MENANGISLAH

 

Menangislah air mata darah sekali pun. Nasib rakyat tak sepenting perniagaan judi. Rakyat boleh pergi mati. Duit KWSP untuk tauke judi. Ada faham?

MAHASISWA JUMPA ANWAR







 Pagi tadi bersama para mahasiswa dan profesional graduan drpd dalam dan luar negeri dari pelbagai lapangan yang akan bersama saya di dalam program Perantis Legislatif (Anwar Ibrahim Legislative Internship) bagi merangka langkah yang lebih berkesan pada sidang Parlimen yang akan datang. 


Saya kagum dengan semangat dan komitmen yang ditonjolkan mereka untuk bersama saya dalam memungkinkan sebuah strategi legislatif yang lebih bermakna, terutamanya dalam kerangka besar reformasi institusi Parlimen serta menjunjung prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.


#AILI #Parlimen #DewanRakyat

RAMASAMY PLEASE SHUT YOUR FREAKING MOUTH

 

Dalam PRN Sabah DAP guna logo Warisan kan? DAP tak yakin logo PH? Tak yakin logo sendiri? Lagi teruk!


Paling best, sekarang Warisan nak curi ahli DAP di Pulau Pinang pula. Sila ambil tahu hal itu dahulu sebelum nak sibuk hal logo Keadilan.


By the way mister, you are one of the many reasons why Malays are distancing themselves from PH. So shut your freaking mouth please.


 

Raja Gelap 

.



AHLI AMANAH & DAP TAK PERLU SINDIR...

 NORMAN RADZUAN



PKR guna logo sendiri pilihan yang tepat

AHLI AMANAH & DAP TAK PERLU SINDIR...

 

Ada juga rakan2 saya dari Amanah yg menyindir PKR guna logo sendiri tapi mengejutkan semalam ketika menghantar rakan dari parti Amanah ke KKIA, dia berang dgn Presidennya. Lalu saya pun terus mengambil keputusan meluahkan isi hati saya.

 

Saya beritahunya...." Ketika PRN Sabah... DAP guna logo Warisan dan Amanah guna logo Warisan... PKR tak berasa hati walaupun boleh bertanya kenapa keduanya tak mahu guna logo Harapan. Ketika PRN Sarawak DAP mahu guna logo sendiri dan Amanah mahu guna logo sendiri... tiada masalah pun.

 

Ketika YB Aziz Bari pergi ke DAP, PKR tiada masalah pun. Tapi ketika YB Fakhrulrazi dari Amanah berpindah ke PKR mcm2 penghinaan atau sindiran dilemparkan kpd Fakhrulrazi samada dari pimpinan hingga ahlinya.

 

DS Anwar itu sudah byk sgt beralah kpd rakan komponennya. Samada pembahagian kerusi waktu PRN2 dahulu dan skg ini. Bagi saya beliau sgt menjaga hati rakan dari PHnya. 

 

Malah ada satu perbualan saya dgn beliau dari bicaranya dia sgt menjaga parti lawan walaupun saya seperti mendesak hingga saya tidak berasa puas hati dgn jawapan beliau.

 

Saya yakin keputusan 'khemah besar' itu bukan lahir dari dirinya. Tapi beliau menghormati keputusan rakan komponen apatah jika 2 kata yes... takkan sorang kata No sebagai satu keputusan.

 

Jika saya menjadi Anwar tentulah saya akn berkecil hati. Kita sgt hairan Mat Sabu tak pernah menyanggah apa2 keputusan DAP. Malah sejak mahukan Tun menjadi PM semula walaupun dikhianati... keputusan Mat Sabu sentiasa sealiran dgn LGE.

 

Saya kata kesabaran Anwar luar biasa. Beliau pernah diherdik oleh Hadi Awang di Terengganu tapi dirahsiakan dari pengetahuan ramai demi keutuhan PR. Kemudian pemohonannya kpd Syafie utk PKR bertanding lebih byk kerusi ditolak, Anwar tetap tenang dan menghormatinya tanpa mempertikaikannya.

 

DAP mahu guna logo Warisan yg bukan anggota PH, Amanah pun sama. DAP mahu guna logo sendiri, Amanah pun sama. DAP mahu guna logo Harapan, Amanah pun sama. Dulu alasan di Sabah tak mahu guna logo Harapan lain skg nak guna logo Harapan alasannya lain.

 

Di sana mahu Mahathir, di sini pun mahu. Di sana mahu khemah besar, di sini pun mahu. Di sana mahu Syafie Apdal jadi PM, di sini pun mahu. Di sana mahu PH cari ketua baru, di sini pun mahu 😂

 

Jadi sebagai org politik kita faham2 sajalah. Cuma kpd rakan komponen tidak perlu sindir menyindir. Jika tanya saya mengenai logo parti, ia bukan faktor utama kemenangan atau kekalahan.

 

Tapi ia penting sebagai satu permulaan. Bab ini sgt sensitif utk saya ceritakan skg biarlah ia bicara bersama teman dan pimpinan. Cuma pesan saya PRU15 ini kawasan bandar atau urban, PKR mesti tegas utk mengambilnya. 

 

Sekali terlepas sukar utk diambil semula. Bukan apa yg saya rasa sukar masa depan PH ini bila Amanah tidak mahu fokus kpd pengundi luar bandar. Jika bukan Amanah siapa yg akn ambil posisi tersebut?

 

Persoalannya mengapa Amanah tidak mahu ambil posisi tersebut? Sdgkan kita semua tahu urban votes dikuasai oleh PKR sejak sekian lama. Saya bicara bukan atas kapasiti ahli tetapi atas kapasiti mantan media yg melihat ada kelopongan dlm PH.

 

Dahulu kawasan tersebut diberi tanggungjawab kpd PAS dan seterusnya Bersatu. Memang sejak dahulu PKR kurang mendapat sambutan di kawasan luar bandar. Persoalannya mengapa Amanah tidak mahu mengambil tempat tersebut?

 

Tak mengapalah dah melalut ke isu yg lain. Bimbang tersasul kpd isu2 dalaman yg lebih sensitif. Jadi selepas ini kita tak perlu sindir menyindir lagi. Harap rakan2 saya dari parti Amanah selamat berjuang bersama sama. Just focus kpd PRN ini utk lawan BN."

 

Kawan saya tadi mengangguk kepala sepanjang saya mulakan bicara. Dia bersetuju dan katanya ramai org dlm partinya hairan dan tidak bersetuju dgn keputusan Presidennya. 

 

Tapi yg seronoknya sebelum dia ucapkan selamat tinggal menaiki pesawat Air Asia ke KL...

" Sebenarnya Man, tiada bezanya Presiden kami dgn bekas Presiden kami dulu..." kami ketawa berdekah dekah walaupun maksudnya sgt subjektif.

 

Anwar perlu berani dan tegas kembalikan kekuatan PANDANGAN



 


MERUJUK kepada kenyataan Anwar Ibrahim bahawa PH akan bergabung dengan semua pembangkang untuk menghadapi Pirane Johor, ingin saya mengemukakan satu pandangan yang mungkin tidak disenangi oleh pihak tertentu.

 
Cadangan Anwar selaku pengerusi PH untuk menggabungkan semua pembangkang dan komuniti sivil menghadapi pilihan raya itu bagi menjamin kemenangan PH dan memulihkan semula PH yang kelihatan lendur kini, ia satu tindakan baik.

 
Tetapi ada sesuatu yang mungkin perlu diambil hirau sama oleh Anwar untuk menambahkan kekuatan pembangkang menghadapi pilihan raya itu.

 
Selain melihat kepada keperluan pembangkang bergabung dan berpadu dengan satu matlamat, beliau seharusnya melihat ke dalam partin sendiri juga. Kena diakui bahawa keadaan dalam PKR (Keadilan) dan kekuatannya kini tidak semapan dahulu. 

 

Perpecahan disebabkan khianat Azmin Ali, Jaafar Kamaruddin dan suku sakatnya tidak terhad disitu sahaja, tetapi Keadilan mempunyai kepincangan-kepincangan lain yang boleh diperbaiki. Kepuakan dalam Keadilan, kronisme dalam parti itu masih berlaku seperti parti itu masih seutuh zaman dulu.

Perpecahan, pemecilan individu tertentu termasuk yang mempunyai jawatan masih berlaku, dan keadaan ini menyebabkan Keadilan tidak sekuat dahulu. Begitu juga pemecatan keahlian tanpa merit jelas, penggantungan kerana ia menjadi saingan kepada seseorang bukan pun kepada parti tidak perlu diterus dan dibiarkan. Ada bukti menunjukkan ada kejadian itu, termasuk di Johor. (Perlukah saya sebut disini?)


Anwar kena usaha pulihkan parti, mempersatukan semua pemimpin yang ada, mengutip mana-mana individu yang tersisih dan terbuang, membebaskan mana-mana ahli digantung tanpa tali dan sebab, agar berada dalam satu saf. 

 

Mana-mana bekas ahli yang sebelum ini melaut dan sudah kembali ke pantai semula, hendaklah diberi peluang kedua dan dipergunakan seoptimunya tenaga mereka, jangan tunggu lama takut yang ditunggu hilang pula.


Saya sebut beberapa contoh individu atau pemimpin yang "terbuang" tetapi mereka ada aura dan kelebihan tersendiri dan pengalaman yang boleh menguat parti, perlu dikumpul semula dan disatukan. Ditanam semangat baharu dengan azam dan iltizam baru.

Antara merek; Rafizi Ramli, Ezam Muhammad Noor, Mustafa Kamil Ayub, Tian Chua dan lain-lain, hendaklah diambil kira dan letakkan mereka dalam gelanggang parti dengan tanggungjawab masing-masing mengikut kepakaran mereka. Lupalah segala titik bengik yang merugikan parti dan perjuangan reformasi.

 
Sebagai presiden Anwar harus berani dan tegas dalam soal ini. Tidak perlu pertimbang dan dengar nasihat yang kacau. Soal ada yang menyakit hatinya, yang khianat kepadanya, yang kurang ajar kepadanya, yang mengecewakannya, perlu diketepikan kerana tindakan sebegitu bukan suatu yang perlu dibiarkan selamanya dalam politik yang mana hakikatnya undi seseorang yang menyakiti hati sama nilainya dengan undi yang taksub dan sujud tidak bertepi kepada kita.

 
Dalam Keadilan bermasalah, miskin pemimpin, kurang penggerak dan aktivis, sokongan kian menipis, Anwar dan semua orang Keadilan harus menyihat pemikiran politik. Kalau sudah ada nekad dan semangat untuk menyatukan pembangkang, maka perlu juga ada nekad dan azam untuk berbuat hal sama kepada mana-mana individu dalam parti sendiri (Keadilan), terhadap bekas ahli dan sebagainya khasnya yang kini menghulur tangan untuk disambut. Trims. [wm.kl. 9:39 pm

 

POLITIK MATANG ? - SI BUTA PUN TAHU JALAN

 

POLITIK MATANG ? - SI BUTA PUN TAHU JALAN

POLITIK  MATANG ? -  SI BUTA PUN TAHU JALAN

 

Tamrin Tun Ghafar

 

Jumaat - 28/01/22

( 1 - 24 )

 

 

1.   Saya terbaca satu artikel yang menyatakan Abdullah Hussin , Persuruhjaya PAS  Johor  akan bertemu Pengurusi Badan Perhubungan UMNO  merangkap MB Johor bagi membincangkan kearah MENJAYAKAN kerjasama  PAS  dan UMNO melalui  Muafakat Nasional atau MN

 

2.  Saya juga telah mengikuti ucapan Hasni Muhamnad yang menegaskan  bagaimana TAMAK dan SOMBONG nya PAS  Johor apabila menyatakan BERSATU  Johor yang di Pengurusiksn Mahiaddin  telah BERSETUJU  MEMBERI 14  Kerusi pada PAS  pada PRN  Johor nanti

 

3.   SELEPAS  BERUNDING  dengan Ketua - Ketua UMNO  Bahagian , UMNO Johor bersama rakan - rakan dalam BN   AKAN  menghadapi PRN ini  SECARA  SOLO  -  TANPA  PAS  dan BERSATU  sama ada melalui  MN  atau PN

 

4.   Hadi melalui Abdullah Hussin  akan berbincang semula dengan Pengerusi Perhubungan UMNO  Johor jika PAS ada    peluang

 

5.  Oleh  kerana nak menang  PRN ini PAS  TERPAKSA  JILAT  LUDAH nya sendiri

 

6.  Sekarang  PAS  terpaksa merayu dan memujuk UMNO  - tak ubah seperti perempuan sundal yang sedang gila mencari - mencari pelangan

 

7.  Untuk makluman  PAS  hanya punyai seorang wakil saja dalam Dewan Negeri , dan  BESAR  KEMUNGKINAN  PAS  akan hilang juga Kerusi yang ada

 

8.  Apakah UMNO  sudah lupa kata - kata PEDAS dan SOMBONG pemimpin - pemimpin PAS  terhadap UMNO  disatu ketika dahulu ?

 

9.  Tindakan Abdullah Hussin atas ARAHAN  HADI  tak ubah seperti :

CACING  KEPANASAN atau dalam bahasa Inggerisnya   'An Act Of A Desperate  Man'   or  DESPERADO

 

10.  Dulu serang UMNO  habis - habisan  ,  kemudian  TELAN  LUDAH  nya  seolah - olah  PAS  tak pernah  buat dosa pada UMNO

 

11.  Bagi mengalahkan PH  , UMNO  berpakat dengan  Parti Lebai , dan Parti Lebai pula setuju jadi PAK SANGGUP  asalkan 'fulus'

 

12.  UMNO  sudah sedar permainan KOTOR  DAN  JAHAT  PAS  ; itu sebab nya UMNO  tidak lagi bersama mereka  melalui MN

 

13.  Jika masih ingat ucapan Mahiaddin dihadapan ramai Ahli BERSATU 

"Orang Melayu sudah kenal siapa PAS  dan siapa UMNO - seorang PEROMPAK   dan seorang lagi nama jer berjuang untuk Islam tapi MENYOKONG  PEROMPAK -  DUA - DUA  TAK  BOLEH  DI PERCAYAI"

 

14.  Menyokong perompak atau tidak , Mahiaddin TERPAKSA bekerjasama dengan PAS  kerana BERSATU  ada duit TAPI  TIDAK ADA  JENTERA di peringkat bawahan sedangkan PAS ada jentera TAPI  'fulus'  terlalu sedikit

 

15.  'Politik Matang' yang dianjurkan Hadi ia  SEBENARNYA  bagi menguntungkan   PAS ;  dalam bahasa mudah , PAS rasa boleh MEMPERBODOHKAN UMNO  dan BERSATU melalui gabungan MN dan PN

 

16.   UMNO  ada  'fulus' dan jentera  tak seperti PAS  dan BERSATU

 

17.  Melalui gabungan dengan UMNO  dan BERSATU  , PAS  sudah merasakan mereka SUDAH  KUAT , maka itu sebabnya Hadi sendiri menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri !

 

18.  Itu langkah pertama , selepas itu Hadi akan arahkan 18 Ahli  Dewan Rakyatnya  membuat ugutan bagi membuka jalan beliau naik ketangga yang di idam - idamkan PAS   selama ini ; justeru  Hadi akan jadi orang pertama PAS  duduk dikerusi PM

 

19.  Apakah kita lupa berbagai   peristiwa antara 1999 hingga 2004  ketika Hadi jadi MB Terengganu - Terengganu MUNDUR  ke belakang , dan rakyat disana  BENAMKAN  Hadi pada PRU berikutnya

 

20.  PM  Hadi  tak  boleh lawat  negara - negara Islam Timur Tengah seperti hari ini ? 

 

21.  Elok Hadi  dihadiahkan  cermin yang lebih besar  bagi memudahkan

beliau melihat wajahnya samada ada ketokohan sebagai  seorang Perdana Menteri

 

22.  Mungkin Hadi terfikir jika Mahiaddin  GAGAL  dan Mael BENGAP  pun boleh jadi PM , mengapa tidak beliau

 

23.  PAS  DAN  BERSATU  selepas Mahiaddin  tuduh PAS ,  Parti  Ajaran Sesat  ( PAS ) ,  dan Parti Islam yang MENYOKONG  PEROMPAK - PAS dan BERSATU  boleh pula  berpeluk - peluk ;  mereka ini sebenarnya TIDAK  ADA  PERASAAN  MALU  DIRI  DAN MARUAH - sanggup lakukan apa saja ASAL  boleh menang

 

24.   RAKYAT  KHASNYA  PENGUNDI  HARUS  TOLAK  KEDUA - DUA  PARTI TERSEBUT  PADA PRN JOHOR  DAN PRU 15 NANTI

 

Wassalam

Terima Kasih

 

AHLI PKR GESA GUNA LOGO PARTI DAN TIADA HALANGAN BAGI PH. YANG LAIN JANGAN DOK KALUT-BERANI MASUK BERTANDING







Nik Nazmi 

ilSon2sl6g211eg20d1h  · 

Pakatan Harapan telah putuskan parti komponen boleh pilih untuk guna logo parti atau logo PH.

KEADILAN telah pilih untuk guna logo parti untuk PRN Johor.

Keputusan ini diterima baik oleh AMANAH dan DAP.

Ada beberapa sebab kami putuskan begini.

Pertama, akar umbi dan penyokong parti rata-rata gesa logo parti diguna. Kami kerap dengar logo PH, baik atau buruk, terlalu terkait pentadbiran PH pada 2018-2020.

Betul pentadbiran itu ada kejayaan, tapi banyak juga kekurangan. Ini termasuk mengukuhkan kumpulan ‘kartel’ dalam KEADILAN yang bersekongkol dalam Langkah Sheraton, yang akhirnya menumbangkan PH. Adil atau tidak, logo PH simbol era itu.

Kedua, logo KEADILAN lebih dikenali pengundi berbanding logo PH. Mana-mana pakar marketing akan kata betapa pentingnya jenama itu dikenali. Ini faktor penting di kerusi separa bandar, yang sering ditandingi KEADILAN.

Penting kita ingat logo PH hanya diperkenal pada 2017, lepas BERSATU sertai. PH tubuh pada 2015. Lambang anak panah itu tak semestinya sebahagian dari identiti asal - kita bergerak 2 tahun tanpa logo ini.

Ketiga, logo PH tak banyak membantu pada PRN Melaka. Ramai yg kata pengundi tak kenal logo PH berbanding logo ‘dacing’ BN.

Banyak kisah mcm mana pengundi susah nak kenal logo pada kertas undi, sampai YB Teresa dari DAP pun mengaku dan bangkit isu ini di Parlimen

Keempat, logo KEADILAN diguna semua parti dalam PH pada PRU14, dan kesannya amat baik. Walaupun diserang bertubi-tubi selama ini, PH tetap menang PRU14 dengan logo KEADILAN. Logo PH, kalau nak dibandingkan, belum diuji di peringkat nasional.

Akhir sekali, parti PH memang fleksibel dalam isu logo. 3 contoh: KEADILAN guna logonya sendiri pada PRK Sg Kandis (2018); DAP pula guna logo roket pada PRK Sandakan (2019)

Malah pada PRN Sabah yg lalu, DAP dan AMANAH telah guna logo WARISAN, walaupun WARISAN bukan sebahagian dari PH. KEADILAN tidak bantah waktu itu, dan kali ini DAP dan AMANAH pula tidak bantah keputusan KEADILAN untuk PRN Johor.

PH kekal utuh dan padu dalam menghadapi PRN Johor dan dalam mempertahan hak rakyat Malaysia. Isu logo ini soal strategi dan taktik dalam usaha kami mencapai keputusan

terbaik

, inshaAllah.

 

TAK KAN LAH LEBAI NAK PISHANGGGGG

 









MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Alhamdulillah, takkan lebai nak menipukan? Tokpeti pun dah tak bunyi Islam terancam lagi.

Elektrik murah, ayam murah, daging murah, minyak masak murah, duit ringgit tumbuh di pokok sampai pusat zakat tutup sebab tak ada orang susah.

Apa lagi yang rakyat mahu, kerajaan dah tolong ringankan beban rakyat, inilah rahmat utopia yang di janjikan.

 

JIKA PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT


Perkara begini hanya akan berlaku jika pemimpin berjiwa rakyat. Ini baru betul berjiwa rakyat. Bukan yang jenis datang melawat, duduk berborak dengan rakyat je. Tapi rakyat hidup terbeban dia buat tak tahu.

Tahniah rakyat Indonesia.

Raja Gelap

 




 

SAYA PILIH UNTUK JAWAB DI MAHKAMAH

 




HASBIE MUDA


"Saya pilih untuk menjawab di mahkamah".

Saya dan puluhan orang muda dipanggil ke IPD Brickfields untuk disoal-siasat rentetan Demo #TangkapAzamBaki pada hari Sabtu lepas serta ceramah di Restoren Amjal pada malam sebelumnya.

Yang jadi suspek jenayah adalah Azam Baki tapi yang disoal-siasat adalah anak-anak muda yang mendesak supaya suspek jenayah disoal-siasat.

Apa sudah jadi Malaysia?

Patutlah Indeks Persepsi Rasuah merudum.

 

NAJIB GAGAL LAGI..MAKCIK PEKAN SILA TOLONG NAJIB



h536h
1of802ure1ii5
Najib gagal lagi
Dia diperintah bayar 40k sebagai kos mahkamah.

Pirane Johor: Jangan mati beramai-ramai hidup berasingan. PANDANGAN

 


 


DEWAN Undangan Negeri (DUN) Johor telah pun dibubarkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat bagi menentukan tarikh pilihan raya pada minggu pertama bulan depan. Tampaknya SPR tidak begitu "gaduh lorak" untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang perihal Pirane Johor itu. Kelambatan ini menyebabkan timbul persoalan, apakah Pirane Johor akan diadakan serentak dengan Piraum ke-15?

Yang pastinya pembubaran DUN Johor itu tidak disenangi oleh parti pembangkang dan juga parti dalam gabungan kerajaan di Johor Bersatu, Bersatu. Pembangkang memberi alasan tidak ada keperluan untuk diadakan pilihan raya, kerana kerajaan Johor tidak menghadapi cabaran dan berjalan dengan baik. Selain itu pandemik Covid tidak sesuai untuk diadakan pilihan raya. 

Bersatu pula melahirkan rasa terkilan dengan pembubaran DUN Johor kerana tidak dibincang sama dengan mereka. Sebagai kerajaan bersama, sewajarnya Umno memanggil Bersatu bincang hal pembubaran itu. Di sini nampak Umno membelakangkan Bersatu dan pembubaran itu ada niat tidak baik, semacam mahu mengajar Bersatu.

Sementara di pihak Umno pula mengambil kesempatan atas kedudukan kerajaannya 28 : 27 untuk mengadakan pilihan raya kerana bimbang kerajaannya akan tumbang. Umno mahu menghadapi pilihan raya semasa ia menjadi kerajaan. 

Itu hanya alasan sahaja, kerana pembangkang (PH) sudah beri komitmen tidak akan ganggu kerajaan Johor kerana berbagai sebab. Antaranya kerana pandemik masih belum kendur dan masalah ekonomi masih tidak menentu di samping kesan banjir masih menjejaskan kehidupan rakyat. Pembangkang sendiri pun dalam situasi bergelora dan bercanggah pendapat sesama sendiri dalam mencari formula, tidak yakin dapat mengulang kejayaan dalam pilihan raya lalu. Baginya kalau tidak diadakan pilihan raya lagi baik. 

Semestinya Umno telah mengambil semangat kemenangannya di Melaka dan kegagalan pembangkang di Sarawak untuk mengadakan pilihan raya. Dari hitungan politiknya, jika diadakan pilihan raya, Johor mereka berjaya menawannya. Alasan dan keyakinan itulah mendorong agar DUN Johor dibubarkan dalam keadaan ia konfiden menang.

Tetapi apakah pilihan raya Johor akan diadakan dalam tempoh 60 hari atau akan dijalankan serentak dengan pilihan raya umum? Ia masih menjadi tanda tanya. Ada sebahagian pendapat pirane Johor akan diadaan serentak dengan Piraum ke-15?

Persiapan pembangkang.

Dalam pada itu pembangkang (PH) sudah pun membuat persiapan sepatutnya bagi menghadapi kemungkinan Pirane Johor. Misalnya pembahagian kerusi khabarnya sudah pun selesai. Tiga buah parti pembangkang utama dalam PH, sudah berbincang antara satu sama lain. Dan sepakat menerima keputusan. 

Dalam pembahagian itu dipersetujui Keadilan dan Amanah masing-masing diperuntukan 20 kerusi sementara DAP 16 kerusi. Pembahagian itu dikira adil dan saksama. Tidak ada apa yang perlu diogehkan (dipertikaikan) lagi.

Cuma apa yang bunyi kurang baik apabila PH tidak akan menggunakan logo PH dalam pilihan raya itu. Keadilan akan menggunakan logonya sendiri, Mata. Sementara DAP dan Amanah pula tetap akan menggunakan logo PH seperti mana di Melaka. DAP dan Amanah kurang setuju dengan keputusan Keadilan itu. Jadi soal penggunaan logo ini menjadi masalah sedikit buat pembangkang. Perbezaan ini menyebabkan umum melihat PH tidak sekata. 

Sebenarnya perkara ini tidak perlu didebatkan. Sebaliknya semua parti diberikan kebebasan untuk menggunakan apa sahaja logo yang mereka fikir sesuai dan boleh mempengaruhi rakyat. Yang penting menang. Kalau logo cap ayam boleh membawa kemenangan, boleh gunakan logo cap ayam sahaja. Makanya kalau Keadilan hendak gunakan logo Mata silakan. Parti itu ada alasan sendiri kenapa perlu menggunakan logo tersebut. Jangan soal logo dijadikan titik bengik untuk bergaduh.  

Kekalahan di Melaka sehingga tidak mendapat satu kerusi mungkin menjadi sebab kenapa Keadilan bergagah dan phobia untuk menggunakan simbol PH, dan mahu menggunakan logonya. Dalam Pirane Melaka Keadilan bertanding menggunakan logo PH, yang tidak ada apa-apa "simbol" (objek) dan hanya tulisan perkataan HARAPAN semata-mata, parti itu gagal mendapat sebarang kerusi. 

Berbeza dengan Amanah dan DAP. Tampaknya logo PH tidak menjadi dan dikira bermasalah kepada kedua parti itu. Amanah walaupun tidak berjaya mempertahankan jumlah kerusi diperolehi dalam Piraum ke-14, tetapi ada juga satu kerusi dimenangi. Begitu juga dengan DAP. Ertinya lambang PH masih membawa tuah kepada kedua parti itu. Tetapi menjadikan kecelakaan buat Keadilan. Lantaran itu eloklah Amanah bermuafakat dengan DAP menggunakan logo berkenaan. 

Justeru kalau Keadilan enggan menggunakan lambang PH dan berkeras untuk menggunakan lambangnya, biarkan. Semua pihak kena akur dan tidak perlu membuat spekulasi liar. Itu adalah hak asasi dan kebebasan demokrasi. Lagipun tidak ada syarat terikat dan diikat parti dalam PH wajib menggunakan logo PH tersebut harApan dengan huruf "A" dibesarkan sebagai roket. 

Bagi kita soal simbol tidak penting dan itu pilihan masing-masing. Apa yang penting, pembangkang khasnya Keadilan, DAP dan Amanah jangan bergelut dalam kubang yang sama. Jangan ada yang bertanding antara satu sama lain dalam kerusi sama. Elakan ini berlaku. Dalam 20 kawasan ditandingi Keadilan jangan ada calon Amanah atau mana-mana parti pembangkang lain yang masuk mencelah. Begitu juga dengan Keadilan jangan ganggu dan meletak calon di kerusi lain melainkan di 20 kerusi yang ditetapkan sahaja.

Khabarnya ada yang hendak mendirikan khemah besar dalam pilihan raya di Johor itu dengan membawa semua parti-parti pembangkang bersatu. Idea itu walaupun tidak melambangkan semangat PH dan cuba merosakan idea serta ukhwah PH sebelum ini, tetapi ia juga satu percubaan yang baik. Boleh sahaja membuka khemah besar asalkan jangan menggali kubur besar. Kita bimbang kalau gali kubur besar nanti akan dikuburkan dalam satu lahad. Jangan mati beramai-ramai, hidup berasingan.

Khemah besar ini akan membawa parti-parti pembangkang lain, Pejuang, Muda, Warisan. DAP dan Amanah kelihatan beriya dengan khemah besar ini. Keadilan tidak perlu gundah dan gusar. Benar dan izinkan. Cuma apakah yang perlu difikirkan dan menjadi persoalan, di kerusi manakah parti-parti kuping itu hendak bertanding. Kerusi di Johor hanya ada 56 sahaja. 

Untuk meraikan parti-parti itu demi membuka khemah besar, DAP dan Amanah perlu berkorban. Mereka boleh berikan kerusi mereka kepada parti-parti itu. Disebabkan mereka beriya untuk membuka khemah besar dan meragui keupayaan PH, maka elok kalau mereka mengorbankan kerusi masing-masing untuk diinfakkan kepada Pejuang, Muda dan Warisan atau pun mana-mana parti. 

Apakah usaha DAP dan Amanah beriya mengajak parti itu berkumpul dalam big tent satu aksi untuk meninggalkan Keadilan bersendiri? 

Tidak ada guna pun bertanding banyak kerusi kalau kalah, dan adalah baik bahagi kerusi kepada semua asalkan menang. 

Saya nampak dalam hal ini, pilihan raya Johor boleh dihadapi oleh pembangkang dalam semangat kepembangkangan profesional dan rasional. Kalau semua pihak sedia berkorban dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain, ia akan menatijahkan kemenangan. 

Apakah Umno akan bersama Pas atau sebaliknya, itu bukan persoalan dan urusan pembangkang. Yang perlu difikirkan pembangkang mantap, tidak "beragun" (berlawan) sesama sendiri dan dapat uruskan pilihan raya itu dengan sempurna dan bijaksana. 

Pilihan raya Johor penting kepada semua baik PH, BN, PN atau Pas kerana ia akan menjadi indikator untuk Piraum akan datang. Pirane Johor adalah ujian semesta akhir buat semua parti politik untuk menentukan apakah mereka layak untuk meneruskan "pengajian ke universiti" atau kandas.  

Jika itu dapat dilaksanakan, Umno yang yakin akan mengulangi sejarah di Melaka itu tidak mudah menggapainya. Kesepaduan pembangkang dalam pilihan itu pasti akan menyulitkan Umno untuk  membangunkan tembok kubunya yang roboh pada Piraum 14, yang dikesali dan ditangani dan didendami hingga kini. [wm.kl.11:05 am 27/01/2022]

 

POLITIK APA MACAM INI ?


 

AZAM BAKI! ISMAIL SABRI DIMALUKAN ORANG ANWAR IBRAHIM!



Kem YB Port Dickson Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membuat satu demo di depan ibupejabat SPRM di Putrajaya untuk memalukan YAB Bera Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Adakah Pakatan Harapan (PH) telah melanggar syarat MOU untuk menyokong PM9? Ini ulasan dan laporan kami di YB Viral.



MENGULAS PENULISAN LIYANA MARZUKI






Saya terpanggil untuk ulas tulisan sahabat saya, walaupun setengah dari pendapat dia saya setuju tapi ada beberapa perkara yang saya rasa tak betul.

Saya sendiri rasa bila PKR guna bendera sendiri untuk PRN Johor tak mengubah apa-apa pun; mungkin 1%-2% sahaja. Masalah yang besar ialah pengundi luar dan pengundi hypercritical tak pulang mengundi. Kalau mereka pulang mengundi dan mereka berada di pusat pengundian, tapi mereka masih lagi pilih untuk undi BN atau PN, sebab konon2nya PH guna logo Harapan, saya rasa idea itu langsung tak logik.

Ini yang saya tak bersetuju bila kata PH kena bagi laluan pada PN untuk kerusi Melayu; kiranya kalau pengundi PH datang pusat pengundian, pastu PH tak bertanding, mereka akan undi PN dari undi BN. Saya bagi contoh DUN saya sendiri Sementa yang mana ADUN nya Daroyah yang khianat ke Bersatu, lepas tu Khianat lagi ke parti bangsa malaysia. Awak rasa kalau ada snap election di Selangor dan PH tak bertanding di Sementa, saya nak undi pengkhianat tersebut? Baik undi rosak atau pun tak mengundi langsung sebab kalau undi BN dah sah sah penyamun, undi PN tak tahu apa pula yang mereka akan khianat. Jadi PH tetap kena masuk bertanding, ini bukan soal politik cah keting, ini soal prinsip dan PH kena jadi viable alternatif.

Lagi satu bila pengundi PH yang undi PRU14 dahulu adalah golongan yang hypercritical, awak ingat mereka nak undi ke orang yang khianat dan kleptokrat kalau PH tak bertanding? Kami ini bukanya walaun, di suruh undi MCA mereka undi MCA, di suruh undi Gerakan mereka undi gerakan, sebab akal mereka sudah di pajak pada pimpinan.

Berbalik pada tulisan sahabat saya tadi yang dia kata Dinasour politik ini kena retire, cuma dia tak terangkan dengan jelas Dinasour sebab umur tua atau pun Dinasour sebab lama dalam berpolitik. Saya dah acap kali terangkan yang umur tidak releven, yang penting kena kuat (qawwi) dan amin (amanah) dan itu yang jumhur ulama bersetuju. Sebab itu saya tak ada masalah untuk sokong Mahathir jadi calon PM masa PRU14 sebab kita ingat dia akan buat islah. Tapi apa yang dia buat adalah sebaliknya. Cuma kawan saya tadi tak explain pula teori dinasour ini masa dia setuju Mahahir jadi calon PM pru14; sebab itu dalam bidang saya (teknikal), you need to be fair and not bias. Kalau awak kata A untuk si fulan, the same should apply to orang lain.

Lepas itu dia kata orang Melayu majoritinya tolak Anwar kerana kes2 beliau. Bila dia tulis majoriti sepatutnya kena bagi data tapi simple pool yang Sinar Harian buat tulis Anwar masih lagi calon terbaik untuk Perdana Menteri. Here is the problem dengan statement ini, dari dulu saya pernah kata Kes Mahkamah ini banyak jadi political tools untuk siapa yang berkuasa jadi PM, tapi dia tak setuju. Contoh kes pecah Amanah SS dan salah guna wang, saya tak pasti apa pendapat dia. Adakah konspirasi ataupun betul-betul kes jenayah? Kita lihat masa PM PDF berkuasa berapa banyak kes yang di tarik balik oleh DPP ( bukan hakim lepaskan), ataupun bila ada Kes rasuah, tiba-tiba senyap sebab sokong PN? Ini masalah dengan negara kita sekali tak ada reformasi politik.

Berbalik pada kes seksual dan jenayah pecah amanah, pecah amanah lagi senang nak lekat, tapi kenapa dalam kes Anwar, konspirator berusaha sedaya upaya untuk jatuhkan Anwar dengan politik lendir? Sebab mereka tak boleh sabitkan Anwar dengan kes salah guna kuasa dan wang. Anwar waktu dia jadi TPM dia tolak tawaran tanah atas nama Ayah dia. Berapa banyak pemimpin muda ( yang bukan dalam dinasour poltik boleh buat benda yang sama?). Yang kita dengan ada bising-bising 2 orang mantan PM bergaduh bab tanah, sorang tuduh beli tanah harga murah, sorang lagi tuduh dapat tanah percuma, macam kuali tuduh belanga hitam, padahal dua-dua sama.

Lagi satu kes liwat ini adalah satu konspirasi, ini saya bagi bukti keratan yang Hakim Hamid Sultan Abu Backer dakwa dalam afidavit dia yang ada campur tangan dalam kes di Makamah Persekutuan. Kita juga tahu yang salah sorang dari hakim tersebut dapat laba dalam konsisi lebuhraya. Tapi apa yang kerajaan waktu itu buat tentang afidavit tersebut? Nada. Kita faham implikasi perundangan kalau hakim tersebut korup, nanti akan ada semakan semua kes yang di adili oleh hakim tadi tapi ini adalah bukti yang saya selalu kata ada campur tangan politik dalam sistem kehakiman kita.

Lagipun menggunakan perkataan majoriti Melayu tolak tanpa di sertakan data itu sendiri tak ada locus standi. Kalaulah majoriti itu selalu betul, tak adalah Nabi Nuh setelah berdakwah lebih 950 tahun masih gagal yakinkan majoriti kaum dia. Orang Melayu tak semua kes malas berfikir, ada ramai aje orang melayu yang progresif. Contoh yang marah pasal kes salah guna akan CDS itu pun ramai juga orang Melayu, jadi persoalan yang yang sepatutnya kena tanya, macam mana nak kembalikan kepercayaan pengundi kita pada sistem demorkrasi yang telah di rosakkan oleh orang politik.

Saya juga tak bersetuju dengan kenyataan dia yang kata misi PKR nak angkat Anwar Sebagai PM. Kalau Anwar jenis bengkok pada prinsip, saya rasa dah lama dia jadi PM. Tengok apa jadi dengan PM kita sekarang, sudah la slow macam sloth, bila tak ada prinsip ikut sahaja. Kes akaun CDS sendiri dia tak berani kata apa-apa padahal semua orang tahu benda itu adalah kesalahan ikut akan SC. Yang gila nak jadi PM ialah Din PDF. Dia ini kaliber pun tak ada boleh melawak nak rotan rakyat di TV dan hanya pandai baca doa. Yang gila nak jadi PM ialah orang yang dah jadi PM 2 kali lepas itu resign, dan nak jadi PM balik. Ataupun yang ada 87 kesalahan rasuah tapi masih tak mahu letak jawatan sebab that is the only chance for him to be able to contest and become PM.

Yes PRU15 is an up hill battle terutama sekali dengan kelelahan pandemik, orang tak suka ahli politik etc. Tapi hanya dengan reformasi penuh dari orang yang ada ciri-ciri islah sahaja negara ini boleh di selamatkan. Bukan yang bising kleptokrat sana sini, tapi kalau siapa yang sokong dia, kes selamat ( kes heli, kes 90 juta), ataupun yang duk tadah doa depan TV tapi berkhianat, mungkin SSST lupa nasihat yang doa pengkhianat tersangkut di langit.

PH banyak aje pemimpin pelapis gred A macam Maszlee, Adly, Saif, Steven Sim tapi bila compare dengan Anwar, dia ini Rank S class. Selagi dia ada tak salah kita cuba masuk PRU15 dengan kepimpinan Anwar. 22 tahun Anwar melawan itu bukan perkara yang sia-sia, banyak reform yang kerajaan terpaksa buat, contoh kebebasan berhimpun dan dakwat kekal. Kalau tak ada orang melawan 22 tahun lepas, silap-silap kita semua sudah dalam penjara sebab akta lalang atau akta ISA (cuba teka siapa yang suka guna akta ini)

Wallahualam

MMMS