PERTUMBUHAN EKONOMI MELAKA RANCAK, RAKYAT TERBELA – JANJI PH


Terkini! Mas Ermieyati calon Ketua Menteri dari PN?

Terkini! Mas Ermieyati calon Ketua Menteri dari PN?


Perikatan Nasional (PN) membayangkan mereka mungkin menamakan seorang wanita sebagai calon ketua menteri bagi gabungan tersebut sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri selepas pengundian pada 20 Nov ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin menyatakan belum ada ketetapan dibuat mengenainya dan perbincangan akan dibuat sebelum keputusan muktamad diambil.

Dipetik Bernama Hamzah berkata nama calon ketua menteri PN itu akan diumum esok.

“Jadi kalau pun beliau (calon ketua menteri) datang daripada seorang wanita, pernah satu ketika Melaka membawa sebuah cerita Tun Teja, di mana Tun Teja berperanan membangunkan negeri Melaka, jadi apa salahnya kalau kali ini kita meletakkan seorang wanita.

“Kita juga ada beberapa doktor, profesional, jurutera – ini kita akan bincangkan dan akan kita umumkan insya-Allah pada esok hari,” katanya di Alor Gajah hari ini, menurut Malaysiakini.

PN merupakan parti gabungan yang belum menamakan calon ketua menteri mereka setakat ini, ketika kempen hanya berbaki kira-kira dua hari saja lagi.

BN sudah menamakan calon mereka iaitu Sulaiman Md Ali, manakala Pakatan Harapan memilih Adly Zahari. Kedua-dua mereka adalah bekas ketua menteri sebelum dijatuhkan oleh gerakan Adun yang berpaling tadah.

Untuk rekod daripada 28 kerusi yang ada PN menurunkan enam calon wanita iaitu Mas Ermieyati Samsudin di Tanjung Bidara, Azalina Abdul Rahman (Rim), Dr Nordina Abdul Latif (Ayer Limau), Aziah Mohd Saad (Kuala Linggi), Clarice Chan Ming Wang (Bandar Hilir) dan Fong Khai Ling (Kota Laksamana).

Tiga daripada mereka adalah wakil Bersatu termasuk Mas Ermieyati Samsudin yang kini menjadi ahli parlimen Masjid Tanah serta timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, manakala dua dari Gerakan dan seorang PAS.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pada 12 Nov sudah menyatakan bahawa calon ketua menteri mereka adalah dari Bersatu.

Menurut Hamzah isu calon PN akan dibincangkan bersama parti komponen dalam gabungan berkenaan agar individu yang dipilih dapat diterima masyarakat termasuk pengundi atas pagar.


DUA DUA AKAN MENERIMA PADAH BILA PH BERKUASA BERDASARKAN UNDANG UNDANG

 Panas! Najib dakwa Muhyiddin akan terima padah di Melaka



Panas! Najib dakwa Muhyiddin akan terima padah di Melaka

 

Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin akan menerima padah pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka selepas menggelar veteran Umno, Shahrir Samad sebagai bodoh, kata Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kata-kata kesat Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) jelas menunjukkan sikap sebenar beliau.

“Saya kira Muhyiddin, mutakhir ini dah menetas (meletup)…bila jawab Shahrir (bodoh), (Muhyiddin) tonjolkan sikap sombong sebenar beliau dan itu akan beri kesan kepada Bersatu,” katanya dalam program bual bicara sempena PRN Melaka.

Baru-baru ini, Muhyiddin membidas Shahrir yang juga Ketua Umno Johor Bahru dengan menggelarnya “bodoh” dan berniat jahat kerana mencabar Bersatu menarik sokongan terhadap Menteri Besar Johor, sekali gus membuka jalan kepada krisis politik seperti di Melaka.

“Itu berniat jahat. Saya kenal Shahrir ni, dia nak macam mana yang berlaku di Melaka, berlaku (pula) di Johor.

“Inilah pemimpin Umno…jangan cabar saya. Saya Presiden Bersatu, Perikatan Nasional. Macam Shahrir bodoh, suruh Bersatu tarik (sokongan) dan Menteri Besar Umno akan jatuh. Bijak ke bodoh?” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya kewajaran poster Muhyiddin memenuhi kempen PRN di Melaka, dan bukan calon PN yang bertanding, Najib berkata ia menunjukkan calon PN tidak popular di negeri itu.

“Bila cakap pasal PN, saya nak sentuh pasal Bersatu. Bersatu tiada kekuatan, dan kenapa PN tonjolkan Muhyiddin sebab calon mereka tidak dikenali dan tiada askar atau jentera yang kuat,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Menyentuh mengenai keputusan PAS yang memihak kepada Bersatu dalam PRN kali ini, Najib berkata parti Islam itu akan melalui jalan sukar untuk bertapak di Melaka.

“PAS belum dapat bertapak di Melaka. Sebenarnya kita harapkan PAS bersama kita tetapi mana tahu akan datang (pilihan raya umum ke-15).

“(Saya jangka) dalam PRN ini PAS akan hadapi laluan sukar, dan jika dia bersama Umno, PAS akan dapat beberapa kerusi,” katanya.

Dalam pada itu, Najib memberi jaminan akan terus memperjuangkan baki kemudahan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra sebanyak RM5,000 seperti dituntut rakyat.

“i-Citra kita cadang RM10,000 tetapi kerajaan dah luluskan RM5,000, kita akui kita dah separuh berjaya. Saya akan terus suarakan (pengeluaran baki RM5,000) kerana kita lihat ini keperluan yang sangat diperlukan oleh rakyat ketika ini,” katanya, menurut FMT.

Mengulas mengenai ekonomi negara, Najib berkata hutang negara semakin mencanak berpunca apabila Pakatan Harapan membatalkan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) ketika pentadbirannya.

Malah, Najib menyelar tindakan kerajaan selepas BN yang gagal mengembangkan hasil negara dengan hanya menumpukan kepada kebajikan rakyat semata-mata.

“Masa saya jadi Perdana Menteri, saya bahagikan ekonomi kepada dua, ekonomi negara dan ekonomi rakyat. Kerajaan PH dan PN tiada model ini. Sebab kalau kita tumpu pada kebajikan rakyat, kita akan jadi kerajaan populis.

“Kerajaan populis tidak boleh bertahan lama, bantuan itu tidak mampan, sebab hasil negara menguncup dan tidak dikembangkan lebih-lebih lagi kesilapan zaman PH apabila batalkan GST,” katanya.

“Itu punca hutang kita mencanak naik, kalau BN masih berkuasa dengan adanya GST, kita pasti bantuan yang diterima rakyat jauh lebih tinggi daripada apa yang dapat dibuat ketika ini,” kata Najib.

BAGI MUKA BUAT APA--DEPA KATA BANYAK DUIT LAGI....

 


Langgar SOP berulang kali: Najib kini sedang diperhati Khairy

Langgar SOP berulang kali: Najib kini sedang diperhati Khairy

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan memberikan perhatian terhadap aktiviti bekas Perdana Menteri, Najib Razak semasa kempen pilihan raya negeri (PRN) Melaka selepas dituduh berulang-kali melanggar SOP.

“Mengenai pematuhan SOP PRN di Melaka, perkara dibangkitkan sudah pasti Yang Berhormat Pekan (Najib) dalam perhatian saya setiap hari.

“Saya akan maklumkan pada pihak penguat kuasa,” katanya semasa ucapan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, seperti dilaporkan FMT.

Beliau berkata demikian selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) mendakwa ada melihat satu video yang memaparkan Najib didakwa menghadiri program kempen dengan menandatangani sebuah motosikal di Melaka.

Rayer juga meminta Khairy memberi perhatian berhubung isu itu dan mengeluarkan kompaun maksimum RM50,000 kepada Najib yang didakwa tidak mematuhi SOP PRN Melaka ditambah dengan kes Covid-19 di negeri itu dan Negeri Sembilan telah meningkat

“Kemasukan ke hospital juga meningkat,” kata Rayer.

Beliau turut menawarkan untuk menghantar video kempen Najib itu kepada Khairy bagi membantu siasatan ke atas Ahli Parlimen Pekan kerana melanggar SOP.

Khairy kemudian secara sinis menyindir: “Ya, malu apa Bossku”.

“Bossku” ialah gelaran yang diberikan kepada Najib selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

HEBAT LAH...DAH KENA DENGAN BEKAS MB- KINI KENA LAGI DENGAN BEKAS MENTERI AGAMA...BANYAK SYIOK OOOOO....DUIT BANYAK LA KATAKAN....

 

Panas! Mujahid akan saman Razman kerana memfitnah

Panas! Mujahid akan saman Razman kerana memfitnah

Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria atas dakwaan memfitnah.

Razman menerusi hantaran di Facebooknya, telah memuatnaik satu tangkap layar yang tertulis ‘Pas tidak patut menafikan hak orang bukan Islam dengan mengharamkan judi dan arak’.

Dalam tangkap layar tersebut, gambar Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar telah digunakan seolah-olah beliau mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Bila cacing naik ke mata,” tulis Razman dalam kapsyennya selepas memuat naik tangkap layar tersebut.

“Pemilik page Razman Zakaria telah memuat naik hantaran fitnah,” kata Mujahid mengulas hantaran Razman

“Tindakan undang-undang akan diambil oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa,” tambahnya lagi di Facebook pagi ini, memetik laporan Malaysia Dateline.

TERKINI : BEBAS AKHIRNYA...YEEHAAAA.,KITA JAGA KITA...KELUARGA MALAYSIA


 

TERKINI: Bebas Akhirnya! Terima kasih PM. Kita Jaga Kita.

Please Share.

More @ www.zunar.my



PRN Melaka: 476,037 pengundi biasa layak mengundi Sabtu ini


Pengundi yang mengetahui maklumat pengundian boleh terus ke saluran mengundi dan disaran membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi.

MELAKA: Seramai 476,037 orang pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan memaklumkan, daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 11,557 orang adalah pengundi awal dan 7,601 orang mengundi secara pos.

Beliau berkata, pengundi yang mengetahui maklumat pengundian boleh terus ke saluran mengundi dan disaran membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi melalui portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my, aplikasi MySPR Semak dan Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“Semasa membuat semakan, pengundi disaran supaya mencatat dan menyimpan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih,” katanya.

Ikmalrudin berkata, SPR melalui aplikasi MySPR Semak turut meletakkan maklumat masa keluar mengundi yang digalakkan untuk setiap pengundi yang dinasihatkan supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan.

“Sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari 8 pagi hingga 5.30 petang.

“Namun demikian, pengundi adalah dinasihatkan supaya tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan mereka perlu sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan serta garis panduan pencegahan Covid-19 pada hari mengundi nanti,” katanya.

Ikmalrudin berkata, pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran bagi memudahkan semakan nama pengundi dibuat serta membantu kelancaran proses pengundian.

Selain itu, pengundi juga dinasihatkan supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya.

“SPR menyeru kepada semua pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Sabtu ini,” katanya.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, dan SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini.



Dap..dap..dap....SEDAP SEDAP.www.zunar.my


 

Dap, Dap, Dap...Sedap!

Please Share

More @ www.zunar.my

PAGI PAGI DAH KENA MAKI KAT TWEETER -SIAL KATANYA DIMAKI- DAH TU DUDUK DALAM KERAJAAN KENAPA TAK HAPUS ???

 Image




Dap kurangkan dari 22 cabutan kepada 8- parti kau boleh turunkan atau tidak setakat ini ? atau janji janji nak hapuskan judi dan tutup kilang arak pun senyap begitu sahaja....

Sampaikan tahap nama Timah pun tak boleh nak halang...bisu ka hapa?....lekeh aihhh...cakap macam nih....


LAMPUMERAHLAMPUHIJAU-TWEETER



Calon PH DUN Machap Jaya muatnaik gambar menyayat hati

 

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Machap Jaya, Law Bing Haw memuatnaik gambar menyayat hati bersama seorang pengundi di kawasannya sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau mengakui sedih apabila mendengar kisah seorang lelaki berbangsa India yang terpaksa berkerusi roda kerana kehilangan kaki kirinya, dan kini menetap di kawasan estet di Auyin Hill.

"Nak jadi wakil rakyat bukan senang sebab masa anda bukan lagi miliki anda sendiri, ia dimiliki oleh rakyat.

"Setiap kali turun ke padang mesti ada kisah yang menyayat hati tentang kesusahan rakyat.

"Saya berharap pengundi boleh menggunakan undi di tangan untuk memilih kerajaan Negeri Melaka yang prihatin rakyat," katanya.

BN bimbang keupayaan PH tadbir Melaka, kata Adly


Calon Pakatan Harapan (PH) daripada Amanah Adly Zahari, akan mempertahankan kerusi Bukit Katil. Beliau akan dilantik sekali lagi sebagai Ketua Menteri sekiranya parti itu menang pada Sabtu. (Gambar Bernama)

AYER KEROH: Calon Ketua Menteri Melaka daripada Pakatan Harapan (PH) percaya kebimbangan sebenar Barisan Nasional (BN) adalah berhubung keupayaan parti itu mentadbir Melaka dengan baik, sekiranya menang pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Dalam dialog secara maya bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Adly Zahari, berkata BN sudah bimbang jika rakyat Melaka melakukan perbandingan pentadbiran PH selama 22 bulan ketika menerajui kerajaan negeri.‘Sebenarnya, apa yang mereka sebenarnya risau adalah sekiranya kita mampu membawa kemakmuran dan kestabilan di negeri ini. Itu yang cukup membimbangkan mereka kerana daripada situ, rakyat akan membuat perbandingan.

“Kita mentadbir (Melaka) hanya 22 bulan sahaja, dalam tempoh 22 bulan itulah yang mereka bimbang. Mereka (rakyat) akan buat perbandingan dengan BN, dan apa yang dibuat PH walaupun dalam 22 bulan sahaja,” katanya bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Dalam sasaran PH untuk memacu industri pelancongan di Melaka, Adly berkata, beliau mahu penerbangan masuk ke negeri ini dari destinasi seperti Langkawi, Kota Bharu dan Pulau Pinang, kembali beroperasi.

Katanya, beliau juga berhasrat menghubungkan Melaka dengan Malaysia Timur dengan memperkenalkan penerbangan dua hala ke Kuching, termasuk Kota Kinabalu, bertujuan memperhebatkan lagi pelancongan domestik, selain mengembangkan ekonomi negeri.

Adly akan mempertahankan kawasan Bukit Katil dengan melawan calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Al Hafiz Yahya, calon BN, Hasnoor Husin dan calon Bebas Abdul Hamid.

Mengundi atau tidak, Melaka

 

Ada seorang teman bilang kepada saya, dia enggan turun mengundi meskipun dia pengundi berdaftar di Melaka. Tentu, saya tidak menyalahkannya. Politik telah mengecewakan ramai dalam kalangan kita sejak PRU14.

Ini belum lagi isu terdapatnya warga negara ini yang memang tidak mendaftar diri untuk mengundi pun. Baru-baru ini memang ada pendedahan antara lain daripada mantan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, yang menyatakan sikap dan mentaliti antara punca orang Melayu tidak mendaftar sebagai pemilih meskipun sudah mencapai usia 21 tahun. Antara sebabnya kerana kurang kesedaran dan sikap sambil lewa tentang tanggungjawab sebagai pengundi.

Sepanjang dua tiga minggu kempen PRN Melaka ini ada satu dua yang menggerunkan menurut saya telah dan sedang berlaku. Satu dua perkara yang menakutkan itu adalah korupsi yang berlaku terang-benderang.

Pertama, sogokan dilakukan tanpa segan silu. Ahli keluarga saya yang keluar untuk membeli burger di tubir jalan misalnya diberitahu tidak perlu mengeluarkan harga burger istimewa itu lagi. “Ada calon parti sudah membayarkan. Dan dipesan mengundi…” seraya menunjukkan poster yang ditepek berdekatan gerai burgernya itu.

Kemudian, seorang ahli keluarga yang lain, bertugas sebagai pengutus makanan memberitahu; minyak motorsikalnya dipenuhkan selama dua minggu. Dengan syarat keluar mengundi parti sekian-sekian lagi.

“Biru?”

Dia tertawa.

Sogokan kecil-kecilan ini turut berlaku secara terang-terangan dan dilaporkan media. Ia tidak segan silu. Gabungan parti dalam Perikatan Nasional (PN) dalam manifestonya sempena PRN Melaka selamba menawarkan bayaran RM200 (sekali bayar) kepada guru tahfiz, Kelas al-Quran, Fardhu Ain, dan tadika bawah seliaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) jika ‘berjaya membentuk kerajaan negeri’. Sekali bayar itu sendiri menandakan ia sejenis sogokan.

Contoh sogokan lain apabila calon sebuah parti di DUN Telok Mas menabur janji, antara lain sumbangan 100kg beras percuma kepada rakyat di DUN itu bagi setiap perkahwinan kali pertama. Saya tidak dapat membayangkan apa penjelasan untuk hal seumpama ini melainkan ia adalah sogokan, atau dalam bahasa kesatnya, rasuah.

Kalau sogokan itu boleh melicinkan dakwah Islam, tentu sahaja Nabi Muhammad telah menyogok penduduk Quraisy di Mekah ketika awal penyebaran Islam. Nabi Muhammad bukanlah orang calang-calang kerana beliau keturunan bangsawan. Lagipun isterinya juga kaya-raya. Boleh sahaja Rasulullah saw menawarkan tepung gandum 100kg. Atau boleh pula Nabi membayarkan mereka yang ingin memeluk Islam wang emas 200 keping setiap seorang.

Akan tetapi rasuah atau sogokan itu salah. Ia kegoncangan kepada peradaban. Ia tidak boleh dibenarkan berlaku. Tidak ada tamadun dapat tegak dengan rasuah dan sogokan. Maka kita tahu rasuah itu tidak boleh jadi punca meraih kepercayaan masyarakat. Malah masyarakat pula mesti tahu bahawa rasuah tidak boleh ditolak ansurkan.

Untuk pengundi Melayu yang enggan keluar mengundi dengan alasan PRN Melaka adalah sarkas. Saudara benar, tetapi saudara juga perlu memberi perhatian bahawa jika ada badut bodoh dan jahat berleluasa ekoran musibah dari saudara tidak keluar mengundi, maka saudara adalah bahagian dari kejahatan yang terjadi.

Apabila keluarga Nabi Muhammad ditindas dengan dahsyatnya di zaman Umaiyyah, mereka tidak punya pilihan lain – sarkas atau tidak sarkas – untuk melengserkan Bani Umaiyyah dan dinaikkan Bani Abbasiyyah. Kezaliman Umaiyyah terhadap Bani Hashim tidak tergambar dengan kata. Sikap dan tindak-tanduk paganisme mereka kembali semula dan cucu-cicit Nabi Muhammad serta teman-temannya dipancung dan digiring ke Damsyik. Maka Bani Hashim perlu menolak Umaiyyah. Mereka tidak ada pilihan lain, maka Bani Abbasiyyah yang pada waktu itu kurang keiblisannya (baca: kurang sarkasnya) dilorongkan. Tentu, kejahatan dan kesengsaraan mereka tidaklah berakhir. Akan tetapi untuk seketika, mereka dapat bernafas. Kemurnian agama yang kita perolehi hari ini natijah dari penderitaan mereka itu, dan pilihan mereka yang tepat (ketika itu).

Tidak, kita tidak boleh tidak memilih, dengan alasan kita muak dan mual. Sesuatu mesti dilakukan, sebelum negara ini dijahanamkan. Ini kerana perkara kedua yang menjengkelkan berlaku ketika PRN Melaka ialah apabila ‘orang jahat datang kembali’.

‘Orang jahat datang kembali’ ini membuka jalan kepada kemusnahan negara. Harus diingat ‘orang jahat ini’ ada rangkaiannya, dan mereka punya dana. Bukan itu sahaja, pihak yang bersekongkolan dengan mereka sangat berjaringan. Mereka menguasai pihak yang boleh dikuasai dan menggunakan segenap taktik sedia ada untuk meneruskan korupsi. Jika sogokan kecil-kecil dilakukan ketika pilihan raya, korupsi besar-besaran dilakukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk kekal menekan dan memijak murbawan.

Anne Applebaum dalam akhbar antarabangsa Atlantic yang terkini menulis sebuah esei panjang mengenai ‘orang jahat datang kembali ini’, dalam artikel beliau yang berjudul “ The Bad Guys Are Winning”. Anne menyiasat strategi yang digunakan oleh ‘orang jahat datang kembali ini’ dan berusaha memahami mengapa, sebaik sahaja mereka disingkirkan, mereka boleh dan mampu menjelma kembali. Anne menulis gejala yang saya sebutkan di atas begini:

“Nowadays, autocracies are run not by one bad guy, but by sophisticated networks composed of kleptocratic financial structures, security services (military, police, paramilitary groups, surveillance), and professional propagandists. The members of these networks are connected not only within a given country, but among many countries. The corrupt, state-controlled companies in one dictatorship do business with corrupt, state-controlled companies in another. The police in one country can arm, equip, and train the police in another.”

‘Orang jahat datang kembali’ justeru, ada sekutu dan jaringan yang ampuh, dan hanya boleh dialahkan oleh kekuatan rakyat. Mereka gumbira dan malah memainkan naratif ‘sarkas’ dan ‘penat berpolitik’ agar boleh kekal menunggang ketidakpedulian sesetengah rakyat ini. Mereka harus menjelma kembali. Penyangak ini hanya boleh dialahkan dengan kuasa keramat rakyat seperti yang dilakukan pada 9 Mei 2018.

PRN Melaka tidak akan berulang serentak ketika PRU15 dalam setahun dua lagi. Nasib Melaka di peringkat negeri ditentukan sabtu ini.


VIDEO PENDEK PRN MELAKA : PN VS MN HAPA PUN TAK BOLEH PAKAI


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : BEKAS TYT TURUN SARAPAN DI KEM PH


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA: KAH..KAH..KAH HAROMMMMM


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : KISAH CURI DUIT PASIR


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : ORANG MELAKA UNDI PH


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA ; ZAHRAIN HENTAM UMNO LAGI


 

KESIAN LA AZMIN ...AHLI DAH RAMAI YANG KELUAR..ZURAIDA DAH TUBUH PARTI BARU..SENYAP SAMPAI SEKARANG-HAAAA...NAIK MELALUI PKR...NAK LAWAN DENGAN 1 JUTA AHLI PKR...MEMANG MAMPUS LA KERJAYA POLITIK KAU SEMUA...

 

MELAKA: Kedudukan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka goyang apabila 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di empat pusat daerah mengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di sini mengisytiharkan keluar parti serta-merta.

Mereka terdiri daripada ahli-ahli di PDM Pasir Puteh, Taman Rumpun Bahagia, Peringgit dan Kampung Pengkalan Batu.

Menurut wakil kumpulan itu, Huslan Naim yang juga Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Pasir Puteh, pihaknya telah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan negeri dan Bahagian Hang Tuah Jaya yang tidak pernah ambil peduli dan soal kebajikan akar umbi.

Malah katanya lagi, akar umbi tidak puas dengan calon pilihan raya kerana gagal mengetengahkan anak tempatan Pengkalan Batu.

“Silap pilih kasih ini menyebabkan kami tidak tidak puas dengan kepimpinan Bersatu termasuk Ketua Bahagian, Mohdz Azrudin Md. Idris yang merupakan calon PN DUN Pengkalan Batu.

“Oleh itu kami 500 ahli mengisytiharkan keluar Bersatu berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Justeru itu, Huslan berkata, kesemua ahli Bersatu terlibat tidak sesekali menyokong dan mengundi Mohd. Azrudin selaku calon PN dalam PRN Melaka.

“Kami kecewa kerana beliau tidak pernah memanggil kami untuk terlibat dalam gerak kerja pilihan raya.

“Namun ia tidak bermakna kami akan menyokong Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) atau mana-mana calon lain,” jelasnya.

Beliau berkata, tindakan ini mengambarkan kepincangan dan kegagalan Bersatu menjelang pilihan raya negeri pada Sabtu ini. – UTUSAN

 



TAK PAYAH LA JAJARAN BARU BAGAI- LATIH AHLI BAGI CERDIK DULU......NOREH KE BELUM..HUJAN NIH KAT ULU

 


Gempar !!! Mat Hasan dedah bakal ada jajaran baharu di Perak




Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan memberi isyarat awal jajaran baharu bakal terbentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bukan hanya terhad dengan kerjasama Perikatan Nasional (PN) sahaja.

Mohamad berkata BN sedia membuka pintu kerjasama dengan parti lain, berkemungkinan bersama Pakatan Harapan (PH) sekalipun sekiranya tidak mencukupi kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri baharu selepas PRN nanti.

Mat Hasan dedah bakal ada jajaran baharu di Perak

Adakah jajaran baharu bakal terbentuk selepas PRN Melaka?

“Kita terbuka kerjasama dengan sesiapa…tak bermaksud dengan PN sahaja, dengan sesiapa boleh… apa pasal semua orang boleh bekerjasama dengan semua orang, UMNO tak boleh.

“Ibarat cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar. Jangan tutup pintu rapat sangat,” katanya menurut laporan dalam wawancara dengan Bernama.

Senario itu mungkin berlaku sekiranya BN hanya mampu mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi sebelum ini, menurut Mohamad.

Isu jajaran baharu ini kali pertama dibangkitkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya PN semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pendedahan terbuka Zahid itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi khabar angin sebelum ini dengan menyifatkan langkah tersebut diambil sesuai dengan dinamik politik yang sedang berlaku mengikut perubahan dan keadaan politik semasa negara.

“Kedinamikan politik pasti berlaku saya lihat…saya bukan seorang nujum politik tetapi saya yakin kalau mahu disebut hala tuju atau kedinamikan itu kita lihat, selepas PRU15, sama ada ia akan diadakan dalam waktu terdekat, atau dalam tempoh yang hanya Allah Taala sahaja tahu kerana kalau mengikut cukup tempoh pilihan raya adalah pada tahun 2023.

“Pada ketika itu, saya hampir pasti bahawa akan ada sesuatu yang akan berlaku kepada UMNO, sebagai sebuah parti induk orang Melayu dan Islam, di mana ketika itu akan ada Perikatan 3.0 bukan Perikatan Nasional,” katanya semasa wawancara Program 75 Tahun Jubli Intan lalu.

Untuk rekod, langkah sama sebelum melibatkan kerjasama BN dan PH juga sudah berlaku di Perak apabila pembangkang, PH bersetuju dalam rundingan perjanjian keyakinan dan pembekalan (confidence and suppy agreement, CSA).

UMNO dan PH juga bekerjasama dalam menjatuhkan Menteri Besar Perak sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas kalah dalam undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akhir tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata langkah meletak calon muka baharu adalah satu pertaruhan yang besar bagi memastikan proses peremajaan parti tersebut dapat dilaksanakan.

“Saya tak mahu beretorik dan kita kata kita nak meremajakan parti, tapi balik-balik muka yang sama dan bila masa saya nak tampilkan muka (calon) muda.

“Esok kalau kita buat macam itu, anak muda akan lari daripada UMNO. Parti-parti lain menggamit anak muda seperti DAP, PKR,Bersatu, PAS… UMNO masih duduk dalam gua dia…tak boleh.

“Jadi PRN ini melambangkan (bahawa) yang UMNO benar-benar mentransformasikan parti. Ini yang saya buat. Betul ini satu perjudian, but inilah wajah UMNO yang nak saya bawa,” katanya.

Pada PRN Melaka kali ini, BN bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daripada jumlah itu, UMNO bertanding di 20 kerusi, tujuh MCA dan satu MIC.

KETIKA LEBAI DERIS KOYAK BUAT LIVE FB...3.3K TENGAH MAKI.NAMPAK DIA MENTERI AGAMA PALING MELUAT DALAM DUNIA..SEBAB BODO PIANG







 

Panas !!! Sulaiman hanya Ketua Menteri sementara?Woiii..mana ada sementera sementara nih


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa Datuk Seri Sulaiman Md Ali hanya akan menjadi Ketua Menteri Melaka sementara sekiranya gabungan parti itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Menurut laporan Malaysiakini, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, “Kepada pengundi dan rakyat Melaka, jangan dengar! Jangan termakan dengan fitnah.

“Mana ada ketua menteri sementara sementara, ini bukan cerita main-main! Ini bukan cerita ketua kampung setengah penggal.”

Sulaiman hanya Ketua Menteri sementara?

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi.

Beliau menerusi laman Facebook juga mengingatkan pengundi agar tidak termakan dan terpengaruh dengan fitnah yang dilontarkan pihak tertentu.

Sebelum ini, Sulaiman dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka Datuk Seri Mohamad Hasan melihat Sulaiman sebagai pemimpin yang disenangi rakyat Melaka selain bebas daripada sebarang isu.

Sulaiman yang juga penyandang di kerusi DUN Lendu akan bersaing dengan Mejar (B) Abdullah Mahadi daripada (PN) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH).

PH, Tengku Zafrul bertemu sebelum Belanjawan 2022 digulung hari ini.

 




Oleh SURI LAILA / November 18, 2021

Pakatan Harapan hari ini selesai mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah bagi membincangkan pasca Belanjawan 2022.

Ahli Parlimen DAP, Lim Guan Eng memaklumkan, rundingan tersebut diadakan bagi membincangkan isu tertunggak antara PH dan kerajaan Persekutuan yang akan diputuskan apabila Tengku Zafrul menggulung perbahasan belanjawan di Parlimen esok.

“PH menekankan keperluan untuk meningkatkan peruntukan belanjawan untuk Sabah, Sarawak dan semua rakyat Malaysia yang menghadapi pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi.

“Belanjawan seharusnya mewakili dan menjaga semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Lim berkata, walaupun PH menghargai keperluan untuk mengawal defisit belanjawan, terdapat keperluan untuk berbelanja dengan berani untuk mengatasi pandemik Covid-19 serta membantu rakyat dan perniagaan

Terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), supaya dapat terus hidup, kata Lim.

“Peruntukan Belanjawan tambahan di samping Belanjawan 2022 berjumlah RM332 bilion secara berhemat tidak akan menjejaskan tahap hutang atau defisit dengan banyak tetapi mungkin kritikal dalam menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat,” ujarnya lagi.