Lawatan Ke Calicutta , India-ANWAR

 






Lawatan Ke Calicut, India

Memenuhi undangan Syeikh Abu Bakar Ahmad, Mufti Besar India di Calicut, India. Saya di sini bagi menziarahi Jamia Markaz yang menempatkan 20,000 orang pelajar yang dipimpin oleh beliau.

Ini adalah lawatan balas selepas kunjungan Syeikh ke pejabat saya tidak lama dahulu pada bulan Jun.

MESYUARAT UNTK SELAMATKAN JAWATAN POLITIK TAPI BUKAN NYAWA

 

RAFIZI RAMLI


Malam ini UMNO bermesyuarat untuk memaksa Perdana Menteri memanggil pilihanraya walaupun semua ramalan cuaca memberi amaran mengenai bencana banjir yang akan tiba.

Saya berharap ada satu dua pimpinan UMNO yang berfikir mengenai perasaan dan kepayahan rakyat apabila banjir tiba.

Saya tidaklah menaruh harapan tinggi ha3 kerana kalau UMNO jenis yang fikirkan perasaan rakyat, skandal 1MDB tidak berlaku.

Adalah menjadi tanggungjawab saya mengingatkan semua bahawa jika PRU15 diadakan semasa banjir, jangan ambil mudah kemarahan rakyat.

Sama seperti ingatan saya dahulu supaya UMNO mengambil tindakan terhadap Najib Razak dan skandal 1MDB jika tidak mahu dihukum rakyat.

UMNO tidak dengar, rakyat buang UMNO dalam PRU15.

Kalau UMNO masih bongkak (kali ini dalam hal memaksa rakyat mengharung banjir untuk mengundi), terpulang kepada rakyat untuk ambil tindakan.

Tandatangan petisyen agar kerajaan tumpu kepada persediaan banjir, bukan sibuk panggil pilihanraya di bit.ly/TumpuBanjir

Selamatkan nyawa, bukan jawatan politik.

 

PRU15 | Perkembangan terbaharu Mesyuarat Biro Politik UMNO


Hari ini beberapa mesyuarat UMNO membabitkan lima pemimpin tertinggi parti atau 'Top 5', Mesyuarat Biro Politik serta Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berlangsung yang difahamkan akan membincangkan isu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

RENTASAN 1221 | PANAS!! KINI PAS SENTAP KERAJAAN DAP P. PINANG DIPUJI SPRM?






1. ‘DERITA 22 BULAN’ HANYA POLITIK MUNAFIK PAS DAN UMNO 2. TAHAP KESEDARAN RASUAH RAKYAT PULAU PINANG TINGGI: SPRM 3. LEPAS KEMPEN HENTIKAN FITNAH, IA SEMAKIN MENJADI-JADI 4. BERAPA KOLAM PAS NAK MAIN?




RENTASAN 1220 | GEMPAR!! PENGKHIANAT PH BAKAL 'DIAJAR' ANWAR IBRAHIM?


1. JANGAN CUBA SENYAPKAN PROJEK LCS 2. ANWAR BAKAL BERTANDING DI GOMBAK? 3. MANA PERGINYA SUARA SYAITAN ITU?



SCAMMER

 




SCAM

Semalam saya up posting macam mana nak kenal Datuk Seri scammer. Kita check di website Istiadat saja. Yang menipu tak pikir panjang gamaknya. Kalau tipu gelaran, boleh masuk penjara. Sampai 20 tahun pula.

Semalam ada sorang sedara juga DM saya. Dia mintak saya checkkan pelaburan keluarga dia sejak 2009. Sepatutnya dah dapat juta2. Tapi dari satu tahun ke setahun, habuk pun takdak. Set2 ni asyik tukar janji saja.

Saya pun tengok la apa bendanya. Pelaburan Dana Wang Asing katanya. Anjuran BNM, Penaungnya Tun M dan berderet Tan Sri, Datuk Seri, Dato2 jadi Jawatankuasa. Pulangan masuk RM2000 boleh jadi berjuta2.

Satu saja saya nak bagi tips mengenai SCAM ni.

“If things are too good to be true, it simply is! Too good to be TRUE!”

Maknanya, kalau janjinya bulan bintang, anda skeptikal lah, tarik la handbrake. Jangan la percaya.

Kalau macam tu senang nak buat duit, takde la orang merempat sana sini. Ramai dah kaya raya belaka. Boleh rilex saja. Takyah susah payah bekerja.

Apa pun, kalau terima apa2 tawaran bulan bintang, TABAIYUN dulu. Google pun cukup.

Dalam 1 minit saya check, saya dapat info the so called Fund Manager tu memang ada kes menipu. Kena penjara dah pun. Yang heran dia pun dapat title Datuk. Tak tahu la betoi ka tipu.

Makanya, sama2 kita peringat kawan dan sedara mara. Scammer ni merata2. Jangan mudah percaya. Tambah melibatkan duit pula.

Masa tengah ekonomi merudum ni, cash kena pegang. Jangan sewenang2nya lepaskan. Tambah untuk pelaburan bukan2.

Patutnya kita berjimat, bukan campak duit nak jadi jutawan.

Salam hormat,

Liyana Marzuki 

 

MENGHOTEL DI PENANG

 






Disebabkan saya tidak travel ke luar negara akibat pandemic, saya telah membuat hobby baru dengan travel ke hotel-hotel di penang Description: 😂. Promosi hotel waktu pkp tersangat la murah, so grab peluang yg ada. Saya x pernah stay hotel di penang sbb saya org penang Description: 😂, covid telah mengubah citarasa saya haha.

Ini rumusan hotel yg pernah diduduki. Semoga memberi manfaat. Saya dah bagi ranking mengikut pandangan saya- ranking adalah berdasarkan kepada kebersihan, kemudahan, persekitaran dan value for money. Pandangan org lain mungkin berbeza. Semoga ada idea untuk stay di penang nanti. Happy holiday

5stars hotel yg best di penang( ranking)

1. Rasa sayang by shangri la

2. Eastern n oriental

3. Angsana

4. G Hotel Gurney

5. The presitige

6. PARKROYAL Penang Resort

7. Lexis suites penang

8. Evergreen Laurel Hotel

9. The light

4stars hotel yg best di penang (ranking)

1 The Edison penang

2 Lone Pine Boutique Hotel By The Beach

3 Shangri-La Golden Sands, Penang

4 courtyard by marriot

5 Muntri Mews

6 hompton by the beach penang

7 bayview beach resort

8 royal chulan

9 Hotel penaga

10 Mercure Penang

11 Sunway Hotel Georgetown

12 areca hotel

13 Jen Penang Georgetown by Shangri-La

14 Bayview Hotel Georgetown

15 flamingo

16 AC Hotels by Marriott Penang

17 berjaya penang

3stars hotel yg best di penang (ranking)

1 Sweet Cili Boutique Hotel

2 Brown Hotel

3 Hotel neo penang

4 Hotel Sentral Seaview Penang @ Beachfront

5 Tune Hotel Georgetown Penang

6 Lost Paradise Resort

Kredit: Naseer Othman

 

ELOK JUGA KALAU BEGITU-YAKIN BETUL YA MENANG..KEH..KEH

 





Betul juga tu warna biru macam BN. Apa kata kalau PN tukar warna kelabu. Mungkin lebih sesuai. Masa depan negara pun kelabu disebabkan PN. Lagipun kita pun dah biasa dengar istilah kelabu taik anjing. Memang sesuai dengan PN.

Tapi sama pun apa salahnya. Sekarang pun duduk sama dalam kerajaan dan kabinet. PN dengan BN bukan banyak beza pun. Sama-sama pengkhianat, sama penyangak dan sama perangai musnahkan masa depan negara.

Tapi Hamzah kata tukar logo lepas menang PRU. Aku rasa mungkin sebab lepas PRU PN pun dah tak wujud lagi. Sebab PPBM gerenti akan kalah teruk dan PAS tanpa malu pasti akan menempel semula ke UMNO. PPBM nak ikat dengan siapa lagi? Ikan tali kafan la nampaknya. Nak tukar logo apa lagi masa tu? Guane boh?

Raja Gelap

.

 

KEMAIN NAK BAWA PELAJAR LUAR UNTUK BELAJAR DINEGARA. TAPI RAKYAT SENDIRI TERCICIR..LEMAH BETUL YA KEMENTERIAN INI.

 



Baru semalam aku terbaca berita pelajar STPM yang dapat CGPA 4.0 tapi tak dapat tawaran dari mana-mana universiti tempatan.

Tadi pula aku terbaca tajuk berita keputusan yang cemerlang tak jamin diterima masuk universiti. Ini berita nak tambah pelajar asing?

Negara kita ni memang semuanya untuk rakyat negara luar ke macamana? Daripada pekerjaan sampailah ke peluang belajar.

Sungguh aku tak faham dengan kerajaan yang ada ni. Dengan semua menteri. Mereka langsung tak prihatin dengan keadaan rakyat.

Akhirnya negara ini macam dijajah lagi. Peluang ada tapi semua untuk orang luar. Ketuanan Melayu sangat begini. Guane boh?

Raja Gelap

 

JAWATANKUASA SIASAT THOMMY THOMAS


 


SHAMSUDIN NAWAWI


Jawatankuasa yang menyiasat buku Tommy Thomas telah siap laporannya.
Banyak kesalahan jenayah telah dilaporkan termasuk dalam urusan kehakiman.

Ketegasan pihak penguatkuasa sangat2 diharapkan dan pastinya rakyat mahukan satu tindakan yang mantap. Tidak kurang dari mengheret beliau ke muka pengadilan.

TANGGUNG JAWAB SEORANG PRESIDEN INDONESIA-MEMBANTERAS RASUAH MEMAJUKAN NEGARA.MELIHAT KEHIDUPAN RAKYATNYA


 

LELAKI CINA INI MELAHIRKAN KEKESALAN DIATAS USAHA ATOK SAKA UNTUK KEMBALI AKTIF DALAM POLITIK


 

BN ..CARILAH MODAL LAIN BIAR NAMPAK BIJAK SIKIT

 





PH tak takut pun jika PRU nak diadakan segera.

Sekarang ini pun persiapan PH untuk menghadapi PRU15 dah hampir selesai. Agihan kerusi, pemilihan calon dan persiapan jentera sedang berjalan dalam keadaan yang baik.

Jadi BN tak perlulah nak mainkan sentimen kononnya PH takut nak hadap PRU segera kerana takut kalah sebab PH dah biasa jadi pembangkang.

Yang tak biasa jadi pembangkang ni BN. Sebab itu BN sanggup mengangkat pemimpin Bersatu (yang dikatakan musuh mereka) sebagai PM kerana mereka tak boleh hidup sebagai pembangkang.

Rakyat semua tahu sebab utama BN nak cepatkan PRU adalah kerana mereka takut lagi lama ia diadakan, lagi bertambah kemarahan rakyat pada mereka.

Rakyat Malaysia dah cerdik. Mereka dah boleh baca tindakan BN nak cepatkan PRU adalah kerana nak selamatkan pemimpin mereka daripada tindakan undang-undang.

Harap BN carilah modal lain yang lebih nampak bijak.

#AmanahProgresifPeduli

#AmanahUntukMalaysia

#PakatanHarapan

JOM LA AZAM KE PARLIMEN....

 

Pemimpin DAP desak Azam Baki tampil ke Parlimen





Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, SPRM tidak akan
 hilang kuasa jika diletakkan di bawah Parlimen. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mendesak Azam Baki untuk tampil ke Parlimen bagi memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dapat dipantau Parlimen.

Khoo yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ketika dihubungi berkata, Azam tidak perlu berdalih mengatakan SPRM akan kehilangan kebebasan yang dimiliki sekiranya diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen.

“Peranan Parlimen bukan memberi arahan kepada SPRM, sepertimana yang dibayangkan oleh Azam. Itu isu operasi, iaitu di bawah bidang kuasa SPRM,” katanya ketika dihubungi.

Khoo berkata, satu jawatankuasa melibatkan tujuh hingga 10 Ahli Parlimen daripada pelbagai parti memantau urusan pentadbiran melibatkan tugas membanteras rasuah yang dijalankan SPRM.

Kenyataan Khoo itu menyusul selepas Azam sebelum ini mengatakan ‘SPRM sudah ada enam badan “bebas” untuk memantau mereka, termasuklah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Kenyataan ini amat kelakar dan kurang tepat, kerana sehingga hari ini, Azam enggan hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas,” kata Khoo.

Terdahulu, Azam dalam laporan media menyatakan kebimbangannya sekiranya SPRM diletakkan di bawah Parlimen kerana mendakwa agensi itu tidak akan bebas daripada tekanan politik.

Katanya, SPRM dalam bentuknya ketika ini harus dipertahankan kerana boleh menyiasat sesiapa yang dikehendakinya, tanpa perlu meminta kebenaran sesiapa.

BERUNDING BERKALI KALI MEMBUANG MASA.BIARLAH MUDA BERJUANG DAHULU MENANGI HATI RAKYAT. BUKTIKAN DASAR DAN KEKUATAN PARTI DAHULU.

 

KENYATAAN BERSAMA

JAWATANKUASA RUNDINGAN PAKATAN HARAPAN

DAN PIMPINAN PARTI IKATAN DEMOKRATIK MALAYSIA (MUDA)

 

 

Pakatan Harapan dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) telah mengadakan satu mesyuarat rasmi bagi merundingkan penyertaan MUDA sebagai parti komponen Pakatan Harapan.

Ahli Jawatankuasa Rundingan Pakatan Harapan – MUDA yang hadir adalah:

 

i. YB Steven Sim Chee Keong - Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Democratic Action Party (DAP)

ii. YB Nik Nazmi Nik Ahmad - Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (Keadilan)

iii. Tn Hasbie Muda - Ketua Pemuda Nasional, Parti Amanah Negara (Amanah)

iv. YB Datuk Ewon Benedick - Naib Presiden, United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO)

 

Pimpinan MUDA yang hadir adalah:

 

i. YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman – Presiden

ii. YB Amira Aisya Abd Aziz – Timbalan Presiden

iii. Tn Zaidel Baharuddin – Naib Presiden

iv. Tn Luqman Long – Ketua Penerangan

 

Ini adalah satu usaha serius antara Pakatan Harapan dan MUDA bagi memastikan bahawa suara dan kepentingan rakyat diangkat bersama menjelang Pilihan Raya Umum ke 15. Perbincangan hari ini telah berlangsung dengan baik dan lancar. Isu-isu berbangkit akan dibawa kepada peringkat Pimpinan dalam mesyuarat Majlis Presiden yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Segala perkembangan di masa hadapan akan dimaklumkan melalui kenyataan bersama kepada pihak media.

 

Terima kasih.

30 September 2022

 

16 KES BEKAS TIMBALAN PRESIDEN DIGUGURKAN PAS DIAM PULAK YA


 

AMBOIIII- DAN DAN TAK MENGAKU KERAJAAN PUSAT- INI TAKTIK LAMA LA....KEBERANIAN PAS TAK ADA..


 

TONTON SAMPAI HABIS-INI PERANGAI PAS


 

VETERAN UMNO RAMAL UMNO/BN KALAH PRU15





Dua veteran Umno tidak yakin BN akan menang

SESUDAH SUBUH

DALAM koboran semangat pemuda Barisan Nasional (BN) melaung dan menekan Ismail Sabri Yaakob membubarkan parlimen bagi membolehkan Piraum (pilihan raya umum) diadakan, dua pemimpin veteran Umno memberi pandangan negatif yang kontras dengan kehendak itu yang menunjukkan mereka tidak yakin dengan kekuatan yang ada kepada parti tunggal BN, yakitu Umno sekarang ini.

Bekas ahli parlimen Segamat yang juga bekas timbalan presiden Umno Musa Hitam dan bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah masing-masing memberi pandangan dan pendapat yang mereka tidak yakin Umno (BN) boleh menang dalam pilihan raya itu nanti.

Paling mengejutkan mereka berpendapat parti lawan (pembangkang) lebih kuat dan berpengaruh.

Musa Hitam dilaporkan memberi pengikhtiraf kepada konsep politik multiracialisme yang dianjurkan oleh PKR (PH), sementara Tengku Razaleigh pula berpendapat Umno kini dalam keadaan tidak aman seperti sebelum ini.

Kata Musa yang dianggap sebagai radikal Melayu, kekuatan PKR (PH) dengan konsep itu nyata dan menyakinkan sehingga beliau berpendapat kalau tiga buah parti Melayu, Umno, Pas dan Bersatu bergabung dalam khemah besar sekali pun belum tentu ia mampu mengatasi kekuatan dan pengaruh PKR.

Musa berpendapat konseop atau idealogi politik PKR jelas dan relevan berbanding dengan konsep tiga buah parti tersebut yang tidak jelas dan bercampur aduk dan saling dakwa mendakwa kononnya akulah yang

terbaik

.

“Masalah ideologi mereka tak begitu jelas, bercampur aduk. Macam Umno, mereka kata parti Melayu, Islam. PAS kata sama. Ada parti baharu pula seperti Bersatu juga katakan Melayu dan Islam. Ideologinya, bunyi macam sama," sebut Musa seperti dilaporkan.

Lantaran itu beliau memberi cadangan ketiga-tiga buah parti itu perlu mencantumkan idealogi mereka yang bercampur aduk itu dengan menggabungkan untuk jadi "simple solid gorup" menggelarkan mereka mempromosikan kepentingan Melayu dan Islam, dan ujarnya dalam masa sama kumpulan itu kena memberi jaminan kepada bangsa dan agama lain yang akan diterima sebagai kumpulan Malaysia dilindung.

Memahami apa disebut Musa itu menunjukkan konsep dan idealogi ketiga-tiga parti itu tidak menjamin bangsa lain dan lebih fokus kepada Melayu sahaja dimana pegangan itu sudah tidak relevan.

Pandapat dan pandangan Musa itu menunjukkan beliau lebih percaya konsep dan prinsip yang dipraktikan dalam PKR lebih relevan dengan tuntutan masa waktu ini. Tambah beliau lagi konsep politik berasaskan bangsa seperti diperjuangkan Umno, Pas dan Bersatu itu sudah tidak sesuai lagi selepas negara merdeka sebab hari ini Malaysia sudah menjadi hak semua kaum.

Sementara Tengku Razaleigh pula berpandangan keadaan Umno kini berbeza dengan keadaan dulu kerana pada zaman sebelum ini Umno didokong oleh 13 buat parti dalam BN. Hari ini keanggotaan BN sudah tinggal empat buah parti sahaja dan hilang kerajaan ketika dibawah pimpinan Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Keadaan atau nasib diterima BN itu menurut ahli parlimen Gua Musang itu ditambah dengan berlaku perpecahan dalam Umno diperingkat negeri dan juga pusat menjadikan Umno sudah tidak aman lagi.

Apa dinyatakan Tengku Razaleigh ini jelas apabila dalam kerajaan hari ini dimana Umno turut menjadi sebahagian daripada kerajaan, wujud percanggahan pendapat dan kepentingan menyebabkan keberadaan Ismail Sabri sebagai perdana menteri tidak didokong oleh orang Umno sepenuhnya.

Berdasarkan pendapat dan ulasan kedua pemimpin veteran Umno itu, sukar untuk merealitikan kehendak pemuda BN dan sebahagian daripada ahli Umno khasnya daripada golongan kluster mahkamah untuk menyaksikan UBN menang jika diadakan pilihan raya. [wm.kl. 8:07 am 18/09/2022].

 

KESIANNYA PRESIDEN UMNO NI, TAK HABIS2 MERENGEK NAK PRU15 SEGERA…

 

Meskipun jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh, Ismail Sabri Yaakob selaku perdana menteri sementara masih mempunyai kuasa dan melaksanakan tugas rasmi termasuk untuk menangani banjir, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut pengerusi BN itu, ia merupakan kelebihan yang tidak dimiliki pembangkang dan menjadi kebimbangan mereka.

“Perdana menteri sementara ini melaksanakan tugasan rasmi rutin untuk memastikan kerajaan terus berfungsi. Malah mesyuarat rasmi berhubung urusan kerajaan boleh diadakan termasuk mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Dari segi kuasa dan kawalan terhadap banjir pada musim tengkujuh perdana menteri masih ada kuasa dan sukar pula pembangkang menonjol peranan mereka apabila musim tengkujuh,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Antara kritikan utama terhadap desakan BN agar PRU15 diadakan pada tahun ini adalah ia berisiko diadakan ketika musim banjir, apatah lagi dengan banjir besar yang melanda semenanjung pada hujung tahun lalu.

Bagaimanapun BN dilihat bertegas dengan desakan itu, seperti yang disuarakan Zahid beberapa kali kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, Zahid hari ini berkata seandainya PRU15 diadakan ketika musim banjir, tidak bermakna ia berlangsung ketika banjir melanda seluruh negara.

“Insya-Allah pilihan raya akan diadakan sebelum itu lagi,” katanya.

Terdahulu, Zahid berkata rakyat sudah boleh membaca apa yang disifatkannya sebagai muslihat pembangkang yang membantah PRU15 dalam masa terdekat kerana mereka memerlukan lebih masa.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan turut membidas kepimpinan PH apabila mendakwa Umno dan BN mahu mengadakan PRU semasa banjir.

Katanya, dakwaan itu untuk menunjukkan BN seolah-olah tidak prihatin terhadap nasib rakyat.