GPS nafi perjanjian sokong BN bentuk kerajaan selepas PRU-15


Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini (Selasa, 8 November 2022) menafikan laporan bahawa persetujuan telah dicapai untuk gabungan itu menyokong Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Premier Sarawak berkata setakat ini tiada perjanjian sedemikian dibuat gabungan itu dengan BN.

“Saya tidak tahu mengenai itu (kerjasama dengan BN), saya juga baru baca tentangnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sarawakku Sayang di Lawas, menurut Utusan Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang memetik Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan BN yakin dapat membentuk kerajaan stabil selepas PRU-15 dengan sokongan daripada GPS.

Dalam laporan yang diterbitkan pada 21 Oktober lepas, Ahmad juga berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam mesyuarat sebelum ini antara kedua-dua pakatan berkenaan.

GPS ialah gabungan yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang merupakan bekas parti komponen BN.

Gabungan itu mengumumkan keluar BN pada Jun 2018, selepas PRU-14 apabila Barisan Nasional kalah kepada Pakatan Harapan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November ini.


PENJELASAN RAFIZI TENTANG PENGISYTIHARAN ASET RM18 JUTA MILIKNYA

 

Saya baru isytiharkan harta. Kecoh budak-budak UMNO PAS BERSATU persoalkan macam mana aset bersih saya bernilai RM18 juta.

RM16 juta itu saham dan pelaburan saya dalam startup (atau syarikat pemula) yang saya tubuhkan iaitu INVOKE Solutions Sdn Bhd.

Saya memang tunggu mereka buat bising kerana rakyat akan menyampah. Mereka bising pasal saya isytihar harta tetapi mereka tidak pula bising pimpinan mereka yang tidak ada perniagaan, tidak ada kelulusan, tidak pernah memimpin organisasi korporat tetapi hidup macam raja.

Memang itu tujuan saya:

PERTAMA
Untuk tunjuk hipokrasi mereka.

KEDUA
Untuk saya boleh galakkan anak-anak muda mula membina perniagaan yang bernilai tambah.

Hati saya juga didorong untuk menjaga kebajikan 150 kakitangan saya di INVOKE. Mereka anak muda yang berkelulusan tinggi – 30% mendapat straight As semasa SPM dan banyak ijazah kelas pertama dari universiti terkenal di seluruh dunia termasuk Cambridge, Oxford, Cornell, UCL dan banyak lagi. Umur mereka antara 22 hingga 27 tahun. 70% Melayu dan 30% bukan Melayu.

Mereka ada kepakaran dalam bidang teknologi terutamanya beberapa bidang yang menjadi tulang belakang ekonomi digital iaitu sains data, kejuruteraan perisian, pemasaran digital, dan seni kreatif digital.

Semua simpanan saya dari Tabung Haji dan ASB yang saya kumpul semasa muda saya laburkan sebagai saham permulaan dalam INVOKE sebanyak RM2.5 juta secara beransur-ansur sejak 2016.

Mana saya kumpul RM2.5 juta tunai masa muda?

Saya seorang profesional lulusan kejuruteraan elektronik dan akauntan bertauliah lulusan Institute Akauntan Bertauliah England & Wales (ICEAW), iaitu institut akauntan bertauliah paling tua di dunia. Saya memulakan kerjaya di London, gaji dalam pound. Masa itu, satu pound adalah RM6.

Bila saya balik sertai PETRONAS, gaji permulaan RM3,750. Selepas enam bulan dan disahkan sebagai pengurus termuda dalam PETRONAS, gaji saya naik RM11,000 sebulan pada umur 26 tahun. Umur 27 tahun saya naik pangkat lagi menjadi ketua bahagian perancangan petrokimia PETRONAS, dan gaji saya naik RM25,000 sebulan.

Ketika itu, PETRONAS memendekkan tempoh persaraan dari umur 60 tahun kepada 55 tahun, jadi saya mendapat pampasan RM400,000 pada umur 27 tahun untuk 5 tahun perkhidmatan yang dipendekkan.

Prestasi saya baik di PETRONAS. Setiap tahun selama 7 tahun saya berkhidmat di PETRONAS, bonus saya adalah di antara 10 hingga 12 bulan setahun. Jadi pendapatan kasar saya setahun di akhir umur 20an adalah sekitar RM500,000 setahun.

Wang simpanan itulah yang saya laburkan membuka syarikat INVOKE.

Ramai yang tidak faham tentang syarikat berasaskan teknologi atau yang dipanggil tech startup.

Nilaian sebuah tech startup di awal penubuhan bukanlah bergantung kepada untung rugi tetapi:

PERTAMA
Nilai teknologi yang dibangunkan dan prestasi berkembang di pasaran lain (atau scalability). Oleh kerana teknologi itu tidak menggunakan banyak tenaga kerja, kalau ia berjaya dikembang masuk pasaran luar negara, platform yang dibangunkan itu berpotensi besar di masa hadapan.

KEDUA
Kadar pertumbuhan perolehan (atau revenue) setiap tahun. Lebih cepat perolehan berkembang, lebih bernilai.

KETIGA
Kemampuan syarikat mempunyai tunai yang mencukupi dengan mengimbangi perolehan dan perbelanjaan, selalunya dipanggil cash sustainability.

Ini kedudukan kewangan terkini INVOKE:
Purata pertumbuhan perolehan 2019 ke 2022: 90% setiap tahun

Keuntungan syarikat:
Untung di peringkat syarikat setiap tahun iaitu RM507,000 untuk 2020, RM653,000 untuk 2021 dan dijangka RM1.5 juta untuk 2022.

Keuntungan kumpulan:
2 anak syarikat yang membangunkan platform teknologi masih belum untung, tetapi kerugian kumpulan semakin mengecil setiap tahun

Kedudukan tunai:
Dijangka mencukupi sehingga 2 tahun lagi tanpa perlu menerbitkan saham.

Ada beberapa cara nilaian syarikat dibuat.

Cara paling mudah ialah berdasarkan nilai aset bersih. Tetapi ini cara kuno kerana tidak mengambil kira potensi masa depan.

Untuk mengambil kira potensi masa depan, pekali (atau multiplier) digunakan untuk menilai syarikat berasaskan potensi berkembang perolehan dan keuntungan.

Untuk tech startup seperti INVOKE dengan prestasi pertumbuhan yang dicapai kini, selalunya pekali adalah di antara 7 hingga 10 kali dari perolehan tahun. Ini kaedah piawai yang digunakan di seluruh dunia oleh syarikat venture capitalist yang melabur.

Perolehan INVOKE untuk 2021 adalah RM6.3 juta dan untuk 2022 dijangka melebihi RM11 juta. Jadi julat nilaian INVOKE ialah antara RM60 juta ke RM120 juta.

Ini bukan saya pandai-pandai cakap. Ini adalah nilaian rasmi oleh Cradle, sebuah agensi kerajaan yang memantau pertumbuhan startup. Tengok nilaian rasmi ini di laman www.mystartup.gov.my

Nilaian ini dibuat oleh sebuah firma penilai bebas dari Singapura bernama VentureCap Insights.

Saya masih memegang lebih 70% dari saham INVOKE. Tapi untuk isytihar harta, saya gunakan kaedah nilaian paling rendah iaitu nilai aset bersih iaitu sebanyak RM17 juta.

Dari RM17 juta itu, RM11 juta adalah pelaburan yang membeli saham-saham INVOKE dari 2019 hingga 2022.

Kenapa pelabur tempatan dan antarabangsa beli saham INVOKE?
Kerana potensi untuk INVOKE disenaraikan di pasaran saham di masa hadapan yang membolehkan mereka mendapat pulangan besar bila saham-saham INVOKE mula dijual beli orang ramai.

Kenapa saya cerita semua ini?
Kerana saya nak yakinkan anak muda Malaysia bahawa ini jalan masa depan kita. Anak muda Malaysia sangat berbakat, pandai dan berkebolehan. Anak-anak muda di INVOKE telah membawa syarikat hingga ke nilaian berpuluh juta dalam masa 2 tahun.

Bila INVOKE disenaraikan, mereka semua ada saham, dan mereka boleh hidup selesa di masa muda.

Syaratnya kena pandai, kena kreatif, kena usaha, kena berani dan kena jujur.

Masa depan kita ialah ekonomi digital supaya mudah dikembangkan ke rantau Asia Tenggara, dan seluruh dunia.

Visi saya ingin menaikkan ekonomi digital supaya lebih ramai usahawan tech Malaysia yang menghasilkan produk-produk digital terbaik di dunia.

Anda ingat UMNO PAS BERSATU faham semua ini?

Mereka hanya tahu jalan sakau wang untuk kaya.

Sebab itu sampai sekarang belum isytihar harta.

RAFIZI RAMLI
Timbalan Presiden PKR
8 November 2022.




PERANCANGAN BAGUS, KERAJAAN TAK AMANAH, LINGKUP


PAS JANGAN MELAMPAU TABUR FITNAH

 Pas jangan melampau tabur fitnah

TUN M ADA BUKTIKAH PH AKAN KERJASAMA DENGAN UMNO?


Parti yg masih guna sentimen agama dan bangsa untuk meraih undi akan bungkus selepas PRU15 Sekarang rakyat sudah cerdik.

 



PENYATAAN RASMI





PENYATAAN RASMI

Semalam, melalui dada akhbar, calon Barisan Nasional Pengkalan Chepa telah mengatakan pihak Universiti telah mengesahkan sijil pelajaran beliau adalah sah.

Namun, penyataan tersebut tidak disertakan apa-apa bukti atau penyataan khas dari pihak Universiti. Setakat ini hanya hearsay atau cakap2 kosong daripada dia.

Saya dengan ini mengemukakan bukti daripada pihak Universiti Gajah Mada menjawab email rasmi yang dibuat oleh pihak saya. Ia mengatakan Calon BN ini bukan merupakan alumni UGM, sijil Ijazah yang diviralkan juga adalah palsu. Surat itu juga mengatakan beliau tidak tamat pengajian.

Saya juga telah menyemak kembali database Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia, ia juga merekodkan calon ini BELUM LULUS pengajian. Boleh semak sendiri melalui link di bawah.

Dengan ini, saya menggesa calon ini agar berterus terang kepada rakyat dalam masa 24 jam.

Sekiranya tiada kenyataan dan bukti daripada beliau dalam tempoh masa tersebut, saya akan meneruskan melalui laporan polis dan peguam saya akan mengambil tindakan selajutnya untuk menyaman beliau.

Saya selalu percaya, the power in people is greater than the people in power.

Bangkit anak bangsaku, jangan dibiarkan pemimpin sebegini menang pilihanraya dan memerintah kita.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

****************************************************

Siapa saja boleh email ke pihak Universiti di alamat email berikut: akademik.fk@ugm.ac.id. In sya Allah… Mereka akan membalas dengan surat yang sama dalam masa 2-3 hari.

Anda juga boleh semak sendiri database KPT ini: menunjukkan beliau belum lulus.

https://pddikti.kemdikbud.go.id/.../M0YwOTk0OTQtNDFFNi00O...

Universitas Gajah Mada (UGM)

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sinar Harian

Noor Hisham Abdullah

 

STUDENT BERPIHAK KEPADA PH ?






NORMAN RADZUAN

STUDENT BERPIHAK KPD PH Description: 👏Description: 👏Description: 👏

Student berpihak kpd kita. Yup rata2 anak muda terutama student IPT mahu bersama. Sebelum ini saya telah maklumkan juga di Sabah 109 anak muda IPT yg saya temubual sendiri memilih PH/MUDA.

Menurut laporan ia adalah dari Pelajar UIA dan University of Nottingham Malaysia membuat pilihan gabungan parti politik untuk PRU15. Yes ada muda benci rasuah dan politik perkauman. Jika begini cara mereka berfikir Insyallah kita akn nikmati Malaysia baru.

Kpd ibu bapa bermula pada minggu ini kempen PH adalah utk mengingatkan anak muda bahawa nama mereka secara automatik telah tersenarai kpd pengundi. Ini kerana ramai anak muda tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu.

Peranan ibu bapa utk meminta anak2 mereka menyemak kembali nama mereka dan di mana mereka mengundi.

Ingat Tuan2 dan Puan2… kalian tidak perlu turun padang berkempen ke sana sini tetapi cukuplah berperanan kpd anak masing2 tanggungjawab mereka utk menyelamatkan Malaysia.

Apa kita perjuangkan utk masa depan mereka. Pertama kita tidak mahu mereka bergelumang dgn rasuah, kedua kita tidak mahu mereka menanggung hutang2 pemimpin korup dan ketiga kita mahu mereka menikmati hasil bumi Malaysia yg kaya raya ini…. Bantulah merekaDescription: 🤲🏻 KITA BOLEH !

 

 

STRATEGY MAHIADDIN NAK JATUHKAN NAJIB. MANIPULASI KEADAAN

 

Ada machai bunga claim Mahiaddin yang paling berani lawan 1MDB sampai kehilangan jawatan Timbalan PM. Mahiaddin digugurkan dari jawatan TPM selepas videonya bercakap tentang 1MDB tersebar.

Aku dah pernah ulas dulu. Aku kata video tu dicuri dengan izin. Kalau melihat kepada keadaan video itu dirakam, memang macam sengaja nak bocorkan video itu untuk sebaran umum. Tapi kenapa?

Kerana pada ketika itu Mahiaddin punya rancangan untuk jatuhkan Najib sebagai presiden UMNO. Dia cuba timbulkan keraguan di kalangan ahli UMNO supaya Najib ditolak dan kemudiannya dia dilantik jadi presiden.

Malangnya Najib lebih cekap. Tanpa bertangguh Najib terus tukar TPM. Itu yang jadikan Mahiaddin terpinga. Perangkap yang dibuat makan diri. Apa yang terjadi selepas itu kita sendiri pun tahu.

Jadi Mahiaddin bukanlah orang yang menentang 1MDB. Mahiaddin tahu penyelewengan Najib tapi apa yang dia buat? Hanya bincang sesama sendiri saja. Laporkan kepada polis atau SPRM pun tidak.

Mahiaddin sebaliknya cuba manipulasi keadaan Najib untuk kepentingan dirinya sendiri. Dia guna 1MDB untuk potong Najib. Bukan untuk selamatkan duit rakyat pun. Jadi jangan kata dia pejuang 1MDB la. Geli aku.

Pejuang rakyat sebenar, yang mulakan pendedahan 1MDB adalah Rafizi dan juga DS Anwar. Skandal ini terbongkar adalah jasa dua insan ini yang sanggup risikokan segalanya demi selamatkan duit rakyat.

Mahiaddin cuma seorang opportunis. Sama seperti dia potong Mahathir tang konar selepas Langkah Sheraton untuk jadi PM. Mana dia boleh pulas, dia pulas. Janji dia untung. Yang mati, rakyat. Tapi dia peduli apa? Guane boh?

Raja Gelap

 

ARTIS LUAR RAMAI YANG BIJAK DAN BANYAK MEMBACA JADI NAMPAK SANGAT BEZA ANTARA ARTIS YANG BIJAK DAN KURANG BIJAK


 

LETAK CALON BAIK PUN TAK RETI LAGI- SAJA LA. NEGERI NO 2 PALING MISKIN...PEMIMPIN UMNO KAYA KAYA


 

TEMA KESTABILAN DAN KEMAKMURAN HANYALAH TIPU DAYA

 

Selari dengan keadaan politik negara yang tidak stabil sejak berlakunya Langkah Sheraton, BN dalam PRU15 kali ini menawarkan tema Kestabilan dan Kemakmuran untuk memikat hati pengundi.

Digembar-gembarkan kononnya hanya BN yang mampu memberi kestabilan dan kemakmuran kepada negara ini, seterusnya harus diberikan undi untuk dijadikan kerajaan.

Betulkah begitu?

Jika kita perhatikan, meskipun setelah kerusi Perdana Menteri jatuh ke tangan BN selepas UMNO berjaya menjatuhkan Mahiaddin Md Yasin, gabungan itu tidak pernah stabil dan makmur keadaannya.

Tidak lama selepas Ismail Sabri Yaakob memegang jawatan Perdana Menteri, gabungan itu mula kecoh dengan desakan tidak henti-henti agar Parlimen dibubarkan dengan segera.

Dua kluster yang bertelagah dalam UMNO saling menuding jari dan mempertahankan pendirian masing-masing sama ada PRU15 perlu diawalkan atau dilewatkan.

Walaupun desakan mengawalkan PRU15 akhirnya menemui kejayaan, tetapi ia bukanlah diputuskan dalam keadaan yang stabil dan makmur.

Mengawalkan PRU15 adalah kejayaan kluster mahkamah menewaskan kluster kabinet dan bukan lambang kejayaan UMNO secara keseluruhannya.

Ismail Sabri boleh dikata dalam keadaan terpaksa berhubung pembubaran Parlimen itu dan jika tiada paksaan atau tekanan daripada UMNO, beliau tentunya lebih selesa bertahan di Putrajaya sehingga habis penggal iaitu Jun tahun depan.

Kemudian, dalam penentuan calon baru-baru ini, sekali lagi BN gagal menampakkan kestabilan dan kemakmurannya.

Bukan saja ramai calon-calon berjawatan menteri dan timbalan menteri digugurkan secara mengejut dan tidak berhemah sampai keadaan jadi huru-hara dan sehingga ada yang memilih bertanding atas tiket PN dan Bebas, sebuah parti komponennya MIC juga hampir menarik diri daripada bertanding.

Yang nyata, sebagaimana pengakuan Shahidan Kassim dan Noh Omar yang digugurkan sebagai calon, suara Top 5 UMNO telah tidak diambil kira dalam pemilihan calon BN kali ini.

Nama yang dipersetujui oleh Top 5 sebagai calon, senang-senang saja dicantas oleh Presiden UMNO melalui kuasanya sendiri.

Stabil dan makmurkah BN jika Presiden UMNO tidak menghormati suara orang lain, tambahan lagi dalam Top 5 itu sendiri ada Perdana Menteri yang telah dinamakan sebagai poster boy?

Secara terlindungnya, walaupun menjaja tema kestabilan dan kemakmuran, Zahid Hamidi nampaknya mahu meletakkan Ismail Sabri dalam keadaan terus tidak stabil dan tidak makmur melalui pemilihan calon ini.

Sementara orang-orang Ismail Sabri dipotong dan dicantas, mereka yang pro kepada Presiden pula diangkat sebagai calon dan ini menjadikan kestabilan dan kemakmuran lebih sukar dijadikan kenyataan selepas keputusan pada 19 November nanti.

Sepatutnya, sesuai dengan tema kestabilan dan kemakmuran yang dijaja itu, tambahan lagi Ismail Sabri telah dipersetujui sebagai poster boy BN, kedudukan beliau lebih diperkukuhkan lagi dari segi kestabilan dan kemakmurannya, tidak saja berkaitan pemilihan calon, bahkan sebagai paparan kepada rakyat selepas keputusan PRU15 diumumkan.

Malangnya, apa yang berlaku ialah kedudukan Perdana Menteri tidak dijadikan lebih stabil dan lebih makmur berbanding Presiden UMNO yang dilihat cuba menambahkukuhkan kestabilan serta kemakmuran kedudukannya sendiri semata-mata.

Mudah cerita, tema Kestabilan dan Kemakmuran itu hanyalah sekadar tipu daya yang tidak mampu menjanjikan sebarang kestabilan dan kemakmuran kepada negara.

Bagaimana mahu mewujudkan kestabilan dan kemakmuran jika sejak awal lagi terlihat banyak ciri-ciri ketidakstabilan dan ketidakmakmuran terbentang di depan mata?

Yang penting, kita sebagai pengundi jangan sesekali terpedaya. – ShahbudinHusin 06/11/2022.



Anwar Ibrahim: Hi-Tea At Parlimen Pasir Gudang P159 & Tebrau P158

'Politik perlu terbuka' - Rafizi alu-alukan sokongan Azwan



Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengalu-alukan sokongan selebriti Azwan Ali ke atas parti itu namun berpandangan ia perlu dibuat berlandaskan kepada isu dan dasar yang dibawa parti. Terdahulu Azwan mengumumkan menarik diri daripada mencabar abangnya, Azmin Ali di Parlimen Gombak dan menyatakan sokongannya terhadap calon PH iaitu Amirudin Shari.

ALAHAI JAMAL!! - KO CAKAP APA NI?? - RAFIZI BASUH CUKUP-CUKUP | TIADA AZAN



Jamal Abdillah rupanya orang kuat UMNO. Tapi bila nak cakap tu pakailah akal sikit. Baru nampak cerdik. Nah, ko dengar apa Rafizi Ramli cakap ni..

KENYATAAN ADALAH JELAS..BUKAN PH..BUKAN JUGA DAP..TAPI UMNO TUAN TUAN DAN PUAN PUAN...INI BUKAN TIPU ..TAPI BETUL BETUL....


 

LAGI "SEKOR BERUK MAK YEH" DIPANGGIL POLIS. SAMAN AKAN MENYUSUL SAMPAI DIA TINGGAL TELUR..KEH..KEH. TAK ADA AKHLAK PUNYA LEBAI




Dakwaan Anwar bawa agenda LGBT, polis siasat ketua PAS Perak.


Ketua PAS Perak Razman Zakaria berucap dalam program di pasar malam di Tebuk Pancur ketika berkempen bagi kerusi DUN Gunong Semanggol.

IPOH: Polis Perak membuka kertas siasatan berhubung dakwaan calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria menyampaikan ceramah berunsur fitnah dan berniat jahat terhadap Pakatan Harapan (PH).

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berumur 32 tahun berkaitan rakaman yang tular sejak Ahad lepas mengenai calon N11 PN ketika berceramah didapati mengandungi unsur fitnah dan berniat jahat serta ditujukan kepada kepimpinan PH,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis menasihatkan semua penyokong parti supaya mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa serta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh pilihan raya umum ke-15 berlangsung terutamanya ketika berkempen.

Baru-baru ini, tular rakaman video menunjukkan Razman yang juga ketua PAS Perak berceramah menggunakan mikrofon di kawasan pasar awam dan membuat beberapa dakwaan mengenai PH.

Semalam, FMT melaporkan, Ketua Amanah Perak Asmuni Awi mengecam Razman susulan mendakwa Pengerusi PH Anwar Ibrahim mempunyai agenda LGBT, sekiranya gabungan itu menang pilihan raya umum.

Dalam video di laman Facebook miliknya, Razman turut mendakwa Anwar mahu menghalalkan perkahwinan sejenis, sekiranya PH membentuk kerajaan selepas pengundian, 19 Nov.

Dalam pada itu, Yusri berkata, sebanyak lima laporan polis harian diterima sejak semalam berkaitan PRU dan hanya satu kertas siasatan dibuka setakat ini.

Katanya, polis meluluskan permohonan permit 123 ceramah di seluruh negeri manakala 19 ceramah diadakan tanpa permit.


 

KAH..KAH...KAU JAJA NAMA ANWAR DAN NAIK ATAS TIKET PKR, KEMUDIAN KAU MENGAKU AMPANG ADALAH SINONIM DENGAN NAMA KAU. ORANG TAHU KAU ADALAH PENGKHIANAT

 

Rodziah tolak Zuraida ada ‘jenama’ di Ampang


Rodziah Ismail berkata Zuraida Kamaruddin mengkhianati PKR melalui Langkah Sheraton pada 2018.

AMPANG: Calon PKR Parlimen Ampang Rodziah Ismail menolak dakwaan bekas penyandang tiga penggal kerusi itu Zuraida Kamaruddin bahawa dia mempunyai “jenamanya” tersendiri di Ampang.

Rodziah sebaliknya berkata, Zuraida telah merosakkan jenama itu kerana mengkhianati PKR melalui Langkah Sheraton pada 2020.

“Jenama itu dia ambil atau pun dia tumpang bawah PKR,” soalnya.

Menurut Rodziah, tiada siapa yang menafikan usaha Zuraida berkhidmat selama tiga penggal, bagaimanapun dengan pengkhianatan yang telah dibuat, pengundi Ampang perlu menolak Zuraida.

“Dengan menolak individu itu, maknanya mereka di Ampang ni cerdik, mereka bukan sahaja fikir sekadar individu, sebab mereka faham mengundi ini adalah untuk memilih kerajaan,” katanya.

Rodziah berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berkaitan dakwaan Zuraida bahawa dia mempunyai jenamanya tersendiri di Parlimen Ampang.

Bekas naib presiden PKR itu memenangi Parlimen Ampang bawah tiket PKR dengan majoriti 41,956 undi dalam pertandingan empat penjuru – BN, PAS, Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Zuraida dilantik ke dalam Jemaah Menteri selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan BN pada 9 Mei 2018.

Bagaimanapun, beliau dipecat daripada PKR bersama bekas timbalan presiden, Azmin Ali selepas menyertai Muhyiddin Yassin menerusi Langkah Sheraton dan menyertai Bersatu. Zuraida kemudian keluar Bersatu dan menyertai PBM pada Mei lalu.

Pada PRU kali ini, Zuraida bakal berdepan persaingan sembilan penjuru dengan pencabar terkuatnya daripada PH iaitu Rodziah.

Sementara itu, ketika ditanya adakah sukar berdepan dengan pengundi Ampang memandangkan beliau calon muka baharu di situ, Rodziah bersyukur “masih bertanding dalam Selangor”.

Rodziah yang juga ADUN Batu Tiga berkata, dia sudah “membuat kerja” di Ampang sejak setahun lalu dan bukan dalam tempoh berkempen ini sahaja.

SANGGUP TIDAK MENGGUNAKAN BENDERA SENDIRI . PADA HAL BERSATU TAK ADA CAWANGAN PUN. PENYOKONG PAS SILA UNDI PH...BERI PADA AMANAH ATAU PKR

 

PAS diperalat dalam PN, Bersatu yang untung, kata Ismail

Ismail Sabri Yaakob berkata lebih baik penyokong PAS memberi undi kepada calon BN daripada terus membiarkan parti mereka diperalat Bersatu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS hanya diperalat Bersatu demi kepentingan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN), kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga naib presiden Umno, berkata PAS tidak mendapat keuntungan berada dalam gabungan, sebaliknya Bersatu.

“PN ini untungkan Bersatu, kalau kita lihat di Bera ini Bersatu tiada jentera. Bilik gerakan yang ada di Bera kebanyakannya bilik gerakan PAS. Ahli PAS lebih ramai dari Bersatu.

“Situasi ini saya kira bukan sahaja di Bera malah seluruh negara,” lapor Utusan Malaysia.

Ismail yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bera, berkata, PAS tidak belajar daripada apa yang sudah berlaku di pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Di 

Melaka, PAS tidak menang satu kerusi pun sebab bekerjasama dengan Bersatu. Walaupun cita-cita besar mereka untuk lantik ketua menteri wanita pertama, yang menjadi mangsanya adalah PAS.

“Begitu juga di Johor yang saya kira sepatutnya Johor kubu Bersatu kerana dua kali menjadi menteri besar. Tetapi, dalam PRN Johor mereka kalah teruk termasuk PAS,” katanya.

Beliau percaya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), PAS boleh kecundang di kerusi ditandingi mereka jika masih berharap kepada Bersatu.

“Seperti saya kata tadi, PAS diperalat oleh Bersatu, jadi saya seru kepada pengundi PAS boleh memberi undi kepada calon BN,” katanya.