KECOH KETIDAKCEKAPAN MENTERI FAHMI

 

MOHD SAYUTI OMAR


Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang seperti nampak jadi orang penting Anwar Ibrahim sudah cetus masalah apabila dia dikecam pelbagai badan media.

Fahmi dikecam badan media apabila timbul rasa tidak puas hati terhadap media yang buat spekulasi kadar dasar semalam (OPR). Fahmi dikecam kerana dakwa media memfitnah bank. Dakwaan Fahmi itu menyinggung media.

Ketidakcermat Fahmi bakal menjadi masalah kepadanya nanti. Menteri berambut jelly ini nampak cerdik tetapi tidakkannya tak secerdik rambut jellynya.

NAJIB HARUS TAHU TENTANGAN DAN KESEDARAN RAKYAT



This shows that, the age of troll and cyber army is coming to an end.

Rakyat kita makin sedar. Walau berjuta dihabiskan untuk membuat spin dan propaganda palsu, rakyat tak termakan dengan dakyah songsang.

Yang salah tetap salah.

Let the kayangan knows, the best form of propaganda is the TRUTH.

~LM~

 

DOA MEREKA TELAH DIMAKBULKAN- SESUNGGUHNYA JATUHLAH KERAJAAN PN




 Walaun ni kata, doa orang yang teraniaya ni makbul. Memang betul. Ini buktinya. Kami rakyat menderita kerana urus tadbir yang curang.

Kami berdoa supaya orang yang bertanggungjawab buatkan kami menderita diberi pembalasan yang setimpal. Maka ini pun berlaku.

Jelaslah doa orang yang teraniaya itu makbul. Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana tunaikan doa kita. Alhamdulillah. Guane boh?

Raja Gelap

 

IMBASAN TITAH AGONG – KUASA MENGHUKUM, PENGAMPUNAN TIDAK WAJAR DIGUNA SEWENANG-WENANGNYA

 

Di bawah ini adalah titah Yang Dipertuan Agong pada September 2022 lalu berkaitan kuasa menghukum dan pengampunan yang tidak wajar digunakan dengan sewenang-wenangnya.

Jika kita teliti dan fahami titah baginda ini dengan isu pengampunan Najib Razak yang sedang hangat diperkatakan sekarang berikutan tindakan UMNO secara tergesa-gesa memohonnya, ia sebenarnya mampu memberi kefahaman yang lebih jelas kepada kita semua.

Adalah difahami baginda seorang yang amat teliti yang bukan saja memikirkan keadaan semasa, tetapi juga soal pertanggungjawapan di hari kemudian.

Mari sama-sama kita teliti titah baginda itu:-

———————————————————

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, kuasa menghukum dan pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya.

Titah baginda, sekiranya undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil, ia bermakna penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda.
“Kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ianya bakal dipertanggungjawabkan kelak di hari kemudian.
“Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil nescaya keadilan tidak akan tercapai, kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda,” titah baginda.
Prinsip keadilan menurut Islam, titah Al-Sultan Abdullah, adalah menjunjung amanah Tuhan dan bukannya mewakili kuasa Tuhan.
Berpandukan atas prinsip yang sama, Mahkamah Syariah juga, titah baginda, harus bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam menjatuhkan hukuman terutama melibatkan kes kekeluargaan.
Titah Al-Sultan Abdullah lagi, akibatnya pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa.
“Maka titik permulaan menghalalkan penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam sesuatu sistem pemerintahan.
“Justeru, Mahkamah Syariah hendaklah sebilang masa mempunyai kecekapan dalam mengendalikan kes-kes agar keadilan akan tercapai.
“Hakim-Hakim Syarie hendaklah memastikan kes-kes yang dikendalikan dapat dihakimi dengan seadil-adilnya dan penghakiman dapat dilaksanakan dengan segera,” titah Al-Sultan Abdullah lagi.
Terdahulu, baginda berkenan merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang, di sini, hari ini.
Berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kompleks yang siap dibina sepenuhnya pada 23 September 2021 itu menelan belanja kira-kira RM44.75 juta.
Sumber – https://www.astroawani.com/berita

TUUU DIAAA- DIA PUNYA MINTA PENERBANGAN PERCUMA. NI MANUSIA KA APA NIH ? SEKOLAH KA TIDAK ?






Fuiyoh! Dia nak penerbangan percuma! Ini manusia ke apa ni?

Masalah yang selalu diangkat oleh rakyat sebelum ini ialah tiket penerbangan yang mahal. Bila MOT luluskan penerbangan tambahan, bermakna wujud persaingan dan itu akan turunkan harga tambang.

Itu tak pernah berlaku sebelum ini. Terutama waktu PN memerintah. Tiket penerbangan melambung naik harga. Malangnya kabinet PN dipenuhi dengan pasu, tiada usaha nak bantu rakyat sedikit pun.

Jadi tahun ini, diwujudkan penerbangan tambahan. InsyaAllah harga akan turun. Walaun dan chaibunge dah tak reti nak kutuk apa, dia boleh kata rakyat nak penerbangan percuma pula. Dah gadai otak ke?

Agak-agak la kalau nak hentam kerajaan pun. Biar kena dengan isunya. Budak pergi sekolah pun kena bayar tambang bas. Ini tiket penerbangan dia nak percuma. Mana pergi rasional dia? Guane boh?

Raja Gelap

 

SANUSI TAK TAHU KEDUDUKAN BELIAU DAN KUASA PERKENAN SULTAN.






MOHD MUKHLIS MOHD SYARIH


Dia ini sama ada tak faham prosedur ataupun sengaja play victim.

Buat cerita sedih tapi tak ada bukti, sama dengan kes katering MAEPS, saman Fitnah Mahfuz, LIMA langkawi, tengok RAPTOR masa PKP dan Airport Kulim.

"Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor mendakwa ada usaha terancang menggantikannya dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Norizan Khazali untuk mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara. Bagaimanapun, beliau mengakui TIDAK MEMPUNYAI BUKTI untuk menyokong dakwaan itu kerana gerakan berkenaan belum menjadi realiti."

Pastu benda ini jelas dalam perlembagaan persekutuan yang hak melantik wakil dalam Majlis Kewangan Negara terletak pada wewenang Sultan Kedah, jadi dia nak sembang apa? Kalaupun Sultan pilih orang lain itu adalang perogatif baginda, hang kena muhasabah diri sendiri la. Jenis cerdik yang tak boleh di ajar.

"Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Kewangan Negara perlu diketuai perdana menteri atau mana-mana menteri dilantik manakala setiap negeri diwakili individu diperkenan sultan atau Yang di-Pertua Negeri."

 

JEBAT DERHAKA SOKONG CARA PENTADBIRAN ANWAR


 

KENAPA SANUSI MD NOR NI TAK BOLEH DIBAWA DALAM PROGRAM KERAJAAN.


 

LAGU BARU YANG SEDANG POPULAR. DIJANGKA HIT DI HARI RAYA


 

KERJA MENYAKAW SAJA


 

KERJA MENGHASUT DAN MEMFITNAH ADALAH MOTTO KAMI


 

MB MANA YANG BODO NI ?


 

KITA KAN WALAK..JANGAN KAJI..JANGAN BACA...ITU MOTTO JAHANAM KITA


 

DUA PEMIMPIN PAS DISIASAT DIBAWAH AKTA HASUTAN..2 TAHUN SAHAJA..


 

WALAUN MATLAMAT MEREKA BUKAN UNTUK MEMAHAMI MELAINKAN UNTUK MENGHENTAM SAHAJA. BIASA LAH KERANA LEVEL BAWAHAN INI SEKOLAH TAK TINGGI.


 

MACAMANA KEDAH NAK MAJU JIKA MB HANYA TAHU BERKELAHI DENGAN RAMAI ORANG


 

BAGAIMANA DANA JUDI DIKATAKAN DIGUNAKAN SEMASA PILIHANRAYA 15 BARU BARU INI. JOM KITA DENGAR CARA IANYA DIMANIPULASAI


 

PEMUDA INI MENASIHATI WALAUN DAN PEMIMPINNYA SUPAYA LEBIH TERTIB SUPAYA ISLAM ITU TIDAK DIPERLEKEHKAN DENGAN SIKAP DAN AKLAK PEMIMPINNYA


 

JEBAT DERHAKA HENTAM DAN NASIHAT AZMIN ALI


 

BENGKEL WALAUN KELAS BAWAHAN


 

TEGURAN ANWAR BUAT PEJA- LAMA DIA HILANG DARI RADAR


 

BEZA ZAMAN NAJIB DAN ANWAR BILA BERURUSAN DENGAN CHINA...JOM DENGAR FAKTA



INGAT LAGIKAH PERKATAAN MUNAFIK HARAKI...SEKARANG DIA BERADA DALAM UMNO..BANGKHAI.,


 

INI LAH ANTARA KENAPA TAULIAH ITU PENTING..KALAU GINI GAYA DALAM MASJID...ADOIII...


 

MAMU NI DENGAR CERITA MAHFUZ UMAR NAK SAMAN...LAGI DOK FITNAH


 

.INGAT DIA PI RASMI PEMBUKAAN BANK- RUPANYA RASMI MESIN ATM...LAÀAAA..TERTINGGAI BETOIIIII


 

NAZLAN ADALAH HAKIM YANG MULA SEKALI MENJATUHKAN HUKUMAN PADA NAJIB.

 

GINO MARVELA.


Berkaitan dgn Hakim Nazlan yang umno cuba sentuh demi menyelamatkan Najib, GM ambil sisipan nukilan dr seorang peguam yg menarik dalam penulisannya, "kesalahan jenayah yg di lakukan oleh Najib juga tidak pula di katakan sebagai tidak wujud atau tiada bukti". 👇


Ramai yang bertanya kenapa Majlis Peguam dan bekas2 President membela sangat Hakim Nazlan itu? Adakah mereka (Bar Council dan bekas2 President) telah dilantik sebagai peguambela kepada Hakim Nazlan. Atau mereka telah juga dilantik sebagai peguambela untuk Tengku Maimun?


Bukan begitu....Bar Council ini mengambil tanggungjawab sebagaimana yang termaktub dalam Legal Profession Act 1976 terutama S.42 seperti dlm screenshot di bawah.


"To uphold the cause of justice without regard to its own

interests or that of its members, uninfluenced by fear or favour;"


Apabila ada berlaku sesuatu yang akan mengganggu gugat sistem keadilan negara, Bar Council akan berbunyi lah. Cara mana mereka berbunyi bergantung kepada keadaan.


Biasanya keadilan pada mereka ialah mempertikaikan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Jarang sangat lah mereka memuji kerajaan itu. Itu lah nampak seolah2nya mereka itu anti kerajaan dan mereka menyokong pembangkang.


Dalam hal kes Hakim Nazlan ini, nampaknya BC dan bekas2 President nya bermati-matian mempertahankan. Apakah sebabnya?

Adakah kerana Hakim itu malaikat tidak melakukan apa2 kesalahan dan kesilapan atau adakah concept "the enemy to your enemy is your friend" digunakan?


Hakim Nazlan adalah hakim yang mula menjatuhkan hukuman kepada Najib. Disitu lah mulanya jenayah yang dilakukan oleh Najib diadili dan disabitkan. ✅


Kemudian nya di sambut pula oleh 3 hakim lagi di Mahkamah Rayuan. Terus juga mengatakan Najib bersalah melakukan jenayah. ✅


Selepas itu 5 hakim Mahkamah Persekutuan juga setuju semua bukti dan undang2 nya menjurus kpd Najib bersalah melakukan jenayah. ✅


Panel lain pula yg terdiri dari 5 hakim lagi, 4 darinya mengatakan tiada apa salah atau silap nya mahkamah2 itu menjatuhkan hukuman terhadap Najib. ✅


👉 Hanya 1 hakim kata yg najib tidak di berikan keadilan dalam proses perbicaraan, tidak boleh tangguh kes dll, maka mensabitkan Najib itu tidak sepatutnya berlaku begitu. 


👉 Tidak menyentuh merit atau kesalahan yg dilakukan hanya berpendapat ada prinsip undang2 tidak dipatuhi. Kesalahan jenayah yang dilakukan tidak pula dikatakan sebagai tidak wujud atau tiada bukti. 👈


Serangan terhadap kehakiman ini bukan perkara baru. Macam2 serangan telah berlaku. Ada yang Bar Council pun turut menyerang malah memboikot apa juga aktiviti selain perbicaraan dan pendengaran kes, yg di buat oleh mahkamah. Malah ada Ketua Hakim Negara yg tidak diiktiraf oleh Bar Council pun. Sampai meninggal pun masih tidak di iktiraf lagi.


Kenapa dgn Tengku Maimun ini Bar Council sokong sangat? Ini kita ulas di lain kesempatan....kalau ada rezeki.


Kredit: Shamsuddin Nawawi - Peguam & Firma Guaman.



TOMPOK TAK FAHAM DAN TAK DATANG DEWAN...TU DIA TAK TAHU. DULU PUN DIA CAKAP DAH...SAJA JA TOMPOK NI...ALMAKLUM JIWA KACAU

 


KEH..KEH..KEH...BUDAK BUDAK JA MENGUTUK.,.


 

PUNYA LA PENAKUT. DIA BERANI MASA ANWAR TAK ADA. LEPAS TU BILA ANWAR ADA SETIAP SELASA...DIA TUANG TAK HADIR SAMPAI HABIS SIDANG DEWAN.


 

BAGAIMANA WALAUN MUDAH KENA TIPU...JOM TONTON


 

HAAAA..NI GANG SAKAW


 

AL AHZAB TU..NAK TUJU PADA SAPA? NI SEKOQ LAGI...MASA JADI TIMBALAN MENTERI..DIA SENYAP HABIS...


 

KENA DIDIK ANAK DENGAN BETUL DUNIA AKHIRAT


 

MACAMANA MAT SEMBAB MASA JADI TPM 2012 DULU CAKAP BERKAITAN DENGAN PERTINDIHAN DI LAUT CHINA SELATAN.


 

INGAT LAGI KA DOK


 

[WAWANCARA EKSKLUSIF] J-KOM bukan jentera propaganda kerajaan

ANNUAR MUSA ADA TERKAIT ISU MENARA KUALA LUMPUR NI. CUMA SEHINGGA KINI KES INI SENYAP BEGITU SAHAJA. HANYA DIA YANG TAHU


 

JOM KITA DENGAR SIAPA KAKI PELAWOK. KONON ANWAR JANJI. BETUL PILIHANRAYA KE 13 DULU. HADI PELAWOK KA DOK.,?


 

KISAH WALAUN NAK SERANG JUGAK WALAU TEAM SENDIRI


 

DIKATAKAN PERANGAI MB KEDAH INILAH PUNCA DIA PATUT DISEKAT DARI HADIRI PROGRAM KERAJAAN- MUDAH KATA..TAK CERDIK


 

LEBAI NI LAH YANG JADI ISU. DIA CERAMAH AGAMA ATAU DIA MAKI ORANG. INI LAH ANTARA YANG MENJAHANAMKAN PAS.

 


MASA PENERANGAN PM DALAM DEWAN KO PONTENG YIDDIN. KAU MELALAK KAT LUAR. ISU LAUT CINA SELATAN NI BERKAITAN DENGAN TUNTUTAN BERTINDIH. KO NI ....BANYAK BETUL MAKAN SEMUT


 

PUNYA RAMAI PENIAGA MENGELUH MINYAK MASAK PAKET TAK ADA DIPASARAN.RUPANYA INI KERJA ANAK BERANAK

 


RAMAI YANG TIDAK TAHU BAHAWA PROJEK PPRT ITU ADALAH ILHAM DSAI.


 

BERSATU AKAN TERBUBAR JUGA JIKA AKAUN PARTI DISAHKAN MEMDAPAT DUIT HARAM MASUK.


 

DIA JADI PAK LAWAK

 


Sanusi suruh cari moment yang kelakar. Tapi yang kelakar sebenarnya dia sendiri. Sibuk kata konon ada larangan dia ikut majlis kerajaan pusat. Dah ni apa benda? Sendiri menipu, sendiri yang kantoikan. Tu pun jangan. Walaun puja semacam. Guane boh?

Raja Gelap

 

NAJIB BEBAS, PH-BN PASTI DITOLAK PENGUNDI DALAM ENAM PRN NANTI


Ada dua kemungkinan mengapa UMNO begitu tergesa-gesa mahu memohon pengampunan buat Najib Razak, walaupun bekas Perdana Menteri itu belum sampai setahun menjalani hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan mahkamah terhadapnya.

Pertama, untuk menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri semula, paling awal barangkali selepas PRU16 nanti.

Kedua, untuk memanfaatkan pengaruh bekas Perdana Menteri itu bagi menghadapi PRN di enam negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Dalam hal ini, UMNO dipercayai punya keyakinan Najib mampu menjelmakan keputusan cemerlang buat BN sebagaimana peranan yang telah dimainkannya dalam PRN Melaka dan Johor sebelum ini di mana BN menang dengan majoriti dua pertiga di kedua-dua pilihan raya itu.

Untuk kemungkinan pertama, walaupun segelintir penyokong Najib masih ghairah untuk melihatnya dapat kembali sebagai Perdana Menteri, sebenarnya adalah lebih baik perkara itu dilupakan saja.

Najib bukan seperti Tun Mahathir Mohamad yang meletak jawatan secara sukarela pada 2003 dan dengan itu tiada masalah bagi rakyat untuk mengangkatnya semula sebagai Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018.

Sebaliknya Najib adalah Perdana Menteri yang gagal, ditolak rakyat dan menjadi punca yang menyebabkan UMNO hilang kuasa pada 2018 lalu, malah sekarang dijatuhi bersalah atas kesalahan rasuah.

Dengan demikian, pengundi tentu akan berfikir lebih daripada sekali untuk memberinya peluang kembali menghuni Seri Perdana.

Lagi pula, dalam pemilihan UMNO baru-baru ini, sementara Najib berada di penjara, tiga anaknya telah muncul sebagai pemimpin dalam senarai kepimpinan baru parti itu di pelbagai peringkat.

Anak sulungnya, Mohd Nizar Najib, kini adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan, selain memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Seorang lagi anak beliau, Mohd Nazifuddin pula menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Yana menang Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai dan Exco Puteri UMNO Malaysia.

Apabila sudah ada tiga anaknya berada dalam kepimpinan UMNO, ini adalah masa yang terbaik untuk Najib berundur dan bersara sepenuhnya.

Oleh itu, UMNO tidak harus membuang masa memohon pengampuan yang segera buat Nakib, sebaliknya biarkan saja proses pengampunan dilakukan oleh keluarga Najib sendiri setelah beliau selesai menjalani tempoh tertentu di penjara dan mendepani perbicaraan tiga lagi kesnya berkaitan 1MDB di mahkamah.

UMNO harus bergerak ke depan dengan barisan kepimpinan sedia ada tanpa perlu menoleh lagi kepada Najib.

Untuk kemungkinan kedua iaitu bagi kepentingan BN berdepan enam PRN, apa yang UMNO harus sedar ialah bukan saja sekarang ini keadaan Najib sudah berbeza berbanding ketika PRN Melaka dan Johor sebelum ini, bahkan kedudukan kerajaan juga sudah berubah.

Oleh kerana PH dan BN sudah bersama dalam kerajaan dan setuju untuk bertanding sebagai satu pasukan dalam PRN di enam negeri nanti, keberadaan Najib sebenarnya sudah tidak memberi banyak manfaat lagi.

Gandingan Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi lebih perlu diletakkan sebagai dua kepala perang bagi memastikan PH-BN mampu menggapai kemenangan.

Malah, jika adanya Najib dengan andaian desakan UMNO agar beliau diberi pengampunan penuh diperkenankan setelah ia dibawa oleh pihak kerajaan kepada Lembaga Pengampunan, ia akan memberi peluru percuma kepada PN untuk menyerang dan mengajak rakyat menolak PH-BN.

Rakyat pasti sukar menerima keadaan di mana Najib diberi pengampunan terlalu awal yang mana ia difahami adalah atas kehendak kerajaan melalui desakan UMNO tadi.

Dalam sistem Raja Berperlembagaan, meskipun kata akhir dalam memberi pengampunan adalah atas budi bicara Agong, tetapi baginda juga tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri dan kerajaan dalam hal berkenaan.

Akhirnya, rakyat dan pengundi pasti akan melampiaskan isyarat penolakan mereka dengan tidak mengundi calon PH-BN di enam negeri yang berlangsung PRN itu.

Apa lagi jika PN memanfaatkan isu tersebut semaksimum mungkin untuk menyerang PH-BN.

Sudahnya nanti, bukan saja PN bakal menang besar di Kelantan, Terengganu dan Kedah, silap-silap Selangor dan Negeri Sembilan yang kini dalam genggaman PH juga bakal terlepas.

Pulau Pinang yang nampak selesa dalam genggaman PH pun tidak mustahil akan terumbang-ambing untuk mengekalkan kemenangan.

Jika itu berlaku dalam PRN nanti, jangan bermimpi lagi untuk menang dalam PRU16 pada tahun 2027 akan datang. – ShahbudinHusin 09/04/2023.

 

JENUH LAH SANUSI- SANUSI DIKATAKAN ORANG KAYA BARU- PEKONG SUDAH PECAH DAN BERBAU BUSUK



"Saya akan bawa teropong pergi duduk di tepi pagar airport (lapangan terbang). Saya ada kata kat pegawai saya kalau kita tak dijemput kita beli meja lipat seorang sebiji, teropong seorang satu, kita dok tepi pagar kita tengok kapal navy, kapal terbang. "Lagipun tepi pagar itu pun, ada orang jual laksa, boleh makan-makan, sebagai pengunjung takkanlah depa nak halau," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, semalam.



TUNTUTAN TUN M | "Saya Akan Kemuka Bukti" - PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau akan mengemukakan bukti bagi semua kenyataan berkaitan kekayaan membabitkan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.