VIDEO : Amir Hijaz Fans - 10 Jun 2021 - Demi Negara, Kerajaan Mesti Bertukar

SENARAI ANTARA AHLI PAS KALAH SAMAN FITNAH TERHADAP PIMPINAN AMANAH

 

BOB KELANANG


1. 10 Nov 2017- Bendahari Agung dan PJ PAS Perak kalah saman Fitnah RM200k terhadap DS Nizar.

2. 26 Jun 2018 - Ahli Dewan Ulama PAS Che Masri kalah Saman Fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan seleweng tanah.

3. 7 Sept 2018 - Cybertroopers PAS Herman

Samsudeen memohon maaf dalam Mahkamah kerana memfitnah Dato Mahfuz menerima Dana UMNO

4. 25 Jan 2017 - Hasan Ali kalah saman fitnah

RM200k terhadap YB Khalid Samad kerana memfitnah YB Khalid menentang hukum syarak dan menyokong penjualan arak.

5. 25 Ogos 2018 - Muslimah PAS Wan Asshima terpaksa memohon maaf kepada YB Khalid Samad kerana fitnah meluluskan pesta gay. YB Khalid tekad teruskan saman.

Alhamdulillah hari ini Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Haji Husam Musa menang kes saman fitnah terhadap Datuk Dr. Wan Zawawi Wan Ismail.

Zawawi pada masa berkenaan merupakan Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan.

 

May be an image of 2 people and text that says "Husam menang saman fitnah yang dibuat Ahli Lajnah Politik PAS Kelantan MD dateline 26Jun2019 Jun 26Jun SR suara rakyat ZAWAWI DI DALAM STATUS FACEBOOKNYA FITNAH AMANAH TERIMA DANA TAUKEH JUDI DARI DAP DIGUNAKAN UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN PAS KELANTAN DENGAN GAMBAR HUSAM MUSA BERSAMA TULISAN TERSEBUT"

Amir Hijaz Fans - June 2021 - Lain Dulu Lain Sekarang

VIDEO : ADA USAHA MENYELAMATKAN KERAJAAN GAGAL?



Jelasnya, Ahli Parlimen Pembangkang juga adalah sebahagian daripada cabang perundangan Perlembagaan Persekutuan seperti Ahli Parlimen Kerajaan. “Sekiranya hanya Ahli Parlimen Kerajaan yang dapat memutuskan peraturan prosedur bagaimana mesyuarat Parlimen hibrid dijalankan, Parlimen 'rubber stamp' ini bermaksud berakhirnya Parlimen sebagaimana yang kita ketahui.





VIDEO : FITNAH PRESIDEN PAS!! JAWAPAN ANWAR IBRAHIM!

LEBAI RAZMAN, PJ PAS PERAK MEMBUKTIKAN LEBAI HADI DAN PARTINYA BODOH? INI KEBODOHAN RAZMAN ZAKARIA...




Tak pasal-pasal  Razman Zakaria, PJ Pas perak menunjukkan kepada kita bahawa partinya dan lebai Hadi tu bodoh sebab mengharamkan GST.

Razman kata, harga barang sekarang ini naik kerana tiada GST. Kalau ada GST, barang mesti murah. Nampak tak apabila orang bodoh mahu bercakap pasal ekonomi sehinggakan tidak sedar partinya dulu pun mengharamkan GST.

Waktu PH perintah, walaupun kita hapuskan GST, harga barang dapat dikawal dengan baik. Waktu perayaan, harga ayam dan daging jauh lebih murah berbanding era kerajaan tebuk atap sekarang. Waktu PH perintah, tanpa GST harga minyak masak masih murah. Sekarang ini, di bawah kerajaan tebuk atap, tanpa GST tapi harga minyak masak sekali ganda naik. Salah GST ke atau menteri yang bangang?

Lain kali, Razman kalau mahu tunjuk bodoh, jangan tunjuk semua. Simpan sikit untuk jenerasi kamu.

WFAUZDIN NS

CAKAP BAB AGAMA PUN TAK JUGA KEMANA...NAK CAKAP BAB EKONOMI..PATUT LA KENA SAMAN BANYAK KALI...????UNTUNG NIZAR JAMALUDDIN.

 May be an image of 1 person and text that says "Razman Zakaria @RazmanZakaria60 Keputusan PH yang paling tidak cerdik adalah menukar GST balik semula kepada SST Keputusan ini menarik ekonomi negara 50 tahun ke belakang. Harga barangan tidak dapat dikawal kerana ada yang mengambil keuntungan melampau. Hasil kerajaan berkurangan, kebocoran hasil meluas."


KAU KALUT DENGAN BMF SATU KETIKA DAHULU...KEMUDIAN KAU BELI BARANG KEDAI BANGSA  LAIN UNTUK DIAGIHKAN.CAKAP BAB EKONOMI KAU KELAUT...SEMBANG LEBIH SAMPAI KENA SAMAN

May be an image of one or more people, people standing and text that says "Sinar Harlan EDISI JPV Perak arah ladang babi ditambah baik elak bau 03 May 2021 SAIFULLAHAHMAD SAIFULLAH AHMAD"




SIAPAKAH KERA ? GADUH...GADUH.....

 May be an image of text

MANA LCS BELUM SAMPAI WALAU BERBILLION DAH DIBAYAR ?

 

HAMZAH RIE NA


SEBELUM INI ketika PH memerintah.. ATM dedah tidak terima helikopter AS bernilai RM300 juta dibeli pada 2015, KINI KAPAL PULAK ??!

RM6 BILION sudah dibayar utk pembelian 6 buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) pada 2014, tetapi hingga sekarang SEKETUL KAPAL LITTORAL COMBAT SHIP (LCS) PUN BELUM DITERIMA LAGI, kenapa ??!

Malah dimintak lagi tambahan RM1.4 billion utk siapkan projek.

KENAPA TIBA-TIBA ADA TAMBAHAN RM1.4 BILION ITU ??!

SIAPA MENTERI PERTAHANAN ketika itu ??!..

SEJAK PN berkuasa, kenapa siasatan terhadap pendedahan LCS tersebut tiba² jadi senyap?

Patut ler Hishammuddin sama² mengetuai 'LANGKAH SHERATON' bagi 22 ahli parlimen BN-UMNO lain berjumpa di rumah Azmin Ali waktu malam tempohari tanpa pengetahuan rakyat.

#PintuBelakang

#SelamatkanPenyamun

SR

 

May be an image of 1 person and text that says "FAKTA 6 buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) Harga pembelian RM9.13 bilion SR Beli pada tahun 2014 Datuk Seri Hishammuddin Hussein bekas Menteri Pertahanan ketika pembelian 6 kapal Littoral Combat Ship (LCS) dibuat RM6 BILION DAH DIBAYAR, TETAPI SATU KAPAL PUN TAK DAPAT? KERAJAAN 'PINTU BELAKANG' BERJAYA, PENYAMUN TERSELAMAT"


HEBAT MITI BAWAH SEMBURIT, PENYAMUN PUN DAPAT KELENTONG MITI UNTUK RENTAS NEGERI?

 

W.FAUDZIN

May be an image of 2 people, people sitting, people standing and text that says "F T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINIO Geng 36 guna surat MITI rentas negeri, samun ahli perniagaan di Melaka Bernama June ,11, 2021 4:45 PM 14.9k Shares AFZAN MAJID Ketua Polis Melaka, Abdul Majid Mohd Ali, berkata semua suspek yang ditahan direman lima hari hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan"

Siasatan awal mendapati ahli Geng 36 itu memasuki Melaka menggunakan surat kebenaran pergerakan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas urusan perniagaan sekuriti.

“Satu daripada kenderaan yang digunakan suspek juga mempunyai dua pelekat yang dicetak dengan lambang menyerupai logo polis, dipercayai untuk mengaburi aktiviti jenayah yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah dan semua mereka ditahan reman selama lima hari sehingga esok.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan satu rompakan berkumpulan dan Seksyen 379A KK kerana curi kenderaan.

MENTERI NI TAK BERFUNGSI..DIA DIAM DAN RELAX SAJA

 

Antara Menteri yang Kebal serangan netizen.

Paling takde function sekali.

Rakya bergaduh lah macamna pun.

Dia buat tak tahu je.

#degupnadirakyat

 

May be an image of 2 people, people standing and text that says "SAFANAS Media.my 11h. Rider Foodpanda mengamuk selepas seorang pelanggan yang mengaku beragama Kristian telah menghina agama islam dengan membuat pesanan menggunakan nama: "Ardilas anak Allah Taala Tuhan Allah Taala" Menteri Perpaduan masih HILANG"

TEBUK DAN KHIANAT BUKAN BERMAIN POLITIK KAH ? ATAU TAKUT HILANG KUASA?

 May be an image of 1 person and text that says "4G 21:59 68% Harakahdaih inkusir Anwar masih tidak serik bermain politik, PH celaru June 11, 2021 f in KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan menegur Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana masih tidak serik bermain politik. 2"

PKP TAMPA TUTUP KILANG TIDAK AKAN BERJAYA

 

HAMDAN TAHA


Berdasarkan berita ini jika masih pkp tapi tak tutup terutama kilang kes tak akan selesai dan menurun kerana 70 kes setiap hari datangnya daripafa tempat kerja

Kea yang membabitkan hari raya saja jangkakan telah hampir selesai kerana hari ni penamat syawal maknanya dah 30 hari berlalu. Jika ada pun semuanya telah di kenal pasti dan kes melibatkan hari raya telah menurun sangat ketara....

Jadi pkp sehingga 28 jun saya jangkakan akan sambung lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi...

 

May be an image of one or more people, people standing and text that says "Harian Metro 5h #KualaLumpur Berdasarkan laporan harian KKM dari 5 hingga 10 Jun, sebanyak 138 kluster baharu dilaporkan dan 97 kluster (70.2 peratus) daripadanya adalah kluster tempat kerja. ht:/r.om/hi2021/06 /71652/9 i HARIAN METRO Tempat kerja masih lubuk wabak Covid-19 Metro Harian"

KEH...KEH..KEH



SIAPA Dalang Pecah

PEPADUAN be

Siapa BAPA BUDAYA KORUP NEGARA ? PEMBOHONG & PENIPU RAKYAT ? TUN ???

https://www.facebook.com/abuas.siddiq.790/videos/1861201290724357/

See more

 

 May be an image of 1 person and text that says "Ritz Farish 2h・o 2h・ Org lain jumpa agung. Cerita bagaimana Pulihkan negara.. Dia jumpa nak oper jadi pm.. Tapi kat rakyat dia kata Anwar gila jawatan, Kau da gila ker GEMILANGDAILY.COM Mahathir tawar diri sendiri untuk ketuai Mageran"

APAKAH PETANDA KEJAYAAN ANAK ANAK ?

 

KAK IDA ABDULLAH


Masa anak-anak saya masih bersekolah, pernah saya dengar seorang Profesor berkata "jika kita ke rumah orang yang berterabur barang-barang, dinding diconteng, ketahuilah di rumah itu ada anak yang pandai!"

Tak sedikit kawan-kawan saya waktu itu yang ikut nasihatnya. Saya tidak. Sehingga apabila saya ke rumah mereka, mereka jadi malu dan berkata,"maaflah Kak Ida rumah semak." Description: 😀Hmm buat apa minta maaf dengan saya. Patut minta maaf dengan anak kerana awak sedang mendidik anak, awak sedang memberitahunya bahawa tidak mengapa tiada displin. Description: 😏

Ada profesor juga beritahu yang untuk anak pandai tanam alat tulis dan buku bersama uri. Mungkin prof tu menyindir, tapi jangan ketawa sebab apabila ada seorang kawan lahir anak waktu itu dia ikut tips itu kerana nak anak pandai. Khurafat pun tak apa asal anak pandai dan berjaya.

Profesor-profesor macam nilah yang merosak bangsa sendiri kerana nak popular nak hidup dengan lifestyle tertentu macam-macam tips merapu mereka beri dan kerana mereka ada gelaran menjadi ikutan.

Saya nak tanya apa itu anak yang menjadi? Lulus universiti, bergaji besar, rumah agam, kereta mewah, pakaian segak? Jadi kalau nelayan, petani tu semua tak menjadi lah?

Nabi Muhammad s.a.w. jujur dan benar menjadi kekasih Allah SWT. Saya lebih rela anak saya naik LRT dari menipu sana sini hanya ingin flash kereta barunya. Saya lebih rela anak saya mendapat pendapatan berkat kerana kejujuran dari wang yang banyak dari penipuan.

Saya pernah bertanya seorang pelajar darjah 1 apa cita-citanya. Katanya ingin menjadi seorang doktor. Tanya saya kenapa. Jawapnya, dengan yakin dan berani, "Mama cakap doktor gaji banyak. Nanti boleh beli rumah besar, kereta cantik." Dari keberanian dia menjawap soalan saya seorang dewasa yang tidak kenal saya, saya dapat rasakan anak itu seorang yang bijak in shaa Allah akan menjadi doktor. Sayang ibunya memberi gambaran salah mengenai amanah seorang doktor.

Wang tiada agama. Kita yang beragama pula menghina diri apabila wang menjadi keutamaan. Hairankan melihat kekejaman dan perangai pelik seseorang. Kenapa kita bertanya? Kerana dalam hidupnya wang mendahului Tuhan.

Kerana keutamaan kepada wang yang memberi kuasa kepada seseorang membuatkan dia hilang Tuhan dari jiwanya. Banyak contoh disekeliling kita. Kerana wang Corona muncul mengekang. Kerana derita Corona juga manusia akan memilih kembali ke Tuhan seperti asalnya atau merintih merana wang yang hilang. Corona datang untuk mengkayakan yang sedia kaya sehingga wang menjadi Tuhan yang dipuja mereka dan si miskin merintih kecewa kehilangan Tuhan pula.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menolak bukan sekadar wang atau emas malah walau bintang di letak ditangan kiri bulan di tangan, tidak Baginda mahu melanggar fitrah kufur dengan Tuhannya. Tidakkah kita membaca Baginda mengikat batu dipinggangnya menahan lapar sedangkan jika Baginda berdoa makanan dari langit akan diturunkan kepadanya. Berapa umatnya yang melanggar fitrah menjadi kufur demi wang? Mereka percaya wang memberi kuasa. Mereka lupa

"Money cannot buy life!"

Tukang sapu yang tampak hina di mata profesor, anak kepada seseorang yang tidak menjadi, (seperti istilah yang diberinya) lebih mulia dengan kejujurannya berbanding dengan manusia yang membeli gelaran untuk menipu dan menjadi kaya. Jika anda mendapat gelaran profesor atau doktor dengan kejujuran anda akan tahu amanah anda memberi cahaya BUKAN menunjuk anda itu anak yang menjadi kerana kaya! Maaf ya... Description: 🤮

Saya tidak pandai, saya hanya ingin menjadi jujur dan benar apabila saya menjadi kaku suatu hari nanti. Apabila ditanya apa yang kalian ingin katakan kepada si fulan ini? Saya bukan orang baik dan banyak kekurangan. Saya hanya ingin membawa jujur dan benar pulang. Description: 🙂

Sedih apabila kekayaan penentu kejayaan dan menjadi. Wahai Rasulullah s.a.w. daku rindu kepada mu. Semuga daku layak berada dalam kumpulan kecilmu ketika dikumpul nanti. Ya Allah lindungi daku dan keluarga ku dari mengutamakan selain dari Mu. Redhakan daku menjadi hamba Mu dan umat kekasih Mu. Wassaltu wassalamu 'ala saidina Muhammad wa barik wasallim.

 

TOLAK DARURAT, MAGERAN PASTIKAN EKONOMI PULIH


BENARKAH MENUKAR KERAJAAN KETIKA COVID19 DAN DARURAT LEBIH MEMBAWA KESUSAHAN KEPADA RAKYAT?

 

Banyak pihak ternampak tidak setuju pertukaran kerajaan dilakukan ketika pandemik Covid19 sedang melanda negara sepertimana sekarang ini.

Berikutan itu, meskipun UMNO yang ketika ini menunjangi sokongan terhadap kerajaan PN dan dalam masa yang sama sudah mempunyai ketetapan putus hubungan dengan Bersatu, masih tidak berani dan menangguhkan dahulu keputusan yang telah dibuat itu.

UMNO berpendirian mahu menunggu setelah wabak Covid19 ini berakhir atau sehingga 1 Ogos iaitu apabila tempoh darurat yang dikuatkuasakan sekarang tamat tempohnya terlebih dahulu barulah mahu melaksanakan ketetapan tersebut.

Beberapa pemimpin UMNO menyatakan jika mereka menarik sokongan sekarang dan menjatuhkan Mahiaddin, ia adalah suatu keputusan yang akan menyusah dan membebankan rakyat.

Kerana itu, sementara UMNO kini berubah menjadi pembangkang kepada kerajaan PN dengan hampir semua yang dilakukan Mahiaddin Md Yasin dipertikai dan tidak dipersetujui, kecuali oleh golongan kluster menteri, rakyat nampaknya akan terus terbelenggu dalam derita ditadbir oleh sebuah kerajaan dan Perdana Menteri yang gagal.

Dengan angka kes terus meningkat, di samping jumlah kematian mencecah 60 atau 70 orang setiap hari dengan jumlah besarnya sudah menghampiri 4,000, semua ini adalah fakta-fakta yang menggerunkan serta membuatkan rakyat bertambah stress dalam hidup seharian.

Lebih memburukkan keadaan, oleh kerana mengetahui kedudukannya semakin teranncam, Mahiaddin pula lebih sibuk untuk menjaga kuasanya dengan terus menarik sokongan Ahli Parlimen pembangkang menyokongnya, sudah tentu disertai janji, tawaran dan ganjaran, selain menguatkuasakan darurat yang menyebabkan Parlimen digantung sekali.


Darurat yang dicanangkan kononnya untuk menangani Covid19 terbukti telah diselewengkan tujuannya untuk melindungi kuasa semata-mata, malah setelah lima bulan darurat dikuatkuasakan, angka kes bukannya menurun, sebaliknya terus mencanak naik.

Keadaan ini bukan saja memperlihatkan gagalnya darurat, malah membuktikan kerajaan dan Mahiaddin itu sendiri gagal dalam membuat keputusan yang terbaik dan tepat untuk mengatasi masalah sebenar yang sedang dihadapi negara ini.

Masalah negara ketika ini ialah Covid19 yang berantai bersamanya wujud pelbagai masalah lain yang mengakibatkan kesuraman ekonomi, ketidakstabilan politik dan ketidaktenteraman dalam kehidupan sosial rakyat.

Puncanya tidak lain ialah kerana PN dan Mahiaddin telah gagal kerana lain masalah yang dihadapi negara, tetapi lain ubat yang diberi untuk memulihkannya.

Darurat bukanlah ubat untuk memulihkan Covid19, begitu juga dengan Mageran kerana kita tidak berdepan pun dengan permusuhan kaum atau ketegangan sesama sendiri yang melampau.

Masalah utama di depan kita ialah PN yang gagal sebagai kerajaan dan Mahiddin yang tiada keupayaan serta tiada kemampuan sebagai Perdana Menteri, tetapi mahu terus rakus dengan keghairahan untuk kekal berkuasa.

Maka itu, penyelesaian sebaiknya ialah menukar kerajaan dengan memberi peluang kepada parti atau kelompok lain yang dipercayai mampu menangani masalah yang ada untuk mengambil alih pentadbiran negara.

Tiada guna sama-sekali mengekal atau mempertahankan lagi PN dan Mahiaddin kerana ia hanya menambahkan lagi kegagalan yang sudah sedia membuatkan rakyat menyampah dan hidup dalam derita.

Dalam keadaan ini, menukar kerajaan bukanlah tindakan yang menyusah atau membuatkan rakyat lebih derita, malahan itulah jalan yang mampu mengeluarkan rakyat daripada terus dibelenggu sengsara.

Selain mengekalkan lagi PN dan Mahiaddin akan menyebabkan rakyat terus derita dan tambah sengsara akibat kegagalan mereka mentadbir negara, seperti yang disebut dalam tulisan sebelum ini, Agong sendiri sebagai ketua negara akan turut mendapat malu sama selagi PN dan Mahiaddin ini tidak diketepikan.

Terlanjur kini Agong telah mengambil inisiatif mendapatkan pandangan daripada ketua-ketua parti sebelum mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja pada 16 Jun, baginda pada waktu ini tentunya sudah memperolehi gambaran yang lebih jelas mengenai masalah sebenar dalam negara ini.

Sekali lagi, masalah kita ialah PN yang gagal sebagai kerajaan dan Mahiaddin selaku Perdana Menteri yang lemah, tiada keupayaan tetapi masih rakus untuk kekal berkuasa.

Darurat bukan penyelesaaiannya, jauh sekali Mageran kerana jika darurat ditanggapi ramai sebagai helah Mahiaddin untuk mengekalkan kuasanya, Mageran yang dicadangkan oleh Tun Mahathir dengan beliau juga menawarkan dirinya sendiri mengetuainya, ia adalah sama menunjukkan kerakusan ingin kembali berkuasa yang tidak berbeza dengan perangai Mahiaddin.

Penyelesaiannya tidak lain hanyalah dengan memilih kerajaan dan Perdana Menteri baharu agar rakyat tidak lagi terus derita serta sengsara, juga agar Agong selaku ketua negara tidak terus ditempias malu dan kekal selama-lamanya sebagai payung tempat patik-patik rakyat jelata di bawah ini untuk berlindung.

Kerajaan baharu, pemimpin baharu dan dengan idea baharu lebih mampu menangani masalah dalam negara berbanding memberi ruang lagi kepada kerajaan gagal dan pemimpin gagal terus bermain kuasa.

Ampun Tuanku, patik yang hina mohon memberi cadangan.


 (ShahbudinHusin 12/06/2021)



Kenyataan Media Jingga13 Malaysia


12 Jun 2021


ISU PENCEROBOHAN 16 PESAWAT TENTERA CHINA : JINGGA13 DESAK PM DEDAHKAN ANGGOTA KABINET "PENGKHKHIANAT" YANG TIDAK SELESA DENGAN KETEGASAN TUDM 


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021. Walaupun Beijing mendakwa kemasukan 16 buah pesawat tentera tersebut adalah siri latihan dan itidak menyasarkan mana-mana negara, hakikatnya ia berlaku dalam ruang udara EEZ Malaysia dan juga ruang udara kawalan negara dan ini adalah merupakan satu pencerobohan seperti yang termaktub dalam Perkara 88 Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982 (Unclos)  


Tahniah dan syabas kepada TUDM yang telah bertindak tegas dalam isu pencerobohan 16 Pesawat tentera China  tersebut. TUDM tanpa ragu-ragu mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara seharusnya dipuji dan menerima "tabik hormat" daripada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara . 


Namun begitu terdapat seorang anggota kabinet yang tidak selesa dengan ketegasan TUDM dalam mempertahankan kedaularan dan kesrlamatan negara . Ini satu tindakan "pengkhianatan" yang tidak boleh dimaafkan . Beginikah sikap seorang Anggota kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tiada ada rasa cinta pada negara, sepatutnya beliau memertahankan ketegasan TUDM tetapi sebaliknya . Adakah beliau merupakan balaci kerajaan China dalam negara ini ? 


Kita juga sedar dan tidak lupa terhadap ungkapan " abang besar " yang pernah diberikan oleh seorang anggota kabinet negara ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari negara China . Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan " abang besar " tersebut ? 


TS Muhyidin Yassin selaku Perdana Menteri mesti mendedahkan dengan segera siapakah Anggita Kabinet yang kurang ajar dan biadab mempertikaikan tindakan TUDM , serta mengambil tindakan tegas dengan memecat menteri tersebut . Isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dikompromi sama sekali. TS Muhyidin Yassin jangan cuba menutup dan memyembunyikan Anggota Kabinet "pengkhianat" tersebut ! 


Malah belum pun habis insiden 16 pesawat tentera China kita dikejutkan lagi dengan pencerobohan kapal peronda maritim China di menceroboh berhampiran Beting Patinggi Ali yang terletak hanya 84 batu nautika di Pantai Miri. Tidak sampai sebulan kedaulatan negara terus terusan di injak negara China .


Apakah mereka menjadi begitu berani dan "besar kepala" kerana pemimpin yang bertanggungjwab dalam hal ehwal luar negara kita amat lemah sehingga kedaulatan dan keselamatan negara tergugat dan dipermainkan ?


Kerajaan PN seharusnya mendepani isu ini dengan betul demi mempamerkan kepada rakyat bahawa dalam hal kedaulatan dan keselamatan, kita tidak akan berganjak walaupun berhadapan kuasa besar seperti China .


Sedang pasukan keselamatan kita bermatian mempertahankan kedaulatan negara, ada pimpinan negara yang cuba mentafsirkan sendiri bahasa diplomasi sehingga kita dilihat lemah .


MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


FARIZ MUSA

Ketua Koordonator

Jingga13 Malaysia

VIDEO : Mahathir, Jangan Korbankan Rakyat, Demi Nak Rebut Kuasa - Anwar Ibrahim

KATANYA PNKHIANAT ???

 May be a cartoon of text that says "M ரக TEBUK ATAP NAMPAK ISRAEL TEBUK BAWAH KAPAL NAMPAK CHINA Haili 110621"

VIDEO MENGANJING : KITA DAH DAH CAKAP PKP AKAN SAMBUNG SAMPAI DARURAT SAMBUNG, APA NAK PELI...

Macamana dah masuk TV kemudian baru salah? Siapa Menteri yang lembab ini?


Kru, 50 juri selebriti ‘All Together Now Malaysia’ akan dipanggil polis



Program terbitan Astro Production itu disiarkan pada 6 Jun dan mengundang pelbagai reaksi selepas juri terbabit dirakam tanpa memakai pelitup muka.

PUTRAJAYA: Kru yang terlibat dalam program hiburan televisyen pencarian bakat ‘All Together Now Malaysia’ (ATNM) termasuk 50 juri selebriti akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd Fadzil Ali, berkata siasatan polis dalam kes itu ialah berkaitan ketidakpatuhan SOP perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Kawalan Pergerakan Pemulihan) kerana tidak mematuhi SOP PKPP serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan awal mendapati penggambaran ATNM dilakukan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 3 hingga 11 Mac lepas dengan merujuk SOP Sektor Industri Kreatif – Acara Langsung PKPP yang berkuat kuasa ketika itu.

Mohd Fadzil berkata, pihak penerbit program dikehendaki mematuhi SOP PKPP yang membenarkan rakaman berlangsung dengan kehadiran penonton tidak melebihi 50% kapasiti serta mematuhi SOP berkaitan saringan kesihatan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Beliau berkata, kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan selesai.

Program terbitan Astro Production itu disiarkan pada 6 Jun dan mengundang pelbagai reaksi selepas juri terbabit dirakam tanpa memakai pelitup muka.

LANGKAH MAGERAN. MAHATHIR BERI SIGNAL KEPADA MUHYIDDIN

 

Langkah Mageran

1. Idea Mageran ini bukan baru. Kalau nak diikutkan antara yang awal mengeluarkan cadangan ini adalah Ibrahim Ali, Presiden Parti Putra.

2. Tetapi memandangkan pada waktu itu keadaan negara tidaklah seteruk sekarang dan dia juga dianggap sebagai watak sampingan dalam politik tanah air, tiada siapa ambil serius.

3. Penghujung Mei, Dr Mohammed Abdul Khalid, bekas Penasihat Ekonomi Tun Dr Mahathir semasa Tun menjadi Perdana Menteri ada menyampaikan pandangan tersebut. Beliau mengimbau keadaan pada ketika negara menghadapi krisis politik yang membawa darurat keselamatan pada tahun 1969.

4. Kemudian, kelmarin, Ketua Setiausaha Sulit Kanan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad, mengeluarkan satu tulisan justifikasi dan katanya ada video juga, menolak cadangan Mageran dan mendakwa kerajaan sedia ada sedang berfungsi dengan baik.

5. Tengah hari semalam, Umno melalui Ketua Pemudanya melahirkan rasa pelik mengapa tiba-tiba idea Mageran ini menjadi topik yang ingin diperkatakan oleh Marzuki Mohamad. Umno katanya tak bersetuju perkara tersebut.

6. Mengambil pendirian sama, Parti Tindakan Demokratik (DAP) menerusi Lim Guan Eng menolak cadangan tersebut dan berkata apa yang dibangkitkan oleh Ketua Setiausaha Sulit PM itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

7. Petang semalam, sebaik selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tun Dr Mahathir membuat sidang media secara maya berkenaan pertemuan beliau dengan Agong.

8. Tanpa berselindung, beliau sebut bahawa beliau mencadangkan Mageran kepada YDP Agong dan bersedia untuk menawarkan khidmat untuk memainkan peranan.

9. Beberapa kali beliau sebut, ‘kami’ tahu bagaimana untuk menguruskannya meskipun katanya ragu-ragu sama ada kerajaan bersetuju untuk langkah tersebut. Tidak dapat dipastikan ‘kami’ itu merujuk kepada siapa sama ada partinya yang masih belum sah berdaftar; Pejuang atau kumpulan lain.

10. Mat Sabu tak ketinggalan untuk beri pandangan dalam hal ini. Seperti rakan karibnya Lim Guan Eng, beliau tak bersetuju dengan idea Mageran.

11. Tun dalam sidang medianya juga mengangkat dirinya sebagai orang yang paling layak dan berkemampuan untuk pulihkan negara. Anwar tak beri apa-apa solusi semasa perbincangan mereka menerusi telefon. Kerajaan sekarang tak mampu implementasikan idea-idea yang beliau ada walaupun idea-idea itu disampaikan kepada mereka. Dan semua ucapannya menjurus untuk merendah-rendahkan kemampuan orang lain. Hanya dia dan ‘kami’ yang beliau sebut sahaja yang mampu.

12. Membaca langkah Tun ini, beliau sebenarnya sedang menawarkan option kepada Muhyiddin untuk keluar daripada Putrajaya.

13. Semua pihak sedar Muhyiddin sudah hilang keyakinan rakyat. Beliau diserang di setiap penjuru. Nombor sokongannya pun jelas tidak cukup sebagai kerajaan yang punya majoriti yang mendorong langkah darurat diambil.

14. Malah timbul juga desas-desus mengatakan wujud satu gerakan dalam kalangan mereka sendiri untuk mengutip SD bagi mengangkat seseorang menggantikan beliau. Ini mendorong Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, mengeluarkan kenyataan berbentuk amaran kepada gerakan tersebut.

15. Cuma yang menjadi langkah seterusnya bagaimana Muhyiddin menguruskan hal ini. Kepada siapa dia perlu serahkan kunci Putrajaya sekiranya benar beliau sudah tidak mampu bertahan lagi.

16. Umno dalam keadaan sekarang ini mungkin menjadi penentu. Kalau mereka buat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin, yang desakannya semakin kuat, maka tumbanglah kerajaan ini.

17. Sebaliknya, kalau Umno tidak bertindak begitu, PN masih boleh bernafas di Putrajaya tetapi darurat harus disambung.

18. Tun sebenarnya menyampaikan mesej kepada Muhyiddin, kamu mahu serah kunci Putrajaya kepada musuh atau kompromi untuk beri kepada aku sebagai bekas ketua kamu melalui Mageran.

19. Kalau kamu berserah dan Umno bertindak maka kita sama-sama tenggelam. Tetapi kalau kamu usulkan Mageran, kita masih boleh bernyawa tanpa perlu pening memikirkan bagaimana mencari 112 ahli parlimen.

..bersambung…

Dr Razam Ramli.

 

PH TOLAK MAGERAN KERANA PRINSIP DAN BUKAN SIAPA KETUAI MAGERAN

 

Ada seorang peguam cap ayam pro atok, dia tulis jika PH tolak cadangan atok untuk adakan Mageran, adakah PH boleh terima Mageran jika Agong lantik Anwar ketuai Mageran?

Jawapannya mudah. PH tolak Mageran kerana prinsip bukan siapa ketuai Mageran. PH menolak cadangan atok, bukannya titah Agong. Agong pun tidak pernah sebut pasal Mageran. Atok yang cadang dan atok juga tawar diri untuk ketuai Mageran. Kena faham situ dulu.

Seandainya Agong bertitah untuk wujudkan Mageran dan melantik sesiapa pun mengetuainya, itu perkara lain. Apakah PH mahu engkar titah Agong? Jika Agong lantik atok ketuai Agong, adakah PH akan menentang titah Agong? Jika Agong lantik Anwar ketuai Mageran, adakah PH tetap menentang titah Agong?

Jadi, jangan jadi bodoh untuk menyamakan cadangan atok dengan titah Agong. Peguam cap ayam ini akan sokong apa jua yang keluar dari mulut atok, tetapi bodohnya dia apabila dia mahu menyamakan atok dengan Agong.

WFAUZDIN NS

 

Anwar selar Dr M mengenai cadangan MAGERAN

 

Anwar Ibrahim menolak cadangan Dr Mahathir Mohamad berhubung pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyelar bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, berhubung cadangannya supaya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada Perikatan Nasional (PN).

Dalam video disiarkan di Facebook, Anwar berkata tidak ada alasan untuk MAGERAN dibentuk dengan mengorbankan proses demokrasi atau Parlimen.

“Jangan korbankan rakyat kerana mahu jalan pintas untuk merebut kuasa dengan guna takrif darurat atau MAGERAN,” katanya.

Mahathir memberi cadangan itu ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara semalam, dan menawarkan diri untuk mengetuainya, susulan kegagalan PN mentadbir negara ketika wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Anwar berkata pendiriannya amat jelas sama dengan Umno iaitu menolak darurat dan mahu sidang Parlimen segera diadakan, selain mahukan dasar yang jelas bagi meringankan beban rakyat ketika negara sedang berdepan krisis Covid-19.

Beliau bagaimanapun berkata, soal perbincangan dengan Agong tidak boleh dibincangkan secara terbuka.

“Kita kena ingat kita minta Parlimen sebab apa? Sebab kita (mengamalkan) demokrasi berparlimen.

“Jangan korbankannya demi kepentingan, untuk kembali memegang kuasa, padahal tak ada alasan munasabah untuk kita tolak demokrasi, sidang Parlimen,” katanya.

UMNO NAFI PECAT HISHAMUDDIN


Umno nafi pecat Hishammuddin



Setiausaha Kerja Umno, Mohd Sumali Reduan, berkata tuduhan mengenai pemecatan itu adalah palsu dan fitnah jahat.

PUTRAJAYA: Umno nafi memecat Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein daripada parti itu hari ini.

Malah Setiausaha Kerja Umno, Mohd Sumali Reduan, turut menafikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diadakan hari ini.

Sumali mengesahkan surat pelucutan keahlian Umno yang didakwa dikeluarkan kepada Hishammuddin seperti tular di media sosial adalah palsu.

“Saya sahkan tiada mesyuarat MKT Umno diadakan hari ini apatah lagi pelucutan keahlian. Ini semua palsu dan fitnah jahat,” katanya ketika dihubungi.

Surat yang tular kononnya Umno memecat Hishammuddin Hussein.

Terdahulu, tular surat kononnya Hishammuddin yang juga Ketua Umno Sembrong, dilucutkan keahlian serta-merta berikutan perkembangan politik semasa tanah air.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan kononnya Menteri Luar itu bakal dilantik  sebagai Perdana Menteri selepas Muhyiddin Yassin mengundur diri daripada jawatan berkenaan dalam masa terdekat.

Portal itu turut melaporkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet akan datang.

BERITA PALSU ATAU BENAR ???



MOHD ASRI ABU BAKAR


Seorang Ahli Parlimen dari PKR mengesahkan kepada kami yang beliau dihubungi Menteri Luar Dato Seri Hishammuddin Hussien bagi mendapatkan sokongan SD. Hishammuddin didakwa menawarkan RM 10 juta beserta jawatan kabinet kepadanya.

Menurut MP itu lagi, Hishammuddin memaklumkan Istana mahukan SD yang cukup dan beliau bersama seorang Menteri Kanan sudah mempunyai  angka yang meyakinkan. Katanya lagi SD dari semua parti termasuk Sarawak telah diperolehi.

MP itu turut mengesahkan kenyataan media malam tadi oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil tentang usaha mengumpul SD oleh individu yang tidak mengetuai parti.

Kami telah menghubungi pihak Dato' Seri Hishammuddin namun tiada respon daripada pejabat beliau. Keadaan yang sama apabila kami bertanya tentang ketidakhadirannya di mesyuarat dewan tertinggi Barisan Nasional pada selasa.