21.6.23 ISU NAJIB, KPN BARU ,MELONDEHKAN Chegubad dan penipuannya dalam isu Ambalat


Bila Chegubad dan pembangkang kencing berdarah penyokong mereka. Malam ini kita jawab satu persatu. Sangat lawak! Rakaman suara macam suara najib. KEtua polis negara dan timbalan dilantik. Ayub khan dalam pilihan.


TEDIA KAWAN HANGPA.....PN....


 

PEJA NAK JADI MB?


 

AZMIN BEREBUT NAK JADI MB


 

TUUU DIAAAA...DIA PUNYA SEMBANG KONONNYA NEGARA RUGI 1 TRILLION...


 

LEBAI NI TERLEBIH SEMBANG.


 

TUNGGU PENDEDAHAN SKANDAL AZMIN ALI


 

KEH..KEH...KELANTAN NEGERI PALING KAYA


 

KENALI WALAUN


 

PANAS! Muhyiddin gaduh teruk dengan Hamzah? BERSATU berpecah? PAS gesa A...







1. Muhyiddin, Hamzah tidak sebulu mengenai masa depan Bersatu 2. Menang dulu baru cakap soal calon ketua menteri 3. PM diminta pulihan ekonomi, bukan lawat universiti 4. Rakaman audio 1MDB mirip suara Najib 5. Pasukan media Najib terima RM23 juta selama tiga tahun 6. Enam kerusi PH-BN bertindihan di tiga negeri 7. Amanah sedia pertahan lapan kerusi DUN Selangor 8. Razaruddin dilantik Ketua Polis Negara, Ayob Khan Timbalan #nextstepmalaysia #nextstepnews



INTAI NEGERI ORANG TETAPI NEGERI SENDIRI YANG TERUK NAK MAMPUS.

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF




Bayangkan pelajar paling tercorot dari kelas paling terakhir tanya kenapa best student hanya dapat markah 99 bukan 100.

Itulah dia tamsilan pimpinan lebai.

Maksudnya begini- Negeri dia sendiri air karat dan keladak, dia nak persoalkan air hampir percuma negeri orang.

 

AKU NAK NASIHATKAN RAJA GELAP SUPAYA JANGAN LAYAN WALAUN. MEREKA TAK PERNAH NAK JADI CERDIK.

 





Bila aku post jumlah kerusi yang dimenangi oleh MCA + Gerakan tahun 2004 dulu lebih banyak daripada yang dimiliki oleh DAP sekarang ini, ada walaun balas, pada waktu itu kerusi UMNO banyak dan Melayu majoriti dalam kerajaan.

Walaun tak faham cara demokrasi berparlimen ni.

Nak ubah sesuatu peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang, bukan boleh buat sesuka hati macam lebai tukar dalil. Tak. Ia perlu melalui suatu proses. Perlunya buat usul di parlimen. Kemudian dibahaskan dan diundi sebelum diluluskan.

Kalau kata DAP betul jahat nak ubah perlembagaan berkaitan Islam & Melayu pun, pertama sekali DAP kena usulkan. Halangan pertama, adakah usul itu akan dilayan? Dengan speaker yang ada sekarang, aku tak fikir itu akan berlaku.

Kalau pun lepas, ia perlu dibahaskan. Perbahasan pula ada beberapa peringkat iaitu Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan akhir sekali Bacaan Ketiga. Sekiranya dapat persetujuan dewan, usul itu perlu pula mendapat perkenan dari YDP Agong sebelum dikuatkuasakan.

Kelulusan dewan pun bukan semudah itu. Ada yang perlukan kelulusan ⅔ dewan. DAP pula cuma ada 40 kerusi. ⅔ daripada 222 jumlah kerusi dewan adalah 148. DAP masih perlu lagi 108 kerusi untuk untuk pinda perlembagaan. Mana dia nak dapat?

PAS ingat dia saja Melayu? Dia ingat dia saja yang muslim? Dia ingat Melayu lain dalam kerajaan akan sokong buta begitu saja? PAS ingat Melayu UMNO akan diamkan? Yang selalu jadi pasu ni PAS. Sebab tu cabutan khas judi naik jadi 22 masa PAS dalam kerajaan. Dia ingat orang lain pun macam dia.

Pun begitu, walaupun perlembagaan boleh dipinda, ada beberapa perkara yang tak boleh dipersoalkan seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah, kedudukan Bahasa Melayu serta soal berkaitan kerakyatan.

Rakyat yang faham perlembagaan, pasti nampak yang dakwaan bahawa DAP mahu menghapuskan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan adalah penipuan yang jahat dan fitnah yang amat besar, dibuat oleh kelompok gila kuasa dan agen pemecahbelah.

Mereka mainkan isu itu kerana mereka tak mampu nak lahirkan idea untuk bantu rakyat. Mereka mahu cipta ketakutan dalam kalangan masyarakat Melayu dan kemudian manipulasi sifat naif mereka untuk dapatkan pengaruh. Sebagai rakyat yang bijak, kita perlu tolak manusia jijik begini. Guane boh?

Raja Gelap

 

WALAUN CIPTA PERSEPSI

 




Cubaan walaun cipta persepsi sekaligus fitnah.

Jawapan aku mudah. Jangan tanya public. Orang awam tak ada cara nak siasat. Laporkan kepada SPRM. Biar SPRM yang siasat. SPRM tak perlukan bukti atau saksi. Rasa syak saja dah cukup untuk buat laporan.

Kalau takut nak lapor kepada SPRM, jangan cipta persepsi. Itu adalah fitnah. Orang Islam yang yakin adanya hari akhirat, takkan berani buat fitnah. Usah beralasan. Pintu pejabat SPRM sentiasa terbuka. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

WALAUN TAK PANDAI MATEMATIK FITNAH TNB





Sifat walaun. Dia memfitnah, TENAGA NASIONAL BERHAD perbetulkan. Tapi bukan dia nak mengaku salah, dia tohmah pula kerajaan. Jijik sungguh la perangai walaun. Begini ajaran ulama dalam PAS?

Pengalaman aku sendiri, bil aku maintain daripada Januari sampai sekarang. Rendah sedikit daripada Disember 2023 dan sebelum-sebelumnya. In fact, bil bulan Jun aku rendah daripada bil bulan Mei.

Adakah sebab aku penyokong PH maka bil aku tak naik macam walaun? Kalau dah macam tu, korang semua sokonglah PH cepat. Tunggu apa lagi? Jadi walaun kan bil elektrik tinggi. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

OH..AZIZAH..

 

2 INSAN , NAMA YANG SAMA




Secara kebetulan kedua² insan mulia ini berkongsi 

nama yang sama.

Semoga ALLAH SWT sentiasa peliharakan kedua² insan yang kita sayangi ini. 

 

 

Sanusi Jangan Lupa PMX Dipenjara 2 Tahun Bela Petani Miskin. Hang tak bela dan tak masuk lagi penjara.

 



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Ucapan Datuk Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor selaku Menteri Besar Kedah semasa Ceramah Perdana PN Selangor sempena program Jelajah Selangor Baharu ternyata telah mengguris perasaan aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang selama ini berjuang dengan penuh kejujuran terutama dalam isu melawan kemiskinan.


Beliau menuduh bahawa perjuangan gerakan belia pada tahun 1974 yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar untuk meraih populariti sahaja, perjuangan tersebut bukan sahaja digerakkan oleh PMX malah ramai lagi pemimpin belia termasuk pemimpin ABIM yang turut terlibat dalam gerakan memperjuangkan nasib petani miskin pada waktu tersebut.


Demontrasi tersebut bagamanapun berakhir dengan penangkapan 2,000 aktivis yang ditahan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), PMX pada waktu itu telah dipenjara tanpa bicara hampir dua tahun kerana penglibatan beliau dalam Demonstrasi Baling 1974.


Angkat suara petani miskin


Perjuangan pemimpin ABIM semasa Demonstrasi Baling 1974 adalah manifestasi perjuangan mengangkat suara petani miskin yang tidak diendahkan oleh golongan establishment, kenaikan harga barang dan kejatuhan ekonomi termasuklah kejatuhan harga getah telah memaksa golongan petani di Baling berikhtiar hidup dengan memakan sejenis ubi gadung yang mengandungi racun sehingga didakwa mengakibatkan kematian.



Pada waktu tersebut PMX selaku Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan ABIM telah menggerakkan seluruh kekuatan belia untuk menuntut perhatian golongan establishment bagi membantu meringankan bebanan golongan petani miskin di Baling.


Demonstrasi tersebut telah berjaya mendesak Perdana Menteri pada ketika itu Tun Abdul Razak Hussein untuk memberi jaminan bahawa harga getah akan dinaikan serta merta, peristiwa tersebut juga telah mengakibatkan kerajaan mula memperkenalkan polisi untuk mengawal harga getah supaya tidak membebankan golongan petani miskin.


Tidak perlu jadi miskin untuk berjuang


Usaha PMX bersama aktivis ABIM dalam memperjuangkan nasib petani miskin tidak memerlukan mereka untuk menjadi miskin bagi memahami maksud sebenar penderitaan akibat belenggu kemiskinan. Logik yang digunakan oleh Menteri Besar Kedah iaitu hanya orang miskin yang memahami erti sebenar kemiskinan adalah tidak benar, PMX telah mempertaruhkan masa depan beliau sebagai belia berpelajaran tinggi untuk memperjuangkan isu petani miskin walaupun beliau tidak pernah hidup dalam keadaan miskin tegar.

Mohd Fauzi Fadzil

Konsep ihsan sahaja sudah mampu menggerakkan PMX untuk memperjuangkan suara petani miskin yang berada jauh di utara tanahair, konsep ihsan juga menyebabkan PMX sedia untuk dipenjarakan bersama rakan-rakan seperjuangan ABIM.


Secara kesimpulannya tuduhan Menteri Besar Kedah yang cuba meremehkan perjuangan aktivis ABIM semasa Demonstrasi Baling 1974 adalah sangat keterlaluan. Beliau telah dibutakan oleh kebencian politik sehingga sanggup meremehkan pemenjaraan 2,000 orang aktivis akibat Demonstrasi Baling 1974.


Berbeza dengan perjuangan Pas


Beliau harus sedar bahawa polisi yang lebih mesra golongan petani miskin telah dibentuk hasil Demonstrasi Baling 1974, tanpa peristiwa tersebut maka Malaysia yang mengamalkan sistem ekonomi laissez-faire tidak akan masuk campur dalam menentukan harga getah yang lebih setimpal untuk golongan petani miskin.


Usaha PMX untuk menoktah kemiskinan tegar mungkin tidak seratus peratus tercapai seperti yang dirancang, namun sekurang-kurangnya PMX berani untuk menjadikan fokus tersebut sebagai matlamat beliau sebelum tahun 2023 berakhir.


Keadaan ini jauh berbeza dengan sesetengah pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang beranggapan bahawa dalam Islam tidak ada maksud menoktahkan kemiskinan tegar.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Exco Pendidikan ABIM Selangor