CALON N33 DUN TENGGAROH SEORANG WANITA MELAYU ISLAM, ANAK JATI FELDA PERLU DIBERI PELUANG UNTUK BAWA SUARA WARGA FELDA

 



Keadilan menampilkan Puan Zulinah A Johari, anak jati Felda Nitar 2. Selepas jatuh kerajaan PH akibat pengkhianatan, beliau terus bergerak aktif di kawasan Tenggaroh. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua Wanita Johor nerangkap Ketua Wanita Keadilan Mersing.

Di dalam PRN kali ini, beliau akan berhadapan dengan calon Pas (PN), calon MIC (BN) dan calon dari Pejuang, kesemuanya lelaki dan bukan anak tempatan. Sebelum ini, Dun Tenggaroh yang majoritinya Melayu Islam telah memilih calon MIC dari BN. Itu dahulu.

Apakah kali ini warga felda Dun Tenggaroh masih tidak mahu menerima anak jati felda sebagai wakil rakyat mereka? Keadilan hanya tawarkan pilihan buat masyarakat di Dun Tenggaroh. Kami tawarkan PUAN ZULINAH BTE A JOHARI.

Buat pengundi-pengundi di perantauan, kami menyeru anda untuk pulang mengundi bagi membantu masyarakat di kawasan anda untuk melakukan perubahan. Sudah sampai masanya suara warga felda dibawa oleh anak felda sendiri.

UNDILAH KEADILAN. SUARA RAKYAT JOHOR!!

WFAUZDIN NS

 

MENCARI INSAN YANG HILANG.






 

KISAH VAKSIN

 


Tulisan panjang pasca lepas bebas!

Sebenarnya, sejak dari awal ura-ura rakyat bakal ditikam bahu, aku dah layan kerenah itu sebagai endemik sendiri pun (itu buat diri aku). Aku baca info dari pelbagai hala, dalam dan luar negara, yang paling banyak memberikan kesan kepada aku ialah semuanya menjurus kepada menatang itu tidak bagus, ada agenda mereka tersendiri.

Sepanjang inipun banyak aku perhatikan orang-orang mengadu itu dan ini, ada yang mati mengejut, mati ketika kayuh basikal, mati jatuh bilik air. Tak kurang juga yang mengadu sesak nafas, pekerja sawit yang sebelum itu gagah perkasa menjulang tandan ke lori jadi lembik tak bertenaga. Yang cerita sakit itu ini ramailah. Malas aku nak tulis sebab orang akan kata aku merapu je kecuali bila tuan tubuh itu sendiri menderita kena, baru dia ada akai.

Aku sendiri kena demam dan selsema, dada rasa macam berapi dan aku sedar Allah uji juga terpaksa menerima sakit itu. Tapi aku sentiasa positif dan percaya setiap sakit yang Allah turunkan ada ubatnya. Sebenarnya flue biasa aje, cumanya wajib ada asas rawatan dan persediaan ubat yang nak digunakan semasa rawatan.

Rasulullah SAW sendiri ketika sakit berat ketika hampir wafat menolak untuk menerima ubat. (Rujuk hadis berkaitan). Dan lagi satu, Nabi sarankan pelbagai kaedah cara merawat. Yang penting, jangan makan ubat kalau tidak sakit! Dan jangan rawat dengan benda haram.

Yang jadi masalah ialah bila orang suka panik. Kononnya macam nak kena pi mati' dah kalau diserang flue itu. Rilek lah. Duk dengaq cerita orang tak betul guide kita untuk pi spital akhirnya yang tak apa-apa jadi masalah, yang stage 3 jadi 4 jadi 5 dan terus tidur. Anda tahu kan apa terjadi lepas ditidurkan!

Aku termasuk salah seorang yang tidak menyahut seruan gomen. Aku bukan anti menatang itu, tapi aku tak suka badan aku diuji kaji. Aku telah bina kekuatan dari muda sampailah ke hari ini dengan baik sebagai amanah Allah. Alhamdulillah, masih kekal sihat dengan imun dan antibodi sendiri. Aku yakin ayam cucuk harganya murah saja, tapi ayam organik mahal gila! Mungkin orang macam aku ni kalau pompuan ada peluang hantaran yang tinggi sebab organik.

Berbalik cerita macam mana menangani sendiri penyakit menular. Pertama, yakinlah Allah yang memberi penyakit dan Allah yang Maha Menyembuh dengan kita berubat. Ikut panduan Nabi dan berubat dengan benda halal. Jangan berbalah dengan orang lain sebab mereka nak mati dengan cara mereka, ikut suka mereka.

Bila anda rasa tak sedap badan, mula sakit hidung, sakit kepala itu ada petanda serangan sakit itu. Mulakan dengan lemon 5 biji sehari. Kalau boleh vitamin C wajib ambil 2000mg maksimum (kalau kurang dari itu pun boleh) tak dapat lemon, limau nipis atau paling koman limau sambal.

Pergi farmasi beli zinc. Minimum 40mg. Beli Habbatus Sauda, madu kelulut dan kalau dapat madu tualang.

Semua itu wajib makan dengan tersusun mengikut aturan dan protokol merawat menatang tu secara tersendiri. Jangan skip dan jangan peduli musuh anda yang menghasut.

Berjemur di panas matahari itu perlu. Mula awal pagi sampailah pukul 10, dah stop. Yang paling utama dalam menangani menatang ni, anda wajib kena prepare ubat yang doktor Tiktok kata untuk lembu tu. Mereka menipu kita supaya sakit tambah mudarat dan dihantar ke wad. Makan ubat tak boleh sebut nama tu paling maksimum 2 biji sehari ketika tengah flue berat. Lepas rasa sembuh, slow jadi 1 biji sehari. Sampai hari ke 5 anda rilek. Ambil seminggu sebijik atau ketika perlu.

Dalam kita berbalah sekian lama antara yang terima dan menolak untuk ambil menatang tu, kita sebenarnya jadi mainan. Kita diberi cubaan yang bukan sedikit. Ekonomi punah, yang meniaga jadi mangsa, marhaen jadi tak keruan. Jangan lagi kita dibuat seperti bola dengan es oh pi yang merepek meraban.

Akhirnya semua jadi seperti kereta control. Agama jadi celaru dengan solat jemaah yang melanggar perintah Nabi. Gunakanlah akal kenapa anda harus mengorbankan semua itu hanya kerana menurut kehendak orang lain.

Itu sahaja celoteh aku buat semua yang bertanya macam mana aku boleh survive tanpa pi spital, tanpa jadi Zorro cekup hidung, tanpa segalanya!

Yang penting, kita jangan gaduh. Jangan tuduh sana sini. Aku mengaku aku anti gomen. Aku meluat dekat budak Rembau tu. Dan yang paling utama aku sayang warga Malaysia yang dah hampir dua tahun kena bohong. Akhirnya PM Mael umum juga Malaysia bakal kembali kepada normal bulan depan. Harap itu bukan gimik Aprilfool.

Aku harap celoteh ini tak bawa aku dengan kena gari dan masuk penjara lagi. Sekianlah saja. Hangpa mesti lenguh otak baca coretan yang tak bermanfaat ni kan?

Hehe

Baim 

Maaf: video tiada kaitan 



 

KATA PENUNGGANG AGAMA



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF



 

Peguam UK sangkal dakwaan AGC mengenai identiti waris Sultan Sulu

 

Malaysia berhenti membayar pampasan tahunan kepada Sultan waris Sulu selepas pencerobohan Lahad Datu pada 2013. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Seorang peguam berpangkalan di London yang mewakili keturunan Sultan Sulu menyangkal dakwaan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa identiti waris terbabit diragui.

Memetik surat daripada bekas Peguam Negara Tommy Thomas kepada seorang lagi peguam, Paul Cohen pada 2019, Elisabeth Mason berkata, komunikasi surat menyurat Thomas menunjukkan bahawa AGC dan Kementerian Luar mengetahui dan secara rasmi mengiktiraf pihak yang menuntut dan hak mereka “selama bertahun-tahun”.

Mereka juga secara langsung dan secara individu terbabit dengan pihak yang menuntut selama tempoh yang sama, tambahnya.

“Kenyataan minggu lepas daripada Peguam Negara semasa bahawa ‘identiti (waris) diragui’ sangat mengelirukan,” kata Mason kepada FMT.

“Kerajaan Malaysia cukup kenal dengan pihak yang menuntut, tahu bahawa mereka berhubung secara aman dengan Malaysia, dan bahawa mereka berbeza sama sekali daripada penuntut takhta lain yang mencabar kedaulatan Malaysia secara ganas.”

AGC menjawab laporan bahawa kerajaan telah diarahkan oleh mahkamah timbang tara Perancis untuk membayar sekurang-kurangnya RM62.59 bilion (USD14.92 bilion) kepada keturunan Sultan Sulu yang terakhir.

Penimbang tara, Gonzalo Stampa, memutuskan pada 28 Feb bahawa Malaysia melanggar perjanjian 1878 antara kerajaan Sulu lama di Filipina dan wakil Syarikat Borneo Utara British yang pernah mentadbir wilayah yang kini Sabah.

Ketika menjelaskan mengapa tiada wakil dihantar ke prosiding timbang tara di Sepanyol, AGC minggu lepas berkata, perjanjian 1878 itu “tidak mengandungi perjanjian timbang tara”, dan Putrajaya tidak mengiktiraf tuntutan oleh waris Kesultanan Sulu.

“Kami menegaskan lebih lanjut bahawa identiti waris tersebut diragui dan masih belum dapat disahkan,” katanya.

Bagaimanapun, dalam surat pada 2019 yang dipetik Mason, Thomas mengakui bahawa pihak yang menuntut adalah pewaris yang sah kepada kesultanan itu, dan mereka adalah individu sama yang dibayar Malaysia selama bertahun-tahun.

Surat itu, yang dilihat FMT, turut diberikan salinannya kepada Stampa.

Pertikaian itu berpunca dari Surat Ikatan Penyerahan Hak 1878 antara Sultan Sulu ketika itu, Sultan Jamal al Alam, dan Baron de Overbeck, maharaja Sabah ketika itu, dan Alfred Dent daripada Syarikat Borneo Utara British.

Mengikut perjanjian itu, Jamal menyerahkan kedaulatan ke atas sebahagian besar Sabah kepada Dent dan Overbeck, yang bersetuju bahawa mereka, dan bakal waris mereka, akan membayar waris sultan 5,000 dolar Mexico setiap tahun.

Pada 1936, Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf secara rasmi, Jamalul Kiram II, mangkat tanpa waris, dan bayaran dihentikan buat sementara waktu sehingga ketua hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Charles F Macaskie menamakan sembilan waris yang dilantik oleh mahkamah pada 1939.

Walaupun Malaysia mengambil alih bayaran ini apabila ia menjadi pengganti perjanjian itu berikutan kemerdekaan Sabah dan pembentukan Malaysia pada 1963, bayaran ini – bersamaan dengan RM5,300 – dihentikan pada 2013 selepas pencerobohan Lahad Datu.

Dalam surat pada 2019 itu, Thomas melampirkan salinan sebenar penghakiman Macaskie pada 1939 dan berkata, Malaysia tidak mempertikaikan identiti individu-individu tersebut dan hak mereka untuk dibayar.

Beliau juga kesal kerana bayaran dihentikan pada 2013, sambil menambah, Malaysia “kini bersedia dan sanggup” membayar semua tunggakan anak guam Cohen dari 2013 hingga 2019.

FMT juga telah melihat dokumen daripada kedutaan Malaysia di Manila bertarikh 28 Jun 2012, meminta waris, yang namanya disenaraikan secara individu, untuk mengambil cek mereka bagi “wang penyerahan”.

YANG SALAH IALAH PENGUNDI



Tamrin Tun Ghafar

Rabu - 09/03/2022
( 1 -  27 )


1.   Wakil yang dipilih  tidak salah , yang salah ialah pengundi yang memilih mereka ; itulah pesanan  seorang pujangga Amerika  Syarikat disatu ketika dahulu

2.   3 hari lagi iaitu hari Sabtu 12hb Mac  pengundi - pengundi di PRN Johor akan menentukan  NASIB  MEREKA  setelah dihidangkan  dengan berbagai janji dan wang ringgit

3.   Ada yang  menggunakan  otak , ada yang 'percaya'  dan yang lebih dashyat lagi  ada yang sanggup  menjual  maruah diri dengan dibeli tak sampai pun RM500

4.   Senario ini adalah amalan biasa  yang berlaku di setiap kali Pilihanraya diadakan

5.   Terdapat 2 buah parti  politik  yang menggamalkan  'politik  wang ' -  UMNO  dan  BERSATU

6.   Lebih teruk dari percakaran  antara anjing  dan kucing ,  itulah senario yang berlaku di PRN Johor antara  Najib ,  Zahid Hamidi  dari UMNO dan Mahiaddin  dari BERSATU

7.   Sebenarnya ketiga  mereka ini tak ubah seperti apa yang dikatakan  pepatah Inggeris :

LIKE  THE  POT  CALLING
THE  KETTLE  BLACK

atau yang mudah difaham :

KUALI  YANG  SYOK PANGGIL  CERIK  ITU  HITAM  SEDANGKAN  PUNGGUK MEREKA  INI  HITAM LEGAM

8.   Mereka ini boleh diibaratkan  seperti  belacan yang di kerat - kerat ;  yang dimakan pun busuk dan yang di ketepikan  busuk juga

9.   Najib  telah pun didapati  bersalah  oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang  terdiri 3 orang Hakim  BERSETUJU  dengan mengekalkan  HUKUMAN  12 tahun penjara  dan RM210 juta  denda  atas  kesalahan  menyalahguna  wang rakyat dalam kes SRC  , anak syarikat  1MDB

10.   Kepada askar - askar upahan BELAAN  Najib ,  mereka akan kemana sahaja  beliau  berada  bagi  menggambarkan  seolah - olah  beliau tidak bersalah  , dan mendapat  sokongan rakyat

11.  Usaha Najib  mendapatkan khidmat  Queen Council  atau QC  dari  England  jelas  membuktikan  peguam utamanya  Shafie Abdullah  TIDAK LAH  PINTAR  DAN  HEBAT  bagi rayuan terakhir beliau di Mahkamah  Agong  nanti - menang , Najib dibebaskan  tapi jika  kalah , beliau akan  terus dihumban ke penjara Sungai Buluh

12.  Zahid Hamidi , Presiden  UMNO  sedang  menghadapi  87  pertuduhan menipu wang kepunyaan  Yayasan  Akal  Budi

13.   Yang hairannya  ahli - ahli  UMNO  sanggup  memilih beliau  sebagai  Presiden  sedangkan   beliau ini adalah  Jawa  yang  mana ibu bapa nya dilahirkan di Indonesia  ( sila tonton  klip video yang  disertakan  )

14.  Mahiaddin , Presiden Parti BERSATU  dan Pengurusi  BERSATU  Johor yang  TAKUT  kalah  tidak mempertahankan  Kerusi DUN  Gambir yang disandangnya

15.   PERNAH mengadakan hubungan  seks  dengan Nika Gee , isteri  Datuk Stanley Clement Augustin ketika itu , beliau  juga  terlibat  dengan berbagai  salahguna  kuasa seperti projek DNB bernilai  RM20  Billon  dan Bistari net  bernilai  RM 4 Billion

16.  Diharapkan  Kerajaan  TIDAK  TAKUT   bertindak keatas  beliau selepas  PRN Johor ini

17.  Kini beliau  mengila  mempertahankan Parti  PAS  , rakan  kongsi nya  dalam  PN  sedangkan tidak lama dulu beliau  pernah mencaci  PAS  dengan  menuduh  PAS  ialah Parti  Ajaran  Sesat,  dan siapa yang bersamanya  pasti akan  sesat  (  sila tonton video yang disertakan )

18.  PKR pula  bertanding  secara  solo menggunakan  simbol  sendiri sedangkan rakannya dalam  PH ,  DAP  dan  AMANAH  bertanding  atas tiket  PH

19.  Mungkin ada 2 muslihat (BUKAN MUSLIHAT-TETAPI KECERDIKAN )  PKR  bertanding  secara  bersendirian  atau  solo :

i.  Bagi menunjukan kepada  pengundi Melayu PKR  TIDAK  bersama DAP

ii.   Bercadang  menujudkan  Kerajaan   campuran  jika UMNO  memerlukan nya nanti

20.   Parti  MUDA   kini terkapai - kapai  setelah  PKR  tidak  memberi 3 Kerusi  yang diharapkan

21.  Dari segi logiknya Syed Saddiq  sepatutnya  menjadi Pencadang  kepada  salah seorang calun nya  yang bertanding. BUKAN   menjadi  Pencadang  kepada  calun DAP

22. Jika dah bersama  dengan UMNO  dalam Kabinet  dan jika dah menyokong  Kerajaan  melalui  MOU  ( PH  dan  MUDA )  mengapa  sibuk  nak bertanding ? Sedangkan tempoh MOU  tersebut  sehingga bulan Julai ini  -  bukan kah  'GILA'  nama nya

23.  Parti   WARISAN  yang  berasal dari Sabah walaupun baru bertapak  di Semenanjung  namum Parti ini punyai wang yang melempah ruah untuk mendapat  beberapa Kerusi di Johor ini

24.   Parti  PEJUANG yang  di Pegurusikan  Tun Dr. Mahathir ,  walaupun  berjuang  MENGHAPUSKAN salahguna kuasa  dan rasuah  namun mereka  bertanding  di 42 Kerusi  dengan kekurangan  wang ringgit - tidak  seperti  Parti - Parti  lain

25.  Terserahlah  kepada  pengundi di Johor  samada  telah  termakan  budi  dengan  janji manis atau/dan  upahan  tak seberapa atau  memangkah  Parti yang  mahu MENGHAPUSKAN  salahguna kuasa  dan  rasuah 

26.  DI HARAPKAN  TIDAK  ADA  SIAPA  YANG  AKAN  MENANGIS  SETELAH  NASI  MENJADI  BUBUR 

27.   Di ucapkan Selamat Menggundi !!


Wassalam
Terima Kasih

 

INI BARULAH PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT . SETELAH KERAJAAN GAGAL MELAKSANAKANNYA

 

Ini barulah boleh dikatakan pemimpin yang berjiwa rakyat. Memang benar DS Anwar sebelumnya tidak menyokong pengeluaran wang KWSP. Tetapi beliau meletakkan tanggungjawab membantu rakyat kepada kerajaan.

Tetapi disebabkan kedegilan kerajaan BN+PN yang dipimpin oleh Isnail Sabri ini, maka DS Anwar kini bersedia menyokong. Ini menunjukkan bahawa DS Anwar adalah seorang pemimpin yang cakna akan kebajikan rakyat. Diharap DS Anwar suarakan soal ini di parlimen nanti.

Maka rakyat boleh buka mata. Lihatlah siapa yang lebih memahami penderitaan rakyat. Jangan lupa yang memerintah sekarang ini adalah BN dan PN. Najib dan Mahiaddin adalah sebahagian daripada kerajaan ini. Ternyata mereka tak kisah soal rakyat. Mereka hanya bersandiwara.

Baca posting asal di: https://www.facebook.com/100044147303672/posts/532417941573111/

Guane boh?

Raja Gelap




Gesaan Presiden disambut kegembiraan ribuan penyokong

 

NORMAN RADZUAN



TERIMA KASIH DS ANWAR

Semalam saya lihat ribuan ahli dan penyokong PH/PKR gembira dan mengucapkan terima kasih dan tahniah DS Anwar kerana menggesa kerajaan utk membenarkan pengeluaran KWSP.

Walaupun ia sekadar gesaan ketua pembangkang yg belum tentu di terima PM tetapi ahli dan penyokong gembira kerana ia isu populis org Melayu ketika ini. Sekurang kurangnya mereka tidak terbeban PH tidak bersama rakyat dlm isu2 populis.

Sebelum ini tidak ada pemimpin2 PKR yg berani menggesa kerajaan isu KWSP. Ya kita faham kerana mereka menghormati Presiden parti. Malah ada juga pemimpin kecil dan ahli juga tidak senang dgn saya apabila acapkali meminta parti memainkan isu populis ini.

Berita ini ( Anwar gesa kerjaan luluskan KWSP) walaupun ada yg tag saya… bagi saya ia kegembiraan buat kita semua walaupun ia tidak byk membantu pada PRN Johor yg tinggal beberapa hari lagi. Sekurang kurang satu bebanan bersoal jawab dgn lawan sudah terlerai.

Ini kerana dlm kempen PRN Johor sebelum ini tiada seorang yg berani menggesa atau mencabar kerajaan utk meluluskannya RM10k KWSP kerana bimbang bertentangan dgn prinsip parti. Mudahan mulai esok ramai2 bersuara gasak kerajaan utk rakyat melihat PH juga perjuangkan nasib rakyat terutama org Melayu.

Najib, Zahid, Muhyiddin, Lokman, Asyraf dan pemimpin2 PAS dilihat hero dlm perjuangkan isu KWSP hingga semalam apabila DS Anwar bersuara mengenainya. Sekurang kurangnya isu populis rakyat kita tidak ketinggalan. Kalau diluluskan PH tidak dilihat tidak menyokong kehendak rakyat.

Ada kawan2 yg mengungkit cerita lama di wall dan ada yg personal message mengenai isu pendebatan saya dgn seorang MP PKR di Utara sana sebulan yg lalu.

Pendebatan hingga berlarutan jam 3 pagi apabila MP itu berhujah dari sudut akademik tetapi saya berhujah dari sudut populis hingga hilang kesabaran saya sindir YB salah profession. Sepatutnya Yb jadi Prof bukan YB.

Saya beritahu tak mahu lanjutkan isu tersebut. Cuma kalau u all mahu, mintalah MP tersebut ulas dan lahirkan tanda tidak bersetuju dgn gesaan Presiden minta kerajaan luluskan RM10k tersebut. Ada berani..? Saya yakin MP itu tidak akn berhujah dgn Presiden sepertimana dia berhujah dgn saya dahulu. Ok kita lupakan dan move on.

Bila kita berpolitik kita seperti berniaga. Parti adalah wadah. Maksudnya ia umpama Pasaraya2 yg ada seperti Giant, Tesco, Mydin dan lain2. Siapa offer harga paling murah di situlah rakyat pergi membeli. Jgn salahkan rakyat jika berminat ke Mydin jika pasaraya tersebut menawarkan harga paling murah.

Begitu juga parti politik… setiap parti di seluruh dunia akn bermain isu sentimen populis di negara masing2. Jika negara itu isu bail out, peluang pekerjaan maka kempen Presiden ke arah itu.

Dlm politik kita bukan mahu pengundi ikut kemahuan kita dlm berkempen tetapi kita memilih isu populis pengundi dan berjanji utk menunaikannya. Bila dah menang barulah perjelaskan kenapa begitu begini.

Umpama kau nak meminang gadis pilihan… kalau awal2 kau beritahu dia nanti bayar duit sewa rumah, duit elektrik dia kena bayar, raya setiap tahun di rumah kampung suami… memang kena reject la pinangan kau. Lagipun semua org waktu bercinta janji yg indah2 belaka.

Begitulah juga jika ingin berpolitik di Malaysia. Kenali dulu demografi dan yg penting penduduk majoritinya. Kenali sikap org2 Melayu. Apa yg dia suka, apa yg dia benci, apa yg mereka sensitif dan apa kelemahannya barulah boleh berpolitik dgn mereka.

Ada juga secara sinis personal message saya waktu jumpa DS Anwar berjam jam tu tak tegur ke Presiden atau saya berani menulis di media sosial. Saya beritahu bukan teguran tapi lebih kpd beri pandangan.

DS Anwar ini pemimpin intelektual, rajin membaca, pandangannya kritikal dan byk pengalamannya. Pun begitu DS Anwar juga bukan seorang yg maksum. Kita bersyukur DS bersikap profesional dan bukan arrogant seperti sesetengah pemimpin parti yg lain.

Bapa angkat saya dahulu Syed Hussein Al Attas berkata, menegur bukan bermakna membenci. Malah katanya dlm politik menegur/memberi pandangan itu jauh lebih baik dari membodek. Bila kita cerita yg manis sahaja utk menyedapkan hati ‘bos’ ia akn membuatkan ketua kita alpa dan tidak tahu apa sebenar weakness dlm organisasinya.

Selepas bertemu dgn DS Anwar, saya berpendapat beliau seorang yg berfikiran terbuka. Malah beliau juga seorang pendengar yg baik. Ada yg beliau setuju dan ada yg beliau tidak bersetuju. Kadang2 saya pertahankan pandangan saya…dan beliau bertolak ansur mengenainya. Kadang2 beliau tegas dgn pendiriannya dan saya mengalah.

Ramai selepas pertemuan itu hubungi dan bertemu dgn saya. Apa yg dibualkan, apa pandangan diberikan…? Saya ceritakan secara umum 10% sahaja pertemuan tersebut agar mereka tidak berkecil hati.

Saya berpegang kpd prinsip bila kepercayaan seseorang diberikan kpd saya ia patut dihargai. Sekali org tak percayakan kita sampai bila2 org tidak percaya dan kepercayaan itu tak akan kembali.

Ada juga yg sindir betulkah saya suarakan… saya jelaskan setiap pertemuan itu ada beberapa saksi terutama Setpol DS. Jadi tak perlu persoalkan adakah saya tidak berani memberi pandangan secara bersemuka. Lagipun tiada apa yg ingin dibanggakan utk dihebahkan.

Yg kita mahu kebaikan utk parti. Mudahan impian kita utk melihat insan yg sentiasa memikirkan soal rakyat hingga sanggup korbankan dirinya hingga dipenjara menjadi PM akn jadi kenyataan utk membetulkan Malaysia sebuah negara yg sdg sakit.

 

LUPA ASAL USUL


LIEW CHIN TONG


Ingatkan Timbalan Pengerusi Umno Johor cerdik orangnya. Rupa-rupanya takat ni aje pemikiran dia. Asyik main politik kaum tak habis-habis. Sampai lupa dia pun separuh Cina juga. Terharu sebak hati.

#PRNJohor



Politik sangap rasuah

 

Politik sangap rasuah


Rasuah dan politik. Ada sebuah buku baru mengenai rasuah dan politik oleh ilmuan sohor, Prof M Kamal Hassan. Ia muncul lewat 2021 dengan judul “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation”. Isinya bagus. Yang saya tak faham mengapa Prof Kamal memilih untuk menulis dalam Bahasa Inggeris? Siapa yang akan baca? Gelembung Bangsar? Gelembung Bangi? Gelembung ISTAC? Gelembung mana yang disasarkan?

Saya telah menulis puluh, mungkin ratus tulisan eceran mengenai rasuah dengan harapan orang Melayu (baca: parti politik Melayu) sedar dan reti kemudaratan korupsi. Saya harap tulisan itu, ada yang dalam bentuk esei, dan ada pula dalam bentuk kreatif seakan cerpen; akan menerpa ke dalam jiwa dan hati orang Melayu, agar mereka menolak rasuah dan korupsi. Itu sebab saya sampai mati tak akan dapat apa-apa pengiktirafan di negara ini sebab orang memang pun tak suka kita berleter tentang rasuah dan korupsi. Bahkan ada orang Melayu memang senang dengan korupsi.

Sewaktu saya menulis memarahi rasuah selepas Langkah Sheraton, ramai yang marahkan saya. Wah pejuang-pejuang Melayu-Islam berkokok sana sini merungut dan mengecam saya kerana menyanggah abah kesayangan mereka. Tak ada yang ternampak pengkhianatan misalnya bahana korupsi, dan juga ia merupakan isu moral yang sangat besar.

Sebelum Pakatan Harapan berkuasa, tatkala Umno sedang bergelumang dengan 1MDB pun, saya menulis mengenai rasuah. Ketika PH sedang berleluasa, dan sudah tidak berkuasa pun saya mengarang perihal rasuah dan korupsi ini. Jadi saya tak faham mengapa profesor besar kita boleh tergamak menulis sebuah buku tentang perangai dan krisis moral orang Melayu (baca: parti Melayu) yang melahap dan jelirakan rasuah, dalam Bahasa Inggeris. Siapakah sasaran beliau?

Yang harus dijadikan sasaran buku “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation” ini ialah orang kampung Felda yang tanpa fikir panjang menjulang dan menyambut pesalah rasuah “beyond reasonable doubt”. Pesalah ini mendapat jolokan ‘kemaluan negara’ oleh Yang Arif para hakim. Saya difahamkan orang kampung di Johor ada yang tergamak menelefon markas Pejuang dan bertanyakan kaki tangan di situ; “Berapa duit boleh beri untuk kami mengundi calon Pejuang?” Prof Kamal tahukah hal ini?

Yang harus dijadikan sasaran buku “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation” ini ialah anak-anak muda 18 tahun di pedalaman Johor yang tanpa segan silu melahapkan wang seratus dua ratus ringgit yang mana tumbuk rusuk ini rasuah “beyond reasonable doubt” ketika kempen PRN Johor. Prof Kamal tahukah hal ini?

Yang harus dijadikan sasaran buku “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation” ini ialah pemimpin Melayu di peringkat kampung seperti penghulu dan pengerusi dan jawatankuasa kampung yang selalu nganga dan sembur-sembur duit seribu dua macam atar di baju masing-masing “beyond reasonable doubt”. Prof Kamal tahukah hal ini?

Yang harus dijadikan sasaran buku “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation” ini ialah jemaah masjid dan surau yang basah kencing soal rasuah konon ia ‘hadiah’, konon ia ‘pemberian’ dan sanggup menerima umpan umrah padahal ia korupsi “beyond reasonable doubt”. Prof Kamal tahukah hal ini?

M Kamal Hassan lahir di Pasir Mas, Kelantan. Beliau sepatutnya mensasarkan golongan agamawan dan golongan politikus Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu. Sasaran beliau bukan sarjana Georgetown University, Washington.

Kamal menulis buku ini sebagai satu wasiat untuk generasi mendatang; “as an old man who is appalled and disgusted with the corrupt politics of his ethnic group, this book is also my intellectual ‘wasiat’ (testament) to the younger generation of the educated elites of the Muslim community in Malaysia – the future leaders of the ummah – to play an active role towards the moral-ethical transformation of the Malay-Muslim community, because they too have the rasa malu (feeling of shame, loss of dignity and self respect in Malay culture) deep in their hearts.”

Kamal mensasarkan buku ini kepada pemimpin Melayu masa depan tetapi menulisnya dalam Bahasa Inggeris? Anak Melayu di sekolah tahfiz Johor hari ini tidak akan membaca buku “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation”. Anak Melayu di fakulti-fakulti pengajian Islam universiti tanahair, katakan Universiti Malaya, tidak akan membaca “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation”. Mahasiswa di Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Kebangsaan Malaysia tidak akan membaca buku “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation”. Sekarang PAS memerintah, pemimpin mereka tidak boleh bercakap Bahasa Inggeris di peringkat sejagat, maka mereka kerangkakan itu semua kononnya untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Orang terlupa untuk memartabatkan Bahasa Melayu – sebuah bahasa yang penuh rasa segan dan malu – maka orang Melayu tidak wajar mengangkat pemimpin tidak ada malu yang mendapat jolokan ‘kemaluan negara’.

Prof Kamal menulis begini dalam pembukaan buku “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation”, beliau menyebutkan; “the corrupt Malay-Muslim political culture, system and behaviour coupled with the widening disunity require urgent transformational measures. With the prospect of a more uncertain, pandemic-ridden, turbulent climate emergencies, and prolonged political crisis in the country and globally, the transformation has to take place at the most fundamental levels – the spiritual, moral and ethical consciousness of political leaders, cadres followers and supporters.”

Orang Pasir Mas mana yang akan faham dan reti apa yang ditulis oleh beliau dalam perenggan di atas? Atau pengundi Johor di Mersing retikah mesej di atas? Pesan atau wasiat termuat di dalam “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation” yang memperihalkan bahawa sistem politik Melayu-Islam itulah puncanya. Sistem Melayu-Islam itu sudah hilang nilai tauhid dan ia korup, ia sangat bobrok dan busuk, ia bernanah dan hina-dina ke dasar-dasarnya.

Adakah pengundi Johor di Machap, di Austin, di Bukit Kepong, di Buloh Kasap akan faham bahawa sistem politik Melayu-Islam itu bergantung penuh dengan wang poket dan sogok seratus dua; beras dua tiga kampit; papan atau zink rumah sepuluh dua puluh keping, untuk mengundi calon yang menjarah duit negara, bersekongkol sekali dengan para penjawat awam. Bahawa cukai anak-anak pakcik dan makcik di Yong Peng, atau di Kluang dan Batu Pahat itu sebenarnya mengalir bertabur sahaja di tangan penyangak dan penyamun yang kemudian diratib ‘bos-bos-bos’. Bahawa itulah inti pati tulisan Prof Kamal dalam “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation”.

Bahawa ada orang Melayu dah tak ada segan silu. Tak reti malu menerima rasuah terang-terangan. Bahawa orang Melayu tersebut sudah tidak tahu beza duit bawah meja dengan wang zakat. Bahawa orang Melayu tersebut sudah tidak kenal halal haram. Bahawa ini semua krisis moral. Bahawa petikan-petikan daripada Sultan Perak yang dikutip oleh Prof Kamal itu seikhlasnya datang daripada baginda semata, dan bahawa 1MDB itu kecelakaan besar buat bangsa Malaysia seluruhnya.

Yang saya tak faham mengapa Prof Kamal memilih untuk menulis dalam bahasa Inggeris? Siapa yang akan baca? Pengundi Johor yang akan turun mengundi parti politik Melayu yang diumpat olehnya dalam “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation” itu tak akan membacanya. Buku ini terjual di Kinokuniya – Melayu Johor mana yang akan baca? Ada pengundi Johor sedang sangap wang seratus dua selepas ratib dan julang ‘bos-bos-bos’. Prof Kamal tahukah hal ini?

ELOK LAH NIK AMAR CERMIN DIRI

 





Aku tak sokong PAS. Tapi betul kata Mat Amar ni. Memang pembangunan Johor lebih elok kalau bukan UMNO/BN yang memerintah.

Tapi yang berkata tu kena tengoklah cermin sikit. Cuba tengok apa yang parti awak tu dah bangunkan di Kelantan selama lebih 30 tahun ni.

Pokoknya, UMNO/BN dan PAS/PN sama sahaja tak boleh pakai. Cuma yang bezanya UMNO tunggang Melayu, PAS tunggang Islam. Guane boh?

Raja Gelap

 

ZUNAR : PENGUNDI BODO DISUKAI PEMIMPIN RASUAH




 www. zunar .my

TIK TOK : PAK LEBAI GOYANG TELOQ ISU RASUAH- GOLONGAN LIBERAL KUAT MENENTANG



Mat Sabu menceritakan bagaimana negara negara bukan islam khasnya di Jepun misalnya mendapat dan melaksanakan beberapa langkah ke arah islamik apabila mengamalkan sikap kebersihan dan membenci rasuah.

Namun di negara islam sendiri , pemimpin bukan sahaja rasuah, tatpi memajak keselamatan negara kepada negara luar.

Bab melawan rasuah pula , para lebai diam membisu. Kalau dahulunya Umno tuduh pas...kini Pas lebih teruk dari Umno yang mengatakan Amanah dan Muda adalah hasil dari DAP.


 

TIK TOK : PENJENAYAH LEBIH BERKUASA DARI PIHAK YANG BERKUASA


 

TIK TOK : ANWAR SEKALI LAGI GESA KERAJAAN HENTIKAN PROJEK MEGA TETAPI MENUMPUKAN KEPADA PROJEK TEBATAN BANJIR



Anwar lagi sekali menggesa agar kerajaan menumpukan projek tebatan banjir dan menghentikan projek mega. Beliau yang telah menyuarakannya pada sessi dewan Januati lalu, kini berusaha mendesak kerajaan yang masih bebal dalam melaksanakan teguran beliau demi rakyat.


TIK TOK : AKIBAT PEMIMPIN YANG RASUAH, PERMOHONAN KERJA DI LUAR NEGARA DITOLAK



Seorang rakyat Malaysia yang menyuarakan pendapat beliau melalui tik tok menceritakan bahawa beliau yang cuba memohon pekerjaan di luar negara , tetapi ditolak kkerana menganggap rakyat Malaysia tidak boleh dipercayai kerana kes Najib yang encuri wang negara tersebar luas di luar negara. Hanya yang bodo sahaja lagi yang menyokong BN/PN.

 

Macam silap taktik tu Abah Din

 Mohsin Abdullah

 -

Muhyiddin Yassin mahu masyarakat Cina menyokong Bersatu yang dipimpinnya. Namun beliau tahu orang Cina tidak suka PAS, pasangan Bersatu dalam Perikatan Nasional. Bukan setakat tidak suka, rata-rata masyarakat Cina tidak percaya, bimbang, dan takut akan PAS (saya tekankan “rata-rata” atau dalam lain perkataan “secara am” orang Cina tidak gemar PAS walaupun dalam parti itu ada satu sayap yang dianggotai orang bukan Islam). Tetapi Muhyiddin perlukan PAS untuk membantu partinya melawan Umno untuk menjadi jagoan orang Melayu-Islam. Ini kita semua tahu.

Kesimpulannya Muhyiddin mahu sokongan orang Cina dan mahu sokongan orang PAS. Dua-dua beliau mahu demi kelangsungan politik. Lantas Muhyiddin cuba mententeram dan menenangkan kegusaran orang Cina terhadap PAS dengan menggambarkan kepada orang Cina bahawa PAS tidaklah se-ekstrem seperti yang mereka fikirkan. Strateginya pada hemat saya ialah tenangkan orang Cina dan pada masa yang sama “make PAS look good”.

Lalu berkatalah Muhyiddin pada satu majlis 

makan malam bersama masyarakat Cina di Johor tempoh hari: ”Ada orang Cina takut PAS. Takut cerita potong potong potong”. Tetapi katanya, semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, ada tiga menteri daripada PAS. Begitu juga kerajaan sekarang ada tiga Menteri PAS dan beberapa Timbalan Menteri PAS.

“Ada dengar dia (PAS) cerita potong potong? Tak ada lagi cerita. Pasal bila PAS sudah jadi kerajaan dia faham dia kena ambil kira ini ada Cina, Melayu, India. Ada Islam, ada Buddhist, ada Hindu, dia kena jaga.”

Jelas kata-kata itu bertujuan mereda atau kalau boleh menghapuskan kebimbangan orang Cina terhadap PAS dan kerjasama Bersatu dengan parti itu. “Potong potong, potong” yang beliau katakan itu merujuk kebimbangan orang Cina terhadap hudud yang PAS (khususnya pada masa lalu) desak dilaksanakan.

Adakah kata-kata Muhyiddin itu berkesan? Adakah orang Cina sudah boleh menerima PAS setelah mendengar “penjelasan” Muhyiddin? Lihat reaksi mereka menerusi ruangan komen di portal-portal berita yang mengiringi laporan ucapan Muhyiddin itu.

Ada yang kata memang sudah tidak dengar PAS kata “potong potong” tetapi parti itu pada pandangan mereka tetap “ekstrem”. Mereka memberi contoh tindakan dan kenyataan pemimpin PAS berhubung penjualan arak dan judi yang menurut mereka “dipaksa” ke atas orang bukan Islam.

Lebih membimbangkan mereka ialah pendirian PAS mengenai pertukaran agama terutama membabitkan kanak kanak bawah umur. Bagi PAS kanak-kanak boleh memeluk Islam dengan izin hanya salah seorang ibu bapa mereka. Ibu ATAU bapa boleh, kata PAS. Menurut Perlembagaan izin ibu DAN bapa diperlukan untuk pertukaran agama dilaksanakan.

Kata orang Cina bukan sekadar hudud yang mereka bimbangkan. Langkah-langkah yang pada pandangan mereka menuju ke arah ‘mentalibankan’ negara amat menakutkan.

Seorang kawan saya keturunan Cina berkata hudud dan segala bentuk pentadbiran yang pada kaca mata PAS “cara Islam” akan dilaksanakan apabila PAS berkuasa mutlak atau parti itu menguasai gabungan politik yang memerintah negara. Kata beliau, orang Cina bukan antiislam tetapi interpretasi PAS mengenai Islam “menakutkan”.

Apa yang dapat difahami ialah masyarakat Cina percaya ada banyak cara untuk PAS melaksanakan impian dan perancangan parti itu – “there’s more than one way to skin a cat”.

Bermacam pandangan lagi yang mereka utarakan. Kesimpulannya, kata-kata Muhyiddin untuk mententeramkan masyarakat Cina supaya menerima PAS, tidak berhasil.

Pada masa yang sama, kata-kata Muhyiddin itu memberi kesan kepada PAS sendiri. Teliti semula apa yang beliau katakan: “Ada dengar dia cerita potong potong? Tak ada lagi cerita. Pasal bila dia (PAS) sudah jadi kerajaan dia faham, dia kena ambil kira ini ada Cina, Melayu, India. Ada agama Islam, ada Buddhist, ada Hindu dia kena jaga”.

Adakah ini bermaksud semasa PAS tidak duduk dalam kerajaan, parti itu tidak faham, tidak ambil kira ada Cina, Melayu dan India? Adakah ertinya semasa di luar kerajaan PAS tidak tahu ada agama Islam, Buddhist, Hindu yang mereka kena jaga?

Perlu ditanya juga adakah kenyataan Muhyiddin itu boleh membawa erti apabila PAS sudah selesa duduk dalam kerajaan, segala aspirasi termasuk pendirian parti itu dalam pelaksanaan hudud sudah diketepi malah dilupakan?

Secara kebetulan (atau sebaliknya) PAS pun sudah lama tidak berbicara mengenai hudud dan juga RUU 355 yang dahulunya tidak henti-henti dilaungkan.

Beberapa hari lalu pula Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man apabila ditanya media mengenai kata-kata Muhyiddin (dan juga Dominic Lau, Presiden Gerakan, yang bersama PAS duduk dalam Perikatan Nasional) mengelak menyentuh isu hudud.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air meminta media menumpukan soalan kepada isu air dan tandas sesuai dengan tujuan lawatannya ke Kelantan selaku menteri Kabinet.

Tuan Ibrahim dipetik media berkata: “Saya fikir kita selesaikan isu air dulu. Isu yang kita bawa kali ini adalah isu yang walaupun orang sebut tandas, dari segi impak kesihatan ia sangat besar. Sebab itu kalau boleh kita fokus yang ini dulu.”

Benar isu air dan tandas mempunyai impak kesihatan yang besar. Namun, apa yang juga nyata ialah Tuan Ibrahim tidak mahu dilihat menempelak Muhyiddin, walaupun kenyataan bekas Perdana Menteri itu songsang dengan pendirian PAS.

Akhirnya, dalam usaha Muhyiddin mahu dekatkan orang Cina dengan PAS, beliau secara sedar atau tidak menjauhkan Melayu sendiri daripada PAS, khususnya penyokong tegar perjuangan parti itu.

Apa pun, yang ingin diperkatakan ialah ucapan Muhyiddin ketika berkempen untuk undi Cina tempoh hari bagai langkah sumbang. Ia tidak dapat memikat hati orang Cina dan pada masa yang sama melukai hati PAS dan menyukarkan parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu.

Teringat peribahasa Melayu “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Jangan jadi macam itu sudah…

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

AKUR KELUHAN RAKYAT, ANWAR TURUT GESA PENGELUARAN KWSP DIBENARKAN

 

Saya ambil maklum bahawa terdapat desakan di kalangan rakyat yang mahukan pengeluaran KWSP dibenarkan oleh kerajaan.

Seperti yang saya pernah kemukakan soal ini tahun lalu di Dewan Rakyat, saya agak keberatan untuk mendukung langkah ini kerana ia pasti memberi kesan kepada simpanan mereka di masa hadapan meski saya tahu pendirian ini sangat tidak popular di kalangan rakyat.

Saya turut meletakkan syarat kepada kerajaan saat itu untuk menampung kerugian yang dialami rakyat akibat banjir sekiranya kerajaan enggan untuk membenarkan pengeluaran KWSP.

Namun, setelah berbulan berlalu, nampaknya kerajaan dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul tidak mempedulikan desakan ini. Bilangan rakyat yang mengeluh kepada saya terus meningkat.

Dan saya terus mendengar keluhan di kalangan rakyat yang hari ini berada dalam keadaan yang amat terdesak dan menekan, terutamanya dalam jelajah saya di seluruh Johor yang sedang berlangsung.

Justeru, setelah kita melihat bahawa kerajaan seolah tidak ada jalan untuk merungkai kegagalan ini, saya kini mendukung agar pengeluaran ini dibenarkan sesegera mungkin dan tanpa ada apa-apa halangan dan kerenah birokrasi.

Kerajaan juga mesti ambil kira nasib golongan rakyat yang tidak mencarum.

ANWAR IBRAHIM

9 Mac 2022.

Guru interim Bahasa Inggeris diserap ke jawatan tetap jika penuhi syarat, kata kementerian

 


Guru yang diserap tanpa memenuhi kelayakan akan diberi tempoh satu hingga tiga tahun untuk mencapai tahap CEFR C1.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan menjawab rayuan kira-kira 330 guru interim Bahasa Inggeris (BI) yang tamat kontrak mereka bulan depan dengan menawarkan peluang untuk diserap ke jawatan tetap.

Katanya, guru interim BI yang dilantik pada 22 April 2019 dan akan tamat tempoh lantikan pada 21 April ini serta memenuhi syarat Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR) pada tahap mahir C1 dan lulus temu duga akan dilantik ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Bagi guru interim BI yang tidak memenuhi syarat CEFR C1, mereka akan ditem uduga untuk tujuan lantikan tetap sebagai PPP Gred DG41 oleh SPP dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun kementerian itu berkata, mereka perlu mencapai tahap CEFR C1 dalam tempoh percubaan, iaitu satu hingga tiga tahun bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Kumpulan awal membabitkan kira-kira 400 guru interim diambil tiga tahun lalu untuk menangani masalah kekurangan guru di sekolah kerajaan.


“Bagi guru interim BI yang tidak memenuhi syarat CEFR C1, mereka akan ditem uduga untuk tujuan lantikan tetap sebagai PPP Gred DG41 oleh SPP dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun kementerian itu berkata, mereka perlu mencapai tahap CEFR C1 dalam tempoh percubaan, iaitu satu hingga tiga tahun bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Kumpulan awal membabitkan kira-kira 400 guru interim diambil tiga tahun lalu untuk menangani masalah kekurangan guru di sekolah kerajaan.

SPP menetapkan guru perlu mempunyai kelayakan Band 5 dalam ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) atau CEFR C1 bagi membolehkan mereka dilantik ke jawatan tetap.