Pinjaman tanpa cagaran GHK: Bank harus tuntut balik pinjaman - Abdullah Sani



Sitaan ke atas kapal pesiar Crystal Symphony dan Crystal Serenity yang digunakan oleh syarikat Genting Hong Kong (GHK) dalam perniagaan mereka oleh pihak berkuasa Bahamas kerana gagal membayar kos bahan api membuka polemik adakah hutang yang dibuat oleh syarikat sama kepada bank bank di Malaysia boleh dituntut.

Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, bank bank Malaysia mungkin boleh memikirkan apakah wujud aset aset yang boleh dituntut kerana pinjaman ke atas 3 bank itu melibatkan dana awam seperti Khazanah, KWSP dan PNB.

"Saya punya pandangan dia (tiga bank itu) tidak ada pilihan, wajib mereka segera menuntut (hutang) walaupun tidak secara keseluruhan tetapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bank itu sendiri.



"Buat pinjaman mesti kena ada jaminan, tetapi ini tidak ada jaminan sedangkan dia (Genting Hong Kong) berhutang dengan pihak bank. Bank tempatan ini terlibat dengan pemegang saham dan syarikat-syarikat GLC yang terlibat seperti KWSP, Socso dan sebagainya.

"Jadi kerajaan ada kepentingan di situ dan bank-bank ini terlibat secara langsung di bawah kerajaan," katanya.

Selain itu, Abdullah juga mahu penjelasan Menteri Kewangan secara menyeluruh mengapa tiga bank Malaysia dibenar memberi pinjaman tanpa jaminan sedangkan mana-mana pinjaman perlu ada jaminan.

"Ia telah melanggar etika pinjaman dan tidak boleh diterima pakai," katanya.

Baru baru ini, kapal Crystal Cruises yang beroperasi di bawah unit Genting Hong Kong Ltd dirampas di Bahamas selepas pembekal bahan api memohon penahanannya ekoran bil tertunggak tidak berbayar berjumlah AS$4.6 juta (RM19.1 juta), demikian menurut laman web Cruise Law News.

Crystal Symphony dan Crystal Serenity ditahan di Freeport, Bahamas, menurut Cruise Law News, laman web yang dikendalikan oleh peguam maritim Jim Walker yang berpangkalan di Florida

Genting Hong Kong menjadi pengendali pelayaran terbesar di dunia yang mendapatkan bantuan mahkamah bagi melindungi asetnya ketika pandemik apabila ia memfailkan kepada Mahkamah Agung Bermuda pada 18 Januari untuk melantik penyelesai sementara selepas melaksanakan ‘semua usaha yang munasabah’ untuk berunding dengan pemiutang dan pihak berkepentingan.

Syarikat itu melaporkan kerugian sebanyak AS$1.7 bilion (RM7.1 bilion) pada Mei selepas Covid-19 menjejaskan industri pelayaran.

Crystal Symphony juga menamatkan pelayarannya lebih awal dan melencong ke Bahamas, menurut penumpang di media sosial.

 

KEH..KEH...MULAKAN PAGI DENGAN MEREPEK

 



Seusai subuh, mulakan pagi anda dengan menunggang, moga barokah dan rahmat mega hari anda.


Pesanan ini di taja oleh lebai kelarah penunggang agama. 


#Dah betulkan tajuk akhbar sinar.

BANYAK PUNYA POTENSI



Yaaa... Potensi Johor sangat besar. Ada banyak pasir yang boleh dijual. Ada banyak tanah yang boleh digadai. Sebab tu jangan percaya UMNO. Lebih-lebih lagi Najib. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

ADAKAH PEMANDU BOT HARUS DIBUANG ?



 Suka aku tengok gambar ni. Kalau bot nak karam, kena buang seorang, siapa yang nak dibuang? Ada pemandu bot, doktor, bomba, tentera, hakim, guru dan polis.


Gambar ni dari posting rakan FB aku. Rakan aku tu jawab buang doktor. Sebab doktor curang. Jangan percaya orang belah tepi. Pulak... Tapi aku faham dia maksud bergurau.


Aku pula komen, kalau di Malaysia orang biasanya akan buang pemandu bot. Sebab selalu pemandu yang akan disalahkan sebab pandu tak betul. Orang lain baik belaka.


Contohnya PH. Kan ramai suara barua yang suruh DS Anwar berundur sebab PH tampak semakin lemah. Tapi kalau fikirkan, apa salah yang DS Anwar dah buat?


Masa PH perintah, begitu banyak isu ditimbulkan oleh pembangkang waktu itu. Ada yang legit. Tapi bukan DS Anwar yang pimpin PH waktu itu. Bukan beliau yang gagal mentadbir 


Tapi sekarang orang salahkan DS Anwar. Sedang si balok yang jadi punca PH dikecam, tergila-gila pula PH nak angkut. Dah macam jantan gila talak dah aku tengok.


Yang ada skandal terowong - bukan DS Anwar.

Yang anak ditangkap hisap ganja - bukan DS Anwar.

Yang letak jawatan tanpa berbincang - bukan DS Anwar.

Yang guriskan hati umat Islam - bukan DS Anwar.

Yang lindung kes video Azmin - bukan DS Anwar. Yang kata manifesto bukan kitab suci dan hina Melayu - pun bukan DS Anwar.


Jadi mana salahnya DS Anwar. Tapi DS Anwar yang disuruh berundur. Dah kenapa?


Sebab DS Anwar orang yang jujur. Kerana beliau demokrat tulen yang membenci rasuah. Mereka tahu jika DS Anwar yang jadi kepala, susahlah nak menyeleweng.


Sebab itu aku kata. Di Malaysia - atau lebih spesifik dalam isu yang aku tulis ini, PH - bila situasi bot nak karam seperti dalam gambar, yang akan dibuang pemandu bot. Sebab yang lain berpura-pura suci walaupun mereka punca bot hampir karam.


PH kena kembali ke perjuangan asal. Meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Bukan lagi cita-cita politik mereka yang pernah bergelar menteri.


Dan untuk itu, bukan DS Anwar yang perlu berundur. Tetapi sebahagian besar pemimpin yang pernah jadi menteri ketika PH memerintah. Kerana jika PH gagal dalam tempoh 22 bulan dulu, merekalah yang gagal. Bukan DS Anwar.


Mereka juga tampak begitu ketagih untuk kembali ke kerusi empuk menteri. Tanpa lagi meletakkan harapan rakyat sebagai matlamat. Sehingga rela mengabdikan diri kepada pengkhianat.


DS Anwar masih relevan dan akan kekal relevan selagi mana rakyat menjadi matlamat perjuangan. Cuba lihat isu rakyat yang dibawa oleh beliau dalam sidang parlimen.


Yang sudah tak relevan adalah mereka yang hanya sibuk cakap soal kuasa dan kembali memerintah. Tapi dalam parlimen lansung tak sentuh isu rakyat. Guane boh?


 

Raja Gelap


Saya anak "tombot" (town board)




Apak kerja angkat sampah di MBJB sejak saya kecil..

Apak ajar kami pakai baju dari tong sampah..

Apak akan pilih yang elok2 dari tong sampah untuk bagi kami di rumah.. 

Bahagia rasa time tu bila apak balik bawak gaun 😁

Sebelum apak pergi kerja saya akan jerit

" pak ..nak beg tangan"...

Hehe... macam lah apak nak beli kat mall..

Dengan harapan kalau ada beg tangan yang cantik kat tong sampah tu ..apak bawak balik. 

Apak ajar kami bersyukur.. 

Apak juga ajar jangan sombong..

Alhamdulillah..semua anak2 apak berjaya.

Kami semua buat kebajikan sama2 tolong orang lain pula...🥰


Apak orang politik sejak dia muda lagi... 

Apak macam google untuk bab sejarah di Johor.. 

Tapi satu jer sifat apak...dia taknak kejar "Nama" dan "pujian"..


Mak : Bapak ko lah yang bawak masuk mcm2 ke kampung ni... JKKK.. Risda lah... tapi tu lah.. orang lain yang dapat nama.. 


Apak : awak ni... bila kita buat baik... orang yang terima pon dapat kebaikkan .. dah baguslah tu.. 

Syukur ... ikhlas ... "Nama" tu manusia yang bagi.. kita nak redha Tuhan. 


Apak juga pemurah... 

Sebab dia juga petani

Kalau orang beli ubi atau keladi...rm5...

Dia bagi macam rm50..😁


Ini gambar selepas saya minta restu dari dia semalam selepas pengumuman calon. 

Kerana saya tau apak kurang senang bila "anak perempuan dia akan hadapi saingan sengit di Kempas" 


Saya perlu sokongan utama dari dia sebab "genetik politik" ni berasal dari apak 😁.


Tapi ayat apak... "apa2 pun ...Allah tentukan segalanya.. tapi usaha kene sungguh2" 


Dengan rasa rendah hati dan ketaatan pada parti saya cuba yang sebaiknya untuk rakyat Kempas.. 

BISMILLAH..... 


Terima kasih atas ucapan2 tahniah yang x sempat saya nak membalasnya.. 🙏🙏🙏🙏



SAYUNYA BILA MEMBACA CERITA SEDIH INI

 

Wanita dulu bukan macam wanita sekarang. 


KALAU BANGANG JANGAN TUNJUK YA.,.




Wanita sekarang perlu keluar mencari rezeki bantu suami, walhal ramai tahu nafkah itu tanggung jawab suami sepenuhnya. 


Selain itu, hal rumah tangga perlu juga dijaga. Basuh kain, memasak, uruskan rumah. Itu diletak atas bahu isteri kesemuanya. 


Demand suami juga, isteri perlu jaga penampilan, badan tak boleh lari alignment, kena kekal macam anak dara. Kalau tak, suami lari, kata mereka 😅


Bila tang suami, memboyot la perut tu ke sisi dan ke depan, isteri tetap sayang. Jarang dengar isteri tinggalkan suami sebab suaminya gemuk. Selalu jugak dengar tu jadi alasan suami tinggalkan isteri. 


Dengan segala tanggungjawab dan expectations yang diletak atas bahu isteri, mungkin ada kalanya isteri berselisih faham atau merajuk dengan suami. Tu tak boleh lari. Mereka bukan robot. 


La ni, ada pulak Timb Menteri sorang ni kata, boleh pukul isteri kalau suami ada isu. Isteri perlu didisplinkan. 


Duduk di pejabat tu, ada tak dia tengok statistik keganasan rumah tangga, suami balun isteri dan anak? Ada tak dia tengok statistik ayah tak bertanggungjawab langsung tak beri nafkah. Paling teruk ayah jenis haruan makan anak?


Kerja YB tengokkan polisi negara bukan bagi tips rumah tangga. Itu level2 Ustazah saja. 


Apa la nasib kita dapat Timb Menteri begini… 


Oh lupa, geng yang ni jadi Menteri walau pun kalah pilihanraya 😬😬😬😬

Liyana Marzuki

#ohmenteriku



Berhati-hatilah apabila berlindung di bawah Khemah Besar




Oleh ISMAIL HASHIM YAHAYA / February 15, 2022

Adalah suatu menarik untuk diperhatikan dalam politik Malaysia sekarang beralih daripada Barisan, Pakatan atau Perikatan ke sebuah khemah tetapi sebuah khemah besar.

Ia bukan sesuatu yang baharu kerana di Indonesia perkara ini sudah berlaku. Di Indonesia, Nahdatul Ulama dianggap organisasi khemah besar. Di Amerika Syarikat (AS) parti Demokrat dan Republik dianggap parti khemah besar di mana banyak organisasi berteduh di bawahnya.

Cuma yang saya fikirkan khemah biasanya didirikan untuk sementara waktu dalam jangka masa pendek. Khemah bercuti di tepi pantai biasanya dalam dua atau tiga hari, Khemah kenduri kawin daripada pagi hingga ke petang. Khemah untuk sesuatu majlis atau aktiviti untuk pengunjung atau pelawat biasanya selama tiga, empat atau lima hari.

Adakah pendekatan PH dengan cadangan khemah besar untuk jangka waktu sementara: PRN atau PRU-15?

Tidak dipastikan idea siapakah ini sebenarnya yang mengaitkan khemah dengan politik. Kalau tidak silap, sejak April tahun lepas Pakatan Harapan (PH) telah menggunakan perkataan `khemah besar’ sebagai usaha menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira pegangan politik.

Perkara ini diformalisasikan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataan yang ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Kami menegaskan kesediaan untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan prinsip dan agenda Reformasi, demi kepentingan rakyat, tanpa melibatkan kleptokrat,”menurut kenyataan itu.

Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu menegaskan, gagasan Khemah Besar atau Big Tent tidak lagi boleh menjadi slogan semata-mata tetapi perlukan pelaksanaan.

“Khemah Besar atau big tent ini perlu dilaksanakan bukan slogan semata-mata,” kata beliau dalam ucapan itu.

Penegasan ini dibuat oleh beliau ketika memberikan Pidato Presiden dalam Konvensyen AMANAH 2021 yang diadakan tidak berapa lama dahulu.

Dalam hubungan ini khemah besar, atau kelompok parti adalah merujuk kepada dasar parti-parti politik yang membenarkan atau menggalakkan pandangan pada spektrum yang lebih luas dalam kalangan anggotanya.

Gabungan dalam khemah besar agak longgar seperti membawa parti-parti kecil seperti Muda di bawah satu khemah atau pun parti besar yang tidak cukup kerusi untuk memerintah yang memerlukan koalisi parti-parti lain untuk membentuk kerajaan.

Bagaimana jika Umno diundang masuk ke kemah besar ini, suatu yang tidak dipersetujui oleh DAP. Adakah Umno akan tunduk kepada PKR dan DAP?

Biasanya khemah besar biasanya tidak berpintu, terbuka bebas keluar masuk atau mungkin khemah ini tertutup dengan penghawa dingin? Khemah besar tentu tidak dibocorkan bumbungnya kerana sudah terbuka kiri, kanan, belakang dan depan.

Namun timbul kebimbangan, Setiausaha Pemuda AMANAH Terengganu Muammar Qaddafi Mohd Nasir berkata, MUDA bukan sebahagian dalam PH dan dikhabarkan enggan menggunakan logo Pakatan Harapan.

Katanya, penyerahan enam kerusi oleh AMANAH dan DAP adalah satu pengorbanan yang cukup besar, apatah lagi calon bagi kerusi kerusi terbabit sudah diperuntukkan oleh kedua parti namun terpaksa diserahkan atas nama kesepakatan “Khemah Besar”.

Justeru, katanya MUDA dan Syed Saddiq khususnya perlu bekerja lebih kuat dalam mempastikan pengorbanan parti lain memberi ruang kepada MUDA yang sekaligus.

Khemah besar tidak bermakna ia hanya dijadikan tempat berlindung dan berteduh sementara atau mengambil kesempatan atas keikhlasan pihak pembangkang membuka ruang perkongsian demi mencapai matlamat murni menghapuskan amalan rasuah, menyingkirkan kleptorat dan kemenangan dalam pilihan raya.

Khemah besar juga menuntut perhormatan kepada pihak yang menawarkannya. Menyertai khemah besar tidak seharusnya telunjuk lurus kelingking berkait.

Khemah juga tidak kukuh sekiranya asasnya tidak kuat, ia boleh dilambung ribut atau tiupan kencang puting beliung yang menerbang pelitup atasnya dan merobohkannya. Maka berhati-hati apabila mendirikan khemah!

————–

Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel).

 

Satu sen pun mendiang Karpal tak nak duit saya, cerita Anwar


Anwar Ibrahim berkata, beliau kagum dengan keberanian mendiang Karpal Singh dan sanggup membantunya bertahun-tahun melawan kes yang dihadapinya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh kerana enggan mengambil satu sen walaupun mewakili Presiden PKR itu di mahkamah selama bertahun-tahun.

Beliau teringat ketika Karpal melawatnya di penjara dan menegurnya selepas keluarga dan rakan Ketua Pembangkang itu mengutip sehingga RM400,000 untuk membayar yuran guamannya.

Tanpa pengetahuan Ahli Parlimen Port Dickson itu, Karpal menemuinya di penjara dan memarahinya.

“Rupanya adik saya berunding dengan keluarga…Wan Azizah (Ismail)…kita dapat sumbangan sehingga RM400,000 tapi itu sedikit sangat.”

Katanya, apabila adiknya ke pejabat Karpal untuk membayar, dia bertanya dan marah serta menghalau keluar.

“Adik saya nak pergi bayar, dia halau pula. Jumlah yang hendak dibayar kepada mendiang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan bantuan yang diberikan selama bertahun-tahun.

“Saya fikir mendiang telah banyak buat ‘research’ (penyelidikan), ada staf, dia lawan hari-hari di mahkamah” katanya ketika berkongsi pengalaman pada Majlis Pengumuman Calon PKR bagi kawasan Johor Utara malam tadi.

Karpal, seorang peguam kanan yang dihormati, yang juga bekas Pengerusi DAP, dikenali sebagai “Harimau Jelutong” bersempena kawasan Pulau Pinang yang diwakilinya di Dewan Rakyat dari 1978-1999.

Beliau mewakili Anwar dalam perbicaraan kes liwat pertama dan keduanya.

Karpal maut dalam kemalangan jalan raya pada 2014.

'Bela rakyat, tolak rasuah perjuangan utama KEADILAN'




Pembelaan terhadap rakyat perlu diterangkan sebagai perjuangan penting KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya lebih banyak pembelaan terhadap orang miskin dan rakyat marhaen pada era pendemik Covid 19 dan malapetaka banjir baru baru ini.


"Saya tidak faham, ramai bercakap dia parti Melayu, Cina, India. Kalau dia tak boleh tekankan dasar yang membantu .... Berapa ramai anak yatim terbiar, berapa banyak orang miskin kekal miskin. Kesenjangan antara miskin dan kaya bertambah.


"Mangsa Covid 19 majoriti orang miskin, mangsa banjir majoriti orang miskin," katanya dalam ucapan pada Majlis Pengumuman Calon KEADILAN Zon Utara, malam tadi.


Selain itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengingatkan agar isu rasuah yang sistemik dalam pemerintahan diterangkan kepada pengundi agar mereka faham perlunya perubahan kepada kerajaan yang lebih berintegriti.


"Rasuah itu sudah sistemik, seluruh sistem menjalar. Kalau tak ada kekuatan dalaman tak boleh. Kalah.


"Ada yang kata kita orang Islam (kebal rasuah), tak betul. Saya pernah lihat bukan Islam tetapi dengan konsistensi (tolak rasuah). Ada orang yang bersyarah ... Allahuakhbar setiap dua ayat, tetapi melingkup lebih awal daripada orang lain.


"Islam bukan dijubah atau dijanggut. Tidak sama apa yang diungkapkan dengan apa yang diamalkan," katanya.


Mengenai calon KEADILAN, Anwar memuji kerana dengan keahlian 1 juta anggota parti itu mempunyai ramai calon yang layak.


Malah untuk PRN Johor, dari ribuan yang dipilih terdapat 2,000 calon yang layak. Namun KEADILAN memilih calon yang konsisten dan mempunyai tekad perjuangan yang tinggi bagi menggalas cabaran dalam PRN kali ini.


Beliau juga mengingatkan untuk mengambil pengalaman politik tokoh tokoh parti sahabat sebagai pegangan, terutama komitmen supremo DAP Lim Kit Siang yang tidak pernah mendapat jawatan tinggi dalam kerajaan sepanjang penglibatan politik beliau.


"Tengok Lim Kit Siang, paling tinggi kedudukannya Ketua Pembangkang sekejap dan Ahli Parlimen. Tetapi tengok konsistensinya. Dari muda, konsisten dan gagah berjuang. Saya hormat kerana konsistensinya. Jangan kita tengok orang pandai pandai saja. Kalau tak ada dia tak jadi DAP macam ini," katanya lagi.


Pada akhir majlis, Anwar mengumumkan calon calon yang akan menggalas cabaran KEADILAN dalam pilihan raya Mac 2022, iaitu:


Subramaniam Chami (DUN Buloh Kasap)


Yoong Tau (DUN Pemanis)


Na'im Jusri (DUN Gambir)


Md Ysahrudin Kusni (DUN Bukit Naning)


Abdullah Sahid (DUN Sungai Balang)


Mohd Khuzzan Abu Bakar (DUN Semerah)


Azmi Masrani (DUN Sri Medan)