probably end up ke tangan2 golongan musibat perompak negara? Lagi baik lah kiranya, Kerajaan gembleng usaha perangi rasuah dan ketirisan. Boleh jimat hingga berpuluh billion setahun. Bukanlah lagi elok lagu tu.

https://www.astroawani.com/.../apabila-rasuah-menang...

11. Saya percaya GST takkan dikenakan dalam jangka masa terdekat. Ini suatu suicidal move kepada Kerajaan sekarang. Kalau iapun, ia hanya dikenakan selepas PRU, kalau BN menang.

12. Apapun sebagai rakyat kita kena bersedia dan hadap. Kalau betul caranya, kita kena sokong. Anggaplah, ini satu bentuk pengorbanan kita kepada negara. Kata orang senang sama-sama, susah sama-sama.

13. Tapi kalau guna GST hanya untuk tutup lubang hutang yang Najib tinggalkan atau untuk golongan musibat merembat harta Kerajaan, itu wajib dan harus kita tentang habis2an.

Wallahu a’alam.

Salam hormat,

Liyana Marzuki