KRITIK BAB STADIUM MEMANG MUDAH


Jamzuri Ardani


 Jaga stadium ni bukan mudah.  Saya kenal kawan saya nie Yong Yoon Pin Nick yang pernah jaga stadium Melaka dulu. 


Stadium ni kos maintenance sangat tinggi.  Nak harap income dari permainan bola memang tak boleh cover.  Satu cara untuk jana pendapatan ialah dengan penganjuran acara. Tanpa penganjuran acara yang sanggup bayar tinggi, kewangan stadium gawat. 


Tapi risiko penganjuran acara juga tinggi. Rumput rosak. Tandas pecah. Macam-macam lagi masalah yang timbul.


Tukang kritik memang seronok.  Boleh hentam kiri kanan. Belasah ikut suka. Tak perlu ambil tanggungjawab apa-apa? 


Betul tak Nick Yong?



PMX DI MASJID WILAYAH

 












Meluangkan masa makan tengah hari di Medan Selera Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini. Saya turut ditemani Bapak Mahfud Md, calon Wakil Presiden pada Pemilihan Umum Presiden (Pilpres) 2024.


Usai menjamu selera, saya dan Bapak Mahfud bersama delegasi yang lain menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan. Khutbah disampaikan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Rozimi Zamri bertajuk ‘Cegah HIV dan AIDS Tanggungjawab Bersama’.


Khatib membangkitkan kebimbangan terkait perkembangan jangkitan HIV yang statik sejak 13 tahun lalu, antara lain disumbangkan oleh aktiviti hubungan seksual terlarang meskipun kemungkaran ini nyata ditegah keras Allah SWT.


Saya zahir pujian pada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengambil inisiatif menyediakan pusat perlindungan, perawatan dan pemulihan kepada orang Islam yang dijangkiti HIV/AIDS, dikenali sebagai ‘Ilaj Home.


Semoga usaha mulia ini memberi kebaikan berpanjangan buat umat.


#MalaysiaMADANI



WAHAB SAMAN CIKGU BAD DAN HAKIM RAMLEE

 

Penolong pegawai Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom), Abdul Wahab Kadir Jilani akan mulakan tindakan saman terhadap dua individu berhubung penularan video perbualan lucah individu mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff dan Wahab.

Perkara itu disahkan kepada MalaysiaGazette oleh peguamnya, Faizal Rahman hari ini.

Difahamkan, Abdul Wahab menyaman Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai Chegubard, dan Pengarah Bahagian J-Kom, Hakim Ramlee.

“Anak guam saya telah memberi arahan untuk mengeluarkan surat tuntutan saman kepada dua individu ini berhubung penularan video lucah. 


Itu sahaja yang boleh saya dedahkan, yang lain-lain kita maklumkan kemudian,” katanya ringkas sebentar tadi. 

Sebuah rakaman video berdurasi tiga minit yang tular sejak 17 November lalu menjadi topik hangat di laman media sosial, berikutan terdapat individu mirip Mohammad Agus bersama seorang lelaki.

Susulan itu, Mohammad Agus yang meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan mengaitkan beliau adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Selain itu, Abdul Wahab mendakwa beliau dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H namun sehingga kini identiti itu belum dapat disahkan. -MalaysiaGazette.



KISAH KONSERT DI BACHOK DALAM INGATAN


 

AL KISAH PUAK KHAWARIJ


 

LAGU. PADANG ATAU BENDANG


 

DASAR GAJI PROGRESIF

 



Rafizi Ramli


Dasar gaji yang pernah dilaksanakan sebelum ini berjaya menyelesaikan salah satu keperluan pekerja, iaitu satu lantai gaji untuk mengelakkan manipulasi (yang dilaksanakan melalui Perintah Gaji Minimum). Walau bagaimana pun, ada satu lagi isu yang perlu ditangani segera iaitu isu gaji rendah dan mendatar. 


Dasar Gaji Progresif memberikan kelainan dengan merangkumi ketiga-tiga ciri iaitu bersifat sukarela, berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti berbanding dasar-dasar sebelum ini yang tidak merangkumi kesemua ciri tersebut. 


Hal ini diyakini membolehkan Dasar Gaji Progresif menjadi pelengkap kepada dasar-dasar sedia ada untuk meningkatkan gaji pekerja selari dengan peningkatan produktiviti.



ROMBAK KABINET??? CUBA BANDINGKAN MENTERI KERAJAAN GAGAL PN DAN SEKARANG.

 

Apa yang dibuat. Guna duit kwsp untuk bantu rakyat. Rakyat tolong rakyat.Darurat,jana wibawa,teloq tak ada,minyak masak anak menteri sakaw,jana wibawa untung kroni dan keluarga,cetak buku berbillion duit habis benda pun habis, nak baiki air tak ada kecuali dokumen, jenayah syariah tak selesai,undang undang negara entah kemana sampai pihak istana memberi ingatan.......banyak lagi sistem dan banyak yang tidak dilaksanakan Masih nak pilih mereka ini..mereka GAGALIS.





Rombakan kabinet? Perlu ke? Kenapa nak rombak? Sebab ada menteri yang tak perform? Betul ke? Cuba senaraikan menteri apa yang tak perform dan perkara yang boleh justifikasikan tuduhan mereka tak perform.


Cerita menteri tak perform ni selalu dengar. Tapi kalau minta huraikan, tak pernah diberi pun. Ini bukan zaman Mahiaddin dulu. Kita boleh senaraikan kegagalan para menteri sambil tutup mata. Sebab memang gagal.


Sekarang ni perkataan tak perform tu setakat naratif palsu untuk merosakkan imej kerajaan je. Contohnya Rafizi. Begitu banyak inisiatif dibuat untuk tambahkan pendapatan rakyat. Tetap dikatakan tak perform.


Bandingkan dengan masa Azmin dulu. Apa yang dia dah buat? Setakat mop lantai masjid je. Tapi ekonomi rakyat sikit pun tak dipandang. Rakyat susah menjadi bertambah susah. Dia sedap sedap jalan luar negara.


Begitu juga dengan Menteri Kesihatan. Yang dulu tak habis cerita pasal vaksin je. Sekarang, Dr. Zaliha dah banyak selesaikan isu tertangguh contohnya macam isu doktor kontrak, isu yang PN tak pernah cakna dulu.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi aku antara menteri yang paling cemerlang. Isu bekalan ayam, telur dan minyak masak ni bukan baru. Isu dari pentadbiran lama lagi Tapi dulu menteri PN tak buat apa pun. Tahunya salahkan pasaran global je.


Tak dilupa Menteri KPDN, Allahyarham Salahuddin Ayub. Perkenalkan menu Rahmah yang banyak bantu golongan susah. Masa PN dulu, ada ke buat sebarang inisiatif bantu rakyat begitu. Jangan kata tak sempat.


Menteri Undang-undang, Azalina pun hebat. Selesai isu tuntutan Sulu. Masa Taki dulu ada kejayaan yang dia dah capai? Satu pun takde. Bila jadi pembangkang baru la nak sibuk. Jadi menteri makan gaji buta je.


Banyak lagi kalau nak senaraikan. Menteri Kewangan, Pendidikan, MITI, KDN, Pertahanan semuanya berjaya jalankan tugas masing-masing. Jauh berbeza keadaan negara kita sekarang berbanding bawah PN dulu.


Korang pun boleh penilaian buat sendiri. Ambil satu isu, kemudian tengok apa menteri dulu buat. Lepas tu bandingkan dengan apa yang menteri sekarang buat. Baru boleh nampak menteri sekarang perform tak.


Isu rombakan kabinet cuma nak goyangkan kerajaan je. PMX tak pernah sebut pun. Tapi orang luar yang banyak bunyi. Tapi orang luar ni, penganalisis, tak buat bunyi pun masa kabinet super besar Mahiaddin yang tak ada hasil dan habiskan beras je.


Bagi aku tak ada apa yang nak dirombak. Fahmi Fadzil pun dah mula nampak ok. Kekalkan je. Beri peluang mereka improve. Tapi kalau PMX nak buat rombakan, itu kuasa beliau. Orang luar tak payah buat spekulasi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TENGOK PADANG ...







Mohd Fairul Al Qasas


 Isu padang SNBJ mendapat perhatian warganet dengan hebatnya.  Adakah kerana mereka peminat bola sepak atau peminat politik?


Ramai juga yang komen menyalahkan konsert yang diadakan di sana. Sedangkan sejak sekian lama memang konsert diadakan di stadium.


Salah satu sebab Tony Fernandes dilantik jadi Pengerusi PSM dulu adalah kerana bagi membolehkan SNBJ menjadi arena penting antarabangsa.


Sumber pendapatan SNBJ yang terbesar adalah dari penganjuran bukan sukan. Duit tu penting untuk selia baik stadium dan juga bantu pendapatan hiliran negara.


Saya kira bagus juga PSM mohon maaf, akui kesilapan dan akan tambah baik SOP.


Yang sebenarnya memang kena kaji SOP. Kena tahu jarak sesuai sesuatu penganjuran.


Saya juga dengar video Pengerusi PSM, Saudara Hans. Beliau ada sebut, konsultan padang, iaitu syarikat yang sama pasang rumput di JDT dah bagi nasihat,  sempat katanya. 


Memang begitulah,  Pengerusi bukan tahu semua, mesti dapatkan nasihat.  Tapi biasalah Pengerusi kena hambus,  kena tanggung lah sesuai dengan jawatan dan gaji.


Tapi nak kata dia bodoh sebab bukan ahli sukan ke, tak betul lah...sebelum ni pun bukan ahli sukan juga. Hans pula artis yang terlibat dengan aktiviti seni, sesuai juga sebab sebahagian pendapatan SNBJ adalah dari aktiviti seni.


Malam ni ramai nak tengok bola ke nak tengok padang?



ZYAN RAYYAN



Sepanjang 2 hari ini, ramai kalangan ibubapa Malaysia gundah gulana. Berita kematian adik Zyan Rayyan meruntun jiwa. 


Walaupun, tiada kena mengena dan tiada pertalian saudara, adik Zyan Rayyan terasa seperti sangat dekat dengan kita. 


Berita beliau hilang, kemudian dijumpai baring sambil mengiring di tepi anak sungai dan akhirnya dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor, kematiannya ada unsur bunuh dan khianat. Kita ikuti rapat. 


Saya turut sertai group komuniti Autisme Malaysia, ikuti perkembangan di sana. Selepas berita pembunuhan Zyan, macam2 posting teori konspirasi yang keluar. Ramai seperti menyalahkan ibunya. Tanpa mereka sedar ibunya ada dalam group itu juga. 


Apa perasaan anda, sudahlah baru kematian anak, terpaksa juga hadap prasangka netizen Malaysia? Apapun teori yang berlegar di minda, sebaiknya kita keep it to ourselves. Beri ruang untuk penyiasatan berjalan. 


Bagi ibubapa yang punyai anak syurga, akan tambah terkesan. Mengenang nasib anak sendiri, kalau kita tiada, siapa yang boleh jaga mereka nanti? Itu soalan standard yang kami tanya hari2. 


Damailah di sana anak syurga Zyan Rayyan. Kematianmu membangkitkan banyak jiwa yang leka. Banyak jiwa yang kadang lalai untuk bersyukur. Sesungguhnya anak itu, sama ada sempurna atau istimewa, adalah sebaik-baik harta. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki 


- Anak syurga saya, Dhean Harraz, 3 tahun.



BETOI LA..KENA PI PULAU KETAM LAQI. SAMA LA DAPAT NEGERI TAK MAJU MAJU..SEBAB BUKAN AHLI TAK BIJOK DOK PAHANG.

 



Aku setuju dengan posting Abdullah Khairi yang ini.


Betul la tu. Bila sesuatu perkara diuruskan oleh yang bukan pakar memang jahanamlah. Contohnya macam pentadbiran negeri. Beri kepada PAS, itu yang masalah tak boleh nak selesai tu. Masalah air, jalan sesak dan stesen bas Kota Bharu yang uzur.


Stadium ni baru lagi rosak. Stesen bas Kota Bharu dah ber berdekad dah. Tapi dok macam tu juga. Kalau bab sembang, memang macam hebat je dengarnya. Tapi bab kerja, memang hebat dalihnya.


Dulu masa PAS jadi kerajaan pusat, hancur ekonomi. Tiada satu pun perkara baik dia buat. Lepas dah jadi pembangkang, ingat boleh la dia semak dan imbang. Pun tak boleh juga. Boleh fitnah je.


Kesimpulannya, betul cakap Abdullah Khairi ni. Jangan serahkan urusan kepada yang bukan pakar. Macam PAS tu. Jadi kerajaan bangang, jadi pembangkang pun tolol. Bagus bagi masuk piramid je. Mumiakan. Baru aman Malaysia tanpa PAS. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TU DIA AIHHH...FATWA FATWA. FAHAM TU TU UNNN..



Pendakwah Teknology


Menggunakan telefon pintar untuk melayari Internet & media sosial semasa khutbah Jumaat adalah agenda Israel dan juga Dajjal untuk melalaikan umat Islam. Mereka tidak mahu umat Islam bangkit dari kegelapan dengan mendengar khutbah. 


Janganlah mengikut telunjuk Israel dan Dajjal. 

Hentikan penggunaan telefon semasa khatib sedang membaca khutbah.



MAT SABU MASIH DIPERLUKAN PARTI AMANAH

 

Kurang kurang teloq ayam rega ayam ,beras sentiasa ada. Harap jadi duta, sekupang tak bawa masuk.Sembang saja lebih kata ke orang. Macam bagus.

Keh.keh..keh...depa kata makan gaji buta....jangan koyak aaaaa.







Che Ibrahim


Terima kasih Abg Mat... Amanah masih memerlukan susuk tuboh seperti Abg mat terutama di sudut hubungan dengan rakan rakan dalam PH, BN dan Kerajaan Perpaduan.


Pemerkasaan parti tidak cukup sekadar perubahan kepimpinan, namun apa yang lebih penting ialah hubungan sesama anggota parti dan parti parti rakan perpaduan.


PH dan BN serta parti parti perpaduan dari Sarawak dan Sabah melihat seolah olah Abg Mat dan Amanah tidak boleh dipisahkan atau berpisah... Orang  kata bukan masanya untuk abg mat "disisihkan".



CITA CITA NAK TINGGAI BERSATU. CUBA UMNO JOIN ..SAHIH BERSATU DAN UMNO JADI KHODAM PAS

 


BILA tongkang dah nak karam yang dihina dicari semula.




ZAMAN MAHATHIR DULU HADI AWANG MACAM NI JUGA..ATOK BUAT TAK TAU SAJA. INI PUN DIA NAK CAKAP APA..LANTAK PI KE DIA..WALAU JA PERCAYA..TU PUN BUKAN SEMUA. DIA PUN TUA DAN NYANYUK DAH.

 





Kecoh cerita tentang tulisan terbaharu Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam kolum Minda Presiden PAS. Aku baca dan dapati terdapat banyak tuduhan jahat yang tak berasas dilemparkan.


Pertama, Hadi tuduh kerajaan menyekat peruntukan kepada negeri pembangkang dan menyamakannya seperti hasutan golongan munafik kepada kaum Ansar agar tidak membantu kaum Muhajirin.


Tuduhan ini jauh sama sekali menyimpang. Tidak ada sekatan kewangan kepada negeri pembangkang pun. Bahkan peruntukan buat negeri pembangkang adalah lebih tinggi daripada negeri lain dalam belanjawan yang baru dibentangkan.


Yang tidak diberikan hanyalah peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang. Tapi ia tak wajib. Dan bukan tak beri langsung. Kalau nak, datang berbincang. Isi perbincangan boleh ditetapkan bersama. Tidak ada syarat mesti sokong kerajaan pun. Tapi pembangkang ego. Enggan berbincang. Itu puncanya.


Pembohongan kedua tentang penubuhan kerajaan. Hadi samakan dengan Palestin dengan mengatakan PLO diberikan hak mentadbir sedangkan Hamas yang dapat majoriti dengan Kerajaan Perpaduan.


Hadi kata PAS menang paling banyak kerusi tapi parti Keadilan yang menang kurang daripada PAS dapat jadi PM. Masalahnya, Keadilan tak masuk PRU. DS Anwar bertanding atas tiket Pakatan Harapan.


Dalam PRU lepas, PH menang paling banyak kerusi. Itu pun tak cukup nak bentuk kerajaan. Terpaksa pula bekerjasama dengan parti-parti lain. Ditawarkan juga kepada PN tapi PN bongkak menolak.


Lagipun menurut perlembagaan, YDP Agong berhak melantik mana-mana MP yang diyakini dapat paling banyak sokongan dari MP yang lain. Tak disebut pun mesti dari parti yang paling banyak kerusi.


Kalau YDP Agong nak lantik Shafie Apdal jadi PM pun boleh asalkan Shafie Apdal dapat buktikan yang dia dapat sokongan majoriti walaupun Warisan cuma ada kerusi yang sedikit. Hadi tak faham ke? Parah la kalau Presiden parti pun tak faham hal ni.


Masa PAS dalam kerajaan dulu, Mahiaddin bukanlah dari parti yang paling banyak kerusi. Ismail Sabri pun sama. Tapi masa tu tak pula dia nak samakan dengan Israel kan? Tiba-tiba sekarang baru ungkit?


Dan kalau Keadilan itu PLO, siapa pula yang Hadi nak katakan Israel yang beri kuasa kepada PLO tu? PMX dilantik oleh YDP Agong. Adakah Hadi nak samakan YDP Agong dengan Israel?


Yang ketiga, Hadi tuduh PH sekongkol dengan musuh Islam. Dipetik ayat Quran yang melarang berkawan dengan orang yang memerangi Islam. Adakah Hadi tujukan kepada DAP? BIla DAP perangi Islam?


Kalau nak kata memusuhi Islam, lebih nampak pada Gerakan. Mereka cuba halang apa saja yang kerajaan nak buat untuk perkasakan Islam. Termasuklah hudud dan RUU355 yang PAS nak buat dulu.


Sedangkan dengan DAP dalam kerajaan, peruntukan untuk Islam paling tinggi dalam sejarah. Bahkan di Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP, peruntukan Islam lebih tinggi berbanding Kelantan yang PAS tadbir.


Sebenarnya Hadi ni dan PAS dah tersepit. Dah tak tahu nak pusing ikut mana. Kerajaan Madani pimpinan DS Anwar jelas lebih baik menguruskan agama Islam jika dibandingkan masa Mahiaddin dulu.


Apa lagi yang boleh dibuat? Terpaksalah pusing cerita dan berbohong serta merekacipta fitnah. Sedangkan fakta yang ada menunjukkan sebaliknya.


Semakin lama semakin hitam hati Hadi ni. Kita doakan semoga Allah berikan hidayah kepadanya dan semoga dia kembali kepada kebenaran. Kesian umur dah senja tapi masih bergelumang dengan fitnah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SAPA KRITIK KERAJAAN DIA MACAM KERA.


 

RISIKO MOTOR BESAR BERKUASA R

 

Zainuddin Omar



Saya mempunyai seorang rakan peminat motosikal kuasa besar. 


Beliau menubuhkan satu grup kembara motosikal besar dengan 10 rakan dan selalu buat trip ke Thailand. 


Bila saya tanya dia baru-baru ini berkenaan grup tersebut, hanya tinggal 5 orang sahaja. 5 lagi telah meninggal dunia akibat accident dalam masa 10 tahun. 


Motor besar memang ramai peminatnya tetapi risikonya pun besar. 


Anda cuai anda kena dan orang lain cuai anda pun kena. 


Melakukan satu kesilapan ketika menunggang 'is unforgiven'. 


***************

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 63 Jalan Ipoh-Gerik dekat Liman Kati di sini pada Isnin.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, Mohd Khairil Anuwar Mustakim, 40, meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar manakala Norlilawati Mohd Shah, 40, patah buku lali kiri.


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis BMW GS dari arah Gerik ke Kuala Kangsar.


Menurutnya, sampai di tempat kejadian, datang sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan membelok ke kanan laluan motosikal berkenaan.


"Penunggang motosikal cuba mengelak ke kiri, namun gagal menyebabkan pelanggaran berlaku.


"Akibat pelanggaran itu, motosikal terbabit terjatuh dan terseret ke tepi jalan sebelum masuk ke dalam longkang," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


Beliau berkata, pasangan suami isteri tersebut dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, namun polis menerima makluman bahawa lelaki terbabit telah meninggal dunia pada jam 7.30 malam.


Katanya, pemandu kereta berusia 65 tahun dan seorang penumpang wanita berusia 42 tahun mengalami luka pada bahagian lutut dan kepala.


"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu kereta ketika masuk simpang.



TINDAKAN UMNO PECAT ISHAM JALIL ADALAH TEPAT SEBAB JADI BARUA BERSATU


 

LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT TERHADAP HADI AWANG.


 

INDON PUN SEKAT TAK BAGI MASUK, HANG NAK BAGI KERAKYATAN


 

BUAT KENA KECAM SAJA..


 

INI YANG WALAUN TAK FAHAM


Orang yang macam Sajat je takut dengan digital id ni walaun wey…





Jom report polis ke atas Hj Hadi Awang


Sabri Chong Abdullah


*DRAF LAPORAN POLIS*


Saya (Nama/No KP/alamat) ingin membuat laporan polis supaya satu siasatan dapat dibuat terhadap YB TS Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang berkaitan penulisan beliau dalam Minda Presiden PAS dengan tajuk *"Cara Orang Munafik Menentang Islam Diikuti Israel dan PH"* yang telah disiarkan dalam Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 6 Disember 2023 dan juga disebar luas dalam rangkaian media-media sosial yang lain.


Beliau antara lain menyatakan :


_"Maka, konsep yang diguna pakai oleh Pakatan Harapan (PH) menepati demokrasi yang diamalkan oleh Israel terhadap Kerajaan Hamas di Palestin yang memenangi pilihanraya dan mencapai majoriti yang mencukupi._


_Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai parti minoriti kini memimpin kerajaan boneka pragmatik liberal. Situasi ini sama seperti PLO yang mencapai keputusan minoriti diberikan hak bagi menubuhkan kerajaan dengan sokongan Zionis Israel dan Amerika Syarikat._


_Pendekatan pemerintahan mereka  sama seperti pendekatan golongan munafiq pada zaman Rasulullah SAW terhadap mereka yang beriman supaya menyekat peruntukan kepada pihak lawan"_.


Penulisan tersebut adalah satu pembohongan, fitnah dan tuduhan jahat yang jelas tidak benar sama sekali. 


Umum mengetahui bahawa Kerajaan Perpaduan yang memerintah Malaysia pada ketika ini adalah hasil dari titah YDP Agung selepas tidak ada mana-mana parti atau koalisi yang berjaya mencapai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan pasca Pilihanraya Umum ke15 November tahun lalu. Dan kini Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Perdana Menteri ke10, DS Anwar Ibrahim sudahpun memperolehi sokongan majoriti lebih 2/3 Ahli Parlimen. 


Begitu juga seperti yang selalu dimaklumkan di Parlimen bahawa tidak ada peruntukan yang disekat oleh pihak Kerajaan Persekutuan di negeri -negeri pembangkang. Malah, mereka mendapat peruntukan yang jauh lebih tinggi dari kerajaan yang sebelum ini.


Penulisan Hadi Awang itu juga merupakan satu bentuk hasutan yang mencabar kuasa YDP Agung, boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam dan memecahbelahkan masyarakat. 


Ia juga boleh menimbulkan permusuhan serta kebencian di kalangan rakyat Negara ini yang merupakan satu kesalahan yang boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media dan undang-undang lain yang   berkaitan.


Sekian laporan saya.



SAPA TUDUH AKU DIA KAPIA..KEH..KEH..KEH


 

CALON TURUN REGA BARANG

 


Bob Kelanang


AKU YAKIN PMXI, DR SAM MAMPU TURUNKAN HARGA BARANG KERANA DAH TERBUKTI BELIAU DAH PERNAH TURUNKAN HARGA TANAH...


KOH KOH KOH... JILAKER!!




SETAHUN PMX: POLITIK, EKONOMI MALAYSIA CEMERLANG





Ketokohannya Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Persekutuan dalam tempoh setahun telah melakar landskap politik baharu dan memulihkan kepercayaan rakyat kepada prinsip demokrasi.

Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, di sebalik kritikan dan cercaan pembangkang kepada sosok Anwar, Pengerusi Pakatan Harapan itu terbukti telah berhasil mengamankan percaturan politik yang bejat sejak pasca Pilihan Raya Umum ke-14 lalu yang mana menyaksikan Malaysia dalam keadaan tidak stabil serta tidak mempunyai kepimpinan yang jelas.

Hal itu, katanya, amat berbeza dalam setahun pentadbiran PMX yang dihadapkan beberapa cubaan menjatuhkan kerajaan namun tidak sedikit pun mencalar imej beliau di mata rakyat atau mengurangkan keyakinan dunia ke atas Malaysia.

“Keupayaan PMX meyakinkan rakyat untuk bersama membina negara dapat kita saksikan apabila 19 parti politik dapat bersama membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Berbanding di era tahun 2020 hingga penghujung 2022, suhu politik dalam negara sangat membimbangkan rakyat dan para peniaga.

“Keupayaan Datuk Sri Anwar membawa dan membentuk Kerajaan dengan sokongan 2/3 sangat dihargai oleh rakyat semua lapisan,” katanya kepada Suara Keadilan.

Mengulas lanjut, Onn berkata, kebijaksanaan Ahli Parlimen Tambun itu didapati bukan sahaja telah menyakinkan blok parti dari Sabah dan Sarawak menyertai kerajaannya malah pentadbiran PMX juga berjaya menarik sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang yang satu demi satu menyatakan sokongan sejak bukan Oktober lalu.

“Terkini 5 lagi Ahli Parlimen pembangkang telah mengisytihar menyokong ke atas pimpinan PMX. Ahli Parlimen terkini yang menyokong adalah Bukit Gantang.

“Ia sekali gus membawa kestabilan dan meredakan suhu politik negara,” ujarnya.

Dari segi aspek ekonomi pula, wakil rakyat KEADILAN itu yakin keupayaan Anwar selaku Menteri Kewangan boleh memacu pertumbuhan ekonomi negara ke arah yang gemilang.

Katanya, untuk menilai keupayaan sesebuah negara ia perlu melibatkan tiga pemboleh ubah utama, iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Kadar Inflasi dan Penganguran.

“Kerajaan berjaya mengurangkan defisit dari 5.6% pada 2022 dan kini pada Belanjawan 2024 ia berkurang kepada 4.3%.

“Selain itu, KDNK meningkat pada kadar yang positif sekitar 4 -4.5% pada tahun 2023.

“Laporan 3 sukuan pada tahun ini pula menunjukkan Malaysia mampu mencapai pertumbuhan yang mampan selari dengan unjuran tersebut. Pada tahun 2024 unjuran pertumbuhan KDNK adalah sekitar 6-7%,” katanya lagi.



 

07.12.2023 - MADANI TERKINI | BANGUNKAN NEGARA, HARUMKAN NAMA MALAYSIA




“Sekarang tumpulah untuk membangunkan negara dan elakkan daripada unsur-unsur negatif kerana saya yakin kalau ini dapat kita lakukan dalam satu tahun, kita akan dapat tingkatkan Malaysia, lebih harum dan hebat di rantau ini.”




RENTASAN 1499 | GEMPAR!! BERSATU KINI SUDAH 'TAK BERGUNA' BUAT PAS?




MENARIK DALAM RENTASAN 1499

1. BERSATU YANG SUDAH TIDAK ADA MAKNA 2. KENAPA TIADA KOMEN LANJUT? 3. AMANAH MENANG MAJORITI 73 RIBU, ADA KECOH MACAM KALIAN?


06.12.2023 - FOKUS 6.45 | PANAS!! MB TERENGGANU TERNYATA BUKAN CALON PM ...



Ternyata pengundi di Kemaman sudah kena game dan termakan ‘janji palsu’ PAS dan PN. Melodi dan skrip kini sudah bertukar.





[[LIVE]]5.12.23 Pendedahan MP Bukit gantang mengejutkan!



Pendedahan MP Bukit gantang mengejutkan. MP Pembangkang tidak pernah dipanggil berbinang mengenai peruntukan. PN Bukit Gantang tidak puas hati dengan Syed Abu Hussin. Benarkah beliau di sogok RM30 juta? PAS catat prestasi terbaik bawah hadi. Apa taktik Hadi yang menjadi? Matlamat menghalakan cara. MCA kata Zahid bermimpi di siang hari. Tuan Ibrahim akui PAS lebih besar. Apa jadi kalau PAS tidak dapat lunas hutang pencetak?




KPDN BANTU RAKYAT BELI BARANG MURAH DI MUSIM TENGKUJUH

 







Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melakukan usaha untuk mengurangkan masalah rakyat mendapatkan bekalan makanan murah menghadapi musim tengkujuh monsun timur laut pada tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, program di negeri negeri terjejas dengan musim tengkujuh tersebut disertai oleh pasar raya besar bagi menyediakan barangan keperluan mencukupi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Jualan RAHMAH Negeri Pahang Tahun 2023 pada Sabtu.

“Program yang diadakan di Dataran Sayangi Kuantan ini dibuat dengan kerjasama strategik bersama Pasar Raya AEON Big Kuantan, Pasar Raya Jaya Gading, FAMA Pahang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang, yang menawarkan sehingga 60 item barang keperluan harian yang terdiri daripada barangan kering dan basah yang ditawarkan dengan harga 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

“Program berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Disember 2023 dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih lima ribu pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Fuziah, pada program jualan itu, harga ayam standard dengan anggaran berat 1.7 kilogram dijual pada RM10 seekor dan telur ayam gred B pula dijual pada harga RM10 sepapan berbanding harga siling RM12.90 sepapan

Katanya, antara barang-barang lain yang dijual dan ditawarkan adalah seperti telur ayam, minyak masak 2 kg dan 5 kg, tepung gandum, biskut, milo, bawang besar, susu pekat, bihun, maggi, sardin, kicap manis, cecair pencuci pinggan, sabun basuh baju, sos cili dan tomato, sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dan lain-lain barangan keperluan asas.

“Sehingga 2 Disember 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang telah melaksanakan Program Jualan RAHMAH di sebanyak 376 lokasi di seluruh 14 parlimen dan 42 DUN di Negeri Pahang. Pecahan mengikut model iaitu di dalam premis sebanyak 190 lokasi, di luar premis sebanyak 30 lokasi dan secara bergerak sebanyak 156 lokasi,” kata Fuziah lagi.

Selain daripada itu, beliau turut mengadakan lawatan kerja ke syarikat pemborong Golden HP Agency di Bandar Indera Mahkota.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat kesiap siagaan syarikat Pemborong yang merupakan Pemegang Stok Mini Terpilih yang telah dilantik oleh KPDN bagi memastikan bekalan barang kawalan dan barangan keperluan pengguna mencukupi dalam menghadapi musim tengkujuh.

Syarikat pemborong terpilih telah diberi kebenaran untuk menambah had simpanan barang kawalan sebanyak lebih 30% dari had simpanan sedia ada yang dibenarkan di dalam lesen CSA sehingga berakhirnya musim tengkujuh.

Untuk rekod, Negeri Pahang telah melantik sebanyak 99 Pemegang Stok Mini Terpilih dari kalangan pemborong dan peruncit. KPDN Pahang juga telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil Bekalan dan Pusat Pemindahan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu menguruskan bekalan barang kawalan dan keperluan asas dalam menghadapi musim tengkujuh.


BERI KEPADA SAMSURI, MUHYIDDIN PERLU BERUNDUR PENGERUSI PN

 




Kemenangan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman kelmarin sewajarnya memberi lonjakan semangat kepada pemimpin Pas untuk mendesak pengunduran Muhyiddin Yassin dari kedudukan Pengerusi Perikatan Nasional.

Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, Muhyiddin seharusnya berjiwa besar dengan memberi laluan kepada Samsuri setelah beliau mengisytiharkan Menteri Besar Terengganu itu sebagai calon Perdana Menteri PN sekiranya menang di PRK Kemaman.

“Kalau dah diumum sebagai calon PM, sewajarnya hari ini Muhyiddin Yassin berjiwa besar memberikan jawatan pengerusi PN itu kepada Samsuri.

“Saya rasa sewajarnya Samsuri menggalas tanggungjawab Pengerusi PN (lanjutan daripada calon PM). Dari 74 Ahli Parlimen PN B48 adalah Ahli Parlimen Pas, hanya 26 Ahli Parlimen dari Bersatu. Jadi sewajarnya Muhyiddin menyedari Bersatu menang pun menumpang kekuatan Pas. Wajar Pas diberi mandat, calon PM ambil alih Pengerusi PN,” katanya dalam siaran langsung Facebook malam tadi.

Bagaimanapun, Lokman berkata, beliau tidak menolak bahawa penyokong Pas akan tertipu sekali lagi sebagaimana mereka pernah diperbodoh oleh pemimpin Bersatu kononnya PN akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada selepas Hari Raya Aidilfitri, selepas pilihanraya 6 negeri dan terbaharu selepas bulan Oktober 2023.

“Namun percayalah Muhyiddin tidak akan menyerahkan kerusi Pengerusi PN. Apa yang dia buat sebelum PRK hanyalah menipu rakyat negeri Terengganu, khususnya di Kemaman.

“Saya rasa orang Pas akan kecewa sekali lagi. Mereka telah kecewa, janji nak tawan 6 negeri, gagal. Mereka ambil alih parlimen Pulai gagal, mereka yakin DUN Pelangai akan menang besar kerana majoriti orang Melayu, itu pun gagal,” katanya.

Mengulas kekalahan calon BN di Kemaman pula, Lokman berkata hal itu telah diduga kerana Pas memperalatkan agama untuk memastikan calon mereka beroleh kemenangan.

“Saya percaya 2/3 yang beri undi kepada Pas percaya masuk Pas ialah masuk Islam.

“Politik 3R dimainkan Pas juga memberi kesan kepada sokongan BN. Mereka menguar uar kononnya undi BN, undi kerjasama dengan DAP akan hancur orang Melayu dan Islam.

“Ramai terpedaya, khusus di pantai timur termakan benda ini,” katanya.

Walau bagaimanapun, Lokman mengakui faktor pengundi BN yang tidak pulang mengundi mendorong kekalahan yang lebih buruk berbanding Pilihan Raya Umum 2022 lalu kerana seharusnya BN mendapat sekitar 37,000 undi bukan di bawah 28,000 undi.


ISHAM JALIL HARUS CEPAT MASUK BERSATU, MASA DEPAN POLITIKNYA CERAH DI SITU

 

Walaupun belum ada pengumuman rasmi lagi sehingga ini, Isham Jalil sebenarnya sudah pun dipecat daripada UMNO.

Beliau dipecat dalam mesyuarat MT UMNO yang tidak dihadirinya pada malam semalam.

Selain beberapa ahli MT UMNO yang hadir dalam mesyuarat malam semalam telah mengesahkan pemecatan itu, penyingkiran Isham daripada Grup Whatsapp MT UMNO tambah mengukuhkan lagi perkara itu.

Jika tidak dipecat, kenapa beliau dikeluarkan daripada Grup Whatsapp berkenaan?

Isham, dilaporkan dipecat atas kesalahan, antaranya mendesak Ahmad Zahid, Presiden UMNO agar meletakkan jawatan, mencabarnya berdebat, mengeluarkan label “barua” DAP, menentang secara terbuka pendirian UMNO menyertai kerajaan perpaduan dan tidak hadir mesyuarat MT sebanyak empat kali.

Dengan dipecat daripada UMNO, Isham kini menuruti jejak nasib beberapa pemimpin yang menerima nasib sama sebelum ini seperti Annuar Musa, Khairy Jamaluddin, Noh Omar dan beberapa yang lain.

Bermakna, terputus sudah hubungan bekas pegawqi khas Najib Razak itu dengan UMNO dan tiada apa-apa lagi yang boleh dilakukannya untuk meneruskan perjuangan bersama parti tersebut.Nasib dan masa depan Isham kini terpulang kepada beliau membuat pilihan dan penentuannya.

Apakah yang terbaik patut dilakukannya?

Untuk meneruskan karier dan kerjaya kehidupan, Isham barangkali ada banyak pilihan di depannya, tetapi dalam konteks perjuangan masa depan, pilihan terbaik untuknya hanya satu – masuk Bersatu.

Dengan menyertai Bersatu, beliau bukan saja boleh meneruskan karier politiknya dengan lebih baik dan melakukan pelbagai serangan lagi terhadap Ahmad Zahid Hamidi, malah berjuang bersama parti itu mungkin amat bersesuaian dengan jiwanya.

Dalam waktu yang sama, berjuang bersama Bersatu yang merupakan parti gabungan PN juga bertepatan dengan pendiriannya yang menolak DAP sebagai rakan kongsi.

Berkaitan hal ini, Isham tidak harus berlengah lagi untuk mengisi borang keahlian Bersatu, ditambah beliau juga telah menetapkan pendirian tidak mahu merayu atas pemecatannya.

Masuklah Bersatu secepatnya dan mulakan langkah perjuangan daripada sekarang, maka harapan lebih terbentang untuk beliau dipilih sebagai calon dalam PRU16 akan datang.

Kalau pun PN tak menang dalam PRU16 akan datang, kalau bertanding di mana-mana kerusi Parlimen sekali pun atas tiket PN, harapannya untuk bergelar YB amat cerah sekali.

Kalau PN menang pula, silap-silap boleh terus jadi menteri!! – ShahbudinHusin 07/12/2023.


MYDIGITAL ID PASTIKAN TRANSAKSI ATAS TALIAN LEBIH SELAMAT

 

Melalui pengesahan diri yang tepat, transaksi atas talian yang selamat dan kemudahan log masuk tunggal dan MyDigital ID mampu mengurangkan risiko penipuan dan memudahkan urusan harian berkaitan perkhidmatan dalam talian.

Hal itu dinyatakan oleh MIMOS. Dalam infografiknya MIMOS menyatakan MyDigital ID tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti pengenalan.

Ia juga tidak menyimpan data biometrik pengguna seperti cap jari, iris/mata atau pengecaman wajah sebagaimana yang didakwa di media sosial. MyDigital ID juga tidak mengawal data dan pergerakan pengguna secara digital atau mendedahkan data peribadi secara terbuka dan meluas.

Kata MIMOS lagi, seseorang itu tidak boleh mempunyai lebih dari satu identiti digital dan tidak menyimpan pangkalan data peribadi pengguna.

Justeru itu, kaedah digital itu merupakan satu langkah maju bagi memastikan keselesaan dalam menggunakan perkhidmatan dalam talian tanpa mengorbankan privasi.

“MyDigital ID merupakan inisiatif yang akan menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisien di Malaysia seperti pengagihan subsidi bersasar dan peningkatan akses ke sistem perubatan MADANI.

“Melalui identifikasi digital, transaksi seperti pembahagian bantuan menjadi lebih mudah dan telus serta memastikan hanya individu yang layak dapat menerima manfaat,” kata agensi berkenaan lagi.