Kematian bukan jenaka, dermawan tegur Sanusi

4C23CB2B-6EBF-4790-A160-09D673B104EF

KUALA LUMPUR – Aktivis dan dermawan terkenal, Datuk Seri R Jeyendran terkejut, kecewa dengan Menteri Besar Kedah yang masih boleh berseloroh dan ketawa dalam membuat kenyataan mengenai kontena jenazah.

Jeyendran yang juga pengasas dan pemilik syarikat perkapalan Maritime Networks Sdn Bhd berkata, hatinya terguris dengan cara pemimpin Pas itu menangani keadaan Covid-19 terutamanya kematian akibat pandemik itu di negeri tersebut.

Menurutnya, ketika negara ‘diserang’ Covid-19, masih ada individu yang sanggup berjenaka dengan kematian mangsa-mangsa virus itu.

”Saya terkejut, pelik, kecewa dan terlampau sedih apabila seorang pemimpin yang diamanahkan untuk menjaga sebuah negeri sanggup ‘berjenaka.

Maafkan saya wahai Menteri Besar jika teguran saya ini tidak begitu menyenangkan anda tetapi sedarkah anda apakah perasaan rakyat apabila seseorang yang kami anggap akan menjaga kebajikan dan hal ehwal mengeluarkan kenyataan seperti itu?

“Kematian berkaitan dengan Covid-19 ini bukan sesuatu yang main-main tuan. Bayangkan perasaan keluarga yang tiba-tiba hilang insan tersayang mereka dengan sekelip mata, ada yang jadi yatim piatu. Penderitaan dan tanggungan ini sungguh menyakitkan jiwa dan perasaan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Maritime Networks menyumbangkan empat kontena untuk dijadikan simpanan mayat pesakit Covid-19.

Jeyandran yang sendiri turun padang untuk mengagihkan kontena-kontena berkata, hatinya meruntun apabila kali pertama dibawa ke lokasi sebuah hospital, yang mana ada jenazah terpaksa diletakkan di atas lantai.

“Kerana itu juga tanpa fikir banyak tentang perbelanjaan  Maritime Networks menyumbang kontena. Kami memberikan sumbangan kontena untuk beri penghormatan terakhir kepada mangsa, kepada yang meninggalkan kita.

“Jadi untuk berlawak jenaka dan merasakan kematian itu sesuatu yang lucu adalah sesuatu yang tidak patut langsung.

“Menteri Besar Kedah perlu lebih berhati-hati dan patut ada sifat empati pada masa depan,” katanya.

MARITIME NETWORK SUMBANG DUA KONTENA SIMPAN JENAZAH PESAKIT COVID-19

Muhammad Sanusi dalam kenyataannya semalam dilaporkan berkata, kontena jenazah mencukupi dan sesiapa hendak masuk bagi nama.

Kenyataan dalam nada berseloroh itu mendapat kecaman para netizen yang menyifatkan sebagai pemimpin tidak sensitif dengan kesedihan rakyat.

Nasihat Jeyendran lagi, ada baiknya untuk Muhammad Sanusi melakukan lawatan sendiri ke hospital-hospital yang terkesan dengan Covid-19 kerana ada hospital yang memohon  bantuan kontena untuk menempatkan jenazah.

“Memang kes positif Covid-19 meningkat begitu juga kematian sehingga ada pihak hospital yang mohon bantuan kontena. Jika cukup, tidak mungkin mereka tampil mohon bantuan.

“Saya bukan cakap begitu sahaja sebaliknya anda boleh lihat sendiri dalam laporan media malah masih ada lagi pendedahan hospital di Kedah perlukan sumbangan.

”Beberapa hari lepas, syarikat saya melalui Naib Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh telah menyampaikan satu kontena sejuk beku ke Hospital Kulim.

“Mohon sangat-sangat kepada Menteri Besar dan pihak berwajib untuk lihat situasi itu. Keadaan pandemik ini sememangnya sungguh mencabar semua, mohon lebih ramai tampil membantu selagi yang anda mampu.

“Lagi ramai tampil lagi banyak kita dapat bantu dan kurangkan bebanan yang sedang ditanggung oleh rakyat kita sendiri, ini bukan soal kaum mahupun latar belakang. Kita semua rakyat Malaysia, susah senang kita tempuhi sama-sama,” ujarnya. -MalaysiaGazette

SANUSI BIADAB, TIDAK SENSITIF RAKYAT KEHILANGAN AHLI KELUARGA

HOSPITAL KULIM DAPAT SUMBANGAN KONTENA SIMPAN MAYAT PESAKIT COVID-19

 

walaupun dengan kata-kata atau emosi.

Hanya mereka yang mengalaminya tahu betapa peritnya kehilangan orang tersayang, ujarnya.

 


20 ahli Parlimen pembangkang dirakam keterangan setakat ini By Kumara Sabapatty - 7 August 2021

 MGF07082021_OCIPDDANGWANGIBARU07

Ketua Polis Daerah Dang Wangi baharu ACP Noor Dellhan Yahaya bercakap pada Majlis Penghargaan kepada Pengamal Media di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi , Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI,07 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Seramai 20 ahli Parlimen pembangkang yang menyertai perhimpunan Solidariti bersama Anwar Ibrahim yang membantah penggantungan persidangan Dewan Rakyat pada 2 Ogos lalu telah dirakam keterangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellan Yahaya berkata, proses rakaman keterangan itu bermula sejak 4 Ogos yang lalu.

“Ia termasuklah tiga lagi ahli Parlimen pembangkang yang tampil dan memberi keterangan di IPD jam 10 pagi tadi iaitu Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen PKR Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengesahkan dua lagi pemimpin tertinggi pembangkang turut dirakam keterangan oleh pegawai penyiasatnya pada hari ini.

Mereka adalah Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen PKR Pandan.

“Anwar dan Wan Azizah juga termasuk dalam 20 ahli Parlimen itu yang dirakam keterangan sehingga hari ini.

“Pegawai penyiasat kami dari Dang Wangi telah pergi ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya dan merakam keterangan daripada kedua-dua pemimpin itu bermula jam 11 pagi tadi,” katanya.

Semalam Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Ahli Parlimen Ipoh Barat Kulasegaran hadir ke IPD Dang Wangi di sebelah pagi dann petang dan selesai memberi keterangan kepada polis.

Turut dirakam keterangan semalam adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub.-

PKP terlalu lama hingga bisnes hampir lingkup – Peniaga

 Pix-India-Gate-04


Restoran India Gate yang sunyi tanpa pengunjung ekoran dine-in tidak dibenarkan.

KUALA LUMPUR – Seorang usahawan kesal kerana  kerajaan masih belum membuat sebarang ketetapan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedangkan perniagaan majoriti peniaga sudah nazak.

Pemilik restoran India Gate, berkata, ramai peniaga sudah kehilangan daya dan kata-kata kerana PKP yang berpanjangan tanpa ada noktah.

Keadaan sukar ini bagaimanapun semakin mencabar apabila pemimpin-pemimpin masih sibuk berpolitik siang dan malam, berbincang tentang kuasa dan kedudukan masing-masing.

Beliau yang sudah 90 hari yang patuh tidak membenarkan restorannya dibuka untuk dine-in tidak dapat mengawal perasaan marah, sakit hati dan kecewa dengan senario semasa negara.

”Tidak ada apa-apa yang konsisten, kita tertunggu-tunggu apakah pengumuman seterusya selepas kita lalui lalui PKP untuk masa cukup lama.

“Tapi apa yang kita dengar hanyalah tentang kuasa, kedudukan dan siapakah yang masih berkuasa dalam politik. Habis nasib rakyat, peniaga bagaimana?

“Sebagai peniaga kita susah hati dengan ketidakpastian keadaan,” katanya dengan nada kesal.

Description: Pix-India-Gate-01Pemilik India Gate, Saravanan Subramaniam

Menurutnya, dia sendiri tidak faham walaupun kerajaan sudah melaksanakan PKP, Pelan Pemulihan Negara tetapi angka kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 masih tinggi.

Soalnya, kenapa angka-angka itu masih tinggi kerana rakyat sudah lama berkurung.

“Kalaulah keadaan ini masih berterusan, percayalah perniagaan, restoran-restoran akan lingkup,” ujarnya yang buntu.

Saravanan dengan penuh emoasi berkata: ”Tolonglah kami, kami sudah nazak ini. Tolonglah.

”Bukan sahaja rakyat sedang dan akan mati kerana Covid-19 tetapi juga ekonomi”.

Beliau turut kesal kerana ketika keadaan semakin rumit, banyak pekerja hilang pekerjaan, anak-anak kelaparan tetapi PKP yang dilaksanakan masih tidak dilakukan dengan serius.

Lebih menyedihkan ketika rakyat semakin miskin, mekanisme jitu untuk bantu rakyat masih belum mencapai tahap yang diharapkan, katanya. 

 


OWHHH IJAZAH DIRAGUI KAU NAK SELESAI MASALAH NEGARA? NEGERI PERAK OK DAH KE ?


KAK IDA ABDULLAH


Depa sakitkan hati kita sehingga kita hanya mampu gelak dan geleng kepala shj. Demikianlah manusia apabila dikuasai syaitan, pelik sungguh tindakan mereka.

Kita ada Tuhan.

 

 May be an image of 1 person and text that says "malaysiakini BERITA malaytioun Saya dilantik untuk selesaikan masalah negara yang sangat teruk: Faizal Azumu"

110 FLAVOURS

SETELAH SAH TIADA KEABSAHAN, AGONG KINI DIPOHON BERI TITAH BARU KEPADA MAHIADDIN

 

Kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri yang tiada sokongan majoriti kini bukanlah suatu rahsia lagi.

Sidang media tanpa peduli SOP oleh Ismail Sabri Yaakob yang baru tidak sampai sebulan dibuai keseronokan diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri di DBKL semalam dengan sendirinya memberi malu dan mengesahkan di mata dunia bahawa Mahiaddin adalah Perdana Menteri tanpa majoriti.

Sekarang ini, bukan saja rakyat termasuk budak-budak sekolah dapat memahami Mahiaddin tiada lagi majoriti, bahkan Puan Sri Norainee Abdul Rahman yang tidur di sebelahnya pun tentu turut sedar suaminya sudah pun kehilangan seri.

Jika orang bermoral dan berintegiti tinggi, dalam keadaan ini tentunya pilihan yang diambil ialah meletak jawatan atau mengundurkan diri.

Tidak cukup dengan tiada majoriti, perletakan jawatan dua menteri setakat ini – Shamsul Anuar Nasarah dan Noraini Ahmad – lebih memberikan tamparan kepada Mahiaddin.

Yang Dipertuan Agong pula, sementara dimaklumkan oleh Mahiaddin pada Rabu lalu bahawa beliau masih memiliki sokongan mencukupi, pastinya juga mula sedar keadaan semasa yang sudah berubah kini.

Kabinet ini kelihatannya mula tempang, barangkali hanya menunggu masa untuk lebih ramai mengambil pendirian yang sama.

Apa pun, dengan kesahihan Perdana Menteri yang sah tiada majoriti dan seorang demi seorang menteri meletak jawatan, kerajaan PN ini akan terus jadi tidak stabil dalam urusan sehariannya mentadbir negara.

Rakyat sendiri tentunya malu dan tidak mahu ditadbir kerajaan tanpa majoriti ini.

Menjelang tempoh sebulan lagi sebelum sidang Parlimen diadakan di mana Mahiaddin sudah tiada pilihan untuk akur membenarkan usul undi percaya dibentangkan terhadapnya, yang paling malang sekali tentunya ialah nasib dan sengsara rakyat yang akan terus tidak dipeduli.

Ini kerana dalam tempoh sebulan ini, Mahiaddin dan menteri-menteri kerajaan tentu saja lebih sibuk mengisi masa mereka dengan pelbagai aktiviti dan perancangan untuk memenangi usul undi percaya itu berbanding menjaga perut dan poket rakyat.

Selain Mahiaddin pastinya lebih sibuk agar tidak dijatuhkan dan seterusnya hilang kuasa, Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri dan beberapa menteri sendiri pada semalam telah memperlihatkan keutamaan mereka lebih mempertahankan kuasa apabila sanggup berkumpul beramai-ramai di Auditorium DBKL hanya semata-mata atas agenda politik.

Selepas ini entah berapa banyak lagi mesyuarat siang dan malam, termasuk bertemu di rumah Mahiaddin bagi kerja-kerja politik yang tujuannya mempertahankan kuasa itu.

Akhirnya, dengan gaji, elaun lumayan dan pengiring yang diterima melalui wang pembayar cukai, bukanlah rakyat yang dijaga diutama, sebaliknya hanya perut dan jawatan sendiri.

Dalam hal ini, bagi mengelakkan pembaziran dan negara terus dalam ketidak-tentuan dalam tempoh sebulan akan datang iaitu sebelum sidang Parlimen diadakan, adalah benar-benar dipohon agar Agong selaku ketua negara dapat campurtangan dengan segera.

Demi untuk kebaikan negara, adalah anat menggembirakan rakyat kiranya Agong dapat menasihatkan Mahiaddin agar meletakkan jawatan saja berikutan ketiadaan majoritinya kini bukan lagi rahsia atau pilihan lain, mengadakan sidang khas Parlimen harus diadakan pada kadar segera dan secepat mungkin dengan agenda khusus hanya berkaitan usul undi percaya saja.

Agong dengan ini boleh menarik balik perkenan baginda atas cadangan Mahiaddin yang mahu ujian keabsahannya dilakukan pada sidang Parlimen September nanti.

Negara ini tidak boleh dibiarkan lebih lama dalam kecelaruan dan kekalutan tentang pertikaian tiada majoriti yang dimiliki oleh Perdana Menterinya.

Penyelesaiannya mesti disegerakan agar pemimpin yang benar-benar dibuktikan keabsahan yang berhak mengendalikan urusan negara dan menjaga rakyat.

Perdana Menteri yang tiada majoriti, kalau memiliki masa, hanya akan sibuk menggunakannya untuk mencari dan membeli undi berbanding memastikan rakyat memiliki wang untuk membeli makanan.

Bimbang jika September nanti baru keabsahan mahu ditentukan, lebih banyak kerosakan dan kehancuran makin tak terbendung.

Sekali lagi, bersama kedegilan Mahiaddin dengan pelbagai helah serta alasanya, sehelai kenyataan media titah Istana Negara barangkali adalah ubat kelegaan bagi rakyat agar negara ini dapat segera keluar daripada kekalutan dan ketidaktentuan yang sudah lama berlarutan.

(ShahbudinHusin 07/08/2021)



MAIN-MAIN LA DENGAN RAKYAT. KALAU NAK LOYAR BUROK PUN PATUT PATUT LA...PEMBOHONG KUAT.

 

Isu kontena mayat COVID-19: "Saya mohon maaf kepada yang tersinggung" - MB Kedah


Abd Hadi Che Awang
Isu kontena mayat COVID-19: "Saya mohon maaf kepada yang tersinggung" - MB Kedah
Menurut Muhammad Sanusi Md Nor, jawapan yang diberikan itu merupakan antara gurauannya dengan kumpulan wartawan yang sudah memahami karakter beliau sebelum ini. - Gambar fail
SINTOK: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dan terasa hati berhubung kenyataan beliau membabitkan penggunaan kontena sejuk beku untuk mayat COVID-19 dalam satu sidang media pada Jumaat.
Menurut beliau, jawapan yang diberikan itu merupakan antara gurauannya dengan kumpulan wartawan yang sudah memahami karakter beliau sebelum ini,,
“Namun telah ditularkan di luar konteks sebenar berkaitan apa maksud sebenar yang ingin disampaikannya,” katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach IPT, Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, pada Sabtu.
Susulan penularan video berkenaan, Sanusi mengakui, telah menerima pelbagai maklum balas susulan isu berkenaan termasuk mesej-mesej yang mencela dirinya.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan, semua itu asam garam seorang pemimpin politik terutama ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Besar.
Mayat COVID-19 | Menteri Besar Kedah mohon maaf
"PC (sidang media) semalam yang 'top'nya (difokuskan adalah) tentang gurauan itu sahaja, (ia sebenarnya) di luar konteks yang sebenar, oleh kerana ada pihak yang tersinggung (dan) terasa hati dengan gurauan itu, saya ambil kesempatan pagi ini untuk memohon maaf, kepada pihak yang tersinggung dengan gurauan itu,
"Saya ingin menyatakan saya hanya bergurau dengan adik-adik wartawan yang telah jadi sebahagian daripada keluarga saya, depa (mereka) tahu saya punya karakter (sebenar).
“Oleh kerana masuk dalam kamera (gurauan itu), nasib saya, (selepas itu) ramai yang menghantar mesej mencela, tapi saya terima sebagai adat dalam kerjaya saya, ada yang suka ada yang benci, tapi saya sayang semua orang," kata Sanusi.
Pada Jumaat, tular di media sosial, sedutan video kenyataan kontroversi Sanusi yang menyebut: "Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama.”
Guruan Sanusi itu menyebabkan beliau menjadi sasaran kritikan pemimpin pembangkang selain netizen yang menyifatkan Menteri Besar Kedah itu tidak sensitif dengan perkembangan penularan COVID-19.
Dalam perkembangan berasingan, beliau mendedahkan bahawa gambar kenderaan Ford Ranger Raptor yang tular baru-baru ini, adalah milik seorang kenalannya yang kemudian ditawar kepadanya untuk disewa.
Jelasnya, selepas kejadian beliau dilihat hadir di sebuah pusat pameran kereta di Juru, Pulau Pinang, Jun lalu, kenalan terbabit berpandangan ada keperluan membeli kenderaan pacuan empat roda itu terutama bagi kerja-kerja membantu penduduk sekitar.

MGTV LIVE : Kerajaan Sudah Runtuh, Hanya Tinggal 98 Kerusi Sahaja - Pemu...

MGNews: Anwar Ibrahim Beri Keterangan Di Ibu Pejabat PKR


MGNews: Anwar Ibrahim Beri Keterangan Di Ibu Pejabat PKR

 

Presiden PKR Anwar Ibrahim hadir ke pejabatnya bagi memberikan keterangan mengenai isu himpunan MP baru-baru ini.

MGNews: Kita Tunggu... Anwar Dan Azizah Telah Beri Kerjasama - Peguam


MGNews: Kita Tunggu… Anwar Dan Azizah Telah Beri Kerjasama – Peguam

 

MT Umno kata langkah Ismail Sabri makan diri!

 

MT Umno kata langkah Ismail Sabri makan diri!


 

Ada beberapa sebab kenapa sidang Media Ismail Sabri pagi semalam makan diri dan menikam balik PM dan Kerajaan PN.

Pertama, Dr Noraini Ahmad umum letak jawatan sebagai Menteri KPT. Ia memalukan Ismail kerana Noraini ada “weightage”.

Noraini adalah Ketua Wanita UMNO yang bertaraf Timbalan Presiden. Di belakangnya akar umbi UMNO yang besar dan penting. Itu yang Muhyiddin mahukan. Tetapi Ismail gagal deliver untuk PM.

Kedua, Ismail memasukkan nama TS Noh Omar dan Azeez Rahim dalam senarai yang sokong Muhyiddin. Tetapi kedua duanya nafi dalam sidang media berasingan. Ismail dimalukan.

Ketiga, Ismail berselindung guna naratif mentaati titah YDP Agong. Baginda mahu keabsahan Kerajaan PN ditentukan oleh Parlimen September nanti.

Sedangkan semua tahu, jika UMNO tidak hantar senarai 8 MP yang tarik sokongan, tidak mungkin PM tertekan dan benarkan usul “undi percaya” dibentang di Parlimen.

Keempat, Ismail Sabri mendedahkan dirinya sebagai penentang keputusan parti. Dalam mesyuarat MKT dia berikrar akur keputusan parti dan sedia letak jawatan.

Rupanya dia masuk kumpulan yang ikut agenda musuh UMNO. Sepatutnya dia bersolidariti dengan partinya sendiri.

Kini Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tidak bersama dengannya. Pengerusi Pengerusi Perhubungan negeri juga tidak bersamanya.

Ismail Sabri hanya didokong oleh MP UMNO yang sudah jumpa pintu keluar seperti Idris Jusoh, Ahmad Hamzah, Ismail Mutalib, Nazri, Mastura, Halimah, Annuar Musa, Zahidi, Sahar, Shahidan, Hassan Ariffin dan Tajuddin.

Warkah YDP Agong 29 Julai menzahirkan rasa murka dan dukacita Baginda kepada PM dan Kerajaan PN kerana isu Ordinan Darurat. Kenapa Ismail Sabri berdegil untuk bersama dengan Muhyiddin?


Sektor industri sah penyumbang terbesar kluster Covid 19, Azmin kelirukan Parlimen?

 


Kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor semalam yang mendakwa sektor perkilangan sebagai penyumbang terbesar kluster Covid 19 di Selangor cukup untuk menolak penjelasan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Parlimen minggu lalu, bahawa sektor perkilangan bukan penyumbang utama kluster Covid di Malaysia.



Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Chua Wei Kiat, ciapan di Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia semalam mendedahkan segala-galanya yang amat ditakuti oleh warga Selangor sejak sekian lama.



"Dalam satu ciapan di Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (@KKMPutrajaya), Pengarah JKN Selangor memaklumkan sektor perkilangan merupakan penyumbang terbesar kluster di Selangor. Ia juga mendakwa tiada satu pun kluster di Selangor berpunca daripada sambutan perayaan.



"Ciapan yang disiarkan pada jam 10.53 pagi Jumaat itu jelas menunjukkan kekhuatiran yang disuarakan sebelum ini oleh pihak pembangkang adalah benar," kata Chua dalam satu kenyataan.



Tambah ADUN Rawang itu, sebelum ini AMK telah mendesak pihak kerajaan untuk menutup sektor industri buat sementara waktu termasuk meminta Kerajaan Negeri untuk menggunakan kuasa negeri menutup sementara operasi kilang.



Namun katanya, Menteri MITI, Azmin Ali memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan jika Kerajaan Negeri melangkaui keputusan kerajaan pusat membenarkan kilang-kilang berkenaan terus beroperasi.



"Malah Azmin juga menafikan sektor perkilangan menjadi penyumbang kluster terbesar. Ini jelas beliau telah mengelirukan dewan (Parlimen minggu lalu)



"Demi menaikkan semula ekonomi dengan pelan yang tidak jelas, kerajaan hanya menjadikan keadaan semakin teruk.



"Negeri Selangor atau Lembah Klang amnya telah lumpuh dengan mencatatkan kes harian lebih 10,000 sehari. Dalam tempoh dua minggu sahaja kawasan ini menyumbang 100,000 kes positif serta kes kematian tertinggi.



"Jelas kerajaan hari ini bukan sahaja gagal dalam menjaga keselamatan rakyat, malah kerajaan tidak peduli akan kesihatan rakyat dengan mengerah rakyat berdepan wabak pembunuh demi menaikkan ekonomi," kata Chua.



Menurut beliau, pelan imunisasi Covid 19 kebangsaan tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk membuka sektor industri seluas-luasnya kerana tiada data lengkap mengenai jumlah pekerja sektor industri yang telah divaksin.



"Kerancakan Program Imunisasi Kebangsaan tidak boleh dijadikan kayu ukur dan justifikasi untuk sektor perkilangan terus beroperasi dalam skala besar di seluruh negara terutama di Selangor.



"AMK juga menggesa kerajaan mengeluarkan data jumlah pekerja kilang yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19.



"Ini adalah penting agar umum tahu dalam keghairahan kerajaan membenarkan sektor perkilangan terus beroperasi, adakah para pekerja ini diberi keutamaan dalam Program Imunisasi Kebangsaan atau mereka hanya dikerah untuk menjana ekonomi tanpa perlindungan sewajarnya," kata beliau lagi.

 


Lawak bodoh kontena jenazah Covid 19: MB Kedah perlu mohon maaf - AMK

 

Angkatan Muda KEADILAN Kedah (AMK) mengutuk keras kenyataan Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengenai isu penyediaan kontena bagi jenazah pesakit Covid-19, semalam.

Menurut Ketua AMK Kedah, Mohamad Firdaus Johari, lawak bodoh Sanusi “Kontena jenazah mencukupi, sapa nak masuk bagi nama” sangat tidak sesuai diucapkan dalam sidang media selepas beliau melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Pertama Negeri Kedah di Amanjaya Sports Arena, Sungai Petani.

"AMK Negeri Kedah melahirkan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan media yang dibuat oleh MB Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengenai isu kontena bagi jenazah pesakit Covid-19.

"Ekoran kenyataan MB Kedah itu, AMK Kedah menuntut agar beliau membuat permohonan maaf secara terbuka, khususnya terhadap rakyat Kedah.

"Respons yang dibuat adalah sangat biadap, kurang ajar dan tidak sensitif terhadap rakyat yang telah kehilangan ahli keluarga dengan menjadikan isu kematian sebagai bahan jenaka," katanya.

Bagi Firdaus, gurau kasar MB tersebut tidak boleh dipertahankan meskipun sebagai suatu sindiran kepada rakyat supaya lebih menjaga prosedur operasi standard (SOP) atau pun berhati-hati menghadapi wabak korona virus.

"Mungkin akan ada penyokong tegar dari Psa yang mempertahankan MB Kedah dengan mengatakan jenaka tersebut cara beliau menyindir rakyat yang tidak menjaga SOP.

"AMK Kedah sebaliknya ingin mengingatkan bahawa MB merupakan individu yang telah didapati melanggar SOP, dan dikenakan kompaun berhubung kes memandu uji kereta di pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Seberang Perai, pada 5 Jun 2021 lalu," ujarnya.

Beliau juga mengingatkan bahawa telah berlaku peningkatan mendadak jumlah jangkitan harian Covid 19 di Kedah sejak beberapa hari lalu tetapi MB tidak pula memberikan respons mengenai hal mendesak itu.

Menurut Firdaus, merujuk kepada laporan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, sebanyak 53,474 jumlah kes Covidtelah dicatatkan di Kedah, di mana 22 kes kematian baharu dilaporkan semalam.

"Sehubungan dengan pengumuman dan angka besar yang dibanggakan oleh Menteri Besar Kedah mengenai kemasukan pelaburan asing (FDI) yang diluluskan berjumlah RM42.4 bilion setakat suku pertama tahun 2021, AMK Kedah menggesa agar Kerajaan Negeri memperuntukkan bantuan kewangan ke hospital di seluruh negeri bagi membeli kelengkapan tambahan hospital seperti katil, tabung oksigen, kontena dan sebagainya dalam usaha untuk menambah baik pengurusan pandemik Covid-19 di negeri Kedah," kata beliau lagi.

 



KKM PADAM KENYATAAN ?

 

HAMZAH RIE NA


Ingatkan HARAKAH selalu 'Error404' setelah kantoi menipu atau memfitnah, KKM pon sama 'Error404' ?

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1423477277078167556

SR

 May be an image of ‎text that says "‎Setelah penipuan Azmin dikantoikan, KKM padam tweet mengenai 'Kluster Kilang' TWEET DIGHAIBKAN UNTUK SEMBUNYIKAN KEBENARAN KKMalaysia @KKMPutrajaya *** 17:20 Ù‡ Tweet Sektor perkilangan penyumbang terbesar kluster di Selangor. Tiada satu pun kluster di Selangor berpunca daripada sambutan perayaan -Pengarah JKN Selangor. This Tweet has been deleted. Translate Tweet 06:53 06/08/2021 Twitter for iPhone 8,993 Retweets 4,150 Quote Tweets 556 ikes SR suararakyat‎"‎

UMNO AKAN TERUS GAH TANPA MP 'CURANG'




Oleh Norman Radzuan

Jika 31 MP UMNO itu disingkir keahliannya impaknya hanya 10% kpd parti. UMNO akn terus gah tapi yg pastinya 31 MP tersebut akn hilang Parlimen dan sekaligus hilang jawatan Menteri atau GLC mereka selepas PRU15.

Ini kerana kekuatan UMNO grassroots mereka yg sukar ditandingi oleh mana2 parti kerana ia sudah terbina 60 tahun lamanya.

Nazri Aziz, Ismail Sabri, Annuar Musa, Shahidan Kassim dan lain2 tiada kekuatan atau aura langsung seperti DS Anwar. Mereka jgnkan kata mampu menubuhkan parti, malah utk menang bertanding MP atas tiket Bersatu pun mereka akn tewas.

Sb apa mereka tiada aura? Sebab penyokong mereka bukan dari kalangan mereka yg ingin melawan kleptopkrasi tetapi mereka yg mahu kleptokrasi itu berleluasa. Penyokong mereka hanya mahu laba politik... ia berbeza dgn PKR dahulu ia adalah parti air mata yg didokong oleh rakyat bawahan.

Sejarah juga telah buktikan perpecahan antara team Mahathir dan Ku Li. UMNO tetap gah dan S46 akhirnya berkubur. Jadi UMNO tidak perlu gundah utk menyingkirkan MP yg dianggap curang kpd parti. Ia perlu dilakukan segera sebelum parti itu dihijack dan Presiden digulingkan bersama Timbalannya.

Muhyiddin disokong ketika ini bukan kerana Bersatu itu

hebat

tapi kerana dia PM yg berkuasa.Tanpa UMNO, Bersatu tidak akn menang walau satu kerusi Parlimen pada PRU15 nanti. Disebabkan itu ROS seperti dipergunakan utk 'dihijack' dgn apa cara sekalipun. UMNO diperlukan oleh Muhyiddin dan 31 MP BN masakini dan utk PRU15 nanti.